Sabtu, 15 Oktober 2022

Hukum Memakan Harta Pusaka

Allah S.W.T. berfirman yang membawa maksud: “Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dengan yang bathil), Dan kamu mencintai harta benda dengan cara yang berlebihan. Jangan (melakukan perkara tersebut). Apabila bumi digoncangkan berturut-turut, Dan datanglah Tuhanmu; sedang Malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, tidak akan berguna lagi mengingat itu baginya.” (Surah Al-Fajr : Ayat 19-23) Hukum memakan harta pusaka dilarang sama sekali dalam hadis tersebut. Daripada Abdullah bin Umar R.A. yang berkata secara langsung:

 

“Sesiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sedikitt dia pasti akan ditenggelamkan dengannya di hari kiamat sehingga ke tujuh lapis bumi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Hukum memakan harta pusaka membawa kepada balasan yang sangat dahsyat di dunia dan akhirat kelak.

 

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

 

“Sesiapa yang menzalimi orang lain dengan mengambil tanahnya walau sejengkal nescaya Allah akan membuatkan dia menggali tanah tersebut.”

 

dan dalam riwayat yang lain menyebut:

 

” Tanah itu akan dihadirkan sebanyak tujuh lapis bumi yang dalam, lalu dibebankan kepadanya pada hari kiamat sehingga seluruh manusia diadili. “ (Hadis riwayat Tibrani)

 

Pada hari ini, orang yang menyangka kecerdikan menipu dan memperdayakan orang lain sebagai satu kemahiran yang dibanggakan. Kononnya ia dapat membawa keuntungan bagi duniawi namun mereka lupa bahawa yang tertipu dan terpedaya sebenarnya adalah diri mereka sendiri.