PAUTAN TAMBAHAN

Rabu, 28 Disember 2016

ORANG - ORANG MUNAFIQ : MUSUH TERBESAR ISLAM, PEMECAH BELAH UMMAT



Bahaya Kemunafikan

Dalam surat al-Baqarah dikisahkan tentang tiga golongan manusia. Pertama, suatu golongan yang menerima ajaran Allah secara kaffah yang disebut sebagai orang-orang yang bertakwa.

Kedua, golongan yang menolak ajaran Allah secara mutlak yang dikenal sebagai orang-orang kafir. Golongan ini tidak saja menolak tapi juga memusuhi Islam, baik dengan perkataan maupun perbuatan.

Ketiga ialah golongan yang memiliki dua kepribadian, yakni berkepribadian Islam jika berada di tengah-tengah kaum muslimin, dan berkepribadian ingkar ketika sedang di antara orang-orang yang memusuhi Islam. Kelompok ini dinyatakan sebagai golongan orang-orang munafik.

Meskipun ketiga jenis golongan tersebut selalu ada dalam setiap perkembangan sejarah kehidupan manusia, namun Al-Qur'an lebih banyak menceritakan golongan orang-orang munafik karena keberadaan mereka di dunia dianggap sangat berbahaya.

KENALI GOLONGAN MUNAFIK . . .

Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah, beliau merupakan seorang yang sangat berpengaruh di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Peperangan Bu’as, penduduk Madinah sudah bersepakat untuk melantik Abdullah bin Ubai sebagai ketua di Madinah, malah mahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinah bersetuju melantik Abdullah bin Ubai menjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yang menyebabkan dia dihormati dan dimuliakan.

Sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak di sana. Kaum Yahudi dikenali sebagai ahli Kitab, orang beragama yang memiliki peradaban yang mulia berbanding orang-orang Arab Madinah. Kaum Yahudi juga menguasai bidang ekonomi dan mempunyai kekuatan dalam bidang ketenteraan. Kaum Yahudi yang dikenali sebagai ahli agama, ahli ilmu, ahli ekonomi dan ahli ketenteraan menyebabkan mereka dipandang tinggi oleh orang Arab Madinah. Lantaran itu, orang Arab Madinah suka meniru peradaban Yahudi tetapi mereka tidak memeluk agama Yahudi. Bagi orang Arab agama Yahudi dilihat sebagai khusus untuk orang Yahudi sahaja. Walaupun tidak menerima agama Yahudi, banyak nilai-nilai moral Yahudi diterima pakai oleh orang Arab Madinah.

Golongan Arab Madinah yang berilmu merupakan orang yang paling banyak mencedok peradaban Yahudi dan meng’Arab’kan peradaban tersebut, termasuklah Abdullah bin Ubai. Kumpulan Abdullah bin Ubai mempraktikkan nilai-nilai moral yang lebih tinggi daripada orang Arab Madinah yang lain. Oleh kerana itu, mereka dipandang tinggi dan dihormati.

Ketika Perang Bu’as hampir berlaku di antara dua golongan terbesar di Madinah, kumpulan Abdullah bin Ubai menentang suku-suku mereka yang mahu berperang itu. Bila peperangan berlaku, Abdullah bin Ubai juga tidak ikut serta dalam peperangan tersebut. Sikap berkecualinya menyebabkan dia dicadangkan untuk menjadi raja setelah kedua-dua pihak yang berperang itu berdamai.

Walaupun menimba dari telaga Yahudi, namun ahli fikir Arab Madinah mempertahankan ke-Araban mereka. Sikap yang demikian menyebabkan terbentuk aliran pemikiran yang kabur. Ia bukan Yahudi dan bukan juga Arab. Mereka menganggap diri mereka setaraf dengan orang Yahudi yang berilmu dan mereka lebih mulia daripada umat Arab yang jahil. Oleh kerana apa yang terbentuk dalam aliran pemikiran mereka tidak jelas, maka tidak ada satu bentuk kepercayaan atau akidah yang mereka pertahankan. Mereka mempertahankan satu perkara sahaja, iaitu merekalah golongan Arab yang paling pintar dan orang-orang Arab yang lain tidak sama dengan mereka.

Apabila agama Islam datang ke Madinah dibawa oleh orang Arab Makkah, kumpulan Abdullah bin Ubai sejak awal-awal lagi telah menolaknya. Mereka menganggap apa yang baru datang itu lebih rendah daripada apa yang ada dengan mereka. Mereka menjadi golongan yang tidak mempertahankan sebarang kepercayaan dan juga tidak ada satu kepercayaan yang mereka terima. Sebagaimana golongan Yahudi yang menganggap semua bangsa di dunia lebih rendah daripada mereka, begitu juga kumpulan Abdullah bin Ubai yang meminum air daripada telaga Yahudi, menganggap semua orang Arab lebih rendah daripada mereka. Mereka adalah golongan yang sudah ada keputusan untuk mengunci mata, telinga dan hati mereka daripada segala agama yang datang kepada mereka.

Arus perkembangan Islam melanda Madinah dengan pantas dan menyeluruh. Dalam tempoh kurang dari satu tahun, hampir keseluruhan penduduk Madinah sudah memeluk agama Islam. Segala aktiviti tertumpu kepada Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Kumpulan Abdullah bin Ubai yang memandang diri mereka sebagai lebih mulia itu tidak ada pilihan lain, melainkan ikut serta di dalam rentak perkembangan Madinah supaya tidak tersisih. Namun, penyertaan mereka sebenarnya bertujuan mencari jalan merampas semula kekuasaan di Madinah sebagaimana sebelum kedatangan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Mereka mahu orang-orang Makkah meninggalkan Madinah.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai satu bentuk kepercayaan yang jelas dan tidak ada satu agama dipertahankan, mereka boleh bergerak cergas dalam apa juga medan kepercayaan atau agama. Istilah dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, halal dan haram tidak ada pada mereka. Akhirat tidak ada dalam pandangan mereka. Apabila tidak ada agama yang diperjuangkan dan tidak ada kepercayaan kepada perkara ghaib, kumpulan tersebut menyertai kegiatan agama orang lain dalam keadaan yang dipanggil ‘MUNAFIK’. Mereka memakai baju agama padahal mereka tidak ikhlas berbuat demikian dan tidak merelakannya.

Munafik berbeza daripada kafir. Orang kafir tidak meyakini agama Islam kerana mereka mempunyai kepercayaan sendiri dan mereka pertahankan kepercayaan tersebut. Penentangan mereka terhadap Islam adalah jelas. Orang munafik pula di samping tidak beriman kepada agama Islam, mereka tidak mendatangkan kepercayaan yang menjadi alternatif dan mereka tidak menyebarkan sebarang bentuk kepercayaan. Oleh yang demikian mereka boleh menyertai kegiatan Islam seolah-olah mereka adalah orang Islam sejati dan mereka boleh menentang Islam seolah-olah mereka adalah orang kafir tulen. Mereka menganggap Islam laksana baju yang boleh dipakai dan ditanggalkan hanya apabila ianya mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Allah SWT berfirman tentang keadaan golongan munafik: “Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”. Padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebab mereka telah berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi”, mereka menjawab: “Kami tidak lain melainkan orang yang membuat kebaikan”. Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah sebagaimana orang yang telah beriman”. Mereka berkata, “Apakah harus kami beriman seperti orang-orang bodoh itu beriman?” Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, “Kami telah beriman”. Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, “Kami beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman).” (QS Al-Baqarah: 8~14)

Orang munafik sangat berbeza daripada orang kafir. Orang kafir dengan tegas menyatakan tidak beriman baik secara terang-terangan atau pun secara bersembunyi. Ancaman azab neraka dan pujukan nikmat syurga tidak menarik orang kafir kepada iman. Orang munafik pula mengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah mereka dan tidak keberatan menyertai amalan ibadat bersama-sama orang Islam yang lain, tetapi ucapan dan ibadat yang dilakukan itu tidak berbekas pada hati mereka. Mulut mereka mengatakan beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat tetapi hati mereka kufur. Mereka adalah orang yang Islam pada zahir tetapi kafir pada hati. Perbuatan zahir mereka sesuai dengan perbuatan orang yang beriman kerana mereka mahu menyembunyikan apa yang ada dalam hati mereka. Ada kepentingan diri yang mahu dijaga.

Golongan munafik tidak mengakui kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bagi mereka, Nabi Muhammad SAW hanyalah seorang lelaki Arab yang sama dengan lelaki Arab yang lain, yang dipandang lebih rendah daripada mereka. Mereka menolak kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Mereka mahu agar Baginda SAW mengikuti kepimpinan mereka. Mereka juga tidak mempunyai perasaan hormat kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana itu, mereka tidak menerima kedudukan wahyu sebagai Kalam Allah SWT. Mereka menganggap wahyu hanyalah perkataan Nabi Muhammad SAW yang sama dengan perkataan orang lain yang boleh dihujah dan ditolak. Golongan munafik, dengan kerjasama kaum Yahudi, sangat aktif di dalam mempertikaikan wahyu dan hadis Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT memperingatkan Rasulullah SAW supaya sentiasa berwaspada terhadap golongan munafik yang akan mencuba untuk membawa baginda SAW tunduk kepada pemimpin mereka. Rasulullah SAW juga diperingatkan bahawa golongan munafik itu tidak suka kepada Baginda SAW: “Wahai Nabi! Patuhlah kepada Allah dan jangan engkau turuti orang-orang kafir dan munafik, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana.” (QS al-Ahzab: 1)

“Dan jangan engkau tunduk kepada orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan biarkanlah gangguan mereka. Dan berserah dirilah kepada Allah kerana cukuplah Allah sebagai Pemelihara.” (QS Al-Ahzab: 48)

“Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu kepada hukum yang Allah telah diturunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.” (QS An-Nisa’: 61)

“Di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih.” (QS At-Taubah: 61)

Jadi, amat sukar untuk menangani golongan munafik kerana secara terang-terangan mereka mengaku beriman walaupun hati mereka menolak. Mereka juga sanggup bersumpah bagi menegakkan benang yang basah. Firman Allah SWT: “Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu untuk menyenangkan kamu, padahal Allah dan Rasul-Nya yang lebih patut mereka sukakan jika adalah mereka orang yang beriman.” (QS At-Taubah: 62)

Oleh kerana golongan munafik hidup dalam kepura-puraan, mereka sangat takut jika rahsia mereka diketahui oleh orang lain. FirmanNya: “Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya)". Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.” (QS At-Taubah: 64)

Apabila rahsia mereka terbongkar, golongan munafik akan berdolak-dalih. Bila bertembung dengan kebenaran yang tidak dapat dielakkan golongan munafik tidak akan mempertahankan kesesatan dan kebohongan yang mereka telah lakukan. Firman Allah SWT: “Dan jika engkau tanyakan kepada mereka tentu mereka akan berkata, “Kami ini hanya bergurau senda dan bermain-main”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu hendak berolok-olok?” (QS At-Taubah: 65)

Golongan munafik menyebarkan ajaran yang menyalahi syariat Islam. Apabila syariat meletakkan peraturan amal makruf dan mencegah kemungkaran, mereka akan menilai yang makruf sebagai keuntungan duniawi dan yang mungkar pula sebagai kerugiannya. Mereka menganggap zakat dan sedekah bukan sebagai amal makruf kerana ia merugikan dari segi keduniaan. FirmanNya: “Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, itulah orang-orang yang fasik.” (QS At-Taubah: 67)

Golongan juga berani menggunakan nama Allah bagi menutup kesesatan dan kekufuran mereka. Allah SWT memerintahkan agar Nabi SAW berjihad memerangi orang munafik kerana mereka adalah orang-orang yang kufur. Firman Allah SWT: “Wahai Nabi! Berjihadlah terhadap kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadap mereka. Tempat kembali mereka adalah jahanam dan itulah yang seburuk-buruk kesudahan. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak pernah berkata, padahal mereka pernah mengatakan kalimat kufur dan mereka telah kafir sesudah Islam dan mereka sangat mengingini apa yang tidak dapat mereka capai. Dan tidaklah kebencian mereka itu melainkan kerana Allah dan Rasul-Nya telah memperkayakan orang yang beriman dengan kurnia-Nya. Tetapi jika mereka bertaubat adalah baik bagi mereka dan jika mereka berpaling, Allah akan azabkan mereka dengan satu azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan tidak ada bagi mereka pembantu di bumi dan tidak ada penolong.” (QS At-Taubah: 73~74)

Al-Quran memberi peringatan tentang ancaman golongan munafik terhadap keselamatan dan kepercayaan orang yang beriman. Allah SWT telah menamakan satu surah al-Quran dengan surah ‘Al-Munafiqun’, bagi mengingatkan kaum Muslimin betapa bahayanya kehadiran golongan munafik di dalam masyarakat kaum Muslimin. Allah SWT menggesa Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin pada semua zaman agar sentiasa berwaspada terhadap tipu daya dan fitnah yang datang daripada golongan munafik.

FirmanNya: “Apabila orang munafik datang kepada kamu mereka akan berkata, “Kami mengakui bahawasanya kamu Rasul Allah,” padahal Allah mengetahui bahawasanya engkau pesuruh-Nya dan Allah menyaksikan bahawasanya kaum munafik itu adalah orang yang berdusta. Mereka jadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perlindungan, lalu mereka halangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya jelek apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian lantaran beriman kemudian mereka kufur, lalu dimeterai atas hati mereka; oleh itu mereka tidak dapat memahami. Dan apabila engkau lihat mereka, menghairankan kamu tubuh-tubuh mereka; dan jika mereka berkata-kata, engkau dengarkan perkataan mereka. Mereka seolah-olah kayu yang disandarkan. Tiap-tiap teriakan mereka sangka buat membahayakan mereka. Mereka adalah musuh; maka hendaklah engkau awasi mereka. Allah laknati mereka! Ke manakah mereka dipalingkan?" (QS Al-Munafiqun: 1~4)

Allah SWT telah memperingatkan kepada Nabi SAW dan kaum Muslimin pada setiap masa supaya jangan membiarkan racun yang ditabur oleh golongan munafik memusnahkan umat. Sekali lagi Tuhan memberi peringatan dengan firmanNya: “Wahai Nabi! Berjihadlah menentang kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadap mereka dan tempat kembali mereka itu adalah jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (QS At-Tahrim: 9)

Allah SWT telah memberi peringatan kepada kaum Muslimin, sekiranya kegiatan golongan munafik yang mencampur adukkan kesesatan dan kekufuran ke dalam akidah Islam tidak dibendung, nescaya umat Islam akan menemui kehancuran. Umat Islam mestilah berwaspada terhadap orang munafik yang berada di tengah-tengah mereka. Tanda munafik mudah dikenal melalui keengganan mereka berjuang pada jalan Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Dan supaya Allah mengetahui siapa orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan: "Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu) ". Mereka berkata: "Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu". Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran dari pada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak ada terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka tidak turut pergi berperang: "Sekiranya mereka mengikuti kita, tentulah mereka tidak terbunuh ". Katakanlah:" Tolaklah kematian itu dari dirimu, jika kamu orang-orang yang benar.” (QS Ali Imran: 167~168)

Kemunafikan jelas lebih ketara melalui ibadat yang mereka lakukan sambil lewa sahaja, semata-mata untuk tontonan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian: Tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan baginya.” (QS An-Nisa’: 142~143)

Allah SWT telah memberi amaran yang yang keras kepada orang-orang munafik melalui firmanNya: “Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan khabar bohong di Madinah (dari menyakitimu), niscaya Kami perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu melainkan dalam waktu yang sebentar, dalam keadaan terlaknat. Di mana saja mereka dijumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya. Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.” (QS Al-Ahzab: 60~62)

Dari as-Syaikhan dari Ibn.'Amr, Rasulullah SAW bersabda: "Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat−sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang." (HR Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW telah memberi gambaran yang jelas tentang orang munafik. Rasulullah SAW dan kaum Muslimin mengenali golongan munafik yang ada di dalam masyarakat mereka. Mereka dapat menunjukkan dengan jelas bahawa Abdullah bin Ubai adalah pemimpin golongan munafik. Keterangan yang telah diberikan oleh al-Quran memberi manfaat bagi kaum Muslimin dalam mengawasi pergerakan golongan munafik agar perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan kaum Muslimin dapat dipelihara. Umat Islam yang datang kemudian mestilah memerhatikan petunjuk daripada al-Quran bagi mengenali musuh-musuh mereka.

Abdullah bin Ubai telah pun mati. Markas golongan munafik, sebuah masjid yang dibina di Zu Awan, sudah pun dibakar oleh kaum Muslimin pada zaman Rasulullah SAW. Tetapi kaum Muslimin perlu sentiasa berwaspada kerana racun munafik sentiasa berjalan hingga ke hari ini.

Golongan munafik terdiri daripada orang-orang yang sangat licik. Mereka hidup bersama-sama orang Islam, mengaku sebagai orang Islam dan melibatkan diri dalam kegiatan kaum Muslimin, malah mereka merasakan yang mereka lebih Islam daripada orang-orang Islam yang lain.

Memang sukar untuk mengenali hati yang munafik kerana mulutnya mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan anggotanya melakukan ibadat bersama-sama kaum Muslimin yang lain. Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, sebagai orang Islam dan menggunakan ajaran Islam. Orang munafik melakukan apa yang sudah dibuat oleh kaum Yahudi dan Nasrani, iaitu mengubah maksud kitab Allah dan meminda syariat Islam. Mereka mengadakan tafsiran al-Quran menurut cara mereka sendiri. Golongan munafik adalah ilmuan yang mengeluarkan al-Quran tiruan dan Hadis palsu, terutamanya dalam soal yang bersangkutan dengan akidah dan kebatinan. Daripada golongan yang demikianlah muncul istilah kebudayaan Islam yang ditampalkan kepada kegiatan maksiat yang berlawanan dengan syariat Tuhan.

Lahir pula persatuan Islam pada nama tetapi bergiat memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Ada pula istilah seni bina Islam diletakkan pada bangunan yang digunakan sebagai sarang perjudian dan pelacuran. Lebih buruk lagi timbul akidah syirik yang dikatakan sebagai akidah Islam yang sebenarnya. Racun yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Ubai dan teman-temannya sudah meresap ke dalam darah daging umat Islam di seluruh dunia pada hari ini. Hanya bimbingan daripada Allah SWT yang dapat menyelamatkan umat Islam daripada fitnah golongan munafik itu.

Orang munafik tidak mempunyai kepercayaan dan pegangan yang jelas. Mereka sendiri tidak pasti apakah yang mereka pegang dan imankan. Mereka bergerak berlandaskan kepercayaan dan pegangan orang lain dengan mengadakan perubahan kepada yang asli, tetapi mereka tetap menggunakan label yang asli, seperti lembu yang mati di tepi jalan diletakkan label halal. Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, bercakap pasal Islam, tetapi apa yang mereka bawa adalah perkara yang sudah diselewengkan. Orang yang berilmu dapat melihat penyelewengan tersebut tetapi orang jahil akan keliru kerana si munafik bercakap tentang Allah SWT dan agama Islam. Lebih-lebih lagi si munafik itu pandai menggunakan hujah keagamaan, terutamanya secara usul yang tidak ada kesudahan.

Mereka bijak menggunakan cara berteka teki yang sukar difahami. Lebih mengelirukan lagi apabila mereka berhujah dengan menyandarkan kepada Hadis Rasulullah SAW, perkataan sahabat dan wali-wali yang mereka gubah sendiri, yang tidak diketahui oleh orang jahil. Orang munafik sanggup bersumpah bohong dengan menggunakan nama Allah bagi memerangkap orang yang jahil.

Orang Islam yang jahil mudah terperangkap dengan ajaran sesat orang munafik. Kegiatan orang munafik menjadi lebih mudah setelah berlaku proses asimilasi unsur-unsur agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian ke dalam agama Islam.

Selasa, 27 Disember 2016

Rasulullah S.A.W Wajib Diikuti Sempena Maulid Dan Kewafatan Baginda'



Sempena Maulid Dan Kewafatan Baginda

Setiap penganut Islam bukan sahaja berikrar menerima kerasulan Baginda, bahkan wajib menjadikan Baginda teladan bagi hamba Allah yang berwawasan dunia sehingga akhirat. Firman Allah:

"Sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kamu, menjadikan pada diri Rasulullah S.A.W ikutan yang terbaik kepada sesiapa yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan di hari Akhirat" (Al Ahzab:21)

Firman Allah dengan perintah dan amaran :

"Apa-apa yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W ambillah dan apa-apa yang dilarangnya tinggalkanlah dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras balasannya."(Al Hasyr: 7)

Muhammad S.A.W adalah Rasul terakhir sebelum ditamatkan ajal dunia. Semua para Rasul itu pilihan Allah yang menjadi contoh pelaksanaan hikmah kejadian makhluk manusia di alam bumi dengan sifat kejadian yang istimewa berfitrahkan jasad, akal, roh, kedirian, berkeluarga dan bermasyarakat. Berbeza dengan makhluk yang lain.

Peranan manusia ialah beribadah (memperhambakan diri kepada Allah) dan berkhilafah (mentadbir alam bumi dengan petunjuk Allah daripada Islam) menunaikan amanah (pelaksanaan Syariat Allah) Yang Maha Adil kepada makhluknya. Konsep ini hanya terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna dan lengkap melalui sebahagian prinsip yang tetap dan sebahagian yang boleh berubah serta berbeza. Kesempurnaan ini tidak mampu dicipta oleh akal dan pengalaman manusia sahaja tanpa hidayah (petunjuk) daripada Allah pencipta alam.

Bagi Rasul akhir zaman dikurniakan Al Quran yang diwahyukan menjadi mukjizat ilmu, berbeza dengan mukjizat para Rasul terdahulu. Tugas Rasul akhir zaman ini adalah kepada seluruh manusia di semua benua dan sepanjang zaman. Pelaksanaannya pula ditafsirkan oleh Rasulullah S.A.W dalam segala aspek, merangkumi Iman, Islam dan Ihsan. Bermula dengan tarbiyah jati diri dan keluarga serta persaudaraan kemanusiaan keseluruhannya, sehinggalah menegakkan masyarakat madani di bawah negara masyarakat majmuk. Ini dilaksanakan oleh Baginda setelah melakukan Hijrah ke Yathrib yang ditukar namanya kepada Madinah, sinonim dengan perkataan Madani dan Al Din yang sempurna itu.

Rasulullah S.A.W berdakwah secara langsung kepada semua mereka yang ada di sekeliling Baginda, menghantar perutusan kepada raja-raja dan pemimpin dan mengarahkan kalangan umatnya yang meneruskan dakwah supaya bergerak ke seluruh pelusuk dunia.

Negara Islam Madinah yang berkonsepkan Islam yang berkuasa memerintah dengan menerima kewujudan masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama, termasuk kalangan bukan Islam. Adapun kalangan yang menolaknya diterima tanpa permusuhan dan yang bermusuh pula dihadapi dengan adil dan berperikemanusiaan.

Rasulullah S.A.W menolak segala tawaran ketika masih berada di Mekah, tawaran ditabal menjadi raja, dilantik menjadi ketua yang diberi kekayaan melimpah ruah. Ini kerana bercanggah dengan Islam, kerana semua tawaran itu adalah ciptaan manusia tanpa hidayah daripada Allah.

Islam yang dilaksanakan sepenuhnya tidak akan mampu dihujah oleh penentangnya. Allah menegaskan dengan firman ketika Haji Wada' (selamat tinggal) yang selepasnya diwafatkan Rasulullah S.A.W.

"Pada hari ini orang kafir (yang menentang Islam itu) telah berputus asa daripada agama kamu. Maka jangan kamu takut menghadapi mereka, takutlah kepada Ku. Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu, Aku juga telah menyempurnakan nikmat Ku (Islam) kepada kamu dan Aku telah redha hanya Islam menjadi ajaran anutan kamu."(Al Maidah:3)

Generasi awal yang membawa ajaran Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W telah berjaya menumbangkan kuasa besar yang zalim, apabila rakyat seluruh jajahan takluknya menerima pemerintahan Islam tanpa paksaan. Keadaan ini dapat disaksikan di kawasan yang dikuasai pengaruh Islam di sepanjang jalan sutera di Asia Tengah, seterusnya Asia Tenggara, sehingga ke Afrika dan sebahagian Eropah. Dalam tempuh tidak sampai satu abad, para pendukung Islam itu mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah:

"Allah telah berjanji kepada mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia akan jadikan mereka kalangan yang memerintah di bumi sebagaimana pernah dikurniakan kepada mereka yang sepertinya di zaman dahulu. Dikala diberikan Islam agama yang diredhai-Nya itu berkuasa memerintah, lalu bertukarlah keadaan daripada ketakutan menjadi aman, dalam keadaan mereka semua beribadah kepada Ku (Allah) dan tidak menyekutui Aku (Allah) dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu, nescaya mereka menjadi orang-orang yang fasik."(An Nur:55)

Generasi awal yang melangsungkan Islam selepas wafatnya Rasulullah S.A.W memerintah negara berteraskan empat perkara penting daripada ajaran Islam yang diwarisinya iaitu Beriman Kepada Allah, Beriman Kepada Hari Akhirat , Konsep Taqwa dan Konsep Rahmat

Beriman kepada Allah menjadikan Ketua Negara tidak boleh mengatasi hukum Syariat atau undang-undang negara, semuanya dikawal sempadan hukum Syariat. Maka tidak ada sesiapa yang bebas daripada tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan. Setiap Ketua Negara samada bernama Khalifah atau Raja dan sebagainya tidak ada kekebalan di bawah Syariat Allah.

Beriman kepada Hari Akhirat, menjadikan seseorang itu tidak terlepas daripada balasan selepas meninggal alam dunia, dimana hukumannya lebih keras sekiranya menipu atau menyalahgunakan kuasanya di alam dunia.

Konsep Taqwa pula menjadikan ketaatan kepada Allah adalah kedudukan martabat manusia, bukannya keturunan, warna kulit, pangkat dan harta.

Adapun rahmat kepada seluruh alam itu mencipta keadilan untuk semua, termasuk terhadap penganut bukan Islam dan pihak musuh. Juga mencipta hak asasi manusia yang sebenarnya mengikut sifat kemanusiaannya yang berbeza dengan binatang dan makhluk lain yang ada haknya juga.

Islam yang berpandukan petunjuk Allah, menghormati akal manusia dan pengalamannya mengikut bangsa dan tempat masing-masing. Ini menjadikan Islam menerima segala yang baik dari seluruh pelusuk dunia daripada tamadun kebendaannya yang bermanfaat dan menolak segala keburukan yang dinamakan jahiliyyah, temasuk jahiliyah Arab di Mekah bangsa Rasulullah S.A.W sendiri. Maka terciptalah Tamadun Islam yang murni berasaskan ilmu wahyu daripada Allah, kemajuan sains teknologi ciptaan akal serta ilmu dan pengalaman manusia yang berpandukan Hidayah Wahyu.

Allah menghuraikan ciri -ciri Islam kepada mereka yang berkuasa memerintah negara dengan firman-Nya:

"Mereka (kumpulan Islam) yang kami berikan kepada mereka kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan mereka mencegah kemungkaran. Ingatlah! Bagi Allah jua kesudahan segala urusan."(Al Hajj:41)

Ciri- ciri ini merangkumi hubungan diri dengan Allah (solat), ekonomi yang adil (zakat), dakwah dan kehebatan undang-undang (amar maaruf dan nahi mungkar) dan berwawasan akhirat (balasan Allah).

Islam tidak memisahkan ibadat, politik, ekonomi dan dakwah. Di mana urusannya akan dihisab apabila kembali kepada Allah setelah berlakunya hari Kiamat. Ini menjadikan seluruh kegiatan manusia berkait dengan Islam dan perhitungan Allah.

Adapun kejatuhan umat Islam selepasnya kerana leka dengan kemajuan dunia sahaja sehingga meninggalkan petunjuk Islam, sehingga memutuskan hubungan segala cara kehidupan dengan petunjuk Allah.

Adapun Tamadun Barat yang menciplak Tamadun Islam pula, sedang megalami kemusnahannya kerana menolak Hidayah Allah daripada ajaran Islam yang sempurna.

Kini, Tamadun Barat tanpa iman dan budiman sedang memusnahkan diri manusia sejagat dengan senjata pemusnah, politik, ekonomi, kezaliman dan penjajahan, serta pembangunan kebendaan yang merosakkan diri, alam sekitar dan seluruh kehidupan alam dunia. Berbeza dengan kedatangan Islam menjadi penyelamat bukannya penjajah.

Firman Allah:

"Telah zahirlah kerosakan di darat dan lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia, supaya dirasakan sebahagian daripada perkara yang dilakukan oleh mereka, mudah-mudahan mereka kembali (ke pangkal jalan setelah bersalah). Katakanlah! Berjalanlah kamu di muka bumi, lihatlah bagaimana akibat menimpa golongan yang terdahulu. Sebenarnya kebanyakan mereka melakukan dosa syirik. Tegakkanlah wajahmu beristiqamah bersama ajaran yang betul (Islam), sebelum datangnya hari yang tidak dapat ditolak berlakunya. Pada hari mereka diasingkan (sebahagianya ke syurga dan sebahagian lagi ke neraka)."(Ar Rum:41-43)

Terserlah kebenaran firman Allah dengan tersebarnya penyakit diri, keluarga, masyarakat dan kemusnahan alam sekitar kerana melakukan perkara yang haram, menolak yang wajib, yang halal dan diharuskan, serta mencipta undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Bacalah Firman Allah:

"Apakah mereka punya sekutu-sekutu (tuhan-tuhan selain Allah)? Yang mencipta hukum syariat sendiri dalam urusan agama dan cara hidup tanpa keizinan Allah? Kalaulah tidak kerana firman Allah menjanjikan adanya keputusan (di hari kiamat) nescaya mereka telah dijatuhkan hukuman (di dunia ini). Dan disediakan kepada orang-orang yang zalim itu azab neraka yang menyakitkan."(As Syura:21)

Jika dikaji betapa ajaran selain daripada Islam itu tidak memenuhi fitrah kemanusiaan dimana ia tidak mampu untuk menjalinkan hubungan penting yang sekali-kali tidak boleh dipisahkan daripada perkara kehidupan manusia dan agamanya.

Ada ajaran yang mementingkan jasad tanpa roh, atau roh tanpa jasad. Ada yang mementingkan hak kebebasan individu tanpa mengambil kira hak masyarakat, atau menjaga kepentingan masyarakat sehingga mengorbankan hak individu, berkeluarga dan berbangsa. Begitulah seterusnya menggunakan akal dan ilmu manusia sahaja tanpa Hidayah Wahyu yang dibawa para Rasul, sehingga berlakunya kepincangan dan kerosakan dalam kehidupan manusia dan alam sekitarnya.

Akhirnya, Pujangga Islam Mustafa Lutfi Manfaluti pernah menegaskan: "Kita tidak perlu kepada teori ahli falsafah dan pendeta Grece, Rom dan Parsi atau pemikir bukan Islam daripada Timur dan Barat, kerana kita punya Rasulullah S.A.W yang menjadi teladan terbaik."

“Inilah Penyelesaian Kita”


ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

26 Rabiul Awwal 1438H / 26 Disember 2016M

Khamis, 22 Disember 2016

Hukum Membantu Orang Kafir dalam Memerangi Kaum Muslimin


Besarnya perhatian Islam terhadap persaudaran antara sesama muslim, juga menimbulkan efek hukum yang cukup tegas atas orang-orang yang membantu orang kafir dalam memerangi kaum muslimin. Tentunya orang awam pun bisa memahami bagaimana jika ada seseorang yang senang ketika saudaranya yang seagama dizhalimi, apalagi kalau sampai membantu mereka untuk menyerang kaum muslimin. Tentu hal itu akan sangat berlawanan dengan prinsip keimanan yang diyakininya.

Membantu orang kafir dalam memerangi kaum muslimin adalah salah satu tabiat orang munafik.Ia merupakan bagian dari cabang kemunafikan yang selalu muncul untuk meyerang Islam. Allâh swt telah menjelaskannya dalam berbagai macam nashal-Qur’an, diantaranya adalah:

بَشِّرِالْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا * الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin.Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu?Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allâh. (QS. An-Nisa’ [4]: 138-139)

فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ

“Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana…” (QS. Al-Mâ’idah [5]: 52) Para ulama pun telah sepakat bahwa barangsiapa yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpinnya, penolongnya, atau ikut bergabung dan membantu mereka dalam memerangi ummat Islam maka dia telah murtad, keluar dari agama Islam.

Di antara perbuatan yang bertentangan dengan aqidah adalah memberi dukungan terhadap orang-orang kafir diantara perbuatan itu adalah bersekutu dengan mereka melawan orang-orang Islam, maksud bersekutu di sini adalah menolong, membantu dan mendukung orang-orang kafir melawan kaum muslimin, bergabung dengan orang-orang kafir, membela mereka dengan harta, pedang dan pena. Ini adalah kekufuran, bertentangan dengan iman.

Dalam al-Quran Surah Ali Imran ayat 28 Allâh swt berfirman :

لا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi perwakilan dengan meninggalkan orang-orang mukmin.barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allâh, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka.Dan Allâh memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya.Dan hanya kepada Allâh engkau kembali.”(QS. Ali Imran [3]: 28).

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖوَسَاءَتْمَصِيرًا

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalanorang-orang yang tidak beriman maka Kami biarkan ia leluasa dengan kesesatannya (yakni menentang Rasul dan mengikuti jalan orang-orang kafir) kemudian Kami seret ke dalam Jahannam.Dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”(QS. An Nisâ’ [4]: 115)

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖوَلَاتَتَّبِعُواالسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِۚذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allâh agar kamu bertakwa.” (QS. Al-An’âm [6]: 153)

Syaikh Sulaiman bin Abdullah, cucunya Muhammad bin Abdul Wahhab, dalam risalahnya Ad-Dalail Fi Hukmi Muwalati Ahli Isyraak menyebutkan lebih dari dua puluh dalil tentang larangan menjadikan orang kafir sebagai pemimpin atau penolong.

Diantara kumpulan dalil-dalil tersebut adalah:

Allâh menegaskan bahwa orang yang mengangkat orang kafir sebagai wali maka dia termasuk bagian dari golongan mereka.Allâh swt berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya Allâh tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.” (QS. Al-Mâ’idah [5]: 51)

Imam Ath-Thabari ketika menafsirkan ayat ini berkata,”Siapa saja yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, sekutu atau membantu mereka dalam melawan kaum muslimin, maka ia adalah orang yang se-idiologi dan seagama dengan mereka. Karena tak ada seorangpun yang menjadikan orang lain sebagai walinya kecuali ia ridha dengan diri orang itu, agamanya, dan kondisinya. Bila ia telah ridha dengan diri dan agama walinya itu, berarti ia telah memusuhi dan membenci lawannya, sehingga hukum (kedudukannya) seperti hukum walinya.” Ibnu ‘Atiyah menjelaskan, maksudnya adalah mencintai dan mengikuti mereka dalam seluruh tujuan yang mereka inginkan.” Sementara Al-Baidhawi berkata, “Barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai wali (penolong) maka dia termasuk dari golongan mereka.Ayat ini menegaskan tentang wajibnya menjauhi mereka.

Kesimpulan hukum tersebut juga ditegaskan oleh para ulama lainnya, misalnya Ibnu Hazm dalam Al-Muhalaa 13/35, Asy-Syaukani dalam Fathul Qadir 2/50, Al-Qasimi dalam Mahasinu Ta’wil 6/240.

Allâh swt berlepas diri dari mereka yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpinnya.Allâh swt berfirman :

لا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi perwakilan dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allâh, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allâh memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya.dan hanya kepada Allâh engkau kembali.”(QS. Ali Imran [3]: 28).

Imam Asy-Syaukani menjelaskan bahwa dia tidak akan mendapatkan pertolongan dari Allâh sedikitpun bahkan Allâh berlepas diri darinya dalam setiap keadaan.

Dalam sebuah hadits Rasulullah saw mengingatkan ummatnya. Dari Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda :

مَنْ أَعَانَ عَلَى قَتْلِ مُؤْمِنٍ وَلَوْ بِشَطْرِ كَلِمَةٍ ،لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ: آيِسٌ مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ

“Barangsiapa membantu dalam rangka membunuh seorang mukmin dengan separuh kalimat saja, ia akan menghadap Allâh, tertulis di antara kedua matanya: Aayisun min rohmatillah… (orang yang berputus asa dari rahmat Allâh).” (HR. Ibnu Majah) Membantu orang kafir dalam rangka memerangi kaum muslimin merupakan amalan yang dapat membatalkan keimanan. Allâh berfirman:

تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ * وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِا للَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَااتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ وَلَكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

“Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, yaitu kemurkaan Allâh kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allâh, kepada Nabi (Musa) dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), niscaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. Al-Mâ’idah [5]: 80-81).

Ketika kota Baghdad ingin digempur oleh pasukan Tartar, sebagian kaum muslimin ada yang ikut bergabung bersama pasukan tersebut. Mengomentari hal itu, Ibnu Taimiyah berkata, “Barangsiapa diantara mereka bergabung ke dalam pasukan Tartar maka dia lebih berhak untuk dibunuh terlebih dahulu daripada pasukan Tartar.Karena dalam pasukan Tartar ada pasukan yang ikut berperang karena terpaksa dan ada juga tidak. Sementara sunnah Nabi saw telah menetapkan bahwa hukuman terhadap orang murtad lebih besar daripada orang kafir asli disebabkan beberapa hal.”

Syaikh Abdullah bin Abdul Latif Ali berkata, “Saling tolong menolong dengan orang kafir adalah kafir yaitu seperti membantu mereka dengan harta, jiwa dan pikiran.”

Dilema ISIS

Bagaimana dalam konteks koalisi yang dipimpin Amerika Serikat untuk menggempur IS/ISIS yang belakangan ini ramai diperdebatkan. Bukankah yang mereka perangi itu orang-orang khawarij yang juga mengancam keamanan ummat Islam lainnya? Dalam masalah ini para ulama berbeda pendapat.

Jumhur ulama berpendapat bahwa memohon pertolongan kepada orang kafir dalam memerangi ahlul bughat atau khawarij adalah haram.Hanya kalangan ulama Hanafiah saja yang membolehkannya namun dengan syarat yang cukup ketat, yaitu kekuasaan Islam lebih kuat (lebih mendominasi) daripada kekuasaan mereka. Karena pada dasarnya tujuan memerangi khawarij bukan dalam rangka ingin membunuh mereka akan tetapi menahan kekejaman atau memaksa mereka untuk taat kembali.

Al-Qarafi, salah seorang ulama Malikiah, berkata, “Tidak boleh membunuh tawanan mereka, hartanya juga tidak boleh dijadikan ghanimah, keturunan mereka tidak boleh ditawan dan tidak boleh memohon bantuan kepada orang musyrik dalam memerangi mereka.” Imam Nawawi berkata, “Tidak boleh memohon bantuan kepada orang kafir untuk memerangi mereka, karena orang kafir tidak boleh menguasai urusan kaum muslimin, oleh karena itu, bagi orang yang terkena qishas tidak boleh diwakilkan kepada orang kafir, demikian juga tidak boleh bagi imam mengangkat orang kafir sebagai algojo dalam menegakkan hudud atas orang muslim.

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

“Dan Allâh sama sekali tidak memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk berkuasa (memusnahkan) orang-orang mukmin.” (QS. An-Nisa [4]: 141)

Memang berbeda ketika berhadapan dengan orang kafir, sebagian ulama membolehkan meminta bantuan kepada orang kafir jika memang keadaannya darurat dan menbutuhkan hal itu. Standarnya tetap melihat pertimbangan maslahat dan mudharat dan yang paling penting dalam hal ini adalah mereka menetapkan syarat yaitu kaum muslimin tetap menjadi penguasa yang tertinggi, karena jika kekuasaan kafir lebih mendominasi dalam pasukan tersebut, suatu saat dikhawatirkan mereka akan menguasai urusan kaum muslimin.

Semua pertimbangan hukum tersebut bermuara kepada kemaslahatan bagi Islam dan kaum muslimin, sehingga Syaikh Hamud ‘Uqala As-Syu’aibi menyebutkan beberapa alasan kenapa tidak boleh bagi pemimpin muslim meminta bantuan kepada orang kafir untuk memerangi orang khawarij dalam kondisi apapun. Hal itu karena disebabkan beberapa hal, diantaranya:

Banyak dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah dan pendapat ulama yang melarang memohon bantuan kepada orang kafir dalam rangka memerangi orang kafir lainnya. Jika pendapat ini lebih rajih maka larangan meminta bantuan kepada orang kafir untuk memerangi orang Islam tentu lebih utama.

‘Illah (alasan) bolehnya memerangi ahlul bughat (khawarij) adalah untuk menahan kekejaman mereka dan memaksa mereka untuk taat kepada amir bukan untuk dibunuh. Oleh karena itu dalam hal ini tidak butuh bantuan orang kafir.

Meminta bantuan kepada orang kafir berarti menjadikan mereka sebagai wali dan menandakan kecondongan hatinya kepada mereka.

Meminta bantuan orang kafir akan memudahkan mereka untuk memecah belah kekuatan muslimin sehingga mereka dapat menguasai urusan kaum muslimin

Meminta bantuan kepada orang kafir sama saja memberikan kepada mereka legitimasi untuk intervensi langsung terhadap urusan kaum muslimin dan akan menampakkan kelemahan kaum muslimin serta secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai pemimpin yang akan dijadikan tempat bagi kaum muslimin untuk berhukum (mengambil kebijakan).

Ditulis
Muhammad Suparman al Jawi, S.Pd.I
Mjelis Syuro MPAQ

Rabu, 21 Disember 2016

Penjelasan Tentang Kehadiran TGHH ke Tehran, Maulana Syaari Mustafa.



Penjelasan Tentang Kehadiran TGHH ke Tehran, Maulana Syaari Mustafa.

23 FAKTA PRESIDEN PAS DAN GEOSTRATEGI IRAN-SYRIA

Penulis ialah
Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1) Tindakan Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (TGHH) menyertai Persidangan di Iran ialah tindakan baik dan boleh membawa kepada keadaan yang baik dari perspektif geopolitik.

2) Waktu yang dipilih beliau untuk menghadiri persidangan di Iran ini juga tepat, iaitu dalam keadaan Iran, Turki, serta Rusia merancang dan melaksanakan proses pemindahan orang awam dari Aleppo.

3) Sebagai seorang yang berkedudukan politik, TGHH boleh memilih untuk menolak jemputan dari Iran namun langkah sedemikian tidak mengubah apa-apa, tidak membawa kebaikan, malah sebaliknya mungkin menyemarakkan lagi persepsi permusuhan Sunni-Syiah dan menutup sebarang ruang positif yang boleh dimanfaatkan.

4) Dari perspektif hubungan antarabangsa, langkah Presiden PAS ini menepati solusi Konstruktivisme (Constructivism in International Relations) yang menekankan proses sosialisasi iaitu proses interaksi untuk mengubah sesuatu hubungan antarabangsa agar menjadi lebih baik – bukannya melalui konfrontasi antara negara (seperti Realism) mahupun diplomasi ganjaran material (seperti Neoliberalism).

5) TGHH pada hakikatnya memiliki pengalaman yang banyak dalam usaha rundingan keamanan di peringkat antarabangsa khususnya di negara-negara Islam, demikian juga hubungan dialog beliau dengan para sarjana dan ahli politik Iran dan Syiah. Langkah menolak jemputan ke Iran akan membantutkan potensi beliau untuk memanfaatkan hubungan sedia ada untuk berusaha membawa kepada situasi politik yang lebih baik dan aman.

6) Namun pastilah Presiden PAS hanya membataskan solusi Konstruktivisme ini buat hubungan dengan Iran dan bukannya dengan Israel yang dianggap sebagai musuh. Hal inilah mendorong TGHH mengatur hubungan baik dengan Iran untuk mendepani Israel (pendekatan Realism).

7) Sememangnya pergolakan Syria tidak dapat dinafikan disebabkan oleh pemerintahan diktator rejim Basyar Al-Assad dan Iran (serta Rusia) telah membantu rejim untuk berhadapan dengan penentangnya. Namun siapakah yang paling mendapat keuntungan daripada Syria yang bergolak?

8) Wajib diketahui Syria sebelum Arab Spring dari segi geostrategiknya bukan sahaja tidak mengiktiraf Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengannya, bahkan juga menjadi negara perantara buat beberapa musuh Israel, iaitu Iran (Syiah Imamiyyah), Hamas (Sunni), Jihad Islami (Sunni), serta Hizbullah (Syiah). Wakil Hamas dari Palestin turut hadir ke persidangan di Iran tersebut bersama Presiden PAS.

9) Jika Syria membekalkan platform kepada Palestin menentang Israel iaitu Hamas dan Tanzim Jihad, Iran pula turut menyumbang kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah di Lubnan. Kombinasi kerjasama proksi Syria-Iran ini terbukti mengalahkan tentera Israel di Gaza dan Selatan Lubnan.

10) Syria juga mempunyai sejarah peperangan dengan Israel, bekerjasama dengan pakatan Arab seperti Mesir dalam beberapa siri seperti Perang Ramadan 1973, namun gagal merampas kembali Bukit Golan yang ditawan Israel.

11) Hasil lobi yang kuat di Washington, pelobi Yahudi telah berjaya menjadikan Amerika Syarikat sebagai sekutu strategik utama Israel dengan pakej bantuan persenjataan bernilai berbilion-bilion Dollar, manakala musuh Israel turut dilihat sebagai musuh Washington. Termasuklah Syria dan Iran yang masing-masing memiliki proksi yang kuat menghalang peluasan wilayah Israel.

12) Disebabkan persaingan kuasa antara negara Arab dengan Iran selepas Revolusi Khomenei menggulingkan Shah Iran pada 1979, Iran telah dianggap sebagai musuh utama beberapa negara Arab, bahkan dimusuhi melebihi Israel. Demikianlah terdapat negara-negara Arab dan juga Turki yang bekerjasama dari segi diplomasi, ekonomi, dan ketenteraan dengan Israel, ditambah pula dengan pelbagai pakej tawaran menarik dari Amerika Syarikat.

13) Perubahan politik sememangnya amat perlu di Syria namun ternyata perang saudara adalah jauh lebih buruk berbanding kediktatoran Basyar sebelum perang. Demikian juga Iran yang kini disasarkan. Siapa yang paling untung dengan pelemahan Iran dan Syria? Jawapannya ialah Israel kerana kekacauan di Syria serta peminggiran Iran telah melemahkan sokongan yang diperoleh Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah yang sejak sekian lama mengancam Israel.

14) Beberapa kali Israel terpaksa bertungkus-lumus menyekat pengedaran senjata Iran dan Syria daripada memasuki Gaza untuk disalurkan kepada Hamas dan juga daripada Lubnan. Pengawal Revolusi Iran antara watak penting membantu Hezbollah dalam menghalang kemaraan Israel dalam Perang Lubnan 2006.

15) Malah, akibat pergolakan di Syria dan Timur Tengah sejak 2011, Israel telah beberapa kali mencuba tindakan agresif ke atas Gaza di Palestin kerana Hamas telah mulai kekurangan sokongan daripada Syria dan Iran.

16) Namun Presiden PAS turut perlu menanggapi persoalan kepentingan nasional yang berkait rapat dengan hubungan diplomatik Malaysia sedia ada dan hal ini menarik untuk diketahui kerana beberapa negara Arab pastinya kurang selesa dengan hubungan TGHH dengan Iran ini.

17) Apa yang pasti, hubungan Malaysia-Iran sedia ada adalah dinamik di mana eksport Malaysia ke Iran yang bernilai RM2.4 bilion pada 2009 telah meningkat kepada RM3.5 bilion pada 2012. Namun, susulan daripada sekatan antarabangsa, eksport hasil utama Malaysia ke Iran seperti kelapa sawit, getah asli dan produk kimia pada 2015 sekadar mencatatkan RM1.3 bilion. Nilai import Iran ke Malaysia pula ialah RM1.1 bilion pada 2009 sebelum menurun kepada sekitar RM200 juta pada 2014. Tiga projek pelaburan Iran di Malaysia pada 2009 adalah bernilai RM151.5 juta manakala pada 2014 pula hanya sebuah projek pelaburan bernilai RM3 juta yang diluluskan dari Iran.

18) Akan tetapi hal ini berbeza dengan beberapa negara rapat Malaysia yang lain iaitu Arab Saudi, Turki (relatifnya), UAE, Qatar, dan Amerika Syarikat yang kurang mesra dengan Iran. Dalam konteks hubungan dengan Arab Saudi, pada 2009 eksport Malaysia ke Arab Saudi adalah bernilai RM2.9 bilion, manakala jumlah import pula RM3.9 bilion. Pada 2015, jumlah eksport Malaysia meningkat kepada RM3.4 bilion manakala import pula meningkat dengan lebih tinggi dengan nilai RM7.5 bilion. Arab Saudi yang memiliki pelaburan bernilai RM2 juta pada 2008 konsisten melabur di Malaysia di mana terkini pada tahun 2014 terdapat pelaburan yang bernilai RM550,000 dari Arab Saudi di Malaysia.

19) Hubungan Malaysia-Turki turut signifikan di mana Eksport Malaysia ke Turki pada 2009 yang bernilai RM1.6 bilion telah melonjak menjadi RM3.7 bilion pada 2015, manakala import pula yang bernilai RM395 juta pada 2009 telah meningkat kepada RM1.8 bilion pada 2015. Berbanding nilai projek pelaburan Turki di Malaysia pada 2009 yang bernilai RM10 juta, pada 2014 angka yang dicatatkan hanya berjumlah RM1.5 juta.

20) UAE meskipun bersaiz lebih kecil berbanding ketiga-tiga kuasa Asia Barat tadi, namun ternyata dari segi ekonomi Abu Dhabi merupakan rakan yang paling signifikan buat Malaysia. Eksport Malaysia ke UAE pada 2009 adalah bernilai RM10 bilion dan melonjak kepada sekitar RM11.8 bilion pada 2015. Import dari UAE juga meningkat mengatasi nilai eksport dengan nilai RM6 bilion pada 2009 menjadi RM12 bilion pada 2015. Tiga projek pelaburan UAE di Malaysia pada 2014 pula bernilai sebesar RM767 juta.

21) Qatar pula meskipun eksport Malaysia ke sana hanya berjumlah RM834 juta pada 2015, namun import Malaysia dari Qatar adalah cukup tinggi iaitu sebesar RM2.3 bilion pada 2015, meningkat berbanding RM1.1 bilion pada 2014.

22) Walau bagaimanapun, jumlah eksport Malaysia ke kesemua lima negara terbabit (sekitar RM20 bilion) adalah jauh lebih rendah berbanding ke Amerika Syarikat di mana jumlahnya ialah RM73.6 bilion. Amerika Syarikat juga adalah merupakan antara sumber pelaburan langsung asing (FDI) yang utama buat Malaysia. Maka adalah menarik untuk diketahui perancangan atau manifesto Presiden PAS dalam mengimbangi aspek hubungan diplomasi dan juga hubungan dagang antara blok AS-Qatar-Arab Saudi-UAE dengan blok Iran-Syria-Rusia-China untuk hala tuju Malaysia kelak seandainya beliau berhasrat untuk menerajui negara.

23) Apa yang pasti, sewajarnya tindakan beliau yang cuba untuk mewujudkan perdamaian di peringkat antarabangsa ini tidak diburukkan dengan perkelahian di Malaysia, baik dari kekhilafan tentang perbezaan dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), mahupun dari segi perbezaan pegangan Sunni-Syiah kerana ini ialah isu percaturan geopolitik, bukan isu perbezaan aliran pegangan agama.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Selasa, 20 Disember 2016

Siapa Disebalik Krisis Syria, Iraq Dan Lain-lain


Kita berada dalam bencana politik gelap gelita dan mengelirukan. Berita tersebar melalui media sosial dalam ruang lingkup langit terbuka, tetapi ramai yang memperkecilkan petunjuk Al-Quran supaya bertabayyun.

Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan “pencuri” di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.

Beberapa tahun lalu, ketika berputiknya krisis yang membakar bumi Syria kini, beberapa media negara Arab termasuk Al Jazeera paling menyerlah melaporkan penglibatan pihak perisikan Negara Arab (di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan Ketua Perisikannya) terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.

Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang menjadi mangsa. Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiahnya, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah. Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan Parti Baath yang berkrisis dengan Parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan Negara Arab khususnya negara Teluk.

Almarhum Necmettin Erbakan mantan Perdana Menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin. Almarhum juga menasihatkan Iran memajukan sains dan teknologinya di mana selepas itu berlaku gerakan membunuh saintisnya, termasuk menawan saintis yang menunaikan haji di Mekah. Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya .

Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manafaat dan kemudahan di Syria. Iran menjadi penyumbang paling besar kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah kumpulan Syiah di Lubnan juga mendapat kemudahan, sehingga menggagalkan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. Semua Negara Arab yang menyokong perjanjian damai dengan Israel secara terbuka atau rahsia tidak mendukung perjuangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Banyak media Timur dan Barat mendedahkan betapa krisis Syria membesar dengan bantuan senjata Barat melalui Nato di Turki di sebelah Utara dan di Selatannya Israel. Selepas itu disokong oleh kenyataan Bush, selepasnya Obama dan mereka yang berada dibawahnya. Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu.

Kumpulan pelampau itu akhirnya dapat menawan sebahagian kawasan minyak di Iraq dan Syria, serta laluan pasaran gelap di Utara dan Selatan. Tentera Bersekutu Barat yang sudah diberi tapak pangkalan di seluruh negara Teluk yang berserban itu lebih bertarik tali untuk mengekalkan keadaan yang menguntungkan mereka dan menjamin keselamatan Israel sebagai paksi utama Gerakan Zionis dengan mempengaruhi politik, ekonomi, media dan lain-lain.

Allah tidak mengizinkan keadaan terus menjadi ancaman kepada Islam walaupun secara senyap. Kadang-kadang perubahan dilakukan oleh keadaan pertembungan di kalangan bukan Islam dan pihak zalim, apabila Islam yang lemah tidak mampu melakukan perubahan. Sepertimana sejarah Parsi Majusi menghancurkan Yahudi di Palestin yang zalim membunuh para Nabi dan ulama soleh.

Keadaan kini berubah apabila Kristian Ortodok yang dibelasah komunis Yahudi. Karl Marx bertembung dengan Kristian Katholik dan Protestan di Amerika dan Eropah bergabung dengan Zionis Yahudi yang mempertahankan Israel. Apabila krisis Ukraine menjadi titik pertembungan sehingga pesawat MAS menjadi mangsa. Peristiwa pesawat kita tenggelam laksana pelanduk yang mati di tengah gajah yang bertarung. Keadaan bertukar kepada ketegangan yang memberi tempat kepada Rusia bertapak di Tarsus Syria menjadi pangkalan tentera Rusia, satu-satunya ruang ke laut lepas. Keadaan ini mengubah neraca politik dan ketenteraan yang melemahkan Barat yang melindungi ISIS dan kumpulannya. Soalannya, di mana Negara Arab yang berlindung di belakang kuasa Barat dan Zionis?

Tekanan melalui serangan Negara Teluk ke atas Yaman di laluan ke laut Merah, diisytiharkan di Washington dengan lesen PBB tidak mencapai tujuan sehinga kini. Lawatan Pengarah Kajian Strategik Arab Saudi (Anwar Asyqi) ke Israel menunjukkan “kegelabahan” Negara Arab. Lebih gelabah lagi baru dua minggu Perdana Menteri British menjadi peserta Sidang Kemuncak Negara Teluk di Bahrain dengan resolusi menghadapi ancaman Iran, sehingga Israel dianggap tidak menjadi ancaman.

Semua perkara ini sepatutnya boleh menjadi jawapan disebalik Aleppo yang terbakar itu.

Seterusnya kenangilah sejarah kejatuhan Islam di Andalusia yang ditangguhkan beberapa abad apabila salah seorang Raja Islam di Andalusia mengejutkan semua Raja yang tidak mahu menjemput Raja Ibnu Abbad dari Morocco kerana takutkan raja itu akan merampas takhta mereka. Apabila seorang raja yang beriman itu bertitah: “Beta lebih rela menjadi gembala kambing dan unta Ibnu Abbad daripada menjadi gembala babi Raja Kristian yang datang menakluk.”

Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.

Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelusuk dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.

PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.

Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
20 Rabiul Awwal 1438 | 20 Disember 2016

Kenyataan Media Presiden PAS "PANDANGAN POLITIK PAS"


1) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

2) PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.

3) Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.

4) Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu. PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.

5) PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam Kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.

6) PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita. Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.

7) PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihanraya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.

8) PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Isnin 19 Rabiul Awwal 1438H / 19 Disember 2016

Isnin, 19 Disember 2016

Konflik Di Syria Petanda Akhir Zaman


KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.



Berikut adalah temu bual wartawan bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua’lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.

Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan ‘Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam’ bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.

Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka.

Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.

Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati.

Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan.

Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.

Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah – Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China?

Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”. Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu.

Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini?

Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.

Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.

Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria.

Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang.

Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”.

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam…tak mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.

Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).

Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik).

Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).

Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab.

Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya.

Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.

Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Allahu allam..

Ahad, 18 Disember 2016

HARI INI DALAM SEJARAH PAS PAS ARAHKAN RANGKA SEMULA PINDAAN PERLEMBAGAAN UNTUK SELARAS ARAHAN ROS (18 DISEMBER 1971)


PADA hari ini dalam tahun 1971, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya pindaan Perlembagaan PAS dirangka semula bagi menepati arahan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) Malaysia selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Arahan yang dikeluarkan ini berkait secara khusus tentang perubahan nama dan dasar PAS yang dikatakan mengandungi elemen sensitif mengikut Akta Hasutan (Pindaan) 1970. RoS telah mengeluarkan arahan supaya beberapa aspek dalam Perlembagaan PAS dipinda terutama melibatkan perjuangan ketuanan Melayu dan agama Islam, yang didakwa oleh Peguam Negara di Dewan Negara pada 9 Mac 1971 sebagai mengandungi unsur sensitif yang bercanggah dengan Akta Hasutan.

Ekoran dari itu, PAS telah mengemukakan satu cadangan pindaan Perlembagaan PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-17 pada 18-20 Jun 1971. Pada 14 Mei 1971, Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PAS 1971 yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad telah mengemukakan cadangan pindaan ini kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1971. Pindaan Perlembagaan ini adalah melibatkan perubahan nama PAS dari "Persatuan Islam Se-Tanah Melayu" kepada "Parti Islam," penghapusan kalimah "Allah Muhammad" pada bendera PAS, mempertegaskan Islam sebagai dasar PAS dan menyatakan dengan jelas tujuan perjuangan PAS untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai dan hukum Islam. Walau bagaimanapun, Pemangku Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Kassim Mohd Amin pada 4 Ogos 1971 telah menolak beberapa aspek pindaan yang dikemukakan dan meminta ia dirangka semula berdasarkan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh RoS.

Bagi mengatasi masalah kelulusan pindaan ini, PAS telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk membuat rayuan, tetapi ia ditolak. Lanjutan dari itu, pada 18 Disember 1971, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya cadangan pindaan Perlembagaan PAS dirangka semula selaras dengan kehendak RoS, dan ia hendaklah dibawa semula ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-18 pada tahun berikutnya. Setelah kajian semula dibuat, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju supaya nama PAS ditukar dari "Parti Islam" kepada "Parti Islam Se-Malaysia," selain menetapkan bahawa dasar PAS ialah Islam. PAS turut mengekalkan cadangan asal tujuan perjuangannya iaitu "memperjuangkan wujudnya di negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup dan hukum-hukumnya yang menuju keredhaan Allah" dan "mendukung dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara." Unsur-unsur yang bersifat ke-Melayuan telah dihapuskan dari Perlembagaan PAS dan diganti oleh unsur-unsur ke-Islaman yang lebih ketara. Rangka baru Perlembagaan PAS ini telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam dengan lebih jelas.

Cadangan baru yang dirangka berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 18 Disember 1971 ini kemudiannya telah dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-18 pada 28-29 Julai 1972 dan ia diluluskan untuk dikemukakan kepada RoS. Faktor perundingan yang berlaku antara PAS dengan Perikatan untuk membentuk Kerajaan Campuran pada akhir 1972 telah mempermudahkan proses penggubalan pindaan Perlembagaan PAS ini di mana ia akhirnya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 24 Februari 1973, ketika PAS sudah berada dalam kerajaan. Perlembagaan PAS (Pindaan) 1973 ini kemudiannya telah menjadi panduan perjuangan PAS sehingga ia dipinda semula pada 1977, tetapi pada asasnya tidak ada sebarang perubahan struktural yang berlaku, sehinggalah Perlembagaan PAS (Pindaan) 1987 yang digubal pada 1983 mewujudkan Majlis Syura Ulamak PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Disember 2016

Khamis, 15 Disember 2016

Kesatuan Ulama Islam Sedunia menyeru dunia agar menghentikan penyembelihan beramai-ramai di Aleppo


Kesatuan Ulama Islam Sedunia menyeru dunia agar menghentikan penyembelihan beramai-ramai di Aleppo dengan serta-merta dan mengumumkan hari Jumaat depan sebagai ‘hari perhimpunan seluruh rakyat’.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia turut mengutuk sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa serta menyatakan kebimbangan dengan keadaan yang berlaku di Syria secara amnya dan Aleppo secara khusus.

Demikian menurut kenyataan rasmi bersama yang dikeluarkan oleh Presiden serta Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi.

Memetik kenyataan sama, KUIS memandang serius isu ini dengan mengemukakan beberapa seruan kepada pihak berautoriti demi menyelesaikan ketegangan yang semakin meruncing di Aleppo.

Tegas mereka, para pemimpin Arab dan umat Islam mestilah menunjukkan pendirian terhadap pencerobohan kejam yang dilakukan ke atas rakyat Syria dan bangsa Arab Islam.


Selain itu, seruan turut ditujukan kepada Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC), Liga Arab, dan umat Islam seluruh dunia supaya campur tangan dan bertindak segera.

KUIS dalam masa sama menyeru pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar memikul tanggungjawab untuk melindungi orang awam daripada serangan dan pembunuhan secara sistematik, dan melaksanakan undang-undang hak kemanusiaan antarabangsa ke atas jenayah perang yang berlaku di Aleppo oleh rejim serta sekutu-sekutunya.

“Kesatuan merayu kepada pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan agar melalukan segala usaha memberikan bantuan bencana dan kepada pelarian yang terdiri daripada kanak-kanak Aleppo.

“Kesatuan menyeru agar kesatuan ulamak Islam di seluruh negara dan penyokong mereka di seluruh dunia, agar berhimpun bersama-sama Aleppo dan mengeluarkan fatwa sebagai tanda sokongan, dan menjadikan hari Jumaat depan sebagai hari tanda sokongan dan kemarahan ke atas apa yang sedang berlaku kepada mereka.

“Kesatuan bersungguh-sungguh memberikan sokongan, rasa simpati serta ber solidariti penuh, begitu juga seluruh ahli-ahlinya, institusi-institusi, universiti-universiti akan bersama-sama dengan rakyat Aleppo. Semoga Allah SWT akan memberikan balasan terhadap musuh-musuh mereka dan sekutu-sekutu mereka,” demikian penegasan dibuat KUIS melalui kenyataan sama.


Selasa, 13 Disember 2016

Ucapan PENUH Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Ceramah Mega Rakyat



Diterbitkan pada 12 Dis 2016

Ceramah Mega Rakyat telah berlangsung di Paya Jaras, Selangor pada 12 Disember 2016. Ribuan rakyat telah hadir ke ceramah ini yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Intipati Ucapan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS dalam Ceramah Mega Rakyat.

Walaupun berkongsi satu pentas dengan Tan Sri Muhyidin ( Bersatu ) dan R. Sivarasah ( PKR ) beliau tetap tegas menyatakan pendirian & dasar PAS dalam menghadapi isu² yang menghimpit negara sejak akhir² ini.

Dengan nada yang tegas beliau mengatakan pendirian PAS iaitu tidak akan sesekali bersama UMNO(BN) malah akan menentang UMNO(BN) dalam PRU akan datang .

Beliau mengimbau kembali sejarah² lampau PAS yang telah banyak kali membuat tahaluf siyasi dengan parti sebelum² ini seperti Parti Negara , Semangat 46 , PKR & beberapa parti lain termasuklah DAP sendiri .

Kebanyakannya menikam PAS dari belakang dan tidak menghormati akan dasar parti dan prinsip PAS .

Menghina TGHH bermakna menghina Pas. Pas tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pan & Dap.

Oleh yang demikian tegasnya lagi PAS akan bekerjasama dgn mana² parti yang boleh menghormati akan dasar² & prinsip parti masing².

Akhirnya beliau mengingatkan sekali lagi PAS tidak akan sesekali menjadi batu loncatan untuk dipijak oleh parti lain yang akan bekerjasama dalam blok gagasan sejahtera.

Ahad, 11 Disember 2016

WAJIB BACA!! PERANCANGAN KAUM CINA (DAP, MCA, GERAKAN) TAWAN MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!


JAWA BERNAM: WAJIB BACA!! PERANCANGAN KAUM CINA (DAP, MCA, GERAKAN) TAWAN MALAYSIA DIDEDAHKAN!!! :

Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Ditulis di dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar melayu yang belajar disana.
Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti.

Jumaat, 9 Disember 2016

Sejarah itu bukan utk di kenang tapi utk kita waspada.


Nazari Mokhtar

Sejarah itu bukan utk di kenang tapi utk kita waspada. Mengimbau sejarah Nusantara,

Philipina : Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Vietnam : Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Thailand : Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Siam Islam dan tempat lahir ulamak Islam tersuhur Nusantara. Sekarang sudah menjadi negara Buddha Beraja. Orang Melayu sudah tak reti cakap Melayu dan tak kenal tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Republic Singapura : Dulunya nama asalnya Temasek dibawah kerajaan Johor Lama, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu Arab Dan Cina. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah berantah ... Ada anak generasi millenium Di Johor tak tahu bahawa Singapura ini adalah milk negeri Melayu Islam dulunya.

Wilayah Arakan : Islam berkembang di Arakan sejak abad pertama Hijrah, zaman sahabat Nabi SAW 1400 tahun yang lalu. Islam masuk dibawa oleh para pedagang Arab pimpinan Waqqash bin Malik dan sejumlah tokoh Tabiiin. Kemudian gelombang kedua, Islam dibawa oleh para pedagang Arab Muslim pada abad kedua Hijrah, tahun 172 H/788 M di masa Khalifah Harun al-Rasyid. Mereka singgah di Pelabuhan Akyab Ibukota Arakan. Umat Islam terus berkembang di Arakan hingga berdirilah Kerajaan Islam oleh Sultan Sulaiman Syah dan berlanjut hingga 3,5 abad lamanya (1430- 1784 M), dipimpin oleh 48 raja Islam, dan berakhir dengan Raja Sulaiman Syah. Kemudian kerajaan Islam runtuh oleh serbuan penganut Buddha pd tahun 1784 M. Sejak saat itulah sampai hari ini umat Islam ditindas dan diperlakukan seperti haiwan. Kini mereka mengila dan Bangsa Islam Ronghiya dijadikan mangsa.

Khamis, 8 Disember 2016

Parti pembangkang menanti keputusan Pas


1. SEMUA parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan Pas. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi Pas. Mereka menaruh harapan agar Pas menyertai barisan yang mereka bentuk untuk menentang Umno dan BN dengan formula satu lawan satu.

2. Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi di pentas politik tanah air, barangkali kesan dari tindakan terburu-buru menubuhkan parti - parti baru yang kononnya akan membawa mereka menang cepat mengatasi Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

3. Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang Pas bertali arus dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan Pas. Mereka hina dan perkecilkan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan PRU14 kelak.

Hormati Islam dan tidak menentangnya

4. 1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada Pas. Kononnya Pas makan dedak Umno, mesra Umno, masuk perangkap Umno, ditipu oleh Umno dan sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada Pas. Namun realitinya, Pas tidak mudah untuk diperdaya oleh mana-mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu Manhaj Perjuangan Islam yang dianuti dan prinsip kebenaran yang didukung.

5. Sebetulnya, Pas sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara dengan mana-mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya dihormati dan tidak ditentang. Tiada yang lebih penting bagi Pas selain Islam. Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam sebagai hadaf (matlamat semasa) dan reda ALLAH SWT sebagai ghayah (matlamat akhir).

Gerakan Perubahan

6. Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanah air tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejatan sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik selain Islam.

7. Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas runtuhan jahiliah. Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan jahiliah lama.

Pas Memimpin Perubahan

8. Pas sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik. Antaranya ialah Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, Pas menegaskan secara muktamad bahawa kini sudah sampai masanya Pas memimpin perubahan. Suatu perubahan yang menuju Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara dan Keredaan ALLAH SWT.

9. Siapa pun boleh mengharapkan Pas sebagaimana mereka juga pada bila - bila masa boleh datang kepada Pas untuk menyertai gagasan memimpin perubahan ini. Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan Pas dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

DAP Menentang Islam

10. Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Maka polisi semasa Pas ialah menolak DAP dan mana-mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP. Justeru itu, sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama Pas ialah meninggalkan DAP dan datang kepada Pas dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu menghormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

*Inilah Penyelesaian Kita*

Sekian.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan Pas