PAUTAN TAMBAHAN

Ahad, 30 Julai 2017

Kronologi Titik Hitam Yang Tidak Akan Dapat Dipadam Daripada Rekod Sejarah Sistem Kehakiman Negara Ini.

Macam ini punye sejarah nak undi PH....mampus rakyat nanti....

Buatlah Selagi ada kuasa..
Tapi MELAYU Tidak Lupa...G11.....

Catatan Khas: Buat Yang Tidak Tahu dan Yang Terlupa

1. Ramai dalam kalangan generasi muda hari ini tidak tahu berkenaan episod hitam krisis Perlembagaan Negara yang berlaku pada tahun 1988 ketika era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Mereka yang pada hari ini berusia 28 tahun ke bawah belum pun lahir ke dunia pada ketika krisis itu termasuklah saya yang menulis ini.
Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita mengimbau dan merungkai sejarah lama ini sebagai pengajaran bersama.

2. Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1988.?
Untuk memahami kisah tersebut, lebih mudah ianya ditulis dalam bentuk kronologi peristiwa kerana setiap yang berlaku itu saling berkait sehinggalah krisis tersebut mencapai kemuncaknya iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 08 Ogos 1988.

3. Catatan ini akan menunjukkan bagaimana ketika Tun Mahathir berkuasa, beliau telah meruntuhkan institusi kehakiman (judisiari) yang sepatutnya berfungsi dalam konsep "separation of power" seiring badan Legislatif (Parlimen) dan Eksekutif (Kerajaan).
Apabila pihak Kehakiman dengan beraninya membuat keputusan yang tidak menyebelahi pihak Kerajaan, lalu Tun Mahathir bertindak menggunakan pelbagai cara bagi memastikan para Hakim tunduk kepada Kerajaan.

4. Kisah ini bermula apabila;

26 September 1986: Tun Mahathir, PM ketika itu turut memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menggantung permit pengedaran The Asian Wall Street Journal (AWSJ) selama tiga bulan dan dua orang wartawan AWSJ yang bertugas di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan Rafael Roy Pura diusir keluar dari Malaysia kerana penerbitan rencana mendedahkan skandal salahlaku kewangan yang berlaku dalam Kerajaan.
Mereka berdua memohon di Mahkamah Tinggi agar perintah usir itu diketepikan.
Hakim Tan Sri Harun Hashim meluluskan permohonan Pura tetapi menolak permohonan Berthelsen.

11 November 1986: Mahkamah Agung menerima rayuan Berthelsen dan mengetepikan keputusan kerajaan membatalkan permit kerja Berthelsen dengan alasan bahawa peluang untuk didengar harus diberikan kepada wartawan itu.

24 November 1986: Dalam satu wawancara Majalah Time, Tun Mahathir mengkritik keras institusi kehakiman kerana Hakim mentafsir undang-undang tidak mengikut kehendak Parlimen yang membuat undang-undang. 

11 Disember 1986: Lim Kit Siang memfailkan kes terhadap Tun Mahathir yang menghina Mahkamah sepertimana yang tersiar dalam wawancara Majalah Time.
Hakim Tan Sri Harun Hashim menolak permohonan itu, namun beliau ada berkata bahawa Perdana Menteri keliru dengan konsep pemisahan kuasa dan keperluan badan kehakiman yang bebas dalam sistem demokrasi.

24 April 1987: Tun Mahathir menang tipis iaitu majoriti hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO.
Dalam Pemilihan UMNO tahun 1987, berlakunya pertembungan yang amat sengit antara Team A yang dipimpin oleh gandingan Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba ditentang oleh Team B yang dipimpin oleh gandingan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam.
Keputusan pemilihan ini akhirnya berpihak kepada Team A.

Oleh kerana Team B tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam pemilihan tersebut, UMNO 11 (sekumpulan ahli UMNO)  yang pada asalnya 12 orang telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pengisytiharan pemilihan UMNO dibatalkan dan dibuat pemilihan baru kerana wujudnya 'pengundi hantu' iaitu 78 orang perwakilan daripada cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

25 Ogos 1987: Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan Lim Kit Siang untuk menghalang United Engineers (M) Berhad (UEM), daripada menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk pembinaan dan pengswastaan Lebuh Raya Utara Selatan.

02 Oktober 1987: Dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam.

05 Oktober 1987: Hakim V C George menolak permohonan prosiding oleh UEM dan Kerajaan bagi mengenepikan  injunksi interlokutori yang diberi oleh Mahkamah Agung.
Kes ini dibicarakan kembali di Mahkamah Agung dengan keputusan majoriti 3 lawan 2 bahawa Plaintif, Lim Kit Siang, tidak mempunyai locus standi dengan UEM oleh itu, saman tersebut tidak dapat diteruskan.

03 Disember 1987: Tun Mahathir membentangkan Rang
Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan Kerajaan terhadap media.
Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa “sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan.”

RUU ini telah muncul sebagai tindak balas serta merta kepada
keputusan Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara v Minister of Home Affairs di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa budi bicara Menteri untuk menolak sesuatu permohonan untuk lesen penerbitkan satu majalah yang diterbitkan dua minggu sekali tertakluk kepada semakan kehakiman.

04 Februari 1988: Dalam keputusan yang amat mengejutkan banyak pihak, Hakim Tan Sri Harun Hashim dengan beraninya memutuskan beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. UMNO pun diharamkan.
Namun, UMNO 11 tetap membuat rayuan kepada Mahkamah Agung kerana mereka bukannya mahu mengharamkan UMNO tetapi mahu pemilihan UMNO dibuat semula.

Dua minggu selepas itu, Team A pimpinan Tun Mahathir mendaftarkan parti 'UMNO Baru' manakala Team B pimpinan Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 iaitu merujuk tahun penubuhan UMNO asal pada 1946.
Tun Mahathir berjaya mengambilalih UMNO asal dan membuang perkataan 'Baru' pada nama parti baru yang didaftarkannya.

09 Mac 1988: Hakim Peh Swee Chin telah membenarkan
permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan supaya Karpal Singh dibebaskan dan dilepaskan dari tahanan ISA dengan serta merta.
Karpal Singh ditahan dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Dalam operasi ini, seramai 106 ahli politik ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  

17 Mac 1988: Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dibentangkan oleh Tun Mahathir di Parlimen.
Dalam ucapan pembentangan, beliau meneruskan siri serangan terhadap institusi Kehakiman Negara.
Pindaan Perkara 121 (1) Perlembagaan inilah yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa.
Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah.

Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen.
Maka, prinsip utama negara demokrasi iaitu 'Independence of Judiciary' dan 'Separation of Power' telah dilanggar secara nyata oleh Tun Mahathir.

25 Mac 1988: Rentetan daripada itu, 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi telah bermesyuarat untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif.
Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif.
Surat keramat bertarikh 26 Mac 1988 itu turut dihantar salinannya kepada sekalian Ahli Majlis Raja-Raja Melayu.
Antara isi surat tersebut ialah;
“All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament.”

17 Mei 1988: Tun Salleh Abas pulang dari luar negara atas urusan menjalani rawatan dan menunaikan umrah.

24 Mei 1988: The Lord President (Ketua Hakim Negara), Tun Salleh Abas memutuskan korum penuh panel 9 Hakim Mahkamah Agung akan mendengar rayuan kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988.

25 Mei 1988: Tun Mahathir menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang di-Pertuan Agong bersetuju atas nasihat Perdana Menteri.

27 Mei 1988: Tun Salleh dipanggil bertemu Tun Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sallehuddin Mohammed turut hadir juga.
Tun Mahathir meminta Tun Salleh meletakkan jawatan dengan sendiri, jika enggan beliau akan dihadapkan di Tribunal untuk dipecat. Tun Salleh enggan berundur lalu beliau pun digantung tugas.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hamid Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara.

28 Mei 1988: Tun Salleh mengutus surat kepada PM menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan Ketua Hakim Negara  dan menghabiskan cuti berkuatkuasa serta merta.
PM menyatakan persetujuan terhadap permohonan Tun Salleh.

29 Mei 1988: Tun Salleh berfikir semula dan menarik kembali surat perletakan jawatan beliau.
Dalam satu wawancara media BBC, beliau mendedahkan bahawa PM mengarahkannya meletakkan jawatan atas tuduhan berat sebelah dalam kes UMNO.
Beliau turut mengeluarkan kenyataan media rasmi pada hari yang sama.

03 Jun 1988: Tun Salleh mendesak agar Tribunal yang ditubuhkan bagi membicarakan beliau itu terdiri daripada sekurang-kurangnya sama taraf kelayakan kehakiman dan perbicaraan seharusnya dijalankan secara terbuka.

11 Jun 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Pertama setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi: Tan Sri Abdul Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim Negara)
Ahli:
a) Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain  (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)
b) T.S. Sinnathuray (Hakim Mahkamah Agung Singapura)
c) Tun Mohd Zahir Haji Ismail  (Yang di-Pertua Dewan Rakyat),
d) Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri Langka
e) Tan Sri Lee Hun Hoe (Hakim Besar Borneo)

21 Jun 1988: Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tun Salleh telah menulis surat kepada Setiausaha Tribunal Pertama menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka atas komposisi Tribunal Pertama.
Hal ini kerana mereka akan membicarakan Ketua Hakim Negara sedangkan ahli tribunal itu berpangkat lebih rendah daripadanya.
Tan Sri Abdul Hamid Omar mempunyai konflik kepentingan kerana beliau yang akan dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru apabila Tun Salleh disingkirkan.
Tun Zahir adalah Speaker Dewan Rakyat, ini bercanggah dengan prinsip pemisahan kuasa.
Tan Sri Abdul Aziz pula menjalankan perniagaan dan seterusnya memiliki Sijil Amalan Guaman sebagai Peguambela dan Peguamcara.

28 Jun 1988: Tiada maklumbalas daripada pihak Tribunal Pertama terhadap surat peguamcara Tun Salleh.
Maka, Tun Salleh membuat keputusan untuk memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi memperolehi Perintah Penggantungan prosiding untuk menahan Tribunal Pertama
daripada meneruskan siasatan dan mengemukakan laporan dan cadangannya.
Prosiding ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan untuk pembicaraan pada 1 Julai 1988.

29 Jun 1988: Tribunal Pertama menolak penangguhan prosiding Tun Salleh dan tidak mengendahkan berkenaan pemfailan prosiding penggantungan di Mahkamah Tinggi.

30 Jun 1988: Tribunal Pertama selesai menjalan prosiding.
Terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap Tun Salleh;
a) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 1 Ogos 1987,
b) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 12 Januari 1988,
c) Penangguhan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir
Mas yang melibatkan pilihan agama seorang di bawah umur
d) surat Tun Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 26 Mac 1988

02 Julai 1988: Persidangan Khas Mahkamah Agung yang terdiri daripada 5 orang Hakim telah sebulat suara membenarkan permohonan Tun Salleh untuk penggantungan terhad yang menahan Tribunal Pertama daripada  mengemukakan Laporan, cadangan dan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga perintah seterusnya.
Lima orang Hakim yang bersidang tersebut adalah;
a) Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh
b) Datuk George Edward Seah
c) Tan Sri Mohd. Azmi bin Kamaruddin
d) Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan
e) Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd. Salleh.

05 Julai 1988: Pemangku Ketua Hakim Negara Tan Sri Hamid Omar telah berunding dengan Perdana Menteri kemudian membuat cadangan secara bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong  untuk menyingkirkan kelima-lima hakim yang menganggotai korum bagi perbicaraan pada 2 Julai 1988.

06 Julai 1988: Kelima-lima hakim Mahkamah Agung yang terbabit dalam perbicaraan 2 Julai  digantung tugas.
Hal ini menyebabkan Mahkamah Agung tidak dapat berfungsi kerana 6 daripada 10 hakimnya telah digantung tugas.

07 Julai 1988: Tribunal Pertama menghantar Laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan mencadangkan pemecatan Tun Salleh.

08 Ogos 1988: Surat rasmi pemecatan jawatan diterima oleh Tun Salleh

12 Ogos 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Kedua  setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat 5 Hakim Mahkamah Agung.
6 orang Ahli Tribunal Kedua itu ialah;
a) Pengerusi: Tan Sri Hashim bin Yeop Sani, Hakim Mahkamah Agung
b) Mark Damian Hugh Fernando, Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka
c) Tan Sri Edgar Joseph Jr, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
d) P. Coomaraswamy, Hakim Mahkamah Tinggi Singapura
e) Datuk Haji Mohd Eusoff bin Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
(e) Dato’ Lamin bin Haji Mohd Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya

30 Ogos 1988: Setelah dibantah, Pengerusi Tribunal Kedua, Tan Sri Hashim menarik diri lalu diganti oleh Tan Sri Edgar Joseph. Tribunal diteruskan dengan korum 5 orang.

23 September 1988: Tribunal Kedua menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka berpendapat Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah bersalah dan wajar dipecat manakala Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah tidak bersalah dan dikembalikan jawatan asal mereka.

5. Begitulah kronologi titik hitam yang tidak akan dapat dipadam daripada rekod sejarah sistem kehakiman negara ini.
Pada 17 April 2008, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi  telah menyatakan kekesalan kerajaan dan mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh dan 5 Hakim yang terbabit.
Ironinya, si pelaku utama kisah ini iaitu Tun Mahathir tidak pun pernah meminta maaf atas kesilapan itu.
Apa yang beliau tahu, hanyalah menyalahkan pihak lain iaitu pemecatan Tun Salleh atas aduan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Almarhum Sultan Iskandar.

Mungkin Tun Mahathir menyangka kita semua Melayu Mudah Lupa, tidak ingat apa yang beliau telah lakukan semasa 22 tahun memerintah Malaysia.?

6. Tun Salleh Abas, mangsa utama penganiayaan ini masih ada dan sudah pun mencecah usia 88 tahun. Beliau merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu.
Tun Salleh pernah bergelar  Exco Kerajaan Negeri Terengganu (Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas) pada era pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004.
Beliau ada menulis sebuah buku yang berjudul May Day For Justice terbitan Magnus Book bagi menceritakan secara terperinci episod hitam 1988.

7. Jikalau hari ini ramai yang bersungut mengenai pemerintahan PM Najib yang bertindak pelbagai cara bagi menutup skandal 1 MDB, ianya tidaklah begitu menghairankan sebenarnya kerana PM Najib hanya mengikut apa yang pernah dibuat oleh sifunya dulu, Tun Mahathir. 
PM Najib membersarakan awal Peguam Negara, Tun Mahathir dulu memecat Ketua Hakim Negara.
PM Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin daripada jawatan TPM, Tun Mahathir dulu mempunyai 3 TPM yang bersilih ganti dan Anwar merupakan TPM yang dipecat atas tuduhan rasuah dan salahsaku seks.
PM Najib ada skandal 1 MDB, Tun Mahathir pula ada skandal FOREX Bank Negara yang menyebabkan kehilangan berpuluh bilion pada awal tahun 1990-an dulu.

8. Dulunya, sekalian pemimpin PKR, DAP dan PAN siang-malam, pagi-petang mengecam Tun Mahathir bahkan sehingga digelar Maha Firaun, Bapa Perosak Negara, Diktator Tua dan bermacam lagi.
Kini, siang-malam mereka menjunjung pula Tun Mahathir bagaikan wira- permata bagi menyelamatkan negara. Mereka pula kini mengikut telunjuk Tun Mahathir yang memimpin Pakatan Harapan.

Sungguh geli hati ini apabila membaca berita janji PH untuk menghadkan jawatan PM kepada 2 penggal dan janji hendak beri royalti.
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir dulu berkuasa selama lebih 20 tahun sebagai PM.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir yang merampas royalti  Terengganu sebagai hukuman kepada rakyat yang memilih PAS untuk memerintah pada PRU 1999 dulu.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir ketika berkuasa dulu telah mengkayakan anaknya sehingga menjadi jutawan, mengamalkan kronisme, berlakunya penyelewengan dan kerugian dalam deretan kes BMF, Perwaja, Maminco,UEM, Renong, Bank Bumiputera, PKFZ, Maika Holding, MAS, Petronas, Tabung Haji, KWSP, IWK dan banyak lagi.

9. Adakah akan menjadi trend kebiasaan selepas ini, mana-mana pemimpin yang sudah tidak berkuasa dapat menyucikan dosa salahlaku pemerintahannya apabila menyertai Pakatan Harapan.?
Tidak mustahil suatu hari nanti, PM Najib pula yang dijunjung oleh PH sebagai wira mereka apabila PM Najib sudah tidak lagi berkuasa. 

10. PAS tidak lupa dan sentiasa ingat siapa Tun Mahathir dan PM Najib.?
Oleh sebab itu, perjuangan PAS tidak pernah terhenti kerana PAS bukan hanya menentang individu semata-mata.
PAS mahu mengubah dasar acuan pemerintahan negara agar kembali kepada Islam kerana apa yang berlaku hari ini hanyalah mata-rantai dan pengulangan episod lama, hanya watak sahaja yang berbeza.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
29 Julai 2017

Sabtu, 29 Julai 2017

Berilah Peluang Kepada Islam

Seluruh agama dan ideologi menentang kemungkaran di semua peringkat dan lapangan, sama ada peringkat individu, keluarga, masyarakat sehinggalah alam sekitar, atau melibatkan sistem kehidupan, politik, ekonomi dan lain lain. Hanya segelintir manusia yang berfikir diluar tabie dan menganut fahaman seperti falsafah Mazdak atau Zoroaster di Zaman Parsi Purba atau golongan yang dikenali Hippie di zaman kini. Mereka menghalalkan semuanya di atas nama kebebasan tanpa batas dan menjadikan manusia yang berakal lebih bodoh dan lebih ganas daripada binatang. Mereka berpegang kepada konsep kebebasan yang salah sehingga terbabas melampaui batas atau konsep persamaan dalam semua perkara tanpa melihat adanya sudut fitrah dan kemampuan yang berbeza.

Manusia yang berkonsepkan fitrah ciptaan Allah dilantik berperanan di bumi dan menjadi pilihan Allah dikalangan makhluk-Nya. Walaupun mereka berbeza agama dan ideologinya, namun tetap menerima hakikat wajib adanya undang-undang yang dapat mengawal keharmonian individu, keluarga dan masyarakat yang kecil dan besar, sehingga peringkat antarabangsa diadakan undang-undang dan mahkamah. Bukan sahaja memelihara keselamatan manusia dan keharmoniannya, bahkan alam sekeliling, termasuk menjaga binatang dan alam sekitar yang luas.

Ibnu Khaldun yang diiktiraf oleh semua dan menjadi Bapa Ilmu Ijtima’ (sosiologi), menegaskan bahawa manusia itu bukan sahaja bernalurikan fardiah (individualistik), bahkan mereka juga bersifat secara naluri bermasyarakat dan madani. Malangnya ramai kalangan ilmuan barat mengambil pandangan Ibnu Khaldun secara tidak sempurna dengan meninggalkan aspek Islam yang dinyatakan, khususnya naluri spiritual yang tidak putus dengan rukun kehidupan manusia.

Ini ditegaskan oleh Islam mengikut huraian ilmu Maqasid Syariah, dinamakan menjaga maslahah yang berkait dengan perkara yang menjadi rukun keperluan manusia mengikut fitrahnya iaitu wajib menjaga agama (mengikut takrif Al-Din), nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta. Rangkaian rukun-rukun ini membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Ada maslahah yang ditetapkan oleh Allah secara fitrah seperti perkara wajib, halal dan haram. Ada juga yang ditetapkan oleh akal yang lemah, maka dibatalkan oleh Islam, seperti menyalahgunakan arak dan dadah untuk ketenangan, begitu juga menghalalkan judi kerana ekonomi dan pelancongan, kerana mudaratnya lebih besar.

Allah menciptakan manusia dengan jati diri yang lengkap, adanya jasad, akal dan roh yang bercirikan individu berpancaindera. Berbeza dengan makhluk yang lain, termasuk para malaikat yang paling taat kepada Allah, tetapi naluri para malaikat itu bersifat rohani tanpa jasad, tiada nafsu dan keperluan dan tidak layak menjadi khalifah di bumi. Berbeza pula dengan binatang, ada nafsu tanpa akal dan makhluk beku yang tidak bergerak sendiri.

Ternyata kita menghadapi gejala negatif yang berleluasa dalam masyarakat kini, bermula daripada masalah peribadi seperti keruntuhan moral, jenayah kecederaan, jenayah yang merosakkan akal seperti gejala dadah yang menjadi wabak masyarakat, wabak keganasan rumahtangga sehinggalah kesalahan pemerintah yang melakukan kemungkaran dan kezaliman, salah urus tadbir, rasuah dan lain-lain, ditambah pula dengan gejala melampau di peringkat negara-negara besar dan maju dengan kekayaan harta yang melimpah ruah dan pembangunan kebendaan yang pesat sehingga mahu mencakar langit dan meneroka angkasa lepas. Namun, semuanya gagal mengatasi masalah yang dialaminya.

Walaupun semua agama mengharamkan segala kemungkaran tersebut, tetapi agamanya tidak lengkap kerana berpisah daripada urusan duniawi, khususnya dalam urusan berpolitik. Selain itu juga, semua ideologi pemerintah dan pembangkang bersepakat menentang kemungkaran, tetapi tetap terpisah daripada agama dan bertuhankan kebendaan sahaja.

Semua negara menguatkuasakan undang-undang sendiri, termasuk Kerajaan Komunis di Korea Utara yang paling ganas menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pesalah kecil. Apa kurangnya undang-undang hukuman mati terhadap kesalahan dadah dikebanyakan negara termasuk Malaysia. Ada Negara Komunis yang menghukum mati terhadap pesalah rasuah dan lain-lain, hukuman yang sangat keras, tetapi gagal mengatasinya. Terdedah pula dengan undang-undang berkonsepkan sarang labah-labah yang hanya bertindak ke atas golongan yang kecil dan lemah sahaja, namun golongan yang berkuasa bebas mengatasi undang-undang dan penyangak besar bermaharajalela melakukan jenayah yang lebih parah dan besar kesannya kepada masyarakat dan negara.

Ternyata kelemahannya apabila didapati tidak memenuhi semua aspek naluri manusia, memisahkan di antara satu sama lain dan tidak seimbang di antara jasad, roh, akal, individu, keluarga, masyarakat dan hubungannya dengan Allah Tuhan Pencipta Alam dan makhluk lain yang diamanahkan kepada manusia supaya mengurusnya.

Allah memberi amaran:

“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41)

Adapun Islam wajib dilihat dan difahami dari segi ajarannya secara menyeluruh, merangkumi keperluan fitrah dan naluri, wajib dilaksanakan sepenuhnya dengan sempurna dan tidak memisahkan di antara aqidah, syariat, akhlak dan nizam (sistem urusan kehidupan). Islam pernah berjaya di zaman keemasannya beberapa abad, sehingga penjenayah bertaubat atau menyerah diri tanpa ditangkap. Bukan dilihat kepada penganut Islam hari ini yang sudah terpesong daripada Islam yang sebenar, akibat dipengaruhi fahaman sekularisma dalam politik dan ekonomi serta berbagai-bagai ideologi dan teori bukan Islam yang memisahkan agamanya dengan cara hidup, atau melaksanakan Islam yang tidak sebenar tanpa menyeluruh dan tanpa feqah (berilmu dan faham) terhadap seluruh ajaran Islam dan cara pelaksanaannya yang sempurna itu.

Perlu difahami juga perbezaan Islam dengan agama lain dan ideologi ciptaan manusia, apabila Rukun Iman atau aqidah adalah asas penting ajaran Islam dan pelaksanaannya yang tidak ada pada yang lain. Aspek ini bergantung rapat dengan hati sanubari dan akal manusia yang menggerakan jasadnya mengikut perhitungan dosa dan pahala yang berkait dengan kepercayaan kepada Allah dan Hari Pembalasan, adanya balasan selepas kematian dan di Hari Akhirat yang lebih mencabar daripada kehidupan dunia. Kalau terlepas di dunia kerana ada kuasa atau pandai menipu, namun tidak selamat selepas kematian dan dihukum dengan lebih keras di Hari Akhirat.

Apabila aspek tersebut tidak ada dalam agama dan ideologi lain atau teori ciptaan manusia, menyebabkan tiada perhitungan dosa dan pahala dan tiada kepercayaan adanya balasan selepas kematian dan Hari Akhirat dalam urusan dunia yang tidak ada kaitan dengan ibadat yang menjadi urusan dengan Allah. Semua urusan dunia dianggap tiada kaitan dengan Allah.

Agama yang lain daripada Islam memisahkan urusan dunia dengan agamanya sehingga melemahkan aspek rohani dengan amalan jasad, hanya perhitungan dunia sahaja tanpa balasan di Hari Akhirat. Walaupun ada agama yang memberi penekanan dalam aspek rohani sehingga mahu meletakkan manusia seperti malaikat dengan mengharamkan kepada paderi atau saminya berkahwin, berpakaian lengkap dan makanan yang lazat. Namun gagal manghalang nafsu yang menjadi naluri manusia.

Islam menegaskan bahawa peranan manusia bukan sahaja menerima hukuman di dunia, bahkan ada lagi Mahkamah Allah di Hari Akhirat yang Maha Adil. Walaupun Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat, namun Mahkamah Allah di Hari Akhirat itu dibawa saksi daripada jasad diri sendiri dan para malaikat dengan catatannya yang termasuk dalam Rukun Iman. Hukumannya pula keras dan menyeksakan.

Firman Allah:

“Pada Hari itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yaasin: 65)

Namun, Islam menggalakkan konsep taubat sebelum meninggal dunia atau pengampunan di luar mahkamah alam dunia. Kalau sudah dihukum di dunia akan dibebaskan daripada hukuman Akhirat. Allah meluaskan pintu taubat kepada orang yang beriman dan bertukar menjadi budiman. Pintu taubat itu dibuka seluas-luasnya sehingga hampir saat kematian apabila nyawa sampai di kerongkong dan matahari naik dari arah barat.

Rasulullah SAW mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai ketika berlakunya peristiwa Fathu Makkah yang berjaya membebaskan Kota Makkah daripada kuasa jahiliyah, termasuklah kalangan yang disenaraikan penjenayah besar apabila mereka menyerah diri dan bertaubat. Keadaannya berbeza dengan kejayaan revolusi-revolusi di negara dunia moden sama ada Kapitalis, Sosialis dan Komunis. Kemenanganya memakan korban yang sangat besar dan menggerunkan, di mana hukumannya lebih berkonsepkan dendam, kerana tiada kawalan batasan dosa dan pahala dan menggalakkan taubat dan pengampunan berpahala seperti ajaran Islam.

Keadaan di negara kita Malaysia sudah ada asas untuk kembali kepada Islam seperti sebelum kedatangan penjajah yang merosakkannya, kerana kejayaan generasi awal pejuang kemerdekaan telah meletakkan Islam di dalam perlembagaan negara. Adapun konsep pentadbiran dan kehakiman warisan Inggeris pula lebih terpengaruh dengan Islam hasil pemikiran para Orientalis yang mengkaji Islam, tetapi dicacatkan kerana dibuang roh aqidah dan iman yang menjadi teras kepada syariat Islam. Mereka juga meninggalkan dalam perlembagaan kita fasal-fasal sampingan yang menghalang pelaksanaan Islam yang tidak menjadi dasar kepada perlembagaan negara. Kalau selepas kemerdekaan telah dilakukan beberapa pindaan yang tertentu kerana ada kepentingannya, juaranya pula sudah meninggalkan kerajaan.

Ketepikan golongan yang mewarisi penjajah itu yang sengaja diletakkan supaya menjadi penyakit dan penghalang kepada islah yang wajib diperjuangkan. Ketepikan juga mereka yang mempertahankan kegagalan sistem penjajah walaupun keadaannya semakin bertambah parah. Sesungguhnya kembali kepada kebenaran Islam adalah lebih baik daripada berterusan dalam kesalahan dan dosa.

Firman Allah:

“Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang dapat menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (134) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya) (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)” (Surah Ali-Imran: 133-136)

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 5 Zulkaedah 1438H / 29 Julai 2017

Jumaat, 28 Julai 2017

Siapa Musuh Sebenarnya Yang Memerangi Ummat Islam.


Semoga ummat Islam faham siapa musuh sebenarnya yang memerangi ummat Islam. Jadi tahu siapa yang harus dilawan / diperangi.

AS walaupun majoriti Nasrani pada dasarnya dikuasai oleh lobi Zionis Yahudi (Keluarga Rothschild dan Rockefeller). Sebab itu AS menyokong penuh Israel (Yahudi).

Israel merampas tanah Palestin dan membunuh banyak Muslim di sana.

AS menyerang Afghanistan, Iraq, dan sebetulnya membunuh penduduk Pakistan dan juga Yaman. Jutaan Muslim tewas kerananya. Apabila menyerang Iraq, AS dibantu Arab Saudi (Wahabi) yg meminjamkan Pangkalan Tentera. Sehingga jet pejuang AS yg jangkauannya cuma 2000 km bisa leluasa membomi Iraq. Apabila menyerang Afghanistan, AS dibantu Pakistan.

Itu adalah kenyataan yang terjadi. Kita akan faham jika kita rajin baca surat khabar, majalah, Media Massa di internet, dan juga TV.

Mari kita lihat Siapa Musuh Utama Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis!

Setiap solat kita membaca Surat Al Fatihah. Di antara ayatnya:

"Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(Yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. "[Al-Fatihah 6-7]

Penjelasan Nabi atas Surat Al Fatihah yang biasa kita baca:

Hamad bin Salamah meriwayatkan dari Adi bin Hatim, dia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW ehwal 'bukan jalannya orang-orang yang dimurkai'. Beliau bersabda, "Yaitu kaum Yahudi. 'Dan bertanya ihwal' bukan pula jalannya orang-orang yang sesat '. "Beliau bersabda, 'Kaum Nasrani adalah orang-orang yang sesat.'

Demikian pula hadits yang diriwayatkan Sufyan bin Uyainah dengan sanadnya dari Adi bin Hatim. Ibnu Mardawih meriwayatkan dari Abu Dzar, dia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang-orang yang dimurkai, beliau bersabda, 'Kaum Yahudi.' Saya bertanya tentang orang-orang yang sesat, beliau bersabda, 'Kaum Nasrani.'"

Menurut tafsiran ulama, orang yang dimurkai Allah adalah kaum Yahudi. Kerana selain ingkar, mereka berusaha membunuh para nabi seperti Nabi Zakaria, Yahya, Isa, dan juga Nabi Muhammad. Ada pun orang yang sesat adalah kaum Nasrani kerana mereka tersesat oleh Paulus supaya menyembah Yesus sebagai Tuhan mereka.

Rujuk ayat lain pula:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "[Al Baqarah 120]

Dari Abu Sa'id Al Khudri, ia berkata: "Rasululah bersabda: 'Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.' Mereka ( para sahabat) bertanya: 'Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?' Sabda beliau: "Siapa lagi." (HR. Bukhari dan Muslim)

Selain kaum Yahudi dan Nasrani, ada lagi Musuh Islam lain yang tingkatnya tentu di bawah kaum Yahudi dan Nasrani. Kerana mereka ini sekadar antek. Iaitu kaum MUNAFIK. Apa ciri-ciri kaum Munafik?

Orang-orang yang beriman tidak akan mengambil kaum Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Al Maa-idah 51]

Hanya orang munafik yang dekat dengan kaum Yahudi dan Nasrani yang saat ini tengah memusuhi Islam dan membantai umat Islam:

"Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata:" Kami takut akan mendapat bencana. "Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul- nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka sembunyikan dalam diri mereka. "[Al Maa-idah 52]

Nabi dalam Nubuwatnya menyatakan bahawa ummat Islam akan memerangi kaum Yahudi sehingga habis-habisan:

Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'Wahai Muslim , wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. 'Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. "[HR Muslim no. 2922, Imam Ahmad no. 27502 dan 10476, Bukhari no. 2926]

Hadis riwayat Ibnu Umar ra .:

Dari Nabi saw. bersabda: Kamu sekalian pasti akan memerangi orang-orang Yahudi, lalu kamu akan membunuh mereka, sehingga batu berkata: Hai muslim, ini orang Yahudi, kemari dan bunuhlah dia !. (Shahih Muslim No.5200)

Insya Allah jika kita paham Al-Quran dan Hadis dan tahu Maklumat Dunia Masa Kini, kita tinggal memetakan Al-Quran dan Hadis untuk menangani masalah2 yang terjadi di dunia pada masa ini. Jika maklumat tepat dan Al-Quran dan Hadis difahami secara faqih, insya Allah kita tidak tersesat.

Jauhi ulama / pemimpin yg menyesatkan yang akan mengheret kita ke neraka: Yang aku takuti terhadap umatku ialah pemimpin-pemimpin yang menyesatkan. (HR. Abu Dawud)

Celaka atas umatku dari ulama yang buruk. (HR. Al Hakim)

#kabarislamia.com/

Selasa, 25 Julai 2017

Pembangunan Bukan Atas Sentimen Politik.

Rasanya Perdana Menteri dan Dato' Mustapha Mohamad tak perlu meletakkan syarat BN tawan Kelantan sebagai umpan untuk menawarkan pelbagai limpahan projek pembangunan kepada Kelantan.

Sehingga kedetik dan saat ini, Kelantan masih sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Orang Kelantan membayar pelbagai cukai dan hasil kepada Kerajaan Persekutuan. Orang Kelantan juga menyumbang pelbagai tenaga dan kepakaran untuk Kerajaan Persekutuan.

Di Kelantan ada Jabatan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri. Ada jalan persekutuan dan ada jalan negeri walau kualiti jalan persekutuan di Kelantan khususnya yang menghubungkan Kota Bharu ke sempadan Terengganu di Bukit Yong kelihatan tak sepadan dengan tarafnya sebagai jalan persekutuan. Beza yang sangat ketara antara kualiti jalan persekutuan di sebelah sempadan Negeri Terengganu berbanding Kelantan padahal ia dibina oleh Kerajaan Persekutuan yang sama. Saya adalah salah seorang pengguna tegar laluan ini dengan kekerapan biasa 2 kali sehari.

Pernah saya bawa seorang tetamu Mindanao melalui jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu yang secara spontan bertanya kenapa keadaan jalan tiba-tiba berubah selepas melintasi sempadan Kelantan - Terengganu di Bukit Yong. Kata tetamu ini, "Kalau di tempat kami di Mindanao, jalan yang melalui kampung orang Kristian cantik sebaliknya jalan yang melalui kampung orang Islam sangat teruk walau ia sebenarnya sebatang jalan yang sama." Saya hanya senyum.

Walau Kelantan diperintah oleh PAS, Kerajaan Kelantan tentunya sedia bekerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan Persekutuan demi membangunkan Kelantan. Contohnya Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk menjadikan kawasan pantai Bachok sebagai tempat industri gas tetapi akhirnya kerajaan Umno/BN pimpinan Mahathir mendaratkan gas yang dilombong dari perairan Kelantan ke Songkhla, Thailand yang jaraknya kira-kira 270 km dari pelantar carigali gas berkenaan berbanding dengan jarak untuk ke Pantai Bachok hanya 170 km. Saya pernah berkesempatan hadir memberikan kuliah di pelantar gas yang dimaksudkan. Sebab itu saya tahu jaraknya dari Pantai Kelantan. Saya juga mengesahkan bahawa pelantar gas berkenaan berada dalam perairan Kelantan.

Lebuhraya Pantai Timur setakat ini hanya melalui negeri Pahang dan Terengganu sahaja. Sedangkan sedia maklum bahawa yang dimaksudkan dengan negeri Pantai Timur ialah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kenapa tak disambung sampai ke Kelantan?

Umum sedia maklum, jumlah penerbangan sehari di Lapangan Terbang Kota Bharu ke pelbagai destinasi mencecah 47 penerbangan berbanding hanya 7 penerbangan sahaja sehari di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Tapi kalau banding saiz lapangan terbang dan kemudahan serta kelengkapan, tentunya Lapangan Terbang Kuala Terengganu jauh meninggalkan Kota Bharu. Kita tak pertikaikan projek pembesaran dan pemodenan Lapangan Terbang Kuala Terengganu tetapi persoalannya kenapa Lapangan Terbang Kota Bharu tidak dibesarkan dan dimodenkan sama berdasarkan keperluan?

Saya buat bandingan antara Kelantan dan Terengganu kerana dua negeri ini mempunyai latar belakang masyarakat dan sosio ekonomi yang hampir sama serta hubungan yang dekat dan erat lalu saling memerlukan.

Pembangunan mesti dibina berdasarkan keperluan, bukan meletakkan sentimen perbezaan politik sebagai alasan.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
25 Julai 2017

Ahad, 23 Julai 2017

TRAGEDI AL-AQSA AKIBAT KELEMAHAN STRATEGI ARAB


Buat pertama kali dalam sejarah sejak 1969, Israel telah berani menghalang umat Islam daripada beribadat di Masjid Al-Aqsa, Palestin. Lebih dahsyat, tentera Zionis bukan setakat menembak mati tiga warga Palestin yang menentang halangan Israel ini serta mencederakan 140 yang lain, mereka bahkan menembak Imam Masjid Al-Aqsa yang juga merupakan bekas Mufti Besar Palestin Sheikh Ikrima Sabri selepas solat. Tragedi terbaru Al-Aqsa ini sebenarnya hanya membuktikan satu perkara: Israel tidak teragak-agak untuk meluaskan penjajahan mereka ke atas Palestin dan Baitulmaqdis setiap kali negara Arab saling bertelingkah sesama sendiri.

Berulang kali dapat kita saksikan pola ini: Apabila tentera Syria berundur dari Lubnan, Israel tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan serangan ke atas Selatan Lubnan dan seterusnya Gaza. Apabila Hamas memenangi pilihan raya Palestin diboikot negara Arab, terus sahaja Israel menyerang Gaza. Apabila Presiden Morsi dari Ikhwan Muslimin dikudeta tentera Mesir, terus sahaja Israel meningkatkan serangan dan kepungan berkali ganda ke atas Gaza. Jelas sekali Israel tidak pernah berlengah menyerang Palestin apabila berlakunya krisis antara negara-negara Arab.

Terkini, negara-negara Arab yang sepatutnya dalam proses pembentukan pakatan tentera ala-NATO Arab telah berpecah sesama sendiri dalam kes pemulauan ke atas Qatar. Arab Saudi, UAE, Mesir, dan Bahrain telah memboikot Qatar dan mendesak Doha menghentikan bantuan kepada Hamas yang mempertahankan Palestin daripada dijajah pendudukan haram Yahudi. Malah, negara-negara Arab ini juga telah mendesak Qatar agar menutup pangkalan tentera Turki di negaranya. Langkah ini menunjukkan bahawa negara-negara Arab tidak mengambil iktibar akan apa yang Israel mampu lakukan ke atas Palestin setiap kali negara Arab sibuk bercakaran sesama sendiri.

Hal ini cukup mengecewakan kerana negara-negara Arab – termasuklah Qatar – sudah pun menjalani latihan ketenteraan bersama sewaktu latihan North Thunder 2016 dan mereka telah pun bekerjasama dalam krisis Syria dan Yaman. Tambahan pula, Arab Saudi baru sahaja memeterai pembelian persenjataan melebihi 100 bilion USD dengan Amerika Syarikat sewaktu kunjungan Trump ke Riyadh Summit. Kesemua persediaan ini sepatutnya dijuruskan ke arah mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan Palestin, bukannya dihalakan ke arah sesama sendiri, apatah lagi ke atas Qatar iaitu sebuah negara yang memiliki potensi ekonomi besar dengan bekalan simpanan gas terbesar dunia. Lebih mengecewakan, hubungan antara negara Arab dengan Turki turut terjejas akibat peristiwa ini manakala sebahagian negara Islam lain turut berdepan dilema apabila Arab Saudi mengenakan desakan agar mengikut serta tindakan mereka memulau Qatar.

Ternyata pertelingkahan demi pertelingkahan sesama negara Arab ini sangat tidak strategik buat kepentingan umat Islam, khususnya di Palestin yang sentiasa menjadi tumpuan peluasan penjajahan Israel. Kajian sarjana Patricia A. Weitsman dalam karya beliau ‘Waging War: Alliances, Coalitions, and Institutions of Interstate Violence’ terbitan Stanford University Press perlu didalami dalam memahami realiti ini. Beliau telah mengkaji lima siri peperangan iaitu Perang Teluk Pertama, Perang Kosovo, Perang Afghanistan, Perang Iraq, dan Perang Libya. Ternyata, banyaknya perjanjian pakatan ketenteraan, tingginya teknologi tentera yang dimiliki, hebatnya latihan ketenteraan yang dijalani, serta besarnya keupayaan ketenteraan yang dimiliki sesebuah pakatan tentera tidak menjamin kelancaran mahupun keberkesanan pakatan tersebut. Sebaliknya, struktur pembuatan keputusan, imbangan kepentingan negara-negara sekutu dan serantau juga perlu diambil kira. Demikianlah halnya dengan Arab Saudi yang dilihat kini mengetuai pakatan negara Arab. Dalam keadaan hari ini, hubungan Arab Saudi yang makin renggang dengan Qatar dan Turki telah melemahkan sama sekali potensi pakatan NATO Arab untuk mempertahankan Palestin dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Negara Arab tidak sepatutnya alpa bahawa Israel telah pun secara haram mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka. Negara Arab tidak sepatutnya lupa bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Negara Arab juga tidak sepatutnya leka dengan hakikat bahawa Israel berjaya merampas Baitulmaqdis Timur selepas menewaskan pakatan negara Arab pada tahun 1967 hanya dalam tempoh Enam hari. Ketahuilah, segala kekuatan persenjataan moden milik negara-negara Arab pada hari ini – termasuklah Arab Saudi yang baru menandatangani perjanjian perolehan aset dengan Amerika Syarikat – ditambah pula dengan kekuatan Turki yang mendapat manfaat daripada penyertaan dalam NATO, tidak bermakna sama sekali selagi darah warga Palestin ditumpahkan secara berterusan manakala bumi Palestin terus dijajah dengan lebih rakus oleh Zionis.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sabtu, 22 Julai 2017

Nadwah Ulama Antarabangsa - Telah Meluluskan 10 Resolusi Penting


[Nadwah Ulama Lulus 10 Resolusi]

Oleh: Samihah Ismail

KOTA BHARU, 22 Julai – Nadwah Ulama Antarabangsa yang melibatkan penyertaan aktif 10 wakil dari rantau Asia dan Timur Tengah telah meluluskan 10 resolusi penting hari ini.

Nadwah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) itu telah berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC).

Ia berobjektif menghimpunanka organisasi dan para daie rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah serta membangkitkan kesedaran terhadap keperluan kesepaduan gerak kerja dakwah.

Nadwah kali ini menampilkan kelainan dari sudut format yang merangkumi pembentangan kertas kerja, pidato, forum dan sesi soal jawab.

Resolusi yang diisytiharkan itu menjadi simbol kesepaduan perbincangan yang telah berlangsung selama 3 hari.

Resolusi yang disepakati itu telah dibacakan oleh Pengerusi Nadwah Ulama, Ustaz Dato Dr Nik Zawawi Salleh.

Berikut adalah resolusi yang tersebut:

1. Mewujudkan Kesatuan Ulama Asia dan Timur Jauh yang berpusat di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan isu-isu yang berkaitan umat Islam.

2. Mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dengan negara majoriti Muslim agar kekuatan Islam dapat digarap secara berkesan dan sekali gus dapat menaungi umat Islam yang lemah.

3. Memastikan segala isu dan permasalahan dalam setiap negara Islam dan umat Islam tidak perlu dilibatkan campur tangan pihak luar (negara Barat) dalam menanganinya.

4. Mempelopori usaha untuk mengharmonikan isu-isu khilafiyyah di kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh memecahbelahkan kesatuan umat Islam.

5. Mempergiatkan pengembangan ilmu Islam di kalangan masyarakat di negara masing-masing dengan pelbagai wasilah yang ada.

6. Mengambil inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk melahirkan ulama pelapis yang akan mewarisi kepimpinan ulama di seluruh negara rantau Asia.

7. Menangani permasalahan dan isu umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim seperti Chechnya, Pattani, Rohingya, Kasymir, wilayah Xingjang dan lain-lain.

8. Mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk yang telah dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi dengan penutupan Masjidil Aqsa yang bertujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.

9. Memahamkan masyarakat khasnya umat Islam bahawa Islam adalah agama pembawa kesejahteraan dan kesederhanaan ke arah mengekang pengaruh radikalisme dalam kalangan umat Islam.

10. Mengembleng tenaga ulama untuk mengembalikan peradaban Islam rantau ini sebagai model peradaban Islam sejagat.

Bacaan oleh beliau itu disambut dengan gema laungan takbir oleh para peserta tanda mempersetujui semua resolusi yang telah disytihar.

Khamis, 20 Julai 2017

GHARQAD ISRAEL - kita mula dikejutkan dengan berita Israel menutup Masjid al-Aqsa.


GHARQAD ISRAEL.

Sedar atau tidak, sepanjang musim Arab Spring, Israel hanya berdiam diri membiarkan drama perang proksi berlangsung dengan jayanya.

Setelah berlangsung Arab Spring yang berperanan melakar peta baharu bagi Asia Barat, kita mula dikejutkan dengan berita Israel menutup Masjid al-Aqsa.

Kita perlu peka dengan perkembangan geopolitik semasa yang menjadikan Israel cukup selesa pada hari ini.

⚫ Kurdistan.

Negara yang sedang diprojekkan melalui lobi Israel membabitkan sebahagian kawasan Syria, Turki dan Iraq. Proses ke arah penubuhan negara sekutu Israel tersebut sedang berjalan lancar menjelang tahun 2018.

Kedudukannya yang amat strategik amat berpotensi menjadi benteng Israel bagi menempatkan pertahanannya dia bahagian Utara.

Seterusnya Israel bakal menguasai sumber air. Sungai Furat di sempadan antara Syria dan Turki. Manakala Sungai Tigris di sempadan antara Turki dan Iraq.

⚫ Somaliland.

Negara baharu dan kecil di Tanduk Afrika yang menerima pengiktirafan dari UAE dan Israel. Lokasinya amat strategik untuk mengawal laluan perairan Bab Mandab, sekaligus membolehkan Israel menguasai Laut Merah. Laluan yang membelah dunia.

Keakraban dan motif penubuhannya yang amat sinonim dengan agenda Israel hingga digelar 'Israel di Tanduk Afrika'.

⚫ Ikhwan & Hamas Cuba Dilumpuhkan.

Sementara itu penguasa-penguasa Arab kelihatan dirasuk hantu Islamphobia dengan menjadikan gerakan-gerakan Islam sebagai sasaran prima. Kononnya gerakan-gerakan Islam adalah pengganas. Manakala Israel pula tidak ganas bahkan dianggap jiran tetangga yang perlu disantuni.

Ikhwan Muslimin dan Hamas ternyata menjadi mangsa. Ikhwan Muslimin dianggap ancaman kepada penguasa-penguasa Arab. Manakala Hamas dianggap ancaman langsung kepada Israel.

Ikhwan Muslimin dibelasah teruk terutamanya selepas rampasan kuasa di Mesir. Hamas mula terjejas operasinya bermula dari krisis Syria kerana bantuan yang sepatutnya mereka perolehi sebahagian besar melalui jalan Syria.

Kedua-dua gerakan Islam yang cukup berpengaruh ini cuba dilumpuhkan oleh penguasa-penguasa Arab yang mengaku Islam. Mereka bekerja untuk siapa?

Pada masa yang sama umat Islam terlepas pandang akan nasib al-Quds kerana khayal menyaksikan perang proksi terutamanya di Syria yang telah diplotkan penuh dramatik. Sekaligus Hamas dilupakan.

⚫ Gharqad.

Fenomena penguasa-penguasa Arab memburu gerakan Islam untuk melindungi kepentingan Israel telah diulas oleh Syeikh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi.

Penulis pernah bertanya kepada beliau apakah maksud gharqad di dalam hadith;

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود

"Tidak berlaku kiamat sehingga umat Islam memerangi Yahudi. Maka umat Islam membunuh mereka hingga Yahudi menyorok di sebalik batu dan pokok. Maka batu dan pokok berkata "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku maka datang dan bunuhlah dia". Kecuali gharqad, sesungguhnya gharqad merupakan pokok Yahudi" - hadith Sahih Muslim.

Beliau menjelaskan secara literal merujuk kepada pokok gharqad yang sedang giat ditanam oleh Zionis.

Adapun maksud yang lain, gharqad juga merujuk kepada penguasa-penguasa yang sifatnya melindungi kepentingan Israel. Selari dengan sifat gharqad di dalam hadith yang peranannya melindungi Yahudi dari ancaman umat Islam.

⚫ Israel Raya.

Dengan mengumpulkan segala perkembangan-perkembangan yang telah dinyatakan di atas, apa lagi yang boleh disimpulkan melainkan Israel sedang cukup selesa meluaskan jajahannya. Kurdistan dan Somaliland mengepung dunia Arab.

Dari belahan sungai Furat dan Tigris hingga ke sungai Nil. Bukankah itu kawasan idaman Israel? Bahkan kini Israel sangat berpotensi ke arah itu.

Mungkin selepas ini akan tercetus lagi babak-babak provokasi yang seolah-olah mengejek upaya umat Islam.

⚫ Bilakah Kita Mahu Serius?

Zionis memperolehi peluang atas kelalaian kita, umat Islam. Negara-negara Arab keliling Israel yang menyimpan jiwa-jiwa muslimin yang sepatutnya dilaburkan untuk memerangi Israel, tetapi malangnya telah diplotkan untuk berbunuhan sesama sendiri.

Pada masa yang sama penguasa-penguasa Arab yang berjenama Islam lebih berminat membunuh gerakan Islam dan menjilat agenda Israel. Proksi.

Kita perlu serius mengambil tahu dan peka terhadap isu umat dengan mengambil tahu strategi musuh. Sekurang-kurangnya menyelamatkan kita dari terikut-ikut dengan rentak yang telah diplotkan oleh musuh. Kita ada banyak sejarah yang memalukan, umat Islam masuk perangkap musuh.

Menyedari kelemahan bermula dari lemahnya kita merasa bertanggungjawab untuk memahami realiti yang sedang berlaku. Tidak cukup dengan slogan maki Israel, mafla al-Quds dan alunan nasyid Palestin. Selagi tidak diiisi dengan ilmu dan info, maka itu semua hanyalah gimik dorongan emosi yang tidak akan kekal lama.

⚫ Islam Pasti Menang.

Zionis Israel pasti hancur. Itu pasti. Persoalannya, apakah kini kita layak beroleh kemenangan atau sememangnya kita berhak dihina kerana tidak serius dengan Islam? Wahai Allah, ampunkan kami.



#Abdul Mu'izz Muhammad
19 Julai 2017

Rabu, 19 Julai 2017

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Tentang Islam

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.

SUMBER PETIKAN:
http://uwaisqarny.blogspot.my/

Fitnah Dalam Islam


Hukum Fitnah

Fitnah merupakan suatu kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa yang tak terampuni oleh Allah SWT. Oleh karenya, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah adalah haram.

Allah SWT berfirman yang artinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al-Hujarat : 12).

Seorang Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah;

“Wahai Rasulullah, apakah ghibah itu? Lalu Rasulullah menjawab; ‘Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.’ Kemudian Sahabat kembali bertanya; ‘Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?’ Rasulullah kemudian menjawab; ‘kalau sekiranya yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar).” (H. R. Muslin, Abu Daud, dan At-Tirmidzi).

Allah SWT berfirman yang artinya;

“Maka nyatalah bahwa tidak ada yang lebih zhalim dari orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan sebaik-baik saja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahwa) dalam neraka jahanam tersedia tempat tinggal bagi orang2 kafir?” (Q. S. Az-Zumar : 32).

“Maukah Aku beritakan kepadamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka turun ke tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar sungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta.” (Q. S. Asy-Syuras : 221-223).

“Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.” (Q. S. Al-Baqarah : 217).

Dalam hadist yang diriwayatkan oleh Hudzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda yang artinya; “Tidak akan masuk surga orang yang suka menebar fitnah.” Macam – macam Fitnah

Ada dua macam fitnah, yakni fitnah syubhat dan fitnah syahwat.

1. Fitnah Syubhat

Syubhat berarti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fiitnah syubhat, seseorang menjadi rusak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkaran ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan). Fitnah syubhat merupakan fitnah paling berbahaya oleh karena kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji.

Rasulullah SAW sangat mengkahwatirkan fitnah syubhat, sebagaimana hadist yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang artinya;

“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan.” (H. R. Ahmad).

YangTermasuk dalam fitnah syubhat adalah;

a. Kekafiran
Allah SWT berfirman yang artinya;

“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, Maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak Mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. (Q. S. Al Kahfi 18: 103-105).

b. Kemunafikan

Allah SWT berfirman yang artinya;

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. dan bila dikatakan kepada mereka: ’Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi.’ Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.” (Q. S. Al Baqarah 2: 10-11).

c. Bid’ah penyebab perpecahan

Sebuah hadist dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA,

“Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah-belah menjadi 72 agama. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 agama. 72 di dalam neraka, dan sati di dalam sorga, yaitu Al-Jama’ah.”

“Dan sesungguhnya akan muncul beberapa kaum dari kalangan umatku yang hawa-nafsu menjalar pada mereka sebagaimana virus rabies menjalar pada tubuh penderitanya. Tidak tersisa satu urat dan persendian kecuali sudah dijalarinya.” (H. R. Abu Dawud, Ahmad, Al-Hakim).

2. Fitnah Syahwat

Fitnah syahwat merupakan segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh mengikuti hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu beserta andil dari iblis yang senantiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.

Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu.Allah SWT berfirman yang artinya;

“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga).” (Q. S. Al-Imran : 14).

Bahaya Fitnah

Allah SWT berfirman yang artinya;

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
(Q. S. Al Hujurat : 6).

Apapun yang kita dengar dari orang lain, segala ucapan itu kita terima dengan telinga, bukan dengan lidah (ucapan). Berita-berita itu menyebar luas dari telinga ke telinga seolah keluar dari mulut ke mulut. Hati adalah yang menentukan apakah semua berita yang di dengar itu adalah benar atau salah. Allah SWT berfirman yang artinya;

“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.Padahal dia pada sisi Allah adalah besar” (Q. S. An Nur : 15).

Selanjutnya, firman Allah SWT mengenai pertanggung jawaban panca indera kita di akhirat;

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la’nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka adzab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahwa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).” (Q. S. An Nur : 23-25).

Fitnah itu hukumnya sangat berat, lebih berat daripada ketidaktaatan atau dosa besar. Sebab fitnah itu sendiri berbahaya;

1. Menimbulkan kesengsaraan

Oleh sebab berita yang disebarkan tidaklah benar, fitnah sangat merugikan terutama bagi orang yang difitnah dan bisa jadi harga dirinya hancur di mata masyarakat dan menjadi bahan cemoohan. Sedangkan bagi yang memfitnah sendiri tidak akan lagi bisa dipercaya dan setiap orang pasti akan menjauhinya.

2. Menimbulkan keresehan

Oleh sebab fitnah yang disebarkan masyarkat jadi tidak tenang karena takut. Misalnya, ada yang difitnah menjadi pencuri, pastinya orang akan takut jika suatu saat mereka akan jadi korban.

3. Memecah kebersamaan dan tali silaturrahmi

Satu fitnah bisa menghancurkan satu bangsa karena satu fitnah saja bisa menimbulkan berbagai masalah yang akhirnya bisa menjadi seperti lingkaran setan (masalah yang tiada akhir). Padahal Keutamaan Menyambung Tali Silaturahmi dalam Islam sangatlah besar.

4. Dapat mencelakai orang lain

Fitnah lebih kejam daripada pembunuhan, pada kenyataannya itu memang benar. Fitnah umumnya dilatarbelakangi ketidaksukaan atau kebenciaan terhadap orang lain, tidak menutup kemungkinan turut membangkitkan niatan jahat berbuat kriminal yang dapat mencelakai orang lain.

5. Fitnah merugikan orang lain

Sudah sangat jelas bahwa fitnah banyak memberikan korbannya kerugian, mulai dari fisik, psikis, sampai harta benda dan keluarga. Yang paling menyakitkan adalah hancurnya harga diri karena pada dasarnya setiap manusia pasti ingin dihargai di mata manusia lainnya.

6. Tanda orang munafik

Ciri-ciri orang munafik yakni; bicaranya dusta, ketika diberi kepercayaan (amanah) justru mengkhianatinya, dan melanggar janji.

7. Masuk neraka

Fitnah merupakan salah satu dosa besar yang menjadi penghalang seorang Muslim masuk surga. Akibat dari perbuatan fitnah sendiri akan menjadi tanggungannya seumur hidup yang apabila tidak segera bertaubat maka neraka lah ancamannya.

Sumber petikan:
http://dalamislam.com/akhlaq/larangan/fitnah-dalam-islam

Isnin, 17 Julai 2017

Berkempen Cara Islam Akan Mendapat Keredaan Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Islam adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam tidak dapat dipisahkan dengan amalan harian, bekerja, berinteraksi sesama manusia malahan perhubungan dengan haiwan dan alam sekitar juga ada adab-adab yang telah digariskan oleh Islam.

Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan beriman dengan rukun Iman yang lain dan rukun Islam, maka kita perlu berpegang teguh dengan ikatan Islam dan tidak boleh terpisah walaupun sedikit. Oleh itu semua perkataan, perbuatan, amalan, tulisan, arahan, gagasan, perancangan maka tidak boleh lari dengan ajaran Islam yang ditanzilkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.

BERKEMPEN adalah salah satu aktiviti kehidupan manusia hari ini iaitu ketika manusia sedang berusaha untuk menonjolkan atau menyokong pemimpin, mencari sokongan rakyat, menunjukkan ketokohan diri atau mempromosikan kebaikan parti atau organisasi maka ianya tidak boleh langsung terkeluar daripada adab-adab Islam .

Jika kita ketandas atau ketempat tidur ada doa dan adab-adabnya maka apakah ketika kita hendak berkempen dan memilih pemimpi, kita bebas daripada adab-adab dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam?

Adakah kita boleh menggunakan apa cara sekali pun, termasuk memfitnah, mengumpat , mengutuk, maki hamun, mengupah gengster membuat kacau dalam kita menjalankan kempen dan mengadakan rapat-rapat umum?

Jawabnya pasti tidak boleh kerana dalam Islam kita tidak boleh menggunakan kaedah "Matlamat menghalalkan cara". Jika cara itu haram dan berdosa Islam melarang kita menggunakan walaupun matlamatnya baik.

Seorang mukmin akan sentiasa menjaga akhlak dan adab sopan dan kehidupannya. Akhlak dan kesopanan adalah pakaian seorang mukmin sejati. Justeru, dalam kempen pilihan raya bukannya masa untuk kita menanggalkan akhlak dan adab sopan.

Antara anggota badan yang paling banyak digunakan dalam kempen pilihan raya adalah lidah untuk tutur bicara. Calon dan penyokong parti akan menggunakan lidah untuk berkempen dan menarik sokongan dan kepercayaan pengundi dengan manifesto dan janji-janji yang akan ditunaikan sekiranya diberi peluang untuk memenangi pilihanraya.

Majoriti ahli politik dunia termasuk di negara kita menggunakan idealogi dan falsafah politik Nicholo Machiavelli yang terang dan jelas bertentangan dengan roh Islam dan adab-adabnya.

Nicholo Machiavelli merupakan seorang ahli falsafah Itali. Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun dengan kerajaan Itali sebagai setiausaha kerajaan. Terkenal dengan bukunya yang masyhur The Prince. Sebuah buku yang membicarakan ideologi dan falsafah politik menurut sisi pandang Nicholo Machiavelli.

Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat saintifik dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman Renaissance. Dalam bukunya, beliau menggariskan beberapa panduan berpolitik untuk kerajaan.

Antara falsafah beliau, untuk sesebuah kerajaan mengekalkan kuasa, maka para menterinya haruslah mengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan dan kepintaran menipu. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggak pemerintahan. Machiavelli juga mengatakan kerajaan perlu bijak mengaburi mata rakyat dengan menyuap rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan bagi melalaikan mereka. Bagi Machiavelli, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, tidak kira caranya baik atau buruk.

Machiavelli menyatakan nilai–nilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifat kedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kutukan rakyat. Walaubagaimanapun sifat pemurah perlu ditunjukkan kepada rakyat seperti mengadakan ‘rumah terbuka’ dengan menggunakan duit rakyat, demi meraih sokongan dan pujian rakyat.

Machiavelli menambah, seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit dalam kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam dirinya terutama sifat pemurah, jujur, berperikemanusiaan, baik budi dan alim. Machiavelli berkata seorang pemimpin itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi ‘seakan-akan memiliki sifat baik’ kerana manusia akan hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat sahaja daripada apa yang mereka rasa.

Doktinnya The end justifies the mean. Ertinya , dalam mencapai dan mengukuhkan kuasa, seseorang pemimpin itu hendaklah mengukur antara manfaat tindakan yang baik dan tindakan yang buruk. Jika perlu memperolehi kuasa, maka tindakan buruk perlu DIUTAMAKAN. Demi kepentingan kuasa politik, kerajaan diharuskan menggunakan sebarang cara untuk merealisasikan matlamatnya.

Apakah cara-cara kempen yang beretika dan berakhlak yang dibenarkan oleh Islam? Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh orang mukmin ketika dia berceramah, berkempen dan mencari sokongan rakyat.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Jauhkan ucapan berbentuk maki hamun, mengutuk dan mendedahkan aib seseorang secara peribadi.

Ketika berkempen (berceramah atau rapat umum) lidah perlulah dikawal dengan sebaik-baiknya kerana peribadi seorang muslim tidak akan berkata perkara dusta, memfitnah, berbohong atau menokok-tambah keaiban seseorang yang tidak ada pada dirinya.

2. Jauhi memfitnah dengan menyebarkan gambar-gambar palsu (super impose), VCD seks palsu, menuduh berzina atau liwath (dalam Islam perlu bawa 4 orang saksi yang adil) dan edaran risalah-risalah berbentuk dakwaan semata-mata. (perlu diingat bahawa setiap satu tuduhan jika tak benar akan bertanggungjawab di hari akhirat).

Janganlah menuduh dalam sesuatu yang tak pasti. Hukumnya boleh jatuh dalam kategori dosa fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh.

3. Mendedahkan kesalahan seorang pemimpin yang rasuah dan ada bukti-bukti yang kukuh tidak dilarang kerana orang ramai perlu tahu akhlak seorang pemimpin yang hendak dipilih. Contohnya : ada bukti berbentuk dokumen, transasi kewangan, perjanjian jual beli dan sebagainya.

4. Sebaik-baiknya mereka yang dicaci atau difitnah perlu mendiamkan diri daripada membalas cacian. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Diam itu adalah suatu hukum dan amat sedikit orang yang melakukannya." (Hadis riwayat Abu Mansurad-Dailani daripada Ibn Umar)

5. Mendedahkan kelemahan pemerentahan lama dan mencadangkan cara pemerentahan baru yang lebih telus dan adil tidak salah dan berikan bukti-bukti kelemahan dan akibat yang ditanggung oleh rakyat kerana salah tadbir dan salah laku pemimpin. Bukti perlu dalam bentuk lapuran audit, lapuran pegawai kewangan dan lapuran pakar luar negara.

6. Tidak salah mewar-warkan kebaikan yang telah dibuat oleh pemimpin kepada rakyat untuk memberi kebajikan kepada rakyat, dengan syarat kebaikan itu telus dan bukan untuk berbangga-bangga.

7. Mengemukakan menipesto yang lebih baik dan berjanji untuk melaksanakan jika berkuasa tidak dilarang kerana setiap niat dan kebaikan yang dirancang adalah salah satu tuntutan Islam.

Dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain.

Jentera parti mesti memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan, bukan untuk mendapatkan kuasa memerintah semata-mata.Kempen yang bersih dan tidak mengandungi caci-maki dan kutuk mengutuk kepada calun lawan adalah akhlak yang terpuji dan merupakan sifat orang mukmin yang bertanggungjawab dan mengajak rakyat untuk melakukan kebaikan.

Semua rakyat yang cintakan keadilan dan kehidupan perlulah sentiasa kekal dengan akhlak dan adab-adab Islam. Jadikanlah kempen dan pertandingan dalam pilihan raya umum ini merupakan peluang yang paling baik untuk kalian melakukan perubahan dalam masyarakat dan memilih pemimpin yang benar-benar bercirikan Islam dalam akhlak dan kehidupannya, bukannya pemimpin yang hanya mabuk kuasa dan tetap mahu berkuasa walaupun menggunakan cara Machiavelli iaitu matlamat menhalalkan cara.

Waullahualam.


 Nota daripada Abu Basyer
 https://www.facebook.com/abu.basyer

Ahad, 16 Julai 2017

Bencana Yang Menimpa Umat Islam Akibat Melanggar Perintah Allah Taala

Terbukti di sepanjang sejarah, bencana yang menimpa umat Islam akibat mengabaikan 12 ayat ini.

Situasi negara-negara umat Islam di dunia yang diceroboh dan diperkosa maruah rakyatnya adalah akibat daripada tindakan pemimpin umat Islam sendiri, yang melanggar satu perintah Allah Taala yang diulang-ulang dalam al-Quran sekurang-kurangnya 12 kali.

Ayat-ayat tersebut ialah:

1) Surah Taubah ayat 71
¨Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi teman rapat bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.¨

2) Surah al-Maidah ayat 51
¨Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.¨

3) Surah al-Maidah ayat 55 dan 56
¨Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan Allah itulah yang tetap menang.¨

4) Surah Ali Imran ayat 28
¨Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.¨

5) Mujadilah ayat 22
¨Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda akan nikmat pemberianNya. Merekalah golongan Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah itulah orang-orang yang berjaya.¨

6) Nisa´ ayat 144
¨Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?¨

7) al-Maidah ayat 80 dan 81
¨Engkau melihat banyak daripada kalangan mereka menjadikan orang-orang kafir teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang kafir itu sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasik.¨

8) an-Nisa´ 141
¨dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang yang beriman.¨

Pernyataan bahawa Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir itu membawa maksud larangan terhadap orang-orang beriman agar tidak menjadikan orang-orang kafir itu berkuasa ke atas mereka.

9) Ali Imran ayat 118
¨Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu (orang-orang kafir) menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.¨

10) al-Mumtahanah ayat 1
¨Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.¨

11) al-Mumtahanah ayat 4
¨Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata”

12) al-Anfal ayat 73
¨Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi auliyak (penyokong dan pembela) bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak melakukan (perkara yang sama iaitu saling menjadi auliyak sesama kamu) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.¨

Keizinan untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang kafir hanyalah bagi mereka yang tidak memusuhi Islam, seperti yang terdapat dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8. Bagaimanapun, satu ayat ini tidak boleh memadamkan perintah dalam 12 ayat di atas.

Apakah masa depan yang kita harapkan daripada para pemimpin yang lebih mesra dan lunak dengan orang-orang kafir dan dalam masa yang sama licik menipu dan mengkhianati saudara seIslamnya? Sesetengahnya menggadaikan kekayaan negara kepada negara kafir yang terkenal dengan kezaliman ke atas umat Islam. Sesetengah yang lain bermati-matian mempertahankan parti dan NGO yang matlamat penubuhannya ialah menurunkan status agama Islam setara dengan agama lain di negara ini.

Mohd Hazizi Ab Rahman
https://www.facebook.com/mohdhazizi.abrahman

Jumaat, 14 Julai 2017

PERANCANGAN MEMBUNUH AQIDAH UMAT ISLAM!

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikut agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah” (Al-Baqarah; 120)

Menelusuri sirah perjuangan junjungan mulia, Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang gigih berjuang untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Seluruh umat mengakui kebenaran yang dibawa oleh Baginda. Lantaran itu, kebenaran yang dibawa Baginda akhirnya telah berjaya membuka 2/3 dunia dan menjadikan dunia ini makmur dengan kesucian Islam yang diwhyukan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. pernah satu ketika, khalifah Harun ar-Rasyid yang merupakan salah seorang khalifah di zaman Bani Abbasiyyah melihat gumpalan awan hitam, lalu Khalifah pun berkata, “Turunlah kamu wahai hujan di mana sahaja bumi yang kamu kehendaki, nescaya hasil bumi itu akan sampai kepada kami.”

Jika kita melihat dengan pandangan yang lebih jelas, kita dapat menyaksikan perjuangan meninggikan kalimah Allah itu didokongi oleh generasi muda yang bersemangat kental dan sihat akal fikirannya. Mereka ini tidak mengharapkan imbalan dunia kecuali redha Allah sahaja yang menjadi harapan mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadis, mafhumnya;

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.”

Hadis ini dibuktikan melalui lembaran sirah. Abu Jahal, Abu Lahab, Umayyah ibn Khalaf, mereka ini adalah golongan tua yang menjadi pembesar Quraisy ketika itu dan mereka jugalah yang menentang risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dan dikalangan mereka yang mendokong apa yang dibawa oleh Baginda s.a.w ialah Saiyyiduna Abu Bakar as-Siddiq, umurnya empat tahun lebih muda berbanding Rasulullah s.a.w, Saiyyiduna Umar al-Khattab, umurnya ketika memeluk Islam baru mencecah 30 tahun, Sayyidina Ali ibn Abi Talib yang baru mencecah belasan tahun ketika membantu misi hijrah Rasulullah ke Madinah. Ini membuktikan bahawasanya golongan muda merupakan pendokong risalah Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Lantaran itu, masyarakat Yahudi dan Nasrani berasa tidak senang. Mereka berpandangan selagi golongan muda ini tidak cuba dijauhkan dari jalan Islam yang lurus maka selagi itulah mereka tidak mampu untuk menewaskan Islam. Maka bermulalah siri serangan dan pengkhianatan kepada umat Islam. Sehingga pada satu ketika mereka merasakan bahawa masyarakat Islam hanya mampu ditewaskan melalui siri serangan pemikiran yang berterusan. Mereka begitu berhasrat untuk menjauhkan golongan muda Islam khususnya dari mengikut landasan dan garis panduan Islam yang sebenar.

Menurut Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam karangannya yang berjudul “Generasi Muda Islam & Cabaran Globalisasi”, beliau telah membentangkan beberapa pernacangan jahat yang dibuat oleh Yahudi dan Nasrani laknatullah dalam usaha menyesatkan aqidah umat Islam dan memesongkan akhlak Islamiyyah yang diajar oleh Islam. Antara perancangan Salibiyyah yang dilakukan ialah merosakkan wanita Islam. Mereka cuba mempamerkan fesyen-fesyen kontemporari melalui media cetak dan elektronik dalam misi membunuh akhlak Islamiyyah di dalam diri wanita-wanita Islam. Mereka menjadikan wanita sebagai simbol seks apabila mengiklankan mereka dengan pakaian yang menjolok mata dan membiarkan tubuh-tubuh mereka yang sepatutnya ditutup ditatap oleh lelaki yang ajnabi.

Hal ini secara tidak sedar menjadi faktor dan penyumbang terpenting kepada berlakunya budaya dan gejala seks bebas. Mereka juga meracuni pemikiran wanita-wanita Islam dengan idealisme pembebasan wanita dengan menafikan apa yang telah digariskan oleh Islam. Mereka berusaha menonjolkan wanita barat denagn aneka kemajuan dan kebebasan, dan menonjolkan wanita Islam dengan pelbagai bentuk kemunduran dan ketinggalan zaman sehingga wanita Islam membebaskan diri daripada hijab, akhlak Islam dan cenderung kepada berhias dan kefasadan.

Salibiyyah laknatullah ini juga merosakkan umat Islam melalui arak, pementasan, pembebasan wanita bertujuan untuk memesongkan pemuda Islam khususnya daripada matlamat kehidupan mereka yang tinggi iaitu berjihad di jalan Alla. Begitu juga memalingkan mereka daripada memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah dan membawa risalah Islam ke seluruh dunia.

Ayuh kita lihat perancangan yang dibuat oleh Yahudi Laknatullah pula. Yahudi telah mengiklankan perancangan serangan pemikiran di dalam protokol mereka adalah untuk merosakkan akidah, akal dan keperibadian manusia bahkan mereka telah melahirkan pemikiran, dasar-dasar Yahudi dan bukan Yahudi yang mengajak ke arah meruntuhkan akidah dan memusnahkan dasar-dasar akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat dan melaksanakan perancangan mereka. Antaranya mereka menyokong teori Frued yang mentafsirkan semua perlakuan manusia adalah hasil daripada keinginan seks dan bertitik tolak daripada dorongan menikmati kelazatan syahwat. Mereka juga mendokonga teori Nature yang melenyapkan akhlak dan mengharuskan kepada manusia melakukan semua perkara yang boleh memberi kepuasan walaupun membunuh, menumpahkan darah atau menceroboh!

Di dalam protokol Yahudi kesembilan ada menyebut, “Kita perlu bekerja untuk meruntuhkan akhlak di segenap tempat. Ini akan memudahkan penguasaan kita ke atas mereka. Sesungguhnya Freud adalah bersama kita dan beliau akan terus mengemukakan teori perhubungan seks dengan jelas, sejelas sinaran matahari di siang hati supaya tidak ada lagi perkara yang mesti dihormati pada pandangan pemuda dan akan jadilah peranannya yang penting adalah memenuhi tuntutan itu.”

Maka sudah terang lagi bersuluh akan perancangan jahat Yahudi dan Kristian Salibiyyah Laknatullahi ‘alaihim. Mereka tidak berupaya melawan kekuatan umat Islam dalam siri peperanga bersenjata satu ketika dahulu. Lalu mereka mencari jalan untuk menyerang Islam dari sudut pandangan yang halus. Usaha mereka ini menemui hasil setelah umat Islam dilalaikan dengan agenda mereka. Mereka meruntuhkan akhlak dan nilai moral umat Islam atas tujuan yang satu iaitu melenyapkan aqidah umat Islam dari dada-dada manusia dan seterusnya mereka ingin melenyapkan Islam dari muka bumi ini.

Semoga Allah memelihara kita dari rancangan jahat kuffar Laknatullahi ‘alaihim.

SUMBER
http://ikhwan-alfathoni.blogspot.com/