Isnin, 22 April 2013

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAN PIMPINAN BN MELANGGAR ETIKA PRINSIP PERANAN PENTADBIRAN KERAJAAN SEMENTARA

KENYATAAN MEDIA
10 April 2013

PERDANA MENTERI SEMENTARA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAN PIMPINAN BARISAN NASIONAL MELANGGAR ETIKA PRINSIP PERANAN PENTADBIRAN KERAJAAN SEMENTARA

KEADILAN mendesak agar seluruh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti  dari melanggar etika Prinsip Peranan sebuah Kerajaan Sementara dimana segala jentera dan pengurusan kerajaan adalah dihadkan agar tidak disalah gunakan untuk tujuan berkempen selepas Parlimen dibubarkan.
Kegagalan membezakan diantara ‘Kempen’ dan ‘Pentadbiran’ atau Kerajaan Sementara dan Kerajaan yang dipilih hanya membuktikan Barisan Nasional tidak dapat menunaikan tanggung-jawab serta amanah secara jujur yang menjadi petanda bahawa Barisan Nasional tidak mampu membawa sebarang perubahan yang positif demi rakyat.
 
Sejak Parlimen dibubarkan, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menghormati prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan  kuasa kerajaan sementara yang membabitkan jentera dan kemudahan kerajaan untuk kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Yang lebih meruncing, adalah kegagalan Datuk Seri Najib untuk memenuhi Akujanji Pilihanraya yang beliau tandatangani dengan badan Transparency International, yang menyebut, antara lain:
 
Calon PRU mestilah memastikan dana, sumber, serta harta awam tidak digunakan sewaktu kempen.

Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinetnya telah mengumumkan beberapa perkara penting yang mencabul etika kerajaan sementara. Antaranya ialah:

1   Pada 5 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan 3 projek utama di Cyberjaya yang bernilai RM 8 bilion.

2    Pada 5 April 2013, Dato’ Raja Nong Chik telah mengadakan majlis perasmian jalan di Pantai Dalam dengan masih mengguna pangkat ‘Menteri’ dan menggunakan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3    Pada 8 April 2013, media arus perdana telah  melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak  telah umumkan bahawa kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card yang dilancarkan pada Ogos 2012 akan diperluaskan kepada 725,000 pesara kerajaan.
 
4  Pada 8 April 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah berkempen di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang dalam Majlis Perjumpaan Khas TPM bersama guru-guru sekolah Tamil.

5   Pada 9 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pembinaan kompleks bernilai RM 400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

6    Akhir sekali, pada 9 April 2013, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang menyediakan  rumah mampu milik kepada penjawat awam.

Sewajarnya, sebagai sebuah kerajaan sementara, sebarang pengumuman  mengenai keputusan penting atau projek besar haruslah terhenti bagi menghormati pihak lawan dan prinsip demokrasi yang memastikan perlawanan di gelanggang politik yang sama rata.
KEADILAN bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain telah memulakan inisiatif menguatkuasakan arahan ketat pentadbiran kerajaan sementara seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan memulangkan kenderaan rasmi negeri dan tidak membuat sebarang keputusan penting membabitkan dasar utama.
 
Maka, saya mencabar Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan sebarang penggunaan jentera dan kemudahan kerajaan bagi tujuan kempen UMNO/Barisan Nasional. Penyalahgunaan kuasa berterusan ini jelas membuktikan sebenarnya Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menjunjung prinsip demokrasi, dan sewajibnya membatalkan akujanji pilihanraya yang beliau tandatangani dengan Transparency International Malaysia yang sekadar digunapakai untuk menghiasi imej umumnya.
 
Saya turut mencabar semua menteri di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib untuk memulangkan semula semua kenderaan-kenderaan rasmi dan tidak menggunakan sebarang jentera kerajaan termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan kempen.
 
KEADILAN akan terus memantau dan mendedahkan kepada rakyat setiap penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran kerajaan sementara Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami memantau tindak-tanduk kerajaan sementara sekarang supaya tidak menyalahgunakan kemudahan kerajaan bagi tujuan politik.

Sebarang aduan mengenai penyalahgunaan kuasa boleh dilaporkan kepada kami ataupun mana-mana pertubuhan bertanggungjawab seperti PEMANTAU.
 
NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden KEADILAN