Khamis, 18 Januari 2018

Sejarah Tak Menipu....

Dulu mereka ini lah yang konon nya berjuang menentang kezaliman. Mereka yang dimaksudkan itu adalah Ki Siang,  Guan Eng, Kak Wan, Azmin, Md Sabu. Kononnya banyak kezaliman yang dibuat oleh Dr Mahathir sehingga mereka gelar Dr Mahathir sebagai mahazalim dan mahafiraun. Mereka hambat Dr Mahathir bertahun-tahun yang akhir nya Dr Mahathir tunduk kepada tekanan mereka dan meletakkan jawatan. Mereka jadikan Manifesto PRU13 untuk mendakwa Dr Mahathir 24 jam selepas menang PRU.

Kini setelah Dr Mahathir berhenti jadi PM, geng yang sama juga lah yang mahu meletakkan semula Dr Mahathir menjadi PM. Beriya iya mereka berjuang mahu memastiikan Dr Mahathir kembali menjadi pemimpin nombor wahid negara.

Kini mereka ibarat mengunyah dan berkongsi cita rasa mahu menjadi manusia zalim seperti Dr Mahathir pula.

Apa lagi dosa-dosa yang mereka mahu Dr Mahathir lakukan ?

Tidak cukup kah pelbagai dosa besar dan kecil yang pernah dia lakukan semasa dia jadi PM.

Dari dosa kezaliman pembunuhan Memali, skandal Forex BNM sehingga kezaliman menghapuskan biasiswa Persekutuan milik orang melayu.

Tidak cukup kah 22 tahun Dr Mahathir jadi PM ? Nak di tambah lagi 5 tahun ? PM yang paling lama tu memerintah.

Tak cukup kah onar yang dia buat selama puluhan tahun dia jadi PM. Tak cukupkah berbillion ringgit dia lesapkan dalam skandal Forex BNM. Tak cukup kah berbillion ringgit projek yang dia anugerahkan kepada anak-anak nya Mirzan, Mukriz, Mokhzani, Marina dan yang lain-lain itu.

Pada usia sebaya mantan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe 93 tahun,  sepatutnya Dr Mahathir jaga cucu dan cicit dirumah, pergi ulang alik ke masjid, memegang tasbih beribadah kepada yang esa.

Pada usia selepas Isyak itu sepatut nya Dr Mahathir berusaha menemui pencipta nya secara aman.

Betul lah apa yang kaum kerabat Pak Pandir pesan, jangan kita jadi yang di kejar tidak dapat, yang di kendong keciciran.

Dulu mereka kendong Pas, mereka yang berpeluk cium dengan Pas, mereka kendong Pas berjuang ke hulu dan hilir,  kini mereka telah campak kan Pas, mereka ceraikan Pas. 

Mereka ingin mengejar buah yang diumpan oleh Dr Mahathir. Mereka tidak belajar dari pengalaman lalu walaupun mereka pernah rasa buah masam yang Dr Mahathir pernah lemparkan kepada mereka. Kit Siang, Guan Eng, Md Sabu dan berdozen-dozen lagi rakan seperjuangan mereka pernah merengkok dalam penjara Isa, Osa dan Akta Hasutan dihukum Dr Mahathir, itu pun mereka tidak pernah insaf betapa jahat dan zalim nya Mahathir bila dia jadi PM.

Kalau Pak Pandir itu masih hidup tentu nya dia akan konfuse dan gelak sendirian berkata-kata di dalam hati “ aku ingat aku yang tolol, rupa-rupa nya ada lagi yang lebih bahlul.”

Allah telah mentakdirkan pakatan menjadi Pakatan Pak Pandir. Tentunya rakyat tidak mahu menjadi pengikut pak pandir yang menang sorak tapi kampung nya tergadai.

*Satu soalan untuk pemimpin Pakatan, adakah siasatan dan pendakwaan terhadap Dr Mahathir akan diteruskan jika Pakatan menang PRU14?*

*Otai Reformasi*
Bangsar Utama
10/01/18

Rabu, 17 Januari 2018

PAS Mampu Urus Negara Dengan Baik

Alhamdulillah segala puji bagi Allah,  sepanjang 27 tahun PAS mentadbir negeri Kelantan dengan amanah dan adil berdasarkan slogan membangun bersama Islam. PAS berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan sebagaimana yang dijelaskan oleh setiausaha kerajaan negeri Kelantan dalam program amanat YAB menteri besar Kelantan 2018. Antara kejayaannya:

1• Peningkatan pungutan hasil sebanyak RM 566.52 Juta berbanding RM 497.20 Juta pada tahun 2016 

2• Penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 2.9  juta berbanding tahun 2016

3•  Anggaran lebihan atau surplus Kerajaan Negeri 2017 adalah sebanyak RM 38.76 juta berbanding defisit pada tahun 2016 sebanyak RM 33.47 juta.

4•  Tahun 2017 merupakan pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun

5• Hasil daripada proses pendaftaran tanah meningkat kepada RM 44 juta  atau 58% melebihi anggaran RM 28 juta.

6• Agensi kerajaan Negeri Kelantan merupakan salah satu jabatan yang terbaik dalam aspek pengurusan kewangan di Malaysia

7• 12 jabatan serta agensi negeri mendapat penarafan 5 bintang oleh Jabatan Audit Negara tahun 2016.

8• Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berada di kedudukan teratas dengan markah 99% dan Pejabat Perbendaharaan Negeri sebanyak 98.61%

9• Perbendaharaan Negeri Kelantan  mendapat penarafan cemerlang lima bintang anugerah khas keselamatan perlindungan tahun 2016 dalam audit yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.

10• Sehingga kini Pegawai Kerajaan Negeri Kelantan adalah bersih dan bebas daripada tuduhan rasuah oleh Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba hambanya yang mentadbir negeri berasaskan taqwa, sebagaimana firmannya dalam surah al-a'raf 96:

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض...

Sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa nescaya kami buka keberkatan rezeki dari langit dan bumi kepada mereka...

PAS sangat yakin bahawa dengan menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran negara insyaallah semua masalah negara dapat ditangani dengan baik dan berkat. Jom bersama PAS bina negara dengan Islam.

Sekian...
Shahril Azman Abd Halim
17/01/18

Isnin, 15 Januari 2018

Ramai Ahli PAS Suka Hadir Program-program Kuliah, Majlis Ilmu, Program berzikir.

*Soalan:*

Kita tengok sekarang ramai ahli PAS yang lebih suka hadir program-program kuliah, majlis ilmu, program berzikir atau berzanji. Mereka lebih suka menjemput dan mendengar kuliah-kuliah dari ustaz-ustaz yang tidak sama fikrah dengan perjuangan yang di bawa oleh PAS. Malangnya, ahli PAS ini sendiri GAGAL menghadirkan diri program-program dalaman parti PAS seperti usrah, liqa' fikri, ceramah dan juga program-program tarbiyah yang disusun khas untuk ahli PAS supaya berlaku kesamaan fikrah antara ahli. Apa pandangan ustaz berkenaan hal ini dan mengapa perkara ini boleh berlaku?

*Jawapan:*

Terima kasih pada yang memberikan komen, pandangan dan nasihat, berkait dengan kepentingan penglibatan kita dalam kegiatan politik khususnya di bawah badan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu sendiri.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi, agenda politik dalam perjuangan Islam ini satu agenda yang sangat mulia. Oleh kerana itulah dalam sirah Nabi S.A.W, kita lihat bagaimana Nabi sanggup berhijrah daripada Mekah pergi ke Madinah, kerana agenda politik.

Kalau kita lihat dalam perbahasan ulama’, di sana ada satu feqah di namakan sebagai Feqah Al-Muazanah dan Feqah Al-Aulawiyat. Kalau dua perkara, satu baik dan satu buruk, ini mudah untuk kita timbang. Ataupun, satu benda yang jelas, contohnya ialah kita balik ke rumah, anak kita lapar, ayam itik kita pun lapar jugak, kita nak bagi makan kepada anak kita dulu ke ataupun kita nak bagi makan kepada ayam itik kita? Tentulah Aulawiyatnya kepada anak kita dulu yang lapar.

Tapi jika sekiranya dua perkara semuanya baik, semuanya bagus, kadang-kadang kita payah untuk buat pertimbangan (Muazanah).

Di sinilah perlunya kepada alim ulama’ untuk melihat nas-nas syarak dan waqi’ semasa bagi membuat keputusan yang mana yang patut didahulukan, yang mana patut di kemudiankan.

Kalau kita lihat Sirah Nabi, Nabi tinggal Mekah pergi ke Madinah. Dari sudut feqah Muazanah dan juga feqah Aulawiyat, di sini berhukum dua perkara iaitu maslahah DAKWAH dan maslahah POLITIK. Kalau Nabi duduk di Mekah, ini maslahah DAKWAH. Nabi boleh dakwah Abu Jahal, boleh dakwah Abu Lahab, tiap-tiap hari Nabi boleh jumpa, tetapi kalau Nabi pergi ke Madinah, di sini ada maslahah POLITIK. Kerana di Madinah, penduduknya mengizinkan pada Nabi untuk dijadikan sebagai pengkalan, negara kerajaan Islam. Maka Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Nabi MENDAHULUKAN maslahah politik daripada maslahah dakwah. Kadang-kadang perkara ini mengelirukan kita.

Masa PAS duduk dalam Pakatan Rakyat dulu, kemudian Majlis Syura Ulama’ buat keputusan kita keluar, ada ahli-ahli PAS yang marah. Mereka kata, kenapa putus dengan Pakatan Rakyat? Bukan kita boleh dakwah DAP, dakwah PKR. Keputusan Majlis Syura Ulama’ kerana melihat maslahah politik lebih penting dari maslahah dakwah. Kalau PAS terus berada dalam PR, ya, kita boleh dakwah, boleh jumpa Lim Kit Siang tiap-tiap hari. Tetapi, dari segi politik, PAS rugi berada dalam PR. Politik yang dimaksudkan di sini adalah POLITIK ISLAM.

Tadi saya telah sebut, DAP letak syarat, kalau nak bersama PR, maka jangan bercakap soal negara Islam dan lain-lain. Maka di situlah kita lihat MSU buat keputusan bahawa PAS tidak ada hubungan dengan DAP, tidak ada hubungan dengan PKR. Kita sekarang mempunyai gagasan kita sendiri. Dan di sinilah penting program-program Tarbiyah, Usrah, Liqa’ Fikri dan lain-lain lagi untuk kita menguatkan iman, mengukuhkan Fikrah kita.

Betapa pentingnya agenda POLITIK kepada umat Islam yang hari ini sebahagian besar umat Islam menganggap agenda POLITIK ini adalah perkara sampingan. Buat pun takpe, tak buat pun takpe, ikutlah siapa nak memerintah. Ini sangat bahaya.

Termasuklah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana pegangan agama. Dia mengajar feqah, dia mengajar muamalat, dia mengajar apa sahaja, beri ilmu pada masyarakat, itu bagus, baik. Tetapi kita kena ajar kepada umat Islam betapa pentingnya agenda Politik.

100 Tahun umat Islam berada di zaman gelap ini, kerana apa? Kerana umat Islam menganggap agenda politik ini agenda sampingan menyebabkan musuh-musuh Islam menguasai dunia sehingga Palestin dirampas. Sampai hari ini negara-negara umat Islam menganggap bahawa agenda politik ini perkara sampingan, di sisi mereka politiknya mereka boleh guna kuasa. Negara Arab Saudi dimarah, mereka tak kira, Palestin duduk di tangan Yahudi sampai bila-bila pun, yang penting mereka boleh guna kuasa.

Maka di sini kita perlu, yang pertamanya ialah sentiasa memberikan kefahaman, memberikan nasihat kepada masyarakat supaya mereka mengutamakan agenda politik ini demi untuk memastikan Islam berkuasa. Dan sesama kita pun kita mestilah beringat, kadang-kadang kita pun terbabas jugak. Memang dah kadang-kadang kita mempunyai banyak tanggungjawab, banyak kewajipan. Pada keluarga ada kewajipan, pada tubuh badan ada kewajipan, dan kewajipan-kewajipan yang lain. Dalam perjuangan kita PAS ini kewajipan kita. Jadi kita nak pastikan semuanya ini dilaksanakan, ini memerlukan kepada kebijaksanaan kita mengurus.

Tetapi kita kena ingat agenda politik dalam Islam adalah agenda yang sangat mulia. Bila musuh-musuh Islam melihat gerakan Islam makin hari makin ke hadapan, mereka buat macam-macam perancangan.

Saya baca dalam laporan Rand Corporation (RC). Rand Corporation ini adalah satu institut yang ditubuhkan pada tahun 1948 di Amerika Syarikat. Institut ini laporannya diguna pakai laporannya oleh tentera udara Amerika Syarikat. Kemudian laporan ini akhirnya dikembang dan diguna kementerian pertahanan dan kementerian luar USA untuk merangka polisi-polisi.

Dalam beberapa tahun ini, laporan RC menyebut  bahawa USA mesti memberi perhatian kepada gerakan-gerakan Islam. Maksudnya adalah gerakan politik.

Antara strategi yang di atur adalah menyokong, membantu mengembangkan individu dan kumpulan-kumpulan Islam yang tidak terlibat dengan politik. Kalau perlu beri dana, beri dana. Ini kita perlu beri perhatian. Minta maaf la kita sebut. Ini sebagai satu peringatan kepada kita.

Di sana terdapat individu, terdapat kumpulan-kumpulan yang mana mereka dapat dana, dapat duit untuk buat program ilmu sebagai contoh. Untuk buat program berzikir sebagai contoh. Supaya mereka lupa kepada agenda politik. Semua program-program ini bagus, baik, tetapi bila orang islam pergi, lalai lalu akhirnya mereka rasa syok, “owh, best duk dalam majlis ilmu. Dapat tambah ilmu”. Betul, bagus, baik. “owh, best duduk dalam majlis yang mendekatkan diri kepada Allah, sentiasa bertasbih, bertahmid. Kalu duk cara pasal politik ni payah, dok suka pada orang, benci pada orang”. Lalu akhirnya mereka makin hari makin jauh dari agenda politik dalam diri mereka. Ini kita kena beri perhatian.

Sebab itulah PAS  sentiasa beri peringatan bahawa agenda politik ini adalah agenda yang sangat penting yang mesti diberikan perhatian oleh umat Islam. Dan kita selalu sebut dalam kuliah kita, dalam ceramah kita, dalam forum kita supaya orang Islam ini sentiasa ingat dan di tanam dalam hati dia penting agenda politik yang mesti dilakukan oleh mereka, yang mesti diteruskan oleh mereka, yang mesti ditanam dalam diri mereka.

Jadi walaupun bermacam-macam ujian dan cabaran sebagaimana saya sebutkan tadi, perkembangannya makin hari kebangkitan Islam dari segi politik ini makin memuncak, makin berkembang. Ini yang membimbangkan musuh Islam.

Tapi yang penting adalah kita Istiqomah.Tadi saya sebut dalam perjuangan kita ini, kita tak tahu bila menang, dan kita tak tahu macam mana. Tadi pun ada sebut, ada orang tak faham PAS ni nak pergi ke mana kerana zaman kita sekarang ini dah zaman bertahan. Bila kita menang dan macam mana kita menang, itu kita tak tahu. Tapi kita yakin janji Allah dan janji Nabi SAW. Nabi pernah sebut dalam satu hadis bahawa Islam ini akan menang balik. Selepas daripada zaman Mulkan Jabariyya, akan kembali kepada khilafah. Ini Nabi sebut. Dan ini janji Nabi dan ini yang kita kena yakini.

Sekarang ini kita kenalah jaga diri kita duduk dalam Jemaah Islam, Istiqomah dengannya kerana zaman sekarang ni adalah zaman bertahan bertembung dengan kebatilan-kebatilan yang ada.

Wallahualam

Jawapan dari *Ustaz Khalil Abdul Hadi*

Betulkan Niat Perjuangan

IKHLAS (niat yang betul dan tulus kerana Allah swt) adalah rahsia antara seorang pejuang dengan tuhannya. Ia juga adalah sumber utama untuk mendapatkan nusrah (pertolongan dan kemenangan) daripada Allah swt.

Niat perjuangan yang betul merupakan akhlak pejuang. Malah ia berfungsi sebagai anti virus. Membunuh virus yang terhasil dari sifat mazmuumah (negatif) seperti:

Riya’ (berjuang untuk diperlihatkan kepada awam bahawa ia rajin, berani dll)

Ujub (bangga diri dan rasa hebat kerana banyak menyumbang dan berkorban untuk jamaah)

Hubbu Riyaasah (kemaruk jawatan atau kedudukan sehingga mendorong lobi-melobi, politik cantas, fitnah dll)

Tanpa ikhlas atau niat yang betul dalam perjuangan ini, biarpun hebat pengaruh, publisiti yang berjaya dicapai, ia akan memulangkan mudharat besar kepada diri dan jamaah. Paling minima, hilang keberkatan dan kelazatan berjuang, selanjutnya ia mengheret jamaah dalam konflik dalaman dan kemuncaknya ialah Allah swt membatalkan jadual kemenangan.

Ikhlas (niat perjuangan yang betul):

• Nawaitu yang jelas.

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله و رسوله فهجرته إلى الله و رسوله و من كانت هجرته لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari Umar Al Khattab Rha : Aku telah mendengar Rasulullah saw berkata:

Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya ganjaran bagi setiap orang, bergantung kepada apa niatnya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya saw, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

• Tidak bermain alasan.

Firman Allah swt:

لَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَن يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ

Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

Sesungguhnya mereka yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan orang yang hati mereka (sangat) ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. (Surah At Taubah: Ayat 44 – 45)

• Bersedia menerima arahan

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ أَوْ كَرِهَ إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

Dari Abdullah ibnu Umar Rhma bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

Satu kewajipan atas seorang muslim mentaati (pemimpin) dalam perkara yang ia suka atau benci kecuali apabila ia diperintah melakukan maksiat. Maka apabila diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat Ibnu Majah)

Niat perjuangan yang betul ialah apabila kita berjuang hanya kerana Allah swt. Demi mencari keredhaan Allah swt dan menegakkan Syariat Allah swt di bumi bertuah ini. Bukan kerana nama, pengaruh, jawatan dan projek.

Hadis Rasulullah saw dari Abi Musa Al Asya’ri Rha:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw maka ia berkata : Seseorang berjuang untuk mendapatkan ghanimah, seseorang yang lain agar menjadi terkenal dan seseorang yang lain lagi untuk dilihat kedudukannya, maka siapakah yang benar-benar berjuang dijalan Allah swt ? Maka Nabi saw bersabda: "Siapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah yang disebut fii sabilillah". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Mencetak Pejuang Sufi & Haraki

Nasrudin Hassan
26 Rabiul Akhir 1439 | 14 Januari 2018

Ahad, 14 Januari 2018

UMAT ISLAM SELAMATKAN NEGARA DARIPADA BUDAYA HIBURAN LIAR DAN MEROSAKKAN (14 Januari 2018)

1. Terdapat laporan dalam media negara ini bahawa ada bintang hiburan antarabangsa tidak mengadakan persembahan di Malaysia, dan hanya singgah di beberapa buah negara Asia Tenggara. Antara sebab artis terkenal tersebut tidak mengadakan persembahan di Malaysia adalah kerana kekurangan penajaan. Menurut laporan itu lagi, syarikat yang menjual produk tidak halal seperti alkohol dan rokok enggan memberikan penajaan, dan alasan paling utama adalah Malaysia dilihat semakin cenderung menjadi negara konservatif Islam. Bintang terkenal yang disebut itu adalah Celine Dion.

2. Selain Celine Dion, artis lain adalah seperti Coldplay, Megadeth yang dibatalkan konsertnya, Mayhem dan Beyonce serta beberapa artis terkenal lain. Bagi peminat hiburan antarabangsa, berita ini mungkin suatu perkara buruk yang meresahkan dan menyedihkan mereka. Tetapi masyarakat seluruhnya, berita inilah yang membaw sinar kebahagiaan dan memberi kebaikan khususnya bagi pertumbuhan generasi muda.

3. Jika alasan konservatif agama sebagai punca kurangnya penajaan maka kerana itu para artis terkenal tidak jadi konsert di Malaysia, maka itulah kejayaan kepada umat Islam di negara ini. Walaupun mereka menuduh umat Islam di negara ini beramal dengan konservatif agama, sedangkan mereka tidak tahu bahawa umat Islam di negara ini sedang mengamalkan ajaran sebenar agama Islam seperti yang dituntut oleh agama.

4. Berita ini memberi makna bahawa penaja menyedari bahawa Malaysia bukan seperti negara-negara lain yang bebas dan terbuka seluasnya. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai reputasi tinggi sebagai sebuah negara Islam. Walaupun ada pihak menganggap perkembangan ini sebagai negatif, namun bagi majoriti umat Islam di negara ini, ia adalah satu perkembangan positif. Justeru, dengan perkembangan ini, mereka yang berkira-kira mahu menganjurkan kosert di negara perlu menghormati budaya, amalan agama dan adat resam masyarakat di negara ini.

5. Islam tidak menyekat kebebasan, keterbukaan, hiburan dan keseronokan. Islam meraikan semua perkara tersebut asalkan pada had yang dibenarkan syarak. Islam hanya menolak budaya ‘liar’ yang melalaikan dan merosakkan, candu hiburan tanpa had dan kebebasan, parti-parti liar yan mengkhayalkan, lirik yang merosakkan, percampuran bebas lelaki dan perempuan yang tidak ada batasan. Kesudahannya anak-anak muda yang berakhir dengan perzinaan, maksiat, minum arak, menghisap rokok, mengambil dadah, bergaduh dan lain-lain.

6. Masyarakat di Malaysia juga sangat bimbang generasi anak-anak muda yang memiliki akhlak dan tingkah laku yang liar, suka berhibur, berpakaian tidak senonoh, mengambil artis-artis barat yang liar dan berakhlak buruk sebagai ikon hidup mereka. Oleh kerana itu, masyarakat Malaysia merasa sensitif dan amat prihatin terhadap budaya hiburan yang menular. Banyak siri bantahan yang disuarakan terhadap penganjuran konsert-konsert menyebabkan para penaja dan penganjur merasa ‘panas punggung’ untuk menganjurkan sesuatu konsert. Mereka serik dengan banyaknya bantahan dan kebencian masyarakat terhadap hiburan yang melalaikan ini.

7. Mungkin para penaja dan penganjur konsert perlu mengetahui bahawa Malaysia bukan hub hiburan dan konsert liar mega bersifat antarabangsa. Di dalam negara ini sendiri, terlalu banyak elemen hiburan yang melalaikan telah terhidang di depan mata. Malaysia tidak kurang pusat-pusat hiburan dan kelab malam di mana-mana, pusat karaoke dan rumah urut yang hampir tidak terkawal. Di tambah dengan media sosial dan televisyen yang hampir setiap masa menghidangkan hiburan untuk setiap golongan.

8. Biarkan golongan yang cintakan hiburan dan pemuja artis terkenal antarabangsa mendapat hak hiburan mereka di luar negara. Pergilah mana-mana negara Asia Tenggara untuk mendengar, menonton dan menyaksikan sendiri artis tersebut, tetapi bukan di Malaysia. Kepada umat Islam dan pencinta kepada kemakmuran, teruskan dengan bersifat sensitif dan prihatin terhadap negara. Dengan sikap mereka ini, mungkin kita dipandang hina oleh segelintir orang, tetapi ia mampu menyelamatkan masyarakat dan negara.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Sabtu, 13 Januari 2018

PAS Dan Fiqh Kenegaraan

PAS sering difitnah dan disalahertikan. Itu biasa bagi sebuah parti Islam yang unik dan istimewa dengan perjuangan Islamnya yang bernilai tinggi. Ia tiada dalam parti-parti lain yang turut berjuang di medan politik tanah air.

Serangan musuh yang memerangi Islam akan dihalakan kepada PAS kerana mereka cukup sedar bahawa PAS sedang memperjuangkan Islam yang sebenar sebagaimana ianya dibawa oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam.

Oleh kerana Islam tegas mengembalikan hak dan keadilan kepada rakyat yang tertindas, maka para pemimpin yang bernafsu rakus dan mereka yang merajakan hawa nafsu dan kebebasan tanpa ikatan agama akan cukup gerun dan khuatir bahawa segala kehendak dan keistimewaan yang mereka miliki akan tercabut dan kembali kepada rakyat melalui keluhuran prinsip keadilan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Justeru fitnah terhadap Islam akan beriringan fitnah terhadap PAS juga. Tetapi ianya adalah lumrah dan sunnah Allah untuk agama-Nya bahawa fitnah dan ujian itu adalah menjadi kayu ukur kepada sebuah kejayaan yang pasti hadir. Dengan pelbagai ujian dan cabaran dari pelbagai arah yang bertalu-talu, PAS berdiri teguh dengan nilai istiqamah dan iman yang tinggi di dalam menjaga keaslian perjuangannya.

PAS memperkenalkan untuk rakyat Malaysia dalam dakwah politiknya sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum hakamnya yang adil dan sejahtera. Kerana itu, tidaklah janggal dan sudahlah pasti PAS begitu memahiri selok belok fiqh kenegaraan yang menjadi tumpuan utamanya di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat.

Adalah sukar difahami bahawa PAS masih mentah, cetek dan mengelirukan apabila bercakap mengenai sistem pemerintahan Islam yang ideal untuk Malaysia. Bukankah kegagalan memahiri fiqh kenegaraan akan membunuh PAS? Justeru bagaimana boleh dibayangkan PAS ralat dan tersasar di dalam mengembangkan fiqhnya, kemahiran dan potensinya dalam isu-isu kenegaraan?

PAS sejak awal penubuhannya dipandu oleh ilmu politik Islam melalui para pemimpinnya yang berkaliber. Dr Burhanudin al Helmi dan Dr Zulkifli Muhammad adalah contoh awal kekuatan ilmu politik Islam dalam PAS. Sehingga kini sejarah perjuangan mereka menjadi panduan berguna kepada para pejuang PAS hari ini.

Sejak era kepimpinan ulamak menerajui PAS lebih 30 tahun lalu, ia berjaya melonjakkan PAS ke persada yang lebih tinggi dan kaya dengan ilmu politik Islam kontemporari dan komprehensif. PAS terus maju dan diterima rakyat. PAS kekal berkubu di kampung dan pedalaman bersama rakyat bawahan tetapi begitu malar menjalar maju ke perbandaran dan kota lalu keilmuan dan kemodenan terus membina PAS menuju kejayaan hari ini.

Apatah kini PAS sudah pun dikurniakan sedikit kekuasaan politik di beberapa negeri yang diperintahnya. Ia menjadi satu pengenalan yang amat bernilai bagi memahami sistem pemerintahan bertunjangkan Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS pada hari ia sampai ke Putrajaya nanti. Negeri Kelantan misalnya adalah contoh kejayaan PAS yang tidak mungkin dinafikan semudahnya.

Negeri Terengganu dan Kedah yang pernah diperintah oleh PAS telah meninggalkan kesan positif yang begitu penting di dalam nurani rakyat bagi mencetus keberanian dan keyakinan untuk berubah daripada politik status quo kepada politik Islam yang lebih dinamik dan islahiah.

Di bawah kepimpinan YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini, PAS begitu gagah untuk ditumbangkan. Beliau adalah arkitek dan ideolog yang membina PAS. Beliau adalah ulamak haraki, ulamak politik dan ulamak yang memiliki kemahiran diplomatik yang diakui dunia Islam. Itu adalah tambahan kepada keilmuan terasnya yang kukuh di dalam ilmu al Quran dan tafsirnya, al Sunnah dan syarahnya, Sirah dan ibrahnya serta fiqh dan cabangannya.

Itulah PAS. Bertali temali dengan pengalaman daripada adunan ilmu politik Islam dan fiqh kenegaraannya yang luas. PAS berhak mendapat penghormatan di dalam bidang yang ditekuninya itu berdasarkan ilmu dan pengalaman yang telah ditempuhinya puluhan tahun sedari zaman perjuangan kemerdekaan.

Tetapi fitnah dan serangan sentiasa datang. Jika ia datang daripada golongan kafir dan munafik yang membenci Islam, maka ianya mudah diterima. Itulah arah yang semestinya ia datang darinya. Mereka musuh Islam selamanya. Maka mereka akan memusuhi PAS yang menjunjung perjuangan Islam.

Tetapi jika ianya datang dari kalangan ilmuan Islam sendiri atau daripada mereka yang mendakwa turut bekerja untuk Islam, maka ianya agak menyedihkan dan berat untuk diterima. Kita akan berfikir panjang, mengapa mereka istiqamah menghalakan kepada PAS serangan dan fitnah yang tidak memberikan apa-apa selain keuntungan kepada musuh Islam jua.

Apa untung untuk Islam jika PAS kalah dan musuh yang membenci Islam bergembira dengan kemenangan yang berpihak pula kepada mereka? Apa rugi umat Islam jika PAS menang? Adakah PAS akan lebih zalim dari dari UMNO BN? Atau dalam bahasa lebih ringan, apakah UMNO BN lebih baik daripada PAS untuk memperkenalkan Islam dengan segala kesempurnaannya?

Sedari lebih suku abad PAS mentadbir negeri Kelantan, tidak ada kumpulan-kumpulan Islam yang dipinggirkan kerana berbeza pandangan dalam cara dan strategi dakwah. Malah politik Islam anjuran PAS menyatukan mereka dalam banyak perkara. Sebahagian mereka menduduki kerusi exco dan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan. Tidak ada sebarang aktiviti dan usaha dakwah di medan yang dihalang oleh kerajaan PAS. Malah PAS mengalu-alukannya dengan peruntukan yang turut disalurkan sekadar kemampuan.

Justeru, di mana ruginya Islam dan kumpulan-kumpulan pejuangnya jika PAS berjaya ke Putrajaya jika masing-masing mendapat tempat selayaknya demi bersama-sama menjayakan cita-cita Islam untuk negara?

Adalah wajar PAS dikritik samada dari luar atau dalam. Terbuka atau tertutup. Itu amat baik untuk PAS dan sememangnya PAS sebagai sebuah parti perjuangan rakyat hidup dan berkembang dengan budaya mengkritik dan ia menjadi sebahagian daripada warna warni yang membajai kehidupan dan kejayaannya.

Tetapi biarlah kritikan yang datang  daripada sesama pejuang agama itu bersifat membantu, bukannya membantut. Jika pula ianya datang daripada para ilmuan, maka biarlah ia ilmiah sifatnya. Ilmiah itu menghidupkan. Jika tidak, maka ia hanya menjadi senjata buat musuh atau lebih malang, ia mencipta kemarahan dan perlecehan sesama sendiri.

Apabila Tuan Guru Presiden PAS menulis mengenai negara cadangan PAS yang meletakkan Islam sebagai payung kuasa, ia sepatutnya diberi nilai ilmiah yang tinggi untuk perbahasan yang memanfaatkan. Jika ingin dibahaskan, biarlah ia benar-benar membahaskan isi dan kehendak yang dimaksudkan oleh presiden PAS, bukan memahaminya secara salah, lalu memaksa orang lain memahaminya mengikut kefahamannya yang salah itu yang tidak pun dimaksudkan oleh tuan guru presiden sendiri.

Jika tidak, kita akan terus mengulangi kesilapan dan kesalahan para ilmuan terdahulu yang berbalah dan berkhilaf sengit bukan kerana kesalahan isi, tetapi kegagalan memahami isi dengan betul. Ia berlaku sejak sekian lama yang telah mencetuskan pertikaian tidak berkualiti malah merosakkan kesatuan Islam.

Jika mereka memberi sedikit penghormatan yang benar terhadap kefaqihan tuan guru presiden PAS dalam bidang yang dipakarinya, sudah pasti mereka akan lebih teliti dan berhati-hati di dalam memahami maksud sebenar sebagai ganti kepada serangan membabi buta yang memalukan dunia ilmiah Islamiah dan para sarjananya.

Bagaimana boleh dibayangkan bahawa Tuan Guru Presiden PAS telah mencadangkan sebuah kabinet kerajaan Islam tanpa seorang menteri pun daripada kalangan non muslim? Bukankan ini pandangan terlalu naif untuk diterima daripada seorang ulamak yang pakar fiqh kenegaraan?

Kemudian, daripada menumpukan kepada maksud semasa yang dikembangkan di dalam memahami perbezaan di antara maksud wizarah tanfiziah dan wizarah tafwidiah yang dibahas dalam kitab siasah syarieyah klasik oleh para ulamak terdahulu, mereka sebaliknya terus teruja untuk menyerang tuan guru presiden dan terlalu obses pula untuk memenangi perdebatan sehingga menolak mentah penjelasan yang diberikan secara beradab dan ilmiah oleh Lujnah Penerangan PAS yang berotoriti sekali untuk mewakili PAS menyampaikan maksud sebenar yang mesti difahami daripada tulisan dan isi-isi yang ingin diketengahkan oleh presiden PAS untuk rakyat.

Inilah kelemahan yang tidak membantu perjuangan Islam. Kita ralat dengan perselisihan ulamak lampau yang berbalahan dalam isu-isu kecil, tetapi kita sendiri tanpa insaf memasuki medan yang sama. Akhirnya musuh Islam juga yang bertepuk tangan dan merayakan fitnah baru terhadap perjuangan menegakkan politik dan keadilan Islam dalam negara tercinta.

Semoga PAS terus maju mengembangkan ilmu siyasah syarieyah dan fiqh kenegaraan untuk tatapan dan santapan rohani rakyat Malaysia. Maju PAS untuk negara.

Jumaat, 12 Januari 2018

MENGAPA PERSEPSI DAP ANTI MELAYU ANTI ISLAM SEMAKIN MEMBARAH?

Pada 7 Januari 2016, Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman mengumumkan dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 bahawa 64 peratus daripada 1,716 responden Melayunya di Selangor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.

Ekoran itu, pemimpin DAP, khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang, secara terbuka menyalahkan kempen UMNO dan PAS sebagai punca semakin meningkatnya sentimen kebencian orang-orang Melayu Islam terhadap DAP di samping menggesa pemimpin, ahli dan penyokong DAP merasa bimbang dan mengambil berat mengenai perkara ini.

Antara langkah-langkah yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang bagi menangkis persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam adalah supaya pemimpin, ahli dan penyokong DAP lebih banyak bersemuka dengan orang-orang Melayu Islam dan memberikan penerangan bahawa DAP bukan anti Melayu dan anti Islam.

Bagaimanapun, langkah-langkah ini kelihatan tidak memberikan sebarang kesan ekoran pengumuman terbaru Wan Saiful Wan Jan mengenai dapatan kaji selidik ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapura, antara Mei dan Jun 2017 bahawa 71 peratus daripada 1,104 responden Melayunya di Johor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.

Persepsi DAP adalah anti Islam khususnya adalah begitu meluas sekali, malah dinyatakan secara terbuka bukan sahaja oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah oleh pelbagai tokoh Melayu Islam lain, termasuklah di dalam khutbah Aidil Adha Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 2015.

DAP malangnya gagal berbuat apa-apa dan seolah-olah “helpless” untuk menangani perkara ini selain hanya membuat laporan polis yang tidak bererti atau membuat ugutan yang tidak terkota untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebut DAP anti Islam, termasuk ugutan Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Abdul Hadi.

Persepsi DAP anti Islam yang dipersetujui oleh 64 peratus daripada Melayu Selangor pada November 2015 dan dipersetujui oleh 71 peratus daripada Melayu Johor antara Mei dan Jun 2017 sepatutnya sangat membimbangkan pemimpin DAP dan pemimpin parti-parti Melayu yang bersekutu dengannya di dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, pertamanya, walaupun melibatkan dua negeri yang berbeza, secara kasarnya terdapat peningkatan yang ketara di dalam persetujuan orang-orang Melayu Islam bahawa DAP adalah anti Melayu dan anti Islam antara 2015 dan 2017, iaitu 64 peratus pada 2015 dan 71 peratus pada 2017, walaupun pelbagai usaha dibuat oleh DAP bagi mengatasinya.

Keduanya adalah kerana kedua-dua kaji selidik yang menunjukkan wujudnya persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam ini bukanlah dikendalikan oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP, tetapi dikendalikan oleh pihak-pihak yang sama ada bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP.

Bila kaji selidik yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP atau memihak kepada musuh-musuh DAP.

Ketiganya adalah kerana kedua-dua kaji selidik ini dikendalikan di negeri-negeri bukan “Malay-belt” di sebelah Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia tetapi di negeri-negeri maju yang DAP mempunyai kehadiran yang nyata, khususnya melalui 15 Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri di Johor.

Bila kaji selidik yang dikendalikan di negeri-negeri maju yang DAP mempunyai kehadiran yang nyata, membolehkan DAP lebih banyak bersemuka dengan orang-orang Melayu Islam, pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat di negeri-negeri “Malay-belt”.

Soalnya ialah mengapa persepsi DAP anti Melayu anti Islam ini semakin membarah tatkala Lim Kit Siang sendiri telah menyarankan pemimpin, ahli dan penyokong DAP berbuat sesuatu mengenainya? Bolehkah ini diatasi hanya dengan menyalahkan UMNO dan PAS sedangkan DAP sendiri tidak pernah mengambil sebarang langkah konkrit ke atasnya?

Khamis, 11 Januari 2018

Muafakat PH hanya untungkan elit politik tertentu

DR RIDUAN MOHD NOR  09 JANUARY 2018

PEMBAHAGIAN kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan raya Umum ke-14 memperlihatkan dominasi kelompok elit politik licik dan cerdik yang pantas mengambil peluang menguasai PH. Dalam hal ini, yang paling banyak mendapat laba dan keuntungan adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan masing-masing mendapat kerusi paling banyak. PPBM dijangka bertanding 52 buah kerusi manakala PKR mendapat 51 buah kerusi. DAP pula mendapat bahagiannya dengan 35 kerusi sementara Parti Amanah Negara (PAN) pula hanya mendapat 27 buah kerusi.

Lebih menakjubkan, PPBM mendapat bakal calon Perdana Menteri dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai calon PM jika mereka menang sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Agak melucukan dan begitu menghairankan, parti serpihan yang dibentuk belum sampai dua tahun boleh mendapat tempat sebegitu tinggi sedangkan parti yang lebih kurang sebaya, PAN hanya mendapat 27 buah kerusi parlimen dan tidak dijanjikan apa-apa kedudukan tertinggi.

Bagi PH, inilah muafakat terbaik dengan dominasi daripada dua bekas parti serpihan UMNO ini. Muafakat bagi mereka, jika mereka mendapat tempat tertinggi dan kedudukan kepimpinan tertinggi. Dinamakan muafakat jika yang berhak mendapat kata putus, kuasa veto dan hierarki tertinggi adalah pemimpin elit kelompok mereka. Tidak menjadi muafakat, jika calon PM dan TPM diambil dari kalangan pemimpin muda yang bukan dari kelompok mereka manakala kerusi yang mereka dapat diagih secara adil dan saksama. Barulah ini semangat muafakat dan setiakawan, kerana orang lain akan setia dalam persahabatan dengan mereka, sedangkan mereka tidak pernah setia dalam berkawan.

Benarlah kata orang, politik bukan soal kejujuran dan ketulusan. Politik adalah sejauh mana golongan yang bijak mengambil kesempatan dengan mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Konsensus yang mereka tunjangi tersingkap hanya retorik demi meraih sokongan rakyat terbanyak. Ia hanyalah slogan kosong kerana perjuangan hanya berteras nafsu untuk kepentingan peribadi. Awal-awal lagi konsensus yang diperlihatkan hanya menguntungan satu dua orang tertentu dan kelompok tertentu. Hasilnya satu dua hari ini, muncul rasa tidak puas hati di mana-mana yang boleh melahirkan sabotaj dan pengkhianatan. Konsensus mereka umpama sarang labah-labah, sangat rapuh dan hanya bertahan menunggu masa untuk roboh.

PAS pernah berhadapan dengan suasana sebegitu dan dibuli dengan sedemikian rupa oleh Pakatan Rakyat. Atas jentera PAS, dana dan sokongan, pengaruh, pentas dan strategi PAS mereka bertanding dan menang tetapi di akhirnya PAS juga yang tersingkir dan dipinggirkan. PAS yang perlu beralah ke tepi, sedangkan mereka duduk di tengah-tengah, dijulang dan diangkat sebagai pemimpin besar. PAS umpama anak tiri yang dibuli dan didera, sedangkan mereka yang menumpang kerusi dan rumah yang dibina atas inisiatif PAS.

Hari ini, parti serpihan PAS yang ditubuhkan atas kekecewaan, PAN merasai apa yang pernah kami lalui dahulu. Tetapi, mereka lupa dan tidak pernah serik ditipu, ditindas dan dijanjikan dengan pelbagai kata-kata manis yang indah di halwa telinga. Mereka seperti terpukau dengan janji setinggi langit dengan pelbagai jawatan penting dan menarik, tetapi yang akhirnya semua kedudukan itu golongan tertentu pula yang boloti. Sejarah bakal mengulangi episod ini, kerana golongan yang dahagakan kuasa dan tamakkan pangkat akan mencetak judul dan kisah yang sama dalam lanskap politik negara.

Kini hikmahnya PAS keluar dari Pakatan Rakyat semakin terserlah. PAS semakin mantap bersama Gagasan Sejahtera yang lebih mapan, berprinsip dan diterima rakyat. Langkah PAS juga semakin gagah dengan sokongan golongan sivil, NGO dan masyarakat terbanyak. Suara PAS ada di mana-mana, dari mimbar masjid, corong radio, suara hak asasi, nilai kemasyarakatan, perjuangan membela kemanusiaan dan lain-lain yang diwakili oleh rakyat yang dambakan kebenaran dan ketulusan.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Selasa 9 Januari 2018 | 21 Rabiulakhir 1439 –HARAKAHDAILY 9/1/2018

Strategi Harapan Yang Tidak menjadi

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

SAYA tertarik dengan artikel mengenai manipulasi Presiden Pas berkaitan orang bukan Islam dan jawatan menteri dalam kerajaan. Malahan banyak artikel hari ini menjurus kepada serangan ke atas Pas oleh Pakatan Harapan (Harapan). Isu kafir mengkafirkan menerusi Amanat Haji Hadi yang sudah lama ditutup kesnya pun dibuka semula.

Sememangnya tidak berkesan ke atas Presiden Pas. Ahli Pas masih setia dan percaya akan amalan politik musyawarah Majlis Syura. Setiap keputusan Presiden Pas perlu merujuk kepada Majlis Syura dan bukan diri presiden sendiri. Inilah dinamakan kerajaan teknokrat yang dipegang oleh setiap ahli Pas.

Harapan mungkin lupa akan maksud legasi Mahathirisma. Yang lebih menghairankan isu permohonan maaf oleh Tun Dr Mahathir yang dimainkan oleh Harapan tidak menjadi, khususnya oleh ahli-ahli Pas.

Manakan tidak, ramai ahli Pas menjadi mangsa disebabkan akta ISA yang digunakan oleh Tun M. Ramai yang hilang keluarga dan kehidupan disebabkan tahanan politik ISA dan bukannya tahanan keselamatan negara semasa zaman 80, 90-an.

Permohonan maaf ini tidak hanya berkaitan dengan isu Memali. Ramai lagi penyokong dan ahli-ahli Pas menjadi mangsa dalam sektor awam sehinggakan ada di antara mereka kehilangan pekerjaan disebabkan politik.

Mungkin ramai terlupa siapakah yang menyebabkan pembangunan di Kelantan terbantut selama sedekad. Bukankah Tun M yang menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan bermula 1989 hingga 1999 sebelum menyerahkan kepada Tengku Razaleigh pada masa itu. Akibatnya, Kelantan dipinggirkan pembangunan dan serangan ke atas Almarhum Tuan Guru Nik Aziz adalah satu contoh legasi Mahathirisma.

Apabila Terengganu berjaya dirampas oleh Pas pada 1999, Tun M telah membuat satu perubahan ke atas royalti minyak Terengganu. Sehingga hari ini royalti minyak yang diperuntukkan ke atas Kelantan turut menjadi mangsa. Ini disebabkan royalti minyak boleh bertukar menjadi wang ihsan Persekutuan. Situasi ini seperti menafikan apa yang berhak ke atas saudara seagama digunakan dalam politik.

Mungkin Harapan terlupa sejarah politik pembangkang. Ini disebabkan Harapan hari ini merupakan pembangkang mantan ahli Umno dan bukannya pembangkang tulen. Ramai mantan ahli Umno kini bertukar wajah menjadi Harapan disebabkan legasi Mahathirisma.

Wajah Reformasi tidak akan muncul kalau bukan disebabkan peristiwa tahun 1998. Masih ramai lagi yang ingat akan kisah dramatik politik yang berlaku dalam negara ini bermula 1998 sehingga kini tiada penghujung penyelesaiannya. Apa yang memburukkan suasana hari ini adalah perpecahan Melayu semakin parah dan tidak mampu lagi disatukan dalam politik ummah. Malahan isu Islam dijadikan sasaran politik Malaysia hari ini.

Serangan ke atas BN oleh Harapan ini hanya berkisar kepada isu 1MDB dan kleptokrasi. Sedangkan, politik kleptokrasi yang berlaku di negeri Harapan adalah amat berat sekali. Lihatlah isu rasuah yang melibatkan beberapa pemimpin PKR di Selangor. Mungkin ramai boleh menafikan isu rasuah yang berkaitan Lim Guan Eng tetapi hakikatnya prinsip CAT dinodai oleh Harapan sendiri.Jika ingin menjadi pemimpin perlu menjadi teladan. Maka sekuasa manakah seseorang pemimpin perlu bertanggungjawab atas laungan idealismenya sendiri. Kalau tidak siapakah yang perlu mempercayainya.

Situasi ini menyebabkan rakyat mula tidak mempercayai Harapan kerana kata-kata Harapan hari ini sama seperti apa yang digambarkan oleh Harapan.

Strategi demi strategi Harapan pada BN hanya berkisar kepada soal kleptokrasi yang sudah mual didengar. Ini disebabkan bukti tiada dan penjelasan sudah diberikan oleh pihak kerajaan. Akibatnya untuk mengelakkan kurang percaya daripada rakyat, maka isu hari ini difokuskan kepada veteran ahli politik yang sudah dikenali akan latar belakangnya.

Apabila strategi ini tidak menjadi dan menyebabkan banyak permasalahan berlaku. Mahu tidak mahu, politik kiasu digunakan dalam mencorakkan semula aliran pemikiran politik rakyat Malaysia.

Wajah politik kiasu hari ini.

ISLAM MENDAHULUI KONSEP PEMBAHAGIAN KUASA

Kenyataan Media Presiden PAS

Tun Salleh Abas, tokoh besar peristiwa kehakiman negara pernah meminta saya mencari nas asal dalam Tafsir Ibnu Kathir yang dibacanya daripada terjemahan Bahasa Inggeris yang menegaskan peristiwa kehakiman yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawa Islam mendahului Eropah melaksanakan konsep pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara.

Ya! Ini dilaporkan dalam riwayat Ibnu Kathir, Musnad Imam Ahmad, Sunan Abu Daud dan Al-Nasaie yang menceritakan peristiwa Rasulullah S.A. W bersetuju membeli seekor kuda daripada seorang A’arabi (badwi). Oleh kerana berlaku dicelahnya perkara lain yang sengaja dilambatkan walaupun masih berada di tempat dan masa yang sama atau majlis yang sama, tiba-tiba si badwi itu mahu menjualnya kepada orang lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi.

Meskipun berlakunya ketidaksopanan Badwi itu mengikut hukum agama dan adat yang sepatutnya diakui pembelian Rasulullah S.A.W, namun dalam perselisihan ini dilakukan perbicaraan kehakiman. Apabila diminta saksi, maka Khuzaimah R.A tampil menjadi saksi, akhirnya kemenangan berpihak kepada Rasulullah S.A.W.

Di sini menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara, bahkan seorang Rasul yang telah dilantik oleh Allah S.W.T tidak menggunakan kesempatan kuasa dan kedudukannya, tetapi menyerahkan kepada kehakiman yang sebenar tanpa gangguan, lakonan atau ada dalang di sebalik tabirnya.

Konsep ini dilaksanakan oleh kerajaan Islam selepasnya seperti peristiwa Khalifah Saidina Ali K.W.H dihakimi kerana barangnya dicuri oleh seorang rakyat bukan Islam beragama Yahudi sehingga dibela Yahudi itu apabila ketua negara tidak boleh mengadakan saksi. Berlaku juga pada zaman Khilafah Uthmaniyyah apabila Sultan Muhammad Al-Fateh dihukum kerana ketelanjurannya terhadap seorang rakyat beragama Kristian.

Pembahagian kuasa atau dalam Bahasa Arab disebut (الفصل بين السلطات) dan Bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam pengurusan negara kepada tiga cabang utama: Pemerintah (eksekutif), Perundangan (legislatif) dan Kehakiman.

Ia bertujuan untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa atau fungsinya dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Sebenarnya pihak Barat hanya mengenali demokrasi, sistem pilihan raya, pentadbiran dan kehakimannya daripada sejarah Greece Purba (Yunani) sebelum Masihi yang dilakukan pembaharuan selepasnya.

Contoh awal konsep ini di Eropah adalah ditemui teorinya dalam karya-karya Aristotle. Pada tahun 1656, James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke dalam “The Second Treatise of Civil Government” pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya, "The Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai “Instrumen Kerajaan”.

Namun masih lagi dibayangi oleh kelemahan manusia tanpa hidayah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W yang ditinggalkan, menyebabkan masih dibayangi diktatorship dan ketuhanan syirik yang belum mampu menegakkan keadilan, ketelusan dan hak yang sebenarnya, termasuklah amalan pilihan raya yang bebas dan telus belum dikenali, kerana sebelum ini mereka menegakkan negara secara revolusi yang mencetuskan perang saudara di England, Perancis, Amerika dan lain-lain negara yang memakan korban raja-raja, pemimpin dan rakyat. Perubahan sebenar berlaku setelah para Orientalis mengkaji sejarah Islam dan ilmunya yang ditulis oleh para ulama Islam.

Kononnya dunia Barat sangat tegas memberi kuasa kepada Badan kehakiman, berdalilkan Skandal Watergate (1972-1974) yang memecat Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon bagi menunjukkan amalan ini. Namun konsepnya masih tidak istiqamah (konsisten) kerana tidak ada roh aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang ada perhitungan dosa dan pahala.

Hari ini politik mereka boleh melantik Presiden yang bodoh disebabkan pengaruh politik wang. Media dan pengurusannya diganggu oleh pengaruh minoriti Zionis yang menguasai ekonomi dan media yang memayungi apa sahaja tindakan di bawahnya, sehingga berlakunya pemecatan Peguam Negara dan lain-lain di Amerika.

Peristiwa krisis kehakiman tahun 80-an di negara kita telah menjadi sejarah hitam, dan diikuti mata rantai selepasnya, sehingga berlaku peristiwa merempuh perjanjian Royalti Petroleum Terengganu dan kemudiannya Kelantan. Ini menunjukkan betapa hilangnya moral demokrasi dan perundangan yang adil.

Mutakhir ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dalam menitik hitam itu termasuk kelompok oportunis yang menjadi pengampu dan syaitan bisu, hanya mengangguk kepala tanpa mencegah kemungkaran. Mereka sama-sama dapat menyaksikan dan merasai akibatnya di dunia ini ketika kita masih hidup dan dipanjangkan umurnya.

Perjuangan PAS adalah meminta perubahan secara islah berprinsipkan Islam dan konsepnya yang sempurna, bukan sekadar menukar kerajaan seperti menukar baju daripada jasad yang masih tidak mandi untuk membersihkan diri dan jauh sama sekali berkonsepkan semata-mata menggulingkan kerajaan atau merampas kerusi sahaja tanpa menukar dasar, konsep dan pendekatan.

Jangan kita mengambil contoh daripada ahli neraka yang saling mengutuk di antara satu sama lain setelah dihumban ke dalam neraka, sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah:

قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِي ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٞ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَكُواْ فِيهَا جَمِيعٗا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فََٔاتِهِمۡ عَذَابٗا ضِعۡفٗا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلّٖ ضِعۡفٞ وَلَٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ ٣٨ وَقَالَتۡ أُولَىٰهُمۡ لِأُخۡرَىٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلٖ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ ٣٩ الأعراف

“Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda daripada (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. (39)” (Surah Al-Aaraf: 38-39)

Demikianlah Allah menceritakan peristiwa sebenar di Hari Akhirat yang mesti berlaku kerana janji Allah itu adalah benar. Iktibarnya supaya kita bertaubat di dunia dan melakukan perubahan yang bukan sahaja mendapat fadilatnya diampunkan dosa, bahkan diberi keberkatan dan perubahan yang membawa kepada kebaikan di dunia serta diberi pahala pula di Hari Akhirat nanti.

Dalam sejarah Islam dicatatkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz daripada Dinasti Umayyah telah melakukan perubahan islah tanpa menggulingkan kerajaannya. Begitu juga Sultan Ahmad bin Tolun di Mesir yang zalim berubah menjadi adil setelah dinasihatkan oleh Sayyidah Nafisah R.A, seorang ulama muslimat di zamannya tanpa digulingkan kerajaannya. Sejarah Sultan Qutuz daripada Dinasti Mamalik juga berubah dan berjaya.

Sultan Salahudin Al-Ayyubi daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil pendekatan awal memuji Khalifah Fatimiyyah daripada kalangan Syiah kerana menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya berjaya melakukan perubahan dalaman umat secara damai tanpa berlakunya perpecahan dalaman negara dan umat, seterusnya menempa sejarah memimpin pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Salib setelah berjaya melakukan perubahan dalaman secara islah.   

Kesimpulannya bahawa tanpa pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara bukan sahaja merosakkan kehakiman, bahkan merosakkan urusan pentadbiran, politik, ekonomi, termasuk keselamatan, keamanan dan pertahanan negara. Kita mengalu-alukan perubahan dilakukan bila-bila masa sahaja sebelum pilihan raya, bukan sahaja menunggu di tengah pilihan raya dan selepasnya.

Firman Allah:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١ الرعد

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)

PAS berpolitik berwawasan Akhirat dengan tetap mendahulukan mencari keredaan Allah sebelum keredaan manusia. PAS menolak budaya politik sekadar mencari pelanggan laksana penjual ubat kuat untuk tenaga nafsu binatangnya dan jauh sekali daripada politik kera mencari makan yang melompat ke pohon yang lebat buahnya, tanpa peduli rakyat menjadi mangsanya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 21 Rabiul Akhir 1439 / 9 Januari 2018

Selasa, 9 Januari 2018

Kelantan Mundur: Tok Pa tengok negeri Umno dulu

DATUK Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan Kelantan mundur di bawah PAS. Ini merupakan modal lapuk Tok Pa dan pemimpin Umno apabila hampir pilihan raya. Inilah modal Umno untuk memburukkan Kelantan dan hendak merampas Kelantan. Apa yang pelik, beliau merupakan menteri pusat dan mewakili Ahli Parlimen Jeli yang berada di Kelantan.

Adakah Jeli dalam negara Thailand sehingga Tok Pa tidak boleh bawa pembangunan ke Kelantan? Adakah contoh projek yang Tok Pa cadang, kerajaan negeri Kelantan tolak? Adakah pelabur luar yang Tok Pa cadang ditolak oleh kerajaan Kelantan? Adakah projek atau pelabur yang Tok Pa hendak bawa ke kawasan Parlimen Jeli ditolak oleh kerajaan Kelantan?

Kawasan Jeli pun tidak membangun hebat manapun, walaupun diwakili oleh Tok Pa. Apa perjuangan Tok Pa untuk kembalikan royalti minyak di Kelantan? Adakah Tok Pa berkongkol dengan pemimpin kerajaan Pusat yang tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan?

Kalau Tok Pa merasakan parti Umno parti Melayu hendak bantu Melayu, kenapa tidak bantu Kelantan dengan diberi kembali royalti. Apakah majoriti rakyat Kelantan ini bukan Melayu? Berapa bilion wang negara dibazirkan oleh kerajaan pusat dengan menubuhkan Jabatan Persekutuan sejak PAS memerintah Kelantan tahun 1990.

Semua rakyat Kelantan sedar sikap kerajaan Pusat kepada Kelantan. Alhamdulillah walaupun dengan kekangan yang ada pada kerajaan PAS di Kelantan, namun ia berjaya membangunkan Kelantan kerana Allah memberikan iman dan akal sehingga mampu untuk mentadbir lebih 27 tahun.

Walaupun tidak sempurna tetapi mampu bersaing dengan negeri di bawah Umno BN. Alhamdulillah, tidak ada siapa yang disabitkan rasuah. Rakyat Kelantan yang cerdik menjawab kepada pemimpin Umno Kelantan, sebelum hendak rampas Kelantan lebih baik jaga Melayu di negeri yang Umno perintah. Rakyat Kelantan tidak boleh terima pengkhianat hendak rampas Kelantan.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
8 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 8/1/2018

Isnin, 8 Januari 2018

Kafir Mengkafir Cuba Dihidup Semula oleh Dr Mahathir

PAS tidak pernah mengkafirkan individu orang UMNO yang muslim sebagaimana dakwaan Dr Mahathir. PAS hanya menjelaskan perkara yang boleh membatalkan Syahadah dan menjadi kufur agar umat berhati-hati. Dalam istilah fiqh ia dipanggil " التكفير بالنوع at-Takfir bin Nau' '' atau takfir secara umum. Atau juga disebut" Takfir Berdasarkan Sifat." Ia adalah perbahasan yang makruf di kalangan ulamak dalam kitab-kitab Aqidah. Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menjelaskan konsep Takfir ini seperti firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 44

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

"Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka merekalah sebenar-benar orang yang kafir"

Ungkapan menghina hukum jenayah Islam seperti, "kalau laksanakan hukum potong tangan habislah kudung tangan orang Islam" dan "kalau laksanakan hukuman rejam habislah batu di jalanan", adalah ungkapan yang boleh menjadikan seorang muslim jatuh kufur.

Adapun menghukumkan seseorang muslim secara individu sebagai kafir ia bukannya tugas pendakwah tetapi hakim di mahkamah setelah ditegakkan hujah. Seorang yang melafazkan kata kufur tidak semestinya terus menjadi kafir melainkan apabila cukup segala syarat-syarat yang mengesahkan dirinya terkeluar daripada Islam.

Alhamdulillah setelah dakwah yang panjang memakan masa puluhan tahun, hari ini masyarakat Islam semakin memahami kewajipan menegakkan Syariat Allah dalam perundangan jenayah. Kata-kata penghinaan seumpama itu sudah tidak kedengaran lagi melainkan daripada segelintir yang masih lagi bebal tentang hukum Islam.

Dr Mahathir dalam menyerang PAS, sengaja membangkitkan isu kafir mengkafir bagi menanam kebencian terhadap PAS dan menjauhkan masyarakat Islam daripada PAS. Itu adalah strategi Dr Mahathir ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri sebelum ini. Namun, masyarakat Islam boleh menilai pendekatan semasa PAS yang harmoni menjelaskan dakwah Islam sesuai dengan suasana masyarakat yang semakin dekat dengan Islam disebabkan ledakan kuliah ilmu di surau, masjid, pejabat kerajaan dan di internet.

PAS sudah jauh menapak ke depan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan sejak akhir 2015 bagi menyantuni masyarakat melayu muslim pelbagai peringkat sesuai dengan realiti semasa kefahaman masyarakat Islam tentang Islam.

Dr Mahathir pula mahu undur ke belakang melihat senario dakwah hampir 40 tahun lalu. Sewajarnya juga rakyat menilai kembali gaya pemerintahan Dr Mahathir dan sikapnya terhadap dakwah Islam sepanjang dekad pemerintahan beliau. Usah diharap untuk seorang yang mempunyai rekod yang kurang baik terhadap agenda Islam seperti menghapuskan geran perkapita sekolah agama rakyat untuk kembali ke tampuk pemerintahan. Usah undur ke belakang.

Saya harap jangan ada ilmuwan Islam termasuk Mufti yang menari mengikut tarian Dr Mahathir menyerang PAS dalam agenda yang sama. Amanat Hj Hadi dijadikan sasaran kononnya penyebab kepada perpecahan. Hakikatnya pemecah belah adalah golongan yang lari dari landasan Islam yang sebenar, bukannya pendakwah yang menyeru manusia kembali kepada Islam. Saya menyeru semua bersikap adil menilai Amanat Hj Hadi secara ilmiyah dan akademik.

Seperti saya tegaskan sebelum ini bahawa Amanat Hj Hadi menjelaskan dasar dan prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar dan menjelaskan perkara yang boleh membatalkan Syahadah bukannya mengkafirkan orang UMNO. Itu adalah tuduhan dan tohmahan tidak berasas.

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 4 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 4/1/2018

Melayu, Marilah Bersatu Dengan Tali Allah

Secara umumnya, Melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam di Tanah Melayu atau Malaysia sekarang ini. Mereka merupakan satu rumpun kaum yang secara sejarahnya dikatakan menetap di rantau nusantara ini sejak lebih 25 ribu tahun lalu. Arkeologi Lembah Bujang yang menghubungkan Negeri Lindungan Kedah Tua di era Kerajaan Langkasuka dan Srivijaya serta Kota Tampan di Lenggong pula membuktikan sejarah di penempatan di lokasi tersebut dikuasai pengaruh agama Hindu dan Buddha sebegitu lama. Disebabkan catatan sejarahnya amat kabur, tidak banyak bukti ilmiah yang menerangkannya. Namun orang Melayu Jawa yang beragama Hindu yang kemudiannya membentuk komuniti mereka berpindah ke Bali membuktikan sejarahnya bahawa terdapat orang Melayu yang beragama Hindu.

Dalam konteks Malaysia, Melayu dan Islam adalah satu pengsebatian yang dibuktikan oleh sejarah terkemudian. Kerajaan Melayu Melaka, Acheh, Pasai, dan Patani. Di nusantara ini telah mengalami satu perubahan sejarah yang mengkagumkan. Perkembangan Islam dalam dunia Melayu di nusantara mencorak dimensi baru ke atas pola peradaban Melayu hingga ke saat ini. Ia bermula dari era perdagangan laut dunia ketika zaman awal perkembangan Islam.

Di Tanah Melayu penyebaran agama Islam amat unik. Ia berlaku tanpa sebarang pertumpahan darah. Kemasukan Islam di Tanah Melayu bermula selepas Parameswara Raja Melaka memeluk Islam dalam abad ke-15. Pengislaman Parameswara tidak mempunyai hubung kait dengan kekayaan yang dimiliki oleh pedagang-pedagang Islam yang berurusan di Melaka. Malah ketika itu pedagang dari India, China dan Eropah juga turut berurusan di perairan Melaka. Cuba anda bayangkan bagaimana usaha dakwah yang dilakukan oleh mubaligh Islam ketika itu untuk mengislamkan seorang raja yang berkuasa dan berpengaruh. Menukar agama bukan semudah penukaran barang dagangan atau pakaian sutera yang tersarung di badan. Penukaran agama lama kepada agama baru melibatkan pengorbanan ke arah pengabdian spiritual dan fizikal yang amat berat dan sukar. Namun pendakwah-pendakwah Islam yang datang dari Arab, Parsi, India dan China ketika itu berjaya mengislamkan Raja Melaka. Rahsia pengislaman Parameswara adalah dikaitkan dengan keindahan akhlak yang ditunjukkan oleh orang-orang Islam ketika berurusan di pelabuhan Melaka.

Budi pekerti, menepati janji serta bersopan santun sebagaimana yang dianjurkan Islam dipratikkan secara zahir dan batin oleh pedagang-pedagang Islam ketika itu. Dikisahkan sebelum Parameswara memeluk Islam, pada suatu hari, baginda telah melihat perlakuan sekumpulan pedagang-pedagang Islam yang sedang solat berjamaah. Baginda kagum melihat perpaduan mereka dalam pelaksanaan ibadah kerana mereka terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, India dan China melakukan perlakuan yang sama dengan diketuai oleh seorang imam. Selepas tamat berjamaah mereka berjabat salam tanpa membezakan negara yang mereka datang serta warna kulit yang mereka miliki. Mereka saling berpelukan dan beramah mesra bagaikan bersaudara sedangkan mereka baru pertama kali bertemu.

Sebagai seorang raja, Parameswara menyedari sekiranya diri beliau dan seluruh rakyatnya memiliki akhlak dan keperibadian sebagaimana yang ditunjukkan oleh pedagang-pedagang Islam tersebut nescaya Melaka akan menjadi aman, makmur dan sejahtera. Tidak akan berlaku rasuah, terhapus segala kemiskinan, golongan kaya akan bermurah hati membantu yang miskin, rakyat akan bersatu padu, jenayah akan dibasmi dan pemerintahan baginda akan dihormati dan disegani. Islamnya Parameswara memberi kesan yang besar kepada Melaka sehingga hampir semua pembesar dan rakyat Melaka menerima Islam. Maka terbentuklah sebuah tamadun Melayu yang berasaskan dari ketamadunan Islam yang kemudiannya berkembang ke seluruh pelusuk Tanah Melayu.

Islam adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh umatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah. Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah di dalam surah Aali-Imran ayat 103-105;

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah (Islam) dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk-Nya.”

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan, menegakkan yang makruf (syariat) dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan.”

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.”

Mengambil iktibar dari ayat di atas, kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah (Islam) yang kukuh dan utuh. Tanpanya umat akan binasa. Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam.

Orang Melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya. Tinggallah faham nasionalis (perkauman) dan berhijrahlah jasad, pemikiran dan aqidah (keyakinan) kepada Islam agama yang dianuti bersama. Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat. Tanpa Islam maka apalah ertinya Melayu? Aslim Taslam (Islamlah nescaya kamu selamat).

Perpaduan yang dibina diatas premis material, perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh, hebat dan berdaulat serta Allah meredhai kita. Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam. Lihat bagaimana penegasan Allah di dalam firman-Nya (surah al-Anfaal ayat 63);

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan Dia-lah yang menyatupadukan di antara hati-hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatukan-padukan di antara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi sallallahu‘alaihi wasallam juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya, namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya.

Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti (PAS) yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya. Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan. Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain, saya menyeru kepada seluruh umat Melayu dalam negara ini, marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam (Tali Allah) ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah. Ingatlah Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 256;

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Tiada paksaan untuk menganut agama Islam, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang mengkufurkan (tidak percayakan) thaghut dan ia beriman pula kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus. Dan ingatlah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

PAS adalah parti politik yang berteraskan perjuangan Islam dan orang Melayu yang menjadi musuh ketat kepada penjajah Inggeris di Tanah Melayu satu ketika dahulu. PAS sentiasa merancang dan melaksana pelbagai gerakan sama ada gerakan dakwah mahupun perang saraf untuk menghalau penjajah dari bertapak di Tanah Melayu. Gerakan-gerakan penentangan yang dipelopori oleh guru-guru sekolah agama rakyat menjadi tunjang kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris. Inilah antara penyebab mengapa Inggeris terlalu marah kepada gerakan dan pertubuhan Islam terutamanya PAS.

Oleh kerana itu, PAS menganggap perjuangan umat Melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar. Melanggar perintah Allah lalu terperangkap dalam penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah. Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala, mereka sentiasa dijurang kemurkaan Allah. Tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah, berjudi, minum arak, mendedahkan aurat, bergaul bebas, berzina, menggelapkan wang, peras ugut dan 1001 kefasadan.

Persoalannya kenapa susah sangat kita orang Melayu untuk kembali kepada Islam? Apakah kerana kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah? Lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk umat Melayu, agar Melayu menjadi hebat, mulia dan terpandang maka satu-satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam.

Islam adalah Ad-Din yang bersifat sejagat atau syumul. Islam tidak didominasi oleh sesuatu kaum walaupun Islam diturunkan kepada Nabi Mumammad dari kaum Arab Quraish. Bangsa Arab atau kaum Quraish juga tidak menyempitkan Islam sebagai satu penguasaan hakiki di kalangan mereka sahaja, wal hal dalam konteks sejarah, mereka tidak dipersalahkan sekiranya meletakkan kaum mereka di status demikian. Hakikatnya Islam telah dianuti pelbagai suku bangsa, pelbagai budaya dan pelbagai adat resam tanpa sempadan benuanya.

Hari ini, ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang Melayu? Bagaimana nasib orang Melayu yang kian terpinggir di kampung-kampung dan desa? Kenapa Melayu mesti bercakaran sesama sendiri? Apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu?

Menjawab kepada semua persoalan itu, saya gesa kepada seluruh pemimpin-pemimpin Melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam, agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu, Kitab yang satu, Nabi yang satu, Kiblat yang satu.

Apabila umat Melayu bersatu di atas premis yang kukuh ini iaitu Islam, maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh. Mereka akan miliki kuasa politik. Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaful yang disyariatkan oleh Islam. Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka. Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam. Ertinya Islam menjadikan Melayu hebat dan mulia.

Biodata Penulis
Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi merupakan bekas Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Beliau pernah mendapat pendidikan di Maahad Fathul Islami Damascus, Syria dan Universiti Al Azhar, Tanta, Mesir. Beliau memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia.

Ahad, 7 Januari 2018

Patut pun Mahadir Memusuhi Islam, Meluaskan Liberal ...

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’ Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato’ Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya.

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan ‘asing’ di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi.

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari USD272,000 dalam tahun 1966 kepada USD565,000 dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari USD1.1 juta kepada hampir USD1.7 juta.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :“Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. …”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: “Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.”

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh ‘masyarakat Yahudi’ yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan ‘Hollywood’ akan diwujudkan di Cyberjaya.21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap ‘terbuka’.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk ‘menginsafkan’ pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.Patut pun mahadir memusuhi islam ,meluaskan liberal ...sebarkan seluas luas nya

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’ Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato’ Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya.

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan ‘asing’ di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi.

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari USD272,000 dalam tahun 1966 kepada USD565,000 dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari USD1.1 juta kepada hampir USD1.7 juta.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :“Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. …”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: “Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.”

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh ‘masyarakat Yahudi’ yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan ‘Hollywood’ akan diwujudkan di Cyberjaya.21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap ‘terbuka’.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk ‘menginsafkan’ pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.