PAUTAN TAMBAHAN

Selasa, 8 Disember 2015

MENGAPA BERHARAP KEPADA ERDOGAN DAN TURKI?


Is he the man?
THE RISE OF TURKEYRajab Tayyip Erdogan is a good man. Out of all the Islamic leaders, he is the best ruller. 1.5 billion Muslim worldwide badly need a leader like him.WORLDWIDE CCTV NEWSBanyak fakta menarik dalam video ini, khususnya kenyataan dari Erdogan sendiri untuk sama-sama kita saksikan dan renungkan."Sekularis tidak boleh klaim sebagai Muslim. Kamu tidak boleh jadi orang yang tidak beriman dan pada masa yang sama juga mengaku beriman kerana bagi Muslim, Allah adalah kuasa tertinggi yang harus ditakuti. Sekularis pula anggap manusia ada kuasa tertinggi. Demokrasi hanya alat atau laluan kepimpinan sahaja namun gagal menjadikan rakyat sejahtera"Sistem khalifah yang dibatalkan oleh kamal Attarturk dan diganti dengan sistem sekular ini disedari ramai sebagai telah menjadikan Islam semakin hari semakin lemah. Usaha Erdogan untuk mengembalikannya bakal menyaksikan banyak halangan dan serangan dari pelbagai pihak seperti Israel, Eropah dan negara barat, khususnya Amerika."La haulawala quwwata illa billah". Segalanya akan tetap berlaku dengan kehendak Allah juga.WARGA PRIHATIN
Posted by Warga Prihatin on 26hb Mei 2015

Warga Prihatin

MENGAPA BERHARAP KEPADA ERDOGAN DAN TURKI?

Kelmarin telah kami kongsikan fakta mengapa kebangkitan Islam zaman ini harus bermula di Turki dengan mengaitkan feno...mena tidur dan ‘tempat bangunnya’ dari surah Al Kahfi. “DI MANA TEMPAT TERTIDUR, DISITULAH BANGKITNYA”

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154364177532786/


Kami juga kongsikan fenomena penggiliran pertembungan antara Allah dengan musuh NYA dengan merujuk surah Ar-Ruum. “INI BUKAN LAGI PERTEMBUNGAN ANTARA ROM DAN PARSI”

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154367466747786/

Kali ini ingin kami ajak pembaca menilai peribadi Rajab Erdogan, insan yang diharapkan ulamak dunia melalui fatwa mereka untuk mengembalikan sistem kekhalifahan Islam yang telah sekian lama kita tunggu-tunggu.

SIAPA ERDOGAN?

Pemimpin dalam Islam diukur dari ilmunya, bukan keturunannya semata-mata. Pemimpin yang paling baik adalah dari kalangan insan yang pernah melalui getir kehidupan untuk memiliki jiwa prihatin. Itulah yang dilalui oleh Sultan Muhammad Al Fatih yang diwakafkan di pesantren untuk dibentuk keperwiraan dan keprihatinannya dengan penuh kesukaran hidup, walaupun beliau adalah seorang putera raja.
Sepertimana Gadafi, Erdogan sememangnya dari keluarga susah. Rumah pangsa ayahandanya masih boleh kita lihat jika kita melawat Turki. Beliau juga berguru dengan Ustaz Mücahit Erbakan, pemimpin sebelum beliau yang gagal menundukkan kuasa tentera dalam misi pembangunan Islamnya.
Yang indahnya, Erdogan disokong penuh oleh gurunya Erbakan yang sanggup melakukan sesuatu yang 'pelik', sehingga sanggup menampakkan kelemahan dirinya semata-mata untuk mengajak rakyat menyokong Erdogan.



Video dari World CCTV ini ada banyak maklumat yang boleh kita kongsi untuk lebih mengenali peribadi dan pendirian pemimpin dunia Islam ini. Berikut adalah ekstrak dari video ini bagi yang belum lagi menonton video yang menggentarkan hati ini.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153887810517786/

1. Erdogan tinggalkan forum kerana memprotes Simon Peres (Israel) yang dianggap sebagai pembunuh bayi. Namun sekembalinya, beliau diberi sambutan wira negara.

2. Parti beliau (AKP) menang 3 pilihanraya berturut-turut.

3. Pendiriannya jelas sebelum menjadi presiden lagi.. "Sekularis tidak boleh klaim sebagai Muslim. Kamu tidak boleh jadi orang yang tidak beriman dan pada masa yang sama juga mengaku beriman, kerana bagi Muslim, Allah adalah kuasa tertinggi yang harus ditakuti. Sekularis pula anggap manusia ada kuasa tertinggi. Demokrasi hanya alat atau laluan kepimpinan sahaja namun ia gagal menjadikan rakyat sejahtera"

4. Pengharaman hijab sejak zaman Kamel Atarturk telah beliau pulihkan dengan bijaksana, bukan melalui kata-kata retorik tetapi melalui perlaksanaan, termasuk uswah isterinya sendiri dan isteri para pemimpin kerajaannya.

5. Beliau gigih mempromosi program pembangunan dan pembelaan Islam termasuk menaja pusat tahfiz, solat berjemaah, membantu pelarian Islam, dan membantu rakyat miskin, baik di dalam mahupun di luar negara.

6. Erdogan berkerjasama dengan Hamas. Ini memberi tekanan kepada Israel dan Cyprus. Beliau mengatakan dengan tegas siapa yang tidak menyokong Palastine akan dikalahkan.

7. Yahudi sangat membenci dan mengutuk Erdogan. Beliau lalu digelar sebagai Pengganas Islam.

8. Turki merupakan kuasa ketenteraan kedua terkuat dalam NATO dan mungkin terkuat di rantau itu. Itu membimbangkan Amerika.

9. Turki yang hanya mempunyai 70 juta penduduk itu sedang diharapkan kebangkitannya oleh 1.5 billion Muslim sedunia. Sikap optimis Turki menjadi sinar harapan seluruh Umat Islam sedunia. Harapan itu telah disambut dengan yakin oleh rakyat Turki sendiri khususnya golongan muda.

10. Barat mencari alasan dengan menuduh Turki menyalahgunakan demokrasi dan sekularisma untuk program Islamisasi dan menyekat kebebasan manusia.

11. Kami kaitkan dengan fenomena kebangkitan sistem khalifah yang tertidur di Turki dan bakal bangkit dari tempat tidurnya. Erdogan pula mengatakan kebangkitan itu akan bermula dari tempat runtuhnya. Kedua-dua analogi mutasyabihat ini adalah selari dan amat bertepatan sekali.

12. Inilah ketamadunan Islam baru yang bakal memimpin dunia abad ke 21 walaupun Erdogan sedar dunia tidak akan menyokong.

13. Demokrasi acuan barat hanyalah alat dan bukannya matlamat utama dalam Islam. Kita mesti menilai demokrasi mengikut acuan Islam. Kenyataan itu selari dengan pendirian ulamak dunia yang telah sepakat menyokong Turki.

14. Ulamak berharap agar Erdogan mampu bangkit berarak dan menyerang seperti Sultan Abdul Hamid atau Muhammad Al Fateh yang telah berjaya menawan Constantinople walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Bukan pemimpin yang hanya tahu bercakap dan terkebil-kebil melihat sahaja umat Islam diratah dunia.

15. Barat telah menyedari dan mengakui bahawa Erdogan adalah pengasas sistem Khalifah abad ini dan Turki adalah pusatnya. Penghantaran tentera laut Turki ke Gaza memberikan gambaran yang jelas tentang itu.

16. Barat tahu bahawa percaturan Kebangkitan Arab (Arab Spring) bukan laluan yang berkesan dalam menyekat kebangkitan Islam. Tetapi kebangkitan sebenar ialah kebangkitan semula sistem Khalifah ini. Sebaik sahaja Erdogan menyeru dengan terang terangan kebangkitan Khalifah, maka Barat pasti akan mengacaunya dengan membuat huru hara.

17. Sudah 10 tahun Erdogan mengubah halatuju Turki ke arah yang lebih Islamik walaupun masih bergelar sekular dan masih berada dalam NATO. Langkah demi langkah telah diaturnya dengan bijaksana untuk mengembalikan kekhalifahan menggantikan sistem sekular yang telah diakui gagal olehnya (Ucapan 2007).

KESIMPULAN
Sedang kita diulit mimpi dan lena yang panjang, nun di hujung tebing Asia Barat bangkitnya seorang pemimpin yang sedang lantang mengejutkan seluruh umat Islam. Rakyatnya hanyalah 70 juta, tetapi seruannya adalah kepada seluruh 1.5 billion umat Islam supaya bersama membangkitkan kembali sistem yang telah "mati" ditelan demokrasi.

Cukuplah kita dilalaikan dengan segala kesibukan dunia sehingga kita lupa dan leka akan matlamat kita hidup di dunia. Sedar atau tidak, dunia akan berubah lanskap politiknya. Bezanya, adakah kita akan menjadi sebahagian daripada orang yang berjuang membangkitkannya kembali atau memilih untuk hanya duduk berharap dan memerhati. Lebih malang jika kita sendiri menjadi musuh kepada kebangkitan yang dinantikan ini.

Islam bukan menggalakkan peperangan selagi tidak diperangi. Tidak susah menumpaskan musuh. Kunci kejayaannya bukan hanya senjata, tetapi sokongan ekonomi dan politik. Senjata sebenarnya ialah

PENYATUAN SUARA DAN SOKONGAN TERBUKA.

Jika semua umat dan negara Islam bangkit menyokong, musuh akan gentar dan berfikir dua kali untuk memperkotak-katikkan kita. Itu belum lagi masuk tindakan ekonomi, termasuk memboikot sistem kewangan mereka dengan bersungguh-sungguh.
Telah sampai petujuk-Nya. Sudah sampai masanya. Sampai bila kita harus terus lena?
Seruan Penyatuan,

WARGA PRIHATIN