Isnin, 8 Januari 2018

Melayu, Marilah Bersatu Dengan Tali Allah

Secara umumnya, Melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam di Tanah Melayu atau Malaysia sekarang ini. Mereka merupakan satu rumpun kaum yang secara sejarahnya dikatakan menetap di rantau nusantara ini sejak lebih 25 ribu tahun lalu. Arkeologi Lembah Bujang yang menghubungkan Negeri Lindungan Kedah Tua di era Kerajaan Langkasuka dan Srivijaya serta Kota Tampan di Lenggong pula membuktikan sejarah di penempatan di lokasi tersebut dikuasai pengaruh agama Hindu dan Buddha sebegitu lama. Disebabkan catatan sejarahnya amat kabur, tidak banyak bukti ilmiah yang menerangkannya. Namun orang Melayu Jawa yang beragama Hindu yang kemudiannya membentuk komuniti mereka berpindah ke Bali membuktikan sejarahnya bahawa terdapat orang Melayu yang beragama Hindu.

Dalam konteks Malaysia, Melayu dan Islam adalah satu pengsebatian yang dibuktikan oleh sejarah terkemudian. Kerajaan Melayu Melaka, Acheh, Pasai, dan Patani. Di nusantara ini telah mengalami satu perubahan sejarah yang mengkagumkan. Perkembangan Islam dalam dunia Melayu di nusantara mencorak dimensi baru ke atas pola peradaban Melayu hingga ke saat ini. Ia bermula dari era perdagangan laut dunia ketika zaman awal perkembangan Islam.

Di Tanah Melayu penyebaran agama Islam amat unik. Ia berlaku tanpa sebarang pertumpahan darah. Kemasukan Islam di Tanah Melayu bermula selepas Parameswara Raja Melaka memeluk Islam dalam abad ke-15. Pengislaman Parameswara tidak mempunyai hubung kait dengan kekayaan yang dimiliki oleh pedagang-pedagang Islam yang berurusan di Melaka. Malah ketika itu pedagang dari India, China dan Eropah juga turut berurusan di perairan Melaka. Cuba anda bayangkan bagaimana usaha dakwah yang dilakukan oleh mubaligh Islam ketika itu untuk mengislamkan seorang raja yang berkuasa dan berpengaruh. Menukar agama bukan semudah penukaran barang dagangan atau pakaian sutera yang tersarung di badan. Penukaran agama lama kepada agama baru melibatkan pengorbanan ke arah pengabdian spiritual dan fizikal yang amat berat dan sukar. Namun pendakwah-pendakwah Islam yang datang dari Arab, Parsi, India dan China ketika itu berjaya mengislamkan Raja Melaka. Rahsia pengislaman Parameswara adalah dikaitkan dengan keindahan akhlak yang ditunjukkan oleh orang-orang Islam ketika berurusan di pelabuhan Melaka.

Budi pekerti, menepati janji serta bersopan santun sebagaimana yang dianjurkan Islam dipratikkan secara zahir dan batin oleh pedagang-pedagang Islam ketika itu. Dikisahkan sebelum Parameswara memeluk Islam, pada suatu hari, baginda telah melihat perlakuan sekumpulan pedagang-pedagang Islam yang sedang solat berjamaah. Baginda kagum melihat perpaduan mereka dalam pelaksanaan ibadah kerana mereka terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, India dan China melakukan perlakuan yang sama dengan diketuai oleh seorang imam. Selepas tamat berjamaah mereka berjabat salam tanpa membezakan negara yang mereka datang serta warna kulit yang mereka miliki. Mereka saling berpelukan dan beramah mesra bagaikan bersaudara sedangkan mereka baru pertama kali bertemu.

Sebagai seorang raja, Parameswara menyedari sekiranya diri beliau dan seluruh rakyatnya memiliki akhlak dan keperibadian sebagaimana yang ditunjukkan oleh pedagang-pedagang Islam tersebut nescaya Melaka akan menjadi aman, makmur dan sejahtera. Tidak akan berlaku rasuah, terhapus segala kemiskinan, golongan kaya akan bermurah hati membantu yang miskin, rakyat akan bersatu padu, jenayah akan dibasmi dan pemerintahan baginda akan dihormati dan disegani. Islamnya Parameswara memberi kesan yang besar kepada Melaka sehingga hampir semua pembesar dan rakyat Melaka menerima Islam. Maka terbentuklah sebuah tamadun Melayu yang berasaskan dari ketamadunan Islam yang kemudiannya berkembang ke seluruh pelusuk Tanah Melayu.

Islam adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh umatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah. Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah di dalam surah Aali-Imran ayat 103-105;

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah (Islam) dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk-Nya.”

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan, menegakkan yang makruf (syariat) dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan.”

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.”

Mengambil iktibar dari ayat di atas, kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah (Islam) yang kukuh dan utuh. Tanpanya umat akan binasa. Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam.

Orang Melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya. Tinggallah faham nasionalis (perkauman) dan berhijrahlah jasad, pemikiran dan aqidah (keyakinan) kepada Islam agama yang dianuti bersama. Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat. Tanpa Islam maka apalah ertinya Melayu? Aslim Taslam (Islamlah nescaya kamu selamat).

Perpaduan yang dibina diatas premis material, perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh, hebat dan berdaulat serta Allah meredhai kita. Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam. Lihat bagaimana penegasan Allah di dalam firman-Nya (surah al-Anfaal ayat 63);

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan Dia-lah yang menyatupadukan di antara hati-hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatukan-padukan di antara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi sallallahu‘alaihi wasallam juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya, namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya.

Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti (PAS) yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya. Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan. Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain, saya menyeru kepada seluruh umat Melayu dalam negara ini, marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam (Tali Allah) ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah. Ingatlah Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 256;

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Tiada paksaan untuk menganut agama Islam, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang mengkufurkan (tidak percayakan) thaghut dan ia beriman pula kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus. Dan ingatlah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

PAS adalah parti politik yang berteraskan perjuangan Islam dan orang Melayu yang menjadi musuh ketat kepada penjajah Inggeris di Tanah Melayu satu ketika dahulu. PAS sentiasa merancang dan melaksana pelbagai gerakan sama ada gerakan dakwah mahupun perang saraf untuk menghalau penjajah dari bertapak di Tanah Melayu. Gerakan-gerakan penentangan yang dipelopori oleh guru-guru sekolah agama rakyat menjadi tunjang kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris. Inilah antara penyebab mengapa Inggeris terlalu marah kepada gerakan dan pertubuhan Islam terutamanya PAS.

Oleh kerana itu, PAS menganggap perjuangan umat Melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar. Melanggar perintah Allah lalu terperangkap dalam penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah. Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala, mereka sentiasa dijurang kemurkaan Allah. Tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah, berjudi, minum arak, mendedahkan aurat, bergaul bebas, berzina, menggelapkan wang, peras ugut dan 1001 kefasadan.

Persoalannya kenapa susah sangat kita orang Melayu untuk kembali kepada Islam? Apakah kerana kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah? Lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk umat Melayu, agar Melayu menjadi hebat, mulia dan terpandang maka satu-satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam.

Islam adalah Ad-Din yang bersifat sejagat atau syumul. Islam tidak didominasi oleh sesuatu kaum walaupun Islam diturunkan kepada Nabi Mumammad dari kaum Arab Quraish. Bangsa Arab atau kaum Quraish juga tidak menyempitkan Islam sebagai satu penguasaan hakiki di kalangan mereka sahaja, wal hal dalam konteks sejarah, mereka tidak dipersalahkan sekiranya meletakkan kaum mereka di status demikian. Hakikatnya Islam telah dianuti pelbagai suku bangsa, pelbagai budaya dan pelbagai adat resam tanpa sempadan benuanya.

Hari ini, ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang Melayu? Bagaimana nasib orang Melayu yang kian terpinggir di kampung-kampung dan desa? Kenapa Melayu mesti bercakaran sesama sendiri? Apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu?

Menjawab kepada semua persoalan itu, saya gesa kepada seluruh pemimpin-pemimpin Melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam, agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu, Kitab yang satu, Nabi yang satu, Kiblat yang satu.

Apabila umat Melayu bersatu di atas premis yang kukuh ini iaitu Islam, maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh. Mereka akan miliki kuasa politik. Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaful yang disyariatkan oleh Islam. Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka. Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam. Ertinya Islam menjadikan Melayu hebat dan mulia.

Biodata Penulis
Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi merupakan bekas Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Beliau pernah mendapat pendidikan di Maahad Fathul Islami Damascus, Syria dan Universiti Al Azhar, Tanta, Mesir. Beliau memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia.

Ahad, 7 Januari 2018

Patut pun Mahadir Memusuhi Islam, Meluaskan Liberal ...

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’ Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato’ Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya.

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan ‘asing’ di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi.

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari USD272,000 dalam tahun 1966 kepada USD565,000 dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari USD1.1 juta kepada hampir USD1.7 juta.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :“Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. …”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: “Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.”

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh ‘masyarakat Yahudi’ yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan ‘Hollywood’ akan diwujudkan di Cyberjaya.21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap ‘terbuka’.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk ‘menginsafkan’ pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.Patut pun mahadir memusuhi islam ,meluaskan liberal ...sebarkan seluas luas nya

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’ Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato’ Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya.

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan ‘asing’ di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi.

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari USD272,000 dalam tahun 1966 kepada USD565,000 dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari USD1.1 juta kepada hampir USD1.7 juta.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :“Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. …”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: “Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.”

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh ‘masyarakat Yahudi’ yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan ‘Hollywood’ akan diwujudkan di Cyberjaya.21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap ‘terbuka’.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk ‘menginsafkan’ pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

Jumaat, 5 Januari 2018

BERFIKIR GAYA MAHATHIR

Dua puluh tahun dahulu, kalau saya katakan Mahathir akan bersama DAP dan Lim Kit Siang, pasti anda akan kata saya gila. Semua orang tahu macam mana bermusuhnya Mahathir dan Kit Siang. Kalah anjing dan kucing.

Sepuluh tahun dahulu, kalau saya katakan Mahathir akan Bersama Anwar dan Mat Sabu, pasti anda katakan saya naif. Semua orang tak boleh fikir macam mana orang yang pernah sumbat kedua ini dalam penjara boleh dimaafkan.

Tapi sekarang, siapa gila? Siapa naif?

Itulah dia Mahathir. Sangat licik berpolitik. Bab ini saya memang akui dia hebat. Musuh politiknya ditundukkan dengan cara yang tidak pernah terjangkau akal. Setakat sejarah Malaysia, belum ada ahli politik yang boleh mengalahkan Mahathir.

Sampai sekarang, kelicikannya masih belum pudar. Orang susah membaca langkah gerinya. Setiap kenyataannya diperhatikan. Setiap tingkah buatnya diteliti. Dia sentiasa berubah-ubah. Membuatkan orang sentiasa tertanya-tanya apa langkah politik Mahathir seterusnya?

Mari kita kaji serba sedikit tentang langkah politik beliau.

*DIPECAT UMNO ZAMAN TUNKU*

Pada PRU 1969, prestasi Umno dan parti komponen perikatan MCA dan MIC merudum teruk di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Mereka hanya memperoleh 74 kerusi daripada 144 yang dipertandingkan. Kerajaan terbentuk hasil majoriti yang sangat goyah iaitu 51% sahaja.

Dengan kedudukan Umno itu, beliau bimbang Umno akan jatuh bila-bila masa sahaja. Jika Umno jatuh, segala perancangan membina empayar politik dalam Umno dan kerajaan akan musnah. Justeru dia harus berbuat sesuatu.

Ketika itu Mahathir lantang mengkritik kepimpinan Tunku secara terbuka, dan pernah mengutuskan surat mendesak Tunku melepaskan jawatan sebagai PM. Tunku bertindak balas memecat Mahathir, tetapi Mahathir menumpang pentas PAS bagi terus menyerang Tunku. Beliau turut berpakat dengan Tun Abdul Razak.

Akhirnya atas tekanan yang dirancang pakatan Mahathir-Tun Razak, Tunku terpaksa meletakkan jawatan. Tun Razak naik sebagai pengganti.

Setelah rancangan menurunkan Tunku berjaya, Mahathir memohon untuk masuk kembali kepada Umno. Di bawah kepimpinan Tun Razak, dan dibantu faktor penyertaan PAS dalam kerajaan, Umno kembali mendapat kepercayaan dan menang besar untuk PRU 1974.

✳ RANCANGAN MENYINGKIR TUN HUSSEIN ONN

Tun Hussein Onn menaiki takhta PM pada tahun 1976 menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia. Tun Hussein sebenarnya lebih tua daripada Tun Abdul Razak, dan tidak pernah bermimpi untuk menjadi PM. Namun kuasa tuhan, Tun Razak meninggal lebih awal dan beliau berpeluang menjadi PM.

Ramai yang berpendapat bahawa Tun  Hussein meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan. Tetapi sumber dalaman mengatakan ianya adalah disebabkan tekanan kuat daripada Mahathir yang menjadi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Beliau mahu menjadi PM, lalu menggunakan kes pemecatan MB Selangor, Harun Idris yang terlibat dengan rasuah sebagai isu untuk menjatuhkan Hussein Onn.

Pada tahun 1981, Tun Hussein meletak jawatan dan Mahathir berjaya mencapai cita-cita menjadi PM. Angkara Mahathir, Tun Hussein direkodkan sebagai PM paling singkat dalam sejarah.

Namun Tun Hussein dan Tunku Abdul Rahman tidak membiarkan Mahathir begitu sahaja. Pada tahun 1987, mereka bersama team B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah menentang Mahathir dalam pemilihan Umno. Team ini mendapat sokongan yang kuat diperingkat akar umbi Umno dan diyakini mampu mengalahkan Team A.

✳ UMNO DIHARAMKAN DAN KETUA HAKIM DIPECAT

Mahathir sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kedudukannya. Dengan memanipulasi proses pemilihan, team A yang dipimpin Mahathir menang dalam pemilihan Umno 1987. Semua team B disingkirkan dari kerajaan.

Team B yang dikenali sebagai Umno 11 membuat aduan penipuan Mahathir dalam pemilihan yang akhirnya membawa kepada pengharaman Umno tahun 1988. Mahathir terus menubuhkan Umno Baru menggunakan logo, bendera, aset dan perlembagaan Umno lama. Dengan Umno Baru, kuasa Mahathir semakin kukuh.

Tunku dan Tun cuba menubuhkan Umno Malaysia, tetapi dibatalkan oleh Mahathir dengan penubuhan Umno Baru. Tidak berpuashati, mereka menubuhkan pula parti Melayu Semangat 46, mengambil nama sempena penubuhan Umno 1946. Tetapi Semangat 46 gagal menyaingi politik Mahathir dan akhirnya akur untuk masuk Umno Baru.

Mereka sebelum itu cuba membuat rayuan ke mahkamah soal pengharaman Umno dan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas telah melantik panel hakim untuk meneliti kes ini. Malangnya Mahathir menggunakan kuasa untuk menggantung seterusnya memecat Tun Salleh Abas daripada jawatan, menyebabkan rayuan itu tidak dibicarakan. Demi kuasa, Mahathir sanggup mencabar demokrasi negara dengan campurtangan politik terhadap institusi kehakiman.

✳ MAHATHIR KELUAR UMNO ZAMAN PAK LAH

PRU 2008 memperlihatkan BN berada pada prestasi terburuk apabila kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan gagal mempertahankan lima buah negeri. Mahathir merasakan jika dibiarkan berlarutan, Umno pasti akan kecundang dalam PRU seterusnya.

Jika Umno jatuh, Mahathir juga akan beroleh sakit. Banyak kes-kes beliau akan diheret ke muka pengadilan dan empayar keluarganya hancur. Justeru ia tidak boleh dibiarkan.

Mahathir mula menyerang kepimpinan Tun Abdullah Badawi secara terbuka. Kemuncaknya, Mahathir mengisytiharkan diri keluar daripada Umno. Beliau terus menyerang Tun Abdullah menyebabkan ahli Umno mula hilang kepercayaan pada PM itu.

Akhirnya Tun Abdullah mengalah. Beliau meletakkan jawatan dan digantikan oleh Najib. Itu merupakan rancangan Mahathir kerana Najib merupakan orang kepercayaan beliau pada waktu itu.

Turunnya Tun Abdullah bermakna misi menyelamatkan Umno berjaya. Beliau pun mengisytiharkan diri kembali menyertai Umno.

✳ MAHATHIR BUAT LAGI ZAMAN NAJIB

Mahathir menjadi antara pengempen kuat BN dalam PRU13. Tetapi keputusan, BN di bawah kepimpinan Najib tidak berjaya memulihkan sokongan kepada Umno. Malah majoriti semakin menurun.

Mahathir terpaksa melakukan sesuatu demi menyelamatkan Umno. Najib tidak mampu membawa Umno ke depan. Jadi Najib mesti ditukar.

Mahathir menggunakan taktik sama terhadap Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah, dengan mengkritik kepimpinan Najib. Kemuncaknya, Mahathir keluar daripada Umno.

✳ PLAN TIDAK MENJADI

Mahathir menjangkakan tindakan beliau itu bakal menjadi tekanan buat Najib supaya turun. Malangnya perkara tersebut tidak berlaku. Najib mengambil langkah mencantas orang-orang Mahathir di dalam Umno termasuk kroni-kroninya yang selama ini menjadi penyumbang dana Umno.

Mahathir tidak mengalah. Beliau tubuh parti baru. Tarik seberapa ramai ahli Umno untuk bersamanya. Beliau cuba berpakat dengan pembangkang, untuk terus memberi tekanan kepada Najib supaya mendengar kata-katanya, atau ditumbangkan dalam PRU.

Tetapi Mahathir gagal mencapai apa yang dikehendaki. Pertama kerana Najib tidak mahu menurut kehendaknya. Kedua, kerana PAS tidak mahu menjadi buah caturnya lagi sebagaimana pernah berlaku zaman beliau berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu.

Yang lebih memilukan, semua kes-kes lama beliau dan orang-orangnya dibongkar kembali. Ini membuatkan orang-orangnya takut bertindak ke atas Najib untuk menjaga periuk nasi.

✳ KUBURKAN UMNO

Setelah tidak ada jalan untuk membuat Najib berundur, Mahathir akhirnya tekad untuk menumbangkan Umno dan BN. Jika bahtera BN sudah tidak boleh diselamatkan, baiklah ia dikuburkan terus. Yang penting dia segera membina bahtera lain yang bakal menggantikan Umno. Dengan cara itu, empayarnya akan terus selamat. Khazanah Mokhzani, Mukhriz, Marina dan Mirzan perlu dilindungi.

Beliau sanggup buat Umno diharamkan dulu. Lalu apa yang boleh menghalangnya untuk beliau kuburkan Umno?

✳ STRATEGI MEMPERBODOHKAN PH

Atas kelicikannya, Mahathir berjaya memperdaya pemimpin PH untuk menerimanya. Pemimpin yang dulunya bermatian melawan beliau sampai meringkuk di penjara, lebam biji mata dan tempang dibalun FRU kini boleh mencium kaki beliau. Segala kesalahannya sepanjang memerintah sudah dibersihkan tanpa perlu membayar balik ganti ruginya.

Kemuncak kehebatan beliau memperbodohkan penentangnya dahulu adalah, beliau diterima untuk menjadi PM semula selepas ini.

Namun perkiraannya silap. Disangkakan penglibatannya dalam PH boleh melemahkan sokongan kepada BN. Rupanya makin memperkuatkan BN pula. Kalangan sosialis seperti PSM menolak beliau sehingga sanggup melawan PH dalam PRU nant. Non-muslim pula semakin meninggalkan DAP kerana bersekongkol dengan Mahathir, selain isu-isu kegagalan pentadbiran dan salahlaku pemimpinnya. MCA pula yang semakin pulih.

PAS masih tegas dengan Gagasan Sejahtera. Tidak mahu tertipu dengan rancangan Mahathir, selain tidak mahu berkompromi dengan kepentingan Islam.

Nampak gaya, PH tidak mampu kedepan. PAS pula yang bakal mengambil manfaat. BN tidak terjejas. DAP mungkin beroleh keuntungan, untuk menarik sedikit lagi sokongan melayu di beberapa kawasan parlimen bagi menambah bilangan kerusi mereka. Itupun terancam dengan gerakerja MCA yang semakin proaktif sekarang.

✳ KEMBALI KEPADA UMNO

Rancangan terakhir Mahathir mungkin berunding kembali dengan Umno. Jika parti itu dapat tawarkan kedudukan yang baik untuk anaknya Mukhriz di jawatan tertinggi kerajaan, itu sudah cukup daripada terus lenyap dalam pertarungan politik sekarang.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 pun sudah memadai. Tapi kalau terdesak, cukup untuk minta segala kes beliau yang dalam siasatan dilupuskan.

Tak mungkin Mahathir akan berada bersama parti yang berisiko untuk kalah. Beliau tidak mahu karier politiknya berakhir dengan cara yang memalukan. Bersama PAS, tak mungkin dapat jadi pemimpin. Justeru lebih baik beliau kembali kepada Umno sahaja.

Dengan menawarkan beberapa syarat, tentu sekali Umno akan tertarik dengan tawaran Mahathir. Inilah peluang mereka untuk melenyapkan PH. DAP, PKR dan PAN telah mengangkat Mahathir terlalu tinggi, lebih tinggi daripada Anwar, Mat Sabu dan Lim Kit Siang sendiri. Jika Mahathir kembali kepada Umno, habis parti-parti itu nak menjawab pada penyokong PH yang sudah menjadi peminat fanatik Mahathir.

Tidak mustahil sebelum pilihanraya, Mahathir buat tindakan pelik menyertai Umno kembali. Bermain dengan Mahathir, kita mesti berfikir jauh kedepan. Tak boleh fikir selapis sahaja. Beliau sangat licik dan penuh helah.

Sebagaimana saya katakan di awal tulisan, jangan cepat melabel telahan ini sebagai tidak masuk akal. Dalam politik segalanya masuk akal. Yang penting jangan terlalu naif, nanti hilang akal pula. Baca sejarah, manfaatkan akal sebaiknya.

18 Rabiul Akhir 1439
4 Januari 2017

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
Facebook:
fb.com/AlangShukrimun

#AiSSiasah

Khamis, 4 Januari 2018

AMANAT MAZA JAUH LEBIH BAHAYA DARI AMANAT HADI

Sungguh melucukan sekali membaca tulisan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza), bertajuk “Benarkah “Amanat Hadi: ‘Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri’?”, yang disiarkan di halaman DrMaza.Com dan di portal berita Malaysia Kini pada 2 Januari 2018.

Tulisan Dr Maza ini adalah reaksi kepada “satu artikel tulisan seorang penulis PAS” di portal berita Harakah Daily pada 1 Januari 2018 yang sebenarnya merupakan tulisan saya, bertajuk “Amanat Haji Hadi: Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri”, yang disiarkan di muka buku saya.

Saya telah lama memerhatikan ciri-ciri penakut dan tidak ilmiah Dr Maza yang tidak suka menyebut seseorang dengan nama sebenarnya tetapi menyelindungkannya dengan gelaran lain, di mana ciri-ciri ini tidak melambangkan beliau ahli akademik dan Mufti yang baik.

Dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 31 Mei 2012 umpamanya, Dr Maza menyebut mengenai tindakan “istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM500,000”, yang mendorong beliau menulis “‘jika’ golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka”. Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah Istana Johor, khususnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 3 Oktober 2013 pula, Dr Maza menyebut mengenai “bagaimana ada rakyat di negeri ‘entah berentah’ yang memuji sultannya melangit tinggi bagaikan wali Tuhan kerana isteri sultan berkenaan bertudung” sedangkan “dalam masa yang sama mereka melupai bagaimana sang sultan itu sedang membina istana yang harga berbilion dari wang rakyat jelata”. Ini beliau jelaskan lagi secara lisan di dalam satu kuliah dengan berkata, “saya sebut, ada di negeri Antah Berantah kan, Antah Berantah ni tak kiralah, mana-mana, orang puji sultan dia pasal bini dia pakai tudung, orang kata bagus la, nak Islam, soleh, dekat-dekat nak jadi Wali Songo, dekat nak jadi wali dah maksudnya, tapi dalam masa yang sama dia ambik duit rakyat bina istana hampir 2 bilion.” Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah pembinaan Istana Syarqiyyah di Bukit Chendering oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Begitu juga dengan tulisan Dr Maza di laman web DrMaza.Com pada 7 Mei 2015 dalam mana beliau menyebut mengenai tindakan “media antarabangsa (yang) tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu”. Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bila saya, yang bukan merupakan “penulis PAS”, digelarkan oleh Dr Maza sebagai “penulis PAS” kerana tulisan saya tersiar di portal berita Harakah Daily, maka apakah pula yang boleh saya gelarkan Dr Maza kerana tulisan beliau yang tersiar di portal berita Malaysia Kini?

Tulisan Dr Maza yang panjang lebar ini cuba mempersoalkan tulisan saya yang menyebut beliau lupa kepada nasihat beliau sendiri dengan mendakwa kononnya saya memetik tulisan awal beliau bertajuk “Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil” secara tidak seimbang.

Begitupun, penjelasan Dr Maza di dalam tulisan beliau ini gagal menyanggah dakwaan saya bahawa beliau lupa kepada nasihat beliau sendiri supaya “semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir” dan “kembali kepada politik yang dapat membina negara”.

Dr Maza mendakwa bahawa “(beliau) sebenarnya bukan membangkitkan kembali isu Amanat Hadi”, tetapi “(beliau) menjawab kenyataan Tun Mahathir”, khususnya “menafikan dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan para mufti tidak bantah amanat tersebut”.

Bagaimanapun, pelik bila penelitian kepada laporan akhbar New Straits Times menunjukkan bahawa Dr Maza direkodkan sebagai “enggan memberi komen ke atas dakwaan Dr Mahathir terhadap para mufti” (“refusing to comment on Dr Mahathir’s accusation against muftis”).

Sebaliknya, apa yang lebih ditonjolkan oleh laporan akhbar New Straits Times ini ialah sokongan Dr Maza terhadap dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Peristiwa Memali, yang berlaku pada 19 November 1985, adalah berpunca daripada “Amanat Haji Hadi”.

Ini jelas tertera di dalam ayat pertama digunakan, iaitu Dr Maza “percaya bahawa 'Amanat Hadi' telah memainkan peranan yang membawa kepada tragedi berdarah (Memali) itu” (“believed that 'Amanat Hadi' had played a role leading up to the bloody (Memali) tragedy”).

Tidak dinafikan ada disebut pada hujung laporan akhbar New Straits Times ini ayat Dr Maza bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan waktu itu mengisytiharkan “Amanat Haji Hadi” adalah “misguided (sesat)”, tetapi ini sebenarnya bukanlah sanggahan kepada Tun Dr Mahathir.

Begitulah juga dakwaan terbaru Dr Maza, berpandukan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 22 April 2001 dan 7 Januari 2013, kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 November 1984 mengisytiharkan “Amanat Haji Hadi” sebagai “bercanggah dengan ajaran Islam”.

Sangat menghairankan sekali bagaimana seorang pemegang ijazah PhD, apatah lagi seorang Mufti, seperti Dr Maza boleh menerima bulat-bulat berita yang diasaskan kepada sumber kedua tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya dengan mana-mana sumber pertama.

Penelitian saya kepada sumber pertama, malah termasuk kepada buku “Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia” terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan sebaliknya.

Ini kerana Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 itu telah membincangkan mengenai isu kafir-mengkafir sesama orang Islam, bukannya mengenai “Amanat Haji Hadi”.

Keputusan penuh Muzakarah Khas ini, yang dipertegaskan semula di dalam bentuknya yang asal oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Januari 2013, adalah seperti berikut:
“a. Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.”
“b. Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.”

Tiada langsung rujukan mengenai “Amanat Haji Hadi” di dalam Muzakarah Khas ini dan keputusannya juga meliputi pengkafiran oleh “ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua” dan oleh “ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam”.

Tindakan Dr Maza memarakkan kembali isu “Amanat Haji Hadi” yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir, khususnya dengan menyokong dakwaan beliau bahawa Peristiwa Memali adalah berpunca daripada “Amanat Haji Hadi”, adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Lebih tidak bertanggungjawab adalah tindakan Dr Maza menyatakan “Amanat Hadi punca kafir-mengkafir” dengan menyandarkannya kepada Datuk Dr Mujahid Yusuf, kononnya sebagai “pihak yang terlibat”, kerana beliau “anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am PAS”.

Sedangkan ramai tahu bahawa Datuk Dr Mujahid hanya aktif di dalam PAS pada akhir tahun 1990-an dan tidak mengetahui mengenai perjalanan PAS sebelum tempoh itu serta ramai tahu bahawa Dr Maza, Datuk Dr Mujahid dan Dr Maszlee Malik adalah “tiga sekawan”.

Apatah lagi bila Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah secara terbuka, umpamanya melalui satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 13 Ogos 2000, menyebut bahawa ucapan beliau itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa, termasuk UMNO.

Kata Datuk Seri Abdul Hadi, ucapan beliau itu “lebih menjurus kepada memberi kefahaman dan kesedaran secara ilmu tanpa membuat tuduhan kepada sesiapa” membabitkan “kaedah-kaedah hukum syarak mengenai perkara-perkara yang merosakkan iman seseorang”.

Begitulah juga penegasan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sewaktu mempertahankan “Amanat Haji Hadi” pada 28 Disember 2012, bahawa “Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja”.

Jika menjelaskan batasan iman dan kufur ini boleh dikatakan punca kafir-mengkafir, bagaimanakah pula dengan tindakan sama yang dibuat oleh Dr Maza sendiri sebelum ini, umpamanya di dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 9 Julai 2010 yang menyebut bahawa “sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari Islam” selain menyebut bahawa “demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pengharaman arak, judi, zina dan seumpamanya”?

Sebenarnya membuat “Amanat” bukanlah satu kerja yang terlalu sukar jika anda kreatif. “Amanat Haji Hadi”, seperti diakui oleh penciptanya, Omar Khalid, di rumah beliau kepada saya, adalah keratan daripada ucapan Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 April 1981.

“Amanat Haji Hadi” ini bagaimanapun tidaklah merbahaya seperti yang didakwa oleh Dr Maza, kerana ia hanya bercakap mengenai soal pertentangan antara parti-parti politik dan, seperti diakui oleh Dr Maza dan Dr Maszlee sendiri, tidak pun mengkafirkan UMNO.

Apa yang jauh lebih merbahaya adalah “Amanat Maza” yang merupakan keratan daripada tulisan Dr Maza di laman web DrMaza.Com pada 6 Februari 2014 yang, selain menghina keturunan raja/sultan, bercakap mengenai kritikan dan pembuangan institusi raja/sultan.

Ini kerana, tidak seperti parti-parti politik, institusi raja/sultan diberikan kedudukan dan perlindungan yang istimewa, baik di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri, tambahan pula dengan kedudukan raja/sultan sebagai Ketua Agama Islam.

Sangat pelik bagaimana Dr Maza boleh terus-terusan dilantik memegang jawatan sebagai Mufti bila terang-terang kenyataan beliau di dalam “Amanat Maza” ini dilihat cuba menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap institusi raja/sultan.

Apatah lagi, bila disemak dengan teliti segala tulisan Dr Maza selama ini, sama ada yang disiarkan di halaman DrMaza.Com atau di laman web DrMaza.Com, turut didapati penanaman bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap kerajaan yang memerintah.

Di bawah ini adalah kandungan “Amanat Maza” tersebut:

“Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.”

“Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan.”

“Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.”

“Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman.”
“Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.”

#Dr. Kamarul Yusoff

Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

    * Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

    * Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
   
    * Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
   
    * Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
   
    * Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
   
    * Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
   
    * Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: 
   
    * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

    * Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

    * Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

    * Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

    * Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

    * Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

    * Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

    * Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

    * Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

    * Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

    * Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

    * Memaksa Petronas membeli saham Proton.

    * Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

    * Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

    * Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

    * Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

    * Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

    * Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

    * Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

    * Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

    * Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

    * Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

    * Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

    * Mengganggu penyiasatan BPR

    * Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

    * Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

    * Keruntuhan makmal computer;

    * Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

    * Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

    * Keretakan PULAREK; dan

    * Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

    * Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

    * Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

    * Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

    * Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

    * Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

    * Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

    * Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

    * Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

    * Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

    * Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

    * Kerugian pelaburan Tabung Haji;

    * Kerugian RM15b Bank Negara;

    * Kerugian RM40 juta AIM;

    * Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

    * Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

    * Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

    * Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

    * Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

    * Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

    * Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

    * Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

    * Menutup dua MRSM di Terengganu;

    * Menutup sekolah agama rakyat; dan

    * Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

    * Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

    * Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

    * Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

    * Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

    * Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

#Tun Telanai

Tun Mahathir Si Mantan Diktator Tua Yang Mudah Lupa

Tun Mahathir Si Mantan Diktator Tua Yang Mudah Lupa 

1) Semua kesilapan yang berlaku pastinya akan dipersalahkan orang lain, bukan dirinya sendiri. Dia juga sering memberi alasan tidak tahu dan terlupa apabila ditanya pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya.

a. Isu Memali: Amanat Haji Hadi dan para Mufti yang dipersalah
b. Isu Pemecatan Ketua Hakim Negara: Peguam Negara yang dipersalah
c. Isu Tangkapan Ops Lalang ISA: Polis yang dipersalah
d. Isu Kerugian RM 32 billion Skandal Forex: Gabenor Bank Negara yang dipersalah

Media Pro PH punyalah bersungguh melaporkan kononnya Tun M meminta maaf di penghujung ucapan dasar PPBM sedangkan ketika sidang media selepas itu, Tun M berkata permohonan maaf secara umum itu hanyalah kerana memenuhi tradisi bangsa Melayu dan ianya bukanlah tanda mengakui sebarang kesalahan.
Hebat bukan.? Mohon maaf tetapi tidak mengaku salah.

2) Hebat sungguh Tun M ini kerana sesiapa sahaja yang tidak mengikut kehendaknya pasti akan dilawan sehabisnya.
Mungkin ada yang sudah terlupa ketika zaman Tun M menjadi PM selama 22 tahun dulu, sekalian TPM tersingkir samada secara sukarela atau paksa.
a) TPM Tun Musa Hitam (1981-1986): letak jawatan
b) TPM Tun Abdul Ghafar Baba (1986-1993): letak jawatan
c) TPM Dato' Seri Anwar Ibrahim (1993-1998):  dipecat
d) Tun Abdullah (1999-2003): terselamat

Walaupun Tun Abdullah berjaya menjadi PM yang baru tetapi, nasibnya tidakkah lama.
19 Mei 2008: Tun M isytihar keluar UMNO sebagai tanda protes kepimpinan Tun Abdullah

Selepas Tun Abdullah berundur pada Mac 2009, PM Najib dilantik sebagai pengganti dengan restu dan sokongan padu Tun M sendiri.

Apabila PM Najib tidak membantu Mukhriz Mahathir untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan MB Kedah, Tun M memulakan kempen mendesak PM Najib berundur.
29 Februari 2016: Tun M isytihar keluar UMNO sebagai tanda protes kepimpinan PM Najib pula

3) Hebat sungguh Tun M ini kerana dulu dia begitu dibenci dan dimusuhi oleh pemimpin PKR, DAP, dan PAN. Sekarang, dia begitu disanjungi dan disucikan pula oleh pemimpin Pakatan Harapan di samping memberikannya peranan sebagai Pengerusi PH.
Bahkan, Tun M bakal dinobat sebagai PM Idaman Pakatan Harapan.
Lawak apakah ini.?
Bukankah dulu, pemimpin PH juga yang menggelar Tun M sebagai diktator yang mahazalim.
PM Najib yang ada pada hari ini adalah pewaris legasi kepimpinan Tun M juga.

4) Sungguh amat geli hati ini apabila melihat Tun M bercakap mengenai kebebasan bersuara, hak berpolitik, sistem demokrasi, anti rasuah sedangkan selama 22 tahun dia berkuasa dahulu, apa yang dia tidak buat.?
Rekod sejarah berikut tidak pernah terpadam bahawa;
a) Tun M menggunakan ISA untuk menahan tanpa bicara para musuh politiknya
b) Tun M menggunakan OSA untuk menyekat penyebaran dokumen perjanjian berat sebelah kerajaan yang menguntungkan kroninya
c) Tun M menggunakan Akta Mesin Cetak untuk menyekat penerbitan akhbar dan majalah yang menentangnya
d) Tun M menggunakan Polis, FRU untuk menyekat demontrasi dan ceramah pembangkang
e) Tun M meminda Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-Raja dan kuasa Agong bagi memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang
f) Tun M menyusun atur pelantikan Ketua Hakim Negara (judisiari) agar mengikut selera institusi eksekutif
g) Tun M menggunakan wang Petronas bagi menyelamatkan (bail-out) syarikat anaknya, Mirzan Mahathir
h) Tun M melantik rakannya, Eric Chia untuk mengetuai Perwaja Steel yang akhirnya kerugian sehingga RM 10 billion
i) Tun M berpakat secara rahsia dengan Tun Daim  mengarahkan Tan Sri Tajuddin Ramli membeli saham MAS bagi membantu Bank Negara Malaysia mengatasi kerugian sebanyak RM 32.5 billion akibat skandal tukaran asing (Forex) pada tahun 1992.
j) Tun M menganugerahkan projek kepada sekalian kroni dan proksinya sehingga kekayaan negara berpusing di kalangan jutawan seperti Vincent Tan, Robert Kuok dan Ananda Krishnan.

5) Setelah puas Tun M memusnahkan  institusi negara, kini dia mahu kembali memerintah Malaysia.
Kasihan melihat pemimpin Pakatan Harapan yang begitu terdesak untuk menawan Putrajaya sehingga tidak sedar diri mereka sedang dipergunakan dan diperbodohkan oleh Tun M.
Segala ludahan dan cacian mereka terhadap Tun M sudah dijilat kembali dan digantikan dengan semburan wangian dan hamparan permaidani indah untuk Tun M.

6) Hanya PAS yang tidak mampu ditipu oleh Tun M.
Oleh sebab itu, janganlah kita terkejut apabila saban hari Tun M menyerang dan memfitnah PAS kerana PAS yang dipimpin oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak mengikut selera dan kehendak nafsu Tun M.
Hari ini Tun M menggelar Tuan Guru Presiden PAS sebagai pengkhianat kerana tidak mahu bersama PH menjatuhkan PM Najib.
Tun M sepatutnya cermin dirinya sendiri dahulu.
Adakah dia menyangka rakyat sudah lupa dengan pengkhianatan amanah yang dilakukan olehnya selama 22 tahun dahulu.?
UMNO yang rosak membarah hari ini pun adalah hasil warisan gaya pemerintahan Tun M juga.

PAS memperjuangkan perubahan dasar bukannya sekadar menukar individu.
Islam hanya akan tertegak dengan keruntuhan sistem jahiliyyah bukannya digantikan pula dengan sistem jahiliyyah yang baru.

Malaysia akan meniti hari kegelapan bukannya sinar harapan yang cerah seandainya Mantan Diktator Tua ini kembali ke puncak kuasa.

Catatan Oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
3 Januari 2018

Rabu, 3 Januari 2018

PAKATAN HARAPAN SUDAH LUPA SIAPA ITU MAHATHIR... KENAPA MAHU JADI PUNAH HARAPAN DGN MENJADI SEKUTU BAKA UMNO...

Bertimbun-timbun dan berbeban-beban isu terhadap UMNO khususnya pemimpin UMNO sejak dua tiga puluh tahun lalu. Kini terbongkar dan menjadi isu yang memakan diri UMNO sendiri. Itu sebabnya parti atau pemimpin yang baik mereka tidak akan melakukan perkara yang buruk walaupun mereka ada kuasa untuk melindunginya dari pengetahuan umum. Akhirnya apa yang disorok dan dilindungi bertahun-tahun dahulu terkeluar juga dan yang menghadapinya ialah UMNO sendiri..

Tidak ada ruang yang cukup untuk menyenaraikan kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan oleh UMNO dan BN terutamanya di zaman pimpinan Mahathir dahulu. Budaya yang dicipta Mahathir itu menjadi ikutan kepada semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan beliau itu. Kesalahan dan kesilapan Mahathir itu ditokok dan ditambah oleh pimpinan selepas beliau...

Mahu salahkan siapa jika UMNO sudah lama menzalimi rakyat???

Pengkhianat Mahathir dalam dunia politik sudah jelas dan pelbagai taktik kotor yg dimainkan oleh Mahathir ketika beliau menjadi PM..
Malah Mahathir begitu berani membuat pelbagai perubahan sehingga nasib org melayu ditindas..

Jika dilihat dari sejarah Mahathir begitu banyak isu dalaman yg mahathir mainkan dalam UMNO utk beliau naik utk menjadi PM ketika itu..
Adakah anda masih ingat bagaimana permainan kotor mahathir ketika beliau dlm UMNO sendiri..

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu dibwh pentadbiran Mahathir..

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Jika nak menulis khianat Mahathir dalam UMNO mgkin satu muka Surat x hbs..Begitulah sikap Mahathir yg lahir dr perut UMNO..
Sekarang ini yg menjadi persoalan bagaimana seorg pengkhianat partinya sendiri telah diangkat dan dinobat sebagai Pemimpin dalam Pakatan Harapan???

Adakah segala khianat Mahathir kepada parti sendirinya tidak dapat dikesan oleh pemimpin PH??
Adakah kerana terlalu teringinkan Putrajaya pemimpin PH terpaksa menutup mata segala DOSA² yg dilaku Mahathir kpd rakyat dan negara...
Malah kerana susuk tubuh tua Mahathirlah terjadinya perpecahan ummah semasa beliau dalam Umno...

Mungkin LUKA KECIL yg ditinggalkan oleh Mahathir dr UMNO ini begitu senang dicuci oleh pemimpin PH hanya dgn sebilas air dan setitik dettol...

Adakah kita mahukan seorg yg zalim ketika dia dalam UMNO kini mahu betul² membela rakyat???

Atau cuba kita lihat spesis jenis Mahathir ini adalah sejenis manusia yg tiada maruah kerana terlalu fanatik utk jawatan dan kekayaan..
Lihat bagaimana kekayaan yg beliau kaut semasa dalam UMNO..

Legasi kaut mengaut dalam UMNO sudah lama dipratikkan..
Golongan ini tidak ada rasa belas kasihan kpd nasib rakyat..

Kita mesti ingat pengkhianat kepada negara juga ada dua jenis seperti perompak dan penyamun...
Mahathir ada 2 sifat tersebut..

Utk apa Mahathir begitu sibuk dalam dunia politik yg skrg ini duduk bersama Pakatan...

Cuba anda fikirkan????

Kesimpulan yg dpt dijelaskan kita mesti lakukan apa yang termampu untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi. Cara yang pertama ialah dengan menolak mereka yang melakukan jenayah ini dan jangan di berikan mereka peluang untuk mendekati kuasa. Jika mereka masih berkuasa banyak lagi musibah yang mereka akan lakukan terhadap negara kita.
Zalim Mahathir drp sisi penyokong Anwar era reformasi (bela Anwar) ketika dipecat Umno. Sehinga digelarkan Mahafiraun.

Persoalannya, org yg menggelarkan Mahafiraun itu sdg berada di mana? Jawapannya dlm PH, pakatan songsang yg mengimpikan kerusi di Putrajaya. APA RUPA MARUAH.KAMU WAHAI SI-PULAN-SI-PULAN?

Sal Nasir
03 Jan 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1581749378587214&id=1081358145293009

Penerapan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) di dalam Perang Media Sosial

(Baca ni dengan akal yang dipandu dengan iman, faham dan hadamkan)

[ETIKA DI MEDIA SOSIAL]

Oleh: Dr. Ismail

Media sosial seperti Facebook merupakan salah satu platform yang digunapakai oleh parti politik sebagai medium penyebaran maklumat dan penerangan kepada masyarakat umum. Kadangkala medium sosial ini juga disalahgunakan untuk tujuan penyebaran fitnah dan penyelewengan fakta bagi mengubah persepsi umum mengenai sesuatu isu. Maka wujudlah kumpulan-kumpulan tentera siber (cybertroopers) samada secara rasmi atau tidak yang menjadi proksi kepada parti politik yang disokong. Kumpulan-kumpulan tentera siber seperti Red Bean Army (RBA), Blue Wave Army (BWA), Jebonesta dan lain-lain telah diwujudkan untuk bertarung di alam siber. Sebahagian daripada mereka mempunyai gerak-kerja yang berstrategi dan tersusun.

Penyokong PAS juga tidak ketinggalan dalam mempertahankan dan menangkis serangan-serangan saraf dari pihak musuh. Tetapi kita perlu ingat bahawa perlakuan kita masih tertakluk di bawah syariat islamiyyah. Bagi melestarikan agenda Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) yang dibawa oleh PAS, saya dengan rendah dirinya mencadangkan beberapa etika yang perlu dititik-berat oleh panglima-panglima perang PAS di alam siber:-

1. ELAKKAN DARIPADA MENGGUNAKAN KATA-KATA KESAT

Setiap satu daripada kita adalah cerminan kepada kumpulan yang kita sokong. Sebagai seorang yang membawa panji parti yang meletakkan Islam sebagai paksi utama, maka perlulah kita hindari daripada menggunakan kata-kata kesat ketika berdebat di dalam media sosial. Janganlah kerana kata-kata buruk kita menjadi fitnah dan asbab masyakarakat umum menjadi semakin jauh daripada PAS dan islam.

2. FOKUS DALAM MENERANG BUKAN MENYERANG

Gunakan platform media sosial sebagai salah satu peluang untuk menerangkan agenda yang cuba dibawa oleh PAS sebagai contoh isu RUU Pindaan Akta 355, ‘stand’ PAS di dalam isu seperti korupsi, 1MDB, penindasan terhadap masyarakat dan sebagainya. Elakkan daripada membuang masa dengan menyerang Facebook page kumpulan lain.

3. ELAKKAN DARIPADA MENGGUNAKAN LABEL-LABEL YANG BURUK

Elakkan daripada menggunakan label-label yang buruk seperti ‘PANDAP’, ‘DAPPIGS’ kerana ini bukanlah akhlak kita sebagai seorang Islam. Berhujahlah dengan bahasa yang sopan tetapi tegas dengan pihak lawan.

4. JANGAN MUDAH MELATAH DENGAN PROVOKASI MUSUH

Terdapat pihak-pihak musuh yang seringkali melakukan provokasi melalui pos Facebook ataupun komen-komen mereka. Kita perlu berwaspada untuk tidak mudah melatah dengan provokasi sebegini. Perlu ingat, sebahagian daripada strategi musuh adalah untuk mewujudkan persepsi ahli PAS sebagai tidak berakhlak. Maka mereka akan menggunakan label seperti ‘walaunta’ ‘pemakan dedak’ dan sebagainya. Kebanyakan tentera siber yang menggunakan profil samaran dan tidak bernama, mereka ini tiada akauntabiliti terhadap apa yang mereka poskan. Sebaik-baiknya abaikan berhujah dengan golongan ini kerana agenda mereka bukan untuk mendapatkan kebenaran, tetapi hanyalah mahu memburukkan kumpulan yang lain.

5.ELAKKAN DARIPADA MENGGUNAKAN PROFIL SAMARAN

Sebagai seorang yang memperjuangkan apa yang dibawa oleh Islam, kita perlulah menjaga integrity kita di dalam media sosial. Elakkan daripada menggunakan profil samaran atas tujuan berhujah di alam siber. Setiap individu perlulah bertanggungjawab atas penulisan-penulisan mereka. Walaupun penggunaan profil samaran melepaskan kita daripada tanggungjawab di dunia, kita tidak dapat lari dari pembalasan di Akhirat kelak.

Semoga apa yang disampaikan di sini sedikit sebanyak memberi peringatan terutamanya buat diri ini yang sering lupa dan juga kepada sahabat-sahabat di luar sana. ”Qul Amantu Billah Tsumma Istaqim” (Katakanlah, aku beriman kepada Allah, dan lalu bersikaplah istiqamah!)

*Penulis ialah seorang pakar psikiatri yang sedang menghabiskan latihan sub-kepakaran di Ireland yang beristiqamah dengan PAS.

#profesionalistiqamah
#movingforward
#beristiqamahhinggakemenangan

SELAMATKAN MALAYSIA DARI TERJAJAH OLEH NEGARA CHINA

Kena bagi tahu pada puok2  UMNO  dan seangkatan dengannya tak payah la percaya dgn propaganda  murahan nak takut2kan orang Melayu tentang akibat kejatuhan kerajaan ke  tangan Cina DAP. Dlm diam kita dah jual negara ni kpd Cina China. So, please stop the bullshit.

Ini adalah perbincangan tertutup ❗

1. Foreign Direct Investment (FDI) yg Najib buat langsung tidak menguntungkan rakyat malahan akan menggugat kedaulatan negara.

2. Jika dulu FDI ini hanya aliran modal, buat kilang, wujudkan peluang pekerjaan kpd rakyat, product dijual semula ke luar, ekonomi Malaysia berkembang pesat.

3. Tetapi sekarang Najib meminjam duit dari kerajaan komunis china, sebagai ganti mereka diberikan tanah (dijual sekeping demi sekeping) tanah Melayu ini oleh najib.

4. Antara contohnya projek tambakan laut di Melaka, Forest City di Johor, bandar baru China di Kuantan dan lain-lain.

5. Tembok 8ft high di bandar china kuantan, menutupi lebih 3,000 ekar tanah perindustrian milik komunis China, di mana pekerja, makanan, kontraktor, supplier juga diimport terus dari negara komunis China.

6. Tiada kebenaran utk pihak polis/pihak berkuasa Malaysia utk masuk ke dalam kawasan berpagar tersebut. Transaction jual beli di dalam kawasan kompleks tersebut juga menggunakan matawang negara komunis China.

7. Pembangunan ini dilakukan secara tersusun dan terancang, dalam tempoh kurang 10 tahun ini, seramai 3 juta (3,000,000) penduduk negara komunis china akan dibawa masuk ke tempat-tempat ini.

8. Tempat lain, Signature tower di KL dan bandar Malaysia Sg Besi, disekelilingnya akan dibangunkan lebih 60 kompleks industri dan residen oleh kontraktor negara komunis China, dengan tujuan jualan kepada rakyat china. Harga yang tinggi akan membuatkan rakyat malaysia (khususnya Melayu) tidak mampu memiliki hartanah di situ.

9. Ini akan membuatkan skop penguasaan "orang bandar" semakin membesar, menolak kuasa beli (Melayu khususnya) semakin ke luar bandar, dan pinggir hutan.

10. Dalam masa 10 ke 20 tahun sahaja, secara drastik mereka akan mengubah corak kepimpinan Malaysia nanti.

11. Mereka akan mencampuri semua urusan dalaman negara termasuk politik dan kenegaraan.

12. Dalam masa kurang dari 30 tahun landskap Malaysia akan berubah sama sekali, Malaysia akan jadi satu negara baru "CHINA".

13. Orang Melayu/Islam hilang kuasa sama sekali.

14. Untuk itu, Najib/UMNO/BN mesti dikalahkan pada pilihanraya akan datang.

15. Pakatan Harapan (PH) akan ambil alih KERAJAAN dan pulihkan semula. Semua perjanjian najib dengan kerajaan komunis china akan dirunding semula/dibatalkan.

16. Tun M akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim selama tiga tahun dan akan diserahkan kepada pemimpin PH yang layak (termasuk yang dipersetujui secara bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas itu. Jumlah ahli parlimen Melayu dalam PH adalah lebih ramai dari BN sekarang.

17. Semua ahli gabungan dan pimpinan pakatan telah bersetuju secara bersama untuk kebaikan negara termasuk DAP yang juga menolak apa yg najib lakukan sekarang.

18. Kebanyakan kepimpinan yang ada di sekeliling najib sekarang sebenarnya dalam keadaan diugut (sesetengahnya juga dirasuah dedak) untuk terus setia kpd najib, namun secara senyap sebahagian besar mereka telah menyatakan sokongan padu kpd Tun M dan Pakatan Harapan.

19. Tun M mengambil inisiatif menyampaikan mesej ini secara tertutup supaya kita lebih sensitif dengan hak kita. Siri-siri dialog secara tertutup akan diadakan secara berterusan, PRU dijangka akan diadakan kurang 6 bulan dari sekarang.

20. Sampaikan mesej ini kepada semua rakan-rakan anda, tumbangkan BN melalui sistem demokrasi, sama-sama kita SELAMATKAN MALAYSIA.

INI ADALAH KLEPTOKRASI ❗ TERBURUK NAJIB

Selasa, 2 Januari 2018

PAS sesat menurut LGE?

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2/1/18

Amat menarik kenyataan daripada Lim Guan Eng yang mangatakan PAS parti sesat, mungkin Dap parti  apa pula?! Sesat di neraca LGE apabila tidak boleh dicucuk hidung oleh Dap.
Tidak mengapalah kalau hendak tuduh PAS sesat, kerana menentang pesta arak. PAS sesat kerana menentang gay. PAS sesat kerana menentang LGBT. PAS sesat kerana hendak mendidik masyarakat hidup bermoral dan berakhlak. PAS sesat kerana tidak bersetuju dengan Ateis. PAS sesat kerana menentang golongan  anti hadis. PAS sesat kerana pemimpin kerajaan Kelantan tidak dituduh rasuah. PAS sesat kerana hendak memperjuangkan syariat Islam.

Lagi banyak LGE serang PAS mengenai Islam yang diperjuangkan oleh PAS lagi baik. Biar masyarakat Malaysia tahu siapa LGE dan Dap sebenarnya. Tidak perintah Malaysia sudah bersikap demikian. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk belang sebenar.  Tindakan ini bukan sahaja akan menimbul kemarahan orang Melayu malahan juga orang bukan Melayu. Sikap angkuh seperti in tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia daripada berbagai kaum.

Modal LGE tidak habis-habis memfitnah PAS bersama Umno. Bercakap seolah-olah beliau pemimpin Dap  yang penuh emosi. Kononnya  PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, Felda. Ini satu kenyataan yang mengarut dan menzahirkan busuknya hati LGE terhadap PAS. Lihatlah kenyataan PAS di Harakah, akhbar rasmi PAS. Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan yang berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai PAS.

PAS menentang TPPA dan adakan demontrasi,sedangkan LGE puji Datuk Mustafa Muhammad kerana menerangkan TPPA. DAP dan PH bersetuju RUU 164, manakala PAS bangkang. RUU 355 PAS baru bawa usul, Dap dan PH sudah menunjukkan sikap yang boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia. Kenapa isu RUU 355 dituduh PAS ber UG dengan umno. Kenapa pula RUU 164 Dap bersama PH menyokong  RUU tersebut bersama umno dan BN. PAS tidak pula kata Dap dan PH hendak ber UG dengan Umno BN. Ertinya PAS matang dalam politik.

Tuan Guru Haji Hadi Awang telah meminta supaya Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB sejak tahun 2015. Sikap Presiden PAS berpegang dengan prinsip Islam biarlah siasat dan dibawa ke pengadilan. Sama ketika YAB Lim Guan Eng dihadap ke mahkamah isu pembelian banglo mewah yang tidak ada kolam renang. Presiden PAS menjawab LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah (FMT 21 Mac 2016). Apakah sikap pemimpin PAS seperti ini dianggap sesat. Tidak seperti sikap pihak Pakatan Harapan, belum apa-apa sudah balun PAS isu RM90 juta.

Kalau inilah PH memerintah negara, sama sahaja atau lebih teruk daripada kerajaan BN. Rakyat, keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Belum perintah sudah tunjuk sikap yang tidak memaparkan sikap adil.

Kalau LGE mengatakan  kerana ada gambar kemesraan pemimpin PAS dengan pemimpin umno di dalam program kerajaan, bukan  program umno maka terus dituduh PAS hendak bersama umno. Saya mempunyai koleksi gambar kemesraan LGE dengan pemimpin umno. Bukan setakat belaga pipi, malahan belaga perut. Terbaru gambar kemesraan LGE menyambut DS Rosmah Mansur semasa lawatan banjir di Pulau Pinang. Bukan setakat bersalam malahan pegang lengan DS Rosmah. PAS tidak sebodoh itu untuk hendak menjadikan ini modal menuduh LGE dan Dap hendak sertai BN.

Kalau gambar TG Haji Hadi dengan DS Najib di program Multaqa Ulama dijadikan modal kononnya baju sedondon, macam mana pula dengan sedondon putih pemimpin  Setiausaha Agung PKR dan Naib Presiden PAN bersama dengan DS Najib di dalam program Plestin. Sekali lagi PAS tidaklah sebodoh itu hendak tuduh PKR dan PAN hendak bersama dengan Umno. Walau pun ada seorang ustaz PAN yang bergelar alhafiz mengatakan CIS kepada PAS kerana hadir program tersebut. Akhirnya CIS itu kena ke batang tubuh partinya sendiri. Jangan melampau, selalunya yang melampau tersungkur di pintu umno/BN.

SELAMAT BERJAYA DATO' MAHFUZ OMAR

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS KEDAH

1. Pengumuman Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar, keluar PAS tidak menimbulkan kejutan kepada PAS Kedah malah telah pun dijangkakan sebelum ini.

2. Sebelum ini pendirian dan kenyataan beliau yang dilihat sering bercanggah dari keputusan parti , membuatkan keputusan berkenaan diterima ahli PAS dalam keadaan bersahaja tanpa sebarang kejutan.

3.Walau pun Dato' Mahfuz pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah dan menerajui PAS Kawasan Pokok Sena sekian lama namun tindakan beliau keluar parti dilihat tidak dapat mempengaruhi ahli-ahli PAS yang istiqamah memperjuangkan hak-hak politik berasaskan Islam.

4. Bagi PAS Kedah, memberi tumpuan khususnya kepada pembinaan kefahaman tuntutan bersiyasah beracuankan syariat Islam serta pengukuhan jentera pilihanraya disetiap peringkat adalah lebih utama selain melebarkan pendekatan 'Budaya Politik Matang Sejahtera' menerusi ruang demokrasi kepada masyarakat berbilang kaum.

5. Walau bagaimana pun, sekali lagi PAS Kedah mengingatkan agar jangan lupa baiah yang dilafazkan ketika dipilih menjadi calon pilihanraya terutama kepada mereka yang telah mengisytiharkan diri keluar daripada PAS dengan membawa kerusi PAS sama ada Parlimen atau pun Dun.

6. Justeru itu, sebagai seorang Islam, berpegang teguh kepada janji itu menjadi kewajipan seperti mana kata pepatah 'Kerbau berpegang kepada tali, manusia berpegang kepada janji'.

DR. AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
PESURUHJAYA PAS KEDAH

Mahfuz keluar PAS???

SELAMAT DATANG 2018

Mentari 1 Januari 2018 terasa begitu indah, sinarnya tidak memeritkan mata, panasnya tidak menggigit kulit, sepoi anginnya cukup menyamankan suasana. Agaknya mengapa ya?

Menelusuri kanvas muka buku, sana-sini tertera ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2018 dan mengucapkan selamat tinggal kepada 2017. Rutin saban tahun....

Mata ini juga tidak terlepas daripada membaca ucapan kesyukuran rakan-rakan pro Gagasan Sejahtera atas pengumuman Mahfuz Omar keluar PAS bersama keluarganya bermula detik 11.59 tgh malam 31 Disember 2017. Bermakna tepat jam 00.00 hrs 1 Januari 2018, Mahfuz dan anak isterinya bukan lagi ahli PAS.

Kugigihkan mata meneruskan pencarian status di muka buku dan kemudiannya di media whatsapp, untuk mencari luahan kesedihan dari ahli-ahli PAS akan keluarnya seorang Mahfuz ini namun sia-sia. Pencarian tidak berhasil. Semuanya menyatakan rasa lega dan gembira dengan pengumuman Mahfuz itu. Kalau ada pun yang mengatakan keluarnya Mahfuz dari PAS ibarat PAS kehilangan permata hanyalah nukilan picisan daripada pihak pro Amanah sahaja. Mungkin sebagai ayat manis bagi mengumpan Mahfuz memilih Amanah sebagai jalan barunya barangkali.

Simpati pula aku kepada Tok Uban yang satu ini. Sekian lama dia mencuba meraih populariti dengan pelbagai aksi lakonannya di pentas PH, namun tiada juga sokongan kepadanya yang bertambah, makin menyusut adalah. Hingga ke saat ingin keluar dari PAS pun, sempat lagi si Mahfuz ini mencipta propa - sehari sebelumnya siap umum ESOK (31 Disember) akan buat pengumuman penting berkenaan langkah politiknya....erm, masalahnya PENTING SANGAT KAH DIA?

Bila tiba sidang media yang dikatakan, dia buat pulak propa kedua...
Mulai jam 11.59 tgh mlm pula dia bukan lagi ahli PAS. Mahfuz fikir dia siapa ye? Setaraf dengan Azwan Ali kah dia hingga sanggup mengarang skrip menghasilkan sinetron dramatik pengumuman dia keluar PAS? Macamlah PAS sangat² bergantung kepada dia pun selama ni? Adakah Mahfuz ini cuba menarik perhatian orang kepadanya dengan propa sebegitu? Gelihati betul melihat gelagat Tok Uban yang satu ini, terpaksa 'up' diri sendiri supaya tidak ghaib di pentas politik.

Mahfuz keluar PAS??? Well.....who cares???

Buat Mahfuz.....TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA dari kami sekeluarga kerana tuan dan anak isteri sanggup keluar dari PAS. Pemergianmu adalah pemergian yang dirai....bukan ditangisi.

Akhirnya kusedar kenapa matahari pagi ini begitu indah sekali..... Alhamdulillah

Tinta Marhaen
1 Januari 2018
#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM
Jom KLIK dan LIKE
https://www.facebook.com/mampu.centre

Isnin, 1 Januari 2018

AWAS! ZIONIS DI DALAM

Minda Presiden PAS

Ketika umat Islam di seluruh dunia dikejutkan langkah drastik Israel dan Zionis menggunakan Presiden Amerika Syarikat yang terkini, mengisytiharkan Bait Al-Maqdis menjadi ibu negara haram Israel. Dia merasakan dirinya sangat berani tidak seperti orang lain. Tindakannya laksana menghempas batu besar ke dalam lubuk, sehingga menimbulkan segala hidupan di dalamnya, sama ada paling besar, paling kecil dan lemah semuanya menimbulkan diri, sehinggalah buaya dan ular berbisa paling berbahaya.

Sudah tentu di dalam umat ini sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga kini, ada yang kuat imannya sehingga sangat maju ke hadapan, ada yang sederhana dan ada yang terkebelakang menzalimi diri sendiri dengan sebab kelemahannya dan ada juga yang menjadi duri dalam daging menyebabkan punca penyakit. Benarlah firman Allah:

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ ٣٢ فاطر

“Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).” (Surah Fatir: 32)

Allah memberi peringatan kepada kalangan yang paling lemah dan menjadi duri dalam daging sehingga membawa penyakit yang sangat membahayakan, firman-Nya:

۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ ٥١ فَتَرَى ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ يُسَٰرِعُونَ فِيهِمۡ يَقُولُونَ نَخۡشَىٰٓ أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٞۚ فَعَسَى ٱللَّهُ أَن يَأۡتِيَ بِٱلۡفَتۡحِ أَوۡ أَمۡرٖ مِّنۡ عِندِهِۦ فَيُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَآ أَسَرُّواْ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ نَٰدِمِينَ ٥٢ المائدة

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (51) Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka). Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi-Nya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. (52)” (Surah Al-Maidah: 51-52)

Gabungan Amerika Syarikat dan Israel adalah kenyataan firman Allah tersebut, betapa Donald Trump menjadi Presiden yang dipilih mutakhir ini menunjukkan terbukti kenyataan saya sebelum ini, bahawa yang paling rapat dan paling kuat sokongannya kepada negara haram Israel dimenangkan oleh pihak yang menguasai ekonomi, pengurusan dan media. Kesetiakawanan dibuktikan dengan beraninya mengisytiharkan Bait Al-Maqdis menjadi ibu negara haram Israel itu. Dia tidak peduli bantahan daripada seluruh dunia, meskipun hanya segelintir negara sahaja yang menyokongnya.

Hikmahnya, peristiwa yang berlaku telah menyatukan umat Islam dan manusia berperikemanusiaan, sehingga yang paling lemah kembali ke pangkal jalan dan masuk ke dalam saf menentang Israel. Pada masa sama, ia mendedahkan sekutu-sekutu Zionis walaupun bertopengkan jubah pakaian kebangsaan Arab, serban dan berkopiah putih di kalangan bangsa Arab dan berbahasa Al-Quran. Ada pula yang jasadnya paling dekat dengan Kaabah dan Maqam Rasulullah S.A.W dan paling dekat pula dengan medan perjuangan menentang Zionis itu, tetapi hatinya berpaut rapat dengan musuh Islam itu.

Langkahnya adalah menyelamatkan Israel bukannya membebaskan Masjid Al- Aqsa, tidak sedikitpun menyentuh hati mereka daripada apa yang dilakukan terhadap tanah suci ketiga Islam itu.

Golongan ini melakukan apa sahaja bagi menangguhkan jihad menentang Israel dan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Mereka mengemukakan berbagai hujah dan melakukan beberapa pendekatan. Di antaranya ialah mengundurkan masalah Palestin ke belakang sedikit demi sedikit, daripada sifat Islamnya kepada Nasionalis Arab, seterusnya Jerusalem dipecah dua sehingga dilupakan Islamnya kerana katanya sudah cukup Makkah dan Madinah bagi umat Islam, serahkan sahaja Bait Al-Maqdis kepada Israel. 

Bermula daripada mewujudkan Perjanjian Camp David 1978 yang membawa pengiktirafan kepada negara haram Israel, diikuti dengan Persidangan Oslo 1993 dan kemudiannya Persidangan Madrid 1999 dengan penyelesaian dua negara, satu untuk kaum Yahudi dan satu untuk Arab Palestin, digula-gulakan kenyataan bersama cadangan supaya Israel berundur daripada kawasan yang ditawan ketika Perang Huzairan 1967 sehingga menawan seluruh Kota Suci Bait Al-Maqdis, kemudian dibelah dua, Bait Al-Maqdis Timur untuk Palestin dan Bait Al-Maqdis Barat untuk Israel. Israel mendiamkan diri, tetapi Arab terus dipujuk dan banyak negara yang menerimanya.

Perkembangan mutakhir pula menunjukkan perbezaan sikap rakyat yang terbakar semangat Islamnya dengan pemimpin negaranya yang bersikap dingin dan melangkah sedikit demi sedikit ke belakang mengadakan hubungan sulit dengan Israel dan ada yang telah terbuka.

Ada negara yang lebih terang lagi bersuluh telah masuk ke dalam strategi pendekatan menyelamatkan Israel, di antaranya melakukan kekacauan dalam negeri tanah air sendiri sehingga menjejaskan perjuangan menghadapi negara haram itu.

Sejak tahun 60-an Jordan dipilih untuk dikacau, apabila sebahagian besar gerakan Palestin dan pemimpinnya bertapak di sana, lalu dicetuskan kekacauan dalam negara yang lemah dan tidak bersumber kekayaan buminya sehingga terpaksa dikeluarkan para pemimpin dan gerakan perjuangan Palestin daripada Jordan, tanpa mengira Islam atau Sekular, kanan atau kiri, semuanya berpindah ke Syria, Lubnan dan lain-lain.

Kekacauan terkini yang melanda Syria, Lubnan, Yaman, Mesir, Sudan dan lain-lain, diatur begitu rupa dengan mencetuskan kekacauan yang licik. Ada yang diadu dombakan kerana perbezaan agama dan ideologi, perbezaan Mazhab Sunni dan Syiah, berbeza etnik dan krisis sempadan, seterusnya di atas nama menentang kezaliman, menyokong demokrasi dan sebagainya sehingga mencetuskan Arab Spring yang tidak berbuah.

Sepatutnya menghadapi Israel terlebih dahulu, tetapi malangnya menghadapi kawan yang dianggap pengacau dahulu, sehingga berperang besar, membunuh sesama sendiri dan meruntuhkan rumah sendiri. Mereka tidak mengambil perumpamaan kebijaksanaan kumpulan anjing sekampung yang mengutamakan mangsa yang datang sehingga menyatukan mereka semua memburu mangsa itu, sehingga meninggalkan perkelahian sesama sendiri. Walaupun selepasnya mereka berkelahi semula kerana tomak dan haloba mengikut nafsu kebinatangannya.

Demikianlah kadang-kadang Allah menyuruh manusia belajar daripada binatang. Firman-Nya:

۞إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسۡتَحۡيِۦٓ أَن يَضۡرِبَ مَثَلٗا مَّا بَعُوضَةٗ فَمَا فَوۡقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرٗا وَيَهۡدِي بِهِۦ كَثِيرٗاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٦ البقرة

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar daripada Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula, maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.” (Surah Al-Baqarah: 26)

Adakah kalian tidak membaca atau melupakan laporan usaha untuk menubuhkan kumpulan Negara Islam Sunni bagi menentang bahaya Revolusi Islam Syiah Iran, bukannya menentang Israel?

Paling terkini pula menyenaraikan kumpulan Islam Hamas, Tanzim Jihad (daripada Sunni) dan Hizbullah (daripada Syiah) adalah pengganas tanpa menyebut Israel, bahkan disebarkan maklumat menubuhkan kumpulan ala ISIS bagi menentang kumpulan Islam yang sudah bersatu ini.

Apabila Israel dan sekutunya menyokong langkah ini menandakan betapa wujudnya kumpulan Zionis di dalam dunia Islam yang menjadi khadam Israel dalam rumah umat Islam. Mereka dibekalkan dengan segala jenis senjata yang sentiasa diawasi supaya dihalakan kepada negara jiran yang dikira berbahaya bukannya Israel. Mengapa Islam dahulu boleh memerintah, boleh meneruskan dakwah dan tegak negaranya beberapa abad menghadapi serangan musuh yang bertali arus walaupun perbezaan agama rakyatnya, sudah ada berbagai bangsa dan perbezaan mazhab? Ini menunjukkan adanya perkara salah dikalangan umat yang wajib diperbetulkan.

Tanda-tanda menunjukan fajar mula menyinsing. Cahaya Islam yang tidak boleh dipadamkan sekali-kali akan menyinar semula menyuluh dunia yang gelap. Hanya mereka yang dirasuk syaitan Zionis akan menghilang bersamanya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Rabiul Akhir 1439 / 1 Januari 2018