PAUTAN TAMBAHAN

Ahad, 30 Mac 2014

Mati syahid besar ganjarannya ( KEJAM & ZALIM : antara 529 anggota Ikhwan Muslimin yg ditahan)


Perbicaraan ditunda kepada tarikh 28 April yang melibatkan Dr. Muhammad Badie’ pemimpin Ikhwanul Muslimin beserta 628 orang penyokong Presiden Mursi




Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: Sentiasalah nas-nas al-Quran yang mulia mengingatkan pengajaran dan iktibar berkenaan kekalahan di Uhud, seolah-olah musibah ini bukanlah pemisah yang hakiki sebaliknya kembali kepada yang menang dan tidak berpaling daripada apa-apa.

Di sini terdapat banyak iktibar dan faedahnya yang terbesar ialah kemenangan serta menjelaskan realiti dan hakikat jiwa.

Dalam ayat-ayat ini juga, Allah SWT menjelaskan perbezaan antara golongan yang beriman dan yang terpisah serta kematian orang yang dikasihi ketika berjihad. Berbanding dengan jiwa orang kafir apabila terkena musibah ini amat jauh perbezaannya.

Iktibar dan fiqh ayat 156:

l Al-Qurtubi berkata: Iaitu golongan munafiqin. Justeru, dilarang orang Islam daripada berkata sebagaimana ucapan mereka.

* Al-Maraghi berkata: Beriman kepada qada dan qadar tidak semestinya menjadikan seseorang muslim melakukan sesuatu pekerjaan secara terpaksa (jabariyah).

Ini kerana kalimah qada mempunyai pertalian dengan ilmu Allah mengenai sesuatu yang akan terjadi. Ilmu-Nya adalah sesuatu yang dapat diungkapkan, sedikit pun tidak menunjukkan unsur paksaan. Qadar pula menyatakan sesuatu yang sudah terjadi seiring dengan ilmu-Nya.

Ilmu Allah SWT sudah pasti sesuai dengan apa yang berlaku, seandainya tidak ia akan menunjukkan Allah SWT bersifat jahil.

* Hamka berkata: Telah kita ketahui bahawa erti kufur ialah tidak mahu menerima kebenaran, walaupun orangnya masih mengakui muslim. Maka adalah orang-orang lemah imannya mengucapkan kata yang hanya patut keluar dari mulut orang kafir atau munafik.

Setelah mereka melihat kenyataan, bahawa dalam peperangan Uhud itu banyak orang yang tewas ataupun dalam kejadian yang lain, misalnya ada orang yang mati dalam perantauan, maka si lemah iman itu berkata: "Jika dia tidak pergi meninggalkan kampung halaman, tentu mereka tidak akan mati".

* Quraish Shihab: Ayat di atas memberi tontonan kepada kaum muslimin dengan menjadikan beberapa hal dari peristiwa itu sebagai titik tolak tontonan. Ia dimulai dengan akidah iaitu meluruskan sangkaan buruk terhadap Allah SWT.

Lebih-lebih lagi kerana ada di antara keluarga mereka terkorban dan sedih dengan kematian keluarga mereka, atau boleh jadi atau boleh jadi berbekas dalam hati mereka ucapan-ucapan orang munafik.

* Al-Sonhaji berkata: Setelah Allah menerangkan tentang kekalahan orang-orang mukmin dalam peperangan Uhud didorong oleh hasutan syaitan yang menyesatkan mereka.

Maka Allah mengingatkan mereka di dalam ayat ini dengan jenis hasutan syaitan yang lain pula iaitu hasutan yang menggoncangkan serta menyesatkan orang-orang yang kufur.

Iktibar dan fiqh ayat 157:

l Ibn Kathir berkata: Ayat ini mengandungi makna bahawa berperang dan mati di jalan Allah merupakan salah satu cara untuk mendapatkan rahmat, ampun dan keredaan-Nya. Dan yang demikian itu lebih baik daripada tetap hidup di dunia ini dan memperoleh segala isinya yang fana ini.

* Al-Maraghi berkata: Maksud mati pada jalan Allah SWT ialah sesuatu usaha yang baik dilakukan dalam keredaan Allah SWT.

Keampunan dan rahmat yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang mati atau terbunuh lebih baik bagi kamu dibandingkan dengan segala kesenangan harta dan perhiasan yang ada di tangan orang kafir dalam meneruskan kehidupan dunia yang fana ini.

Ini kerana kesenangan dunia hanya bersifat sementara, sedangkan rahmat Allah SWT bersifat kesenangan yang abadi.

* Hamka berkata: Orang yang mati di atas katil seperti biasa, atau mati di medan peperangan, atau mati kerana sakit, kerana kecelakaan dan berbagai lagi dengan putusnya nyawa yang hanya satu sahaja.

Semuanya akan menjadi mayat, maka nyawa pun akan kembali ke tempat yang ditentukan oleh Allah SWT. Dan kelak semua mayat dan nyawa akan akan disatukan dan kembali berkumpul di hadapan mahkamah Allah SWT, dan di sanalah akan ditentukan arah mana kamu tujukan hidup itu.

* Quraish Shihab berkata: Setelah ayat yang lalu melarang mengikuti orang kafir atau munafik, serta menjelaskan kekeliruan ucapan-ucapan mereka tentang kematian, dan keengganan mereka berjihad kerana takut menemui kematian.

Melalui ayat di atas, Allah SWT menjelaskan ganjaran gugur di jalan Allah SWT serta apa yang dirah setelah kematian.

Ayat ini menyatakan bahawa sungguh demi Allah SWT, wahai orang-orang benar-benar beriman jika kamu gugur di jalan Allah memperjuangkan nilai-nilai-Nya, keampunan terhadap dosa dan kesalahan kamu dan rahmat-Nya akan dianugerahkan kepada kamu, dan tentu saja keampunan dan kerahmatan itu lebih baik bagimu dari apa yang mereka kumpulkan itu harta benda termasuk harta rampasan perang atau selainnya yang berkaitan dengan duniawi.

* Al-Sonhaji berkata: Adapun keampunan dari Allah yang dapat menghapuskan dosa dan rahmat yang dikurniakan-Nya pula sesungguhnya lebih baik daripada segala jenis kemewahan harta yang dikumpulkan dan dinikmati oleh orang-orang kafir.

Kemewahan tersebut tidak akan kekal di dunia yang fana ini, sedang keampunan dan rahmat Allah itu akan berkekalan selama-lamanya.

Iktibar dan fiqh ayat 158

l Ibn Kathir berkata: Ayat ini mengandungi bahawa yang mati di jalan Allah SWT adalah mati juga. Ia merupakan cara untuk mendapat rahmat Allah, keampunan dan keredaan-Nya. Dan ini jauh lebih baik daripada kekal di dunia yang fana ini.

* Al-Qurtubi berkata: Allah SWT memberi peringatan kepada mereka dengan kenyataan ini supaya jangan lari dari medan peperangan tetapi hendaklah lari daripada hukuman-Nya dan azab yang akan ditimpa kepada mereka.

* Al-Maraghi berkata: Maksud ayat "Kamu dikumpulkan kepada Allah SWT" ialah setiap manusia pada hari mereka dikumpulkan di akhirat kelak akan menerima semua balasan daripada Allah.

Mereka tidak mampu mengalihkan perhatian kepada yang lain. Oleh yang demikian, perhatiannya hanya semata-mata kerana Allah SWT sahaja. Segala makhluk yang hidup hanya kembali kepada Allah SWT sahaja.

* Al-Sonhaji berkata: Sesetengah orang-orang yang mengabdikan diri kepada Allah dan menyembah-Nya itu ada tiga tingkatan pengabdiannya:

* Siapa yang mengabdikan diri kepada Allah kerana takutkan neraka-Nya, Allah amankan dia dari apa yang ditakutinya. Ia sesuai dengan maghfirah (keampunan) yang diberikan oleh Allah.

* Siapa yang mengabdikan diri kepada Allah kerana mengharapkan syurga-Nya, Allah jayakan untuk mencapai apa yang dicita-citakannya. Dan ini sesuai dengan rahmat-Nya yang dikurniakan oleh Allah iaitu syurga-Nya kerana salah satu daripada syurga itu bernama Rahmat.

* Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah semata-matu untuk ke hadrat Allah dan tidak kepada yang lain, dialah hamba Allah yang tulus ikhlas yang dilayakkan untuk menerima kehormatan dari Allah.

Ini sesuai pula dengan pengakuan Allah yang difirmankan-Nya, yang bermaksud: "Pasti kepada Allah juga kamu dikumpulkan".

Semoga kita menjadi golongan yang mendapat keampunan Allah, rahmat dan keredaan-Nya. Amin.


Dipos oleh Suara Rakyat.

KEJAM & ZALIM : antara 529 anggota Ikhwan Muslimin yg ditahan

Sabtu, 29 Mac 2014

Rakaman Audio Khutbah Jumaat 28.03.2014 Penyampai : Ustaz Husnul Yaqin Bin Jalius ( Imam 1 )

Imam Ustaz Husnul Yaqin bin Jalius




Rabu, 26 Mac 2014

PAS Kecam Keras Hukuman Mati 529 Ahli Ikhwanul Muslimin

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Perbicaraan ditunda kepada tarikh 28 April yang melibatkan Dr. Muhammad Badie’ pemimpin Ikhwanul Muslimin beserta 628 orang penyokong Presiden Mursi 2


KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir terhadap 529 ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyid Amnya, Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta dan menggesa demokrasi dan keamanan dipulihkan di negara tersebut dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan rasmi Presiden PAS yang dikeluarkan hari ini:

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.

Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.

Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.

PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.

Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia.

Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)


Sumber : Harakahdaily.net ‪#‎mesirkini‬ ‪#‎R4BIA‬

Perbicaraan ditunda kepada tarikh 28 April yang melibatkan Dr. Muhammad Badie’ pemimpin Ikhwanul Muslimin beserta 628 orang penyokong Presiden Mursi

Salah seorang pelajar yang merupakan antara 529 Pro Anti kudeta yang bakal dihukum mati memeluk adiknya yang menangis

wabillah ......

RAJA SAUDI KESULITAN SAAT MEMBACA AL QURAN

RAJA SAUDI



Ketika membacakan Al Quran (Al hujurat:13), perhatikan ketika video di ulang berulang kali


Raja Saudi telah menambahkan ayat Al Quran, karena dalam Al Quran surat Al Hujurat ayat 13 tidak ada kata

"LITA'AWANU ( yang berarti :Supaya kalian saling tolong menolong).

Apa maksut Raja Saudi dengan menambahkan ayat itu? apa hanya untuk membenarkan kebijakan yang telah mendatangkan banyak tentera kafir ke Arab?

Seandainya benar begitu, ini sebuah bentuk kekufuran yang nyata, dan terjemahan yang lengkap surah Al Hujurat Ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."(QS. Al hujurat :13)

APAKAH INI KEKELIRUAN YANG WAJAR ATAU KESENGAJAAN?




1. Raja Saudi Bangga Sambut Amerika Untuk Memulai Kembali Perundingan Langsung dengan Yahudi

2. Raja Saudi Keturunan Yahudi

Isnin, 24 Mac 2014

Tahniah !! kak Wan, tahniah PKR dan seluruh jentera PR yang bertungkus lumus sehingga berjaya mengalahkan BN di PRK Kajang.


Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang 23 Mac 2014 Selangor

Datin Paduka Chew Mei Fun 11362 Undi

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 16741 Undi

Pemenang N25 PRK Kajang Majoriti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 5379 undi

Keputusan jumlah undi telah diumumkan dengan rasminya oleh Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang oleh Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman

Keputusan Penuh PRK Kajang 2014 dan Perbandingan PRU 13

PRK DUN Kajang - 23/3/14

Peratus Keluar Mengundi - 72.1%

PR - 16741

BN - 11362

Undi Rosak - 176

Majoriti - 5379

Jumlah Keluar Mengundi - 28279

PRU13 DUN Kajang - 5/5/13

Peratus Keluar Mengundi - 88.4%

PR - 19571

BN - 12747

4 Calon Bebas/Berjasa - 1431

Undi Rosak - 541

Majoriti - 6824

UNDI POPULAR:

PR: 60%,

BN : 40%

UNDI POPULAR

Pakatan Rakyat telah meningkat dari 57% pada PRU13 kepada 60% di PRK.

Jumlah Keluar Mengundi - 34290 + 140 (bawa keluar kertas undi)

* Pengundi PRU13 yang tidak keluar mengundi - 6151


PKR menang majoriti 5,379 undi




Penambahan Undi Melayu Buat Umno Tertekan



Undi muda menangkan PR- Kak Wan





Wacana Pengukuhan Aqidah



Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 1 - Perbezaan Mazhab Menurut Perspektif Ahli Sunnah

Ahli Panel :
1. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
2. Prof Madya Dr Hj Abdul Aziz Hanafi
3. Prof Madya Dr Fauzi Deraman

Bhg. 1/4 : Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 1 (Ucapan YB Ustaz Nasrudin Hassan) :
https://www.youtube.com/watch?v=Ix3gxv7kbCY


Bhg. 2/4 : Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 2 (Pembentangan Kertas Kerja oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) :

https://www.youtube.com/watch?v=0i6YJEeN3Kg&list=UUfoWnH0922jSob3-fu_I0Vg




Minit ke 48 - bermula wacana
https://www.youtube.com/watch?v=0i6YJEeN3Kg&list=UUfoWnH0922jSob3-fu_I0Vg


Bhg 3/4 : Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 3
https://www.youtube.com/watch?v=OC0dvXOENgc


Bhg 4/4 : Wacana Pengukuhan Aqidah Siri 4
https://www.youtube.com/watch?v=3a1iFfsBvJ0



Sabtu, 22 Mac 2014

KEMATIAN YANG MULIA (KHUSNUL KHOTIMAH)

Ustaz Azhar Idrus

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)

Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)

Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”

Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana artinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”

Ke-6: Mati kerana satu wabah penyakit tahun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabah tahun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”

Daripada Aisyah RA, ia bertanya kepada Rasulullah mengenai wabak taun. Rasulullah SAW menerangkan bahawa wabak taun itu adalah satu azab (bala) daripada Allah yang diantar kepada siapa yang dikehendakinya, dan Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi hambanya yang beriman. Maka seseorang (Mukmin) yang berada di daerah yang ditimpa wabak taun, dan terus tinggal di situ dan bersabar menghadapi bala itu serta mengetahui yang dia tidak akan terkena kecuali menurut apa yang telah ditentukan Allah. Baginya pahala seperti pahala orang yang mati syahid.

Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, karena penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”

Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”

Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati karena terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”

Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)

Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”

Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”

Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”

Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”

Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.


https://www.facebook.com/photo.php?v=771148816243490

Sabtu, 8 Mac 2014

ISU PANAS!!![Hukum Civil Dan Syariah (Ulasan Kes Liwat) - Ustaz Ahmad Jailani seorang peguam syariah

Ustaz Ahmad Jailani seorang peguam syariah


Panas dan hebat kuliah ini.

Live perbahasan kes liwat menurut undang-undang sivil vs undang-undang syariah. Tajuk panas malam nie! Wajib dengar, mudah2an bermanfaat.

Ceramah oleh Ustaz Ahmad Jailani seorang peguam syariah.



http://www.youtube.com/watch?v=T6ckNdyBqHE atau www.zonkita.org/zonkuliah

Khamis, 6 Mac 2014

“Barang siapa memandang kepada wajah orang Alim sekali dengan pandangan yang senang, niscaya Allah menjadikan pandangan tersebut malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat”.

Habib Omar

Keutamaan Memandang Wajah Ulama‘

Mata yang memandang mempunyai pengaruh kuat dan berdampak signifikan terhadap aktivitas batiniyyah kita. Begitu kuatnya pengaruh itu sehingga mempengaruhi kekhusyu’an seseorang untuk beribadah kepada Allah Ta’ala. Syekh Thahir bin Saleh Al-Jazairi dalam kitabnya: Jawahirul Kalamiyah menguraikan sebuah permasalahan:

‘Bagaimana mata mempunyai pengaruh, padahal mata itu hanya termasuk bagian badan manusia yang lembut dan tidak ada hubungannya dengan sesuatu yang dilihat, dan tidak ada sesuatu yang keluar dari mata itu yang berhubungan dengan sesuatu yang dilihat?’ Maka dijawab bahwa tidak ada yang menghalangi jika sesuatu yang lembut itu mempunyai pengaruh yang kuat, dan tidak diisyaratkan bahwa adanya pengaruh itu harus ada hubungannya, karena sesungguhnya kita lihat sebagian manusia yang mempunyai kewibawaan dan kekuasaan bila melihat kepada seseorang dengan pandangan yang mengandung amarah, kadang-kadang menyebabkan yang dipandang itu ketakutan dan gemetar, malah bisa menyebabkan kematiannya. Padahal pada lahirnya ia tidak memasukkan sesuatu pada yang dilihatnya dan tidak terjadi antara yang mempengaruhi dan yang dipengaruhi hubungan ataupun sentuhan. Kalau magnet mempunyai kekuatan dapat menarik besi padahal tidak ada hubungan antara magnet dan besi yang ditariknya itu dan tidak keluar sesuatu yang dapat menyebabkan menariknya itu. Bahkan benda-benda yang lembut lebih besar pengaruhnya daripada benda-benda yang kasar. Karena sesungguhnya perkara-perkara yang besar adalah timbul dari kuatnya kehendak dan niat, sedangkan kehendak dan niat itu termasuk hal yang tidak tampak. Maka tidak mengherankan kalau mata mempunyai pengaruh terhadap yang dipandangnya sekalipun mata itu sangat lembut, dan tidak ada hubungan atau sesuatu yang keluar dari mata itu.

 Ulama' Keturunan Rasulullah

Kekuatan dan kecepatan pengaruh mata dalam memandang telah disinggung oleh Nabi SAW dalam suatu riwayat dari Ibnu Abbas Ra.:

“Pandangan mata adalah suatu kebenaran. Jika ada sesuatu yang dapat mendahului taqdir (ketetapan Allah), maka sungguh pandangan mata akan mendahuluinya”. (HR. Muslim). Karena itulah mata bisa membahayakan, seperti hipnotis, dll. dan Nabi SAW mengajarkan kepada kita suatu do’a:

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap syetan, binatang buas, dan pandangan mata yang membahayakan”.

Sari As-Saqathi Rhm. berkata: “Lidahmu adalah penyambung dari hatimu, dan wajahmu adalah cermin darinya. Pada wajahmu ditemukan apa yang ada di dalam hatimu”.[1]

BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA'

Ketika anak-anak Ya’qub ingin pergi ke Mesir, menemui Yusuf As. yang ketika itu sudah menjadi Perdana Menteri, Ya’qub As. menasehati mereka: “Hai anak-anakku, janganlah kamu bersama-sama masuk dari satu pintu gerbang, masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan!” (QS. Yusuf[17]: 67)

Qatadah mengatakan bahwa Ya’qub As. mengkhawatirkan mereka dari bahaya pandangan (Al-‘Ain) orang-orang yang melihat mereka karena anak-anak Ya’qub As. tergolong orang-orang yang tampan dan berpenampilan menarik. Demikianlah Al-Quran mengisahkan tentang isyarat kuatnya pengaruh pandangan terhadap sesuatu yang diinginkan, yang dipahami oleh sebagian orang tertentu yang diberikan pengetahuan tentangnya.

Keutamaan pandangan kepada wajah seorang Ulama banyak sekali, di antaranya sebagaimana disabdakan oleh Nabi SAW:

“Barang siapa memandang kepada wajah orang Alim sekali dengan pandangan yang senang, niscaya Allah menjadikan pandangan tersebut malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat”. [2]

Imam Al-Hafizh Al-Mundziri meriwayatkan sebuah hadits dari 40 hadits berkenaan dengan keutamaan menuntut ilmu, yakni bersabda Rasulullah SAW:

“Pandangan sekali kepada orang Alim lebih Allah cintai daripada ibadah 60 tahun, berpuasa siang harinya dan berdiri ibadah pada malamnya”. Kemudian sabda beliau SAW: “Jika tiada Ulama niscaya binasa (celaka)lah umatku”.

Hadits tersebut menunjukkan betapa besarnya keutamaan memandang wajah orang Alim secara lahiriyyah, dikarenakan seseorang yang melakukannya akan mendapat pengaruh kekhusyu’an dan ketenangan hati sehingga mendorongnya kepada Hubbul Akhirah. Tidak semua Ulama dikategorikan seperti makna hadits di atas, karena kata ‘Ulama’ menggunakan Isim Makrifah (Al-’Ulamaa-u), yang menandakan ketertentuan/kekhususan. Tentunya Ulama yang dimaksud di sini adalah Ulama yang telah mencapai kemakrifatan yang Hakiki, dimana pancaran jiwanya mampu melenyapkan sekat-sekat yang menutupi hati. Maka Rabithah, yakni memandang wajah Syekh dengan mata hati lebih diutamakan dan memiliki tempat yang khusus di kalangan Ahli-ahli Thariqat, sebagai penyatuan ruhaniyah seorang murid yang dhaif lagi faqir, dengan Syekhnya yang kamil menuju Hadhrat Allah Ta’ala.

Di dalam sebuah hadits dikatakan bahwa ada sebagian ahli dzikir yang dapat menyebabkan orang lain ingat kepada Allah. Yakni dengan memandang wajahnya saja, membuat mereka teringat untuk dzikrullah. Hadits lain menyebutkan bahwa ‘Sebaik-baik orang di antara kamu ialah seseorang yang apabila orang lain memandang wajahnya, maka ia ingat kepada Allah, jika mendengar ucapannya maka bertambah ilmunya, dan jika melihat amal perbuatannya maka tertariklah pada akhirat’.[3] Atas dasar hadits ini para pembimbing dzikir (Syekh Shufi) terdahulu sangat menganjurkan untuk senantiasa mengenang wajah Syekhnya sebagai alat untuk mempermudah dzikir (ingat) kepada Allah SWT, dan yang demikian itu akan membuat dirinya tenggelam dalam lautan mahabbah dzikir-Nya.

Berkata Syekh Mushthafa Al-Bakri Rahimahullaahu Ta’ala:

“Dan di antara apa yang diwajibkan atas seorang murid adalah rabithah hatinya dengan Gurunya dan maknanya bahwa murid senantiasa mengekalkan atas penyaksian akan rupa Syekhnya. Inilah merupakan syarat yang dianjurkan bagi kaum Shufi yang mewariskan kepada maqam makrifat yang tinggi”. (Hidayatus Salikin)

(Dikutip dari Buku ‘DZIKIR QUR’ANI, mengingat Allah sesuai dengan fitrah manusia’)

Isnin, 3 Mac 2014

Syahid Imam Ustaz Khairi Abdul Rahman dibedil oleh 2 orang lelaki bermotosikal yang tidak dikenali.

Narathiwat: Syahid Imam Ustaz Khairi Abdul Rahman (57) dan cederah parah ditembak anaknya Haris (17) dalam perjalanan ke Pondok Tuan Guru Abdul Rahman, Kampung Belukar Sena, Narathiwat lebih kurang jam 10 pagi waktu Malaysia.

Lebih kurang 300 meter ke Sekolah ketika menaiki motosikal. Mereka 2 beranak dibedil oleh 2 orang lelaki bermotosikal yang tidak dikenali.










sepasang suami isteri ditembak mati di daerah Jering Yaring Pattani Isterinya sedang mengandung 3 bulan 15 November 2013