PAUTAN TAMBAHAN

Isnin, 18 Ogos 2014

‘Perjanjian Hudaibiyah’. Ternyata memberi pengajaran yang berguna untuk menghadapi sesuatu kesukaran ....

Ketika menerima salinan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebentar tadi yang antaranya menyatakan komitmen terus PAS bersama dengan PR serta mengemukakan cadangan nama Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB Selangor, saya terima dengan menyebut nama Allah. Saya akui ia keputusan yang berat untuk ramai orang. Saya tahu kerana saya adalah pemimpin pertengahan yang mendengar suara – suara pandangan dari pelbagai pihak.

Mesej-mesej pertanyaan yang masuk bertalu-talu ke dalam telefon saya tak pedulikan. Isinya sama, nak tanya apa keputusan PAS Pusat?

[Gambar - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang walaupun kelihatan masih 'uzur' menjadi tumpuan ketika beliau hadir ke pejabat Agung PAS untuk bermesyuarat pagi ini]

Terpandang buku ‘Fiqh Harakah Dari Sirah Nabawiyah’ karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di atas rak. Saya mencapainya dan buku ini dibuka lembaran demi lembaran sehinggalah sampai bab ‘Perjanjian Hudaibiyah’. Ternyata pelajaran yang berguna disaat sukar sebegini ada di sini.

Bagaimana keputusan Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dan Musyrikin Quraisy yang seolah-olah dilihat menguntungkan musuh diterima dengan hati yang berat oleh ramai para sahabat. Tetapi ternyata ianya suatu langkah jangka panjang yang sangat-sangat menguntungkan dan memberi kelebihan kepada Islam.

Antaranya, pembatalan kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim’ atas surat perjanjian dan digantikan dengan perkataan ‘Bismikallah’, pembatalan perkataan Muhammad Rasulullah dan digantikan dengan perkataan Muhammad bin Abdullah, keputusan orang Islam tak boleh masuk ke Mekah pada tahun ini dan perlu balik semula ke Madinah, pemulangan semula orang-orang Mekah yang pergi ke Madinah tanpa izin walinya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun. Sedangkan sebelum itu para sahabat telah berbai’ah di bawah pohon ridhwan untuk membela kematian Uthman r.a. Termasuk yang membantah adalah Umar al Khattab.

Saya tak kata Presiden Pas seperti Nabi dan AJK PAS Pusat yang lain seperti sahabat-sahabat Nabi, tetapi pengajaran dari sirah ini perlu dipelajari.

Dengan jiwa besar, PAS membuat keputusan ini. Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum, sebagai ahli parti, saya dengar dan taat. Nampakkah anda semua betapa jahat dan buruknya segala tohmahan yang dihadapkan kepada PAS sebelum ini seolah-olah PAS akan jadi punca musnahnya PR. Now you can see! Bagaimana matangnya PAS berpolitik.

Keputusan ini telah menutup banyak mulut yang celupar dengan pelbagai tanggapan liar terhadap PAS. Tentunya antara yang kecewa adalah Umno.

Sekarang tunggu episod selanjutnya kepulangan Tuanku Sultan 27 Ogos nanti.

Mesti ada orang tanya, kenapa sebelum ini awak pertahan Khalid? Jawabnya, kerana saya pertahankan kenyataan Presiden dan ketetapan Majlis Syura Ulama. Presiden membuat kenyataan, sekarang PAS Pusat membuat keputusan.