PAUTAN TAMBAHAN

Selasa, 31 Januari 2012

Bicara Asia Barat - Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang



 Point2 penting terbaru dari TGHA:- 
* 2 Batu yg.sgt.pejal * kebangkitan umat Islam mesti melalui mazhab SUNNI.(majoriti) 
* teguran terhadap pimpinan IRAN kerana menyebarkan mazhab SYIAH. 
* kena bersatu dalam satu sahaja wadah politik. 
* tahaluf siyasi dgn.kumpulan2 Islam/non Islam yg.sederhana. 
* kuasa2 besar & Israel tak kan beri kemenangan percuma kpd.kebangkitan Islam di seluruh dunia. 
* siapa di belakang Ghadafi & Al Qaeda ??? 
* Syiah Zaidiyah. 
* perlu faham ilmu fekah dalam JIHAD.(utamakan pendekatan damai) 
* orang PAS kena paham bagaimana bila berdepan dgn.orang UMNO. 
* pihak kita ada peranan menyelesaikan konflik/krisis di Asia Barat. 
* agenda Israel KUBRO.

Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat




"Benteng yang paling ampuh pada diri seseorang ialah iman yang padu terhadapTuhan dan hari akhirat."


Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.

Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.

Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.

Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat- jahat manusia kepada `khairunnas` - sebaik-baik manusia.

Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:

Pertama :
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka."

Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.

Kedua :
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama . Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari Alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.

Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.

Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini.Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini.Tentulah tidak sanggup berlalai-Ialai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.

Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: "Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapakamu berbuat iaitu kepada Allah." Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.

Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.

JanganSalahkan Musuh
Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.


Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat toleransi terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.


Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan.


Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.


Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada khairunnas - sebaik-baik manusia.


Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:


Pertama:
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.
Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.


Kedua:
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.


Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.


Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.


Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu:
Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah. Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya.
Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.
Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.

- Mejar (B) Abu Zarim

Presiden PAS Haji Hadi Awang "bercerita" tentang Syiah






Bahaya Syiah Sesat. Ziarah Kubur Para Nabi dan Wali Bida'ah Syirik? Pendapat Ahlussunnah



Isnin, 30 Januari 2012

Rahmat Allah SWT Berada Bersama Jemaah Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah dan sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri." (Hadis Riwayat Tabarani)

Berdasarkan hadis diatas terdapat tiga perkara pokok untuk dihuraikan :

Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).

Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.

Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri.

Huraiannya :

Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).

Nabi SAW tidak akan mengaku sebagai umatnya apabila berlaku pecah belah di kalangan umat Islam. Apa saja perbuatan yang boleh mendatangkan salah faham dan timbul syak wasangka dikalangan umat Islam maka ianya dikira sebagai memecah belahkan umat.

Termasuk juga dianggap berpecah belah apabila ada di kalangan umat Islam telah menjauhkan diri daripada kebenaran dan petunjuk lalu dia menghina ulama dan pemimpin Islam dan membenci amal-amal Islami yang dijalankan. Memecah belahkan perpaduan umat Islam dengan menaburkan fitnah, mendatangkan huru-hara, mengadu domba, mengaibkan orang lain, mengumpat dan menimbulkan kebencian sesama umat Islam. Perkara kecil diperbesarkan semata-mata untuk membalas dendam sikap seperti ini adalah sikap orang fasik.

Nabi SAW memberi ancamannya yang keras kepada umatnya yang tidak menjaga lidahnya dan suka membuat "road show" untuk menjatuhkan orang lain kerana hasad dengki, iri hati, ego, sombong dan sifat ujub yang bersarang di dalam hatinya. Apabila fakta-fakta yang diberikan tidak tepat dan tidak ada bahan bukti yang sahih , ianya lahir daripada emosi yang tidak terkawal (marah) untuk menghukum seseorang maka perkara ini di anggap fitnah.

Terdapat beberapa hadis yang melarang sama sekali perbuatan fitnah memfitnah (untuk memecah belahkan umat Islam)

1. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Nabi SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)

3. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya" (Hadis riwayat Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

4. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah SAW. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat"  (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya)

5. Abu Darda berkata : Rasulullah SAW. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannya di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka".

Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.

Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.

Allah SWT akan sentiasa memberi rahmatnya kepada jemaah Islam yang berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT, mengahyati ajaran Islam dan berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja amal makruf dan mencegah kemungkaran. Seseorang yang telah terkeluar daripada Jemaah Islam (kerana melanggar peraturan) perlulah kembali kepangkuan jemaah bukannya terus keluar dan menabur fitnah.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri.

Sesiapa yang telah terkeluar daripada jemaah ianya umpama kambing yang terkeluar daripada kandangnya maka amat mudah ianya di baham oleh serigala yang berada diluar kandang kambing.

Memang benar suasana diluar terdapat banyak serigala-serigala yang berkeliaran iaitu orang-orang fasik, munafik dan kafir  yang akan mengambil kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan jemaah dan umat Islam . Mereka tidak akan duduk diam akan mencari peluang dan akan menggunakan orang yang telah kecewa untuk dijadikan "tokoh" untuk menyekat tarbiah, dakwah dan amal Islami . Akhbar arus perdana akan mengambil peluang keemasan ini untuk menghidupkan "fitnah-fitnah baru" yang menjadi bahan-bahan berita yang sensasi. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mempromosikan diri merka dan umat Islam yang tidak berdosa untuk menjadi "muflis" di hari akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama berhati-hati dan berwaspada di atas segala berita dan peristiwa yang berlaku disekeliling kita supaya tidak terhapus segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Amat malang dan rugi sekiranya sekian lama kita beramal soleh tiba-tiba ianya di hapuskan hanya dengan berita fitnah dan berita palsu yang kita dengar samaada melalui media massa , internet, TV, radio dan sembang-sembang dikedai kopi. Syaitan amat suka semakin ramai anggota masyarakat kita menjadi agen membawa fitnah kerana syaitan tidak payah bekerja keras kerana mereka semuanya tidak dapat masuk syurga  dan menjadi kawannya di neraka. Berdoalah kita semuga Allah SWT selamatkan kita daripada fitnah dunia akhir zaman yang menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT.

oleh Abu Basyer pada pada 29hb Januari 2012 pukul 10.54 pagi



Ahad, 29 Januari 2012

INGATAN BUAT YANG TERLUPA


Mohd Hazmi Dibok : Kuantan, Pahang, Malaysia
WALAU MENDUNG MENYELUBUNGI, MENTARI TETAP BERSINAR.. HILANG KABUT TAMPAKLAH IA!

Menyelusuri sunnah perjuangan, hari tidak selalunya cerah... Ada ketikanya mendung berarak kelabu... Ada ketikanya ribut, banjir kilat tidak menentu... Namun bertenanglah! Mentari tetap terus bersinar... hilang kabut, tampaklah ia...

MEHNAH ADALAH SUNNAH
Bilakah jalan perjuangan sepi dari mehnah atau tribulasi? Kalau ada orang yang ingin berjuang dan bersungguh-sungguh membariskan dirinya dalam sebuah saf perjungan Islam, tetapi nafsunya ingin agar sentiasa nyaman tanpa sebarang mehnah, sesungguhnya dia bermimpi dan berangan-angan.
Tanpa mehnah,tribulasi, ibtila’, ujian atau apa istilah sekali pun, bagaimana seorang pejuang Islam dapat merealisasikan erti jihad dan pengorbanan, menghayati makna thabat dan sabar. Itulah sunnah perjuangan. Mehnah akan datang dengan pelbagai wajah dan arah. Atas bawah, kiri kanan, dalam dan luar…
Kadang-kadang ia datang seperti angin ribut yang menggemparkan, kadang-kadang ia bertiup halus seperti bayu lembut yang menghanyutkan. Kadang-kadang ia menerpa ganas dari luar, sesekali menikam senak dari dalam. Adakah memang terlalu susah untuk memahami hakikat ini? Ataukah sudah terlalu lama tercicir usrah sehingga atas bawah semua melatah?
Lupakah kita pada teks usrah fiqh sirah? Atau sudah terlalu jauh berlalunya diskusi Al-Hujurat? Ke mana menghilangnya ingatan kita terhadap pengajaran Peristiwa Ifk (fitnah Aisyah)? Bercempera seperti tiada pedoman, bertempiaran umpama hilang akal, tersesat seperti hilang arah! Sekali lagi, Tarbiyah! Tarbiyah! Tarbiyah!

INGATAN BUAT YANG TERLUPA
Jamaah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sepanjang 23 tahun menghadapi mehnah demi mehnah bertali arus. Jika kita meneliti catatan sirah, membacanya sahaja pun kita sudah merasa letih. Alangkah hebatnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat generasi awal Islam mengharungi badai perjuangan dengan penuh kesabaran demi kesabaran.
Mehnah bukan sahaja datang dari musuh luar internasional, dari kalangan Empayar Kristian Rom dan Majusi Parsi malah di peringkat nasional, Musyrikin serta ahli kitab Yahudi dan Nasrani samada di Makkah atau Madinah. Juga tidak sedikit ketenangan jamaah pimpinan Nabi s.a.w. berkocak di sebabkan oleh konflik yang ditimbulkan tidak putus-putus oleh musuh dari dalam jamah di kalangan munafik samada dalam peristiwa Fitnah Ifk yang melibatkan Ummul Mukminin Aisyah, jarum halus yang memecahbelahkan kesatuan jamaah di saat-saat genting dalam Perang Uhud, agenda jahat dalam pembinaan Masjid Dhirar dan sebagainya.
Tidak kurang juga mehnah atau konflik yang timbul disebabkan oleh sikap negatif dan kesilapan yang dilakukan oleh ahli jamaah sendiri dari kalangan orang-orang yang beriman seperti hampir tercetusnya pertembungan semula di antara Aus dan Khazraj, kealpaan dalam melaksanakan arahan seperti Kaab Bin Malik dan 2 orang sahabat dalam peristiwa Perang Tabuk, pembongkaran rahsia oleh bekas pejuang Badar – Hatib bin Abi Balta’ah, sesetengah sahabat yang terpedaya dengan fitnah ke atas Aisyah dan lain-lainnya.
Lebih dari itu, dalam mengharungi ranjau perjuangan, terkadang kesilapan turut berlaku di kalangan Kibar As-Sohabah (sahabat besar) selaku pimpinan kanan yang bersama Nabi s.a.w. seperti tindakan tidak puas hati Saiyyidina Umar dan beberapa orang sahabat dalam peristiwa MOU Hudaibiyah. Malah jika kita meneliti lebih jauh, Nabi s.a.w. yang terpelihara dari dosa itu pun ditakdirkan Allah s.a.w. untuk melakukan beberapa kesilapan yang terkandung padanya hikmah dan pengajaran yang sangat banyak.
Jika anda memahami hakikat tersebut, pelik sangatkah anda bila melihat berlakunya konflik, fatal dan kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan sesebuah jamaah? Boleh untuk merasa sedikit terganggu, tetapi jangan berlebih-lebihan sehingga menghilangkan fokus kerja yang perlu dilunaskan di peringkat masing-masing. Orang-orang yang memahami serta menghayati tabiat dan sunnatullah ini, mereka mendepani dan menanganinya mengikut panduan wahyu. Tidak cepat melatah bersama-sama orang-orang yang latah.
Mungkin antara hikmahnya, Allah s.w.t. ingin mendidik pimpinan dan anggota jamaah bagaimana kaedah yang paling baik untuk menangani konflik seperti ini sebelum di beri kuasa sepenuhnya oleh Allah s.w.t. Mungkin juga Allah s.w.t. sedang melakukan proses penapisan berperingkat bagi menjernihkan saf dari sebarang virus lantas memperteguhkan bangunan jamaah. Boleh jadi juga berlaku check and balance dalam isu-isu yang dibangkitkan, moga sesetengah kita tidak hanya terpegun dengan keindahan sinar bulan hingga terlupa kegelapan pekat di belakangnya.
Firman Allah s.w.t., mafhumnya : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [Al-Ankabut : 2-3]
Firman Allah s.w.t., mafhumnya : “Maka sesungguhnya pada setiap kesulitan pasti akan muncul sesudahnya kemudahan. [Al-Insyirah : 5]
Dan firmanNya lagi, mafhumnya : “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar [Al-Baqarah : 153].
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya : “Siapakah manusia yang paling banyak diuji Allah?” Nabi menjawab : “Para Nabi.” Baginda ditanya lagi : “Kemudian siapa lagi?” : Jawab Nabi : “Orang-orang soleh”. Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda : “Semakin kuat pegangan agama seseorang, maka semakin banyak ujian yang akan dihadapinya.” [HR Tirmidzi – Sahih]

PEDOMAN WAHYU MENDEPANI KRISIS DALAMAN
Pedoman (1)
Firman Allah Subhanahu wa Taala Mafhumnya : “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya ; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (para pemimpin) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).” [Surah An-Nisa’: 83]
Pengajaran dari ayat tersebut secara ringkasnya ialah :
1. Kita dari kalangan penyokong, ahli, pendokong, penggerak atau pimpinan peringkat bawahan kumpulan Islam tidak sepatutnya melatah, terlalu cepat mengeluarkan kenyataan, memberi komentar atau segera menyebarkan sesuatu isu yang berlaku melibatkan kepentingan jamaah.
2. Kita sewajibnya merujuk kepada pimpinan tertinggi atau menunggu kenyataan rasmi pimpinan dalam isu-isu seumpama ini. Kenyataan rasmi kepimpinan tertinggi yang disokong oleh badan tertinggi (majlis syura ulama’) adalah menjadi sikap dan pendirian kita. Ulasan dan komentar kita setelah dari itu mesti selari dan dipastikan tidak bercanggah dengan kenyataan rasmi tersebut walaupun berbeza dengan pandangan kita secara peribadi!
3. Kita wajib bermuhasabah dengan apa yang berlaku. Jauhnya sikap dan tindakan kita berbanding panduan nas Al-Quran tersebut. Ada yang bermulut lancang meremehkan si A atau si B sedangkan dia sendiri tidak mengetahui secara terperinci isu sebenar dari sumber yang pertama.
Pedoman (2)
Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur ayat 11-16, mafhumnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari segolongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. [11] Mengapakah di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata?! [12] Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?! Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. [13] Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. [14] (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [15] Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu : Sekali-kali tidaklah sepatutnya bagi kita memperkatakan hal seperti ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang amat besar.”[16]
Secara ringkasnya, beberapa panduan Rabbani dapat kita rujuk dari peristiwa Ifk (peristiwa fitnah ke atas Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. dengan seorang sahabat) tersebut :
1. Tidak Mencari-Cari Keburukan & Menyebarkan Isu
Ada di antara ahli jamaah dan kepimpinan kadang-kadang ditimpa bencana memiliki hati yang berpenyakit. Mereka ini amat suka mendengar, memberi perhatian dan mencari-cari keburukan-keburukan sesama anggota. Seronok kerana kononnya memiliki banyak rahsia buruk ahli jamaah maupun pimpinan dan merasa bangga apabila boleh menceritakannya kepada orang lain. Merasa diri hebat sebab boleh bercerita tentang keburukan pimpinan itu, kelemahan pimpinan ini, kesilapan ahli itu, kejahatan ahli ini dan sebagainya. Lebih seronok lagi jika ceritanya itu mendapat sambutan dan bilangan pelawat blog-nya semakin meningkat.
2. Berprasangka Baik dan Berusaha Melihat Sisi Positif
Salah satu sikap yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah dalam hubungannya sesama ahli atau kepimpinan ialah sikap ber-husnuzon (berprasangka baik) kepada saudara kita sesama mu’min – siapa pun dia dan dari kelompok apapun mereka - sepanjang ia atau mereka dikenal keikhlasannya dan perjuangannya untuk Islam dan meninggikan kalimatulLah. Lihatlah kesilapan dan kelemahan yang berlaku dari sisi yang positif agar dapat memelihara hati kita dari kotor dan prasangka. Kemungkinan pimpinan tersebut tersilap, tapi mungkin dalam situasi tersebut hanya itulah pilihan yang terbaik yang ada menurut pendapatnya. Kita berusaha semampu mungkin bersangka baik bahawa tindakan-tindakan tidak popular yang diambil oleh sesetengah pimpinan kita tersebut datangnya dari jiwa mereka yang ikhlas dan cinta kepada perjuangan. Cuma, tindakan tersebut mungkin bukanlah yang terbaik. Apakah berbaloi kita mencemuh kesilapan tersebut sampai berlebihan meremehkan keikhlasan dan kecintaan mereka terhadap perjungan???
3. Berlapang Dada Terhadap Kesilapan & Bersikap Pemaaf
Mana-mana ahli atau kepimpinan jamaah adalah kumpulan manusia yang pasti tidak terkecuali dari tersilap atau melakukan kesilapan. Setiap ijtihad, pandangan dan pendekatan strategic, tetap terdedah kepada kesilapan sebagaimana perkataan Imam Asy-Syafi’i rahimahulLah ; “Ra’yi shawaab walakin yahtamilul khatha’ wa ra’yu ghairi khatha’ walakin yahtamilush shawaab (pendapatku benar tapi mungkin saja salah, dan pendapat selainku adalah salah tapi mungkin saja benar). Kepimpinan peringkat mana pun mereka tetap terdedah kepada kesilapan. Walaubagaimana pun, air yang banyak melimpah lebih dari dua kolah tidak terjejas dengan sedikit najis yang jatuh ke dalamnya. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh kepimpinan tersebut tidaklah sepatutnya menjejaskan segala jasa baktinya, sumbangan tenaga dan pengorbanan yang melimpah ruah, kesetiaan dan segala kelebihan yang dimiliki yang melayakkan dia duduk di level tersebut…
4. Jangan Memandang Remeh Budaya Penyebaran Isu Liar
Menganggap sinis dan membiarkan isu-isu liar tersebar di kalangan anggota jamaah hanya akan melukakan ukhuwwah islamiyyah, mencarik rasa hormat sesama sendiri, menebalkan sikap kepuakan, memecah belahkan saff perjungan dan boleh melemahkan organisasi jamaah. Jamaah yang lemah ini akan semakin hilang upayanya untuk menanggung beban perjuangan yang berat dan semakin mencabar!
Pilu rasanya apabila melihat ahli-ahli saling meremeh, merendahkan, menyindir dan menempelak antara satu sama lain atas isu-isu yang mereka sendiri pun tidak beberapa jelas.... Lebih menyedihkan apabila ada ahli dan kepimpinan bawahan turut terjebak dalam memperlekeh, merendah dan meremehkan kepimpinan atasan jamaah atas isu-isu yang mereka sebenarnya juga tidak berapa jelas dan pasti hakikatnya! Marilah kita kembali kepada akhlak Islam dalam menanganinya dengan meletakkan – kelapangan hati, kerendahan jiwa, kemaafan, husnuz zon (sangka baik), kasih sayang, thiqah, kepercayaan dan tuntutan ukhuwwah – sebagai asas terpenting mendahului segala-galanya..

LEBIH SUDU DARI KUAH
Khusus bagi anggota jamaah di peringkat bawahan dan menengah, tidak perlulah kita bersikap lebih sudu dari kuah. Berilah mandat kepada pucuk pimpinan yang tertinggi dan badan yang berautoriti mencari jalan menyelesaikan isu-isu berbangkit. Demikian juga jangan cepat kita menghukum sebelum bukti, kenyataan, saksi dan penghakiman dijalankan. Usah ambil jalan mudah dengan menghukum si A tidak taat arahan jamaah, si B tidak sayang pada patuh pada pimpinan dan pelbagai lagi cercaan demi cercaan yang tidak menguntungkan sesiapa dan apa-apa melainkan sekadar melempiaskan kepuasan nafsu kita sahaja.
Muhasabahlah diri masing-masing adakah kita sendiri itu sudah cukup wala’nya? Hebat ketaatannya? Sempurna komitmennya? Ataukah berapa banyak arahan pimpinan di peringkat masing-masing yang kita engkar? Berapa kali arahan mesyuarat yang kita tidak hadir dengan sengaja? Berapa kali arahan hadir usrah yang kita tidak komit kerana memilih rehat walau pun lapang? Berapa banyak tuntutan jamaah di peringkat masing-masing yang kita sendiri pun taat dan komit secara berpilih? Tepuk dada tanyalah diri masing-masing..
Kemudian renunglah dengan jujur, adakah dengan bercempera membawa mulut ke hulu ke hilir, menulis di sana di sini, menjaja ke selatan ke utara, sms ke timur mms ke barat, komen di facebook kutuk di twiter akan dapat menyelesaikan isu yang berlaku? Atau menambah hangatkan suasana? Mungkin bara hampir padam, ramai pula yang curah minyak! Di antara keelokan seorang Islam itu ialah, meninggalkan apa-apa yang sia-sia (tidak ada makna). Kalau dengan melatah itu tidak boleh menyumbang apa-apa, diam lagi baik.. kerana anda pendokong jamaah Islam!

PANDANGAN MASYARAKAT LUAR
Mungkin inilah yang dirungsingkan oleh pendokong jamaah di atas konflik dan isu yang berlaku. Munasabah untuk merasa bimbang, namun jangan resah dan rungsing yang tidak berpedoman kerana kita sudah sepatutnya faham bahawa itulah sunnah dalam perjuangan. Soalnya sekarang, apa yang terbaik boleh kita lakukan untuk jamaah dan perjuangan Islam, bukan untuk merosakkan jamaah atau memuaskan hawa nafsu amarah kita? Kepada sesama ahli jamaah, panduan di atas jadikan sebagai sandaran dan panduan.

Ada pun kepada masyarakat awam di luar, pelbagai pendekatan boleh digunakan, antaranya :
1) Nyatakan pada mereka bahawa jangan mudah percaya kepada kesimpulan dan rumusan yang dijaja oleh media masa perdana yang menjadi penyambung lidah-lidah syaitan. Sifat prejudis, berlebih-lebihan dan berniat jahat yang menjolok mata dalam pemberitaan mereka sudah tersedia maklum.
2) Pimpinan jamaah bukan maksum dan terpelihara dari berbuat silap. Perjuangan Islam, dasar dan prinsip berjamaahnya lebih utama dari pandangan seseorang walau siapa pun dia. Dalam perjuangan, pemimpin boleh datang dan pergi, tokoh boleh timbul dan tenggelam. Walau pun kita tidak menginginkannya, itu semua boleh berlaku kerana ia pernah tercatat dalam tinta sejarah perjuangan Islam. Namun kebenaran bukan berasaskan individu atau batang tubuh sesiapa, kebenaran adalah pada kebenaran itu sendiri.
3) Perbezaan pendapat boleh berlaku di mana-mana. Di dalam mana-mana kumpulan. Salah atau benar bukan disebabkan oleh perbezaan pendapat dalam sesebuah organisasi. Tetapi kebenaran adalah pada apa yang diperjuangkan. Perjuangan Nabi s.a.w. yang bertunjangkan wahyu tetap benar, walau ada orang seperti arab badwi yang kencing di dalam masjid, walau ada pembocor rahsia seperti Hatib Bin Abi Balta’ah, walau ada golongan munafik menganggotainya. Adakah Islam tidak benar hanya kerana keburukan sebahagian penganutnya? Perjuangan Islam dianggotai oleh manusia, bukan para Malaikat!
4) Ini bukan bermakna kita bersikap Tabrir (membenarkan) sesiapa yang melakukan kesalahan. Sesiapa sahaja di dalam Islam dan jamaah Islam berisiko terjebak di dalam kesalahan dan dosa. Si A mahupun si B, si C atau si D semuanya mungkin melakukan kesilapan. Namun kesilapan itu adalah kesilapan batang tubuhnya bukan kesilapan Islam atau Jamaah Islam yang bertunjangkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias, berasaskan konsep syura yang dibimbing oleh para Ulama’ Amilin. Masakan pendapat individu lebih utama dari semua kekuatan tersebut! Dalam setiap organisasi ada badan yang berautoriti untuk menangani isu tersebut, makan biarlah mereka yang menanganinya.
5) Jangan hilang fokus kepada usaha menentang kezaliman, penyelewengan kuasa yang menjolok mata, penipuan dan korupsi yang berleluasa, penghinaan terhadap hukum Islam yang bermaharaja lela dan lain-lain isu besar negara dan bangsa yang perlukan pembelaan sewajar dan sewajibnya! Masakan hanya kerana masalah sikap sebahagian pemimpin atau tokoh dalam Jamaah Islam, menjadikan pencabulan hak, kezaliman, penyelewengan kuasa, penindasan, kemungkaran, penolakan dan pelecehan terang-terangan terhadap hukum Islam oleh segerombolan penjahat menjadi halal dan baik??? Mudah benar sifirnya? Masakan dengan menyiarkan muka depan isu ada orang tidak puas hati dengan pendekatan terkini Jamaahnya menjadi lebih berat dan mudharat dari berbilion harta awam dibaham oleh kroni?

KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT
Kepercayaan sepenuhnya wajar diberikan kepada pimpinan tertinggi jamaah yang telah diberi mandat dengan bimbingan majlis syura di kalangan para Ulama’ Amilin untuk menangani permasalahan tersebut dengan kaedah yang terbaik dan berhikmah serta memohon petunjuk Ilahi di atas setiap keputusan yang dilakukan. Siiruu ala BarakatilLah, usah bimbang dan usah berdukacita.. sesungguhnya Allah bersama-sama kita… Marilah secara terpimpin, kita bersama harungi dugaan ini.. Allahuakbar!

bidadari bermata jeli bersenang-lenang bergeli-geli... Klip 1


Sabtu, 28 Januari 2012

Setiap Kaum Yang Derhaka Kepada Allah SWT Pasti Mendapat Balasannya



TERRIBLE NEW FOOTAGE of 2011 TSUNAMI IN JAPAN!


Merenung Sejenak Isi Al-Quran : Setiap Kaum Yang Derhaka Kepada Allah SWT Pasti Mendapat Balasan dari Allah....

Assalamualaikum.
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya aku mampu melihat apa yang tak sanggup kalian lihat. Kudengar suara gesekan dilangit (berkriut-kriut) , langit sedemikian padatnya, tak ada tempat kosong bahkan seluas empat jari sekalipun karena langit dipenuhi para malaikat yang sedang bersujud kepada Allah SWT.

Demi Allah ! Sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui (tentang akhirat), niscaya kalian tidak akan pernah tertawa sedikitpun, bahkan kalian pasti akan banyak menangis (karena takut).

Dan niscaya kalian tidak akan pernah bisa bersenang-senang dengan istri-istri kalian, dan niscaya kalian akan keluar berhamburan ke jalan-jalan (berteriak) untuk memohon (ampun) dan memanjatkan doa kepada Allah (meminta perlindungan dari bencana akhirat) yang akan Dia timpakan” (HR Tirmidzi & Al-Bukhari)

Kisah Nabi Nuh

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"

Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata".

Nabi Nuh menjawab: "Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".

Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)

Kisah Nabi Hud

Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? "

Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan, dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta".

Nabi Hud menjawab: "Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".

Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu".

Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.





Kisah Nabi Soleh

Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".

Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya".

Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".

Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".

Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".

Kisah Nabi Lut

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Kisah Nabi Syuaib

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.

"Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik hakim".

Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?

"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".

Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi".

Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)".
[7:59-93]

Banyak sekali kisah kaum yang derhaka telah diceritakan kepada kita. Bagaimana mereka dibinasakan dan diazabkan Allah. Renungan untuk kita bersama.

Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?

Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.

Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.
[7:93-102]
Selepas ayat 102 ini, ada diceritakan kisah Nabi Musa,Firaun dan Bani Israel pula.

Renunglah diri kita.Ubahlah sikap kita. Kembalilah kepada jalan Allah. Jangan sayangkan sangat dunia ini. Menyesal kelak (di akhirat) tiada gunanya.

Peringatan untuk diriku sekeluarga. wassalam

Jangan Dilupakan Tugas Sebagai Manusia Di Bumi Allah



Kebangkitan Islam, sudah sampaikah masanya (Video)
Oleh:
Zaharuddin Abd Rahman

Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita  semua  tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.
Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang melupakannya sebagai 'bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,
"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"
Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.

DIRI TIDAK SEMPURNA
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.

Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.

Justeru itu, Allah ta'ala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
Dari Ibn Mas'ud r.a :
لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم
Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)
Nabi menyebut :
والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم
Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)

Sekarang  tugas kita, menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang maʿruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut.

SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI
Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak baik', 'tidak soleh' dan 'belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.

Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.
Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.

Nabi juga bersabda :
الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر
Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)

JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?
Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.
Allah menyebut:
إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ
Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)

Dan juga ingatan Allah taʿala :
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)

Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini;
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)

PENUTUP
Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan kaedah mengikut kesesuaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.
Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung,  felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar serta banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.
- Artikel iluvislam.com

Fitnah Berleluasa..tanda akhir zaman




Fenomena Hebah dan Fitnah: Mudahnya ke Neraka Dengan Media Baru
Di dalam khutbah wuquf di Arafah yang saya dengar secara langsung dari Masjid Nimrah tengahari tadi, antara perkara yang ditekankan oleh khatib ialah bahaya menggunakan media baru untuk menyebarkan berita yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Khatib menyebut bahawa antara media yang kerap digunakan ialah internet.

Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiqin di Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munafiqin dalam merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.


Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.

Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Proses sebegini biasanya lambat, akan tetapi dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi, apatah lagi yang membabitkan aib orang lain.

Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.

Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu amatlah makruf. Rasa terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang baik dan intelek, dengan menyatakan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu ‘habuk di bawah karpet’. Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.

Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak. Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).

Al-Quran sebenarnya telah menyentuh akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 83:

وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُوْلِي ٱلأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلاَ فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ ٱلشَّيْطَانَ إِلاَّ قَلِيل
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)
Di dalam semua kitab tafsir muktabar, diperjelaskan bahawa ayat ini menceritakan akan perihal manusia ketika mendengar berita yang menyenangkan atau kurang menyenangkan. Dalam konteks ketika penurunan wahyu ini, perkara yang menyenangkan (الامن) itu diterangkan sebagai berita kemenangan tentera Muhammad, sementara berita yang tidak menyenangkan (الخوف) itu merujuk kepada berita kekalahan umat Islam. Ketika tibanya khabar angin seumpama itu, maka orang munafiq hakiki, dan juga mukmin yang terpalit dengan sifat al-nifaq akan bersegera untuk menghebahkannya kepada orang lain tanpa langsung ada sikap untuk memeriksa kebenarannya. Tujuannya, pelbagai. Diterangkan dalam kitab tafsir, sebahagiannya bertujuan untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia hebat kerana sering mendapat berita dan maklumat terkini lagi sensasi. Selain itu, ada juga yang menghebahkannya untuk tujuan memburukkan imej Rasulullah, contohnya semasa peristiwa khabar ifki. Ada yang bertujuan untuk melemahkan psikologi umat Islam yang lain. Ada yang bertujuan untuk mempermainkan emosi Rasulullah. Dan tidak kurang juga yang melakukannya sebagai perang saraf untuk melemahkan semangat umat Islam ketika itu.
Watak yang memainkan kisah itu semasa zaman Rasulullah dan juga para sahabat adalah ramai. Yang termasyhur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Walaupun dalam satu riwayat disebut bahawa jenazah beliau disembahyangi dan dikafankan dengan jubah Rasulullah (kerana politik pintar nabi dan juga rasa hormat kepada permintaan anak beliau yang Muslim) sehingga membangkitkan bantahan Umar, akan tetapi Rasulullah berkata yang jubah baginda tidak dapat menghalang perbuatan Abdullah bin Ubai yang ketika hidupnya suka menjadi tukang hebah dan wartawan sensasi, daripada dibaham api neraka. Di dalam ayat di atas, kumpulan ini disifatkan sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan.
Itu kumpulan pertama, yang apabila dapat berita atau khabar angin, terus menghebahkannya kepada massa. Akan tetapi, di sana ada kumpulan kedua, yang mana ketika didatangi dengan maklumat sama ada yang sejuk atau yang panas, maka sikap mereka ialah merujuk kepada Allah, Rasul, dan juga orang-orang yang berautoriti di kalangan mereka. Ulil amri saya terjemahkan sebagai orang yang berautoriti, supaya kita tidak sempit memahaminya sebagai semata-mata pemimpin negara sahaja. Ia boleh jadi sebagai naqib, pengerusi persatuan, bapa, cikgu dan seumpamanya, bergantung kepada siapa kita dan bentuk berita dan maklumat yang sampai. Ini kerana orang-oang yang berautoritilah mampu untuk memberikan pengesahan dan penjelasan sebenar terhadap maklumat tersebut.
Akan tetapi, Allah memberitahu kita bahawa kumpulan kedua ini hanyalah sedikit sahaja. Mereka ini ialah golongan minoriti di dalam masyarakat. Justeru, golongan minoriti seumpama ini biasanya sukar untuk memperbetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok.
Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebah tanpa kebenaran di media baru, adalah satu perkara yang perju dijangka oleh para pendakwah. Pun demikian, sehebat mana sekalipun pendakwah itu, perasaan kecil di dalam hatinya akan tersentuh juga apabila berhadapan dengan fitnah seumpama ini. Apatah lagi sekiranya fitnah itu datang daripada orang-orang yang hampir dengannya, seperti sahabat karib, pembantu peribadi dan juga rakan setugas.
Sama seperti semua orang, saya juga pernah mengharungi fitnah seumpama ini. Memang sedih juga sekiranya fitnah ini datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang gaya percakapan kita disalahertikan lantara perbezaan budaya bahkan dialek, lalu dihebahkanlah ‘kebiadaban’ kita. Lantas disimpanlah perasaan benci yang membuak-buak selama bertahun-tahun tak berkesudahan. Pantang nampak , habis dibelasahnya. Pantang bersuara, walaupun menerusi institusi musyawarah, habis dibantahnya dengan fitnah yang ditokok-tambah. Nak nampak baik, maka dihiasilah dengan al-Quran dan al-Hadith. Lalu ditaburlah onar serta duri dalam perjalanan dan pergerakan kita. Memang jijik juga kadang-kadang, apatah lagi saya pernah mendengar rakaman langsung sesetengah sahabat karib yang melakukan pembohongan terang-terangan ke atas diri saya untuk kepentingan serta kepuasan dirinya.
Sekiranya kita berhadapan dengan fitnah seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah bersabar sahaja. Walaupun kadang-kadang sampai tahap dituduh sebagai munafiq, atau ada ciri-ciri orang munafiq, biarlah si tukang fitnah ini memuaskan hati dan melepaskan geramnya. Dalam bersabar, perlu rasa simpati dengan mereka kerana begitu mudah mendapat dosa. Kita akan jadi mulia sekiranya kita terus memberikan kemaafan kepada mereka, dan walaupun tanpa sebab, kita memohon ampun kepada mereka. Dalam kehidupan berdakwah, kita perlu kenal siapa musuh kita. Perlu menghalusi apa kerja kita. Bukanlah rakan-rakan sekeliling kita itu perlu dijadikan musuh. Dan bukanlah membalas kesilapan kawan dengan kejahatan yang lain itu merupakan kerja kita. Musuh kita ramai di luar sana, dan kerja kita juga amat banyak belum terlaksana.
Tukang penyebar fitnah seumpama ini, sekiranya mereka betul-betul musuh dan munafiq hakiki, maka itu adalah kerja mereka. Berhadapan dengan mereka perlu meniru politik pintar nabi ketika berhadapan dengan munafiq di Madinah. Tetapi sekiranya ia datang daripada orang dalam dan orang sekeliling yang terdiri daripada orang-orang Mukmin, maka mereka perlu insaf dan sedar. Dalam perbahasa mengenain beriman kepada Rasul, bukankah kita sepatutnya beri’tiqad bahawa hanya Rasulullah sahaja insan yang ma’sum dan sempurna? Ini bermakna yang manusia lain, walaupun bertaraf presiden, perdana menteri, ustaz atau tuan guru, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Apabila rakan muslimnya melakukan kesilapan, maka kita perlu bersedia untuk menerimanya dan memaafkannya. Itu tanda iman. Kalau betul-betul salah dan munkar, maka tegurlah dengan cara yang sepatutnya, berhadapan atau melalui orang-orang yang berautoriti seperti dalam firman Allah dan sabda Nabi. Sekiranya kita terus marah, lalu menghebahkannya kepada massa, itu merupakan tanda yang iman kita terhadap ketidakma’suman orang lain selain Rasulullah, sedikit bermasalah, lantaran kita menonjolkan sendiri sikap kita untuk tidak menerima kesilapan manusia biasa.
Bagi yang diuji dengan fenomena hebah dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh nabi Muhammad SAW ialah duduk diam sahaja. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut:
انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي
Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari. 
Ketika berlakunya gejala fitnah, khususnya selepas pembunuhan Saidina Uthman, ramai para sahabat yang mengambil sikap berdiam diri sahaja tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala fitnah. Ini termasulah Zubair bin al-Awwam serta Abdullah bin Khabab. Ini merupakan tindakan yang betul. Dalam masa yang sama, ada juga yang terpaksa mengharungi dan berhadapan dengan fitnah tersebut, seperti yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan. Tindakan beliau bukannya salah, kerana beliau tidak membalas fitnah dengan fitnah, akan tetapi dengan hikmah, walaupun akhirnya diri beliau yang terpaksa menjadi korban.
Sekiranya kita menjadi mangsa fitnah, lalu kita membalas dendam dengan melakukan fitnah yang serupa, percayalah bahawa tindakan itu adalah satu kesilapan besar dan tidak langsung menyelesaikan masalah. Kita mungkin puas memfitnah orang lain dalam ucapan dan tulisan kita dalam blog sebagai contohnya, akan tetapi tulisan itu akan terus kekal diingati sama seperti kekal degilnya sikap kita yang enggan memaaf dan melupakan kesalahan orang lain. Sedangkan dalam ilmu tazkiyatunnafsi, para ulamak salaf sering menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang perlu kita lupakan untuk menyucikan hati kita, iaitu kebaikan yang kita buat untuk orang lain dan juga kesilapan orang lain terhadap kita. Kalau kerap diulang dan ditulis, maka sampai bila-bila kesilapan orang lain itu akan diingati, maka sentiasa ‘berjagalah’ fitnah itu.
KESIMPULAN
Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:

a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.
Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.
Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت
Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.
Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.
Petikan : http://abidfana.com/2009/11/27/mudahnya-ke-neraka-dengan-media-baru/#more-659