Jumaat, 23 Februari 2018

Siri 5: Kononnya PAS Selepas Ketiadaan TG Nik Aziz Dah Berubah Haluan


*تصحيح الفهم في تكوين الفكر*
(Mensahihkan Kefahaman Dalam Membentuk Pemikiran)

1. Selepas TG Nik Aziz meninggal dunia, mengapa PAS dah berubah? Adakah PAS telah lari dari dasar perjuangan?

Dasar PAS adalah tetap, tidak akan berubah, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti iaitu panduan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Perjuangan PAS adalah menegakkan hukum Allah di atas tanah air yang merdeka dan mendirikan masyarakat yang mengamalkan nilai ajaran Islam. Seruan PAS ialah laungan takbir : Allahu akbar.

PAS tidak pernah berubah haluan dengan berubahnya dasar sejak dari awal sehinggalah kini. Pimpinan boleh datang dan pergi, tetapi dasar PAS kekal.

Dasar tetap, ini tidak boleh berubah. Datanglah siapa yang menjadi pemimpin, dasar ini jugalah yang dibawa. Majlis Syura Ulamak akan pandu perjuangan dengan suluhan nas agar setiap tindakan semasa PAS dalam lingkungan syarak.

Perbezaan strategi itu perkara dimaklumi kerana strategi itu berubah berdasarkan perubahan zaman agar kesesuaian strategi yang menguntungkan Islam tetap terjaga. Zaman Khulafa al Rasyidin pun ijtihad berbeza, tetapi dasar tetap sama.

Sayiduna Umar ijtihad sebatan ke atas peminum arak sebanyak 80 kali sebatan sedangkan sebelum itu Sayiduna Abu Bakar sama sebagaimana zaman Rasulullah SAW iaitu 40 kali sebatan. Sayiduna Umar ijtihad tambahan 40 lagi kerana ada faktor semasa yang berlaku.

Sayiduna Uthman ijtihad azan pada waktu Jumaat dua kali kerana faktor semasa masyarakat sibuk di pasar. Sedangkan sebelumnya Sayiduna Abu Bakar dan Sayiduna Umar azan Jumaat sekali. Ini contoh. Berbeza pada teknikal, cabang begitu juga strategi. Dasar dan panduan tetap sama.

PAS adalah parti yang dah lama tertubuh. Berpengalaman dalam liku liku kancah politik. Sama ada zaman PAS sertai kerajaan, PAS bekerjasama dengan Semangat 46, adanya Barisan Alternatif, begitu juga Pakatan Rakyat dan terbaru Gagasan Sejahtera, itu semua ada strateginya. Asasnya dasar bagi strategi tidak bercanggah syariat. Ini perubahan berdasarkan zaman kerana faktor yang berubah. Hukum furu' yang bersifat ijtihad ia berlegar berdasarkan faktor sebab iaitu illah. Ada faktor sebab maka ada hukum, ketiadaannya maka tiada hukum.

Ini kerja Majlis Syura Ulamak akan pantau agar PAS terus di atas landasan perjuangan Islam.

Hakikatnya PAS masih sama seperti zaman TG Nik Aziz masih ada sehingga kini. Hanya momokan musuh sahaja nak celarukan ahli dan masyarakat kononnya PAS dah lari dari prinsip selepas ketiadaan TG Nik Aziz.

2. Pendekatan TG Nik Aziz lebih berstrategi dengan mampu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) sebagai pembangkang yang hebat berhadapan dengan UMNO-BN, tapi sekarang mengapa PR dah tiada selepas pemergian TG Nik Aziz?

Batalnya tahaluf PR dah dijelaskan dalam siri 3 yang lalu. Boleh baca di situ untuk ulang kaji lebih terperinci.

Tahaluf dalam PR ini adalah strategi bukan matlamat. Bila sebut strategi, ia boleh berubah. Apatah lagi apabila 6 syarat atau garis panduan telah dilanggar, maka tiadalah tahaluf.

Sebagaimana juga bertahaluf kerana mengikut hukum, maka terbatal tahaluf juga mengikut hukum. Kita ikut hukum. Tak boleh pakai kaedah matlamat menghalalkan cara. Kaedah ini tak betul. Kaedah ini golongan Islamist Democrat pakai kerana terpengaruh pemikiran Liberal.

Zaman TG Nik Aziz pernah tegur mendiang Karpal Sigh yang ketika itu berkeras terhadap hudud yang diperjuangkan PAS.

TG Nik Aziz juga pernah tegur DS Anwar Ibrahim mengenai kenyataannya terhadap pengiktiran Israel di bumi Palestin.

Jelas TG Nik Aziz tegas perjuangkan Islam. Beliau berkeras dan tegas sekiranya sesuatu isu tersebut tidak betul pada pertimbangan syariah.

PAS kini selepas pemergian TG Nik Aziz juga sama. Namun kemuncaknya dengan terbatal tahaluf PR apabila DAP dan PKR sendiri yang bertindak melanggar sempadan persefahaman dan semangat setiakawan dalam PR. Rujuk semula siri 3.

3. Adakah PAN lebih Islamik dan meneruskan legasi TG Nik Aziz berbanding Kerajaan PAS Kelantan yang sedia ada?

Hakikatnya PAN melawan perjuangan yang disertai dan dibawa oleh TG Nik Aziz. PAN dakwa ingin lawan UMNO tetapi realitinya di Kelantan, PAN lawan PAS. Malah PAN isytihar untuk bertanding di semua kerusi yang PAS bertanding.

Jika ingin lawan UMNO mengapa kerusi PAS jadi sasaran. Malah tindakan Husam Musa di Sidang Dewan Negeri jelas mengambil alih peranan UMNO Kelantan sebelum ni dengan membuat pelbagai tohmahan dan kecelaruan terhadap Kerajaan PAS Kelantan.

Di mana dakwaan PAN yang mahu meneruskan legasi TG Nik Aziz? Tiada. Malah pendustaan atas nama TG Nik Aziz. Ini biadap.

TG Nik Aziz juga pernah berpesan wajib jaga kerajaan Kelantan yang sedia ada, iaitu PAS memerintah. Tapi serangan PAN menunjukkan mahu menumbangkan PAS. Bertentangan dengan legasi TG Nik Aziz malah melawan terhadap apa yang telah TG Nik Aziz bangunkan selama ini di Kelantan.

Mana mungkin PAN lebih Islamik jika dilihat pada kenyataan di atas. Malah penubuhan PAN pun atas kekecewaan oleh mereka yang kalah dalam pemilihan Muktamar PAS di Kuala Selangor tahun 2015 lalu. Baiah yang diaku janji oleh calon pun dilanggar sedangkan baiah tersebut TG Nik Aziz terima. Tiada Islamik, hanya atas faktor tidak puas hati dan kekecewaan yang ada, kerana niat dah lari.

Malah sebahagian yang lari ke PAN asalnya pun bukan dari tarbiyah PAS. Mereka hanya jadikan PAS bahtera dalam kancah politik semata-mata tidak sebagai jemaah Islam yang diintima'. Sebab itu, tidak pelik mereka yang demikian keluar. Ada juga yang terpengaruh dan tidak sabar, maka dia pun keluar. Ini ujian.

Moga jadi pedoman pada kita selaku ahli untuk terus istiqamah dengan PAS dan kerja-kerja memenangkan Islam. Lihatlah teladan TG Nik Aziz sehingga ke akhir hayat tetap bersama perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Dapatkan jawapan santai secara bersiri mengenai persepsi yang bermain di minda :- Di Page PAS Cawangan Taman Sri Serdang :

https://mobile.facebook.com/Pas-Cawangan-Taman-Sri-Serdang-1034634703348148/?tsid=0.832186334229235&source=result

KENAPA PAKATAN HARAPAN PERLU DITOLAK. DISINI BERSARANG NYA LIBERALISMA, EVANGELIST KRISTIAN, LGBT, ATHIESM DAN PLURALISMA.

Liberal, Liberalis, Islam Liberal & Liberalisme Di Malaysia

Golongan ini semakin menonjolkan diri semenjak peristiwa  11 September 2001,  ketika umat Islam dilanda krisis dan fitnah yang dilemparkan oleh Barat dan pendokong-pendokong mereka. Ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, cuba menjadi wira dengan memperkenalkan “moderate muslim”, kononnya bagi menunjukkan ajaran Islam itu ramah (Islam baru yang lebih ramah), walhal agama Islam sudah sememangnya ramah dan sememangnya bersifat wasatiyah. Mereka bukanlah meramahkan Islam sebaliknya meremehkan hukum dan ketetapan Islam itu sendiri. Semestinya golongan ini mendapat pengiktirafan dan sumbangan dari Barat sama ada dari segi peruntukan dan sebagainya.

Siapakah mereka?
Mereka ialah pendokong dan penganut Islam Liberal yang menjadikan ideologi liberalisme  sebagai pegangan mereka.
Umat ini memang ditimpa pelbagai masalah dan musibah, tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan mengimport ideologi-ideologi kufur yang bertuhankan selain Allah  ataupun menempelkan ideologi-ideologi ini pada Islam. Bahkan mereka  menjadikan Islam semata-mata sebagai “cosmetic make-up” bagi mengaburi mata umat, sedangkan di sebaliknya mereka membawa satu agenda Kristianisasi yang sangat halus. Kristianisasi ini bukanlah semata-mata mengkristiankan orang Islam, tetapi sudah cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada pegangan mereka yang asal.

Saya tidak ingin merungkai panjang sejarah asal liberalisme, tetapi kita perlu mengetahui bahawa liberalisme adalah kesinambungan sekularisme iaitu pengasingan agama daripada pengurusan pemerintahan dan kehidupan.  Liberalisme ialah ideologi yang lebih “advance” iaitu manusia mempunyai kebebasan mutlak dalam tingkah laku mereka tanpa terikat kepada undang-undang atau penetapan dan meletakkan neraca akal dan logik melebihi segala-galanya termasuk neraca wahyu. Kebanyakan penganut Islam Liberal menggelarkan diri mereka sebagai reformis dan golongan ‘renaissance’ yang kononnya membawa perubahan pada masyarakat, padahal mereka hanya meruntuhkan sesuatu yang sudah kukuh tanpa membina sesuatu yang baru. Secara ringkasnya mereka hanya ada kemahiran meruntuhkan tanpa kemahiran membina.

Jika kita menyingkap kembali isu-isu yang berlaku di sekitar tahun  2012 di Malaysia, daripada isu murtad dan kristianisasi hinggalah  isu kemasukan tokoh liberal ke negara ini, dapat kita lihat corak dan strategi mereka yang akan menangguk di air yang keruh, berusaha mempamerkan diri mereka sebagai penyelamat dan penyelesai masalah bahkan menggambarkan pihak berautoriti agama sebagai pihak yang bersalah.  Antaranya dalam isu LGBT, Erykah Badu, Hamzah Kashgari, Irshad Manji dan isu terbaru berkenaan gerakan Syiah di Malaysia.

Jika diteliti kenyataan-kenyataan mereka khususnya Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap isu-isu berkenaan, mereka sering memetik dan menterjemahkan ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam urusan agama,” dan menggunakan ayat ini bagi menyokong slogan “freedom of speech” iaitu kebebasan suara.

Sedangkan ayat ini sebenarnya bermaksud, “Tiada paksaan dalam menganut agama Islam”,  dan ayat ini ditujukan kepada golongan bukan Islam yang mana mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam. Bagi penganut Islam pula, setelah menganut agama Islam, mereka perlulah mengikuti dan mentaati perintah arahan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan terikat kepada peraturan dan undang-undang Islam.  Kebebasan bersuara melebihi sempadan syara’ bukanlah suatu yang bersifat moderat bahkan ekstrim  dalam bersuara, sehingga ke tahap menafsirkan Al-Qur’an sesuka hati mengikut nafsu mereka. Neraca mereka bukanlah Al-Qur’an, Sunnah,  Ijma’ Ulamak dan Qiyas lagi,  tetapi ‘sunnah’ Human Right Watch dan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Antarabangsa (Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948). Bahkan sewenang-wenangnya berijtihad menggunakan dalil-dalil syaral dengan menggunakan logik akal tanpa berpandukan kaedah-kaedah syarak yang betul dan syarat-syarat yang telah ditentukan. 

Siapa di sebalik mereka?
Jika dilakukan sedikit kajian, di sebalik golongan Islam Liberal ini terdapat pemikir-pemikir barat seperti Cheryl Benard, Benard Lewis, Richard Nixon dan beberapa orang lagi yang sebahagian besarnya terlibat dalam penafsiran Islam Liberal.  Usaha pembiayaan golongan liberal ini juga berjalan secara terancang bagi mengangkat golongan ini di mata dunia. Setelah Barat memecahkan umat Islam kepada kelompok ‘fundamentalist’ dan ‘moderate’ mengikut tafsiran mereka sebelum ini, mereka cuba mencipta pecahan kelompok Islam yang baru iaitu Islam Liberal dengan menggunakan nama Moderate Islam, yang mana diangkat sebagai Islam yang dikatakan sederhana dan melabelkan golongan fundamentalist sebagai golongan yang ekstrim dan radikal.Mengikut laporan tahunan 2010 oleh National Endowment of Democracy (NED) yang diterbitkan pada Ogos 2011, terdapat beberapa organisasi di Malaysia yang menerima dana yang dibiayai mereka bagi mempromosi usaha-usaha demokrasi yang selari dengan objektif NED (Amerika Syarikat), antaranya media online seperti Malaysiakini, dan badan NGO hak asasi manusia seperti SUARAM. Pembentukan golongan moderat  ini bagi membentuk persekitaran politik dan undang-undang di negara Islam seperti yang dicita-citakan oleh Barat, mengikut acuan mereka.

Umat Islam perlu melihat permasalahan ini dari sudut pandangan yang lebih luas dan dalam, tanpa terperangkap dalam kotak pemikiran yang sempit termasuk melalui perspektif politik kepartian. Kita perlu sedari bahawa peperangan sekarang ialah peperangan arus globalisasi, antara Arus Globalisasi Barat dan Arus Globalisasi (‘Alamiyah) Islam. Arus mereka berpadu dan bersepakat dalam mengikis jati diri umat Islam termasuklah umat Islam Melayu di Malaysia. Penting bagi pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat untuk menilai apakah aulawiyat (keutamaan) semasa, dalam menjaga kepentingan orang Melayu selaku majoriti umat Islam di negara ini. Kesepakatan tanpa kompromi amatlah perlu dalam membendung ideologi-ideologi ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah.

Usaha meletakkan Agenda Islam Dalam Transformasi Negara dan juga jaminan yang diberikan bahawa LGBT, liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat tempat di negara ini. Begitu juga agar penetapan Islam sebagai cara hidup diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Komitmen semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, pembangkang, kerajaan-kerajaan negeri, pentadbiran pusat dan negeri, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh masyarakat serta seluruh rakyat dan warganegara tanah air tercinta ini untuk memelihara serta mengukuhkan lagi kedudukan agenda Islam di dalam negara menjadi satu jaminan dan imunisasi awal ke arah melihat kedudukan Islam akan terus terpelihara buat generasi akan datang.

Siri 9: Kononnya PAS Tidak Pandai Berpolitik Dan Mentadbir

Dapatkan jawapan santai secara bersiri mengenai persepsi yang bermain di minda :- Di Page PAS Cawangan Taman Sri Serdang :

https://mobile.facebook.com/Pas-Cawangan-Taman-Sri-Serdang-1034634703348148/?tsid=0.832186334229235&source=result

*تصحيح الفهم في تكوين الفكر*

(Mensahihkan Kefahaman Dalam Membentuk Pemikiran)

1. Mengapa PAS dilihat berubah-ubah pendirian? Sebelum ini berbaik dengan DAP dan PKR dalam bertahaluf, sekarang ni pula lebih dekat dengan kerajaan atas alasan ta'awun?

Pendirian PAS sebenarnya adalah sama dan teguh sejak dahulu sehingga sekarang. Yang berubah itu adalah stragegi. Strategi sifatnya fleksibel selagimana tidak bercanggah dengan dasar dan mendatangkan keuntungan kepada kepentingan Islam. Kerana perjuangan PAS ialah menegakkan agama Islam secara menyeluruh.

Dahulu, PAS bertahaluf dengan DAP & PKR kerana ada keperluan dengan syaratnya. Apabila hilangnya keperluan dan dilanggarnya syarat malah Islam diserang maka terbatallah tahaluf. Tahaluf bukan matlamat, ia strategi di mana ketika itu adanya keperluan dan yakinnya tiada pengkhianatan. Namun apabila DAP berterusan menyerang PAS maka terbatallah tahaluf kerana hilangnya syarat. Jika diteruskan lagi, maka ia merugikan Islam dan ia bercanggah dengan dasar perjuangan.

Sekarang bila sebut taa'wun, orang pelik. Sedangkan dalam al Quran suruh ta'awun atas kebajikan dan taqwa. Ta'awun lebih bebas dari tahaluf. Tahaluf ada perjanjian yang disepakati. Taawun ni tiada perjanjian, hanya kerjasama pada perkara yang baik dan menguntungkan Islam. Sebab itu dalam isu ummah seperti al Quds, etnik Rohingya, PAS dilihat "bersama" kerajaan. Walaupun begitu, ia bukan dengan parti, ia melibatkan kerajaan. Kena beza antara entiti parti dan kerajaan. Boleh refer siri lepas yang membicarakan "persepsi PAS mesra UMNO".

Bila sebut politik ia adalah bersifat ijtihad. Ia fleksibel pada strategi. Dasarnya tetap, iaitu mendirikan agama dengan membawa datang kebaikan dan menolak kemudaratan. Jadi kena faham politik Islam. Jangan faham politik Barat. Politik Islam ada panduannya iaitu wahyu Allah. Politik Barat pula ikut kemahuan nafsu manusia.

Justeru, tindakan PAS adalah konsisten atas dasar perjuangannya. Iaitu menegakkan sebuah negara yang melaksanakan hukum hakam Islam yang syumul. Masyarakat kena didedahkan dengan politik Islam kerana selama ini masyarakat di"beku"kan minda dengan politik gaya Barat.

2. Bolehkah PAS menggantikan kerajaan UMNO-BN untuk memerintah Malaysia?

Masyarakat didoktrin kononnya PAS tidak pandai berpolitik, tidak pandai memerintah kerana para ulamak dalam PAS khususnya tidak pandai urusan politik. Sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak mampu menafikan rekod bersih negeri yang ditadbir iaitu Kelantan dan pernah ditadbir oleh PAS iaitu Kedah dan Terengganu yang bebas rasuah dan sebarang isu skandal pengurusan.

Berbanding dengan exco dari mana-mana parti politik ada sahaja isu berkaitan. Alhamdulillah, di Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS lebih 20 tahun rekod yang diiktiraf menunjukkan tiada isu rasuah dan isu skandal pengurusan.

Ini politik Islam yang berteraskan iman. Sebab itu kerajaan Kelantan membawa slogan "membangun bersama Islam". Menunjukkan kemajuan dan pembangunan yang dibawa adalah mesti selaras dengan Islam. Bukan seperti kapitalis dalam ekonomi yang mana walau dilihat maju tetapi hanya kroni kalangan orang kaya sahaja terus kaya, tetapi orang miskin terus dipinggirkan. Memang bangunan pencakar langit banyak namun masalah gelandangan, cengkaman ekonomi rakyat marhaen cukup memberikan kesan.

Sebagai bukti, semasa PAS mentadbir Kedah pada tahun 2008, laporan audit negara pada 2009 menunjukkan pendapatan balak dari 8 juta meningkat kepada 38 juta. Pendapatan negeri pula meningkat ke 205%. Dan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010. Ini salah satu dari kejayaan. Isunya bagaimana zaman PAS hasil kerajaan negeri dapat ditingkatkan begitu hebat? Jawapannya adalah pada pengurusan yang efisien dan bebas masalah dari sebarang isu rasuah dan penyelewengan. Semua ini akan berjaya dilakukan dengan kekuatan iman dalam diri mereka yang mentadbir, insha Allah.

Begitu juga di Terengganu, negeri yang pernah PAS memerintah semasa 1999. PAS berjaya menambahkan hasil pendapatan negeri melalui peningkatan hasil tanah. Pada tahun 2001, kerajaan memungut RM51,831,000 (RM51.8 juta) dan meningkat kepada RM78,733,000 (RM78.7 juta) pada tahun 2002.

Jumlah kutipan zakat selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS di Terengganu hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN terdahulu. Bagi tahun 1990 hingga 1999, pungutan kerajaan BN ialah sebanyak RM85 juta sahaja. Manakala, dalam tempoh tiga tahun pertama pemerintahan PAS Terengganu jumlah pungutan zakat adalah sebanyak RM82.4 juta dan jumlah pungutan tahunan bermula tahun 2000 ialah seperti berikut:

2000-RM 20.8 juta
2001-RM 28.7 juta
2002-RM 32.9 juta
2003-RM 40.05 juta

Masyarakat perlu didedahkan kejayaan-kejayaan PAS dalam mentadbir yang menunjukkan kesediaan dan kemampuan PAS memerintah Malaysia. Ahli juga kena optimis dan menyimpan rekod-rekod tersebut bagi dijadikan modal dalam penerangan agar masyarakat terbuka minda untuk memilih PAS bagi menyelesaikan kemelut isu yang melanda negara dengan solusi dari Islam.

Dan perkara penting, perlu diketahui, dalam PAS wujudnya gandingan ulamak, profesional dan aktivis. Semuanya berperanan pada posisi dan bidang tugas yang diagihkan menjadikan PAS bukanlab sebuah parti yang lesu yang tidak pandai berpolitik sebagaimana dakwaan pihak musuh. Sebab itu, tugas ahli kita perlu yakinkan pengundi bahawa PAS mampu tadbir dan selesaikan kemelut pentadbiran negara yang sedia ada.

3. Malaysia terdapat banyak komposisi kaum walaupun yang besarnya kalangan melayu, cina dan india. Mampukah PAS menyatu padukan semua kaum dengan Islam jika mentadbir?

Kesilapan sebahagian umat Islam apabila mereka tidak merasakan Islam mampu menyatu padukan pelbagai kaum. Akhirnya lahir semangat nasionalisme yang mengatasi ketertinggian akidah. Ini tidak boleh.  Aqidah Islam mesti paling tinggi.

Sirah Nabi SAW mentadbir negara Madinah, di sana bukan sekadar kaum muslimim sahaja tetapi ada Yahudi yang bukan Islam. Nabi SAW tidak halau mereka dan menindas mereka. Kerana Islam rahmat, adil untuk semua. Islam memayungi manusia kerana Islam wahyu dari Allah. Tidak bersifat kebangsaan tetapi berseusian dengan fitrah semua manusia.

Nabi SAW pernah tegur sahabat yang berkasar dengan seorang Yahudi yang kurang adab terhadap Baginda SAW dalam urusan meminta hutang. Malah Nabi SAW membayar lebih ekoran kekasaran sahabat atas yahudi tersebut. Taqdir Allah, yahudi tersebut memeluk Islam. Zaman Sayiduna Ali menjadi khalifah, berlaku pertikaian perebutan baju besi dengan yahudi. Qadhi Syuraih mengadili dengan telus dan akhirnya kemenangan berpihak kepada yahudi. Sedangkan Sayiduna Ali adalah khalifah dan sesama muslim begitu juga Qadhi Syuraih. Yahudi terkejut dan kagum, lantas taqdir Allah, dia memeluk Islam.

Ini politik yang PAS bawa, dari sirah Nabi SAW. Dalam PAS sendiri ada DHPP, tiada masalah bagi PAS menghimpunkan kaum selain melayu kalangan cina dan india khususnya di bawah PAS. Lagipun PAS bukan parti bersifat bangsa, PAS parti yang perjuangan Islam. Islam untuk semua tidak kisah bangsa apa. Dari sudut politik pemilihan pemimpin, kaum majoriti dipilih kerana keampuhan dokongan dan sokongan, ini mengambil faedah dari hadith yang bermaksud : "pemimpin dari kalangan Quraisy"

Dan pada tahun 2017, buat julung-julung kalinya, Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan kerjasama PAS Negeri Sabah, menganjurkan Sambutan Hari Malaysia di Sabah.
Sambutan ini menarik penyertaan pelbagai kaum dan etnik yang diadakan di Dewan Tadika Chi Hwa, Sandakan, Sabah.

Malah sikap PAS yang tegas dalam isu undang-undang jenayah Islam melalui usul persendirian RUU 355, PAS tidak memaksa ke atas bukan Islam. Malah konsisten bahawa ia hanya melibatkan kaum muslimin sahaja. PAS faham realiti perbezaan kaum yang juga terdapat kaum non muslim. Maka pemilihan pandangan hanya kepada ke atas orang Islam sahaja.

Jelas menunjukkan PAS memahami realiti masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Exco kalangan PAS juga tidak menganak tirikan kaum selain melayu malah tetap memberikan mereka hak yang mereka layak sama ada dari sudut pendidikan, kebajikan dan lain-lain.

Hakikatnya momokan, PAS tidak mampu memimpin pelbagai kaum kerana PAS mengutamakan Islam adalah tidak benar. Padahal Islam sendiri meraikan kepelbagaian bangsa yang sedia ada dan tidak menjadikan alasan sebagai permusuhan atas alasan berbeza bangsa. Ini kerana Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah untuk maslahat manusia umumnya kerana Islam datang dari Allah.

Amat malang jika ada lagi kalangan orang Islam sendiri yang tidak yakin dengan Islam dalam isu kepelbagaian kaum ini. Jelas mereka tak faham Islam secara menyeluruh dengan sahih. Sebab itu, PAS sangat titik beratkan soal pendidikan kerana dengan ilmu mampu membuka minda manusia untuk mengakui kehebatan Islam itu.

-Shared by:
Mat Nyebar, AJK Copy Paste

Khamis, 22 Februari 2018

RENTETAN SEJARAH : POLITIK DENDAM

Perpecahan yang terjadi dikalangan Umno sehingga wujud beberapa parti seperti PKR, Bersatu dan lain-lain lagi termasuk wujudnya PAN. Sebenarnya bukan kerana hendak membela tetapi *kerana rasa tidak puas hati diantara satu sama lain sehingga timbul perasaan untuk membalas dendam semata* dan jauh dari bersifat menegakkan yg benar dan jauh dari sifat membetulkan kesilapan dan menyelamatkan keadaan.

*Perpecahan di dalam Umno yg bermula di zaman Mahathir yg berpunca dari Mahathir menipu dalam pemilihan Presiden Umno dengan membawa perwakilan dari cawangan hantu sehingga terpaksa  dibawa kemahkamah untuk medapat kepastian dan keadilan,* ternyata dengan bukti yg benar Mahathir dan Sanusi Junid melakukan kesalahan penipuan, mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut perundangan, Umno dibatal dan diharamkan.

Setelah Umno diharamkan, Mahathir melakukan penipuan lagi dalam usaha mewujudkan kembali parti yg bernama Umno, dengan bantuan Pendaftar Pertubuhan(ROS) membelakangkan tarikh permohonan pendaftaran yg awalnya telah di daftar permohonan kelulusan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir berjaya melakukan penipuan kepada seluruh bangsa Melayu ditambah pula dengan sokongan Melayu yg ingin mendapat tempat dan kedudukan di dalam Umno dan dengan tertambahnya kebutaan sebahagian besar Melayu yg terpengaruh dengan gaya ulian roti canai yg dilakonkan oleh Mahathir dalam dramanya menjayakan Politik palsu dan tipu serta putar belit sehingga Mahathir terus dapat memegang jawatan PM hasil sokongan sebahagian besar Melayu yg buta dan hilang sifat menuntut keadilan dan hidup dalam kebenaran.

Setelah itu, untuk menguatkan sokongan, Mahathir berjaya mengumpan Anuar sehingga menyambar kail mata tiga yg disembunyikan melalui salutan umpanan.

*Akibat terkena kail dan umpanan yg menggiurkan mata Anuar menjadi kabur, hilang semangat perjuangan keIslaman dalam menegakkan keadilan serta kebenaran yg sebelumnya dikompang riuhkan.*
Anuar telah menjadi tulang belakang memperkukuhkan kedudukan kerajaan yg dipimpin oleh Pemimpin yg sahih telah melakukan pembohongan, penipuan serta tidak mempunyai sebarang kejujuran.

*Anuar dengan lagak sombong mendabik dada menghentam, mencaci dan menghina PAS sehingga lupa dengan jasa PAS yg memberi sokongan penuh kepada beliau selepas bebas dari tahanan.* Anuar juga telah dijadikan ayam sabung Mahathir untuk menjatuh dan menghina  Raja-raja.

Gagal menghapuskan kuasa Raja-raja, Anuar berjaya menjatuhkan Ghafar Baba dalam perebutan jawatan dan kuasa tetapi gagal dalam usaha untuk menjatuhkan Mahathir yg hebat dalam penipuan, pemalsuan dan penyelewengan sehingga Anuar dipenjarakan.

*Kerana dendam, Anuar menubuhkan PKR* dan kononnya diatas kesedaran kesalahan yg dilakukan nya *PAS terus membantu anuar setelah memaafkan segala kesalahan penghinaan dan cacian nya.*

Anuar terus mendapat sokongan besar dari sebahagian besar Melayu, menimbulkan kegusaran Mahathir sehingga meletakkan jawatan. Dari situ bersambunglah negara dan bangsa dipimpin oleh pemimpin yg kesemuanya memimpin dengan pembohongan serta penyelewengan.

*Kini Mahathir yg masih tidak puas untuk melakukan penipuan dan penyelewengan bersekongkol pula dengan Anuar menentang dan menjatuhkan Najib yg sama asalnya dalam satu kawah beracun.*

Persoalannya sekarang, apakah Melayu yg masih berpihak menyokong buta² diatas segala lakonan pakar-pakar pemimpin yg melakukan penyelewengan dan penipuan?

Apakah Melayu suka dipimpin oleh pemimpin yg telah  sahih melakukan segala bentuk kezaliman dan penipuan serta penyelewengan?

Apakah Melayu sudah hilang keimanan?

Apakah Melayu sudah hilang pegangan keislaman?

Ternyata keseluruhan Melayu perlu sedar selama ini telah dimabuk dan diperbodohkan.

Ketuk lah kepala, cernakan minda adakah jujur diri dalam menyokong meletakkan pemimpin yg sebenar dari bahtera yg kini berlainan bahtera untuk menjayakan kemusnahan dan kerosakan dengan menghumban keadilan dan kebenaran.

Fikirlah wahai bangsa Melayu. Bangsa, harta dan agama manakah yang patut diutamakan dari segalanya?

LEBIH BAIK MATI  MEMBELA MARUAH, DARI HIDUP MENCEMAR MARUAH.

SEMOGA ALLAH MEMBERI KESEDARAN DAN KEINSAFAN.AMINN

(atom)
21 FEB 2018

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM

Klik link di bawah untuk mengikuti siaran kami melalui Telegram atau Facebook Page
Telegram: https://t.me/MAMPUCentre
Page: https://www.facebook.com/mampu.centre

Rabu, 21 Februari 2018

KENAPA DULU PAS BERTAHALLUF DGN DAP?

Antara modal puak PH n BN utk menyerang PAS ialah kenapa dulu PAS bole bersama DAP skrg tidak.. Maka mereka post statement ATGNA n TGHH yg menyokong DAP ketika bersama dlm PR.. Kenapa dulu PAS kempen undi DAP kenapa skrg tidak.. Sebenarnya mereka tahu jawapannya tp sengaja bertanya utk memburukkan PAS.

PAS bukan seperti parti lain yg meletakkan KEMENANGAN diatas mengatasi kepentingan agama.. PAS bertahalluf dgn DAP setelah melalui proses yg ketat melalui Majlis Syura.. Keadaan pada masa itu iaitu pada tahun 1998 memerlukan semua parti pembangkang bersatu melawan BN d Bwh REJIM madey yg begitu kejam terhadap lawan politik.. Kezaliman madey hingga digelar Mahazalim memerlukan semua parti pembangkang bersatu ketika itu.. Jika tidak kerana undi kaum Tiong Hua tentunya BN rebah ketika itu.. Hasilnya PAS dpt menawan Trengganu dan Ust Fadhil menjadi Ketua Pembangkang.. DAP kehilangan byk kerusi dan keluar dr gabungan pembangkang..

Pada pilihanraya 12 DAP kembali kpd pembangkang n tertubuhnya PR.. PAS dpt memerintah Kedah, Perak,  Selangor n PP bersama PR.. Hubungan dlm PR begitu kukuh n konsep agree to disagree..Maknanya setiap parti berhak memperjuangkan dasar parti masing2 utk kebaikan rakyat  .PAS meneruskan perjuangan utk menegakkan hukum ISLAM d Kelantan..

Tiba2 DAP secara terang menentang dgn keras n mendesak PAS meninggalkan hudud..Walaupun ia dicadangkan d Kelantan n hanya utk org Islam tapi DAP terus menyerang PAS.. Malangnya ada pemimpin PAS sendiri yg menyokong DAP.. Bagi mereka gabungan dgn DAP lebih penting dari hudud.. Hudud bukan penting yg penting PR!!!  Mereka melihat hudud hanya menakutkan non Muslim n PAS akan kehilangan undi non Muslim jika mempertahankan hudud..

Serangan terhadap PAS semakin kuat terutamanya TGHH.. DAP secara terang menolak TGHH n memutuskan hubungan dgn President PAS!!!  Mereka berusaha menukar TGHH dlm muktamar tp gagal n lahirlah PAN..DAP membubarkan PR dan menubuhkan PH.. Tujuannya utk singkirkan PAS dari kerajaan PR n masukkan PAN  sbg ganti.. Hakikatnya DAP yg menolak PAS bukan sebaliknya.. Tapi puak2 PAN n sekutunya menuduh PAS yg menyingkirkan DAP..

PAS bersama DAP kerana kepentingan rakyat n negara utk berhadapan dgn rejim umno.. Tapi DAP telah melanggar persetujuan dgn mencampuri urusan PAS utk menegakkan hukum ISLAM!!! PAS bukan nak laksanakan hudud serta merta d seluruh  negara cuma d Kelantan kerana majority umat Islam..Mungkin  DAP takut jika ia dilaksanakan d Kelantan rakyat akan melihat kebaikan hukum Islam.. Dan tokey besar d blkg DAP sama sekali tidak menerima hukum Islam.
Bila itu pendirian DAP maka tentulah PAS istiqamah dgn ISLAM walaupun org melihat PAS akan hilang undi non Muslim.. Cthnya Dr Mariah dgn yakin berkata PAS akan hilang undi kerana pengundi undi PAS bukan sebab Islam tp benci kat umno!!! Undi PAS spt sampah.. PAS akan hilang kerusi bla7..Itulah keyakinan PAN  menyebabkan mereka meninggalkan PAS.

Nabi Muhammad saw pernah mengadakan tahalluf dgn Yahudi Bani Quraizah demi mempertahankan Madinah. Tetapi bila Bani Quraizah mengKhianati perjanjian tiada maaf Nabi saw memerangi puak yahudi itu.. PAS bole bersama siapa sahaja utk kebaikan n Islam tetapi akan menentang SESIAPA sahaja demi ISLAM.. PAS tidak memaksa Sesiapun menerima ISLAM tetapi akan menentang Sesiapun yg menghalang PAS melaksanakan Islam.. PAS tak takut kalah mcm Dr Mariah kerana YAKIN kemenangan itu milik Allah swt.

FASTAQIM
# UNDILAH PAS

Isnin, 19 Februari 2018

LEGASI DR MAHATHIR: TIGA PERISTIWA BESAR YANG TERCATAT DALAM SEJARAH

A) SIDDIQ BIN MOHAMAD GHOUSE

1. Siddiq bin Mohamad Ghouse merupakan Setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad selama tujuh tahun .Siddiq dilantik sebagai Setiausaha politik ketika Dr Mahathir menjadi Menteri Pelajaran pada 1974.

2. Untuk rekod, 1974-1975 adalah tahun-tahun kebangkitan semula komunis buat kali kedua .

3. Siddiq Ghouse ditahan pada 13 Julai 1981 , tiga hari sebelum Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia (16 Julai 1981) berikutan perletakan jawatan Hussein Onn.

4. Beliau didakwa menjadi agen perisik KGB dari Kesatuan Soviet di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie.

5. Pada 13.7.1981, Kerajaan Malaysia telah mengusir keluar serta-merta tiga orang pegawai Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur kerana kesalahan pengintipan.

6. Perisik KGB yang diusir ialah:

a) G.I. Stepanor (Setiausaha Pertama Kedutaan Rusia)

b) V.P.Romanov (Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet)

c) Z.L. Khamidauline (kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi).

7. Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam sidang media memaklumkan bahawa polis merampas alat-alat yang dibekalkan oleh agen-agen KGB kepada Siddiq Ghouse. Sejak beberapa bulan Siddiq dan tiga orang agen bertemu tetapi tidak ada yang maklumat yang bocor.

8. Pada 30 Julai 1981, Dr Mahathir telah membebaskan Siddiq Ghoiuse dan 20 orang tahanan ISA yang lain.

B) NAHAS PESAWAT CESSNA TAN SRI GHAZALI SHAFIE

1. Beberapa bulan selepas itu, pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tan Sri Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik.

2. Mereka dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

3. Bagaimanapun Tan Sri Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.

4. Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh.

C) PERISTIWA MEMALI

1. Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah.

2. Insiden ini mengorbankan 14 orang Melayu Islam dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

3. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4. Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Haji Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh.

5. Polis memanggil operasi ini sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.

6. Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu dan beragama Islam. Sebahagian mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.

7. Baling amat sinonim dengan sejarah Negara kerana di daerah inilah berlaku pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng daripada Parti Komunis Malaya pada tahun 1955.

8. Nama Baling juga terkenal pada tahun 1974 berikutan demonstrasi jalanan oleh para pelajar di mana Anwar Ibrahim telah mengambil kesempatan untuk mempopularkan dirinya di kalangan pemimpin pelajar yang terlebih awal merancangnya.

9. Rakaman video amatur antaranya telah memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail (bom petrol) demi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.

10. Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan dan lelaki tua yang mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

11. Bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

12. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah pada ketika itu Ustaz Ibrahim Libya hanyalah memberikan ceramah agama.

13. Ustaz Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. Beliau merupakan Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Beliau kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. AS-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

14, Balik ke Malaysia beliau telah bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri. Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama.

15. Namun, sebagai seorang yang anti Islam secara radikal, Dr Mahathir melihat kelahiran institusi-institusi Agama Islam secara syumul seperti ini akan memberi saingan kepada anutan Liberal Kapitalisma anutannya semenjak beliau bersama Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura.

16. Pada malam sebelum kejadian, Ustaz Ibrahim Libya telah memberi kuliah agama seperti biasa. Semua pelajar dan anak murid Ustaz Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir.

17. Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Polis Anti-Pengganas, Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Mengikut sumber dalaman, anggota keselamatan yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat. Untuk rekod, tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

18. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ustaz Ibrahim Libya serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada.

20. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut. Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan selepas itu.

21. Pada 27 Mac 2014 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir bin Mohamad ada di Kuala Lumpur sewaktu tragedi Memali berlaku dan bukannya di China.

22. Akhirnya pada 10 April Dr Mahathir mengakui beliau hanya pergi ke China pada 20 November, sehari selepas peristiwa ini terjadi.

23. Sekian sekadar berkongsi catatatan buat generasi muda yang masih merangkak mahu mengenal apa itu “Legasi Dr Mahathir”.

MAT SABU MERACAU "DITAMPAR" PRESIDEN PAS

Mat Sabu meracau lagi selepas "DITAMPAR" oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana PAN yang kononnya ingin menjatuhkan Umno tapi sebenarnya sibuk menjadi parti ketiga membantu Umno dengan meletakkan calonnya dikerusi tradisi yang PAS bertanding melawan Umno selama ini.

“AMANAH wujud untuk memecah belahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang." Kata Presiden PAS.

Presiden PAS hanya bercakap tentang PAN, tapi Mat Sabu meracau hingga kaitkan PKR dan PPBM pula.

"PKR dan BERSATU juga akan menentang Umno dan PAS, adakah mereka juga dianggap membawa perpecahan kepada Melayu?" - racau Mat Sabu.

Selama ini, pemimpin PAN seperti Husam sibuk fitnah PAS sebagai tongkat Umno sebab PAS nak bertanding 130 kerusi Parlimen. Bila Presiden bagi jawapan balas dan jelaskan bahawa kebanyakkan kerusi yang PAS bertanding itu adalah kerusi tradisi PAS sebelum wujudnya PKR, PAN dan PPBM mereka pusing cerita lain. Seolah-olah PAS pula parti yang baru muncul semalam dalam arena politik Negara untuk ganggu mereka.

Merekalah sebenarnya tongkat Umno. Mereka mahu pecahkan undi umat Islam dan Melayu. Mereka sengaja meletakkan calon yang mereka tahu mereka tak akan menang pun di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Selangor dan lain - lain tempat. Tujuannya hanyalah untuk memastikan PAS tidak menang, biarlah Umno yang menang. Itu lebih mereka sukai kerana mereka sebenarnya malu kalau PAS menang, kerana selama ini mereka menyumpah PAS akan berkubur selepas tidak bersama Pakatan.

Mereka selalu kata nak gulingkan Umno, tapi bila ceramah mereka hentam PAS sahaja. Bila cari ahli mereka cari kalangan ahli PAS sahaja, tak berani kacau ahli Umno.

Semua orang tahu, Husam bermimpi nak jadi MB Kelantan, Salahuddin bermimpi nak jadi MB Johor, Nizar bermimpi nak jadi MB Perak sekali lagi.... tapi Mat Sabu masih merayau - rayau cari kerusi selamat nak bertanding. Uruslah diri dan parti sendiri, jangan asyik sibuk nak serang PAS.

Lain kali jangan usik PAS kalau tak nak "DITAMPAR". Presiden PAS baru kata kat PAN sikit, dah mengelupur dan meracau Mat Sabu sampai lupa yang dia banyak persenda Presiden dan PAS. Ulama' bagi komen walau simple tapi nampak Mat Sabu luka teruk.

PAN nampaknya masih gagal dan masih dibayangi kekuatan PAS. Mereka memang risau melihat kebangkitan anak muda bersama PAS dalam siri himpunan Fastaqim. Mat Sabu yang dikatakan pakar mobilisasi rakyat gagal menghimpunkan penyokong PH di padang Timur untuk bantah Kleptokrasi.

Atas kegagalan itu PH tidak berani lagi beri komitmen untuk bersama Bersih mengadakan Himpunan rasaksa. Jelas Mat Sabu gagal dalam PAN sebagai Presiden dan dalam PH hanya mampu pergi sampai level balaci DAP dan Madey sahaja. Mat Sabu hanya dianggap sebagai Joker dalam PH yang hanya mampu buat lawak bodoh dalam ceramahnya tanpa isi dan hala tuju jelas.

Orang macam nie lepas PRU nanti akan digulingkan oleh ahli PAN sendiri. Nak kata professional pun tidak, nak kata Ulama' pun tidak. Pemikiran terlalu primitif dan gagal membawa PAN duduk sama tinggi dengan parti lain dalam PH.

Mereka yang ahli PAN pasti malu punyai Presiden yang low class macam Mat Sabu. Entah ke mana dia nak bawa PAN, belum PRU lagi bab agihan kerusi sudah gagal. Nampaknya jadi tongkat Umno sajalah peluang untuk dia menunjukkan bahawa partinya ada guna dalam PRU nanti. Sila pergi berubat la Mat Sabu, takut bila PAN kalah teruk masa PRU nanti jadi kemurungan pula.

PAS akan terus memacu ke hadapan untuk langgar setiap halangan yang dibentangkan oleh PAN. Tolak BN, Tolak PH... Undilah PAS.

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
19 Februari 2018

Pihak ROYALTI (R) mendesak Tun Dr Mahathir memberikan penjelasan

*Kenyataan media: ROYALTI mendesak Mahathir memberikan penjelasan, meminta maaf dan bersama mendesak Perdana Menteri mematuhi perjanjian petroliam Kelantan-Petronas.*

Pihak ROYALTI (R) mendesak Tun Dr Mahathir memberikan penjelasan berkenaan beberapa perkara berbangkit dalam perihal royalti dinafikan dan hasil bumi Kelantan yang dilarikan.

*1.* Ketika Barisan Nasional di bawah Tun Dr Mahathir Muhammad (Tun) memerintah Kelantan, bermula 1983 lagi, kerajaan Kelantan telah mendedahkan pertemuan minyak di kawasan periaran  Kelantan.

*Soalan pertama,* mengapa kerajaan di bawah pimpinan Tun menggadaikan semua ini dengan mendaratkan hasil petroliam milik Kelantan itu ke Songkla, Thailand, sebelum disalurkan ke Kedah melalui saluran paip? Bagaimana bentuk perjanjian dengan Thailand? Adakah kerana menghukum keputusan demokrasi rakyat Kelantan yang tidak memilih BN ketika itu (pertengahan tahun 1990)? Mengkhianati seluruh rakyat Kelantan pelbagai kaum di mana 99% adalah Melayu? Kami mendesak Tun Dr Mahathir menjawab persoalan ini.

*Fakta:* Projek pendaratan minyak ke Songkla siap sebelum 1996. Projek sambungan paip Thai ke Malaysia ditangguhkan pada 1997. Kemudian disambung semula April 2002. Jika pendaratan dibuat di Bachok, Kelantan, ianya lebih menjimatkan kos. Juga meningkatkan ekonomi Kelantan. Ini merupakan pengkhianatan yg jelas kpd kami rakyat Kelantan... ianya berlaku jelas semasa pemerintahan Tun.

Pihak Kerajaan Kelantan sebelum jatuh kpd Kerajaan Pas & Semangat 46 telahpun membuat persiapan awal untuk menjadikan Pantai Senok, Bachok sebagai hub perindustrian petrokimia dengan mengezetkan kawasan seluas lebih 4000 ekar utk tujuan tsb.

KDYMM Sultan Muhammad iv telah bertitah semasa perasmian Sidang DUN ke 5, penggal ke-12.

"Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon industri petroliam di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.”

Pihak Perbadanan Kemujuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pd Ogos 1996 melalui Anak Syarikat Keloil Sdn Bhd menjalinkan usahasama dgn KUB Holding Bhd bagi membangunkan industri gas & minyak utk Negeri Kelantan.

Namun, projek tersebut gagal diteruskan kerana gas dr periaran Kelantan "dicuri" & hantarkan ke Songkhla.

Bayangkan sekiranya Kelantan tidak dinafikan hak utk membangunkan industri tersebut, berapa ramai rakyat mendapat menafaat & limpahan ekonomi daripadanya??

*2.* Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang bertarikh 2 November 2012, Jumaat adalah dirujuk. Syarikat di mana anak kepada Tun Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas, Sapura Kencana dilaporkan, membuat dua makluman kepada bursa saham pada 1 November 2012, yakni, pertamanya, mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

*Soalan keduanya,* bagaimana anak Tun boleh mendapat tender ini dari Pihak Petronas yg bapanya adalah penasihat?

Jarak medan Kamelia hanya 150km dari pantai Kelantan, bukan berada di kawasan tindihan Thailand, milik Kelantan sepenuhnya, siapakah dalang sebenar yang menghalang Petronas dari mematuhi perjanjian royalti, yang ditandatangani oleh Petronas dan Kelantan pada 9 Mei 1975?

Kemanakah hasil bumi Kelantan itu (petroliam) akan disalurkan? Adakah Kerteh atau Kemaman, Terengganu? Medan Kamelia adalah dalam Blok PM301. Blok PM301 adalah tidak bertindih sama ada Thailand atau Vietnam atau Terengganu. Adakah ianya menggunakan pelaburan RM15.6B@US5.2B PETRONAS untuk membina paip gas sejauh 300km dalam Lembangan Melayu Utara (North Malay Basin) ke Kerteh. Sedangkan ke Kota Bharu (Bachok) jaraknya hanya 150km.

"Melayu Mudah Lupa" Tun Mahadir
"Ore Kelate Tak Akan Lupa apa Yang Tun Mahadir lakukan kpd Ore Kelate" Nazri Deraman

#BangkitPertahan
#TuntutRoyalti
13 February 2018

Sabtu, 17 Februari 2018

SILAP BESAR BERI RUANG ISRAEL MASUK MALAYSIA

1. Siapa yang tidak terkejut apabila tidak sampai tiga bulan Baitulmaqdis diisytiharkan milik Israel, Diplomat Israel pula telah dibenarkan bersama-sama delegasi Israel untuk masuk ke Malaysia.

2. Dalam keadaan Pilihanraya Umum ke-14 bakal berlangsung pada tahun ini, bagaimana ‘kesilapan besar’ ini boleh berlaku? Keadaan ini seolah-olah memberi mesej bahawa Kerajaan mengutamakan penganjuran persidangan World Urban Forum (WUF) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini lebih daripada solidariti bersama Palestin yang saban hari dijajah penempatan haram Yahudi Zionis Israel, meskipun tidak benar.

3. Untuk rekod, Malaysia pernah menolak permohonan visa dua pelayar Israel ketika menjadi tuan rumah Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) pada Disember 2015.  Mengapa ketegasan sedemikian tidak diulangi dalam keadaan politik Malaysia yang sedia berkecamuk hari ini?

4. Berdasarkan sentimen majoriti umat Islam di Malaysia, adalah lebih bijak sekiranya persidangan WUF itu dibatalkan dan bayaran pampasan pembatalan dibuat kepada PBB-WUF bagi membuktikan besarnya komitmen kerajaan yang ditegaskan dalam Himpunan Solidariti Al-Aqsa tahun lalu.  Langkah sebegini bukan sahaja bakal melonjakkan imej Malaysia di mata dunia, bahkan juga di mata para pengundi.  Apa faedahnya menganjurkan persidangan ini dalam keadaan wakil Zionis dibenarkan hadir dengan bangganya?

5. Pengakuan terbuka Diplomat Israel tersebut, David Roet bahawa beliau ada bertemu dengan pegawai tertinggi Malaysia mungkin perlu diselidiki lebih lanjut.  Namun kenyataan beliau bahawa “hubungan perdagangan Malaysia-Israel mencecah AS$1.5 bilion setahun dan semakin berkembang pesat” telah membuka kembali perdebatan lalu berkenaan hubungan dagang Malaysia-Israel. Sememangnya pada tahun 2013 perangkaan Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) pernah menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-32 dalam senarai pengeksport ke Israel dan tangga ke-12 dalam senarai pengimport dari Israel.

6. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa pendirian kerajaan Malaysia telah ditegaskan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) pada 2014 lagi bahawa Kerajaan Malaysia tidak menjalinkan hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel.

7. Sebagaimana huraian Tok Pa, "Data yang dikeluarkan oleh ITC mencerminkan eksport mengikut negara asal (country of origin), iaitu kemasukan barangan buatan Malaysia ke Israel melalui negara ketiga seperti Singapura dan Hong Kong yang turut direkodkan sebagai eksport dari Malaysia. Cara merekod perdagangan seperti ini diamalkan oleh kebanyakan negara lain. "Amalan perniagaan dan pelaburan antarabangsa ini adalah berada di luar kawalan Kerajaan Malaysia”.

8. Pokoknya, Malaysia telah menghentikan perdagangan secara langsung dengan Israel, namun Tok Pa mengakui sukar untuk menghalang perdagangan secara tidak langsung dengan Israel disebabkan realiti perniagaan global yang menjangkau sempadan negara, khususnya membabitkan pelaburan langsung asing (FDI).

9. Tok Pa turut menegaskan bahawa Malaysia sebenarnya boleh bertindak ekstrim dengan memboikot produk Israel, tetapi mungkin terpaksa menghentikan pembelian barangan-barangan keperluan termasuk kapal terbang penumpang yang turut mempunyai komponen buatan Israel.  Maka pertimbangan kepentingan nasional ialah pertimbangan yang cukup besar dalam membuat keputusan ini.

10. Pakatan Harapan yang kini dipimpin Tun Dr. Mahathir juga sewajarnya merenung sejenak isu ini dengan mendalam sebelum mempolitikkannya kerana negarawan itu sendiri pernah menjadi sasaran serangan pada masa lalu. Dari isu pindaan Akta Larangan Import 1994 (Pindaan bil 7) yang dianggap membuka ruang perdagangan Malaysia-Israel, isu kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997 yang turut disokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, hinggalah ke isu merayu bantuan lobi Israel untuk hak penganjuran Persidangan Gas Dunia 2005.

11. Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli dalam tulisan di blog beliau yang bertajuk “Keterlibatan Kerajaan Malaysia Merayu kepada Badan Israel untuk Mendapatkan Sokongan Penganjuran Persidangan Gas Dunia” bertarikh 29 Mac 2012 turut menulis: “Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel”.

12. Tun Dr. Mahathir sendiri pada Februari 2012 mendakwa rejim Israel cuba mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai “rakan karib” Israel apabila Tel Aviv bertindak mendedahkan perhubungan perniagaan yang dijalankan Malaysia dan Israel: “Israel kini cuba membantu Anwar dengan membekalkan butiran perdagangan antara kedua-dua negara… Ini adalah bagi membuktikan bahawa Anwar bukannya satu-satunya individu yang berurusan dengan mereka (Israel). Bahawa orang lain juga lakukannya”.

13. Ringkasnya, tidak kira sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH), kedua-dua blok tersebut seharusnya berusaha untuk bersikap lebih telus tentang hubungan dengan Israel dan berusaha sedaya-upaya bagi memastikan komitmen solidariti bersama Palestin tidak sekadar retorik kosong. Kepentingan nasional juga seharusnya dilindungi sebaik mungkin khususnya dalam hal strategik yang memerlukan pengurangan kebergantungan secara berkadar kepada Israel.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jumaat, 16 Februari 2018

MENJAWAB TULISAN SAMPAH HAMBALI MENGENAI PRESIDEN PAS DALAM ISU DIPLOMAT ISRAEL

Membaca tulisan Hambali Abdul Latif di Malaysiakini bertajuk "Hadi cuma nampak kuman di seberang Teluk Parsi?" membuat saya melihat sisi kebodohan penulis ini. Beliau yang juga Setiausaha PPBM Terengganu dan Ketua Penerangan PH Terengganu jelas seorang yang buta sejarah.

Beliau dengan selamba mencipta fitnah bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS berdiam diri dalam isu kehadiran diplomat Israel yang dilapor berada di negara ini kerana menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB (UN-Habitat).

Dia lupa, Perdana Menteri Malaysia sekarang Najib Razak, bukan Presiden PAS. Menteri Dalam Negeri sekarang Zahid Hamidi bukan Timbalan Presiden PAS. PAS tiada kuasa untuk menahan diplomat Israel ini sebab kuasa itu ditangan Menteri BN. Kenapa tetiba Hambali nak salahkan Presiden dan PAS dalam hal ini? Patut beliau salahkan Najib dan BN bukan PAS. Ini satu kebodohan dalam memanipulasi fakta yang nyata.

PAS konsisten membantah Israel dari dulu hingga kini. Sama ada secara demontrasi atau persidangan Antarabangsa, PAS tidak pernah lupa tunjuk bantahan kepada Israel. Kehadiran diplomat Israel baru-baru ini turut dibantah oleh pemimpin PAS seperti YB Ust Idris Ahmad dan lain-lain.

PAS juga pernah membantah kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997, bantah pemain bola Chelsea dari Israel Yossi Benayoun pada 2011, bantah sokongan DAP ke atas kehadiran peluncur udara Israel Yoav Omer dan Noy Drihan pada 2015.

PAS tidak pernah berdiam seperti fitnah Hambali ini. Tanyalah Mahfuz dan Salahuddin, bagaimana PAS melayan Israel sebenarnya.

Sebaliknya sejarah  membuktikan bahawa Penasihat PPBM yang juga Pengerusi PH, Mahathir begitu akrab dengan beberapa Perdana Menteri Israel seperti Ehud Barak, Yitzak Rabin dan Benjamin Netanyahu. Beberapa siri surat peribadi dan ucapan tahniah beliau kepada PM Israel ini tersebar dan membuktikan sikap hipokrit Mahathir dalam isu kezaliman Israel. Malah surat-surat itu sekaligus membuktikan Mahathir mengiktiraf kewujudan kerajaan Israel.

Tidak cukup dengan itu, Anwar yang juga mantan calon PM PH juga pernah menyatakan bahawa beliau menyokong segala usaha untuk melindungi dan memberi keselamatan kepada Israel.

Inilah beza rupa PAS dan PH yang Hambali cuba sorokkan. Cubaan beliau memfitnah PAS nampak terlalu amatur dan beliau sepatutnya kembali ke sekolah penulisan untuk belajar lagi.

Kalau inilah standard pemimpin PPBM baik simpan sahaja dalam stor atau peti sejuk beku. Negara perlukan pemimpin yang jujur dan tidak suka memfitnah demi mencari populariti murahan sebegini.

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
16 Februari 2018

KRONOLOGI SERANGAN TERHADAP TGHH

Setelah terbongkarnya group whatsapp cybertrooper yang mempropagandakan isu-isu menjatuhkan TGHH, kita boleh melihat orang-orang terdapat kumpulan tertentu yang konsisten daripada dulu bekerja mencalarkan imej Ayah Chik.

*1) 2008 : UG*

Berlaku selepas PRU12, sewaktu Pak Lah PM. Cadangan ini dikemukakan oleh Ayah Chik pertamanya dalam dialog PAS Pusat (JKPP). Kebanyakannya respon positif. DAP dan PKR sendiri menyokong.

UG sebenarnya adalah satu bentuk kerajaan tanpa pembangkang. Yang membuatkan JKPP, DAP dan PKR bersetuju kerana maslahahnya yang cukup besar, iaitu mampu membebaskan mahkamah, media dan badan-badan kerajaan daripada dikuasai oleh satu parti sahaja. Kita berkuasa heret menteri-menteri korup ke mahkamah tanpa boleh disekat. Praktis undang-undang dan demokrasi lebih realistik dibandingkan dengan sekarang.

Tetapi apabila dicadangkan kepada Pak Lah, UMNO bergolak antara setuju dan tidak. Kebanyakan yang punya rekod buruk tidak menerima kerana takut dihadap ke mahkamah. Lalu idea ini tergantung tanpa persetujuan.

Tiba-tiba sahaja beberapa kumpulan serentak mencipta isu bahawa PAS nak bergabung dengan UMNO. Ayah Chik jadi sasarannya. Sebahagian JKPP, pemimpin DAP dan PKR yang asalnya bersetuju tiba-tiba mengecam Ayah Chik, seolah-olah mengkhianati perjuangan pembangkang.

Mereka cipta persepsi bahawa UG ialah PAS masuk dalam BN dan lawan pembangkang. Itu silap bila UG mana ada pembangkang. DAP dan PKR akan duduk sekali dalam kerajaan.

*2) 2009 : PERTEMBUNGAN TGNA - TGHH*

TGNA sendiri telah diberikan gambaran yang silap terhadap maksud UG. Waktu tu Husam Musa sebagai exco kanan, dan penasihat TGNA ialah Anuar Bakri Haron. TGNA berasa marah dan memutuskan tidak akan bersama Barisan Nasional lagi buat kali kedua. Ianya untuk mencipta pertembungan antara TGNA dan Ayah Chik.

*3) 2009: 10 BUDAK HITAM*

10 Ahli Parlimen PAS membuat sidang media dan menurunkan tandatangan menyokong TGNA. Mereka diketuai Hatta Ramli. Turut terlibat ialah Khalid Samad, Kamaruddin Jaafar, Dzulkefly Ahmad, Siti Zailah Yusof, Dr Mariah Mahmud, Dr Mohd Hayati Othman dan Mujahid Yusof Rawa. Kredibiliti Ayah Chik terus dicabar secara halus.

Namun selepas Ayah Chik berjumpa TGNA di Kelantan dan menerangkan sendiri UG, TGNA boleh menerima dan menyerahkan kebijaksanaan kepada Ayah Chik. Isu pertembungan selesai tetapi perkara ini terus dimainkan.

*4) 2009 : PROJEK LANGGAR HADI*

Aduka Teruna secara terbuka dalam blognya telah melancarkan misi Langgar Hadi; satu projek untuk memburukkan Ayah Chik supaya beliau jatuh dalam muktamar terdekat. Ianya turut dibantu beberapa bloggers yang lain dn memiliki dana khusus.

Namun projek ini juga gagal kerana sehingga pemilihan 2013, Presiden PAS tidak dicabar.

*5) 2009 : KEJATUHAN PAS PERAK*

Ianya berlaku hasil sabotaj BN membeli beberapa ADUN PKR sehingga kerajaan pimpinan DS Nizar jatuh. Sebelum itu Anwar terlebih dahulu menggunakan taktik beli ADUN sebegitu dalam projek 16 Septembernya. Tapi BN lebih licik menyebabkan bukan sahaja PKR kehilangan ADUN, TP PR seluruhnya kehilangan negeri.

Sebenarnya sebelum kejatuhan ini kepimpinan DS Nizar sudah banyak bercanggah dengan PAS negeri dan Pusat. Beberapa tindakannya turut mengundang rasa tidak puashati istana, termasuk isu-isu pembelaan melayu.

Walaupun pertukaran kerajaan tidak berlaku mengikut undang-undang, tetapi ia senyap begitu sahaja apabila sultan sendiri menyempurnakan majlis angkat sumpah Zambry. Kudeta di Perak langsung tidak dibantah istana. Kelemahan DS Nizar dalam mainan politik tanah melayu mengakibatkan kepimpinannya tidak mampu bertahun setahunpun.

Tetapi muncung meriam dihalakan pula pada Ayah Chik, kononnya kejatuhan Perak adalah berpunca dari pentadbirannya. Apa kaitan ADUN PKR dibeli dengan PAS? Presiden PAS terus diserang tanpa alasan munasabah.

*6) 2012: KUASAI HARAKAH*

Sebuah blog yang menjadi viral dikalangan penyokong PAS dengan nama Selamatkan Harakah mendedahkan pelbagai percaturan yang dilakukan sejak hampir 8 tahun lalu. Blog tersebut fokus kepada Zulkifli Sulong dan Rashidi Razak sebagai peroska utuama.

Ini menjawab persoalan Harakah yang dilihat semakin tidak memainkan peranan sebagai lidah rasmi PAS, tetapi lebih kepada lidah rasmi PR. Orang-orang yang ditonjolkan kebanyakannya dari kalangan 10 budak hitam, dan kebanyakan ustaz-ustaz, Pemuda dan Ulama digelapkan dari laporan. Turut terpalit adalah Tuan Guru Presiden sendiri apabila ketokohan pimpinan PR lain lebih ditonjolkan daripada beliau.

Ahli-ahli yang perasan perubahan ini mula merasa mual dan tidak lagi membaca harakah mengakibatkan prestasi jualan merudum dengan teruknya, dibandingkan dengan prestasi akhbar-akhbar lain.

*7) 2012 : SABOTAJ KUMPULAN TAK SEHALUAN*

Cara nak jatuhkan Presiden, jatuhkan dahulu orang sekelilingnya. Dengan menguasai posisi penting dalam harakah, kumpulan ini menonjolkan diri mereka dalam harakah, dalam masa yang sama melempar persepsi negatif di kalangan ahli. Orang pertama yang menjadi mangsa ialah Ustaz Hasan Shukri dengan membesarkan isu KOHILAL. 2009 mereka berjaya buat pertama kali menjadi majoriti.

Pemilihan 2011 pula menyaksikan PAS Pusat didominasi oleh mereka. Dengan penguasaan itu, mereka telah berjaya meletakkan polisi-polisi yang mengarut yang tidak selari dengan kehendak Islam. ditambah dengan kekuasaan PAS di 4 negeri, mereka turut mengganggu sehingga Exco Agama Selangor waktu itu, Dr Hasan Ali terkesan dan bertindak diluar jangkaan.

Dr Hasan Ali dijadikan mangsa seterusnya. Sikap melatah beliau tambah memudahkan rancangan. Selepas beliau, Ustaz Nasha pula mangsanya.

Selepas menjatuhkan beberapa nama yang tinggi, mereka terus menggantikan takhta tersebut menghampiri jawatan Presiden PAS. Ayah Chik dihimpit keseorangan di puncak.

*8) 2013 : KEJATUHAN KEDAH*

Akibat percakaran dalaman melibatkan Ir Phahrol Razi dan beberapa pimpinan lain, PAS gagal mempertahankan kemenangan di Kedah. Sebelum dari kejatuhan itu, pergolakan dalaman jelas kelihatan dengan isu-isu seperti KUIN dan penolakan jawatan TMB.

Isu ini kemudiannya dihalakan kepada Presiden, kononnya beliau gagal menghalang pergolakan sehingga PR kerugian sebuah kerajaan. Isu ini digunakan untuk mendesak Ayah Chik melepakan jawatan secara terhormat, kerana tidak ada calon sehingga kini yang dilihat mampu menyaingi jawatan Presiden PAS.

Kumpulan ini sengaja membutakan fakta bahawa PAS dibawah Ayah Chik telah berjaya mengekalkan kemenangan Kelantan, serta menambah kerusi di Selangor. Kemenangan Kedah dan Perak sebelum ini pun berlaku di bawah kepimpinannya.

*9) 2013 : SAMAN 2J*

Sosok ini terus diasak luar dan dalam, apabila kenyataan beliau mempertahankan kerusi-kerusi PAS diputar sehingga mengheret ke mahkamah. Masalah-masalah teknikal sengaja dicipta sehingga berlaku tuntutan JID sebanyak RM2 juta. Perkara ini diviralkan semaksimanya seolah-olah Shamsul telah menang kes akibat kecuaian pihak guaman Ayah Chik.

Namun disebabkan sokongan luar biasa terhadap Ayah Chik dan komplen yang dilontar kepada peguambela beliau, perkara ini terus dibetulkan dan akhirnya, Ayah Chik bebas dari tuduhan. Saman itu hanyalah fitnah semata-mata. Isu yang asalnya bertujuan menjatuhkan Ayah Chik bertukar menjadi isi yang menaikkan lagi pengaruh beliau dengan sokongan luar biasa ahli. Seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah Sarawak hadir ke Mahkamah Kuala Terengganu mengikuti siri-siri perbicaraan.

*10) 2014 : KRISIS MB SELANGOR*

Bermula dari Langkah Kajang, PKR menunjukkan belang apabila mencatur politik Malaysia tanpa mengambil kira permuafakatan dalam PR. Anwar ketika mengumumkan dirinya sebagai calon Kajang, secara jelas menyatakan beliau mungkin MB Selangor yang baru. Rakyat terpinga-pinga kehairanan kerana TSKI menjalankan amanah MB tanpa sebarang masalah.

Apabila TSKI difitnah, Ayah Chik berpendirian untuk membela beliau dan mengarahkan PAS menyokon kepimpinan beliau selagi tidak dibuktikan tuduhan terhadapnya. Ini mengakibatkan Ayah Chik dikritik hebat kerana tidak sependapat dengan DAP dan PKR. Namun Ayah Chik tetap berpegang dengan prinsip keadilan sehingga TSKI dipecat dari PKR.

Setelah akur kelayakan TSKI telah tiada akibat dipecat, Ayah Chik dituduh tidak mengikut mematuhi mesyiurat PR apabila tetap menghantar lebih dari satu nama kepada istana. Cubaan PR mengingkari tuntutan istana menyebabkan sultan bertitah murka kepada DAP dan PKR. Mujurlah Ayah Chik menyelamatkan maruah PR dengan tindakannya. Tetapi isu ini telah dipulas sehingga memburukkan Ulama Dunia itu.

*11) 2014 : HUDUD*

Setelah berpuluh kali perjumpaan diadakan dengan DAP dan PKR, dan mereka sudahpun bersetuju akan prinsip PAS dalam melaksanakan undang-undang Syariah, tiba-tiba penentangan terhadap hudud sekali lagi diviralkan. Kelantan diserang dengan berbagai peluru dan kesabaran Ayah Chik diuji. Mereka sengaja menimbulkan kemarahan ahli supaya Ayah Chik didesak untuk memutuskan hubungan tahaluf.

Dalam suasana sekarang, mana-mana pihak yang memutuskan ikatan PR akan dilihat oleh rakyat sebagai pengkhianat. Ayah Chik tetap menyatakan kebersamaan dengan PR dan mereka mati akal.

*12) 2014 : JAWATAN TIMB KETUA ULAMA DUNIA*

Setelah dilantik sebagai Timbalan Kepada Dr Yusof Al-Qardawi, kepercayaan rakyat Malaysia bertambah terhadap Ayah Chik berbanding Anwar yang sudah tercalar teruk imejnya dengan isu MB Selangor. Anwar terpaksa cover dengan menjemput beberapa tokoh-tokoh agamawan Islam untuk mengangkat kembali imejnya. Agamawan ini digunakan untuk mempertikaikan keabsahan Majlis Syura Ulama yang banyak membantu Ayah Chik dalam membuatkan keputusan parti setelah kebanyakan JKPP mencatur keputusan sewenang-wenangnya.

Isu perlantikan Timbalan Ulama dunia juga digunakan untum mendesak Ayah Chik berundur dari Presiden. Alasan mereka, kerja-kerja Presiden akan mengganggu peranannya di medan antarabangsa. Mereka tidak sedar, Ayah Chik sudah terlibat di peringkat antarabangsa sejak tahun 80an lagi.

*13) 2014: KEHADIRAN MEETING*

Lim Guan Eng tiba-tiba mempertikaikan kehadiran Ayah Chik dalam mesyuarat PR yang selama ini berjalan seperti biasa tanpa dengan kehadiran ketiga-tiga wakil. Namun semua itu mudah ditepis oleh Ayah Chik apabila mendedahkan, sejak PR ditubuhkan, Lim Guan Neg lebih banyak tidak hadir mesyuarat darinya, itupun kerana keuzuran beliau yang telah diketahui umum.

LGE terus menerima padah dari kenyataannya apabila rakan PR di Penang mendedahkan mesyuarat PR di negeri tersebut tidak pernah diadakan sejak beberapa tahun lalu. Dan kehadiran Ayah Chik ke Mesyuarat terakhir PR menutup isu yang sengaja direka ini.

*15) 2015: HAWAII FIVE O*

Pembongkaran kerja tidak bertanggungjawab Dr Hatta Ramli yang menggunakan jentera parti (pasukan gerak saraf) menjalankan kerja memburukkan presiden dan mencatur politik dalaman parti memberi jawapan bahawa segala isu yang timbul adalah rancangan pihak tertentu. Samada pasukan ini dilibatkan dari awal ataupun sejak isu Kajang, yang pasti pendedahan Ketua Pemuda Pahang, pUstaz Fadli Ibrahim itu menggambarkan sebuah perancangan grand design dibelakangnya.

Ini hanyalah beberapa kronologi ringkas. Banyak lagi isu-isu yang diciptakan kumpulan ini yang sekiranya diperhati satu-persatu. Dan ini hanya bentuk sabotaj terhadap Ayah Chik, belum lagi diceritakan sabotaj terhadap PAS secara khusus yang bermula lebih awal dari kronologi ini.

HAWAI FIVE O

*Sumber : -*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=642404342531679&id=100002863568428

Khamis, 15 Februari 2018

PENENTANG PAS AMBIL FAHAM PERKARA INI

Anda semua berkata PAS berpolitik dgn menjual agama..... Faham kah erti jual agama?

Fahamkan ni betul-betul, *menjual agama adalah sanggup menolak agama, sanggup melelong hukum, sanggup menolak hukum, sanggup menghina hukum hingga hilang perasaan diri itu mempunyai agama kerana  mengejar keduniaan hingga menjadi golongan munafik dan kafir.*

*PAS berpegang pada Kitabullah dan Sunnah, qias serta ijmak ulama* dan PAS sentiasa menyeru kembali kepada Kitabullah dan Sunnah, PAS menyeru mari berpegang dan mengikut perjalanan dan kehendak Islam.

Jika menyeru kembali pada Islam tentulah menyentuh firman dan hadith untuk menerangkan mana yg salah, mana yg benar dan mana yg wajib diikut.
Sekarang siapa yg menjual Agama? 
Pas atau penentang PAS?

Fikir dengan minda yg terbuka, lihat apa yg terjadi sekarang, *masjid banyak didirikan tetapi berapa banyak masjid yg dipenuhi dengan para jemaah?*
Kekosongan masjid kerana apa?
Kerana roh Islam sudah menjadi nipis didalam diri umat Islam.

*Kenapa roh menjadi nipis?*
Kerana umat Islam telah banyak terpengaruh dengan golongan yg menolak Islam.

*Apa bukti roh itu menjadi nipis?*
Selidiki diri sendiri dan keluarga dalam mematuhi Islam.

*Apa bukti menolak Islam?*
Menambah, menolak, merendah dan menghina hukum adalah tanda menolak Islam.

Allah berfirman;

‎وَمَن لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ

*“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”*

(Al-Maidah: 44)

*Bagaimana dengan Malaysia adalah sebuah negara majmuk?*
Nabi s.a.w telah memberi contoh cara yang terbaik mentadbir sesebuah negara majmuk mengikut Islam. *Nabi tak suruh orang Islam ikut cara diluar Islam untuk mentadbir negara Islam.*

*Zaman Nabi dan zaman berbeza, zaman berubah-rubah?*
Quran untuk semua zaman, zaman memang berubah tetapi Quran tidak berubah.

*Apa yg perlu dibuat sekarang?*
Bertaubat dan beri tumpuan untuk menyokong memperkukuh dan menegakkan Islam. Berpegang dengan satu akidah.

*Dalam PAS banyak yg dikata tak betul?*
Diluar PAS semua tak betul. *Tiada parti selain parti Pas yang mengambil ALQURAN DAN HADIS sebagai dasar.* Pas tidak tunduk pada makhluk. Pas hanya tunduk pada ALLAH S.W.T

*Adakah PAS betul?*
Bila berpandu Kitabullah dan Sunnah pasti betul, tak ada yg tak betul.

*Kenapa dari dulu PAS tidak dapat memerintah?* Kerana PAS golongan yg sikit.

(atom)
14 FEB 2018

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM

Perjuangan PAS untuk selamatkan Malaysia

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD  14 FEBRUARY 2018

MARANG: Perjuangan politik PAS bukan sekadar untuk menang di negeri Terengganu dan Kelantan sahaja tetapi bagi menyelamatkan Malaysia.

 

Sehubungan itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata partinya mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia.

 

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini PAS berusaha untuk bertanding sebanyak 130 kerusi daripada 222 kerusi parlimen negara.

 

"Maka, kita (PAS) mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia, supaya kita mendapat kerusi dengan sebanyak-banyaknya. 

 

"Dalam pilihan raya (PRU14) ini di peringkat pusat kita (PAS) berusaha supaya kita bertanding 130 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. 

 

"Jika kerusi kita lebih, kita (PAS) boleh membentuk kerajaan. Kalau kerusi kita sekadar 40 kerusi, tidak ada parti yang boleh membentuk kerajaan. Umno tak boleh bentuk kerajaan. DAP tak boleh bentuk kerajaan, siapa pun tak boleh bentuk kerajaan. 

 

"Kalau kita (PAS) 40 kerusi, parti lain akan dapat kerusi-kerusi dia. (Dengan) 40 kerusi ini sudah cukup bagi PAS untuk menekan parti-parti lain sama ada menerima Islam atau pun tidak. Bermakna kita (PAS) ada kekuatan dengan 40 kerusi itu," tegasnya dihadapan ribuan hadirin.

 

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana Sempena Majlis Pelancaran Markaz Besar PAS Dun Bukit Payung di Perkarangan Madrasah Darul Iman (MDI), Kampung Titian Baru, Bukit Payung, Marang semalam.

 

Dato' Seri Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam bahawa mendirikan sebuah kerajaan Islam itu merupakan satu kewajipan.

 

"Hari ini orang kita buat main-main dalam masalah mengundi pilihan raya ini. Ini kerana, mereka tidak tahu bahawa mendirikan kerajaan Islam adalah kewajipan yang besar dalam Islam.

 

"Payah kepada PAS untuk mengajak orang penyokong perjuangannya. Oleh kerana, kita (Malaysia) lama dijajah banyak (ramai) orang Islam tenggelam dalam kejahilan," ujarnya.

 

Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, PAS berusaha bagi mempertahankan Kerajaan Kelantan dan berusaha menang di beberapa negeri lain.

 

Menurutnya, jika PAS diberi mandat memerintah pada pilihan raya nanti parti itu akan menunjukkan keadilan Islam kepada orang bukan Islam. 

 

"Kita berusaha untuk mempertahankan kerajaan PAS Kelantan, berusaha untuk menang lagi di Terengganu, menang di Kedah, menang di Perlis dan menang di Selangor. Ini kita akan usahakan. 

 

"Jika kita mendapat kejayaan, InsyaAllah kita (PAS) tunjuk dulu apa dia adilnya Islam dan baiknya Islam ini khusus kepada orang bukan Islam dan menyedarkan orang Melayu sendiri," jelasnya.

 

Maka, katanya perjuangan PAS dalam pilihan raya ini sangat besar makna bagi mengembalikan semula Islam memerintah dan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

 

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS II Terengganu, Dr Alias Razak, Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali dan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah. -HARAKAHDAILY 14/2/2018

_AC_

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/5316-perjuangan-pas-untuk-selamatkan-malaysia

Rabu, 14 Februari 2018

MENGAPA RISAU AKAN NASIB PAS???

1. Hairan sungguh melihat gelagat pemimpin Pakatan Harapan yang begitu prihatin akan nasib masa depan PAS. Mereka bagaikan tok nujum meramalkan masa depan PAS akan musnah dan kelam kerana PAS tidak bersama gabungan PH.

2. Hari ini, Naib Presiden PPBM Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencadangkan kepada PAS bekerjasama dengan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan PAS kalah teruk. Katanya lagi, "ikut pengalaman saya sebagai bekas pengerusi SPR, PAS hanya menang bila bekerjasama dengan parti lain. Kalau dia seorang kalah teruk."

3. Mengapa pemimpin PPBM risau PAS kalah teruk?? Bukankah sepatutnya mereka risau akan nasib parti mereka sendiri. PPBM belum pun mempunyai rekod bertanding pilihan raya sedangkan PAS bertanding seawal PRU Pertama Tanah Melayu pada tahun 1955, iaitu sebelum merdeka lagi. PAS melalui episod jatuh-bangun, pahit-manis di pentas demokrasi selama ini. PAS tetap istiqamah di atas landasan perjuangan dan tidak  berputus asa walau sering ditindas dengan pelbagai cara.

4. Tan Sri Abdul Rashid bercakap soal sejarah PAS. Kita pun boleh bercakap soal sejarah menunjukkan riwayat parti serpihan UMNO, iaitu Semangat 46 tidak pun mampu bertahan lama. Akhirnya, Team B UMNO pimpinan Ku Li yang membentuk  Semangat 46 kembali semula ke pangkuan UMNO pada tahun 1996.

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir pun mempunyai rekod keluar UMNO sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1969, tahun 2008 dan tahun 2016. Tidaklah mustahil seandainya PPBM gagal beroleh kejayaan yang diimpi pada PRU 14 nanti, parti ini akan terkubur juga. Tun M pun kembali masuk UMNO.

5. Tan Sri Rashid bercakap soal PAS kalah.
Tahukah semua bahawa antara yang menjadi tok dalang yang berperanan besar bagi memastikan UMNO senantiasa menang ialah Tan Sri Rashid sendiri. Dia merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bermula 12 November 2000 sehingga 30 Disember 2008. Gabungan NGO BERSIH lahir pada zaman Tan Sri Rashid ini menjadi Pengerusi SPR.

Apa yang SPR buat ketika Persempadanan Kawasan Pilihan Raya pada tahun 2003.?
Apa yang SPR buat ketika Gelombang Biru BN dilancarkan pada PRU tahun 2004 bagi menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu.
Cuba semak kembali apa yang Tan Sri Rashid tuduh kepada parti Pembangkang ketika dia bergelar Pengerusi SPR dahulu??

Sungguh angkuh kenyataannya tanpa mahu mengaku wujudnya ketidakadilan dan penipuan semasa proses pilihan raya.

6. Dahulu, ketika Tun M dan Tan Sri Rashid berkuasa pelbagai perkara mereka lakukan dengan sewenangnya walaupun bercanggah dengan sistem demokrasi yang adil dan telus.
Sekarang, apabila mereka bergelar pembangkang baru mereka tahu peritnya apabila dizalimi. Itulah yang PAS rasai selama ini, lebih awal daripada mereka yang baru setahun jagung bergelar Pembangkang. 

Adakah mereka menyangka PAS ini boleh diperguna menjadi anak tangga dipijak oleh mereka untuk naik menggapai impian kembali berkuasa??

Adakah mereka menyangka PAS takut dengan kekalahan??

Jikalaulah matlamat PAS hanya mahu merebut kuasa, pasti sudah lama parti ini terkubur.
Itulah silapnya mereka kerana mereka menyangka cara fikir dan matlamat perjuangan PAS sama seperti mereka.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
14 Februari 2018

PUTRAJAYA HIPOKRIT TERHADAP PERJUANGAN MEMBELA ISLAM

1. Tindakan Wisma Putra membenarkan diplomat Israel masuk Malaysia bagi menghadiri satu persidangan berkaitan penempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur adalah tindakan melampau dan terkutuk.

2. Umat Islam di negara ini yang mengetahui kehadiran wakil rasmi kerajaan haram Israel pasti tidak boleh mendiamkan diri dari mengecam kerajaan kerana membenarkan mereka berada di negara ini. Malah, umat Islam seluruh dunia pun akan membantah kehadiran mereka ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara Islam yang tidak layak bagi musuh Islam menapakkan kaki di bumi ini.

3. Hairan bagaimana Putrajaya dan Tel Aviv yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik tetapi diplomatnya boleh dibenarkan masuk ke negara ini secara sah. Media Israel melaporkan delegasi kerajaan Zionis itu turut disertai bekas menteri, Ofir Pines, serta pegawai-pegawai kanan lain. Bahkan, ketua delegasi mereka David Roet mendakwa secara terang-terangan dalam media sosial bahawa beliau datang ke negara ini dengan menggunakan passport Israel. Soalnya, apakah Putrajaya telah mengubah polisi sehingga musuh Islam dan masyarakat antarabangsa itu sudah mempunyai hubungan rasmi dengan Putrajaya dalam diam tanpa pengetahuan umum. Apa alasan kerajaan membenarkan mereka hadir dalam persidangan ini? Diugut, dipaksa oleh kuasa dunia atau mahu berlunak dan berlembut dengan rejim Zionis?

4. Apakah Putrajaya sudah melupakan kekejaman rejim Zionis Israel yang membunuh jutaan umat Islam di Palestin, mereka menjarah tanah dan merampas semua hak sehingga akhirnya tanah umat Islam Palestin tinggal sekangkang kera. Bagaimana Putrajaya boleh berlunak dengan tangan-tangan yang mahu merobohkan Masjid Al Qasa serta Baitul Maqdis yang menjadi Kota Suci Umat Islam.

5. Jika begini keadaannya, kerajaan telah mengamalkan sikap hipokrit terhadap umat Islam di Malaysia. Putrajaya baru sahaja menganjurkan Himpunan Solidariti Al Aqsa di akhir tahun yang lalu, tetapi dua bulan kemudiannya membenarkan serta menjemput wakil Israel datang ke Malaysia menghadiri persidangan. Membenarkan kehadiran Israel bererti mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan kerajaan yang sah. 

6. Difahamkan bahawa himpunan itu turut dianjurkan oleh kerajaan dan disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dalam hal ini, PM telah melakukan satu dosa yang besar ke atas umat Islam dengan penganjuran persidangan ini. PM mesti memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap umat Islam seluruh dunia. Ia ibarat satu pengkhianatan terhadap Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa serta menjadi sejarah hitam yang dirobek bahawa Israel dengan mudah menjejakkan kaki ke Malaysia bagi menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh kerajaan.

*DR RIDUAN MOHD NOR*
*Ahli Jawatankuasa Pas Pusat*

(14 Februari 2018)

REALITI VS PERSEPSI

1.Ramai yg fitnah PAS sebelum ni 'geng berkecuali'

Realitinya: TGHH dah terangkan kenapa PAS ambil pendekatan berkecuali dalam hal berkaitan bajet. Boleh tgk video kini TV. Jawapan TGHH jelas. Dalam bajet ada benda kita setuju ada yang tidak ,terutama isu yg membebankan rakyat kita tak setuju. Kalau bantah kelulusan bajet nanti yang susah penjawat awam kerana bajet tergantung. Gaji mereka tidak lulus.Kita tak nak rakyat jadi susah sebab keputusan kita.

2.Ramai yg berpersepsi bahawa PAS parti pasu bunga. Duduk dalam parlimen tak bahas apapun.

Realitinya: banyak je video2 MP PAS yang bangun dan bersoal jawab. BUKAN sekadar isu bajet shj tetapi pelbagai isu yg sebelum ini isu banjir, isu kenaikan harga barang,isu GST. Cumanya MP PAS jenis TAK BERGADUH, TAK CKP MACAM NAK BERTEKAK sampai kecoh dan huru hara PARLIMEN. Sebab tu dikatakan pasu bunga. Wajib ke untuk marah2, untuk terpekik2 supaya tak jadi pasu bunga?

3.orang kata PAS ni penunggang agama.

Tak tahulah tang mana yang dikatakn tunggang agama. Setahu saya ramai ustaz2 dalam PAS yang bg ceramah eloknya je tentang agama. Tak ada pun nak jual agama.malah memberi kesedaran kepada orang ramai lagi ada.

- ustz dusuki : banyak cerita tentang kematian dan alam barzakh
-ustz zamri mantop: orang kuat pas selangor. Jadi juri dalam pertandingan Tahfiz muda lagi. Tang mana yg tunggang agama
- ustz azhar idrus : lagila legend.
-ustazah norhafizah musa : muslimat wilayah ni.masuk ikim,masuk oasis. Bicaranya semuanya mengajak kepada kebaikan. Kalau la PAS ni tunggang agama maka ghuyubla ustaz2 ni. Lagila kalau org ckp PAS parti sesat. Yg tinggal mungkin anak murid ayah pin je kot.
-TGHH tiap2 minggu kuliah dhuha. Apa isi kandungan kuliah dhuha dia kalau dia jadi penunggang agama? Yang sgt benci TGHH sehingga ada komen ckpTGHH ni berhala. Aataghfirullah.melampau sangat.pernah tak dengar ceramah kuliah dhuha dia? Cubalah untuk dengar sekali dua kali. Kalau tidak dengar, jangan jaja fitnah

4.orang fitnah kata PAS ni jadi tongkat kepada UMNO.dituduh ber UG. Dah bersekedudukan dengan pencuri.

Realitinya: sehingga kini PAS meletakkan calon utk lawan BN dalam pilihanraya. Kalau gabung dengan UMNO dah tak payah lawanla dlm PRU.  Dalam hal yang berkaitan dengan masalah umat ISLAM SEDUNIA , PAS menyuarakannya bersama dgn UMNO. Takkan dalam isu PALESTIN , ETNIK ROHINGYA PAS hendak berkecuali.ini isu umat islam! Politik PAS bukan politik sempit. Video kini TV ada tunjuk, TGHH cakap bila depan dgn najib kita memang cakap dia zalim. Di parlimen memang kita cakap dia zalim. Tang mananya kita bersekedudukan dan setuju dengan pencuri?

5. orang dok fitnah PAS akan buat kerajaan campuran dengan BN nanti lepas p/raya.

Realitinya: hal masa depan tiada siapa yang tahu. Tiada siapa pun boleh jamin.Kalau PH boleh kata macam tu, PAS boleh kata PH pun mungkin boleh bergabung dengan BN nanti sebagai kerajaan campuran. Ini lebih logik sebab Tun mahathir adalah dari bekas BN. Kalau dia dah berjaya singkirkan najib tidak mustahil dia akan bergabung dengan BN sebab matlamatnya nak jatuhkan najib.

6.isu 90 juta konon pas dapat dedak dari UMNO.

Realitinya: sehingga kini tiada bukti. Dan PAS akan saman husam musa tak lama lagi.

Apapun fitnah kepada PAS, semuanya cakap2,kemungkinan2, yang samar2, dan ramalan2. Tiada satu pun yang benar dan jelas.

Yang jelas mereka yang dahulu sangat membenci Tun Mahathir sekarang bersama2 mahathir. Bak kata husam, kita reinvent ( dicipta semula) Tun mahathir.

Fikirlah dalam2...

Tetapi yang jelas, satu persoalan yang saya hendak lontarkan,

Kalaulah PH memerintah Malaysia, pastinya najib akan didakwa.soalannya apakah Tun Mahathir akan didakwa juga atas kesalahan dan salah laku beliau sebelum ini?

Kalau ya,baguslah. Kes rasuah,memali,royalti dll patut mendapat keadilan.

Kalau tidak didakwa, bermakna tun M tiada kesalahan.maknanya adakah sebelum2 ini pemimpin2 PKR dan DAP berbohong kepada rakyat. Buat cerita dongeng tentang kezaliman mahathir? Jadinya selama ini MAHA ZALIM sebenarnya tak zalim?

-pejuang muda-
12/2/2018

Pemuda generasi al-Quran teras kemenangan PAS

MUJAHIDUL AMIN ROSLAN  13 FEBRUARY 2018

TEMERLOH: Jentera Pemuda PAS di seluruh peringkat diseru dan digesa untuk memperkemaskan diri dan organisasi dalam mempertahankan kemenangan serta menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan menjelma tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khiril Nizam Khairuddin menegaskan demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh di PASTI Assyakirin, Taman Tualang Indah, di sini kelmarin.

Beliau telah menggariskan tiga asas generasi acuan Al-Quran sepertimana Nabi Muhammad membentuk para Sahabat yang mampu mengusai dunia dan menegakkan khilafah umat Islam.

Generasi ini ujar beliau, didasari keyakinan sepenuhnya kepada iradah (ketentuan) Allah bahawa Islam akan menang dan berkuasa, serta wala’ dan tsiqoh kepada dasar, kepimpinan dan keputusan jemaah.

Selain mereka itu katanya, sentiasa beriltizam untuk memperbaiki diri bagi menguatkan jentera dan organisasi jemaah.

“Generasi Jilul Quranul Fareq(Generasi Al-Quran yang unggul) ini sangat penting dalam menjana kemenangan PAS. Pemuda PAS wajib mencontohi dan berusaha untuk menjadi seperti generasi acuan tarbiyah Nabi ini.

"Kerana Pemuda PAS adalah back benches utama kepada kepimpinan dan pergerakan parti,” ujar beliau di hadapan para perwakilan dan kepimpinan Pemuda PAS Temerloh.

Beliau juga sempat menukilkan wasiat mantan Timbalan Presiden PAS, Allahyarham Profesor Zulkifli Muhammad yang menyatakan perjuangan PAS akan terus releven jika penggeraknya ada tiga perkara iaitu keikhlasan, kesungguhan dan perpaduan.

Beliau turut menyeru agar Pemuda PAS Temerloh berusaha semaksimum mungkin dalam mempertahankan kemenangan Parlimen Temerloh selaku kemenangan tunggal Parlimen bagi PAS Pahang.

Maka tegas Ir Khairil, tugas berat ini perlu dijalankan dengan penuh disiplin dan didikasi bagi mendapatkan rahmat dan pertolongan daripada Allah.-HARAKAHDAILY 13/2/2018

_AC_

Zaman Mahathir Lagi Banyak Skandal Mega – Tuan Guru Hadi Awang

IBARAT pulang paku keras, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘melibas’ semula Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan dakwa banyak kes besar pada zamannya tidak ada penyelesaian sampai sekarang.

Menurutnya, kesemua kes-kes lama itu ditinggalkan tanpa penyelesaian bahkan dilupakan.

“Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB.

“Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.

“Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an.

“Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi menegaskan, al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja.

“Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama,” ujarnya.

Menurutnya, 1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian.

“Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ.

“Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang tersebut tetap tidak bersetuju tindakan ‘menjemput’ campur tangan asing terhadap penyelesaian 1MDB kerana ia bakal mengundang lebih banyak keburukan.

“Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.

Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya,” tegas beliau.

Justeru, katanya, PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep ‘2 x 2’ atau ‘2 + 2’ di mana jawapannya sama.

“Pas tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.

Pas tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya,” ujarnya.

Beliau juga menasihati ahli-ahli PAS supaya jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama yang hanya mengubah senikata dan rentaknya sahaja.-5/7/2017

Berikut kenyataan penuh Haji Hadi.

Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB. Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.

Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an. Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa.

Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam Al-Quran), Al-Quran mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan tehadap sesuatu kaum dalam negaranya. Di antaranya, firman Allah:

“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Anfal: 53)

Firman Allah: “Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dalam segala tindakannya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)

Al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak, bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja. Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama.

Al-Quran juga melaporkan, dakwah semua para Rasul A.S. adalah seruan kepada perubahan aqidah yang benar, hukum syariat yang adil dan akhlak yang mulia tanpa meminta-minta jawatan. Akhirnya menerima perubahan, sama ada bertaubat kembali kepada kebenaran atau dijatuhkan jahiliyah di dalam dirinya dan ditegakkan Islam, bukannya sekadar mengubah pemimpin yang sama juga sifatnya atau lebih buruk keadaannya.

1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian. Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ. Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya.

Puncanya adalah ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup yang mencipta banyak lagi penyakit yang wajib dihapuskan seperti salah laku, salah urus dan rasuah yang menjadi wabak di seluruh dunia sehingga mencetuskan peperangan sesama keluarga, bukan sahaja dalam satu bangsa, bahkan satu kemanusiaan dalam satu negara. Kebendaan menjadi matlamat kehidupan di dunia tanpa wawasan akhirat. Hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup dan menunaikan amanah Allah.

Saya tetap tidak bersetuju dijemput campur tangan asing terhadap penyelesaian dalaman kita kerana mengundang akibat yang lebih buruk dan tiada keikhlasan kuasa asing dalam dunia hari ini. Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.

Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya.

Kita juga tidak boleh menunggu apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran tentang bagaimana semua penyangak di dunia ini akan mengutuk sesama sendiri di Hari Akhirat.

Firman Allah: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir: (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan (39) (Surah Al-A’araf: 38-39)

Ayat-ayat ini menyatakan tentang peristiwa di Hari Akhirat sekiranya tidak diselesaikan atau tidak bertaubat di alam dunia ini. Akhirat adalah kehakiman Allah, tidak ada lagi kehakiman dalam negara atau luar negara atau mahkamah antarabangsa seperti di alam dunia ini. Namun, Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya, sehingga nyawa sampai ke kerongkong dan matahari naik dari arah barat. Seterusnya menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah.

PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah, sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep ‘2 x 2’ atau ‘2 + 2’, di mana jawapannya sama.

PAS tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.

PAS tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contuh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun” (Hadis riwayat Muslim)

1MDB adalah ciptaan tema “Kepimpinan Melalui Teladan”. Apakah teladannya? Lakukan muhasabah politik dan ekonomi sebelum ini dan kembali ke pangkal jalan. Saya tidak menafikan adanya perkembangan positif dalam negara di sepanjang perjalanannya sehingga diberi gelaran Harimau Asia, tetapi tiba-tiba bertukar menjadi kucing kurap yang dibejati penyakit-penyakit.

Khalifah Umar R.A. menegaskan:

“Sesungguhya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan”

Ahli-ahli dan pemimpin PAS, jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama, yang hanya mengubah senikata dan rentaknya sahaja, sehingga lalai dalam khayalan atau menerkam secara leka tanpa hidayah yang betul. Tidakkah kita berpandukan Al-Quran yang benar daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya?

Ingatlah firman Allah SWT yang menceritakan tentang ucapan Nabi Syuib A.S. yang menghadapi kaumnya yang rosak aqidah dan secara khusus melaksanakan sistem ekonomi yang diharamkan oleh Allah:

“Aku hanya bertujuan hendak melakukan islah (memperbaiki) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali” (Surah Hud: 88)

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS