Ahad, 11 Disember 2011

100 DOSA-DOSA BESAR

(Petikan dari Kitab Al-Iman)


Apakah Ta’rif Dosa Besar?

‘Ulama’ bersalahan pendapat, apakah ta’rif dosa besar, namun kita dapati para ulama’ lebih cenderung bahawa dosa besar itu ialah “Setiap maksiat yang menyebabkan pelakunya terkena hukuman hudud, atau yang Allah janjikan neraka secara khusus, atau maksiat yang dilaknat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala” (Rujuk Al Zawajir ‘An Irtikab Al Kabair 1/4 dan Syarah An Nawawi ‘Ala Sohih Muslim 2/58). Pendapat ini diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Al Hassan Al Basri.


Manakala Al-Imam Izz bin Abdus Salam di dalam kitabnya Qawaidul Ahkam menyatakan bahawa “Apabila engkau hendak tahu perbezaan andara dosa kecil dan dosa besar, maka bandingkan kerosakan maksiat itu dengan kerosakan dosa besar. Jika kerosakan maksiat itu kurang dari serendah-rendah kerosakan dosa besar atau lebih tinggi sedikit maka ia termasuk dosa besar.”


100 Dosa Besar

Di sini disertakan secara ringkas (tanpa perbahasan) senarai dosa-dosa besar seperti yang dibahaskan oleh Ibn Hajat Al Haithami dalam kitabnya Al Zawajir ‘An Irtikab Al Kabair sebagai panduan untuk kita bersama.


1.      Syirik Akbar (besar).
2.      Syirik Asghar (keecil).
3.      Marah yang berpunca dari kebathilan.
4.      Dengki.
5.      Takabbur (rasa besar diri)
6.      Bersifat ‘ujub (perasan diri)
7.      Megah/Sombong
8.      Menipu
9.      Nifaq (bersifat munafiq – bermuka-muka dalam agama)
10.     Zalim
11.     Memaling muka dari manusia lain kerana takabbur dan menghina mereka
12.     Tamak
13.     Marah kepada takdir
14.     Memberi penghormatan kepada orang kaya dan para pembesar kerana kekayaan dan kekuasaan mereka
15.     Mengejek orang miskin kerana kemiskinannya
16.     Bermegah dengan kemewahan dunia
17.     Berhias dengan perhiasan haram
18.     Berpura-pura dalam pergaulan
19.     Suka dipuji dengan pujian yang bukan-bukan (kadang-kadang tidak dibuatnya)
20.     Bersemangat selain dengan agama (sebagai contoh bersemangat kebangsaan dalam perjuangan).
21.     Meringankan hak-hak Allah dan suruhanNya.
22.     Mengikut nafsu
23.     Tiada dalam teks asal.
24.     Bersangka jahat kepada muslim lain.
25.     Tidak menerima kebenaran apabila tidak sesuai dengan nafsu atau apabila kebenaran bersama dengan orang lain.
26.     Suka kepada maksiat dan berkekalan melakukannya.
27.     Lupa kepada Allah dan hari Akhirat.
28.     Rasa aman dan terlepas dari perancangan Allah.
29.     Rasa bebas melakukan maksiat.
30.     Jahat sangka terhadap Allah s.w.t.
31.     Putus harapan dari rahmat Allah.
32.     Belajar ilmu kerana dunia.
33.     Menyembunyikan ilmu.
34.     Tidak beramal dengan ilmu.
35.     Sengaja berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya.
36.     Mengerjakan sunnah yang keji (bid’ah) dan meninggalkan sunnah rsulullah s.a.w.
37.     Tidak menunaikan haji.
38.     Kasih kepada orang zalim dan fasiq.
39.     Benci kepada orang soleh dan menyakiti mereka.
40.     Mengeluarkan perkataan yang mempunyai implikasi besar dan menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t.
41.     Tidak berselawat kepada rasulullah s.a.w. ketika mendengar sebutan
namanya dengan sebab sibuk dengan permainan yang haram.
42.     Berpuas hati dengan dosa besar dan membantu melakukannya.
43.     Berkekalan melakukan kejahatan sehingga manusia takut dengannya (kerana kejahatan).
44.     Lupa akan al-quran.
45.     Berbantah-bantah (dalam urusan agama tanpa ilmu).
46.     Mencari kemenangan dalam perbahasan tentang al-quran atau agama (tanpa persiapan ilmu yang mantap).
47.     Tidak membersihkan kencing dari badan dan pakaian).
48.     Membuka ‘aurat tanpa uzur.
49.     Jima’ dengan isteri dalam keadaan haid.
50.     Sengaja tinggalkan solat.
51.     Sengaja mengakhir solat sehingga habis waktu.
52.     Taqdimkan solat bukan kerana musafir atau sakit.
53.     Menjadi imam dalam keadaan makmum membencinya (kerana tidak layak).
54.     Memutus saf dalam solat.
55.     Tidak menyamakan saf ketika mendirikan solat berjemaah.
56.     Mendahului (dalam perbuatan) imam dalam solat.
57.     Menjadi kubur sebagai tempat mendirikan solat.
58.     Membina binaan atas kubur.
59.     Mengucup kubur.
60.     Berpergian seorang perempuan secara seorang diri.
61.     Mempercayai kepada nahas sesuatu (seperti tidak meneruskan
perjalanan apabila biawak melintas).
62.     Tidak berjemaah solat jumaat tanpa uzur.
63.     Melangkah belakang orang lain pada hari jumaat dalam saf.
64.     Memakai kain sutra bagi lelaki tanpa uzur.
65.     Perempuan menyerupai lelaki (pada pakaian, pergaulan, percakapan dan sifat khusus).
66.     Lelaki menyerupai perempuan (pada pakaian, pergaulan, percakapan dan sifat khusus).
67.     Berjalan dalam keadaan megah.
68.     Memohon kematian (untuk diri sendiri) ketika berlaku musibah.
69.     Nihayah (meratap, menampar pipi, mengoyak baju dan berbiji sabak) ketika kematian.
70.     Meninggalkan zakat.
71.     Menangguhkan pengeluaran zakat tanpa uzur syar’ie.
72.     Bakhil dari seorang pemberi hutang dalam keadaan si pemiutang
dalam kesusahan.
73.     Mengugungkit sedekah yang diberi.
74.     Menahan air dari diberi kepada orang yang berhajat.
75.     Meninggalkan puasa ramadhan tanpa uzur syar’ie.
76.     Berpuasa pada hari raya dan hari tasyriq (11, 12 dan 13 zulhijjah).
77.     Tidak mengerjakan ibadah haji sehingga mati (sedangkan ia mampu).
78.     Minum minuman keras.
79.     Makan daging babi atau bangkai.
80.     Makan riba.
81.     Memberi hasil riba kepada orang lain (untuk dimakan).
82.     Menjadi saksi dalam urusan riba.
83.     Menulis untuk urusan riba.
84.     Berusaha dan membantu untuk urusan riba.
85.     Memakan harta dari hasil yang haram atau tidak sah.
86.     Menipu dalam urusan jual beli.
87.     Menjual barang dengan sumpah palsu.
88.     Mengurang timbangan dalam urusan jual beli.
89.     Tangguh hutang tanpa uzur syar’ie bagi orang kaya setelah diminta.
90.     Memakan harta anak yatim.
91.     Membelanja pada perkara yang haram.
92.     Membina rumah secara berlebihan untuk bermegah.
93.     Khianat ahli kongsi dan orang menerima wakil.
94.     Merampas harta orang secara zalim.
95.     Melewatkan upah kepada kuli.
96.     Tidak membayar upah setelah selesai kerja.
97.     Merampas harta yang  harus dan  menegahnya  dari  orang  musafir .
98.     Ingkar  amanah  seperti  barang  gadaian  dan  seumpamanya.
99.     Melakukan perkara yang membawa kepada zina
100.    Fitnah dan menyebarkannya .


Selain dari itu, perlu ditegaskan bahawa semua kesalahan yang berakibatkan hukum hudud adalah termasuk dalam senarai dosa besar seperti mencuri, merompak, berzina, liwat dan murtad .


Bagaimana Melapaskan Diri Dari Seksa ?

Dalam syarah ‘Aqidah Thohawiyyah dinyatakan : “Orang - orang yang
melakukan kejahatan akan gugur daripadanya seksa dalam neraka jahanam
dengan 10 sebab ini yang disebut dari Al –Quran dan As Sunnah .”


1.      Taubat(rujuk surah Maryam ayat 59-60,Al Baqarah 160,  Az Zumar 53).
2.      Istighfar (rujuk surah Anfal 133)
3.      Melakukan kebaikan (rujuk suruh Hud 114)
4.      Jatuh dalam musibah (hadith riwayat Bukhari dan muslim )
5.      Azab kubur
6.      Huru –hara hari kiamat
7.      Syafaat orang yang Allah izin untuk memberi syafaat
8.      Keampunan Allah yang Maha Pengampun (rujuk surah  An Nisa’48 dan 116)
9.      Doa orang- orang mukmin dan istighfar mereka semasa hidup dan selepas mati .
10.     Pahala yang dihadiahkan kepada mukmin (seperti pahala sedekah dan haji).


Khatimah

Demikianlah paparan dosa besar untuk kita bersama hindari, semoga dengan risalah ini akan menjadi bahan renungan kepada kita bagi muhasabah diri dan juga untuk sentiasa menjadi ingatan dalam hidup kita di maya pada yang sementara ini . Bahan dalam  risalah ini dipetik dari kitab Al Iman : Arkanuhu, haqiqatuhu wamubthilatuhu karangan Dr Mohammad Naim Yasin.