Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat besar menjadi pemimpin @ ketua negara. Dan para sahabat yang menjadi pemimpin @ Khulafa' ArRaasyidin itu juga adalah ulama', pewaris nabi. Dan di kalangan mereka tiada yang jahil, kerana sudah tentu mereka adalah orang-orang alim dengan ilmu agama.
Oleh itu contoh  terbaik untuk menjadi seorang pemimpin negara adalah seorang yang alim  dengan ilmu agama. Kemudian penasihat-penasihatnya juga mesti alim dalam ilmu undang-undang, ilmu ekonomi, ilmu  ketenteraan, ilmu sejarah dan macam-macam ilmu lagi yang bermanfaat.
Jika seorang pemimpin jahil itu  sudi menerima teguran dan pendapat ulama', bolehlah tahan juga. Tetapi  bagaimana jika pemimpin jahil tersebut tidak mahu mendengar teguran dan  pendapat ulama? Malah ulama' pula yang ketakutan untuk menegur, kerana  dikhuatiri hilang periuk nasi dan dipecat.  Dan hanya ulama yang  betul-betul takut pada Allah saja yang berani menegur. Itu pun bukannya  pemimpin jahil itu mahu mendengarnya.
Daripada Abdullah bin Amr bin  'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;-  "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu  dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan  ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim  ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin  mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan  berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang  lain."   (Hadith Riwayat Muslim)
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi  r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan  aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di  mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah  tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada  fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).”  (Hadith Riwayat Ahmad)
Mungkin zaman sekarang ini sudah  mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini.  Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para  ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan  lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya.  Kadang-kadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama  untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan  mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutar-belitkan  kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada  hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan  memangsa musuhnya.
Daripada Anas r.a. dia berkata  bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, kelak, di akhir zaman, akan ada ahli  ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik.  (Hadith Riwayat Ibnu 'Adi).
Abdullah bin Abbas r.a berkata  bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada)  orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan  agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para  Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak  akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang  demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon  yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil  manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa  kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
Sepertimana yang kita lihat  sekarang lah, agama sudah diasing-asingkan dengan politik, maka  menjadilah sekular. Dan malangnya, ada juga ulama' yang senang dan  memperjuangkan sekular itu, na'uzubillah.
Pemimpin adalah contoh tauladan kepada yang dipimpin
Seorang pemimpin adalah 'role  model' / contoh tauladan kepada orang-orang bawahan. Adalah sangat tidak  bagus seorang pemimpin menunjukkan contoh yang buruk kepada rakyat.  Usahkan soal-soal lain, kalau isteri sendiri pun tidak boleh dipimpin  untuk menutup aurat dengan betul, bagaimana dia nak pimpin rakyat  keseluruhannya?
Begitulah halnya dengan kesungguhan pemimpin mahukan Islam , terutamanya Undang-undang Islam  agar tertegak. Jika pemimpin sendiri seperti tidak bersemangat untuk  menegakkan Undang-undang Islam, bagaimana mahu rakyat semuanya  bersemangat? Sedangkan Undang-undang Islam itu WAJIB dilaksanakan oleh pemimpin, bukannya sunat, harus, makruh dan sebagainya.
Pemimpin dalam solat, tok imam, mestilah dipilih yang utamanya adalah orang yang alim dalam ilmu tajwid AlQuran. Jika pincang bacaan imam, maka pincanglah dilihat jemaah tersebut.
Apa lagi dalam bab cara hidup manusia. Untuk kehidupan lebih baik dan diredhai oleh Allah, mesti dipimpin oleh orang yang berilmu tentang cara hidup mendapat keredhaan Allah.
Pemimpin dalam solat, tok imam, mestilah dipilih yang utamanya adalah orang yang alim dalam ilmu tajwid AlQuran. Jika pincang bacaan imam, maka pincanglah dilihat jemaah tersebut.
Apa lagi dalam bab cara hidup manusia. Untuk kehidupan lebih baik dan diredhai oleh Allah, mesti dipimpin oleh orang yang berilmu tentang cara hidup mendapat keredhaan Allah.
Ulama melihat dari kaca mata  Islam, sedangkan orang jahil melihat dari kaca mata kepala otak sendiri  semata-mata. Sedangkan manusia dicipta oleh Allah s.w.t, dan Islam  adalah satu-satunya agama yang diredhaiNya.
Dan jika dah tahu diri ini jahil  tentang agama dan selok-belok hukum hakamnya, tidak arif dengan ilmu  Tauhid, Feqah, Madkhal Ulum Quran, AlQuran Mufassar, Musthalah Hadith  dan sebagainya, tak payah lah bercita-cita atau gila nak jadi pemimpin,  hanya kerana mahukan kemewahan dan kemegahan duniawi.
http://www.youtube.com/v/d61s4aIXFLI&fs=1&source=uds&autoplay=1