Memaparkan catatan dengan label bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersih. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2011

KENAPA KITA SOKONG "BERSIH" YG DI KETUAI OLEH SE ORANG NO-MUSLIM - AMBIGA???

KENAPA KITA SOKONG "BERSIH" YG DI KETUAI OLEH SE ORANG NO-MUSLIM - AMBIGA???
INI... HUJAH DAN JAWAPAN NYA......

1. Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”

2. Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya;
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”

(Hud : 117)

3. Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”

Juga sabda Nabi SAW;

أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”

4. Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Lihat seterusnya..

Isnin, 11 Julai 2011

BERSIH : Satu Kaedah Menjawab Soalan Orang Jahil Lagi Keras


Syed Qutb : ALLAHU AKBAR - YG PENTING KITA TIDAK MENGIKUT TELUNJUK AMBIGA PEMIMPIN KAPIR LAKNAT YG TIDAK BERIMAN KPD ALLAH, YG BENCIKAN ISLAM. OLEH ITU SESIAPA YG HADIR BERSAMA NYA, BERERTI DIA ADALAH SAMA DGN AMBIGA KAPIR LAKNAT YG BENCIKAN ALLAH ITU - DI...A SAMA2 BERADA DLM NERAKA JAHANAM - TAKBIRR...

Ustazthrash Mujahid : kenali sulhul hudaibiyah. isu ambiga ada disitu jwbnnya. suatu perjnjian yg dibuat Rasulullah SAW dgn dibuang lafaz bismillah scr sempurna dan dibuangnya gelaran Rasulullah. jangan mengaku faham jika menghukum tanpa usul periksa..kalau baca hadith isnad, sanad, musnad, al jarh wat ta'dil pun x kenal lgi..sababul wurud tak tau lg apa dia..pyh nk cakap la bila main isu2 besar cam ni pastu nak kupas matan hadith. Saya cadangkan pergi mengaji fiqh sirah dulu pastu tanya bab tahaluf siyasi yg ada dlm sulhul hudaibiyah di antara Muslimin dan Musyrikin yg tentang Islam tu. berguru kena berdepan.maklumat media ni bukan jadi apa. silap gaya guru pun kena maki camtu je.. kalau nak orang ISLAM yg sokong BERSIH tu x sokong BERSIH senang je daftar ahli ramai2 pastu kita buat bantahan. Atau kaji semua perjalanan AWAL hingga AKHIR mengapa ada golongan org ISLAM sokong BERSIH pastu cari cadangan yg baik untuk mereka. Jangan bersikap isti'jal dalam perjuangan bai'ah..kalau tak stuju jugak tapi tak mau org Islam turun BERSIH kerana niat x mau tgok org ISLAM bergaduh sama sendiri mk turunlh sebagai PENGAMAN. wpun kami takde niat untuk kecohkan keadaan tapi tidk mustahil. jd tengok sapa buat provokasi tangkp je la.. jom turun bersih jd PENGAMAN

Ustazthrash Mujahid : syed qutb tiruan ni ahli bai'ah mcm yg ori jugak ke bukan..kalau ye. kajilah bai'atul ridhwan yg memunculkan sulh hudaibiyah

Syed Qutb : OK, RASULULLAH BEKERJASAMA DGN ORG KAFIR UNTUK MEWUJUDKAN DAULAH ISLAM/ MASLAHAH UMAT ISLAM. ADAPUN PAS HARI NI BEKERJASAMA DGN DAP LAKNAT (YG BENCI NEGARA ISLAM) TERMASUK DUDK SEMEJA/ CERAMAH BERSAMA/ KUTUK MENGUTUK BRSAMA DSB ADALAH UNTUK MENJATUHKAN SEBUAH KJAAN YG PERCAYA KPD ALLAH DAN RASULNYA SAW. BAGINDA TIDAK PERNAH BERKERJASAMA DGN KAUM FAFIR UTK MENJATUHKAN ISLAM DAN UMAT ISLAM. PAS BERSAMA DGN AMIGA (KRISTIAN KAPIR LAKNAT YG BENCIKAN ISLAM) PEMIMPIN BERSIH UTK MENJATUHKAN KJAAN YG PEMIMPINNYA PERCAYA KPD ALLAH DAN RASULNYA SAW. PAS SANGGUP JADI KUDA DAN DIPERKUDAKAN, PAS SANGGUP IKUT BELAKANG PUNGGUNG AMIGA, PAS SANGGUP BERSAMA-SAMA/ CAMPUR GAUL DGN KAUM KAFIR YG BENCIKAN ALLAH, PAS SANGGUP JUAL AGAMA, BUANG NEGARA ISLAM, BUANG ULAMA KRN MENGAMBIL HATI DAP KAPIR LAKNAT YG BENCIKAN PENUBUHAN NEGAR ISLAM... CUBA FIKIR BETUL-BETUL SAUDARA - SMOGA SAUDARA MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH, ADAKAH ADA PETUNJUK LAIN SELAIN DARI PETUNJUK ALLAH..????

Ustazthrash Mujahid : OK, RASULULLAH BEKERJASAMA DGN ORG KAFIR UNTUK MEWUJUDKAN DAULAH ISLAM/ MASLAHAH UMAT ISLAM. ADAPUN umno dan sekutunya HARI NI BEKERJASAMA DGN mic mca apco LAKNAT (YG BENCI NEGARA ISLAM) TERMASUK DUDK SEMEJA/ CERAMAH BERSAMA/ KUTUK MENGUTUK BRSAMA DSB ADALAH UNTUK MENJATUHKAN SEBUAH parti Islam YG PERCAYA KPD ALLAH DAN RASULNYA SAW. BAGINDA TIDAK PERNAH BERKERJASAMA DGN KAUM FAFIR UTK MENJATUHKAN ISLAM DAN UMAT ISLAM. umno BERSAMA DGN mic mca apco dll KAPIR LAKNAT YG BENCIKAN ISLAM) PEMIMPIN anti-BERSIH UTK MENJATUHKAN parti Islam YG PEMIMPINNYA PERCAYA KPD ALLAH DAN RASULNYA SAW. umno SANGGUP JADI KUDA DAN DIPERKUDAKAN, umno SANGGUP IKUT BELAKANG PUNGGUNG apco yahudi, umno SANGGUP BERSAMA-SAMA/ CAMPUR GAUL DGN KAUM KAFIR YG BENCIKAN ALLAH, umno daripada dulu SANGGUP JUAL AGAMA, BUANG NEGARA ISLAM, BUANG ULAMA KRN MENGAMBIL HATI mca mic apco KAPIR LAKNAT YG BENCIKAN PENUBUHAN NEGAR ISLAM... CUBA FIKIR BETUL-BETUL SAUDARA - SMOGA SAUDARA MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH, ADAKAH ADA PETUNJUK LAIN SELAIN DARI PETUNJUK ALLAH..????

Syed Qutb TIRU... KALAU KITA JAHIL AGAMA, DIAM SAJA LAH, KATA PUJANGGA: ' JGN KAMU MENJILAT LUDAH KAWAN KAMU, KRN IANYA MENJIJIKKAN ..." FIKIR LAH SAUDARA

Ustazthrash Mujahid TIRU lagi... KALAU KITA JAHIL AGAMA, DIAM SAJA LAH, KATA PUJANGGA: ' JGN KAMU MENJILAT LUDAH KAWAN KAMU, KRN IANYA MENJIJIKKAN ..." FIKIR LAH SAUDARA kenapa aku meniru.

Syed Qutb YA ALLAH BERILAH PETUNJUK KPD LELAKI INI, SEMOGA IA BERADA DALAM KEADAAN BENAR BERSAMA ORG2 YG BERIMAN...AMIN

Ustazthrash Mujahid YA ALLAH BERILAH PETUNJUK KPD LELAKI INI, SEMOGA IA BERADA DALAM KEADAAN BENAR BERSAMA ORG2 YG BERIMAN...AMIN << untungnya bila bercakap baik.. maka aku tiru dengan ikhlas untuk doakan kamu wahai saudaraku

Syed Qutb AMINNN.. YA RABB

Ustazthrash Mujahid Aamiin Ya Rabbal 'alaamiin..rabbana taqabbal minna

Mencegah Kezaliman/ Keganasan

AMBILLAH PENGAJARAN DARI HADIS DI BAWAH.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”
Riwayat at-Tabrani

Huraian
i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.

ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh.

iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain.

iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.

Kenapa polis tak benarkan laporan post-mortem dikeluarkan?

  Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.   Usaha anak Allahyarham yang merupakan s...eorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.   Menurut laporan Utusan Malaysia pembohong nombor satu pula, polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang berada di KLCC sewaktu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, namun menolak punca kematiannya disebabkan terkena semburan gas pemedih mata. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami sesak nafas atau menghidap penyakit jantung sehingga meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian itu.   "Saya dimaklumkan, selepas perhimpunan haram di KLCC selesai, seorang wanita menghubungi ambulans mengatakan lelaki itu sesak nafas.   "Sebaik sahaja ambulans tiba, pesakit itu masih dalam keadaan sesak nafas namun dia disahkan meninggal dunia di HKL (Hospital Kuala Lumpur)," katanya.   Beliau ditanya mengenai laporan portal sebuah akhbar propembangkang hari ini mengenai kematian seorang peserta perhimpunan Bersih yang terkena semburan gas pemedih mata di KLCC.   Memetik laporan portal itu, Baharudin Ahmad, 58, bersama rakan dan keluarganya berada di KLCC tidak sedar diri apabila disembur gas pemedih mata oleh polis.   Allahyarham yang tinggal di Setiawangsa merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Rosni Melan.   Menurut Amar Singh, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah.   ......   Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.     Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.   Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.   Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.   Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.     Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.   Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.   Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.   Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.   Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.   Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.   Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.   Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.     Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.   "(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.     Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.   "BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.   "Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.   Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.   Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.   Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.     Sehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.   Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam   Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi. - Malaysiakini.com   http://penorehgetah.blogspot.c​om/