PAUTAN TAMBAHAN

Sabtu, 19 Ogos 2017

POLITIK ISLAM DAN PERKAUMAN


Minda Presiden PAS

POLITIK ISLAM DAN PERKAUMAN

Kewujudan pelbagai kaum adalah hikmah Allah, Yang Maha Pencipta Alam bagi merealisasikan konsep Masyarakat Madani yang memakmurkan dunia untuk mencapai objektif kalimah Al-Din dan Tamadun.

Perkataan Madani daripada Al-Din adalah Islam yang sempurna, meyakini bahawa Kuasa Allah yang menyeluruh ke sekalian alam, tidak boleh dipertikai sifat Rahmat, Adil, Bijaksana dan segala sifat Kesempurnaan bagi-Nya, dan peranan manusia yang diciptakan berjasad, berakal, punya aspek rohani dan hidup bermasyarakat. Maka Syariat Allah adalah paling sempurna dan tidak mampu dipenuhi oleh agama lain, teori dan ideologi ciptaan manusia.

Manakala Madani daripada perkataan Tamadun pula adalah memerlukan mereka berkemampuan secara bermasyarakat, tanpa bersendirian dan berasingan.

Oleh itu, wajib digabungkan kedua-duanya dalam membina Masyarakat Madani dengan Hidayah Allah, Yang Maha Penyayang terhadap makhluknya bersumberkan daripada Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah.

Sirah Rasulullah SAW juga menamakan negara pertama dengan sebutan ‘Madinah’ untuk memberi makna bahawa merakyatkan masyarakat Majmuk dalam Negara Islam.

Perkara tersebut ditegaskan dalam firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu bertaaruf (berkenalan dan berhubungan antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Takwanya di kalangan kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (berkenaan diri dan urusan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)

Ayat ini menunjukkan bahawa adanya pelbagai kaum, bangsa dan suku sakat adalah ciptaan Allah yang mengandungi hikmah yang Maha Agung. Semua mereka berasal daripada ibu bapa yang sama, iaitu Adam dan Hawa. Inilah kenyataan sebenar daripada Al-Quran yang wajib diimani oleh penganut Islam.

Setelah berlalu beberapa abad mereka ditempatkan ke seluruh pelosok dunia di atas muka bumi, menjadikan mereka pelbagai bangsa dan budaya dengan perbezaan cuaca, hasil pertanian, galian dan ilmu pengetahuan.

Namun, keperluan hidup manusia yang berhajat kepada banyak bahan (daripada hasil tersebut bagi keperluan makanan, pakaian, tempat kediaman, alat perhubungan perjalanan dan maklumat) memerlukan semua bahan ciptaan Allah itu digabungkan, diwajibkan bermuamalat (pergaulan) dan pertukaran yang memerlukan saling bertaaruf dan mengenali antara satu sama lain bagi melaksanakan konsep Al-Din dan Masyarakat Madani.

Bagi mencapai tujuan ini, maka diwajibkan urusan politik, ekonomi dan kemasyarakatan supaya konsisten atas dasar kesaksamaan mengikut sempadan hak masing-masing dan persamaan dalam beberapa perkara dan tidak sama dalam perkara lain kerana perbezaan kejadian, tempat dan suasana. Semuanya berpandukan petunjuk Allah Pencipta Alam.

Namun, terdapat kalangan manusia yang degil mencipta teori dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah kerana di luar kemampuan diri manusia, menyebabkan kemusnahan diri sendiri dan alam sekelilingnya. Allah Yang Maha Penyayang sangat murka terhadap golongan ini.

Firman Allah:

أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١ الشورى

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah As-Syura: 21)

Dalam aspek perkauman, Islam tetap menegaskan bahawa fitrah manusia adanya kaum dan ada perasaan kecintaan seseorang kepada keluarga dan kaumnya yang tetap diizinkan dan diwajibkan. Namun, kecintaan itu ada sempadannya, iaitu diharamkan dijadikan sebagai aqidah perjuangan apabila sampai ke tahap fanatik yang mencetuskan kezaliman di antara satu sama lain.

Tegasnya, Islam mewajibkan hubungan silaturrahim di kalangan keluarga dan bangsa. Pada masa sama, Islam juga mewajibkan menjaga hubungan persaudaraan kemanusiaan.

Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١ النساء

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa: 1)

Dalam aspek kekeluargaan pula, Islam mewajibkan berbuat baik terhadap keluarga khususnya ibu bapa walaupun mereka bukan Islam. Namun tegas mempertahankan aqidah Islam apabila ditentang. Firman Allah:

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ ١٤ وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٥ لقمان

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (14) Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku(Allah) dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (Islam). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan (15)” (Surah Luqman: 14-15)

Dalam konsep dakwah yang tidak dipisahkan daripada politik, Allah menetapkan para Rasul membina kedudukan bersama kaumnya. Firman Allah:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤ إبراهيم

“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4)

Allah menceritakan kisah Nabi Lut A.S tanpa kaum bersamanya:

قَالَ لَوۡ أَنَّ لِي بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِيٓ إِلَىٰ رُكۡنٖ شَدِيدٖ ٨٠ هود

“Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)” (Surah Hud: 80)

Allah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan kepada seluruh manusia:

وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ ٢١٤ الشعراء

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat” (Surah As-Syuara’: 214)

Maka, mesej Rasulullah SAW dimulakan dengan peranan kaum, bangsa dan keluarganya di kalangan Arab daripada Qabilah Quraisy, sehingga menjadi qabilah yang dominan di kalangan masyarakat majmuk di zaman permulaan negara Islam dan menjadi ciri penting yang diambil kira dalam kepimpinan negara selepas wafatnya baginda SAW.

Perkara ini dikuatkan dengan sabdanya:

الأئمة من قريش

“Para pemimpin utama hendaklah daripada kalangan Quraisy”

Hadis ini dilaksanakan dalam pemilihan Khalifah daripada kalangan kaum Quraisy selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.

Selain itu, aqidah Islam dapat memelihara keadilan mutlak dalam masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama kerana firman Allah di dalam Al-Quran yang wajib diamalkan semuanya secara menyeluruh:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ النساء

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat” (Surah An-Nisa: 58)

Para ulama Islam berpegang kepada konsep dominan kaum dalam kepimpinan negara dengan sifat anjal dan fleksibel kerana perubahan dunia, di mana Ketua Negara Islam mengalami perubahan mengikut dominan kaum yang menganut Islam.

Dalam politik Malaysia, hendaklah diambil kira Bumiputera Melayu beragama Islam yang menjadi kaum dominan dilantik sebagai tonggak kepimpinan negara dengan peneguhan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara dan Raja Berperlembagaan yang terdiri daripada penganut Islam Melayu.

Begitu juga jawatan teras dalam negara seperti Bidang Kehakiman, Pentadbiran, Keselamatan dan Pertahanan kerana kehaibatan dan keunggulannya di kalangan rakyat sangat penting. Kehaibatannya hilang sekiranya berada di tangan kalangan kaum yang tidak dominan.

Kaum lain yang beragama bukan Islam sepatutnya tidak merasa khuatir dengan adanya jaminan keadilan dan hak mengikut Al-Quran dan Perlembagaan Negara yang sentiasa diislahkan. Sebaliknya kalau aspek ini diganggu boleh mengancam kedudukan semuanya.

Apa yang dibimbangkan hari ini adalah keberanian melulu di kalangan parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, Raja dan hak istimewa yang boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik.

Begitu juga ada kalangan orang Islam yang bebal beraliran bebas setelah kehilangan jati diri Islam dan kebangsaannya turut berperanan merosakkan konsep dan peranan dominasi ini. Rakyat pelbagai kaum dan agama hendaklah menolak kalangan ini dalam Pilihanraya Umum (PRU) demi kebaikan semua pihak dan mengatur hari muka yang bahagia dan tiada kecelakaannya.

Maka PAS tetap menolak mereka yang mempertikaikan konsep ini atau tidak mempedulikan akan kepentingannya.

PAS menegaskan bahawa Melayu Islam yang wajib diperkasakan politiknya bersama Islam, adalah teras kepada negara Malaysia bermasyarakat majmuk dan menjadi tonggak kepimpinan negara, kerana Melayu adalah dominan dan Islam itu adil terhadap semua dengan kewajipan beraqidah Islam.

Jika Melayu bersama Islam semuanya selamat, Melayu tanpa Islam semuanya tidak selamat.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Zulkaedah 1438H / 18 Ogos 2017M

Khamis, 17 Ogos 2017

Tragedi Memali, Luka Lama Yang Belum Diubati

*Catatan Khas: Tragedi Memali, Luka Lama Yang Belum Diubati*

(Nota: Sila baca dengan penuh sabar dan tenang kerana artikel ini sepanjang 4200 patah perkataan)

1. Rentetan daripada kekecohan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0, kisah dukaTragedi Memali bergema kembali.

Tun Dr Mahathir gagal menjawab soalan yang dikemukakan tetapi sekalian juak penyokongnya bersorak bertepuk tangan tatkala beliau berkata mangsa Memali yang dibunuh itu adalah kerana mengikut SOP Polis. Apa pendirian terkini Mat Sabu dan Mahfuz Omar terhadap kenyataan Tun Mahathir ini.?
Bukankah kamu berdua dahulu antara yang paling lantang mengecam kezaliman Tun Dr Mahathir dalam hal ini.?

Oh, demi impian ke Putrajaya, semua itu sudah dilupakan.

Tun Dr Mahathir kini dinobat sebagai negarawan dan bakal calon PM 2.0 oleh PH.

2. Tuan Guru Presiden PAS turut mengulas mengenai isu Memali ini. Antaranya beliau menyebut;
"Namun ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam ini. PAS hanya menyebut pepatah Arab yang berbunyi:

"Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu"
Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti."

3. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim pula menyatakan PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah.

4. Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang tidak akan dapat dipadamkan daripada sejarah negara pada era pentadbiran ala diktator oleh Tun Dr Mahathir. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu tahanan tanpa bicara digunakan sewenangnya oleh Tun Dr Mahathir terhadap musuh politik UMNO.
Almarhum Ustaz Ibrahim Libya dibunuh bersama 13 lagi muridnya manakala 4 orang anggota polis turut terkorban dalam tragedi yang berlaku pada 19 November 1985.
Kerajaan telah membentangkan Kertas Putih Memali iaitu Kertas Perintah 21 Tahun 1986 di Parlimen bagi menjelaskan apa yang berlaku dalam Tragedi Memali mengikut versi Kerajaan.

5. Pada 12 Mac 2002, Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Bin Md Noor yang pada ketika itu bergelar Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Pendang telah memperjelas dengan panjang-lebar isu Tragedi Memali ini ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Parlimen.
Ucapan Almarhum Ustaz Fadzil itu agak panjang iaitu selama 4 jam beliau berucap. Rakaman video suasana perbahasan yang hangat itu boleh ditonton di youtube. Begitu menarik sekali kerana kita dapat lihat kemampuan Almarhum menjawab persoalan sekaligus menangkis gangguan yang dibuat oleh Ahli Parlimen BN.

6. Berikut adalah sebahagian intipati utama Ucapan Almarhum Ustaz Fadzil berpandukan Penyata Rasmi Parlimen (Handsard) yang bertarikh 12 dan 13 Mac 2002;
a) Malangnya saya katakan tadi, negara-negara ketiga termasuk Malaysia mengambil kesempatan daripada isu terrorism ini, isu keganasan untuk bertindak ke atas penentang-penentang politik mereka termasuk di negara kita.
RTM menggunakan kesempatan untuk memburukkan Taliban dan dikaitkan dengan PAS, keganasan Taliban dikaitkan dengan PAS. Saya tidak hendak membela Taliban kerana kami PAS tidak ada hubungan apa-apa dengan Taliban. Tetapi adilkah RTM?

Adilkah Menteri Penerangan dan Setiausaha Parlimen, budaknya, memberi gambaran buruk tentang Taliban kerana menyekat kebebasan wanita. Kemudian dikaitkan disiarkan dalam gambar yang sama perhimpunan PAS, Muktamar PAS, apa hubungan muktamar PAS dengan Taliban?
Kalau tidak mempunyai niat yang jahat untuk membuat fitnah.
Kita tidak pernah membalas keganasan dengan keganasan apa lagi hendak memulakan keganasan.

b) Ada orang PAS yang dibunuh, kita tidak bertindak balas. Bangunan PAS dipecahkan kita tidak bertindak balas. Dipukul, disepak dan diterajang, kita tidak bertindak balas. Malah kita commit dengan perjuangan yang berdasarkan kepada Islam dan memenuhi ciri-ciri demokrasi.

c) Kemudian, apabila mereka melihat isu Taliban bukan merupakan isu yang tajam untuk memusnahkan PAS, mereka memilih pula klip video Memali.

Video Memali
– peristiwa yang berlaku 17 tahun yang lalu – fitnah Memali itu begitu berat ditanggung oleh PAS, yang melibatkan terkorbannya seorang alim, seorang ulamak serta murid-muridnya dan wanita yang menjadi balu dan anak-anak yang menjadi yatim.
Atas nasihat polis juga, permintaan polis, dia kata, PAS janganlah lagi mengadakan hari-hari peringatan peristiwa 19 November 1985 di Memali. Kita akur dengan permintaan itu. Selepas itu PAS tidak pernah lagi mengadakan hari-hari peringatan Memali. Saya akan bercerita tentang perkara ini.
Tiba-tiba RTM menghidupkan semula, kerajaan menghidupkan balik. Membuka semula luka yang sudah berparut. Fitnah yang sudah tidur digerakkan semula oleh UMNO. UMNO hendaklah takut kepada ancaman yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah sabdanya: [Membaca sepotong hadis] "Fitnah itu tidur, Allah melaknat siapa yang menggerakkan, mengejutkan fitnah yang sedang tidur."

d) Siapa yang membangkitkan semula fitnah Memali ini.? UMNO.
Ini dua orang yang bertanggungjawab, Menteri Penerangan, Setiausaha Parlimennya, budak ini.
Yang kedua-dua mereka ini ada masalah. Menteri Penerangan ada kes dalam penyiasatan BPR atas pendakwaan yang dibuat oleh wakil rakyat Besrah, yang dia masih menyimpan lagi sembilan dokumen tentang tingkah laku dan salah laku, penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Penerangan waktu dia menjadi Menteri Besar Pahang. Mana punya harta itu?
Apakah dengan perbuatannya menyiarkan semula klip video Memali itu akan menutup kesalahan-kesalahannya.
Ini orang yang bermasalah, morally dan legally. Dari segi undang-undang, dari segi moral, dia seorang yang bermasalah.

e) Kemudian, buatlah klip video Memali, ini fitnah. Apa tujuan kalau tidak hendak memburukkan Ibrahim Libya rahimallah dan hendak mengaitkan PAS dan memburukkan PAS. Ini menyalahi akhlak Islam. Tetapi saya tujukan kepada Menterinya dan Setiausaha Parlimennya. Setiausaha Parlimennya sahabat baik, belajar sama dengan saya dahulu tetapi dia belajar sekerat jalan dia lari keluar. Dia berhenti. Yang ini saya baru kenal, kenal-kenal sudah teruk sudah. Ini tidak ada akhlak.

Orang yang sudah mati dicerca sedangkan Nabi kita bersabda, [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud:
“Sebutlah kebaikan-kebaikan orang yang sudah mati dari kalangan kamu”. Bukan sahaja kalangan orang Islam, orang yang tidak Islam pun, Rasulullah melarang menyebut keburukan mereka.
Dalam satu peperangan bagaimana apabila peperangan itu berhenti ada di kalangan sahabat yang mencerca beberapa orang pemimpin-pemimpin musyrikinnya yang mati, Nabi melarang mereka, jangan kamu cerca mereka. Cercaan itu akan menyakiti hati keluarga mereka. Itu terhadap orang yang bukan Islam, musuh. Ini terhadap orang Islam, seorang alim, dicerca begitu rupa, tidak ada akhlak.
Ini orang yang hendak mengendalikan Kementerian Penerangan yang hendak membentuk pemikiran rakyat, orang yang tidak berakhlak macam ini.
Biarlah Perdana Menteri buat reshuffle Kabinetlah.

f) Ibrahim Libya, dia seorang pendakwah bekerja di Pusat Islam, di bawah Syeikh Ahmad Awang - Ustaz Ahmad Awang - dan dia diakui sebagai pendakwah yang terbaik di Kuala Lumpur, di Wilayah Persekutuan pada waktu itu. Dia mempunyai kelulusan dan kelayakan, pulang ke kampung untuk mendidik orang-orang kampung dan mendidik ahli PAS, pernah bertanding dalam pilihan raya. Dia memimpin murid- muridnya. Dia bersyarah, memang dia seorang ahli pidato yang baik yang dapat menarik ramai peminat.

Akhirnya dia menubuhkan sekolah agama, mendidik anak-anak muridnya dan keluar bersyarah di mana-mana. Kemudian kerajaan membuat keputusan untuk menahan dia di bawah ISA. ISA adalah satu akta yang zalim. Dan kita dari dahulu mengatakan ISA sebuah akta yang zalim walaupun kerajaan bangga kononnya Amerika pun hendak ikut cara Malaysia hendak menggunakan ISA. Bangga apa?
Kalau orang ikut cara kita yang tidak baik, banggakah?
Kita berbangga kalau perkara yang kita buat itu baik, adil, saksama, orang ikut, baru kita berbangga. Kalau undang-undang yang ada pada kita undang-undang yang zalim, undang-undang yang tidak adil, undang-undang yang tidak baik, orang hendak ikut, kita banggakah?
Bolehkah seorang perompak bank mengatakan dia berbangga kerana ada orang lain yang mahu ikut jejak langkah dia menjadi perompak? Banggakah ini? Ini fikiran.
g) Dia tidak mahu menyerah diri dia, itu sahaja. Dia tidak mahu menyerah diri dia. Dan saya pada waktu itu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Setelah hampir dua tahun dia macam dikongkong, ditahan, dikepung di kampung dia sendiri, saya mengambil daya usaha untuk menemui Ketua Polis Negeri Kedah, Dato’ Abdul Aziz Hashim nama dia.

Saya berbincang dengan dia dan dihadiri bersama oleh Ketua Cawangan Khas Negeri Kedah pada waktu itu. Pada waktu itu, dia belum Dato’ lagi. Nama dia Abdul Aziz Hashim yang telah meninggal dunia. Saya berbincang dengan Ketua Polis Negeri Kedah. Saya kata: “Dato, Ustaz Ibrahim ini sudah hampir dua tahun dia dikepung, dia tidak boleh keluar. Di mana dia pergi, polis tahu dia hendak pergi, polis sudah tunggu berates-ratus orang. Jadi, dia macamlah ditahan di bawah ISA juga walaupun dia tidak ditahan.”

Saya kata, “Tidak bolehkah Dato’ tengok keadaan pun sudah tenang, apa salahnya Dato’ membuat satu perakuan kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Musa Hitam pada waktu itu, supaya menarik balik waran penangkapannya di bawah ISA. Biar dia hidup bebas macam orang lain juga.”

Panjang saya berbincang dengan Ketua Polis Negeri Kedah ini. Saya Nampak dia macam bersetuju dan dia mengatakan kepada saya, “Saya akan fikirkan”. Saya harapkan dia menulis, tetapi peristiwa 19 November telah berlaku.
Saya tidak pasti sama ada dia telah menulis atau tidak menulis.

h) Peristiwa ini berlaku adalah kerana tekanan-tekanan UMNO. Ini adalah kenyataan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Radzi. Dalam satu kenyataan Radzi Syeikh Ahmad yang pada waktu Peristiwa Memali, beliau menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan waktu beliau memberi kenyataan ini, beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, ketika perebutan berlaku dalam UMNO dalam pemilihan pada tahun 1987 yang kemudiannya diikuti dengan “Operasi Lalang”.

Dalam pada itu katanya, desakan supaya polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyekat kegiatan PAS yang ekstremis, juga disuarakan di Perhimpunan Agong UMNO pada bulan September 1985 oleh dua orang wakil negeri Kedah iaitu Yusof Rahman yang juga telah meninggal dunia, bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, dan Haji Abdul Manaf Ahmad yang sekarang menjawat sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Menurutnya dan juga atas desakan daripada Ketua UMNO Bahagian Baling yang juga telah meninggal dunia iaitu Haji Saroji Harun, juga pernah menjadi Ahli Parlimen Baling, menurutnya atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1985, beliau telah pergi ke Baling dan menemui ahli-ahli jawatankuasa UMNO bahagian yang berkenaan; turut dianggotai oleh setiausaha politik Dato’ Seri Sanusi Joned iaitu Bahadur Shah ikut sama dalam rombongan itu.
Mereka desak dan terus mendesak supaya satu tindakan diambil. Apabila balik ke Kuala Lumpur, saya pun menyampaikan hasrat mereka kepada Dato’ Musa. Atas desakan UMNO!

i) Persoalan yang saya selalu bangkitkan dan pimpinan PAS selalu bangkitkan:
Apakah kesalahan Ibrahim Libya yang membolehkan dia dibunuh?
Apa jenayah yang dia lakukan? Tidak ada sebarang rekod jenayah yang dilakukan oleh Allahyarham Ibrahim Libya. Dia tidak merompak harta benda orang, dia tidak merogol anak isteri orang, dia tidak mencabuli kehormatan orang dan tidak pernah membunuh orang. Dia tidak pernah menggelapkan wang rakyat, wang kerajaan. Tidak ada wang PPRT yang digelapkan, yang diselewengkan oleh Ibrahim Libya sebagaimana pemimpin UMNO melakukannya.
Apa alasannya dia dibunuh? Tidak ada alasan. Syarie pun tidak ada alasan, undang-undang negara pun tidak ada alasan untuk membunuh atau menembak dia.

j) Waktu selepas peristiwa itu Kerajaan Negeri Kedah memanggil Ahli-ahli Dewan Rakyat, Parlimen, Dewan Negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan untuk mendengar satu taklimat yang diberikan oleh polis negeri Kedah mengenai peristiwa Memali. Saya pada waktu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan saya menghadiri taklimat itu yang disampaikan oleh Pengarah Cawangan Khas Negeri Kedah pada waktu itu, iaitu Encik Nor Aziz Hashim. Dia memberi tiga sebab kenapa Ibrahim Libya diambil tindakan...

Ini penting untuk catatan sejarah.

Dia memberi sebab antaranya dia mengatakan bahawa pertama, kerana Ibrahim Libya memberi perlindungan kepada aktivis-aktivis komunis dalam kawasan perumahan.
Yang kedua, Ibrahim Libya mempunyai senjata-senjata yang merbahaya.
Yang ketiga, saya tidak pasti mungkin tuduhan mengatakan Ibrahim Libya membina kubu dalam kawasan rumahnya yang kemudian apabila Ketua Polis Negara yang bercuti belajar di London pulang, iaitu Tan Sri Haniff pergi melawat ke tempat itu, akhbar melaporkan, Haniff bertanya, "Di mana kubu? Adakah pongsu yang dianggap kubu?"

Selepas Pengarah Nor Aziz memberi taklimat, saya bangun menyoal, saya kata "Mana dia kenyataan kerajaan dan kenyataan polis menunjukkan di antara mereka yang ditangkap itu aktivis komunis? Mana dia?" Mana dia senjata-senjata?

Dia tidak boleh menjawab.
Tidak ada – tidak ada aktivis komunis, tidak ada senjata, tidak ada kubu. Tetapi ada juga di antara polispolis hutan - waktu itu nama Polis Hutan lagi, sekarang baru tukar nama PGA, nama 'hutan' sudah tidak ada lagi. Ada juga di antara mereka yang datang menemui pimpinan PAS mengatakan kami menyesal kerana kami diberitahu yang kami hendak serang dan kami hendak bunuh itu ialah komunis.

Ada seorang konstabel polis nama Jaafar, dia telah meninggal dunia, dia datang bertemu dengan Yusuf Hussin, sahabat baik dan orang kanan Ibrahim Libya sebab Yusuf Hussin dibebas daripada tahanan ISA, dia datang membawa sebilah pisau yang diambil di rumah Ibrahim Libya, pisau kecil untuk memotong daging. Dia datang menyerahkan pisau itu kepada Yusuf dan minta Yusuf lakukan apa yang hendak lakukan kepada dia kerana dia telah terlibat dalam peristiwa Memali.

Yusuf kata kalau kamu menyesal, kalau kamu merasa kamu bersalah, marilah ikut aku berceramah atas pentas PAS beritahu kepada orang ramai katakan kamu minta maaf kepada keluarga yang terkorban.
Dia kata "Kalau saya buat begitu dalam servis habislah kerja saya."
Yusuf kata "Kalau kamu tidak buat begitu aku tidak boleh buat apa-apa."
Ini berlaku. Kepada RTM saya minta, ini Menteri Penerangan, Setiausaha Parlimennya boleh pergi jumpa Yusuf Hussin di Alor Setar atau di rumahnya di Baling, di Memali boleh tanya dia, dia masih hidup.

Ini kenyataan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menyebutkan UMNO mendesak-mendesak dalam Perhimpunan Agung UMNO, dalam perjumpaan-perjumpaan, UMNOlah bertanggungjawab.

k) Sebab itu saya menyoal apa kesalahan yang dilakukan oleh Ibrahim Libya yang dia berhak dibunuh, yang dia layak dibunuh –tidak ada!
Dan kematian empat anggota polis pun tidak diketahui siapa yang sebenarnya menembak mereka, sebab tidak ada bedah siasat dibuat untuk menentukan peluru mana yang masuk ke dalam tubuh mereka, peluru siapa?

Sebab itu, saya minta dua orang Menteri Penerangan dan Setiausaha Parlimen jumpa Yusof Hussin, orang kanan yang bersama Ibrahim Libya yang masih hidup pada hari ini.
Soal siapa tembak siapa, ini sebab itu saya kata panggil Yusof, Yusof yang menyaksikan perkara itu, jumpa dia, apa payah sangat hendak jumpa dia, leceh sangatkah hendak jumpa dia, dia orang miskin, dia orang kampung, tidak boleh jumpa dia, kalau hendak mencari kebenaran. Dia yang tengok, dia yang ada pada waktu itu.

l) Apa erti untuk menangkap Ibrahim Libya pergi dengan satu angkatan macam hendak memerangi musuh, lengkap dengan senjata, lengkap dengan sub machinegun, lengkap dengan M16, dengan kereta kebal, dengan kereta meriam. Ini mengingatkan kita macamlah juga peristiwa untuk menangkap Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada malam 20 September 1998 yang lalu, tiga tahun yang lalu.

m) Berdakwah. Ada pelbagai bentuk sekatan yang dibuat oleh kerajaan bukan satu sekatan, bukan semua 'duat', para 'duat' itu diambil tindakan seperti diambil tindakan terhadap Ibrahim Libya. Ada banyak sekatan-sekatan lain dibuat termasuk sekatan-sekatan melalui ceramah. Tetapi Ibrahim Libya kerana beliau tidak mahu menyerah diri di bawah akta yang zalim, itu sahaja.
Dan ini tidak boleh dilibatkan dengan PAS. Ada pemimpin PAS yang dikeluarkan waran untuk ditangkap di bawah ISA dan mereka ditangkap dan PAS tidak melarang mereka untuk mereka membiarkan diri mereka ditangkap tetapi kita membuat bantahan kemudian.
Tetapi Ibrahim Libya, tetapi dia hanya sendiri, tidak mahu menyerahkan dirinya, apakah kalau dia tidak mahu menyerahkan dirinya di bawah ISA, dia dijatuhkan hukuman bunuh?
Bila mahkamah lain menjatuhkan hukuman yang dia layak dibunuh.

n) Mengenai dengan fatwa. Ini saya hendak menceritakan, kami waktu itu pimpinan PAS Kedah, telah menemui Majlis Fatwa Kedah apabila Majlis Fatwa Kedah memanggil kami.
Kami pergi, dan kami berbincang dengan Majlis Fatwa Kedah, kami memberi pendapat kami tentang kematian Ibrahim Libya. Pada waktu itu Majlis Fatwa hanya mendengar pandangan kami dan tidak menjawab dan tidak menolak hujah-hujah yang kami berikan. Kemudian Majlis Fatwa membuat satu ruling.

Sebab itu kami tidak membangkitkan lagi perkara itu. Kami menerima, kami tidak mengadakan sambutan peringatan seperti yang dikatakan tadi, hari peringatan, kami memberhentikan sambutan hari peringatan dan kami menerima apabila Majlis Agama yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Kedah untuk menukar batu-batu nisan di perkuburan Ibrahim Libya dan murid-muridnya – kami menerima.

o) Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penjelasan tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Arau tadi mengenai dengan apakah RTM menyiar sapenuhnya gambar-gambar yang dirakamkan di Memali. Itulah yang kita minta, kita minta supaya kalau RTM hendak menyiarkan klip video Memali, siarkan dengan adil, jangan hanya mengambil bahagian-bahagian daripada peristiwa itu kemudian diulas untuk menyokong mereka, untuk kepentingan mereka.

Kenapa tidak disiarkan satu gambaran yang sangat menyayat hati?
Sebab itu saya meminta supaya Menteri Penerangan dan Setiausaha Parlimen berbincang dan menemubual, merakamkan kenyataan daripada Yusof Husin, orang kanan Ibrahim Libya yang menyaksikan peristiwa yang berlaku. Kejadian yang tidak digambarkan dalam klip video yang difitnahkan dan di propaganda oleh RTM ialah dimana dalam peristiwa itu, ketika Allahyarham Ibrahim Libya ditembak, dari depan, dari kiri dan dari kanan.
Saya menyaksikan mayatnya, saya menyaksi mayat Allahyarham Ibrahim Libya di rumah mayat di Hospital Sungai Petani, apabila saya pergi ke sana selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah ditangguhkan pada tengah hari. Dia memang ditembak di bahagian depan.
Mengikut apa yang diterangkan oleh Yusof Husin ini, apabila Ibrahim Libya ditembak dan dia jatuh, isterinya memangku di bahagian kepala Ibrahim untuk mengingatkan dia supaya dia melafazkan kata-kata Lailahaillallah.

Sementara ibunya yang sudah tua dan bapanya yang sudah tua memangku di sebelah kiri dan sebelah kanan. Ketika itu mengikut Yusof, Ibrahim hanya boleh melafazkan kalimah Allah, lah, tiba-tiba datang sekumpulan polis menyeret tangan isterinya dan ibu bapanya. Dengan keras menyeret tangan mereka yang sedang memangku tubuh suaminya dan anakanak mereka dan anak mereka diseret oleh polis, dibiarkan Ibrahim terlentang seorang diri. Keganasan ini kenapa tidak ditunjuk, kenapa tidak digambarkan, kenapa disembunyikan?
Ini sebab saya katakan tidak ada akhlak, tidak amanah, tidak jujur kecuali membuat fitnah dan membangkitkan fitnah yang sudah tidur. Allah melaknat orang menggerakkan fitnah yang sedang tidur. Saya ulangi hadis [Membaca sepotong hadis], fitnah itu tidur kata Rasulullah, Allah melaknat orang yang membangkitkannya.

p) PAS tidak ada peluang untuk menjawab, berbulan-bulan RTM menyiarkan daripada peristiwa Taliban sambung dengan Memali, berbulan-bulan. Kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan berdiam diri pada waktu itu? Seolah-olah sengaja membiarkan RTM menyiarkan dan bila hampir Persidangan Parlimen, kita tidak diberi peluang untuk menjawab. Bila kita hendak mengadakan majlis ceramah untuk memperjelaskan, kita diserang oleh polis. Barulah Majlis Fatwa Kebangsaan membuat kenyataan meminta semua pihak memberhentikan percakapan dan apa juga bentuk berkenaan dengan peristiwa Memali. Adilkah ini?

Adilkah ini? Adilkah kalau satu kumpulan perompak merompak rumah kita dan mengambil habis harta benda kita, tiba-tiba apabila tuan rumah itu bangun dengan keluarganya untuk menentang, perintah dikeluarkan: “Berhenti semua tindakan!” Adakah adil? Perompak telah merompak habis harta benda, kita hendak membantah, tidak boleh, kita hendak menentang tidak boleh.

Adilkah? Saya bukan tidak menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan, saya menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi biar Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak dengan adil. Kenapa larangan itu tidak dibuat di waktu awal RTM membuat siaran ini, berbulan bukan sehari dua.

Pada hari Persidangan Parlimen baru-baru ini waktu saya hendak pulang, saya sempat bertanya dengan Setiausaha Parlimen, “Kementerian Penerangan, adakah lagi klip video Memali?” “Ada lagi.”.

Saya kata, “Bagus, siar!” Sebab rakyat, rakyat sudah bosan dan mual dan benci. Apa mereka fikir rakyat akan menyokong mereka dengan cara fitnah begitu? Membongkarkan perkara-perkara yang sudah lama dan memang RTM menjadi sindrom, menceritakan perkara-perkara lama termasuk filem-filem lama, tak ada idea baru.

q) Saya minta adil. Kita bersedia untuk patuh, terima pandangan. Semalam saya pun beritahu orang surat khabar kerajaan berhenti dahulu, tetapi beri peluang kepada kita untuk memberi penjelasan, kemudian kita akan berhentikan. Kita pun sudah lama berhenti tidak bercakap soal isu Memali ini dan suasana masyarakat pun sudah pulih.

Apa tujuannya, kalau tidak untuk fitnah. Apa lagi perancangan yang hendak dibuat untuk menghapuskan imej PAS. Apa lagi konspirasi yang hendak dibuat, apa lagi yang difikirkan oleh Jeneral Maulud yang bertempat di Putrajaya itu untuk merancang, untuk membuat sesuatu, untuk menghancurkan PAS dan parti Pembangkang, apa lagi?

Trak polis sudah dibakar, video Memali sudah disiar, Taliban sudah disiar, apa lagi yang hendak dibuat? Kami tiada tempat untuk mengadu, hendak berjumpa dengan Menteri berkenaan, tidak bersedia hendak berjumpa, hanya kami mengadu kepada Allah. Itulah tempat untuk mengadu.
Jadi hendak beritahu, itulah tempat pengaduan kami orang-orang PAS, hanya kepada Allah.

Sebab itu, bagi kami tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepada Allah. Munajat kami, doa kami, solat hajat walaupun ditempelak oleh UMNO, apa PAS buat solat hajat, Allah tidak terima. Mereka harus faham, Allah tidak akan menolak doa orang yang dizalimi. Penerimaan itu bergantung dalam pelbagai corak. Ini harus dibaca. Mungkin hukuman Allah itu tidak turun serta merta dan ianya berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara.

r) Selepas peristiwa Memali dan pembunuhan Allahyarham Ibrahim Libya, kami melihat perpecahan mula berlaku dalam UMNO. Timbalan Presidennya, Timbalan Perdana Menterinya pada waktu itu meletakkan jawatan, krisis UMNO berlaku dalam tahun 1987, ramai orang-orang UMNO yang tersingkir, pemimpin UMNO yang tersingkir datang meminta kasihan belas daripada PAS.

Kami tidak menyimpan perasaan dendam termasuk Ahli Parlimen bagi Jelebu yang sekarang menjawat jawatan Menteri yang mengumumkan dia telah membakar jambatan, sekarang dia merangkak semula dan menjadi pengancam,kenyataan-kenyataannya sentiasa mengancam PAS, mengugut PAS lalunya dialah menagih simpati daripada PAS. Perpecahan dalam UMNO berlaku berterusan sampai hari ini.

Ini satu daripada bentuk azab, ‘Iqab’. Malapetaka yang berlaku dalam negara kita, bencana yang berlaku dalam negara kita, musibah yang menimpa negara kita, isu penambakan laut oleh Singapura. Ini satu musibah yang sedang dihadapi oleh negara kita. Dalam hadis menyatakan bahawa satu musibah yang ditimpakah oleh Allah adalah disebabkan kemaksiatan yang dilakukan oleh hambaNya.

s) Pendirian saya sudah tetap mengenai isu Memali satu kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO atas desakan Parti UMNO.
Tentang kedudukan Ibrahim Libya, syahid atau tidak syahid, pendirian PAS Kedah, saya menyatakan, sewaktu kita bertemu dengan Ahli-ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, kami menyatakan pendirian kami menyokong pendirian yang diambil oleh penduduk tempatan di Kampung Parit Panjang bahawa Ibrahim Libya adalah syahid. Kami mempertahankan pendirian kami.

Di depan Ahli Majlis Fatwa dengan hujah-hujah kami bersandarkan kepada kitab-kitab rujukan kami yang muktabar. Di antaranya ialah kitab Fiqah, As-Shafie, Khalyubi dan Ummairah dan kitab Fiq Hambali yang ditulis oleh seorang ulama dalam mazhab Hambali iaitu Ibnu Khudamah dalam kitab Al-Mughuni. Tetapi apabila Majlis Fatwa mengeluarkan kenyataan dan mengeluarkan keputusan, kami tidak lagi memperbesarkan isu itu…..

t) Mereka yang menyangkal Majlis Fatwa yang menafikan, Majlis Fatwa yang berlainan, merekalah yang bertanggungjawab untuk menggali semula kubur itu dan memandikan Ibrahim Libya, menyembahyangkan jenazahnya dan mengapankan. Itu kewajipan mereka. Bukan kerja PAS, bukan tugas PAS. Tugas UMNO untuk mendesak Majlis Fatwa bagi membuktikan kebenaran fatwa mereka, lihat.

Saya, waktu kami pimpinan PAS telah bertemu dengan Majlis Fatwa, kami minta supaya Majlis Fatwa pergi melihat tempat kejadian itu sebelum mengeluarkan fatwa. Tetapi itu semua tidak dilakukan. Tetapi kami akur kemudian. Sebab itu sebagaimana saya katakan tadi, bahawa apabila Majlis Agama Islam Negeri Kedah membuat keputusan atau titah Tuanku Sultan Kedah untuk menukar batu nisan, kami terima. Kami akur, tidak apalah, saya bagi tahu kepada sahabat-sahabat di Memali, terima, Ini perintah Tuanku, Sultan yang memerintah. Kita terima Tuanku Sultan Kedah.

u) Saya hendak ceritalah bagi jelas supaya masyarakat boleh dengar, ini catatan sejarah, rekod. Tuanku Sultan Kedah ini bukan sebarang Sultan. Seorang yang lembut budi bahasa, halus budi bahasa dan sangat bersopan santun. Tinggi pekertinya. Baginda berangkat menziarahi perkuburan Allahyarham Ibrahim Libya dan murid-muridnya di Kampung Parit Panjang.
Ini menunjukkan Ibrahim Libya bukan penjenayah.
Bukan penderhaka. Bukan bughah dalam istilah Islam. Kita tidak hendak menyeret Baginda dalam perbahasan ini. Tetapi hendak membuktikan, menunjukkan bukti empirical.

v) Soalnya, saya telah menyatakan tadi, Ibrahim Libya tidak bersedia menyerahkan dirinya kerana dia hendak ditahan di bawah ISA, satu akta yang zalim sebab itu dia tidak bersedia hendak menyerahkan diri kepada ISA. Polis hendak memeriksa dia, menyiasat dia dengan menggunakan ISA. Itu yang dia tidak boleh terima. Tetapi kalau kerajaan hendak menyelesaikan dengan baik perkara ini, perkara yang sudah berlaku tidak guna. Kerajaan boleh menghantar satu pasukan, kumpulan Majlis Fatwa umpamanya kerana ini melibatkan isu agama, isu syariat.

Sebab itu bila kita bertanya kepada ahli-Ahli Majlis Fatwa, adakah kerajaan mendapat fatwa daripada Majlis Fatwa sebelum kerajaan bertindak yang sampai cara bertindak itu sudah sampai kepada peringkat membunuh, tidak ada! Jadi Majlis Fatwa hanya dirujuk untuk mendapat pengesahan tindakan itu. Tidak adil, menzalimi juga Majlis Fatwa.

7) Sepanjang ucapan perbahasan Almarhum Ustaz Fadzil mengenai isu Memali ini, seramai 9 orang Ahli Parlimen BN, 5 orang Ahli Parlimen PAS dan seorang Ahli Parlimen PKR yang bangun mencelah.

Mereka adalah Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (BN Arau) , Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan (BN Tebrau) Dato’ Haji Noh bin Haji Omar (BN Tanjong Karang), Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (BN Larut), Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (BN Sri Gading), Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh (BN Kangar), Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad (BN Parit Sulong), Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed (BN Shah Alam), Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus (Timbalan Menteri Penerangan), Tuan Mohamad bin Sabu (PAS Kuala Kedah), Mahfuz bin Haji Omar (PAS Pokok Sena), Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron (PAS Rantau Panjang), Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (PAS Jeli), Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib (PAS Baling) dan Tuan Saupi bin Daud (KeADILan Tanah Merah).

8. Sehingga kini, tiada siasatan rasmi yang dibuat oleh Kerajaan bagi merungkai apakah yang berlaku sebenarnya dalam Tragedi Memali.?
Antara individu utama yang dikaitkan dengan tragedi ini ialah Tun Musa Hitam yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang mengawal Polis.

Dalam satu forum Diskusi di Kelantan pada tahun 2014, beliau ada mendedahkan bahawa sebenarnya Tun Dr Mahathir ada di dalam Malaysia ketika kejadian itu berlaku bukannya di China seperti yang orang ramai sangkakan. Beliau menyatakan kesediaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan PM Tun Dr Mahathir juga kena bertanggungjawab atas prinsip collective responsibility.
Tun Musa Hitam disoal oleh moderator adakah Tun kesal dengan kejadian ini.?

Beliau menjawab,
"Titik hitam di dalam kehidupan politik saya ialah Memali.
Saya hendak cakap terus terang. Saya berasa apa kata orang 'guilty' ke dari segi accountability. Saya berasa sangat-sangat sedih. Takkanlah saya hendak buat sebegitu rupa dengan zalim. Tidak, tetapi ia terjadi di bawah saya.
Di bawah siapa.? Di bawah Menteri yang berkenaan. Inilah sistem kerajaan yang harus diterima. Accountability, kalau di negeri-negeri lain, boleh berhenti atau dibuang. Tetapi, culture waktu itu tidak wujud.

Saya berani menyatakan, saya berasa sangat sedih. Apabila saya berhenti, saya pergi Mekah. Saya berdoa, bertaubat, Ya Allah Ya Tuhanku, dosa aku banyak, bukan sahaja Memali. Dosa saya yang paling besar ialah Memali.
Saya tidak boleh lupakan perkara ini. Saya tidak boleh berasa suka dalam hal ini. Bukan cara saya. Tetapi, tanggungjawab telah diberi dan dijalankan. Akauntabiliti, terpulanglah kepada samada Mahkamah atau rakyat jelata membuat pertimbangan."

Catatan oleh;
*Syed Ahmad Fadhli*
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
17 Ogos 2017

Selasa, 15 Ogos 2017

MEMALI 1985 - Tun Mahathir, Jangan mudah lupa!

Tun Mahathir, Jangan mudah lupa!
Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub boleh sahkan!

Oleh: MOHAMAD ZUHDI MAT PIAH
Anak Mangsa MEMALI 1985
15/8/2017. 14:20

1. Dulu kau kata Anwar peliwat dan tidak layak memimpin negara, kini kau boleh bersama² mainkan rakyat jelata, konon itu cerita lama, Anwar pula kata isu kecil sahaja! Walaupun sampai lebam biji mata dan rakyat dibelasah disembur gas pemedih mata, ada yg dipukul dan dipenjara. Ini semua hanya kerana kau takut hilang kuasa.

2. Begitu juga peristiwa Memali, Ustaz Ibrahim seorang ahli PAS yg sangat berpengaruh, kata²nya memikat hati rakyat jelata, beliau berkata benar, berani lawan penyelewengan dan kezaliman, bangkit basmi kemungkaran, beliau tidak takut celaan orang yg mencela, beliau tidak pernah gentar dengan ugutan sang penguasa rejim Tun M ketika itu, UMNO Baling dan Kedah rasa tergugat, sehingga ada dikalangan pemimpin UMNO Kedah mendakwa Ustaz Ibrahim pembawa ajaran sesat.

3. Ustaz Ibrahim merupakan lulusan Universiti al-Azhar Mesir, kemudian belajar lagi di India dan Libya. Pernah bertugas sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri. Beliau letak jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat kampungnya, rumahnya dijadikan tempat pengajian, orang kampung datang untuk menimba ilmu, tiada sebarang jenayah yg mereka lakukan, jadi tiada sebab untuk tahan atau tangkap beliau.

4. 19/11/1985 Tanganmu berlumuran darah² mangsa Memali, 14 orang dibunuh dengan kejam lagi zalim, walaupun bukan kamu yg tembak atau bunuh mereka (sepertimana kau tidak pegang satu bata pun utk pembangunan negara) tetapi ianya berlaku kerana arahan daripada kamu.

5. Tarikh tersebut, 14 orang isteri menjadi balu, anak² menjadi yatim, keluarga kehilangan ayah, kau bunuh tanpa belas kasihan, 3600 anggota polis lengkap bersenjata menyerang orang kampung bersama seorang ustaz kesayangan mereka.

6. 4 orang anggota polis yg terkorban terkena peluru, dari mana datangnya peluru kalau bukan dari sesama mereka? Tidakkah ada dikalangan polis yg mabuk dan melepaskan tembakan rambang? Orang kampung tiada M16, meraka hanya ada parang untuk urusan kerja kampung seharian.

7. Kereta perisai dibawa ke sana, merempuh pagar dengan rakus, melepas gas pemedih mata kepada orang kampung termasuk wanita dan kanak².

8. Apa salah mereka? Terbukti mereka tiada rekod jenayah, mereka tidak bersalah dan tidak pernah dihukum bersalah oleh mana² mahkamah dalam negara. Hanya kerana bimbang kuasa dan pengaruh terhakis, tergamak kau bertindak sedemikian, sungguh kau sangat zalim lagi kejam.

9. Tun M mendakwa mereka adalah penjenayah, pihak atasan polis juga mendakwa mereka adalah komunis. Ternyata ketika risikan komando 69 yg kononnya rumah Ustaz Ibrahim merupakan markaz komunis adalah maklumat palsu yg akhirnya mereka balik dan maklumkan kepada 'bos' mereka bahawa bukan markaz komunis tetapi rumah ustaz yg mengajar ilmu agama.

10. Ustaz Ibrahim dan 13 orang yg lain terkorban dengan tembakan dari peluru M16, bergelimpangan dihalaman rumah, didepan mata anak dan isteri, tanpa ada belas kasihan mereka terus disepak terajang dan dihentak dengan laras senapang.

11. Yang masih bernyawa dipukul bagaikan binatang, dicampak dalam trak bertindan² tanpa belas kasihan, dipijak dan dilanyak sepuas yg mahu dan dicampak bagai sampah, sungguh kau macam binatang.

12. Ayah saya (Mat Piah Yunus) ditembak dengan peluru M16, tembakan bertubi² sehingga 14 biji peluru hinggap di badannya, jarinya putus, tangannya patah, dadanya tembus ke belakang, beliau dipijak, diherdik kerana tidak 'mampus'.

13. Ayah hanya tersenyum menunggu syahid yg beliau idam²kan, tetapi kuasa Allah mengatasi segala²nya, beliau tidak mati, beliau diseret dan dihumban dalam trak polis.

14. Di hospital, doktor keluarkan dan sahkan 14 biji peluru dalam badannya, dalam keadaan luka yg parah, Ayah diikat dgn rantai besi bagaikan penjenayah paling besar dan merbahaya, sehingga pernah mak bawa saya ke hospital untuk ziarah Ayah, saya waktu itu baru berumur setahun, menjerit ketakutan melihat keadaan Ayah. Kenapa sampai begitu??? Sekali² saya tidak akan katakan ianya 'isu kecil'.

15. Selepas beberapa bulan, Ayah dimasukan dalam tahanan ISA, 2 tahun akan ditahan. Dalam keadaan mak yg tidak sihat dan saya masih kecil, Ayah diperlakukan tanpa prikemanusiaan.

16. Begitu juga kanak² dan wanita disiksa, selain 14 nyawa terkorban, ramai mangsa yg cedera parah, ada yg cacat kekal sampai hari ini.

17. Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memehon maaf, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub boleh sahkan! Malang, kini ketiga² nama yg saya sebutkan boleh bersama² Tun M, sungguh tiada maruah dan menjilat ludah sendiri!

18. Kami anak² mangsa tidak pernah lupa peristiwa hitam ini, peristiwa ini akan terus menghantui Tun M. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa supaya Tun M dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri hasil jenayah dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya selama ini. Ya!sekarang Tun M sedang 'menikmatinya'. Yang ingin bersamanya dan bersekutu silakan!

19. Ingat! Ketika seketol batu menghalang kemaraan Nabi dan para sahabat untuk berdepan kumpulan ahzab (bersekutu), Nabi pukul batu tersebut, lalu Nabi sebut kepada para sahabat, kuasa besar Rom akan jatuh. Nabi pukul kali yg kedua, Nabi sebut Parsi juga akan jatuh. Islam pasti menang!

20. Kami anak² muda sekali² tidak akan bersama UMNO/BN dan tidak bersama Pakatan Harapan. Kami akan bersama perjuangan Islam yg dipimpin oleh PAS dan kepimpinan ulamak dengan GAGASAN SEJAHTERA, kami yakin Islam pasti menang. Allahu Akbar!

MEMALI : KECOH NOTHING TO HIDE 2.0


Semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali. PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya.

Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.

Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.

PAS mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu. Akhirnya PAS berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno atau diam sahaja. Hari ini dapat diwujudkan kerjasama PAS dan Umno dalam perkara Islam. Malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini.

Ramai kakitangan kerajaan, polis dan Umno tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa dan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang diserang. Kita mengharapkan yang dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum Islam.

Namun ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam ini. PAS hanya menyebut pepatah Arab yang berbunyi:

ضربني وبكى , ظلمني واشتكى

"Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu"

Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti.

Apa yang terbaik adalah melaksanakan nasihat daripada Allah:

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّ‍َٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ ١١٤ هود .

"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat" (Surah Hud: Ayat 114)

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Zulkaedah 1438H / 15 Ogos 2017

Sabtu, 12 Ogos 2017

BPMS: POLITIK PENYELAMAT BUKAN POLITIK GERAM


Rasulullah S.A.W adalah pemimpin teladan sebenar pilihan Allah yang mendapat wahyu dan tarbiyah secara langsung daripada Allah S.W.T, maka ahli politik Islam tidak boleh menjadikan yang lain daripadanya sebagai ikutan dan teladan yang sebenar khususnya dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Para ulama merakamkan sabda Rasulullah S.A.W. dengan menyatakan sikap terhadap pihak lain:

أحبب حبيبك هوناً ما، عسى أن يكون بغيضك يوماً ما، وأبغض بغيضك هونا ما، عسى أن يكون حبيبك يوماً ما. (الترمذي. وقال الألباني جيد أسانيده رجال مسلم وقيل موقوف لعلي بن أبي طالب)

“Kasihlah terhadap seseorang yang disayangi dengan berpada-pada (jangan melampau), kerana kemungkinan di satu hari nanti dia menjadi musuh yang paling dimarahi, marahlah terhadap seseorang dengan berpada-pada, kerana dia boleh menjadi kekasih di satu hari nanti”

Jangan terpengaruh dengan budaya politik melampau amalan jahiliyah yang tersebar luas dalam dunia kini. Budaya yang sangat menggoda khususnya melalui media sosial tanpa sempadan dan akhlak yang tidak mengambil kira dosa dan pahala. Pendekatannya lebih banyak menyerang daripada menerang, menyebarkan fitnah, memburukkan lawan dan kawan tanpa sempadan akhlak dalam mencegah kemungkaran.

Islam memandu kita walaupun kemungkaran itu sebenarnya berlaku, tetapi diutamakan menyelamatkan kedua-dua pihak, pelaku dan mangsanya, kerana manusia itu boleh berubah. Kalau tidak akan berubah, itu adalah urusan Allah, bukan urusan kita. Maka dalam mencegah kemungkaran itu, jangan melampau sehingga mencetuskan fitnah yang lebih parah dan lebih buruk akibatnya. Laksana memberi ubat terlebih dos sehingga menjadikan penyakit lebih parah dan boleh membawa maut.

Pendekatan ini berpandukan hadis Rasulullah S.A.W:

انْصُرْ أخَاكَ ظَالماً أَوْ مَظْلُوماً. فَقَالَ رجل: يَا رَسُول اللهِ، أنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُوماً، أرَأيْتَ إنْ كَانَ ظَالِماً كَيْفَ أنْصُرُهُ؟ قَالَ: تحْجُزُهُ - أَوْ تمْنَعُهُ - مِنَ الظُلْمِ فَإِنَّ ذلِكَ نَصرُهُ. رواه البخاري

“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Seorang sahabat bertanya: “Saya nampak kalau saya menolong kalau dia dizalimi. Apakah pandangan Rasulullah kalau dia si zalim? Bagaimana cara saya menolongnya? Sabdanya: Kamu halang atau cegahnya daripada berlaku zalim, itulah cara menolongnya”

Politik hidayah Allah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W ada batasan akhlak mulia, sempadan baik dan buruk serta perhitungan halal dan haram. Caranya lebih bersifat menjadi penyelamat rakyat dan mereka yang terjerumus ke dalam dosa. Tujuannya adalah mengislahkan bukan terus dibiarkan menjadi rosak atau lebih merosakkan lagi. Di zaman pendekatan ini diamalkan, ia telah menjadikan pengikut Islam makin bertambah apabila mereka menyaksikan pelaksanaanya bukan untuk mencipta musuh seramai-ramainya.

Pendekatan ini juga tidak hanya melihat dari sudut kesalahan seseorang sahaja sehingga menafikan sudut kebaikannya, atau menentang sesuatu pihak untuk dijatuhkan semata-mata ingin mendapatkan peluang mengambil kuasa untuk diri sendiri dan puaknya sahaja, selepas itu tidak mempedulikan rakyat dan menegakkan jahiliyah di atas runtuhan jahiliyah.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, sebagaimana ditegaskan oleh Allah:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧ الأنبياء

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (Surah Al-Anbia’: 107)

Mesej politik Islam adalah mengajak manusia bersama Islam, menjadi penyelamat dan mengemukakan penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat, termasuk diri orang yang melakukan kesilapan, bukan sahaja menyelamatkan mangsanya.

Islam menunjukkan bahawa punca dan sebab paling utama adalah masalah aqidah dan akhlak, tetapi aspek ini tidak diminati oleh masyarakat umum hari ini untuk diselesaikan kerana mereka hanya berfikir di perut, bukannya berfikir di kepala dan hanya mengutamakan masalah kehidupan yang sangat menekan. Jauh sama sekali memahami bahawa punca segala masalah disebabkan oleh kefahaman yang rosak.

Peranan PAS adalah menjadi penyelamat bersama Islam supaya yang salah kembali ke pangkal jalan dan bertaubat, bukan sekadar mahu merampas jawatan semata-mata atau sekadar membalas dendam terhadap yang menjatuhkan dan mengambil semula jawatan dengan penuh geram kerana pernah dijatuhkan, dikalahkan dan dipecat.

Kita tegas dengan keyakinan bahawa hanya pemimpin yang beriman, benar aqidah, budiman dan luhur akhlaknya dapat menyelamatkan rakyat dengan contoh dirinya, sehingga berjaya mendidik rakyat menjadi beriman dan budiman. Bukannya laksana ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Sifat pemimpin itu dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بَِٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤ السجدة

“Dan Kami jadikan daripada kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (Surah As-Sajadah: 24)

Semua para Rasul A.S mengajak para pemimpin dan kaum masing-masing dengan pendekatan menjadi penyelamat terhadap yang paling zalim dan keras, walaupun terpaksa memakan masa yang panjang sehingga kebanyakan mereka tidak sempat menyaksikan hasil perjuangan semasa hidup di dunia, tetapi kejayaannya disaksikan oleh generasi yang meneruskan perjuangan mereka.

Allah mewahyukan perintah-Nya kepada Nabi Musa A.S yang dipilih Allah, supaya menghadapi Firaun yang paling dimurkai Allah kerana sikap melampau dalam aqidah, mengaku dirinya Tuhan dan melakukan kezaliman politik dan ekonomi, menyembelih anak yang dilahirkan dan memperhambakan rakyat, namun Allah berfirman kepada Rasul-Nya Musa dan Harun A.S:

ٱذۡهَبَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ٤٣ فَقُولَا لَهُۥ قَوۡلٗا لَّيِّنٗا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ ٤٤ طه

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya (43) Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut (44)” (Surah Taha: 43-44)

Allah juga menamakan para Rasul-Nya adalah saudara kepada kaumnya walaupun kaumnya sesat dan zalim.

Firman Allah:

۞وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٦٥ الأعراف

“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?” (Surah Al-A’raf: 65)

Firman Allah:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَٰلِحًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ فَإِذَا هُمۡ فَرِيقَانِ يَخۡتَصِمُونَ (النمل - 45)

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): Sembahlah kamu akan Allah! Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.” (Surah An-Naml: 45)

Firman Allah kepada Rasulullah S.A.W. dan umatnya:

ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ (فصلت ٣٤)

“Tolaklah (kejahatan yang dilakukan terhadapmu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seorang sahabat penyayang” (Surah Fussilat: 34)

Maka Rasulullah S.A.W mendahulukan kemaafan dan menggalakkan bertaubat, bukan yang paling diutamakan untuk menjatuhkan hukuman sehingga mewajibkan syarat-syarat yang memayahkan, jauh sama sekali untuk membalas dendam.

Walaupun dalam keadaan paling tegang, keras dan berkuasa, namun Allah menegaskan wajib berlaku adil juga terhadap musuh.

Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8)

Allah menunjukkan kepada Rasulullah S.A.W tentang cara-cara untuk menghadapi mereka yang melakukan dosa paling besar iaitu melantik tuhan selain Allah:

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٖۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١٠٨ الأنعام.

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’am: 108)

Beginilah Allah melarang sikap melampau dalam mencegah kemungkaran. Walaupun kemungkaran itu benar tetapi tidak dibenarkan meledakkan kemungkaran yang lebih besar daripadanya.

Oleh kerana Islam beristiqamah dengan aqidah dan akhlaknya, maka semua tahaluf (persefahaman politik) bersama pihak lain dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dalam keadaan kedudukan Islam yang lebih kuat, memimpin dan memerintah, bukan dalam kedudukan yang lemah dan mudah di arah oleh pihak yang lain sehingga menjadikan kumpulan Islam terikut dengan budaya pihak lain yang tidak matang dan sejahtera.

Hanya Islam dengan jati diri pendokongnya sahaja mampu menangani pertembungan dalam masyarakat majmuk dengan panduan Allah:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١ الحج.

“Mereka yang diusir daripada kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), rumah-rumah ibadat kaum Yahudi dan tempat-tempat sembahyang), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (40) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (41)” (Surah Al-Hajj: 40-41)

Walaupun dihalau daripada tanah air kesayangannya, dibunuh keluarga dan para sahabat tersayang, Rasulullah S.A.W. menunjukkan sifat wasatiyyah (tidak melampau) apabila berjaya mencapai kemenangan Fathu Makkah (membebaskan Makkah) tanpa membalas dendam terhadap musuhnya, walaupun kedudukannya kuat berkuasa.

Contoh ini diteladani oleh generasi kemenangan Islam di zaman keemasan selama beberapa abad. Ramai kalangan musuh yang paling ganas terhadap Islam bertukar menjadi penganutnya yang setia, ikhlas menyebarkan Islam dan membangun negara bersama Islam. Golongan bukan Islam pula lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Dalam menghayati konsep demokrasi untuk mendapat dokongan rakyat, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) secara Islam wajib berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W supaya mencapai fadhilat menyelamatkan rakyat bersama Islam dengan petunjuk Allah yang sempurna dan berwawasan di dunia sehingga akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W.

لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم . (متفق عليه)

“Demi sesungguhnya seseorang mendapat hidayat Allah dengan sebabmu lebih baik daripada kenderaan termahal harganya” (Muttafaqun ‘Alaih)

Kita wajib beriman kepada Qadar dan takdir Allah terhadap alam yang boleh berubah termasuk manusia, maka sikap yang anjal (fleksibel) dalam berpolitik dan berdakwah dalam perkara yang tidak ada nas yang tetap, sangat penting untuk kita berijtihad bagi melaksanakan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) bersama Islam.

Sikap begitu bukannya bererti lemah, namun kekuatannya tetap dibuktikan apabila pihak musuh Islam melampaui batas. Rasulullah S.A.W bersabda:

لَيْسَ الشَّدِيدُ بالصُّرَعَةِ، إنَّمَا الشَدِيدُ الَّذِي يَملكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الغَضَبِ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

“Bukanlah orang yang hebat gagah perkasa itu yang cepat bertindak membelasah secara melulu. Sesungguhnya yang hebat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika terlalu marah”

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 18 Zulkaedah 1438H / 11 Ogos 2017

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164)



IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan Islam dan hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.

“Pada muzakarah itu memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa yang memeluk Islam, status agama anak-anak di bawah umur secara langsung adalah Islam dan ia diterima dalam negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pindaan Akta 164, mencabar aqidah Islam: Nasrudin]

“Pembentangan (Akta 164) ini seolah-olah memperlekeh dan menghina serta tidak menghormati fatwa. Diharapkan kerajaan menarik balik pindaan itu agar tidak menimbulkan kekeliruan.

“Saya nasihatkan kepada semua ahli kerajaan atau pemegang tampuk kuasa untuk menghormati perlembagaan, melaksanakan perlembagaan, menghormati agama serta menghormati perasaan rakyat beragama Islam dalam negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Mufti Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ini kerana menurutnya, akta ini melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah anak-anak.

“Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Teks Ucapan Perbahasan RUU 164 oleh YB Kota Bharu Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Saya ucap terima kasih kepada kerana diberi peluang untuk membahaskan pindaan Akta Rang Undang-undang 164 ini dan saya akan cuba menghabiskan dalam masa yang diberikan.
Pertamanya, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini berhubung dengan asal usul ataupun sejarah sedikit mengenai wujudnya Akta 164 ataupun Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976.

Saya berdasarkan kepada Hansard dalam Parlimen ini, di mana pada 4 November 1975, Akta 164 ini telah dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga dan telah diluluskan pada tahun 1976. Akta 164 ini Tuan Yang di-Pertua, adalah dibuat hasil daripada recommendation ataupun pengesyoran suatu Royal Commission on Non-Muslim Marriage And Divorce Law yang telah dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya pada masa itu, Tan Sri Ong Hok Tai. Itu pada tahun 1970 ditubuhkan, recommendation dibawa oleh kerajaan pada masa itu, hanya di bawah ke Parlimen pada tahun 1975 dan diluluskan hanya pada tahun 1976. Rekod juga menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Akta 164 ini walaupun diluluskan dalam tahun 1976 tetapi hanya telah digazetkan untuk di-enforce atau kuat kuasa pada tahun 1982. Maknanya, enam tahun selepas daripada itu.

Point saya di sini, Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan Akta 164 ini adalah satu isu yang rumit. Ia memerlukan satu Royal Commission, kemudian dibahaskan. Saya mempunyai rekod Hansard Parlimen. Ia dibahaskan antaranya oleh Ahli Parlimen pada masa itu Allahyarham Syed Jaafar Albar yang banyak memberikan pandangan kepada kerajaan pada masa itu bahawa undang-undang ini adalah satu undang-undang yang rumit kerana ia melibatkan kepentingan antara agama. Orang Islam ada kepentingannya, orang bukan Islam pun ada kepentingannya.

Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya daripada pihak parti saya pada hari ini untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan, mungkin lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Ipoh Barat tetapi alasannya berbeza, supaya rang undangundang ini ditangguhkan oleh pihak kerajaan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk sama-sama kita bincang perkara ini. Ada wakil bukan Islam, ada wakil Islam dan kami bersedia untuk memberikan sumbangan ini, kerana sebagaimana Yang Berhormat Beruas kata tadi dan juga Yang Berhormat Shah Alam kata, isu agama pun ada, isu sosial pun ada. Semua hendak kepada keharmonian di dalam peruntukan ini.

Oleh sebab itu, pada asasnya, saya mencadangkan supaya ditangguhkan perkara ini untuk dibincangkan dalam satu jawatankuasa yang boleh dibincangkan dan difikirkan bersama. Itu perkara yang pertama, yang asas pada perbincangan saya.

Kalau sekiranya cadangan saya supaya kerajaan menangguhkan perbahasan ini kepada satu tarikh lain dan menubuhkan jawatankuasa tidak diterima ataupun tidak dipertimbangkan, saya hendak highlight-kan bahawa— sebagai seorang peguam— mungkin rang undang-undang ini bercanggah dengan banyak undang-undang yang sedang ada dalam negara kita ini.

Saya bagi satu contoh ya. Di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayahwilayah Persekutuan) 2003, di dalam seksyen 46(2) dengan jelas mengatakan bahawa,
_ “Jika salah satu pihak kepada satu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh mahkamah.”_

Maksud mahkamah di sini ialah mahkamah syariah. Jadi kalau seksyen 51 dibahas dan diluluskan, ia bercanggah dengan akta Kerajaan Persekutuan sendiri. Ini perlu diteliti dulu. Kalau boleh, buat consequential amendment bersama-sama. Itu pun tidak apa sudah. Itu yang pertama,

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Kedua, saya hendak highlight-kan peruntukan dalam cadangan pindaan ini juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121(1A) di mana dengan jelas menyatakan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan orang-orang Islam.

_“The courts referred to in clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of Syariah courts.”_
Apabila seorang bukan Islam masuk Islam, his personal law or her personal law is syariah law. Dia tertakluk mengikut Perkara 121(1A). Jadi, pindaan ini juga bercanggah dengan Perkara 121(1A).

Ketiga, ia juga jelas, sebagaimana dibahaskan oleh rakan saya daripada Ipoh Barat tadi, Perkara 12(4). Sama ada kita bersetuju atau tidak, inilah kedudukannya di mana di dalam Perlembagaan ini menyebutkan bahawa— saya baca dua-dua.

Dalam bahasa Inggeris _“For the purpose of Clause (3) the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian.”_
Saya baca bahasa Melayu, dalam softcopy. Saya tidak ada hardcopy. 
_“Bagi maksud fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.”_

Oleh sebab itulah di dalam kes yang diputuskan oleh Federal Court iaitu kes Subashini Rajasinggam versus Saravanan Thangatoray and others, Mahkamah Persekutuan, Federal Court telah memutuskan bahawa the translation atau interpretation of Perkara 12(4) iaitu guardian, disebut sini

_“Either husband or wife has the right to convert a child of marriage to Islam. The word ‘parent’ in Article 12(4) of the Federal Constitution which states that the religion of a person under the age of 18 shall be decided by his parents or guardian, means *a single parent*.”_

Ini keputusan yang mengikat kita pada hari ini, yang berhubung dengan tafsiran Perkara 12(4).

Jadi oleh sebab itulah, sekali lagi saya kata, kerajaan perlu tangguh pembentangan rang undang-undang ini. We form a committee consist of everyone yang ada kepentingan, stakeholders, kerana kita hendak mencari satu solution. Kami bukan mempertahankan hak orang Islam sahaja. Kita memikirkan juga hak orang bukan Islam. Akan tetapi without the committee, kita tidak boleh mengadakan perbahasan sebagai contohnya.

Tuan Yang di-Pertua, kalaulah tadi tangguh pun tidak boleh, kemudian terima inconsistency antara bill ini dengan undang-undang lain tidak diterima, saya hendak mencadangkan supaya kalau hendak diteruskan juga cadangan ini, perlu dibuat satu pindaan dan saya mencadangkan supaya di dalam Akta 164 ini, kerajaan menubuhkan satu badan yang dinamakan apa sahaja, mungkin mediation centre ataupun satu tribunal yang berkonsepkan mediasi supaya apabila satu-satu kes sama ada telah dibawa ke mahkamah ataupun sebelum dibawa ke mahkamah, pergi kepada mediation centre ini untuk pihak-pihak menyelesaikan masalah dan di sinilah berlakunya keharmonian. Kalau di mahkamah, mungkin dikatakan bias, sebagaimana Yang Berhormat Ipoh Barat sebut tadi. Mungkin bias dan sebagainya. Kita tidak boleh terima atau paling kurang - akan tetapi kalau ada arbitration, arbitrator, mediation, mungkin masalah-masalah ini dapat diselesaikan.

Untuk mediation ini, Tuan Yang di-Pertua, ini bukan satu perkara yang luar biasa. Di mahkamah-mahkamah sivil sekarang ini, dalam kes pertikaian kes-kes sivil, ada kebanyakan hakim-hakim menasihatkan pihak-pihak ini supaya pergi kepada mediation. Satu benda yang boleh dibuat.

Jadi atas sebab inilah, atas kepentingan semua pihak rakyat Malaysia kita, saya terus mencadangkan lagi bahawa mediation ini dijadikan satu konsep untuk  menyelesaikan masalah kerana Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga beritahu rekod juga menunjukkan bahawa cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja ‘Ong’ tadi itu sebenarnya juga tidak dipersetujui oleh agama-agama lain contohnya agama Sikh, agama Buddha dan juga Kristian Katolik, tidak bersetuju dengan itu. Oleh sebab itu dia mengambil masa yang lama. This is a record yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan dengan rendah diri bahawa pindaan yang berada di hadapan kita sekarang ini belum dapat menyelesaikan masalah. Banyak lagi perkara yang akan pergi ke mahkamah dan akan dibuat pelbagai tafsiran dan sebagainya dan semua perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Saya stick kepada pandangan saya untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

Sumber Rujukan: Handsard Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 09 Ogos 2017

Jumaat, 11 Ogos 2017

KITA TERUK DIJAJAH CHINA SELEPAS 60 TAHUN MERDEKA?

Tiada siapa mampu nafikan bahawa isu yang paling kencang bertiup menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-60 kali ini ialah ‘penjajahan China’.  Berikut analisis 19 isu yang perlu diberi perhatian.

1. Isu hartanah: persepsi ini agak ketara dikaitkan dengan projek di Johor dan di Melaka.  Demikianlah projek ‘Shenzen Malaysia’, serta skim seperti Malaysia My Second Home (MM2H). Pemberian status pegangan bebas ‘freehold’ kepada warga China dipersoalkan kerana warga tempatan sendiri tidak mampu untuk memiliki aset hartanah.  Keadaan ini juga bakal mengimpak struktur demografi penduduk negara kelak.  Kerajaan Malaysia perlu campur tangan secara agresif dalam menghadapi isu pemilikan hartanah asing ini.

2. Isu Bank China: persepsi bahawa Bank China seperti Export-Import Bank of China (Exim Bank) memiliki peranan besar dalam penentuan beberapa keputusan melibatkan projek infrastruktur di Malaysia di mana syarat pelantikan kontraktor ditetapkan agar memberi kelebihan dan keutamaan hanya kepada para kontraktor China tidak kurang hebatnya.  Rakyat Malaysia juga perlu membayar hutang projek pembangunan yang dibiayai pinjaman Bank China ini.  Sewajarnya dari awal lagi sumber pembiayaan alternatif lain turut dipertimbangkan seperti Bank Pembangunan Asia (ADB) atau pun Bank Pembangunan Islam (IDB).

3. Isu kontraktor China: Malaysia tidak kekurangan pakar dan kemahiran bagi membina infrastruktur berskala besar seperti syarikat Gamuda, IJM, dan sebagainya.  Maka sekali pun kontraktor seperti IJM diberi peluang bekerjasama dengan Beibu Gulf Port Group (China) dalam projek pelabuhan Kuantan, namun pihak kerajaan perlu lebih agresif mengusahakan agar lebih banyak kontraktor Malaysia mendapat peluang dan manfaat berbanding kontraktor China dalam pembinaan aset strategik negara.

4. Isu Nelayan China: pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti Datuk Seri Shahidan Kasim sendiri telah berulang kali memberi amaran akan penjajahan para nelayan asing (termasuklah dari China) di Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia.  Selain daripada bantahan diplomatik yang lebih signifikan, pemerkasaan aset seperti radar dan kapal peronda perlu diberi keutamaan.

5. Isu Pulau Buatan China: Perkembangan pesat pembinaan pulau-pulau buatan China di Kepulauan Spratly tidak boleh dinafikan memberi impak kepada perkiraan strategik (strategic calculation) Malaysia di Laut China Selatan.  Meski pun tidak berada dalam perairan Malaysia secara langsung, namun kelengkapan ketenteraan yang semakin canggih dan semakin banyak ditempatkan di sana pastinya menggugat kestabilan rantau ini.

6. Isu Sembilan Garis Terpecah: Peta yang diterbitkan China pada 2009 ini jelas menceroboh Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) di mana Garis Keempat menceroboh perairan Bintulu dan Miri di Sarawak manakala Garis Kelima menerobos jauh dari perairan berhampiran Beaufort, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, dan Kudat, Sabah.  Dialog Konstruktif perlu diteruskan oleh Malaysia agar China memahami bahawa ianya adalah lebih bermanfaat untuk China melindungi kepentingan mereka di Laut China Selatan menerusi kerjasama ketenteraan bilateral dengan negara-negara Asia Tenggara, dan bukannya dengan cara cuba membolot Laut China Selatan.

7. Isu alam sekitar: Dominasi syarikat China dalam projek ECRL menimbulkan persoalan dari segi pemantauan terhadap penjagaan alam sekitar di kawasan yang terlibat.  Terkini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum bantahan berhubung keperluan laporan penilaian impak alam sekitar (EA) projek ECRL ini terutama sekali hakikat bahawa Banjaran Titiwangsa bakal direntasi dalam projek ini.

8. Isu Tenaga: Edra Energy iaitu aset penjana tenaga milik syarikat 1MDB yang berjaya dibeli syarikat China juga dianggap bakal menjadi pemain industri tenaga yang utama di Malaysia.  Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa TNB masih merupakan aktor yang bertanggungjawab dalam penentuan kadar tenaga (elektrik) dalam negara, namun senario sebegini perlu diperbetulkan kembali demi meraih keyakinan rakyat. Perancangan ke arah mengambil alih Edra kembali ke pangkuan milik kerajaan mahu pun swasta di Malaysia perlu dimulakan.

9. Isu pelabuhan Malaysia: Syarikat China telah memiliki pegangan dalam beberapa projek pembinaan pelabuhan strategik negara seperti Pelabuhan Kuantan di Pahang dan Melaka.  Meskipun pembinaan pelabuhan ini cukup penting bagi meningkatkan kapasiti pelabuhan negara yang setakat ini ditampung Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas sahaja, namun ia tidak seharusnya dilihat eksklusif memanfaatkan China semata-mata sedangkan dalam masa yang sama memencilkan kuasa pasifik lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut sepatutnya diundang kerana kebergantungan yang sama kepada laluan yang sama.

10. Isu automotif: Penjualan pegangan 49.9 peratus Proton kepada Geely dari China masih belum menunjukkan impak signifikan.  Sebaliknya produk Geely iaitu ‘Boyue’ pula yang cuba dipasarkan di Malaysia.  Sepatutnya Proton yang diutamakan untuk diberi akses ke China dan juga negara operasi Geely yang lain di seluruh dunia, di samping mengemukakan perancangan ampuh jangka panjang untuk kemajuan automotif negara.

11. Isu Sosiobudaya: Antara tanda-tanda isu ini tidak boleh dipandang enteng adalah apabila Duta China ke Malaysia Dr. Huang Huikang membuat kenyataan tentang kepentingan kaum Cina di Jalan Petaling.  China turut mengeluarkan kad khas buat orang China di seberang laut.  Meski pun Malaysia tegas dalam isu kewarganegaraan, isyarat perlu diberi kepada Beijing bahawa urusan dalaman negara Malaysia – sekali pun melibatkan mereka yang berketurunan Cina – tidak boleh diizinkan kepada campur tangan China.

12. Isu Bahasa Mandarin: sepatutnya China tidak mengulangi hegemoni kuasa-kuasa Barat yang mengutamakan Bahasa ibunda mereka semata-mata tanpa penghormatan kepada Bahasa ibunda negara-negara lain, terutama sekali negara kecil.  Pemimpin Malaysia pula perlu memberi penekanan pada Bahasa Melayu sebagai Bahasa antarabangsa dan menganjurkan order multipolar bukan hanya dalam konteks politik, tetapi juga dalam konteks Bahasa.

13. Isu akses Maklumat: kebanyakan projek berskala gergasi China di Malaysia sukar untuk dikaji kerana kekurangan akses maklumat terbuka yang boleh dicapai secara atas talian.  Hal ini pastinya membimbangkan kerana terdapat beberapa kes di mana syarikat milik China ini didapati bermasalah dalam pengurusan projek di negara-negara lain seperti China Communication Construction Company (CCCC).

14. Isu aset Ketenteraan: keputusan Malaysia untuk membeli empat kapal laut dari China bagi tujuan ketenteraan turut mengundang pertimbangan yang lebih mendalam.  Hal ini demikian kerana kapal milik tentera China diketahui sering ‘berkonfrontasi’ dengan TLDM di ZEE milik Malaysia seperti yang pernah dialami KD Kedah tidak berapa lama dahulu. Sewajarnya syarikat anak tempatan diberi keutamaan penuh dalam projek aset strategik negara ini.

15. Isu Jentera China: projek pembangunan infrastruktur di Malaysia juga tidak dapat dinafikan bakal diusahakan oleh jentera-jentera berat dari China. Tiadakah syarikat milik anak tempatan yang boleh diberi peluang bagi menyediakan kemudahan jentera ini?  Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan langkah yang boleh memberi manfaat kepada kontraktor serta jentera yang dioperasikan anak tempatan.

16. Isu Teknologi China: setakat ini boleh dikatakan tiada hitam putih yang jelas diisytiharkan tentang manfaat pemindahan teknologi dari China yang boleh memanfaatkan kapasiti syarikat atau agensi milik awam Malaysia di bawah projek-projek infrastruktur di Malaysia.

17. Isu peluang pekerjaan: projek-projek gergasi China di Malaysia turut membawa bersama para buruh dari tanah China.  Malah baru-baru ini luas tersebar syarat pengambilan kerja yang melibatkan beberapa posisi dalam projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang hanya menerima pekerja yang boleh berbahasa Mandarin sahaja.  Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius isu ini agar diskriminasi sebegini tidak berterusan.

18. Isu Import China: kadar kebergantungan serta hubungan perdagangan yang pesat dengan China turut menimbulkan kebimbangan.  Meski pun China merupakan rakan dagang utama Malaysia, namun potensi untuk berlakunya pengurangan eksport kita ke China serta lambakan import yang memudaratkan dari China tidak boleh dipandang mudah.  Maka Malaysia perlu untuk menambah nilai dalam produk eksport ke China dan dalam masa yang sama mempelbagaikan destinasi import agar kebergantungan kepada import China dapat dioptimumkan.

19. Isu peluang anak negeri: Projek ECRL dikatakan bakal memberi faedah kepada para penduduk di sekurang-kurangnya tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang.  Namun demikian, anak negeri di ketiga-tiga negeri tersebut kurang diberi peluang yang sepatutnya dalam proses pembinaan ECRL ini.  Anak negeri Pantai Timur juga sepatutnya dilibatkan secara lebih intensif dan pada peringkat yang tertinggi dalam pembuatan keputusan berkaitan projek ECRL ini, bukannya hanya sekadar menjadi pemerhati atau mendapat peluang kerja yang ibarat ‘melukut di tepi gantang’ semata-mata.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Khamis, 10 Ogos 2017

RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI (10 Ogos 2017)


1. Parlimen Malaysia mencatat sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang semalam. 9 Ogos 2017 akan tertulis dalam memori mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah dibahaskan selama beberapa jam di Parlimen.

2. Di pihak PAS, 13 orang Ahli Parlimennya telah berjuang membantah RUU 164 ini. Mereka ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah laksanakan amanah mereka dengan baik, dan Parlimen telah membuat keputusannya, dan yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

3. Tidak timbul PAS hanya bersikap pilih kasih dan hanya menjadi ‘penyokong’ kerajaan UMNO-BN. Ianya jelas dan bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam dan negara ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ia bertentangan dengan Islam dan rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. Kami ada prinsip, dan prinsip kami mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat tertinggi perjuangan PAS.

4. Dalam usul semalam, PAS menentang usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, dalam keadaan pihak pembangkang lain tidak bersatu dan bersepakat dalam menyatakan pendirian. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan Ahli Parlimen BN dalam merendahkan martabat umat Islam di negara ini.

5. PAS ada sebab yang kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. PAS yang diwakili oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan telah membangkitkan percanggahan dengan beberapa peruntukan sedia ada melibatkan Mahkamah Syariah seperti Akta 303 Seksyen 46(2) yang mesti diselaraskan dan dibaca secara bersama dengan Akta 164. RUU 164 dianggap pincang kerana ia kontradik dengan beberapa peruntukan lain seperti Akta 303 Seksyen 46(2) yang memberi hak kepada mualaf membubarkan perkahwinan sebelum Islam dan juga enakmen-enakmen negeri dalam isu yang sama. Ahli-ahli Parlimen PAS juga menuntut penubuhan Tribunal Mediasi menerusi Akta 164 sebagai medium perundingan antara mualaf dengan bekas suami atau isteri.

6. Apa yang menyedihkan, daripada sejumlah besar Ahli Parlimen beragama Islam, baik pihak kerajaan (UMNO-BN) mahupun pembangkang, tidak ada suara yang membangkang usul ini. Lebih pelik apabila Ahli Parlimen beragama Islam dari parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang Islam tidak turut sama mengambil bahagian dalam membantah usul ini. Speaker Parlimen dengan mudah menolak bantahan MP PAS yang berjumlah 13 orang tanpa perlu mengundi kerana Speaker hanya akan membuat belah bahagi jika cukup bilang ahli Parlimen berjumlah 15 orang.

7. Semoga tragedi di Parlimen semalam membuka mata rakyat bahawa PAS benar-benar ikhlas berjuang demi agama Islam dan kepentingan rakyat terutama umat Islam di negara ini. Kerajaan yang ditunjangi UMNO tidak serius memikirkan maslahat umat Islam jangka panjang lantas terus membawa isu ini ke Parlimen untuk kelulusan. Di pihak pembangkang pula, mereka bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini?

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

1MDB: KETEPI SENTIMEN & KESEMPATAN POLITIK DEMI KEPENTINGAN NEGARA

*KENYATAAN MEDIA*
*DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA*
*10 Ogos 2017 | 17 Zulkaedah 1438*

*“1MDB: KETEPI SENTIMEN & KESEMPATAN POLITIK DEMI KEPENTINGAN NEGARA”*

1.    Pertikaian beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) terhadap penjelasan dan pendirian PAS berhubung isu 1MDB rentetan dari pertemuan dan sidang meja bulat khas bersama Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda ternyata disengajakan, serta dilihat masih bersikap mahu mempolemikkan keadaan. Sedangkan kematangan dalam menuju kepada solusi seharusnya diwujudkan agar masalah dapat ditangani.

2.    Pendirian asas dan semasa untuk menyiasat segala skandal serta menggerakkan langkah penyelesaian menerusi pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  dan pelan penstrukturan; sewajarnya dipersetujui secara terbuka dan lapang dada demi kepentingan negara, tanpa diemosikan oleh sentimen negatif atau bermotif meraih kesempatan politik.

3.    PAS sebagaimana juga pihak lain, turut mengakui bahawa 1MDB adalah antara skandal kewangan terbesar negara sebagaimana perkara seumpama yang banyak terjadi dan menjadi liabiliti kepada rakyat dan negara sebelum ini. Bezanya, 1MDB melibatkan pelbagai agensi dan negara serta jumlah dana sangat besar, sehingga menjadi perhatian kritikal seantero dunia.

4.    PAS turut mengambil maklum dan menghormati laporan penyiasatan dari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, termasuk tindakan-tindakan berkaitan oleh negara asing lainnya, sebagai di bawah bidangkuasa negara berkenaan. Namun, pengadilan dengan undang-undang negara ini mestilah diutamakan sebagai junjungan terhadap kedaulatan yang dimiliki.

5.    Semua proses dan bentuk tindakan undang-undang yang di lakukan demi keadilan dan menyelamatkan wang serta ekonomi negara mestilah didokong. Manakala konflik kepentingan melibatkan pihak yang disiasat oleh kekurangan kuasa oleh BNM, SPRM atau PDRM, diteguhkan dengan gesaan supaya RCI dibentuk dan bukannya mengundang pihak luar atau asing.

6.    Arul Kanda seharusnya diberi peluang untuk berperanan membetulkan kesilapan dan kepincangan 1MDB dan bersikap tidak memihak, sebaliknya adil, jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Beliau dan pasukannya perlu berusaha menjayakan pelan rasionalisasi memandangkan hutang yang dijamin oleh Kementerian Kewangan Malaysia secara tidak langsung membabitkan kantung kewangan negara.

7.    Kami percaya, usaha dilaksanakan adalah ke arah merungkai kesilapan lalu dari memberi musibah dan kemungkinan lebih buruk, selain kembali untuk bangun semula. Walaupun kami berpuashati dengan penjelasan diberi, namun tetap berpegang kepada prinsip sama bahawa tegas tidak mahu wang mahupun aset negara digunakan lagi bagi menampung operasi mahupun hutang 1MDB.

8.    PAS mahu setiap individu yang bertanggungjawab di heret ke muka pengadilan _‘without fear or favour’_ dan jika didapati bersalah, dihukum sewajarnya atas perbuatan dilakukan yang sangat memalukan rakyat dan negara. PAS tidak mahu beban 1MDB menjejaskan ekonomi negara dan secara tidak langsung kepada rakyat secara keseluruhannya, apatah lagi di saat ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu.

9.    Kewangan negara perlu utuh untuk menampung perbelanjaan mahupun defisit, demi kelangsungan pertumbuhan negara. Kemelut 1MDB secara tidak langsung menjejaskan kepercayaan pelabur luar kepada negara yang turut memainkan peranan di dalam pertumbuhan ekonomi negara dengan nilai pelaburan cukup besar, di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

10.  PAS mahu kemelut ini diselesaikan segera, setelah bebanan lampau warisan BN yang masih terbeban hingga kini, di mana rakyatlah yang membayar semua hutang tersebut melalui pelbagai instrument percukaian. Maka, sewajarnya kerajaan dan parti yang korup ini diturunkan dari tampuk pemerintahan, seterusnya dibina masa depan negara lebih gemilang dengan menggantikan sistem berteraskan Islam.

_“Sejahtera Bersama Islam”_
_“Mara Menuju Cita”_

*IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN*
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Rabu, 9 Ogos 2017

Perbedaan Politik Islam dengan Politik Jahiliyyah


Dalam buku Fikih Politik Menurut Imam Hasan Al-Banna, Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris menulis: ”Jadi politik itu terbagi menjadi dua macam: politik syar’i (politik Islam) dan politik non syar’i (politik non Islam). Politik syar’i berarti upaya membawa semua manusia kepada pandangan syar’i dan khilafah (sistem pemerintahan Islam) yang berfungsi untuk menjaga agama (Islam) dan urusan dunia. Adapun politik non syar’i atau politik versi manusia adalah politik yang membawa orang kepada pandangan manusia yang diterjemahkan ke undang-undang ciptaan manusia dan hukum lainnya sebagai pengganti bagi syari’at Islam dan bisa saja bertentangan dengan Islam. Politik seperti ini menolak politik syar’i karena merupakan politik yang tidak memiliki agama. Sedangkan politik yang tidak memiliki agama adalah politik jahiliyah.”

Semenjak tahun 1924 ummat Islam tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegaranya. Bahkan di berbagai penjuru dunia Islam diisytiharkan penubuhan negara-negara dengan konsep nation-state (negara-kebangsaan). Mulailah kaum muslimin mengekor kepada negara-negara kafir yang mengkotak-katikkan manusia berdasarkan kepelbagaian suku dan bangsa. Sebelumnya ketika Khilafah Islamiyyah masih tegak ummat Islam hanya memahami manusia berdasarkan pembagian yang Allah gambarkan di dalam Al-Qur'an, yaitu manusia beriman (Al-Mu'minun) dan manusia kafir (Al-Kafirun).

Ketika Khilafah masih tegak ummat Islam tidak mengenal adanya pemisahan antara urusan agama dengan berbagai urusan kehidupan sehari-hari, termasuk kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Tidak ada pemisahan antara kehidupan beragama dalam tataran kehidupan individual maupun sosial. Namun semenjak faham negara-aqidah dihapuskan lalu diganti dengan ideologi nasionalisme mulakan kaum muslimin mengalami pergeseran tolok ukur. Aqidah Islam yang sebelumnya dijadikan sebagai perekat utama masyarakat dilokalisir menjadi sebatas keyakinan individual muslim. Sedangkan masyarakat diarahkan untuk menjadikan etnisitas kebangsaan sebagai perekat kehidupan sosial. Seolah agama hanya berlaku dalam tataran peribadi, sedangkan dalam tataran sosial agama harus dikesampingkan. Kemudian muncullah ajaran purba kebangsaan yang menggantikan agama sebagai identiti dan pelekat sosial.

Dalam buku Petunjuk Jalan bab Tumbuhnya Masyarakat Islam dan Ciri Khasnya, Sayyid Qutb menulis: "Sesungguhnya dakwah Islam yang dibawa Nabi Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam merupakan mata rantai terakhir dari rangkaian dakwah dan seruan ke jalan Islam yang telah berjalan lama di bawah pimpinan para Rasul dan utusan-utusan Allah yang mulia. Dakwah ini di sepanjang sejarah wujud manusia mempunyai sasaran dan tujuan yang satu. Iaitu, membimbing manusia untuk mengenal Ilah mereka yang Maha Esa dan Yang Maha Benar, agar mereka menyembah dan mengabdi hanya kepada Ilah Yang Maha Esa dan mengubur segala penuhanan terhadap sesama makhluk.

Seluruh umat manusia kecuali segelintir orang saja, tidak ingkar dengan dasar ketuhanan dan tidak menafikan wujudnya Tuhan; tetapi mereka salah pilih dalam hal mengenal hakikat Tuhan yang benar. Mereka menyekutukan Tuhan yang benar dengan tuhan-tuhan yang lain. Bisa dalam bentuk ibadat dan akidah, atau pun dalam bentuk ketaatan di bidang pemerintahan dan kekuasaan.

Dua bentuk itu adalah SYIRIK yang bisa menyebabkan manusia keluar dari agama Allah. Padahal para Rasul sudah mengenalkan Allah swt. kepada mereka. Tapi, mereka mengingkariNya setelah berlalu beberapa masa dan generasi. Mereka pun kembali ke alam jahiliyah, kemudian kembali mensyirikkan Allah, baik dalam bentuk akidah dan ibadat, atau dalam bentuk ketaatan di bidang pemerintahan, atau pun di dalam dua bentuk itu sekaligus.

Inilah dia tabiat dakwah ke jalan Allah di sepanjang sejarah umat manusia. Ia mempunyai tujuan dan sasaran yang satu yaitu “ISLAM (MENYERAH)” di dalam pengertian penyerahan diri sepenuhnya, penyerahan diri dan kepatuhan para hamba kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam, menarik umat manusia keluar dari mengabdikan diri kepada sesama hamba Allah, kepada suasana menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT, membawa mereka keluar dari sikap patuh dan tunduk kepada sesama hamba Allah di dalam urusan peraturan hidup dan pemerintahan, nilai-nilai dan kebudayaan, untuk bersikap patuh dan tunduk kepada kekuasaan pemerintahan dan peraturan Allah saja di dalam semua urusan hidup.”

Untuk inilah Islam datang melalui Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam sebagaimana ia datang melalui para Rasul sebelum beliau. Ia datang untuk membawa umat manusia patuh kepada kekuasaan dan pemerintahan Allah seperti seluruh alam ini berjalan mengikuti landasan peraturan Allah.”

Sebuah masyarakat Islam berbeza sama sekali dari masyarakat Jahiliyyah. Masyarakat Islam berdiri di atas asas aqidah La Ilaha Illa Allah, keyakinan bahawa hanya Allah sajalah satu-satunya tempat memuja, memuji, memohon pertolongan, menyerahkan kepatuhan dan kesetiaan total. Penghambaan kepada Allah bukan tercermin dalam urusan ibadah ritual-formal belaka. Tetapi ia juga dapat dilihat dalam aspek nilai-nilai moral serta hukum-hukum peribadi dan sosial yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

Sedangkan sebuah masyarakat Jahiliyyah berdiri di atas asas bahawa sesama manusia pantas untuk dipuji, dipuja, diminta pertolongannya, diserahkan kepatuhan dan kesetiaan kepadanya. Oleh karenanya di dalam masyarakat seperti ini akan selalu hadir para thaghut, iaitu pihak yang sedikit sahaja memperoleh kekuasaan lalu berlaku melampaui batas sehingga menuntut ketaatan dari para rakyatnya, pengikut-pengikutnya, muridnya, bawahannya. Dalam sejarah kemanusiaan Allah abadikan di dalam AlQur'an gambaran sosok thaghut paling ideal yaitu Fir'aun. Fir'aun telah sedemikian rupa berlaku sombong sehingga sampai hati memproklamirkan dirinya di hadapan rakyat Mesir yang ia pimpin dengan kalimat: "Akulah tuhan kalian yang Maha Mulia.”

Tetapi Fir'aun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menantang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi". (QS AnNaziat ayat 21-24).

Itulah sebabnya mengapa segenap para Nabi dan Rasul utusan Allah menyampaikan suatu seruan universal yang berlaku sepanjang zaman. Yaitu seruan kepada umatnya masing-masing agar menyembah Allah semata dan menjauhkan diri dari para thaghut.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu.” (QS An-Nahl ayat 36).

Politik Islam adalah politik syar'i. Ia merupakan politik yang berlandaskan konsep asas aqidah Islamiyyah, iaitu La Ilaha Illa Allah, keyakinan bahawa hanya Allah sajalah satu-satunya tempat memuja, memuji, memohon pertolongan, menyerahkan kepatuhan dan kesetiaan total. Politik Islam pasti akan menghantarkan masyarakat untuk membentuk diri menjadi masyarakat Islam. Sedangkan politik jahiliyyah merupakan politik yang tidak syar'i. Politik jahiliyyah akan menghasilkan tumbuhnya sebuah masyarakat jahiliyyah penuh dengan suburnya kewujudan para thaghut di dalamnya. Politik seperti ini akan menyebabkan manusia sedar tidak sedar menghambakan diri kepada sesama manusia.

Mengulas mengenai keadaan realiti umat Islam dewasa ini semenjak tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Khilafah Islamiyyah yang telah runtuh 85 tahun yang lalu, maka Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah menulis: "Akibatnya, hilanglah Islam dari kehidupan manusia secarahampir sempurna. Hilanglah sistem politiknya, dan hilanglah konsepnya dari umat, untuk digantikan dengan konsep nasionalisme. Konsepnya hilang dari negara, untuk digantikan dengan konsep lain. Juga hilang dari ruang pengadilan, untuk digantikan yang lain. Syariatnya hilang digantikan dengan perundangan lain. Konsepnya hilang dari ruang-ruang permusyawaratan, untuk digantikan konsep demokrasi Timur atau Barat. Konsepnya hilang dari kuasa eksekutif untukdigantikan dengan konsep jahiliah secara total. Konsepnya hilang dari partai-partai yang Rabbani untuk digantikan oleh sistem kepartaian jahiliah. "Mengulas mengenai keadaan realiti umat Islam dewasa ini semenjak tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Khilafah Islamiyyah yang telah runtuh 85 tahun yang lalu, maka Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah menulis:" akibatnya, hilanglah Islam dari kehidupan manusia secarahampir sempurna. Hilanglah sistem politiknya, dan hilanglah konsepnya dari umat, untuk digantikan dengan konsep nasionalisme. Konsepnya hilang dari negara, untuk digantikan dengan konsep lain. Juga hilang dari ruang pengadilan, untuk digantikan yang lain. Syariatnya hilang digantikan dengan perundangan lain. Konsepnya hilang dari ruang-ruang permusyawaratan, untuk digantikan konsep demokrasi Timur atau Barat. Konsepnya hilang dari kuasa eksekutif untukdigantikan dengan konsep jahiliah secara total. Konsepnya hilang dari partai-partai yang Rabbani untuk digantikan oleh sistem kepartaian jahiliah. "

Saudaraku, marilah dengan penuh kesabaran kita meniti kembali jalan perjuangan Nabi shollallahu 'alaih wa sallam dan para sahabat ketika mereka masih tertindas di kota Mekkah sebelum hijrah ke Madinah. Marilah kita pelajari kembali bagaimana Nabi shollallahu 'alaih wa sallam dan para sahabat berjuang tanpa sedikitpun berfikir untuk berkompromi dengan sistem jahiliyyah dan para thaghutnya ketika mereka masih lemah sekalipun. Sebab mereka hanya punya satu cita-cita, yaitu mengembalikan hati manusia ke dalam pangkuan aqidah kalimat tauhid dimana manusia diajak untuk hanya menghamba kepada Allah dan tunduk kepada syariatNya. Nabi shollallahu 'alaih wa sallam dan para sahabat tidak pernah sejenakpun bertoleransi dengan aqidah kemusyrikan dan tunduk kepada sistem jahiliyyah yang berlaku, betapa pun risikonya mereka terpaksa menghadapi pelbagai ujian, tekanan, penyeksaan, penindasan bahkan pembunuhan.

Saudaraku, bagaimanapun kita perlu memahami bahawa Politik Islam tidaklah sama dengan Politik Jahiliyyah. Berbeza satu sama lain dalam hal landasan keyakinannya, semangatnya, fikrah-ideologinya, sistem pembentukannya, budayanya, tingkah-laku para pelakunya. Yang jelas, kedua-duanya sangat berbeza secara fundamental dalam hal siapa yang dijadikan pusat kesetiaan, penghambaan dan pergantungan. Politik Islam sejak hari pertama telah mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah mega-projek untuk pembebasan manusia dari penghambaan sesama manusia untuk hanya menghamba kepada Allah semata. Sedangkan Politik Jahiliyyah menjadikan sesama manusia sebagai tempat menyerahkan kesetiaan, ketaatan dan ketergantungan sehingga suburlah di dalamnya para thaghut.

(Sumber: http://www.eramuslim.com)