Rabu, 4 Julai 2018

SILAP TINGGAL JEMAAH

Oleh Subky Latif

BAIK meninggalkan PAS atau menjauhkan diri dari parti dibimbangi sama dengan kesilapan meninggalkan jemaah. *Meninggalkan jamaah adalah satu kesiapan yang tidak ditakwil lagi.*

Kita selalu mengira tindakan tentera Islam meningalkan Bukit Uhud, satu lokasi strategik mujahidin dalam perang Uhud adalah satu kesilapan besar dan itulah punca kekalahan tentera Nabi Muhammad s.a.w. dalam perang itu.

Pasukan berkuda itu adalah satu unit dalam angkatan mujahidin dalam medan Uhud itu. Ia adalah satu unit dalam jemaah.

Jemaah adalah jentera penting dalam membangunkan Islam.
*Islam tidak memadai tanpa jemaah.* Islam itu adalah satu medan subur ibarat tanah lapang.

Tidak boleh tegak sendiri tanpa jamaah. PAS adalah jemaah Islam untuk umat negara ini. Setiap bumi yang subur ada tumbuhan bagi memenuhi keperluan penghuninya.

Seperti Eropah ada kebun epal dan anggur, benua Arab ada tumbuhan kurmanya, maka hiasan bagi bumi Islam kita di sini ialah langsat dan rambutannya.

Langsat dan duku itu makan bagi menghidupkan penghuninya, sama seperti hidupnya Islam itu oleh jemaahnya.

Maka *PAS adalah jamaah induk umat Islam di sini,* diamanahkan kepada umat Islam di sini. Jadi satu keperluan umat Islam adanya jemaah. Keutamaan umat berada di satu komuniti, mengikut pesan Nabi seperti yang diriwayatkan oleh *Huzaifah al-Yaman ialah mendahulukan mncari jemaah Islam.*

*Jika tidak ada, jadi kewajipannya mewujudkannya.*

*Jika tidak upaya mengadakannya, pesan Nabi, lebih baik menggigit perdu kayu* dari menyertai pasukan tidak Islamik.

Maka keupayan PAS sebelum mendakwahkan umat bahawa PAS adalah jemaah umat di sini, ia mesti yakinkan orang PAS sendiri bahawa *PAS itu adalah jemaah yang mereka tidak boleh tinggalkan dan jangan berenggang dengannya.*

Seperti sempurna solat berjamaah itu justeru rapat safnya, maka lemah jemaah jika renggang anggota daripadanya dan cacatlah anggota yang merenggangkan diri itu. Apa lagilah silap dan salah jika meninggalkan jemaah dan memecah jemaah.

Saya pernah meletak jawatan dari jamaah pimpinan PAS justeru menyokong tindakan Haji Yusof Rawa yang tersinggung dengan satu keputusan muktamar semasa pimpinannya. Tindakan atas hak demokrasi saya itu ditegur oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor kerana pada fahamannya *tiada ruang meletak jawatan dalam Islam.*

Justeru saya mematuhi tok guru, saya tarik perletakan jawatan saya. Seorang yang status ulama yang sama meletak jawatan bersoal jawab dengan Ustaz Fadzil atas isu tidak letak jawatan seperti yang dibenarkan oleh demokrasi itu. Tetapi dia pun menarik balik letak jawatannya. Saya puas hati dengan teguran Ustaz Fadzil kerana Pak Yusof Rawa juga bersetuju meneruskan pimpinannya sebagai Presiden/Mursyidul Am.

Tindakan Ustaz Fadzil itu adalah bagi menghalang saya jadi *orang yang rugi merenggangkan diri dari jemaah.* Sekadar saya seorang meletak jawatan, nescaya PAS tidak berkudis, tetapi bila saya renggang dengan jemaah masuklah syaitan mencelah. Jika sasya tidak dengar teguran Ustaz Fadzil, boleh diertinya saya memberi *peluang kepada syaitan mencelah.*

Barang dilindung Allah! Apapun silap dan rugi renggang dari PAS itu akan didebat orang.

Mungkin ada hujah dan nas apa yang dibenarkan oleh demokrasi itu mugkin tidak bersalahan dengan Islam.

Akan tetapi rasa sayang terhadap keberadaan berpuluh tahun dalam PAS, tiba-tiba di hari tua mencari jemaah lain atas apa jua sebab. Ada yang lebih dulu dari saya menyertai PAS. Ketika usia muda saya bergelumang dengan penganut sekular dan harmoni dengan dunia demokrasi, mereka sudah memberi jiwa, tenaga dan ringgit kepada perjuangan Islam melalui jemaah yang mereka percaya betul, tetapi sesudah habis masa di situ, ketika tulang telah reput dan kulit sudah kendur, bercadang pula untuk merasa udara jemaah lain.

Tiada suatu yang luar biasa bagi seorang pemain boleh bertukar kelab, tiada dosa dan pahala berbuat demikian. Tetapi kira PAS itu adalah sebuah jemaah yang dimaksudkan oleh apa yang Huzaifah al-Yaman riwayatkan tadi, ada isu akidah dan istiqomah di situ yang perlu diberi perhatian berbeza dengan keberadaan dalam mana-mana parti poltik demokrasi.

PAS adalah badan siasah Islam yang keramat. *Tuan Guru Nik Abdul Aziz kata ada dosa politik dan pahala politiknya.* Mungkin kita ada pandangan lain, tetapi tiada pernah saranan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu dibincang dan dipertikai oleh penyokong sebelum ini. Sikap senyap ahli-ahli PAS itu boleh dikira bersetuju dengannya.

Dan ketika krisis PAS pasca kerajaan campuran/BN hujung 1970- an, banyak suara sumbang mengira halatuju PAS ketika itu lebih nasionalis dari Islam, ada orang PAS tinggalkan parti, ada masuk DAP dan ada yang ikut Umno, ada yang membentuk al-Arqam atau bergiat dengan Tabligh, dan lainlain, tetapi *Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang tidak membentuk jemaah sendiri.*

Mereka bukan sekadar mengadakan kuliah yang didengar tetap oleh belasan ribu, tetap mereka adalah penceramah PAS yang diminati ramai.

Kekal mereka dalam PAS yang krisis dan pemimpinnya yang menghadapi krisis kepimpinan.

Mungkin mereka *tidak jumpa hujah yang melayakkan boleh jemaah dipecah.* Mereka sabar, istiqamah, mengajak diri meeka bertenang dan mereka berjaya mengubah PAS dari dalam dan megambil pimpinan PAS malah berjaya memacu PAS keluar dari krisis dan berjaya membina kekuat an baru atas kelemahan berbelas tahun itu.

Memng ada jemaah baru tadi merasa senang dan bebas setelah berada dalam NGO yang merdeka dari PAS. Malah ada yang lebih ke depan dari PAS dalam banyak hal, tetapi setelah kekuatan dan perpaduan PAS tersohor semua, kebanyakan jemaah tadi hilang dan PAS seorang jemaah induk utuk semua.

Betapa lemahnya PAS masa itu bukan sekadar itu bukan sekadar justeru krisis dan pertikaian ia nasionaliskah atau Islamkah, tetapi antara yang melemahkannya ialah tindakan penyokongnya membentuk jemaah dan NGO sendiri. Gara-garanya melambatkan kemenangan PAS.

Bukan NGO bersendirian itu tidak elok, tetapi NGO yang disertai sama oleh penyokong PAS justerunya ia menjanjikan lonjakan moral kepada PAS adalah lebih bertenaga dari NGO yang tidak disama rancakkan oleh orang orang PAS.

Al-Arqam ditubuhkan oleh beberapa orang aktivis PAS yang tidak senang dengan krisisnya dulu dan ia adalah untuk membantu PAS dari luar. Ia penuh semangat PAS ketika munculnya, tetapi setelah ia besar, ia senang dan bebas dari ikatan dengan PAS, akhirnya ia mahu menyaingi PAS.

Mungkin ia tidak memecahkan PAS tetapi ia menyebabkan orang Islam ada pilihan selain PAS.

Dengan demikian jemaah Islam sudah tidak tunggal lagi. Bila tidak tunggal, maka ia sukar menghadapi jemaah tidak Islamik yang tunggal.

Mungkin tiada rugi orang PAS bergiat dalam badannya sesndiri.

Tetapi membebaskan diri dari PAS itu adalah pemulaan merenggangkan diri dari PAS. *Payah bagi yang renggang itu terus rapat, tetapi bila renggangnya bertambah lebar, ia akan berakhir dengan bertembung dengan jemaah asal.* Itulah rugi dan silap cuba berjuang dengan jemaah yang satu.

Moga kita cakna kembali..

PEJUANG-PEJUANG ISLAM dan MELAYU..

#Istiqamahhinggakemenangan
#BPMS
#UP