PAUTAN TAMBAHAN

Jumaat, 20 September 2013

TIMBALAN KETUA POLIS GIZA DITEMBAK OLEH POLIS SENDIRI.



Semalam, pihak polis menyerang dan menyerbu satu daerah yang kuat menyokong Dr Mursi,iaitu Kirdasah di Giza.

Pihak polis bengang kerana lebih daripada dua bulan demo menyokong Dr Mursi tidak berhenti-henti di Sini.

Di awal operasi semalam timbalan ketua polis Giza jen Nabil Faraj telah ditembak.

Mengikut sumber polis beliau ditembak dari jarak jauh,tetapi mengikut sumber doktor yg merawat beliau di tembak dgn pistul dari jarak dekat tidak lebih drp setengah meter.

Jen Nabil cuba menyelesaikan isu yang berlaku di Kirdasah dengan cara aman dan telah berjaya dalam perbincangan dgn penduduk di sana,tetapi perkara ini tidak disenangi oleh menteri dalam negeri yang tetap mahu menggunakan kekerasan.

Selepas kematian beliau,kawan baiknya menelefon anaknya omar dan memberitahu bahawa ayahnya mati ditembak oleh polis sendiri dan beliau melihat dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku.

Sumber : Assyabu net.
#prihatinmesir