PAUTAN TAMBAHAN

Selasa, 5 Mac 2013

Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah

Gambar: Najib arah siasatan terperinci

Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa termasuk bahagian perisikan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah turut melibatkan pemimpin pembangkang negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini berikutan terdapat dakwaan mengenai penglibatan pemimpin berkenaan di sebalik kejadian pencerobohan tersebut yang bermula di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

"Ini adalah dakwaan serius (penglibatan pemimpin pembangkang) yang memerlukan bukti supaya kita tahu siapa di sebalik kejadian tersebut," kata beliau dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Mohd. Khaled Nordin: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Menurut Najib, yang menimbulkan persoalan ialah mengapa pencerobohan tersebut baru sekarang dilakukan sedangkan tuntutan ke atas Sabah melibatkan Kesultanan Sulu sudah lama dibuat.

"Ini menimbulkan persoalan, kenapa sekarang, malah Presiden Filipina, Benigno Aquino memberitahu saya dia juga mahu tahu.

"Filipina pun tidak mahu warganegaranya bertindak demikian, terlibat menceroboh negara lain dengan bersenjata, membunuh dan ganas yang memberi malu besar kepada kerajaan negara tersebut," katanya.

Ditanya apakah Malaysia dan Filipina akan menubuhkan sebuah badan untuk menyiasat dakwaan tersebut, Najib berkata, perkara itu akan dijalankan secara berasingan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

Mengenai perkembangan terbaharu di Sabah, Najib berkata, setakat ini, pencerobohan tersebut hanya berlaku di tiga kawasan iaitu Lahad Datu, Semporna dan Kunak tanpa melibatkan tempat lain.

Sehubungan itu, kata beliau, rakyat khususnya di Sabah tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan di negeri berkenaan terkawal dengan pihak berkuasa mengadakan kawalan dan pemantauan di darat dan laut.

"Operasi dijalankan pihak keselamatan di kawasan ini mengikut keadaan atau situasi semasa dan kita akan lakukan apa sahaja tindakan bagi memastikan penceroboh ini ditumpaskan," tegasnya.

Beliau menambah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar bantuan tambahan dua batalion tentera darat untuk menyertai operasi menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut.

"Beri masa (pasukan keselamatan) untuk lakukan apa juga tindakan operasi dan saya yakin serta percaya dengan kemampuan mereka," katanya.

Menjawab satu soalan, Najib berkata, kes pencerobohan di Sabah tidak akan menjejaskan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana yakin kejadian itu akan dapat diatasi pihak berkuasa.

Najib arah siasatan terperinci

Menjawab satu soalan, Najib berkata, kes pencerobohan di Sabah tidak akan menjejaskan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana yakin kejadian itu akan dapat diatasi pihak berkuasa

Sultan Sulu : Berita Yang Di Sorokkan Oleh Utusan, RTM Dan TV3..

Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu melaporkan berita fitnah dengan tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad Datu.

Anwar kemudian memfailkan saman RM200 juta kepada kedua-dua media kawalan rejim Umno itu untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.

Berita penuh ABN News, Filipina di bawah..
Sulu Sultanate denies links with Malaysian Opposition
04 MAR 2013 09:00PM
MANILA, Philippines — The Sulu Sultanate denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis.
“We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them,” Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III said, www.interaksyon.com reported.
She also brushed off President Benigno Aquino III’s allegations “conspirators” funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory.
The voyage was “KKB,” short for “kaniya-kaniyang bayad,” meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon,
The sultanate’s briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino.
She slammed Aquino’s briefing, calling it full of “hypothetical analogy” and “speculative statements” to which they could not respond and dared Aquino to “name the conspirators” he claimed had abetted their follower’s voyage to Sabah.