Bacaan Al-Fatihah.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.
Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.
Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkat-Mu atas lambang ikatan pertunangan ini, dan bimbinglah kedua saudara kami ini dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas dan memperoleh kebaikanMu yang berlimpah. Ya Allah Ya Tuhan Kami, sumber segala cinta kasih, karena ehsan-Mu, dua pasangan muda ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmatMu untuk memasuki masa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkat-Mu yang melimpah. Semoga dalam masa pertunangan suci ini, mereka kian hari kian saling menghargai, dan saling mengasihi dengan kasih sejatimu Ya Allah.
Kami memuji Engkau ya Allah, kerana dengan pengharapan yang lembut dan mendalam, Engkau menggerakkan hati dan merancangkan pertunangan
Nama si lelaki dan bakal isteri
Kami mohon, sudilah menguatkan hati mereka, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman, dan dalam segala hal berusaha berkenan kepadaMu, sehingga dengan aman sentosa akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.
Ya Allah yang maha pengasih penuh cinta kasih, yang maha penyayang penuh kasih sayang, jadikan bagi kami seorang suami/istri yang menyayangi dan mencintai sesama. Jadikan bagi kami jodoh yang serasi, saling mengasihi saling menyayangi dalam rahmat dan kasih sayangMu.
Jauhkanlah kami daripada kemaksiatan, kebencian, kemarahan, kecurigaan dari hati kami masing masing. Jadikan kami dalam naungan rahmat dan kasih sayangMu, Lindungi hubungan kami dari campur tangan syetan dari golongan jin dan manusia yang menimbulkan perpecahan, kemarahan dan kebencian diantara sesama kami. Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah , Engkaulah sebaik baik yang memperkenankan doa. Ya Allah limpahkanlah rezki yang halal lagi banyak kepada kami, sehingga kami dapat menolong agamamu ya Allah, jaukanlah kami daripada kefakiran dan malapetaka.
Ya Allah, Berkatilah Majlis Pertunangan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada pasangan Ini, Teguhkanlah hati dan keimanan mereka terhadapMu ya Allah. Peliharalah mereka daripada hasutan dan gangguan syaitan. Kekalkanlah ikatan pertunangan Mereka sehingga hari perkahwinan. Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pasangan ini Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua pasangan Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua Dalam Kebaikan.