PAUTAN TAMBAHAN

Selasa, 5 Mac 2013

Jangan bantu pihak luar ceroboh negara

Jangan bantu pihak luar ceroboh negara 

Rizal Tahir,  05 Mac 2013

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap kepada anggota rombongan Majlis Agama Islam Narathiwat.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan rakyat di negara ini khususnya Sabah supaya tidak membantu pihak luar menceroboh negara sendiri.

Katanya, bukan sahaja penceroboh Filipina, sebaliknya rakyat juga wajib mempertahankan diri agar tidak menjadi ‘agen’ pencerobohan undang-undang di negara sendiri.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap kes pencerobohan itu dapat diselesaikan dengan cara baik antara Filiphina dengan Malaysia.

Dari segi politik katanya, sekiranya benar rakyat Malaysia sendiri yang membantu orang luar untuk menceroboh negara sendiri memang tidak boleh.

“Kerajaan yang ada sekarang ini telah menceroboh hak rakyat, iaitu dengan memberikan kad pengenalan kepada orang luar.

“Menceroboh negara sendiri apa lagi pihak luar merupakan jenayah yang amat besar,” ujarnya kepada media selepas meraikan rombongan 35 orang rombongan dari Majlis Agama Islam Narathiwat di kediaman rasmi, JKR 10.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang telah mengajar memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tidak berhak.

“Bekas perdana menteri sendiri mengakui sebelum ini, tak nak mengakui macam mana sebab ianya memang kenyataan,” ujarnya.

Ini juga Drama Manila melalui pengganas Sulu untuk menuntut Sabah. Apa yang Najib pernah janjikan kepada mereka sebelu ini harus disiasat. Siasat bukan menunding jari kepada Pakatan Rakyat. Kerana dalangnya adalah Ketua UMNO Cawangan Kg Sg Nyamuk di Lahad Datu.