

KRONI KAYA RAKYAT PAPA
KEADILAN
sebentar tadi membuat pendedahan bagaimana Dato' Tajuddin Rahman, calon
BN bagi Parlimen Pasir Salak menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion
untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn
Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik.
Lebih menyedihkan, Detik Utuh adalah sebuah syarikat Ali Baba yang
hanya mengaut keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder
Holdings Berhad untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan
penyenggaraan UiTM Tapah. Kos sebenar adalah RM285juta.
DS
Najib sebelum ini berjanji bahawa calon-calon Barisan Nasional dalam
PRU13 ini benar-benar ditapis agar mereka mempunyai rekod cemerlang yang
bebas dari rasuah, atau anugerah projek yang diragukan. Namun pemilihan
calon BN terus menjadi kontroversi sehingga menyebabkan ramai pimpinan
Umno/Barisan Nasional sendiri tidak puas hati dan mengambil tindakan
keluar parti http://bit.ly/bntandingbebas.