Jumaat, 15 Julai 2011

KENAPA KITA SOKONG "BERSIH" YG DI KETUAI OLEH SE ORANG NO-MUSLIM - AMBIGA???

KENAPA KITA SOKONG "BERSIH" YG DI KETUAI OLEH SE ORANG NO-MUSLIM - AMBIGA???
INI... HUJAH DAN JAWAPAN NYA......

1. Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”

2. Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya;
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”

(Hud : 117)

3. Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”

Juga sabda Nabi SAW;

أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”

4. Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Lihat seterusnya..