Khamis, 30 November 2017

Harta, Kuasa dan ilmu. Milik Allah yang direnjiskan sedikit kepada manusia bergelar khalifah

Terang Rembulan (73)

Harta, kuasa dan ilmu, ketiga-tiganya adalah alat. Daripada alat, ketiga-tiganya bertukar menjadi senjata. Justeru ketiga-ketiganya amat penting untuk manusia. Ia adalah perihal kekuatan.

Harta adalah untuk memiliki. Kuasa pula untuk mengarahkan. Adapun ilmu, ia pastinya untuk memahami. Itu peranan utama masing-masing. Justeru untuk memiliki, mengarahkan dan memahami, ketiga-tiganya diperlukan serentak. Jika tidak, seseorang tetap kekurangan sesuatu di sebalik kelebihan yang dimilikinya.

Para nabi alaihimussalam ada yang diberikan ilmu tanpa harta dan kuasa. Ada pula yang diberikan ilmu dan kuasa. Ada juga yang diberikan ketiga-tiganya serentak. Maka peranan dan kekuatan mereka adalah berbeza-beza. Nabi Sulaiman alaihissalam adalah contoh agung bagaimana Allah mengurniakan baginda kemuncak ilmu, harta dan kuasa. Baginda lalu melaksana tugas dengan sempurna dan adil sekali di zamannya.

Para nabi yang hanya diberi ilmu sahaja, maka tugas mereka hanyalah menyampaikan dakwah dan mengajarkan ilmu kepada umatnya selepas memahaminya. Mereka tidak mampu memberi dan memiliki harta selain sedikit sahaja, apatah lagi untuk mengarahkan dan menguasai umat mereka.

Baginda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam diberi pilihan oleh Allah untuk memiliki ketiga-tiganya. Tetapi baginda memilih ilmu dan kuasa. Jika harta yang banyak diperolehinya, baginda cepat-cepat mensedekahkannya. Tidak pernah sampai bertimbun-timbun harta disimpan oleh baginda.

Malah baginda al Rasul menolak untuk menguasai makhluk jin. Biarlah ia kekal menjadi milik istimewa nabi Sulaiman, tegas baginda tanda menghormati doa nabi Sulaiman kepada Allah agar dikurniakannya sebuah kerajaan teragung yang tidak lagi dimiliki oleh sesiapa pun selepasnya.

Begitulah para sahabat baginda. Abu Bakar radhiaLlahu anhu dikurniakan harta, kuasa dan ilmu pada puncaknya. Para sahabat yang lain pula mendapat bahagian masing-masing dengan kehendak Allah yang maha mengetahui.

Ilmu adalah paling mudah untuk diperolehi. Ia hanya perlukan akal yang sihat dan kerajinan. Harta pula bukanlah mudah diperolehi. Ia perlukan akal, kerajinan dan keringat. Manakala kuasa adalah paling payah untuk diperolehi. Ia perlukan banyak perkara.

Tetapi walaupun mudah, ilmulah yang paling malas dikejar manusia. Ia akhirnya menjadi milik orang yang terpilih sahaja. Harta pula walaupun sukar, pemburunya ramai walaupun terpaksa berkeringat. Ini kerana harta boleh menyempurnakan kehendak nafsu diri dengan segera. Adapun ilmu ia berperanan mengawal nafsu. Tidak ramai yang suka nafsu dikawal. Justeru kuranglah pemburu ilmu kecuali ilmu-ilmu yang tidak menghalang gelora hawa nafsu.

Kuasa adalah paling sukar. Ini kerana ia cukup terhad sedangkan pemburunya ramai, malah daripada kalangan yang memiliki kekuatan tambahan pula. Dalam sebuah negara, ada ribuan orang kaya dan ribuan orang berilmu, tetapi berapa kerat sahaja orang yang berkuasa. Kuasa terhad. Maka amat sengit sekali untuk memperolehinya.

Di medan perebutan kuasa, orang yang miskin akan terpelanting. Orang yang berilmu pun sukar memperolehinya. Orang yang paling berjaya ialah orang yang otak makarnya ligat, apatah bersenjata harta pula.

Begitulah perihal harta, kuasa dan ilmu. Ia milik Allah yang direnjiskan sedikit kepada manusia agar manusia layak bergelar khalifah yang menguruskan bumi ini dengan baik. Dialah Allah yang maha kaya, maha berkuasa dan maha mengetahui. Bayangkan, jika manusia memiliki ketiga-tiganya serentak, sudah pasti mereka mampu melakukan yang terbaik untuk dunia ini jika mereka berlaku adil dan amanah.

Islam adalah ugama ilmu. Tanpa ilmu, Islam hampir tak terjelma dalam diri manusia. Kejahilan tidak membina manusia, sedangkan Islam sifatnya adalah membina manusia. Justeru Islam dan ilmu adalah satu.

Dengan harta, Islam menyempurnakan peranannya dengan lebih lancar. Ini kerana Islam berperanan menyebarkan kebaikan sesama manusia. Sudah pasti dengan harta, ia akan melancarkan dan merancakkan lagi peranan Islam di kalangan manusia.

Kemudian dengan kuasa pula, Islam mampu melangsungkan peranannya membina sistem kehidupan berdasarkan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Dengan kuasalah Islam sampai ke puncak matlamatnya di dunia.

Oleh kerana awal Islam adalah ilmu, ia hakikatnya paling mudah untuk diperolehi. Tiada siapa mampu menyekat manusia daripada memperolehi ilmu. Ia masuk mudah melalui telinga. Hari ini, siapakah yang mampu menyekat telinga daripada mendengar?

Oleh kerana Islam adalah untuk kesejahteraan hidup, ia perlukan kekayaan untuk diagihkan bagi mencapai maksud keadilan sesama manusia. Justeru ia menggalakkan umatnya mencari kekayaan dan membelanjakannya di jalan Allah.

Oleh kerana Islam adalah sistem hidup, ia perlukan kuasa untuk mendaulatkannya. Justeru selain ilmu wahyu yang agung, umat Islam mestilah juga memegang kuasa. Jika tidak, sistem Islam akan hanya terhidang dalam dunia ilmiah atau tersimpan di atas helaian-helaian tinta sahaja.

Jika begini keadaannya, anda boleh melihat bagaimana ketiga-tiga medan harta, kuasa dan ilmu adalah tidak sama.
Ia berbeza pada ramai dan juga sengitnya persaingan.

Medan ilmu adalah paling ramai. Umat Islam seluruhnya diwajibkan sedari awal untuk mencari ilmu, terutama ilmu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Maka medan ini ramai orangnya dan bergerak dengan persaingan yang sihat. Hanya yang mengurangkan jumlahnya adalah penyakit malas yang melanda sebahagian daripada umat Islam.

Medan mencari harta juga ramai. Tetapi persaingannya tidak sihat. Justeru anda boleh melihat kekayaan daripada sumber yang salah. Ia merosakkan umat Islam.

Kekalutan sebenar adalah di medan kuasa. Ia adalah perebutan, permusuhan bahkan pertempuran. Islam agak sukar di sini. Para penyangak dunia turut berlegar di serambi kuasa yang terhad. Kuasa adalah kunci syurga dunia bagi penganut duniawi. Tetapi kewajiban adalah kewajiban. Allah mensyariatkan jihad fi sabillah demi merebut kekuasaan dan demi tercapainya maksud perutusan al Quran dan para rasul.

Tetapi walau apa pun berlaku, Islam tidak akan berkubur. Tanpa harta dan kuasa, umat Islam tetap kaya ilmu. Ilmu adalah kekuatan asas, manakala harta dan kuasa adalah pelengkap untuk kesejahteraan bersama dan kedaulatan ugama.

Jika musuh di serambi kuasa mahu menghancurkan Islam, ia bukan hanya dengan menggempur Islam di serambi kuasa itu. Itu hanyalah mampu merencatkan sementara perjalanan jauh umat menuju puncak. Jika tampuk kekuasaan dan bank harta umat Islam dihapuskan, mereka akan bergerak ke kubu ilmu yang begitu kebal.

Justeru musuh harus menyerang Islam di medan ilmu itu. Soalnya, mampukah mereka? Jawabannya tidak mungkin sama sekali. Ilmu Islam yang hakiki tidak akan sama sekali mampu dikalahkan oleh kepalsuan dan keraguan yang dianuti musuh ugama. Ilmu wahyu tiada bandingannya di hadapan ilmu duniawi atau akliah yang bersifat sangkaan dan sentiasa ditemani keraguan.

Justeru Islam pasti kembali. Jihad ilmu mesti diteruskan. Ilmu Islam mestilah dikembangkan dan dirayakan oleh umat Islam. Nescaya dengannya, musuh pasti tumpas di medan perebutan kuasa nanti. Allahu akbar wa liLlahil hamd..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Lujnah Dakwah PAS Pusat

Rabu, 29 November 2017

Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran.

Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,

وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد

Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “. Surah al-Buruj : 8.

Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..

Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.

Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.

UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato, kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga dan juga mereka yang munafik, Firman Allah,

Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah, maka apabila diuji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.

– al-‘Ankabut : 11 – 15.

FirmanNya lagi:

ليميز الله الخبيث من الطيب

Maksudnya , Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk “. – Surah al-Anfal : 37

Telah menjadi sunatullah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatalan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya , dan untuk menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,

وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحدا

Maksudnya ,’Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun”. dan firmanNya :

يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون

Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang – orang kafir”

Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun, Haman ,Qarun, Musa Samiriy , dan Bal’am bin Ba’ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :

إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذى

Maksudnya, “Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia’, kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,”dan sabdanya lagi,

إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة في الدنيا
رواه الترمذى والحاكم والبيهقى

Maksudnya: Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia.”

Sebab itulah seruluh Nabi dan Rasul mrnempuh berbagai – bagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.

Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai – bagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al – Quran, FirmanNya:

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب ..... البقرة 214

Maksudnya,” Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka – mereka yang sebelum kamu, mereka ditimpa kesusahan, kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama – sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir”.

Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai – bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.

Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulama ‘ sebagai contoh :

· Said bin Jubair disembelih oleh Al – Hajaj bin Yusof Al Thaqafi
· Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa
· Imam Al Shafei di tangkap
· Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa

Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama’ tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Iman Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh.

Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain.

Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;

“ Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.

Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.

Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu.

Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu.

Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka.

Firman Allah,

يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون – الصف : 6

Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang – orang kafir”

Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون – العنكبوت 2

Maksudnya, “ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.

Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin”.

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan.

Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis – jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.

1. Penyeksaan dan perkara – perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong – pendokong gerakan yang batil.

2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.

3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong – penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.

4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.

5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.

6. Ujian keatas nyawa.

7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan

8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini.

9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malah bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah danberjuang kerana Islam.

10. Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan.

11. Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah.

12. Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan dapat dicapai.

CARA MENGATASI UJIAN

Pendakwah – pendakwah apabila diduga denganujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara – cara berikut : <

1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.

2. Membanyakkan membaca Al – Quran dan Doa kepada Allah.

3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.

4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.

5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.

6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar daarinya.

7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.

8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.

9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.

Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.

Sumber dari Ustaz Nasrudin Tantawi

Selasa, 28 November 2017

Kemenangan adalah milik Allah

Menang dengan bergaya, atau menipu sampai berjaya. Kalah dengan mulia, pendam seribu duka. Semuanya berlaku di atas qudrat dan iradat Allah SWT. Perhitungan dan formula Allah tak tercapai oleh akal manusia. Usah ditanya mengapa ditakdirkan Allah begitu begini. Ikhtiar diberikan kepada makhluk, tadbir urusan Sang Khaliq, Teruskan ikhtiar, kemenangan hakiki terletak di negeri abadi. Hanya bersama Allah ia boleh dikecapi. 

Kemenangan adalah milik Allah. Jika Dia belum mahu memberikannya kepada kita, maka kita takkan pernah memperolehnya. Kita selalu tertipu. Merasakan bahawa kemenangan itu milik kita, hak kita, bahawa dengan segala amal dan usaha yang kita lakukan, kita pasti menang. Sehinggakan kita terkeliru, tersilau mata. Memfokuskan kepada kemenangan, bukan pada amal dakwah yang berterusan.

Kita harus memahami realiti dakwah. Ia bersifat Robbani. Kita menyeru manusia kepada Allah, menegakkan hukum-hukum Allah. Dakwah ini bukan milik kita, ia adalah amanah. Amanah yang wajib kita sandarkan kepada-Nya. Apabila Dia menentukan bahawa sudah tiba masanya kita menang, maka pasti tidak ada yang dapat menghalang. Jika masih belum nampak bibit-bibit kemenangan, kita harus terus beramal dan berjihad tanpa sedikitpun meragui akan kehendak Allah.

Maka kemenangan, adalah sebuah anugerah Allah. Apabila Allah memberikannya kepada kita, itu bererti sudah selayaknya kita memperolehnya. Jika belum, ertinya kita belum layak memperolehnya. Boleh jadi kesediaan kita belum cukup untuk menggalas segala amanah-amanah pasca kemenangan tersebut. Maka masa, bukanlah sebuah indikator sesebuah kemenangan. Sekalipun sebuah perjuangan itu memakan masa puluhan tahun, bahkan ratusan tahun, belum menjadi penguat bahawa kita harus menang kerana ia adalah sebuah ketentuan Allah!

Kita tahu bahawa kita bukan pemula sebuah perjuangan menegakkan agama Allah. Kita adalah penerus kepada tali-tali rantainya. Dan hujungnya belum tentu kita. Kita mungkin akan bisa merasa kemenangan tersebut, atau kita mungkin mati sebelum tertegak agama ini di seluruh pelusuk bumi. Apa yang paling penting, kita mengambil posisi penerus dakwah yang tidak kenal henti berjuang dan tidak menggantungkan usaha kepada hasil.

Taujih Robbani itu selalu menyeru kita agar ikhlas dalam perjuangan. Tidak merasa besar dengan amal kita, tidak menggantungkan kekuatan pada jumlah kita. Lihat sahaja dalam kisah perang Hunain ketika Umat Islam itu ramai, namun Allah memberikan pelajaran dengan menangguhkan kemenangan untuk Umat Islam. Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai." [At-Taubah: 25]

Sudah tiba masanya kita tidak bermain-main dalam melaksanakan dakwah kerana Allah. Ketika Allah memilih kita untuk diberikan nikmat besar ini, janganlah kita mengabaikan dan menolaknya lalu menjadikannya sebagai tugas sampingan. Takut-takut apabila sampai masa kemenangan, kita tidak berada bersama-sama dalam angkatan yang memperjuangkannya.

Bersyukurlah, apabila Allah terus memberikan kesempatan dan ruang untuk kita beramal. Jangan dirisaukan akan kemenangan dan jangan dijadikan ia pelemah kepada amal, kerana KEMENANGAN ADALAH MILIK ALLAH!

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat". [An-Nasr: 1-3]

Kemenangan besar yang kita semua inginkan adalah kita mati dalam keadaan Allah meredhai kita, bahkan lebih istimewa kita gugur ketika sedang melaksanakan tugas-tugas dakwah.

Wallahua'lam.

Isnin, 27 November 2017

Perjuangan PAS adalah mencari redha Allah swt.


1. Fasal ke 5 Perlembagaan PAS di bawah tajuk Tujuan PAS dengan jelas menyebut bahawa tujuan PAS ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan agar tegak di bumi tercinta ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana padanya nilai-nilai dan hukum hakam yang menuju keredhaan Allah swt.

2. Ertinya, matlamat akhir perjuangan PAS adalah mencari redha Allah swt. Tidak ada nilai perjuangan ini tanpa redha Allah swt. Kita tampal poster kerana mencari redha Allah swt. Kita naikkan bendera kerana mengharapkan redha Allah swt. Kita menyampaikan kuliah, ceramah dan sebagainya adalah kerana mendambakan redha Allah swt. Kita berdakwah, berpolitik dan menggerakkan aktiviti tarbiyah semuanya berpaksi kepada redha Allah swt.

3. Kita berjuang untuk menegakkan Islam. Rebah bangun menghadapi segala ancaman dan tentangan. Kita mahu Islam berdaulat. Kita mahu Islam berada ditempat yang sewajarnya. Kita mahu Islam tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Namun perjuangan ini ada kaedahnya, perjuangan ini ada syarat yang perlu dipatuhi agar mendapat redha Allah swt.

4. Segalanya akan menjadi sia-sia bagai debu berterbangan tanpa sebarang manafaat jika gerak juang kita tidak diredhai oleh Allah swt. Kita mahu kemenangan dalam redha Allah swt. Kita tidak mahu kemenangan yang terpisah dari redha Allah swt. Semoga kita termasuk dalam golongan pilihan Allah swt:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan di antara manusia, ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya (yang berjuang dan berkorban hanya kerana mencari redha Allah swt). (Surah Al Baqarah: 207)

5. Slogan perjuangan kita yang selayaknya tersemat utuh di dalam dada kita ialah:

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرآن دستورنا
الجهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله أسمى أماننا

(Redha) Allah Matlamat akhir kita
Ar Rasul contoh tauladan kita
Al Quran perlembagaan hidup kita
Al Jihad adalah jalan kita
Mati di jalan Allah setinggi-tinggi cita-cita kita

6. Kita diajar oleh Islam agar memberi infak, menderma dan menyumbang adalah untuk mencari redha Allah swt:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Baqarah: 265)

7. Segala amal kebaikan yang kita lakukan juga adalah selayaknya untuk mencari redha Allah swt. Hal demikian itu meletakkan kita berbakti bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

لَّا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An Nisa': 114)

8. Malangnya terdapat sebahagian dari kalangan umat Islam yang jahil dan naif, tanpa rasa bersalah dan segan malu mempersendakan ucapan dan pendirian kita apabila kita menegaskan bahawa perjuangan yang kita dukung ini adalah untuk "mencari redha Allah swt". Malah mereka mula panas belakang, apabila syarat yang kita letak dalam strategi, aktiviti, pendekatan dan gerak aksi kita adalah "mencari redha Allah". Mereka anggap syarat ini menyusahkan mereka dan melambatkan proses mencapai kemenangan.

9. Sebenarnya, redha Allah swt menjadi rahsia umum kenapa perjuangan ini mampu bertahan, meskipun dibelasah dan difitnah tanpa belas simpati oleh musuh Islam dan bonekanya yang tidak mahu melihat Islam berdaulat di bumi bertuah ini.

10. Inilah tunjang utama yang meletakkan kita mampu beristiqamah dengan perjuangan suci ini, biarpun tiada janji manis bersifat duniawi diberikan. Mereka yang memperkecilkan redha Allah swt pastinya mudah meninggalkan perjuangan, patah hati dan kecewa dalam perjuangan terutama apabila kemenangan yang mereka gilakan selama ini gagal dicapai sedang mereka tidak mengharapkan apa-apa dari Allah swt.

Penutup

إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Allah swt kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". (Surah Al Insan: 10)

Sekian.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sabtu, 25 November 2017

66 TAHUN MELAYARKAN PERJUANGAN: PAS TERUS MELANGKAH GAGAH

Hari ini, 24 November 2017, genaplah 66 tahun usia perjuangan PAS melayari samudera untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya hukum dan nilai-nilai Islam di negara ini. Demi melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar dalam menuju keredhaan Allah SWT, PAS telah melangkah gagah selama 66 tahun menuju destini perjuangannya.

Ketika PAS ditubuhkan dalam Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, para ulamak telah memutuskan supaya badan politik-agama yang berasingan dari Umno ini, supaya mengadakan persidangannya sendiri di Seberang Perai dalam masa tiga bulan bagi menyusun, menggariskan hala tuju dan memulakan pergerakannnya. Para ulamak Seberang Perai yang dipimpin oleh Mufti Sheikh Abdullah Fahim dan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah menetapkan supaya Persidangan Pertubuhan Ulamak Malaya ini diadakan pada 24 November 1951, di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kecil (kini Butterworth).

Bagi menyambut persidangan ini, Mudir Madrasah Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Ustaz Haji Ahmad Badawi Badawi telah mengeluarkan "Manifesto al-Badawi: Ulamak ke Jalan Allah" pada 23 November 1951 bagi menyeru para ulamak agar bersatu untuk memulakan langkah perjuangan menegakkan Islam di Tanah Melayu. Hasilnya, pelbagai pertubuhan agama, institusi pendidikan Islam, beberapa Bahagian Agama Umno, para ulamak dan orang perseorangan telah menyertai persidangan pada 24 November 1951 ini.

Perjuangan Islam di Alam Melayu dalam bentuk organisasi yang dimulakan oleh Jam'iyatul Fathaniyah di Mekah pada 1873 ini, telah dilanjutkan oleh Jam'iyatul Rusyidiyah di Pulau Penyengat pada 1880, sebelum berkembang membentuk pelbagai gerakan politik Islam termasuk Sarekat Islam (1905), Muhammadiyah (1912), Nahdatul Ulamak (1926), Masyumi (1937), Hizbul Muslimin (1947) dan lain-lain, yang akhirnya disambung oleh PAS di Tanah Melayu bermula 1951. Kemunculan PAS setelah Hizbul Muslimin dilumpuhkan oleh Ordinan Darurat 1948, adalah bermula apabila para ulamak Hizbul Muslimin menyertai Bahagian Agama Umno pada 1949. Melalui Bahagian Agama Umno, "para ulamak PAS" telah mengaturkan dua Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 20-21 Februari 1950 dan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, sehingga mereka berjaya menubuhkan PAS sebagai pengganti Hizbul Muslimin.

Persidangan bersejarah pada 24 November 1951 ini telah memulakan langkah perjuangan PAS apabila dua keputusan utama dibuat. Pertama, meluluskan Undang-undang Tubuh PAS 1951 sebagai perlembagaan yang memandu pergerakan PAS. Mereka telah memutuskan supaya pertubuhan ulamak ini dinama sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), dengan tujuan untuk menjadi pergerakan politik Islam. Kedua, persidangan ini telah melantik sebuah Jawatankuasa Kerja PAS yang akan menjalankan seluruh tujuan dan cita-cita PAS yang berdasarkan Islam. Mudir Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama.

Bermula saat inilah, PAS telah memulakan langkah perjuangannya sejak 66 tahun lalu dengan dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua PAS / Yang Dipertua Agung PAS / Yang Dipertua PAS Pusat / Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Prof Dr Burhanuddin Mohd Noor al-Helmy (1956-1969), Dato' Mohd Asri Haji Muda (1969-1982), Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi (1982-1989), Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor (1989-2002) dan kini oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejak 2002.

Dalam tempoh perjuangan selama 66 tahun ini, PAS telah mengalami pasang surut dan jatuh bangun perjuangannya. Para pengkaji mengatakan PAS telah melalui tahap pembinaan ideologi (1951-1956), pencernaan ideologi (1956-1965) dan pengukuhan ideologi (1965-sekarang); sedangkan dari sudut kepemimpinannya, ia telah melalui era kepemimpinan ulamak tradisional (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang). Melihat kepada perkembangan organisasi PAS ini, ia telah melalui tahap penubuhan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1978), tahap kejatuhan (1978-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).

Hari ini, PAS yang sarat dengan pengalaman politik-dakwah telah memasuki era baru selepas pembersihan organisasi PAS 2015, di mana PAS melangkah gagah dengan optimis menawarkan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dan mengemukakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai tawaran kepada rakyat dalam menggadapi kebobrokan politik yang berasaskan kebangsaan dan sekularisme yang didukung oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Pengalaman luas PAS yang dipandu oleh kepemimpinan ulamak berteraskan al-Quran dan Sunnah ini, telah dilihat paling berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Selamatlah Parti Islam Melangkah,
Membimbing ummah ke medan siasah,
Berpedomankan al-Quran dan Sunnah,
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah..!

*Mohd Fadli Ghani*
Head,
House of Resources,
Pusat Penyelidikan PAS,
24 November 2017

Jumaat, 24 November 2017

Kenyataan Dr Ariffin Omar ini, mahu melenyapkan PAS

Senator DAP, Dr Ariffin Omar berazam mahu melenyapkan PAS sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke -14 demi untuk menyelamatkan Malaysia.

*“Jika kamu mahu Malaysia selamat, sila pastikan bahawa PAS dilenyapkan terus (dihapuskan sepenuhnya) dalam PRU akan datang,”kata Ariffin dalam satu kenyataan.*

*Ariffin merupakan bekas Naib Pengerusi DAP yang dilantik, namun begitu beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu Ahad lalu.*

Jika sebelum ini, walaupun tewas dalam pemilihan CEC, namun beliau dilantik Naib Pengerusi DAP (kouta Melayu), namun kini tempatnya telah diganti dengan tokoh lain, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

“Sebegitu bencinya Senator kita ini pada PAS ya hingga mahu ia dilenyapkan terus dalam PRU 14.

“Cuma jangan sampai Senator kita ini pula yang dilenyapkan terus dari DAP selepas ini sudahlah,”kata Dr Kamarul Yusoff dalam Facebook.

Dalam perkembangan lain, Dr Kamarul berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ariffin berkenaan satu kenyataan yang memperlekehnya :

*SAMAN TERHADAP DR ARIFFIN OMAR, SENATOR DAP*

Sejak tiga hari kebelakangan ini saya agak tertekan bila dimaklumkan oleh ramai rakan mengenai kewujudan artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” dan “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page portal berita rasmi DAP, Roketkini, dan di dalam laman web dan page portal berita Malaysiakini, beserta komen-komen yang dibuat di bawahnya yang memburuk-burukkan saya dengan agak teruk.

*Artikel yang memburuk-burukkan saya ini adalah berpunca daripada kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP yang tidak dilantik semula ke jawatan itu pada 12 November lalu, iaitu Dr Ariffin Omar, di mana beliau dipetik sebagai:*

(i) Menempelak “tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi.”

(ii) Berkata “Tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan.”

(iii) Berkata “Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”

(iv) Berkata “Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?”

*Kesemua kenyataan Dr Ariffin Omar ini membawa maksud dan difahami bahawa:*

(i) Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.

(ii) Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi antara punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.

(iii) Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap.

(iv) Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang tidak munasabah.

Saya sangat tidak menyangka seorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah seperti Dr Ariffin Omar boleh menghina tahap keintelektualan saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang ahli akademik bertahap rendah yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal.

Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini adalah maklum-balas beliau terhadap kenyataan Facebook saya pada 12 November lalu yang diterbitkan semula oleh portal-portal berita Harakah Daily, Isma Web, Malaysia Kini dan The Malaysian Insight.

Kenyataan Facebook saya ini pula merupakan satu komen sangat munasabah yang mempersoalkan kewajaran DAP melantik tokoh-tokoh Kristian ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi.

Ini kerana, pada pendapat saya, tindakan DAP melantik sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini dari kalangan penganut agama Kristian hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

*Saya sertakan sama bukti bahawa 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang, adalah penganut agama Kristian.*

Apa yang sepatutnya Dr Ariffin Omar serta pemimpin DAP atau pemimpin sekutu DAP lakukan untuk menjawab hujah saya ialah untuk sama ada menafikan 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian atau memberi sebab mengapa mereka dilantik.

Memperlekeh-lekehkan saya dengan menyuruh saya membaca Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “DAP dari dulu parti sekular” dan “siapa-siapa pun boleh sertai DAP” bukanlah cara yang betul kerana saya tidak mempersoalkan mengenai keahlian DAP.

Yang saya persoalkan adalah mengapa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian dan ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP pada 12 November lalu.

Ini kerana, mengikut Perlembagaan DAP, kuasa untuk melantik 10 orang ahli tambahan ini dipunyai oleh 20 orang ahli CEC DAP yang dipilih, jadi hanya mereka, bukan tokoh yang kalah seperti Dr Ariffin Omar, yang tahu mengapa perlantikan itu dibuat sebegitu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini, yang telah diterbitkan secara bertulis yang mempunyai sifat kekal dan kesan yang berpanjangan, telah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik dan seorang ahli masyarakat.

*Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan seorang sahabat peguam, yang tahu mengenai kekangan kewangan saya dan hanya meminta saya membuat bayaran yang sangat minima ke atas perkhidmatan beliau, untuk memulakan tindakan saman ke atas Dr Ariffin Omar.*

Saya juga tidak faham mengapa Dr Ariffin Omar masih mempertahankan DAP sedangkan, jika beliau betul-betul menggunakan akal, beliau sudah lama keluar dari DAP dan Pakatan Harapan, apa lagi setelah beliau tidak dilantik semula sebagai ahli tambahan CEC.

Ini kerana Dr Ariffin Omar sendiri telah menghentam teruk Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan yang sangat tajam di dalam kata-kata aluan buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues”.

Apa perkara negatif yang tidak disebut oleh Dr Ariffin Omar di dalam buku itu: Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius; mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah; tidak mempunyai hala tuju yang jelas; malah bersifat opportunistik.

Begitu juga dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Dr Ariffin Omar sifatkan memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan serta kenyataan lain yang menunjukkan ketidaksetujuan beliau dengan Pakatan Harapan.

Dengan pelbagai kritikan serius, sesetengahnya melebihi kritikan yang saya sendiri pernah buat terhadap Pakatan Harapan, saya tertanya-tanya mengapa Dr Ariffin Omar masih kekal berada di dalam DAP sedangkan DAP diketahui mendokong kuat Pakatan Harapan.

Jika Dr Ariffin Omar seorang individu yang berprinsip, beliau perlu segera keluar dari DAP.

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36780*DAP Mahu Lenyapkan PAS Sepenuhnya PRU 14*

Senator DAP, Dr Ariffin Omar berazam mahu melenyapkan PAS sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke -14 demi untuk menyelamatkan Malaysia.

*“Jika kamu mahu Malaysia selamat, sila pastikan bahawa PAS dilenyapkan terus (dihapuskan sepenuhnya) dalam PRU akan datang,”kata Ariffin dalam satu kenyataan.*

*Ariffin merupakan bekas Naib Pengerusi DAP yang dilantik, namun begitu beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu Ahad lalu.*

Jika sebelum ini, walaupun tewas dalam pemilihan CEC, namun beliau dilantik Naib Pengerusi DAP (kouta Melayu), namun kini tempatnya telah diganti dengan tokoh lain, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

“Sebegitu bencinya Senator kita ini pada PAS ya hingga mahu ia dilenyapkan terus dalam PRU 14.

“Cuma jangan sampai Senator kita ini pula yang dilenyapkan terus dari DAP selepas ini sudahlah,”kata Dr Kamarul Yusoff dalam Facebook.

Dalam perkembangan lain, Dr Kamarul berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ariffin berkenaan satu kenyataan yang memperlekehnya :

*SAMAN TERHADAP DR ARIFFIN OMAR, SENATOR DAP*

Sejak tiga hari kebelakangan ini saya agak tertekan bila dimaklumkan oleh ramai rakan mengenai kewujudan artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” dan “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page portal berita rasmi DAP, Roketkini, dan di dalam laman web dan page portal berita Malaysiakini, beserta komen-komen yang dibuat di bawahnya yang memburuk-burukkan saya dengan agak teruk.

*Artikel yang memburuk-burukkan saya ini adalah berpunca daripada kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP yang tidak dilantik semula ke jawatan itu pada 12 November lalu, iaitu Dr Ariffin Omar, di mana beliau dipetik sebagai:*

(i) Menempelak “tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi.”

(ii) Berkata “Tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan.”

(iii) Berkata “Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”

(iv) Berkata “Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?”

*Kesemua kenyataan Dr Ariffin Omar ini membawa maksud dan difahami bahawa:*

(i) Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.

(ii) Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi antara punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.

(iii) Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap.

(iv) Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang tidak munasabah.

Saya sangat tidak menyangka seorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah seperti Dr Ariffin Omar boleh menghina tahap keintelektualan saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang ahli akademik bertahap rendah yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal.

Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini adalah maklum-balas beliau terhadap kenyataan Facebook saya pada 12 November lalu yang diterbitkan semula oleh portal-portal berita Harakah Daily, Isma Web, Malaysia Kini dan The Malaysian Insight.

Kenyataan Facebook saya ini pula merupakan satu komen sangat munasabah yang mempersoalkan kewajaran DAP melantik tokoh-tokoh Kristian ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi.

Ini kerana, pada pendapat saya, tindakan DAP melantik sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini dari kalangan penganut agama Kristian hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

*Saya sertakan sama bukti bahawa 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang, adalah penganut agama Kristian.*

Apa yang sepatutnya Dr Ariffin Omar serta pemimpin DAP atau pemimpin sekutu DAP lakukan untuk menjawab hujah saya ialah untuk sama ada menafikan 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian atau memberi sebab mengapa mereka dilantik.

Memperlekeh-lekehkan saya dengan menyuruh saya membaca Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “DAP dari dulu parti sekular” dan “siapa-siapa pun boleh sertai DAP” bukanlah cara yang betul kerana saya tidak mempersoalkan mengenai keahlian DAP.

Yang saya persoalkan adalah mengapa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian dan ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP pada 12 November lalu.

Ini kerana, mengikut Perlembagaan DAP, kuasa untuk melantik 10 orang ahli tambahan ini dipunyai oleh 20 orang ahli CEC DAP yang dipilih, jadi hanya mereka, bukan tokoh yang kalah seperti Dr Ariffin Omar, yang tahu mengapa perlantikan itu dibuat sebegitu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini, yang telah diterbitkan secara bertulis yang mempunyai sifat kekal dan kesan yang berpanjangan, telah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik dan seorang ahli masyarakat.

*Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan seorang sahabat peguam, yang tahu mengenai kekangan kewangan saya dan hanya meminta saya membuat bayaran yang sangat minima ke atas perkhidmatan beliau, untuk memulakan tindakan saman ke atas Dr Ariffin Omar.*

Saya juga tidak faham mengapa Dr Ariffin Omar masih mempertahankan DAP sedangkan, jika beliau betul-betul menggunakan akal, beliau sudah lama keluar dari DAP dan Pakatan Harapan, apa lagi setelah beliau tidak dilantik semula sebagai ahli tambahan CEC.

Ini kerana Dr Ariffin Omar sendiri telah menghentam teruk Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan yang sangat tajam di dalam kata-kata aluan buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues”.

Apa perkara negatif yang tidak disebut oleh Dr Ariffin Omar di dalam buku itu: Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius; mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah; tidak mempunyai hala tuju yang jelas; malah bersifat opportunistik.

Begitu juga dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Dr Ariffin Omar sifatkan memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan serta kenyataan lain yang menunjukkan ketidaksetujuan beliau dengan Pakatan Harapan.

Dengan pelbagai kritikan serius, sesetengahnya melebihi kritikan yang saya sendiri pernah buat terhadap Pakatan Harapan, saya tertanya-tanya mengapa Dr Ariffin Omar masih kekal berada di dalam DAP sedangkan DAP diketahui mendokong kuat Pakatan Harapan.

Jika Dr Ariffin Omar seorang individu yang berprinsip, beliau perlu segera keluar dari DAP.

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36780

Selasa, 21 November 2017

PAS bukan sahaja terlibat dengan politik tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa dan kemasyarakatan.”

Alhamdulillah, puji dan sanjungan adalah hak Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambaNya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah SAW, manusia yang diutus Rabbnya sebagai pemberi dan penunjuk arah, pembawa berita gembira, pemberi peringatan dan penyeru kepada agama Allah dengan izinNya.

“Andai perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya. Akan tetapi hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga”, demikianlah cebisan kata Imam Hassan Al-Banna sebagai pedoman dan motivasi perjuangan.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah Gerakan Islam yang mengambil pendekatan muwajahah silmiyah dengan menyertai senario demokrasi negara dalam bentuk parti politik.

Matlamatnya ialah untuk memperbaiki susunan serta institusi masyarakat, budaya politik, keadilan ekonomi, kesaksamaan sosial dan sistem bernegara bersesuaian dengan dasar Islam.

Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali Imran, ayat 104: “Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan, menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Itulah golongan yang mencapai kemenangan.”

PAS adalah sebuah wadah yang percaya kepada syura dan musyawarah yang mana halatuju dan jalan ke hadapannya ditentukan oleh keputusan kolektif jamaah. Sebahagiannya melihat perlunya PAS tidak dizahirkan dan bergerak hanya sebagai gerakan dakwah sahaja

Manakala sebahagian lagi melihat perlunya PAS untuk dipersada dan ditonjolkan sebagai gerakan massa memperjuangkan 3 serangkai iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah (politik).

“Islam datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba’) itu.” Hadith Riwayat Imam Muslim ini adalah seperkara yang sangat relevan untuk dihayati dan diambil sebagai motivasi dalam perjuangan menegakkan syiar Islam“

Bergeraklah ke gerbang jasa, Kalah menang bukan alasannya, Sucikanlah niat dihati, Hingga nyata benarnya janji Rabbi!”.

Sesungguhnya inilah uniknya PAS, ia bukan parti politik semata-mata sepertimana parti-parti politik yang lain yang ada dalam negara ini. Ia adalah Gerakan Islam yang komprehensif dan menyeluruh. Ini jelas sebagaimana dinyatakan di bahagian muqaddimah (pendahuluan) dalam Perlembagaan PAS, seperti berikut: “Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)”.

Allahyarham Ustaz Haji Hassan Shukri semasa hayatnya kerap menerangkan di dalam ceramah atau kuliyyah beliau bahawa PAS juga merangkumi sebuah gerakan dakwah, gerakan massa dan gerakan kebajikan selain parti politik. Di dalam buku “Ke Arah Memahami Perlembagaan PAS”, beliau telah menegaskan bahawa;

“Terdapat sebahagian ahli PAS dan orang ramai yang keliru dengan penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS telah ditubuhkan atas tuntutan Islam. Selain daripada tuntutan dakwah dan tuntutan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran, para alim ulamak dan cendekiawan Islam yang awal telah bersependapat dalam memutuskan perlunya wujud sebuah Harakah Islam di negara yang tidak menjalankan hukum Islam dan negara yang tidak menjamin keselamatan aqidah serta kebajikan umat Islam.

Walaubagaimanapun, PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu-satunya wasilah semata-mata untuk menyampaikan risalah Islam. PAS bukan sahaja terlibat dengan politik tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa dan kemasyarakatan.”

Atas segalanya, semoga kita semua terus thabat dalam melaksana dan melangsungkan matlamat perjuangan. Sama-samalah kita menghayati firman Allah SWT di dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 200 khususnya dalam menghadapi ranjau, mehnah dan tribulasi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Buat akhirnya, marilah kita hayati motto hidup Sahabat yang hebat ini. Beliau sentiasa membawa motto yang mana sepanjang hari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu sering mengulang-ulang suatu ungkapan yang diangkat menjadi motto kepada dirinya. Bersamalah kita menjadikan kata-kata ini sebagai salah satu motto hidup dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Pasti ada kebaikannya dunia dan Akhirat, in shaa Allah.

Inilah motto hidup beliau yang sangat tinggi nilainya: Infiru khifafan wa tsiqalan (انـفـروا خـفـافـا و ثـقـالا) …Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah… (Surah At-Taubah, ayat 41).

Ayuh jadikan solat, ibadah, hidup dan mati kita semata-mata kerana DIA Yang Maha Segala-galanya. Allahu Akbar!

Selasa, 14 November 2017

Perjuangan PAS - Hubungkait Dengan ‘Aqidah Islam iaitu Beriman Kepada Allah.

Perjuangan PAS - Hubungkait Dengan ‘Aqidah Islam iaitu Beriman Kepada Allah.

Perbincangan ini memerlukan kita merujuk kepada sumber asal penubuhan Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu perlembagaannya.

Merujuk kepada perlembagaan Parti Islam Semalaysia (PAS):

Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam.

Apakah itu Islam?

Rasulullah SAW pernah bersabda apabila ditanya kepada beliau tentang Islam yang maksudnya:

“Dibina Islam itu di atas lima perkara. Bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, Haji ke Baitullahil Haram dan puasa ramadhan.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jelaslah bahawa mengimani Allah itu merupakan asas iman dan Islam dan inilah merupakan dasar kepada perjuangan PAS yang bertepatan dengan kehendak ‘aqidah.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.” [Ali Imran:85]

Fasal 4. Seruan PAS ialah Allahu Akbar.

Allahu Akbar merupakan ungkapan mengagungkan Allah SWT dan mensucikan-Nya dari sebarang bentuk kekurangan dan penyekutuan berdasarkan kepada rukun Islam iaitu menafikan sebarang bentuk ketuhanan melainkan Allah SWT dan mengimani Allah SWT secara uluhiyyah dan rububiyyah serta asma’ dan sifat-Nya. Oleh yang demikian itu, seruan ini sangat bertepatan dengan kehendak ‘aqidah Islamiyyah.

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Ini menunjukkan PAS mengambil kesyumulan Islam sebagai satu cara hidup seperti yang diwahyukan oleh Allah SWT bukan sahaja bagi memelihara kemaslahatan seluruh manusia bahkan seluruh alam ini.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Dan tidaklah Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” [Al Anbiyaa’:107]

(ii) Memperjuangkan Islam sebagai ‘aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan.

Jelas sekali PAS meletakkan ‘aqidah dan syari’ah di depan yang bertindak sebagai pemandu dalam melaksanakan agenda gerak kerjanya dalam semua bidang.

Fasal 5 (i) dan (ii) ini bertepatan dengan tuntuan ‘aqidah berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Tuhan sekelian alam.” [Al An’am:162]

Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’

(i) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak’ Ulamak dan Qias yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaann PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Berdasarkan kepada rukun Islam dan rukun Iman maka jelaslah bahawa PAS telah mengangkat bahawa Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Al-Quran dan Sunnah RasulNya menjadi panduan yang paling tinggi dalam menentukan halatuju perjuangannya. Ini meletakkan ketaatan (ubudiyyah) berdasarkan kepada perintah Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.” [Az Zaariyaat:56]

Fasal ini juga dapat menafsirkan bahawa ‘aqidah yang sahih ialah mengambil Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan dan rujukan yang paling utama merangkumi aspek tauhid rububiyyah, uluhiyyah serta Asma’ dan Sifat. ‘Aqidah yang sahih melahirkan manusia yang tunduk patuh terhadap hukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT sebagaimana yang diperintahkanNya menerusi firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” [An Nisaa’:105]

Manusia yang beriman mestilah mengambil Islam dalam kehidupannya secara menyeluruh dan iman akan menjadi rosak sekiranya mengambil Islam secara berjuzuk. Allah SWT telah memberi ingatan mengenai perihal ini menerusi firmanNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata." [Al Baqarah:208]

Perbincangan ini menjelaskan bahawa perjuangan yang bertepatan dengan ‘aqidah Islamiyyah iaitu beriman kepada Allah SWT mestilah mengambil Islam sebagai dasar hala tuju gerak kerjanya.

#abu durrah
#fikrah

Isnin, 13 November 2017

PAS BERSAMA RAKYAT HADAPI KRISIS KEYAKINAN


Pilihanraya Umum adalah mahkamah rakyat. Kerajaan menjadi pihak yang dituduh. Pembicaraannya memerlukan pengakuan secara rela hati yang penuh keinsafan dan keterangan saksi yang adil, serta bukti-bukti benar yang membantunya.

PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya. Kaedah Kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan. 

PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang telah diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu. 

PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara, dan tuduhan sama yang bertali arus laksana mata rantai atau biji tasbih yang dibilang setiap kali berwirid. Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS. 

PAS percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihanraya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan. Dalam keadaan penyakit politik wang yang menimpa rakyat dan menimpa UMNO yang sedang memerintah, yang dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan selepasnya dan kini tidak mudah untuk diubati, namun tidak ada penyakit yang tidak ada ubat yang wajib dicari selagi belum mati, maka ikhtiar hendaklah diteruskan.

Ucapan YB Datuk Husni Hanzalah, Ahli Parlimen Tambun menggambarkan betapa krisis keyakinan berlaku sehingga beliau meletakkan jawatan daripada Kabinet, kerana ada masalah dalam kerajaan sejak dahulu dan betapa saksi yang fasik atau yang tidak nyata adilnya menjadikan beliau tidak boleh dipancing oleh pembangkang yang bertemakan Pakatan Harapan, yang tidak boleh diberi harapan. Namun, beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan. Berbeza dengan PAS yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat di mana sahaja seseorang itu berada berpandukan Hadis Rasulullah S.A.W: 

الدين النصيحة قلنا: لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم. رواه مسلم

Sabda Rasulullah S.A.W: “Agama itu nasihat”. Kami (para sahabat) bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Baginda S.A.W: “Bagi Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, hak para pemimpin dan masyarakat umum” (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun demokrasi barat yang bermoral menunjukkan perubahan boleh berlaku seperti di mana-mana negara yang mengubah kerajaan melalui Pilihanraya Umum yang bersih, namun perubahannya sangat rapuh yang sekadar mengubah pemimpin dan parti pemerintah. 

Konsep barat itu tanpa aqidah beriman kepada Allah, Hari Akhirat dan perhitungan dosa dan pahala, menjadikannya sangat rapuh sehingga tidak boleh bertahan lama, apabila yang mengambil alih kuasa pemerintahan mengulangi perkara yang sama atau lebih parah lagi. 

Di sinilah Allah memberi petunjuk betapa perlunya perubahan pemikiran yang salah dengan kembali kepada kebenaran dan mengubah tindakan yang zalim kepada yang adil, daripada akhlak yang keji kepada akhlak yang mulia. Firman Allah:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ ١١ الرعد

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d: 11)

Maka Rasulullah S.A.W. yang menafsirkan Al-Quran secara amali dengan memulakan dakwah dan politiknya mengajak kepada perubahan peribadi supaya menerima Islam. Baginda S.A.W melaksanakannya melalui ucapan, perbincangan dan perutusan yang dihantar kepada raja-raja dan para pemimpin dengan menyebut ayatnya:

أسلم تسلم 

“Terimalah Islam (dengan beriman dan beramal) nescaya kamu selamat.”  

Tindakannya tidak merampas kuasa dan menurunkan takhta sewenang-wenangnya. Sesiapa yang berubah kepada Islam seperti Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan lain-lain terus dikekalkan kedudukannya, ini menunjukkan bahawa konsepnya bukan mengubah orangnya sahaja tetapi mengubah dasar dan sistem. 

Maka Islam menolak perubahan zahir dan diri tanpa perubahan aqidah, akhlak dan sikap kerana tiada mencapai maksud kebaikan dan kebajikan, serta nahi mungkar, dengan hanya sekadar meruntuhkan jahiliah dan diganti dengan jahiliah lain. Perubahan musim politik tanpa Islam yang berlaku di negara Arab menjadi iktibar. Tegasnya, tegakkan Islam dalam dirimu dan tegakkan juga Islam di dalam negaramu.  

Khalifah Umar bin Al-Kahttab R.A. menegaskan:

الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل

“Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan”  

Maka PAS menegaskan hanya kepemimpinan Muslim yang bersama Islam boleh menyelamatkan negara sama ada kembali kepada Islam atau perubahan kepada sesiapa sahaja yang menerima Islam yang sebenarnya, bagi mengisi mengikut acuan Islam yang telah ada dan melakukan perubahan di tempat yang perlu.  

Ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia. Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan halatuju wawasannya yang berkekalan.

Bahtera PAS tidak boleh disertai oleh golongan yang lain tujuannya, walaupun ahli PAS tidak mengenalinya tetapi kami percaya kepada jaminan Allah yang memelihara Islam dan perjuangannya dengan firman-Nya:

مَّا كَانَ ٱللَّهُ لِيَذَرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَىٰ مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِي مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُۖ فَ‍َٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَلَكُمۡ أَجۡرٌ عَظِيمٞ ١٧٩ آل عمران

“Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.” (Surah Ali-Imran: 179)

PAS berusaha mendapat keyakinan rakyat dengan tegas kepada keyakinan PAS sendiri berpegang kepada Islam, disertakan hujah yang diucap, yang tersurat dan tersirat dengan ikhlas yang diketahui Allah. PAS beramal dengan kemampuan kemenangannya di Kelantan sehingga kini dan ketika PAS memimpin Terengganu dan Kedah yang boleh dibuat perbandingan oleh semua pihak dengan mereka yang juga memerintah mengikut bidang kuasanya. PAS tidak pernah jatuh dan kalah kerana kesilapan dasarnya, tetapi dijatuhkan oleh pihak lain yang bertembung dengan dasarnya, bahkan sehingga kini Alhamdulillah, tidak ada seorang pun yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 20 Safar 1439 / 10 November 2017

Jumaat, 10 November 2017

DAP Perak Perlu Menghormati Kesucian Agama Islam

PAS Perak secara terbuka meminta DAP—bekas rakan dalam blok pembangkang--turut menghormati sensitiviti umat Islam berhubung pengharaman penjualan alkohol (atau arak) di Pulau Pangkor, yang baru memperoleh status  sebagai pulau bebas cukai (PBC).

Pesuruhjaya negerinya Haji Razman Zakaria berkata DAP tidak wajar mencadangkan penjualan arak sebagai usaha mengggalakkan lebih ramai orang berkunjung ke Pangkor malah banyak alternatif lain lagi boleh difikirkan.

Beliau berkata selain arak dan isu alcohol, DAP Perak juga perlu menghormati kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara seperti mana  yang termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, PAS Perak menyambut baik pengiktirafan Pangkor sebagai pulau bebas cukai tanpa penjualan  alkohol demi menjaga kesucian agama Islam.

Beliau menganggap kenyataan Ngeh Koo Ham (ADUN Setiawan) yang mencadangkan penjualan arak bagi menggalakkan lebih ramai  orang berkunjung ke Pangkor sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

``DAP dan parti pro pembangkang harus menghormati dan mematuhi larangan penjualan arak di Pulau Pangkor demi menjaga sensitiviti umat Islam khasnya penduduk beragama Islam di pulau pelancongan terkenal itu’’ujarnya.

Menurut Razman, perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak termasuk penjualan arak di PBC itu bagi mengelak perkara mungkar seperti maksiat yang sangat dimurkai Allah.

``Apabila Allah murka dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini sepertimana yang kita lihat pada hari ini dan kita harus mengambil iktibar dan menginsafinya,’’ katanya.

PAS Perak mengharapkan dengan adanya status PBC ini semua agensi kerajaan yang terlibat dapat meneruskan agenda pembangunan Pangkor dengan mengutamakan kepentingan dan sensitiviti umat Islam.

Mengenai banjir di Pulau Pinang, Haji Razman berkata, PAS Perak melalui Khidmat Malaysia akan menggerakkan bantuan tenaga dan barangan makanan ke Pulau Pinang melalui tiga gelombang.

``Sasaran kita menghantar seramai 200 petugas  mengikut gelombang iaitu gelombang pertama zon 1Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Taiping dan Bukit Gantang.

``Gelombang zon2 Gerik, Lenggong, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput dan zon3 Lumut Beruas, Parit, Pasir Salak, Bagan Datok, Tanjung Malim, Teluk Intan dan Tapah,’’ katanya.-8/11/2017PAS Perak secara terbuka meminta DAP—bekas rakan dalam blok pembangkang--turut menghormati sensitiviti umat Islam berhubung pengharaman penjualan alkohol (atau arak) di Pulau Pangkor, yang baru memperoleh status  sebagai pulau bebas cukai (PBC).

Pesuruhjaya negerinya Haji Razman Zakaria berkata DAP tidak wajar mencadangkan penjualan arak sebagai usaha mengggalakkan lebih ramai orang berkunjung ke Pangkor malah banyak alternatif lain lagi boleh difikirkan.

Beliau berkata selain arak dan isu alcohol, DAP Perak juga perlu menghormati kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara seperti mana  yang termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, PAS Perak menyambut baik pengiktirafan Pangkor sebagai pulau bebas cukai tanpa penjualan  alkohol demi menjaga kesucian agama Islam.

Beliau menganggap kenyataan Ngeh Koo Ham (ADUN Setiawan) yang mencadangkan penjualan arak bagi menggalakkan lebih ramai  orang berkunjung ke Pangkor sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

``DAP dan parti pro pembangkang harus menghormati dan mematuhi larangan penjualan arak di Pulau Pangkor demi menjaga sensitiviti umat Islam khasnya penduduk beragama Islam di pulau pelancongan terkenal itu’’ujarnya.

Menurut Razman, perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak termasuk penjualan arak di PBC itu bagi mengelak perkara mungkar seperti maksiat yang sangat dimurkai Allah.

``Apabila Allah murka dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini sepertimana yang kita lihat pada hari ini dan kita harus mengambil iktibar dan menginsafinya,’’ katanya.

PAS Perak mengharapkan dengan adanya status PBC ini semua agensi kerajaan yang terlibat dapat meneruskan agenda pembangunan Pangkor dengan mengutamakan kepentingan dan sensitiviti umat Islam.

Mengenai banjir di Pulau Pinang, Haji Razman berkata, PAS Perak melalui Khidmat Malaysia akan menggerakkan bantuan tenaga dan barangan makanan ke Pulau Pinang melalui tiga gelombang.

``Sasaran kita menghantar seramai 200 petugas  mengikut gelombang iaitu gelombang pertama zon 1Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Taiping dan Bukit Gantang.

``Gelombang zon2 Gerik, Lenggong, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput dan zon3 Lumut Beruas, Parit, Pasir Salak, Bagan Datok, Tanjung Malim, Teluk Intan dan Tapah,’’ katanya.-8/11/2017

Khamis, 9 November 2017

Bajet Negara 2018 itu bajet sandiwarakah, bajet purbawara!

Negara macam tak berduit sangat
SUBKY LATIF  07 NOVEMBER 2017

ENTAHLAH! Bajet Negara 2018 yang dibentang itu bajet sandiwarakah, bajet purbawara! Tetapi semua isi antara langit dan bumi hendak dibagi menerima kewangan kepada rakyat.

Seperti kaya dan pemurah sangat. Sejak mengenal saya akan apa yang dikatakan bajet itu kata-kata menteri tidaklah seindah rupa. Seolah-olah macam mendengar guruh di langit.

Dua minggu selepas bajet yang sedap didengar itu, pergilah saya ke hospital. Rutin sejak beberapa tahun ke belakangan ini berulang ke situ, beberapa bulan sekali bagi mendapatkan nasihat doktor dan membaharui ubat. Justeru kenyang dengan ubat itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah terkawal gangguan kesihatan itu.

Harapan saya ia semuanya senang dengan semangat bajet yang terbaru itu. Tetapi saya terganggu dengan layanan terbaru hospital, ubat percuma bagi warga emas yang tidak berpencen, kais minggu makan minggu, ubat hanya dibekalkan bagi sebulan saja. Baharuilah ia bulan demi bulan.

Mula saya berulang ke situ ubat dibekal untuk dua bulan. Rayuan hospital itu jauh dari rumah, orang kurang sihat payah ke situ jika tidak dihantar, yang hendak menghantar pun payah kerana anak cucu semua bekerja, jalan macet, pakir payah, maka mengizin pegawai farmasi membekalnya empat bulan.

Setahun lalu kemurahan itu diketat. Untuk dua bulan tetap. Rayuan ditiadakan. Ubat yang dua jenis sekali makan ditukar dengan sebuji sekali makan. Kata doktor kerajaan kurang duit terpaksa sesuaikan ubat dengan keperluan penyakit supaya berjimat.

Fahamlah saya kerajaan tidak berduit. Bukan ikan kembung, minyak masak, tepung dan teh tarik saja melambung, ubat-ubatan pun terpaksa dicatu. Kebimbangan semua tentang kuat kuasa GST dulu ialah layan perkhidmatan perubatan akan terjejas. Sejak musim GST inilah berlaku catuan ubat-ubatan.

Saya ke hospital kali ini dengan semangat baru atas janji bajet itu, percaya senanglah kita sekali ini. Umumnya janji bajet itu berkuatkuasa serta merta. Rupanya janji itu belum sampai ke kaunter farmasi hospital.

Patutnya limpahan bajet mula terasa, tapi yang terasa layanan perubatan mulai memayahkan. Apakah ia terus begitu dengan demi, demi dan demi kian payahnya?

Macam terasa sedap bajet itu dengan sedapnya janji skim cepat kaya atau pasaran pelbagai aras. Sebagai mana sedapnya janji skim cepat kaya, seolah demikianlah sedapnya janji bajet. Jika bajet yang terbaru itu disangka ibu segala bajet, takut janji bajet itu jadi ibu kepada propaganda skim cepat kaya.

Tak sukanya saya ke hospital itu sekarang, bukanlah kerana di situlah berkumpul pasukan malaikat maut, tetapi sulit dan lecehnya urusan mengambil ubat dengan segala masalah yang dihadapi oleh hospital dengan alam sekitarnya.

Mungkin ziarah oang sakit di hospital berbeza dengan ulang alik setiap bulan untuk mengambil ubat. Di tepi katil pesakit sedia 70,000 malaikat menunggu kedatangan pelawat setiap masa mendoakan keampunan bagi penziarah. Sekalipun masa ziarah itu sekitar antara lima dan sepuluh minit, tetapi janji rahmat yang Allah sediakan bagi menggugurkan segala dosa wajar direbut.

Walaupun kepayahan dan leceh berulang untuk mengambil ubat, bukan  kerana jumpa doktor, adalah satu ujian kesabaran, tetapi membanyak dan mengacapkan ujian kepada pesakit luar oleh kerajaan dan hospital tentulah bukan suatu yang disuruh.

Adalah ok bagi ujian kesabaran sesekali sekala; dua bulan atau tiga bulan sekali, tiap-tiap bulan adalah mendera. Si sakit tidak wajar didera. - HARAKAHDAILY 7/11/2017

Isnin, 6 November 2017

BANJIR KUNING DI PULAU PINANG

16 Safar 1439H
Ahad 10.30p.m.

*BANJIR KUNING DI PULAU PINANG: Suatu Sorotan Persepsi*

*Oleh: Zamzuri Mohamed Tahir*

Ada yang berpendapat ianya adalah amaran dan/atau peringatan dari ALLAH kepada manusia (kerajaan negeri Pulau Pinang dan rakyat Malaysia).

Ketahuilah peringatan dan amaran dariNYA sudah termaktub di dalam kitabNYA.

Ada yang berpendapat ianya adalah bala' atau musibah sebab keceluparan mulut Ketua Menteri berhubung Pesta Arak dan Ini Bukan Negeri Taliban.

Ketahuilah ia hanyalah sekadar pemangkin bala dan musibah dan bukan sebab utama.

Ada yang berpendapat bahawa pembangunan yang rakus dan tidak mengambilkira faktor-faktor alam sekitar menjadi punca berlakunya kekerapan yang banjir di negeri pulau mutiara itu.

Ketahuilah tangan-tangan manusia tidak memberi bekas terhadap amal perbuatan mereka sendiri, melainkan dengan izin ALLAH juga yang menggerakkannya.

JUSTERU itu, apa puncanya sehingga begitu DAHSYAT dan KERAP sekali Pulau Pinang dilanda banjir semenjak 2008?

Wahai manusia!!!
Ketahuilah pada saat pertama umat Islam menafikan ukhwah sesama mereka dan membantu dan/atau bersekutu dengan KAFIR HARBI DAP, pada saat dan ketika itu ALLAH swt sudah pun mencabut sedikit demi sedikit nikmatNYA ke atas pulau yang diterokai oleh umat Islam itu.
Ia merupakan suatu PERINGATAN dariNYA.

PERINGATAN dariNYA sudah pun dirumuskan oleh al-QURAN dan as-Sunnah dan dizahirkan melalui Pemukiman Guru-guru Pondok dan Ulama' Seluruh Kelantan pada 2012 bahawa *BERSEKUTU DAN MENGUNDI KAFIR HARBI DAP ADALAH HARAM.*

Malangnya, ianya diperlekehkan.

Khutbah Eidul Adha Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang menyentuh isu yang sama juga dipersendakan, malah diancam pula oleh golongan KAFIR HARBI tersebut.

Wahai manusia!!!
Ketahuilah pada saat umat Islam dan rakyat marhaen dihalau dari perkampungan tradisi mereka oleh *KAFIR DAP* Pulau Pinang, ia merupakan suatu AMARAN dariNYA.

Wahai manusia!!!
Ketahuilah pada saat tanah-tanah rakyat dijual kepada kapitalis Singapura, Hong Kong dan Australia, ianya merupakan suatu BALA dariNYA.

DAN pada saat peringatan, amaran dan bala dariNYA tidak diambil peduli oleh mereka, maka ALLAH swt pun menunjukkan kemurkaan dan kekuasaanNYA.

INGATLAH!!!
Isunya bukan banjir di Pulau Pinang, *TETAPI KEKERAPAN BANJIR BESAR SEMENJAK 2008* lagi.

DAN ia bukannya isu politik tetapi isu agama dan aQidah umat Islam lantaran bersekutu dengan *KAFIR HARBI DAP.*

Kembalilah kepada kepimpinan umat Islam, meski pun anda tidak menyukai seorang dua dari mereka.

https://www.facebook.com/zamzuri.mt/posts/1896874840329907?comment_id=1896910260326365&notif_id=1509894718349909&notif_t=feed_comment

*Zamzuri Mohamed Tahir*
*5 November 2017*
*Ahad 10.30p.m.*

POLITIK DAN AGAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

Dalam kehidupan seharian, setiap benda yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Hal-hal seperti agama dan politik tidak terkecuali dalam hal ini. Politik merangkumi makna yang cukup luas. Bukan sahaja tertumpu kepada aspek pentadbiran dan kenegaraan semata-mata, malahan hubungan sesama manusia dan juga kehidupan seharian juga dikatakan sebagai politik. Pendek kata , apa sahaja yang kita lakukan adalah politik. Kita mungkin keliru memikirkan apa yang dimaksudkan sebagai politik itu. Akan tetapi inilah hakikat yang sebenarnya .

Agama sebagai satu kepercayaan dan pegangan merupakan tunjang kepada semua aspek kehidupan termasuklah aspek politik . Apa sahaja yang kita lakukan perlulah mengikuti jalan-jalan yang disyorkan oleh agama. Jika ianya bertentangan , sudah pasti akan terdapat masalah dan kerumitan yang bakal timbul.

Sebagai lanjutan, politik bertolak daripada aqidah dan juga berasaskan tasawur yang tetap dan syumul. Dari sinilah, Islam tidak terpisah daripada politik dan politik tidak tersisih daripada agama . Hakikat inilah yang melahirkan suatu ungkapan yang menggambarkan suatu rumusan yang diakui oleh umat Islam secara ijma’ : Islam din wa Dawlah.

 Apa yang ada dalam agama sehingga menyebabkan politik tidak tersisih daripadanya? Hal yang demikian mungkin menyebabkan kita tertanya-tanya . Di dalam agama terdapat aqidah yang mendukungnya. Aqidah merupakan asas dalam agama . Jika aqidah itu pincang , maka pincanglah agama itu.

Ciri-ciri dalam aqidah Islam yang menyebabkan politik tidak tersisih daripada agama:-

Aqidah Islam adalah aqidah yang menyeluruh ( syumul )

Aqidah Islam yang menyeluruh membawa pengertian bagi semua aspek. Baik daripada aspek rohaniah mahupun jasmaniah. Gabungan daripada kedua-dua aspek ini memangkinkan kepada keutuhan politik dalam agama. Di sini tidak akan timbul politik yang tersisih daripada agama.

Aqidah Islam adalah aqidah yang kekal

Aqidah Islam merupakan aqidah yang kekal kerana ia berteraskan kepada asas-asas yang kekal . Ini berlainan sama sekali dengan sesetengah agama ataupun ideologi yang berdasarkan kepada materialisme semata-mata. Yang selainnya pula mengasaskan kepercayaan atau pegangannya kepada asas-asas yang bersifat sementara seperti kenegerian , kebangsaan atau perkauman . Pegangan yang teguh dan erat menyebabkan politik tidak akan tergelincir daripada landasan agama buat selama-lamanya

Aqidah Islam adalah aqidah yang sesuai sepanjang masa

Sememangnya kita mahukan politik itu bersesuaian dengan masa . Dalam hal ini , Islam dalam pecahannya iaitu aqidah merupakan ajaran yang bersesuaian sama ada pada tempat atau masa . Kita tidak mahu aspek politik yang kita uruskan itu hanya sesuai untuk masa-masa yang tertentu sahaja. Pastinya keributan ataupun kelam kabut tidak berlaku pada aspek politik jika aqidah yang didukung itu sesuai sepanjang masa .Inilah arah dan hala yang sedang dicari dan dituju oleh manusia masa kini setelah menyedari akan ketidaksesuaian pelbagai teori, ideologi dan kepercayaan yang direka dan dicipta oleh manusia yang bercanggahan dengan tabiat semulajadi insan dan kehidupan.

Aqidah Islam penyelamat ummat

Aqidah Islam dapat menyelamatkan manusia daripada segala macam bentuk penindasan termasuklah penindasan politik. Ini adalah kerana dalam Islam itu sendiri, semua manusia adalah sama tidak mengira keturunan ataupun darjat. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-

" Manusia adalah sedarjat laksana gigi sikat; tidak ada kelebihan orang Arab atau orang Ajam kecuali dengan takwa."

Adalah menjadi kewajipan untuk menegur dan memperbetulkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan penindasan dan kezaliman ke atas masyarakat dan rakyat. Al-Quran telah merakamkan banyak contoh yang waqi’i atau yang benar-benar telah berlaku sehingga menjadikan kita benar-benar merasakan betapa jauh kesan aqidah Islam ini dalam ketinggian dan kemuliaan hidup manusia.

Aqidah Islam penyusun nilai hidup

Dalam aqidah Islam, penyusunan dan pengaturan nilai-nilai hidup berlaku. Berlainan dengan ideologi-ideologi yang lain, ada yang meletakkan kekuatan dan kekuasaan sebagai nilai utama. Ada juga yang meletakkan materialistik sebagai matlamat dalam kehidupan. Jika ini berlaku, sudah pasti aspek politik dalam Islam akan tercemar.

Walaubagaimanapun, aqidah Islam tidaklah sedemikian rupa. Aqidah Islam memusatkan alam semesta dan kehidupan manusia di atas asas nilai-nilai yang mutlak, umum dan tetap hak serta hakiki, iaitu nilai keimanan kepada Allah. Islam tidak menolak kekuatan tetapi meletakkannya di tempat yang sesuai . Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

" Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu dan pasukan berkuda di perbatasan untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan yang lain di samping mereka yang tidak kamu ketahui , tetapi Allah mengetahuinya . Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah , nescaya akan dibalas cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dirugikan".

(Surah Al Anfal, ayat 60)

Islam juga tidak menafikan nilai harta dan wang tetapi meletakkannya pada tempat yang layak dalam kehidupannya dengan panduan dan syaratnya yang menjamin keutuhan tamadun manusia itu sendiri. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman ,janganlah kamu jadikan terlarang barang yang baik-baik ,yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang melampaui batas.

( Surah Al Maidah, ayat 87)

 
Masalah Yang Mungkin Akan Timbul Akibat Pemisahan Antara Politik Dan Agama.

Pemisahan sesuatu perkara daripada induknya akan mendatangkan masalah dan kerumitan. Hal ini sememangnya akan berlaku jika politik itu tidak berada di bawah dasar agama . Pastinya arah dan haluan politik itu sendiri akan terumbang ambing. Rintangan dan halangan yang tertentu akan menjadikan politik itu hanyut ditelan masa. Kemelut ini akan terus berpanjangan jika ianya tidak di ambil tindakan yang segera. Adapun masalah-masalah yang bakal timbul adalah:-

Wujud ketidakadilan dalam politik

Setiap insan di bumi ini termasuklah yang sempurna ataupun yang tidak sempurna mempunyai hak masing-masing. Hak mereka ini tidak boleh dicerobohi mahupun dicemari. Jika politik itu tidak berpandukan kepada agama, yang kuat akan menindas yang lemah. Hal yang sedemikian tidak sepatutnya terjadi . Apa yang sepatutnya adalah yang kuat membela yag lemah . Perkara sedemikian berlaku disebabkan oleh ketidakadilan yang menunjangi kehidupan . Natijahnya, tiada kesudahan bagi perkara ini. Mana yang hak dan yang batil tidak akan dapat ditentukan perbezaannya. Pendek kata, keburukan yang timbul adalah daripada keserakahan mencapai kemajuan duniawi dan kerana revolusi oknum-oknum dan golongan yang tidak sabar akan hukum moral dan ketertiban.

 

Wujud penyelewengan dalam politik

Dalam politik, amanah memainkan peranan yang penting . Jika sifat ini tiada dalam diri setiap individu , maka akan wujudlah penyelewengan. Hak seseorang individu itu pastinya akan dipergunakan oleh individu yang lain untuk kepentingan mereka sendiri. Mungkin hak kita sendiri yang akan digunakan tanpa kita sedari. Secara tidak langsung, kehidupan ini dikatakan sebagai kehidupan yang bukan hakiki tetapi kehidupan yang batil dan sesat , khayalan dan sangkaan yang tidak menghasilkan nilai-nilai yang hakiki tetapi menghasilkan kepalsuan, kehampaan dan sia-sia15.

Wujud keributan dalam politik

Sesuatu perkara yang tidak ditunjangi oleh agama pastinya mendatangkan keributan ataupun kucar kacir dalam kehidupan manusia . Kehidupan manusia bukan sahaja akan kucar kacir , bahkan yang lebih dahsyat lagi adalah bakal menghancurkan. Manusia akan mula mencari arah dan hala tujuan mereka. Pada ketika ini, keadaan mungkin menjadi genting di mana masing-masing menuding jari menunjukkan kesalahan antara satu sama lain. Nilai-nilai murni yang selama ini terbina atas dasar ukhuwah akan menjadi pudar dan mungkin akan hilang.

Ahad, 5 November 2017

15 Maksiat Yang Bakal Mengundang Bala

Hadith ke-35 dari 40 hadith tentang peristiwa hari kiamat yang dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) ini menerangkan tentang 15 maksiat yang bakal mengundang bala dan membawa kita dengan lebih dekat dengan kedatangan hari kiamat. Bala ini adalah suatu musibah yang amat ditakuti manusia. Semoga jadi renungan kita bersama.

Hadith daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala’ pasti akan turun kepada mereka :

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

penjelasan:
  • keuntungan kerajaan seperti minyak haruslah dibahagi samarata dengan rakyat.
  • melakukan kezaliman kepada rakyat tangan mu akan di ikat di neraka nanti.
  • sekiranya bertaubat haruslah pulangkan semua harta itu kepada mereka yang berhak
  • Laknat Allah kepada mereka yang zalim

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.


penjelasan:
  • Pada zaman sekrang,apabila diterima suatu jawatan yang besar tetapi tidak ditunaikan amanah dengan sebenar sebaliknya digunakan untuk mencari keuntungan besar.
  • wang yang digunakan itu disalah gunakan dengan menakut-nakutkan orang yang melakukan kebaikan
  • kita juga bersalah kerana salah memilih orang yang yang tidak amanah
  • Jangan cenderung kepada mereka yang berbuat zalim,kamu juga turut merasakan dosanya!

Tangan-tangan yang menaikkan kepada orang tidak mahu kepada islam untuk menjadi pemerintah maka tangan2 ini akan diikat dihadapan Allah nanti -UAI

3. Zakat dijadikan hutang.

penjelasan:
  • enggan membayar hutang walaupun sudah tiba masanya.Fitrah manusia yang melewatkan membayar hutang
  • Hutang Allah lebih mustahak untuk disettlekan-UAI
  • contoh: 1juta kena bayar zakat RM25000..sayang untuk bayar

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

penjelasan:
  • Allah berfirman"Suami memerintah kepada isteri" bukan menzalimi tetapi,suami perlu membimbing isteri.Isteri wajib taat kepada suami dalam rumah tangga alaskan berlandaskan syarak.
  • orang perempuan ramai masuk neraka sebab derhaka kepada suami.
  • amalan isteri tidak diterima melainkan meminta maaf daripada suami
  • orang lelaki yang tidak menyediakan nafkah kepada isteri dan anak juga besar dosanya.
  • isteri wajib mentaati perintah suami mengatasi perintah ibu bapa
  • haram membuat muka masam didepan suami sekalipun salahnya suami kecuali isteri itu datang haid

Siapa saja di kalangan isteri yang bermuka masam di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah sampai ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan memohon kerelaannya

"Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu (isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajibannya terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan :seorang isteri bersujud kepada suaminya." -Sabda Nabi SAW

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

penjelasan:
  • Peringatan yang tidak berkaitan dengan agama.tidak haram dalam membicarakan hal dunia dalam masjid,cuma perlu memperlahankan suara.anak-anak yang bising(nakal betul) dalam masjid jangan bawa dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadis riwayat tarmizi)

Keterangan Hadis

Sekiranya berlaku kezaliman, wajib kita menentangnya..-UAI


Kita sebagai rakyat berhak mempertahankan hak kita dan menegakkan agama islam. Malangnya, agama islam itu sendiri di tindas oleh orang islam sendiri. Sangat mengecewakan. kenapa orang islam sendiri takut untuk menegakkan agama Allah ini? Orang munafik menafikan kehendak islam.

Apa-apapun, yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk sama2 kita jauhkan. Perbaiki diri sikit demi sedikit asalkan istiqamah (berterusan).semoga kite tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa bertaubat.aminn



Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadis riwayat tarmizi)



Untuk lebih faham dan mendalami hadith ini, sila tonton ini: