Sabtu, 11 Mei 2013

PRU13 Satu Penipuan .... Video




KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat berhubung penemuan kertas undi Dun berlainan dalam satu peti undi yang berlaku di Johor.Laporan polis tersebut dibuat Dewan Pemuda PAS Johor di balai polis Kluang berikutan empat kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya ditemui berada dalam peti undi Dun Mahkota.Malaysiakini yang memetik Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil melaporkan, perkara itu dikesan ejen pengiraan undi PAS ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi berkata para ejen PAS mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS Dun Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.
Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.
Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.


Gambar: Kertas undi berlainan Dun dalam satu peti undi.

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat berhubung penemuan kertas undi Dun berlainan dalam satu peti undi yang berlaku di Johor.

Laporan polis tersebut dibuat Dewan Pemuda PAS Johor di balai polis Kluang berikutan empat kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya ditemui berada dalam peti undi Dun Mahkota.

Malaysiakini yang memetik Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil melaporkan, perkara itu dikesan ejen pengiraan undi PAS ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi berkata para ejen PAS mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS Dun Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

Kertas undi berlainan Dun dalam satu peti undi.