PAUTAN TAMBAHAN

Selasa, 30 September 2014

Ahad, 28 September 2014

Sabtu, 27 September 2014

IBADAH AKIKAH


Maksud Akikah | Hukum Aqiqah | Akikah Anak Lelaki Perempuan

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut di kepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan. Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: “Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.”(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala).”(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya). Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat sah aqiqah ialah:

Berniat aqiqah ketika menyembelih.

Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

Memenuhi syarat-syarat sembelihan.

Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut

Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh

Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Umur

Biri-biri ; 1 tahun atau lebih

Kambing ; 2 tahun atau lebih

Lembu/kerbau ; 2 tahun atau lebih

Unta ; 5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran

Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)

Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan

Memberi nama yang baik kepada bayi

Berdoa ketika hendak menyembelih

Daging dimasak manis.

Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.

Hikmah Aqiqah

Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak

Menggalakkan amalan sedekah. melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.

Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.

Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.

Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik

Membiasakan berkorban bagi orang tua

Jumaat, 26 September 2014

IBADAH KORBAN


Syariat Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.” Al-Kautsar:

2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Hukum Korban

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Memakan Daging Korban

Daging korban wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga.

Jantung hati ternakan korban sunat dimakan, kerana menurut hadis riwayat Al-Baihaqi:

“Rasulullah s.a.w memakan hati korbannya.”

Allah swt juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah swt surah Al-Haj 28 yang bermaksud:

“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.”

Daging dan kulit haiwan korban dilarang diperjualbelikan, kerana menurut hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.”

Demikian pula tidak boleh memberikannya kepada penyembelih sebagai upah. Kulit ternakan korban halal dimanfaatkan oleh yang empunya, seperti membuat bekas air dan sebagainya.

Fadhilat Korban

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali Bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dnegan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

• Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan.Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 malaikat yang mendoakan dan meminta keampunan kesalahannya kepada ALlah sampai hari kiamat.

• Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”

• Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad SAW sesuai dengan maksud sabda Rasulullah SAW:

“Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”

• Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.”

Orang-orang yang dianjurkan berkorban

Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:

Orang Islam Merdeka Baligh (Dewasa) Berakal-berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila. Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah;

Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.”

Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.

Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya.”

Haiwan Korban

Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:

1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta

Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban. Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:

1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.

Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:

“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)

Haiwan yang patah tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.

Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri.”

Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i berkata:

“Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik.”

Kadar Haiwan Korban

Seekor kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup untuk satu keluarga. Pendapat ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar, ujarnya:

” Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary: Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang ini.”

Seekor lembu atau unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:

“Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:

“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”

Di samping itu, pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta yang dijadikan korban tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

Waktu Penyembelihan

Waktu penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah.

Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah korbannya, kerana maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan:

“Yang mula-mula kami perbuat pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami meyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan kepada keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban).”

Mewakilkan Korban

Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain.

Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.

Said Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafi’e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?

Said Al-Bakri dalam kitabnya “I’anatut Thalibin” memuat jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.

Imam kita (mazhab Syafi’e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh pula berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang empunya korban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan korbannya.

Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.

Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.

Walaupun begitu, tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah korban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .

Maka ayah boleh menyembelih korban untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih korban ibu yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.

Adapun orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya.


Menyembelih Korban


Perkara yang disunatkan ketika penyembelihan korban adalah:

1. Bermula dengan “Bismillahir rahmanir rahim.” Imam Malik menyatakan bahawa setiap penyembelihan yang tidak bermula dengan “bismillah” hukumnya haram, baik ditinggalkan dengan sengaja atau lupa.

Imam Abu Hanifah pula berpendapat, jika ditinggalkan dengan sengaja, haram, tetapi jika ditinggalkan kerana lupa, halal. Imam Syafi’e berpendapat sunat membacanya. Jika tertinggal baik dengan sengaja atau lupa, hukumnya halal, asal saja penyembelih itu orang yang mengetahui.

2. Takbir tiga kali sesudah membaca bismillah.

3. Selawat dan salam kepada Nabi s.a.w.

4. Mengadap kiblat.

5. Doa supaya korban itu diterima oleh Allah, seperti membaca:

Maksudnya: “Ya Allah, nikmat ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, maka terimalah daripadaku.”

6. Mengasah pisau supaya lebih tajam.

7. Menyorong dan menarik serta menekan pisau dengan kuat ke leher haiwan.

8. Membaringkan haiwan itu dengan lambung kirinya ke tanah atau tangan kiri penyembelih sebelah kepala haiwan.

9. Mengikat semua kakinya dengan tali kecuali kaki kanan sebelah belakang.

10. Sembahyang sunat dua rakaat, selepas menyembelih seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Buangkan pisau yang ada di tanganmu, kemudian rukuklah (solatlah) dua rakaat kerana sesungguhnya tiada seorang yang solat dua rakaat (selesai meyembelih) dan memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memperkenankannya.”

Ahad, 21 September 2014

PAS akan kehilangan peluang berdakwah di Selangor sekiranya kemelut politik di negeri itu berlarutan


BATU PAHAT: PAS akan kehilangan peluang berdakwah di Selangor sekiranya kemelut politik di negeri itu berlarutan sehingga membawa kepada pilihan raya negeri.

Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berkata PAS mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi sembilan daripadanya menang dengan majoriti tipis.

“Yang menjadi persoalan, 15 kerusi kita menang dengan undi yang tipis. Kita bimbang takut-takut kita hilang kerusi itu.

“Dan kalau kita kehilangan kerajaan negeri Selangor, kita kehilangan peluang dakwah, bukan kehilangan pangkat dan jawatan, yang telah dibukakan oleh Allah,” kata Husam.

Tambahnya, adalah penting untuk menjaga harapan dan kepercayaan pengundi bukan Islam yang telah memberikan kepercayaan kepada parti dan perlu didokong untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli PAS agar lebih bijak dalam menyuarakan pendapat mereka dengan menggunakan saluran yang betul.

Tindakan itu bagi memelihara hubungan ukhwah sesama jemaah di dalam parti.

“Teguran kita mungkin niat baik. Kalau nak tegur Presiden tak apa, guna saluran yang ada supaya jemaah dapat pelihara.

“Tak banyak program yang bersifat informal (tidak formal), perlu ada hubungan yg informal, ukhwah akan terjalin,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada penggulungan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini.

Jangan Sebar Suara Musuh Dalam Jamaah



BATU PAHAT: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan menjadi penyebar suara musuh dalam jamaah.

Justeru, katanya setiap pendukung parti yang mahu menyebarkan tulisan melalui media baharu supaya mengambil kira adakah tindakan itu mendapat pahala atau dosa.

Tambah beliau, penyebar maklumat melalui media sosial juga perlu memikirkan sama ada yang dilakukan itu memberi manfaat atau sebaliknya kepada PAS.

"Kalau keliru, jangan sebar. Jadilah penyebar benda-benda yang baik." ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap ahli-ahli tidak menyalahgunakan media baharu untuk menyebarkan maklumat yang boleh membawa fitnah kepada parti.

"Walaupun betul tetapi ia boleh membawa fitnah, jangan sebar," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli supaya jangan sekali-kali menghalakan senjata kepada kawan sendiri sekalipun tanpa peluru.

"Halakan senjata kepada musuh, bukan kepada kawan-kawan," ujarnya

Tuan Ibrahim juga mengingatkan para pendukung parti agar tidak memikul beban yang sepatutnya ditanggung oleh orang lain.

"Saya jumpa seorang pakcik, dia kata pening dengan isu Menteri Besar Selangor. Saya kata jangan pening, nama pakcik tak ada dalam senarai (calon MB Selangor)," ujarnya dalam nada bersahaja disambut gelak ketawa para hadirin.

Begitu juga, katanya jika masalah itu sepatutnya dipikul oleh pemimpin, ahli-ahli tidak usahlah memikul bebanan itu.

"Senyumlah kepada masalah nanti masalah senyum kepada kamu," katanya lagi. -

HARAKAHDAILY 20/9/2014


Khamis, 18 September 2014

Teruskan Beristiqamah – Presiden PAS


BATU PAHAT, 18 Sept. - Presiden PAS YB Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah meletakkan tema Terus Beristiqamah dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS kali ke-60 yang julung-julung kali berlangsung di Batu Pahat, Johor Bahru pada hari ini.

Beliau menyeru ahli PAS agar istiqamah dalam disiplin ilmu dan tarbiyah terutama ilmu fardhu ain yang mencakupi aspek aqidah, syariat dan akhlak secara menyeluruh kerana ia merupakan asas utama untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

Beliau mengumumkan PAS akan teruskan kerjasama politik atau ikit istilah mereka ' Tahaluf Siyasi ' dengan PKR dan DAP selagi ia tidak melanggar syarat-syarat.

Beliau juga mengingatkan PAS tidak pernah mengkhianati Pakatan Rakyat .

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini," katanya.

"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. "Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, kucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya

Presiden PAS itu tidak mahu perjuangan asal PAS cair semata-mata kerana hubungan dalam Pakatan Rakyat.

"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam,"katanya.

Presiden PAS mahu sebarang keputusan besar yang nak dibuat oleh Pakatan Rakyat diputuskan secara bersama.

Ini dipercayai merujuk kepada Kajang Move dan langkah nak tukar Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang dibuat sendiri oleh PKR.

Sekalipun tidak merujuk secara direct puak Anwarinas PAS yang berkiblat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,Hadi secara terbuka menghentam puak dalam parti yang disifatkannya ' tidak sabar dalam perjuangan'.


Sejarah perjuangan panjang PAS dalam persada politik tanahair bukan sahaja membekalkan kepada kita ilmu bahkan pengalaman yang tidak banyak diperolehi oleh gerakan Islam lain. Penglibatan PAS dalam sistem demokrasi memberi ruang kepada kita untuk melebar sayap pengetahuan tentang sistem politik Islam kepada rakan-rakan gerakan Islam lain di seluruh dunia. Manakala pengalaman kita mengadakan pelbagai tahaaluf dengan hampir semua parti politik utama dalam negara sejak tahun lima puluhan, dan terkini tahaaluf bersama Pakatan Rakyat, di samping penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), adalah merupakan khazanah kekayaan sistem politik Islam yang sangat mahal harganya.

Tahaaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar - kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri.

Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam. Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah.

Presiden PAS ingin mengingatkan pimpinan dan ahli parti, bahawa perjuangan kita adalah kerana Allah. Perjuangan kita kerana Islam, perjuangan kita adalah mata rantai sejak zaman Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mestilah berada di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah. Bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh Barat. Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana ianya berpaksikan kepada aqidah tauhid.

Inilah keindahan siyasah Islam kerana membenarkan tahaaluf antara mana - mana golongan yang tidak memusuhi Islam. Prinsip tahaaluf ini membuktikan Islam bukanlah agama ekstrem sebagaimana yang dijaja oleh media barat.

Sebagai sebuah gerakan yang berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah, maka setiap langkah tahaaluf kita mestilah mempunyai sandaran dan terikat dengan syarat-syarat tahaaluf yang berpaksi kepada kedua sumber tersebut, tanpa merugikan kepentingan Islam. Firman Allah, Maksudnya : “Bertolong bantulah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya” [al-Maaidah :

Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada syarat-syarat tahaaluf yang diputuskan oleh majlis Syura Ulama PAS serta hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan. Justeru Nabi Muhammad saw telah mengajar kita .

Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini. Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai UMNO atau bergabung dengan UMNO menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita. Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.

PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan ummat Islam Firmah Allah :

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [al-Imran : 103]


Jumaat, 12 September 2014

Latihan tentera Amerika di Malaysia berskala besar.

RATUSAN TENTERA AMERIKA MENDARAT DI AIRPORT TERENGGANU .... UNTUK APA?

Kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera.

Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat Terengganu kursusnya.

Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.























Tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian kehidupan.


Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda,
“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda:
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

Bacalah selepas solat (Surah At Taubah Ayat 51).


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

http://www.resepirahsiaku.com/

Rabu, 10 September 2014

Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.


Siapa Pengkhianat?

Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.

Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;

1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam!

Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.

Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.

13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!

PAS mula dipermainkan rakan-rakannha sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..

Saksikan..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..

Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana.

Nik Mohamad Abduh

Isnin, 8 September 2014

TRANSKRIP UCAPAN SYEIKH AHMAD FAYYAN (IRAQ) KULIAH PAGI JUMAAT MEDAN ILMU, 10 ZULKAEDAH 1435H


Semoga Allah berkati kalian semua dan semoga Dia membalas kalian dengan kebaikan. Saya diberikan peluang ini dan akan bercakap sebentar sahaja walaupun tiada bersama kami penterjemah.

Iraq merupakan sebuah negara Ahlu Sunnah. Ia diperintah oleh Ahlu Sunnah sejak zaman Saidina Umar hingga tahun 2003. Kemudian Amerika datang menjajah. Maka tatkala itu mereka enggan memberikan kerjasama kepada Amerika lalu mereka bangkit menentang Amerika hingga berjaya menghalau keluar.

Apa yang Amerika buat? Mereka ingi menghukum ahlu Sunnah di Iraq lalu diserahkan negara kepada Syiah. Ini kerana Syiah memberikan kerjasama baik kepada Amerika. Kita dapati mufti mereka iaitu Mufti Syiah mengeluarkan fatwa mengharamkan untuk memerangi Amerika hingga mereka menguasai pemerintahan, mereka turut mengeluarkan wang semahu mereka.

Maka ahli Sunnah di Iraq mengalami penyeksaan dan penderitaan yang dahsyat dengan diseksa, dipinggirkan dan dibunuh.

Hingga masjid milik ahlu Sunnah dibakar dan dimusnahkan, dibunuh para imam serta khatib-khatib, menggantung para muazzin di menara-menara sebelum dimusnahkan.

Dihalau ahlu Sunnah dari Baghdad hingga berlaku peperangan ke atas ahlu Sunnah di Baghdad. Mereka dihalang menunaikan solat di masjid Imam Abu Hanifah yang terletak di bandar Azomiyah, dalam kota Baghdad.

Semua kita mengenali siapa Imam Abu Hanifah-semoga Allah meredhainya.

Kami ditegah menunaikan solat di masjid Syeikh Abdul Qadir Jailani. Semua kita mengenali bahkan orang alim kenal siapa Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Ahlu Sunnah menderita. Pada waktu malam mereka tidak dapat melelapkan mata, sedang di siang hari mereka dibunuh. Wanita-wanita ditangkap, para pemuda disembelih. Maka jadilah nama Umar diharamkan di Baghdad, nama Abu Bakar ditegah di Baghdad, nama Uthman juga haram disebut di Baghdad juga nama Aisyah difitnah bagi wanita-wanita yang dinamakan dengannya,

Maka penduduk ahlu Sunnah telah berkumpul di enam wilayah mereka iaitu di Anbar, Kirkuk, Mosul, Baghdad, Solahuddin dan Daili. Mereka berkumpul untuk mengadakan demonstrasi bagi menuntut kesamarataan dalam layanan sepertimana yang diberikan kepada penganut Syiah. Agar mereka tidak diseksa, dihalau, ditangkap wanita mereka dan tidak dilayan mereka seperti hamba.

Di sana, kedengaran suara-suara imam dan alim ulamak yang keluar di jalan Allah. Mereka keluar mengadakan demonstrasi aman, mereka tidak mengangkat senjata atau memukul seseorang pun. Mereka tidak menyebut nama lain di atas mimbar atau ceamah-ceramah mereka melainkan menyebut nama Allah.

Maka kami memerangi dengan nama Allah (Bismillah) dan kalian melihat kami menyeru dengan laungan takbir maka kami berkata "Allahu Akbar", maka kalian semua katakan "Allahu Akbar". Tiada yang keluar dari lidah kami melainkan takbir.

Maka kerajaan (Iraq) telah bertindak, mereka menyerang himpunan, menangkap para imam dan khatib, membunuh para ulamak hingga mengalir di wilayah-wilayah kami itu darah para ahlu Sunnah.

Inilah dia isu yang melanda kami maka kami datang hari ini untuk menceritakannya kepada kalian. Alhamdulillah, Allah memberikan peluang kepada kami untuk melawat negeri yang berkat ini, bertemu dengan orang alim Tuan Guru Nik Abdul Aziz, memberikan kepada saya untuk mencium tangan beliau agar saya pulang ke kampung halaman saya bagi menceritakan kepada mereka dengan siapa saya bertemu dan dengan siapa yang saya cium tangan.

Saya memohon kepada Allah agar Dia memelihara kalian semua, agar Dia memberkati kalian.

Ketahuilah, bahawa ahlu Sunnah hari ini menjadi pelarian. Di negara kami mempunyai 2 juta 400 ribu orang yang menjadi pelarian.

Apa yang berlaku kepada Gaza juga berlaku ke atas kami. Apa yang berlaku ke atas kami maka ia juga menimpa ke atas Syria bahkan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Saya memohon kepada kalian semua agar jangan lupa mendoakan kebaikan bagi kami, kalian ikutilah berita yang berlaku kepada saudara kalian di Iraq dari kalangan ahlu Sunnah kerana ia hak kami sepertimana yang disabdakan oleh Nabi SAW "Sesiapa yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku kepada saudara seIslam maka dia bukan dari mereka."

Terima kasih dan semoga Allah membalas kebaikan kalian. Wassalamualaiakum.

Translated by : Akhukum Abdul Malik

Sabtu, 6 September 2014

Jumaat, 5 September 2014

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baru' Dalam PAS

Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam. Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.

LANGKAH PERTAMA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’

Langkah pertama mereka adalah menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang mana maksud dan tafsirannya adalah terpesong dari kefahaman asal golongan yang memperjuangkannya, termasuk diri saya sendiri.

Matlamat dari kefahaman asal tercapai dengan penubuhan Majlis Syura Ulama yang memantau perjalanan Parti untuk menentukan parti tidak terkeluar dari landasan syariat. Kefahaman ini memberi ruang yang begitu luas bagi semua yang ingin memperjuangkan Islam untuk menyertai PAS dan berperanan diperingkat perlaksanaannya, termasuk golongan profesional dan aktivis masyarakat. Maka cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sering kedengaran pada zaman itu.

Kefahaman yang dibawa golongan baru adalah lebih mirip kepada fahaman 'Theocracy Barat' di mana yang bergelar ulama' (sebenarnya ustaz) perlu diberikan jawatan dan kedudukan walaupun mereka sendiri tidak begitu mahir dalam bidang yang ingin ditugaskan kepada mereka. Kononnya mereka sebagai 'pewaris Nabi' disebabkan ada ijazah dari Azhar, atau sebagainya, termasuk lulus 4 sanawi lebih layak walaupun jawatan yang diinginkan lebih bersifat eksekutif atau perlaksanaan. Ianya menyempitkan ruang keterlibatan semua pihak dan dengan sendirinya cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sudah lama tidak kedengaran.

Setelah ahli biasa mula keliru berhubung konsep kepimpinan ulama', maka langkah kedua dilaksanakan.

LANGKAH KEDUA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’

Setelah menggelar diri mereka sebagai ulama' atau pembela kepimpinan ulama', golongan baru memulakan serangan terhadap pimpinan lama, khususnya yang terdiri dari golongan profesional yang pro-PR. Mereka bergerak melalui saluran tertentu di dalam Parti, melabel pimpinan sasaran mereka ini dengan label kononnya menentang ulama’, tidak wala’ pada Presiden, lebih wala’ pada PR/PKR, liberal, penaja projek langgar Presiden dan sebagainya. Pimpinan sasaran mereka, adalah terdiri dari golongan profesional yang kuat menyokong pendekatan tahaluf siyaasi dan kerjasama melalui PR.

Hujjah mereka disebar luas melalui program tertutup dalam mana pemikiran golongan muda diracuni untuk memusuhi pimpinan tertentu ini. Dengan menggunakan emosi dan sentimen, harapan mereka adalah supaya pimpinan sasaran mereka ditolak ahli PAS.

Pada masa yang sama, hubungan rapat antara profesional dan ulama’ juga dirosakkan dengan dimasukkan jarum syak dikalangan ulama’ terhadap profesional. Segala perbezaan pendapat yang merupakan suatu kebiasaan tempoh hari, ditonjolkan sebagai tindakan biadap terhadap ulama’ dan sebagainya. Mereka akan digambarkan sebagai lebih wala’ pada DSAI dari TGHH sendiri. Sedangkan mereka adalah ahli PAS dan bukan ahli PKR!

Dengan itu, harapan golongan baru adalah golongan profesional yang pro-tahaluf siyaasi bersama PR akan tersisih dari golongan ulama’ dan ahli biasa dan tidak lagi serapat seperti dahulu.

LANGKAH KETIGA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’

Setelah langkah kedua mula berkesan, golongan baru ini akan mulakan langkah ketiga.

Langkah ketiga adalah menyerang rakan PAS dalam PR. Pada awalnya PKR dan kemudiannya DAP juga. Peribadi Anwar Ibrahim turut menjadi sasaran sehingga tidak dapat dibezakan serangan mereka dengan serangan UMNO/BN terhadap beliau. Ketegangan antara parti PR adalah matlamat mereka dan dengan penuh emosi dan sentiment mereka laungkan “PAS yang terkuat, kita tidak perlukan PR, PAS dikudakan PR, tiada makna bersama PR” dan sebagainya, kesemuanya sama seperti yang dilaungkan macai UMNO.

Keadaan menjadi begitu keliru sehingga seolah-olah kesanggupan menyerang DSAI, PKR dan DAP menjadi bukti kesetiaan dan wala'nya seseorang kepada Presiden dan parti. Yang tidak sanggup menyerang dilihat sebagai kurang jelas fahaman mereka dan yang membela dan mempertahankan akan dilabel tidak wala' atau lebih wala' pada PR dari PAS. Akhirnya PAS dilihat lebih berlawanan dengan PKR dan DAP dari dengan UMNO/BN. Dan UMNO/BN sekadar melihat dan mentertawakan.

Oleh kerana usaha mereka ditumpukan kepada menyerang pimpinan Profesional pro-PR dan juga rakan-rakan dalam PR, golongan baru ini langsung tidak berperanan dalam menyerang UMNO/BN. Malahan sikap mereka terhadap UMNO/BN itu sendiri kelihatan lebih lunak dan mesra berbanding terhadap pimpinan sasaran mereka dan rakan dalam PR. Tidak salah kalau dikatakan bahawa sejak kemunculan golongan baru ini, UMNO/BN merasakan jauh lebih selesa kerana kerja UMNO sedang dilakukan oleh golongan ini!

Berselindung di sebalik slogan ‘cintakan Presiden, cintakan ulama’ dan sebagainya, mereka mengapi-apikan sentimen ahli untuk bersama mereka. Sedangkan yang dibawa mereka bercanggah dengan apa yang telah dan sedang diperjuangkan Presiden dan TGNA selama ini. Mereka membawa isu seperti ‘senario satu’, 'menjentik bukan Islam' dan ‘ketuanan Melayu’ yang kesemuanya begitu asing bagi PAS dan hasil pemikiran otak yang jauh terpesong dan terkeluar dari PAS.

MATLAMAT DI SEBALIK STRATEGI ADU-DOMBA GOLONGAN BARU

Mereka begitu konsisten dengan usaha melaga-lagakan di antara pimpinan dan juga antara PAS dan PR maka semestinya adanya matlamat tertentu yang ingin dicapai. Melalui strategi yang tersusun sebegini akhirnya kehendak mereka sebenar, iaitu untuk PAS tinggalkan PR, akan tercapai. Tinggalkan PR, samada untuk PAS bersama dengan UMNO atau bersendirian, itu belum jelas lagi. Dan semestinya, sekiranya bersama UMNO adalah apa yang diinginkan, mereka sudah pasti tahu bahawa ianya tidak mudah dilakukan dalam suasana sekarang. Oleh itu ianya akan dinafikan dan dinafikan tetapi hakikatnya serangan terhadap UMNO/BN semakin tidak kelihatan.

Namun yang jelas, yang diinginkan adalah supaya PAS tinggalkan PR dan dengan itu, secara sedar atau tidak sedar, UMNO/BN akan kembali bernafas lega. Igauan UMNO selama ini akan berakhir. Ini adalah kerana yang mampu mengalahkan UMNO/BN setakat ini adalah hanya PR. Oleh itu sesiapa sahaja yang berusaha menggagalkan PR sebenarnya membantu UMNO/BN.

Saya tidak tahu samada golongan baru ini sengaja ingin menggagalkan PR atas sebab mereka disokong UMNO/BN atau mereka berpegang kepada fahaman chauvanis-Islam seperti ISMA atau fahaman dan pendekatan yang seakannya.

INGATAN KEPADA SEMUA AHLI PAS

Saya mengingatkan ahli dan pimpinan supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Siapa mereka sebenar tidak diketahui. Satu ketika dahulu, ahli-ahli PAS diberi amaran supaya awasi golongan ‘musta’jiluun’, iaitu golongan gopoh yang ingin membawa perubahan melalui kekerasan. Ahli diingatkan, mereka mungkin SB yang telah menyusup dalam PAS pada tahun 80an.

Hari ini saya juga ingin memberikan amaran, supaya ahli PAS supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Mereka juga mungkin SB atau diperalat SB. Apa yang saya gambarkan di atas semua dapat lihat bahawa ianya sememangnya sedang berlaku. Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka paling kurang merupakan orang yang mahu merongkai kembali segala yang telah dibina PAS selama ini.

Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman.

Mungkin tanggapan saya terhadap mereka sebagai SB dan sebagainya tersilap, tetapi yang pasti mereka muka baru dengan sikap dan pendekatan baru. Dan sikap dan pendekatan mereka adalah kontra sikap dan pendekatan yang dibawa pimpinan lama. Sikap dan pendekatan mereka, sepertimana yang dizahirkan melalui ‘senario satu’, ‘jentik bukan Islam’ dan ‘ketuanan Melayu’ lebih mirip kepada Islam-chauvanis yang dibawa ISMA.

JEMPUTAN BERDEBAT/BERFORUM DENGAN GOLONGAN ADU-DOMBA

Untuk mengatasi masalah adu-domba melalui amalan label-melabel ini, saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut. Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah.

Melalui debat/forum ini akan kita nilai sejauh mana hujjah mereka tepat dan benar atau hanya sekadar ingin membawa kearah perpecahan demi agenda tersirat. Adakah mereka sanggup dan berani? InsyaAllah saya sanggup.

Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak sanggup menganjurkannya, lebih-lebih lagi sekiranya di bawah naungan Dewan Pemuda Pusat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Rabu, 3 September 2014

STATUS WANITA SEBAGAI PEMIMPIN MENURUT ISLAM - Ust Zaharuddin Abd Rahman


Imam Al-Mawardi r.a [1] (450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki' sebagai salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid' tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz'.

Menurut Imam Hasan Al-Banna [2], wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita.

Dr. Abd Qadir Abu Faris (Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Jordan sekarang) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dengan membawakan persitiwa Bai’ah Aqabah Kedua dimana Rasulullah SAW telah memilih 12 orang ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mereka hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, “Fath Makkah” , Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz. [3].

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.

Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan ini adalah seperti berikut :-

1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:

قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)

قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)

Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)

2. Mempersoalkan sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :

a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :

قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)

Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)

b. Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki.

Ini bermakna, kita perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-olah cuba memberi isyarat di sini, bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.

3. Hadith tadi juga memberi kefahaman bahawa ketika wujudnya Khilafah Islamiyyah, wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah uzma iaitu khalifah walaupun di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’ telah meng‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad. Sehubungan dengan itu, wanita boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau lain-lain.

4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan Hadtih walau menurut apa jua tafsiran.

Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan memegang semua jawatan kepimpinan kecuali Perdana Menteri dan jawatan hakim. Manakala jawatan-jawatan lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim adalah perkara yang diperselisihkan antara ulama’. [4]

Al-Imam As-Syawkani (1255 H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di atas yang menjadi dalil tidak harus wanita memegang tampuk tertinggi pemerintahan, fuqaha’ juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :

Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dau darinya di dalam neraka, maka mereka adalah lelaki yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengan nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan al-Hakim [5])

Lafaz kalimah “Qadhi” (kalimah khas untuk lelaki sahaja dalam bahasa arab) yang diguna di dalam hadith ini membuktikan jawatan qadhi dan hakim terhad hanya untuk kaum lelaki, demikian juga pemerintah.

KESIMPULAN PENULIS

Demikianlah serba sedikit perbezaan pandangan para ulama’ Islam dalam menentukan kedudukan wanita di peringkat tertinggi, ia adalah berpunca daripada perbezaan pandangan mereka dalam menentukan kaedah terbaik dalam menjaga maslahat umat, sebagai kesimpulan, penulis berpandangan seperti berikut :-

1) Pertamanya, semua pihak perlu menyedari bahawa urusan pendidikan anak-anak, adalah terlalu amat penting sebenarnya. Ia hakikatnya satu medan yang sangat sesuai dengan fitrah wanita. Justeru sekiranya wanita yang berkelayakan ini memimpin institusi keluarga, dan lelaki yang berkelayakan pula memimpin sebuah negara dan rakyatnya, inilah bentuk ideal dan menurut Islam, sunnah Rasul SAW dan tepat pula menurut hukum logik aqal. Tambahan pula lelaki secara semulajadi cukup sesuai untuk menanggung tugas tersebut jika diteliti dari sudut tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala wanita pula sememangnya sangat sesuai untuk memimpin institusi pendidikan anak-anak bersendikan seni halus mereka, terutamanya apabila kepada kemampuan fizikal yang terhad, serta maruah sebagai wanita yang sangat mudah tercemar dan dicemari, lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut, dan sekiranya antara dua bidang (keluarga oleh wanita dan rakyat oleh lelaki) ini gagal dijaga dengan baik maka sudah tentu negara amat sukar memperolehi kebaikan.

Bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak-anaknya menjadi perosak Negara akibat terlepas dari jagaan yang terbaik.

2) Isu halangan wanita dari menjadi pemimpin tertinggi adalah merupakan perkara cabang yang dibenarkan untuk berijtihad dalam menentukan hukumnya, Jika dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ Usul Fiqh (kecuali menurut ulama’ Hanafiah), lafaz umum ini membawa ‘Dalalah Zanniyyah’, maka adalah harus untuk berikhtilaf dalam menentukan hukumnya, ini bermakna pendapat ulama yang melarang tidaklah bersifat qat’ie (putus) [6].

3) Menurut pengamatan penulis terhadap hujjah Dr Yusoff Al-Qaradhawi, ia kelihatan agak kukuh dan lebih sesuai menurut suasana hari ini, di samping ternyata ia adalah hasil kefahaman mendalam terhadap Ruh Tasyri’ serta tidak jumud di hadapan lafaz nusus. Justeru penulis menyokong pandangan yang membenarkan wanita menjadi pemimpin dengan syarat-syarat tertentu. Antara syarat yang diletakkan oleh beliau adalah (dan setengahnya adalah tambahan penulis) :-

a- Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.

b- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika tersebut.

c- Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

d- Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-

“أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية "

Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa zina” [7]

e- Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.

Apapun, kesesuaian persekitaran merupakan faktor penting dalam menentukan keharusan wanita samada dalam menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan bukan qadhi, hakim – menurut sesetengah ulama), calon, ahli parlimen dan sebagainya, kerana WALAUPUN IA BOLEH DIKATAKAN HARUS PADA ASASNYA, tetapi ia mungkin menjadi haram kerana sebab-sebab luaran yang mendatang, ia disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh. Penulis juga merasakan, meletakkan hukum yang umum merangkumi semua karakter wanita dalam hal ini adalah kurang sesuai di waktu ini, sebaliknya keharusan tertakluk kepada kriteria syarat-syarat yang ditetapkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
[1]. Ibid, hlm 22

[2]. Fiqh Siyasah ‘inda Al-Imam Hasan Al-Banna, Dr Muhd Abd Qadir Abu Faris

[3] An-Nizom As-Siyasi Fil Islam, hlm 335

[4]. Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89

[5] Nailul awtar, As-Syawkani, 8/617, cet : Dar al-Fikr

[6] Rujuk Al-Ihkam fi usul al-Ahkam, Syeikh Saifuddin Al-Amidi

[7]. Riwayat At-Tirmidzi, no 2786 ; Ibn Hibban , no 4424 ; Ibn Khuzaimah , no 1681 ; Hadith bertaraf Hasan Sohih menurut Imam At-Tirmidzi, Shohih menurut Ibh Hibban dan Ibn Khuzaimah , Syeikh Syu’ib mengakui kekuatan sanad hadith, Hadith bertaraf Hasan menurut Syeikh Albani.

RAKAMAN - 020914 Bahrul Mazi Jilid 12 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad