Ahad, 9 Jun 2013

4,600 ahli UMNO sertai PKR, Sabah !!!


4,600 ahli UMNO sertai PKR, Sabah !!!

Gara-gara hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Libaran, seramai 4,600 orang ahli daripada 38 buah cawangan telah keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu menyertai PKR yang diketuai sendiri Mantan Calon Bebas Parlimen Libaran, Sahar Saka, petang kemarin.

Upacara kemasukan beramai-ramai ahli tersebut telah diadakan di Dewan Hakka, bersempena Program Himpunan Blackout Sabah dan penyerahan borang kemasukan tersebut telah diterima oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan seramai lebih 2,000 para penyokong parti Pakatan Rakyat (PR) yang melibatkan PAS, PKR dan DAP.

Dalam ucapan ringkasnya, Sahar antara lain menjelaskan tujuan beliau dan para pengikutnya menyertai PKR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO yang didakwanya terlalu banyak melakukan perkara songsang.

"Saya nyatakan dengan ikhlas yang tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Juslie Ajirul dan saya juga tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Zakaria Hj Edris. Walaupun saya sudah berpindah kapal, namun soal fahaman ideologi politik yang berbeza kita ketepikan dulu; yang penting kawan tetap kawan,” jelasnya.

Kata Sahar, terdapat beberapa pemimpin kanan UMNO Pusat yang menyelar beliau sebagai orang yang tidak pandai beruntung dan orang yang tidak pandai bersyukur dan berterima kasih serta tidak mengenang budi kepada UMNO kerana menyertai PKR.

"Saya bertanding atas tiket bebas. Saya tidak anti UMNO atau BN tetapi saya marah dengan Datuk Musa Aman yang langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada saya untuk jadi calon di Libaran. Kemudian saya dipecat daripada UMNO untuk seumur hidup. Buat apa saya tunggu parti yang tidak telus perjuangannya?” ujarnya.


Sabtu, 8 Jun 2013

Jambatan runtuh, mayat dapat dikeluarkan malam ini

Pulau Pinang: Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung dapat dikeluarkan pada pukul 8.45  malam ini.

Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke  Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat, lapor Bernama.
   
NONE
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.
   
Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak semalam.


Berita selanjutnya http://www.malaysiakini.com/news/232325



Jumaat, 7 Jun 2013

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada di kawasan kejadian struktur jambatan kedua yng runtuh..




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada di kawasan kejadian struktur jambatan kedua yang runtuh..
Dikhabarkan Beliau Bergegas Ke Tempat Kejadian (Jambatan Runtuh) Malam Tadi Apabila Dimaklumkan Mengenai Kejadian Itu... Beliau Diberikan Taklimat Oleh Pasukan Bomba..

Polis P Pinang minta orang ramai hilang saudara tampil mengesan mangsa tertimbus bawah runtuhan Jambatan Kedua yg masih belum dikeluarkan dan minta mereka yang mengenali mangsa yang memandu atau memiliki Perodua Kelisa dengan plat pendaftaran 437 datang segera.

Khamis, 6 Jun 2013

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat



KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.

"Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Walaupun saya tidak boleh menyatakan jumlahnya yang perlu mereka bayar tetapi ia sebenarnya menunjukkan satu pengakuan dari mereka semua berhubung tindakan yang telah dilakukan," jelasnya.

Dalam pada itu beliau juga berharap keputusan ini akan menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan fitnah ataupun kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Selain Hisham (gambar kiri) turut mewakili bekas Menteri Besar Kelantan itu ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz pada 31 Mei tahun lepas telah memfailkan saman fitnah RM10 juta itu terhadap Abdul Rahim di samping tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST)-- Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan.

Saman itu dikemukakan berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara pada 8 Mei dalam NST yang menggelar Nik Abdul Aziz sebagai bapa kafir (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.-KD


SYEIKH QARDHAWI GELAR SECARA RASMI HIZBULLAH DENGAN "HIZBU SYIATAN" DAN KETUA MEREKA, HASAN NASRALLAH SEBAGAI "NASRA SYAITAN"



SYEIKH QARDHAWI GELAR SECARA RASMI HIZBULLAH DENGAN "HIZBU SYIATAN" DAN KETUA MEREKA, HASAN NASRALLAH SEBAGAI "NASRA SYAITAN"

BASYAR PERNAH MINTA SAYA SOKONG DIA MELALUI KHALID MASH'AL-SYEIKH QARDHAWI

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr.Yusuf Qardhawi mengulangi seruan jihad bagi menentang rejim toghut Basyar Al-Assad dan militia Hizbullah yang membunuh pengikut Sunni.

Dalam khutbah Jumaat yang disampaikan beliau semalam di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, beliau turut menggesa umat Islam dan kerajaan umat Islam untuk membantu rakyat Syria sambil berkata, jika beliau berkemampuan untuk berperang nescaya beliau akan turun untuk memerangi Hizbullah di Syria.

Beliau turut melabelkan secara jelas gerakan Hizbullah (yang bermaksud kumpulan Allah) sebagai "Hizbu Syaitan" (iaitu kumpulan Syaitan).

Syeikh Qardhawi kemudian mengutuk Hizbullah dan Iran yang melakukan operasi ketenteraan membunuh umat Islam Sunni. Tidak terkecuali menurut beliau ialah Perdana Menteri Iraq, Nuri Maliki (seorang Syiah dan sekular) yang turut membunuh pengikut Sunni di negara tersebut.

Beliau turut menempelak sesetengah pihak yang mempercayai "niat Syria bagi membebaskan Palestin" akan tetapi tidak pernah berlaku walaupun puluhan tahun lamanya.

"(Syria) tidak pernah melepaskan walau sebutir peluru ke atas Israel, sedang mereka mendakwa bahawa melakukan penentangan ke atas Zionis lantas mereka mentertawakan Arab dan orang Islam (akibat berita palsu ini)", ujar beliau.

Dr.Qardhawi turut mendedahkan bagaimana Basyar Asad meminta beliau untuk menyokongnya dan memperli Basyar.

"Apa itu Basyar dan apa itu Assad? Tidaklah dia melainkan seorang lelaki yang jahat, memusuhi rakyatnya sendiri semenjak hari pertama revolusi. Dia pernah meminta saya untuk menyokong pendirian rejimnya, dia menyatakannya melalui Ketua Biro Politik HAMAS saudara Khalid Mash'al akan tetapi Mash'al menolak maka tersungkur Mash'al di pandangan Asad yang zalim ini."

Beliau juga melabelkan Iran, Hizbullah dan Russia sebagai "musuh umat Islam" selain Parti Lubnan yang turut mengumumkan penyertaan mereka dalam peperangan di Syria.

Beliau menutup khutbah dengan berkata, "Saya menyeru seluruh umat Islam di semua tempat untuk membantu saudara mereka. Tidak masuk akal jika kita membiarkan mereka sedang ribuan sedang berusaha untuk membunuh mereka. Jika saya mempunyai kemampuan nescaya saya akan pergi memerangi bagi mempertahankan mereka (orang awam Syria). Sesiapa yang mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam berperang maka hendaklah menggunakannya untuk berperang di sana."

Rabu, 5 Jun 2013

Calon BN rampas kertas undi kosong - Laporan polis

Calon BN rampas kertas undi kosong - Laporan polis
 04 Jun 2013

 

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendedahkan bagaimana seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.
 

Pendedahan ini dibuat oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, dengan cara mendedahkan satu salinan laporan polis yang dibuat mengenainya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1.      Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;

2.      Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;

3.      Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;

4.      Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;

5.      Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan

6.      Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya


Bagi Rafizi (gambar), anggota Parlimen Pandan itu, dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

"Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan,"katanya.

Selama ini pun, katanya, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

"Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

"Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu," katanya.
KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendedahkan bagaimana seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.


Pendedahan ini dibuat oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, dengan cara mendedahkan satu salinan laporan polis yang dibuat mengenainya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1. Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;

2. Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;

3. Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;

4. Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;

5. Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan

6. Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya


Bagi Rafizi (gambar), anggota Parlimen Pandan itu, dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

"Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan,"katanya.

Selama ini pun, katanya, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

"Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

"Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu," katanya.

Selasa, 4 Jun 2013

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Politik Dan Amanah


Politik dan amanah.
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,

Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan politik yang memerintah negara. Mereka bertanggungjawab mengurus ummah dalam segala bidang. Allah menyebutnya bersama dengan adil dan amanah. Hal ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan adil mengikut hukum Allah. Melantik pemimpin yang menunaikan kewajipan ini dikira amanah paling besar dalam Islam dan menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad paling afdal.

Menurut Abu Hurairah (mafhumnya), “Suatu ketika, Nabi Muhammad sedang berbicara dengan para sahabatnya, tiba-tiba datang seorang Badwi bertanya, ‘Bilakah berlakunya kiamat?’ Lantas Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila dihilangkan amanah.’ Dia bertaanya lagi, ‘Bagaimanakah dihilangkan amanah itu.’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila diserahkan urusan kepada orang bukan yang ahlinya (yang tidak layak).’”

Jelasnya, urusan pemerintahan hendaklah diserahkan kepada individu yang layak daripada segi iman, ilmu dan akhlak yang baik bukannya kerana dipengaruhi oleh hubungan keluarga, timbunan harta apatah lagi ugutan, bukan juga dilantik dengan cara kotor seperti cara paksaan, menipu dan rasuah.

Abu Hatim melaporkan, Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya), “Jihad yang paling baik ialah bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim.”

Hadis ini adalah hadis sahih, hadis yang menyebut bahawa ‘jihad paling baik bermaksud jihad melawan hawa nafsu’ menurut sebahagian sarjana, hadis itu termasuk dalam kategori hadis yang lemah (dhaif) dan ada pula yang menegaskan ia adalah hadis palsu. Sebenarnya ia bukan hadis, tetapi merupakan kata-kata seseorang yang bermana Ibrahim bin ‘Ablah.

Begitupun tidak dinafikan jihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang besar, namun begitu kewajiban yang lebih besar dalam agama islah sifat amanah yang ditetapkan Allah dalam kitab-Nya. Mereka yang zalim dan tunduk atau bersikap diam terhadap kezaliman adalah orang yang kalah melawan hawa nafsunya.

lslam mendahului demokrasi Barat, memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin yang layak dan haram patuh kepada pemimpin yang zalim. Allah menyatakan dalam kitab-Nya, yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Surah Hud : ayat 113)

Pembaharuan daripada demokrasi purba yang diwarisi oleh Barat daripada tamadun Athens sebelum Masihi melahirkan demokrasi moden dalam dunia Barat. Pembaharuan ini berlaku akibat pengaruh daripada tamadun Islam hasil hubungan Barat dan Islam melalui hubungan dagang, diplomatik dan penjajahan.

Pergaulan Barat dengan dunia Islam menyebabkan berlakunya perubahan minda, bukan sahaja dalam bidang sains tetapi juga bidang politik dan lain-lain. Hukum-hukum Islam mempengaruhi politik Barat apabila kitab-kitab karangan para sarjana menjadi kajian orang Barat. Bahkan tulisan tulisan para sarjana Islam masih di simpan di negara-negara barat sehingga ke hari ini dan terus menjadi bahan kajian.

Dalam Islam, nasihat adalah unsur penting dan menjadi kewajipan setiap orang. Nabi Muhammad pernah bersabda (mafhumnya), “Agama itu nasihat.”

Para sahabat bertanya, “Untuk siapa?”

Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk Rasul-Nya, untuk para pemimpin dan untuk seluruh umat Islam.”

Nasihat adalah ajaran Allah dan contoh daripada Nabi Muhammad SAW sendiri, ia menjadi kewajiban kepada semua peringkat umat Islam. Nasihat itu perlulah sentiasa terpelihara, tidak hanyut, teguh dan anjal kerana berpaksikan ajaran Islam yang bebas daripada kelemahan manusia dan berpaksikan akal yang mendapat petunjuk Allah.

Khalifah Abu Bakar memberikan ucapan pertama sesudah dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya wafatnya Nabi Muhammad SAW;

“Saya dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya berlaku baik tolonglah saya, sekiranya saya berlaku buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Orang yang kuat dalam kalangan kamu adalah lemah di sisiku, sehingga aku ambil daripadanya tindakan (sekiranya berlaku zalim) dan orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku kembalikan haknya (yang dizalimi). Sesungguhnya sesuatu kaum yang meninggalkan jihad, Allah timpakan bencana menyeluruh ke atas mereka. Taatlah kepada saya selagi saya taat kepada Allah dan Rasul, sekiranya saya menderhakai Allah dan rasul, maka jangan lagi mentaati saya.”

Demokrasi Barat jelas mempunyai kelemahannya, apabila pengkaji Barat hanya mengambil sebahagian daripada hukum Islam dengan memisahkan politik daripada agama dan akhlak Islam. Mereka mengambil hukum politik dengan meninggalkan aspek rohani daripada agama Islam yang sempurna, dengan kata lain mereka mengambil hukum dengan meninggal aspek iman dan akhlak yang berkait dengan perhitungan dosa dan pahala, serta balasan pada hari akhirat.

Islam adalah agama menyeluruh secara sempurna tanpa mengira kaum, tempat dan keadaan. Dalam perkara rukun dan fitrah Islam menyatakan melalui ayat-ayat dengan jelas. Manakala dalam perkara kehidupan dan kemasyarakatan yang boleh berubah dan berbeza Islam menyatakannya dengan ayat-ayat umum. Manusia mendapat keizinan bagi menggunakan akal dan kebijaksanaan.

Dalam soal kebijaksanaan, Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya), “Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan orang yang beriman, di mana sahaja dia bertemu hendaklah dia memungutnya.”

Dasar ini menjadi pegangan para Khulafa Rasyidin dan sahabat yang dilantik menjadi khalifah selepasnya. Seterusnya menjadi amalan wajib kepada pemimpin kerajaan Islam di sepanjang zaman. Maka sesiapa yang tidak berpegang dan beramal dengannya dikira berdosa dan menyeleweng daripada agama Islam kerana tidak mengikut jejak langkah Nabi Muhammad dan mengambil teladan daripada generasi awal kerajaan Islam.

Banyak perkara-perkara baik yang diamalkan sebelum Islam sama ada daripada masyarakat lain, Nabi Muhammad dan para Khulafa Rasyidin. Antara contohnya, perutusan surat kepada raja-raja dengan menggunakan cop mohor bagi menyatakan pengesahan daripada sesebuah kerajaan.

Permuafakatan dengan semua pihak sering dilakukan termasuk daripada kalangan bukan Islam bagi membela orang yang dizalimi dan menentang kezaliman. Khalifah Umar al-Khattab menggunakan sistem imbuhan atau gaji yang diamalkan oleh kerajaan Parsi, memakai mata wang Islam dan lain-lain ditiru daripada masyarakat bukan Islam. Sikap terbuka yang adil dan istiqamah ini menjadikan Islam agama yang diterima oleh seluruh manusia dengan rela hati.

Kepimpinan negara Islam tidak dikongkong oleh bangsa Arab selama-lamanya. Apabila bangsa Arab mengalami kelemahan, ketua negara bertukar kepada bangsa yang lebih kuat berpegang kepada Islam, ilmu dan akhlak. Allah menegaskan dalam al Quran yang bermaksud:

“Jika kamu berpaling (daripada ajaran Islam) nescaya Dia (Allah) menukar kaum yang lain daripada kamu, kemudian mereka tidak seperti kamu.” (Surah Muhammad : ayat 38)

Amanah menerajui kerajaan Islam selepas kelemahan Bangsa Arab diambil alih oleh bangsa Kurdi, Turki dan lain-lain apabila bangsa itu menganut Islam dan lahir dalam kalangan mereka tokoh-tokoh yang berwibawa. Kerajaan Islam dapat dijatuhkan apabila pemimpinnya zalim dan tidak beramal dengan Islam.

Khalifah Umar dalam salah satu ucapannya berkata, “Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan dengan cara yang lain daripada pemberian Allah kepada kita, nescaya Allah jadikan kita hina.”

Dalam sejarah Islam, pemimpin negara terdiri daripada pelbagai bangsa yang menganut Islam. Bahkan keturunan hamba abdi yang berjaya dihapuskan dalam masyarakat Islam pernah muncul sebagai pemimpin dan sarjana terbilang dalam negara.

Islam tidak boleh menerima kelemahan dalam demokrasi Barat yang berdasarkan sekularisme, memisahkan politik daripada agama seperti hilangnya aspek rohani, iman dan akhlak mengikut perhitungan dosa dan pahala dalam amalan politik. Kelemahan yang lahir daripadanya sangat nyata apabila berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan demokrasi Barat. Lahirnya rasuah politik melalui wang dan jawatan, penipuan dan lain-lain.

Kadang-kadang demokrasi Barat memberi kuasa kepada pemimpin atau kumpulan tertentu sehingga boleh melakukan perkara di luar kemampuan manusia, dan adanya kumpulan yang tidak boleh dikritik oleh ahli parlimen. Dalam amalan politik Islam, hanya Allah sahaja yang tidak boleh dipersoalkan. Para Rasul yang dilantik oleh Allah pula hanya mempunyai keistimewaannya dalam perkara-perkara tertentu. Manakala para sahabat pula mendapat keizinan memberi pendapat dalam urusan duniawi yang bergantung pada pengalaman hidup yang sentiasa mengalami perubahan.





SURAT TERBUKA UNTUK DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA–RAJA MELAYU oleh Prof Dr Nasoha Saabin




SURAT TERBUKA UNTUK DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA–RAJA MELAYU
07/05/2013 oleh Prof Dr Nasoha Saabin

Daulat Tuanku!

Ampun Tuanku, salah dan silap pembicaraan patek harap diampun.

Tuanku merupakan payung kepada semua orang melayu dan kaum lain yang menjunjung Tuanku sebagai raja mereka. Orang melayu di Malaysia sememangnya berpegang teguh bahawa DYMM adalah raja mereka. Orang melayu memang terkenal dengan ketaatan mereka terhadap raja-raja kerana mereka sudah turun temurun menganggap raja-raja adalah ketua mereka.

Mana-mana masyarakat yang inginkan kehidupan yang aman dan harmoni mesti mempunyai seorang ketua. Ketua kepada orang-orang melayu adalah raja-raja Melayu dan raja-raja Melayu ini hakikatnya adalah Ulul-Amri atau Amir atau juga Imam. Sebagai contoh dalam solat berjemaah, makmum mesti mengikuti setiap pergerakan imam. Apabila imam mengubah kedudukan pergerakan dalam solat, maka makmum mesti mengubah kedudukan yang sama seperti imam. Makmum tidak boleh mengubah kedudukan dalam solat mendahului imam dan sekiranya makmum mendahului imam maka solat makmum tersebut tidak dikira sebagai berjemaah bersama imam atau dalam kata lain solatnya batal. Apabila imam melakukan kesalahan dalam solat adalah menjadi kewajipan kepada makmum untuk membetulkannya. Allah memerintahkan makmum untuk membetulkan kesalahan imam dengan cara yang berhikmah. Allah memerintahkan makmum dalam solat berjemaah supaya membetulkan atau menegur kesalahan imam dengan menyebut “Subhanallah”. Apabila kita ingin menegur kesalahan imam, niat kita menegur imam bukan niat hendak membetulkanya tetapi niat hanya kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Allah mengajar kita supaya beradab dan berhikmah apabila memberi teguran kepada Imam atau Amir kita. Hal yang sama juga, apabila ketua kita ada melakukan kesilapan, Allah memerintahkan kita sebagai rakyat dibawah naungan ketua kita untuk memberi teguran kepada mereka dengan cara yang penuh berhikmah dan beradab.

DYMM Tuanku adalah satu-satunya ketua orang melayu dan ketua kepada semua rakyat Malaysia. DYMM Tuanku telah memberi amanah kuasa untuk mentadbir negara tercinta ini kepada rakyat dan melalui sistem demokrasi, rakyat memilih ketua dikalangan rakyat sebagai wakil mereka dalam Parlimen. Ketua parti politik yang memiliki bilangan majoriti di parlimen dilantik sebagai perdana menteri. Walaupun begitu, perdana menteri bukanlah Ulul-Amri. Ulul-Amri negara ini tetap DYMM Tuanku yang mana dilantik dari Majlis Raja-Raja Melayu. Dari kalangan Raja-Raja Melayu akan dilantik salah seorang dari mereka sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang merupakan Ulul-Amri (Amir) untuk negara Malaysia. DYMM Tuanku merupakan Amir mutlak. Dalam satu masa tidak boleh wujud dua Amir. Adalah menjadi perintah Allah supaya melantik seorang Amir untuk memerintah dan menjadi ketua dalam satu masa. Apabila wujud dua Amir dalam satu masa, maka fitnah akan timbul. Fitnah disini memberi maksud kita akan menghadapi huru-hara dan dikalangan orang islam wujud kebencian dan sangka buruk. Orang islam akan akhirnya bunuh membunuh sesama mereka, dan tiada lagi kasih sayang dan keamanan wujud dikalangan mereka. Apabila beberapa orang islam semasa pemerintahan Khalifah Uthman r.a merancang untuk membunuhnya, Hazrat Uthman r.a telah menasihati mereka supaya tidak meneruskan rancangan mereka. Beliau juga memberi amaran sekirnya mereka tidak mahu mentaati nasihat beliau yang merupakan Amir yang sah kepada orang islam pada ketika itu tetapi sebaliknya taat kepada Amir lain maka akan berlaku huru-hara dikalangan orang islam selepas kematian beliau. Sejarah membuktikan kebenaran kata-kata Hazrat Uthman r.a selepas kematian beliau. Selepas Hazrat Uthman r.a dibunuh, keadaan orang islam sehingga sekarang tidak lagi hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni sesama orang islam. Soalan pertama Hazrat Umar r.a bertanya kepada orang islam setelah beliau ditikam ialah siapakah yang menikam saya? Apabila orang islam memberitahunya yang menikamnya adalah orang bukan islam, beliau menjadi begitu tenang. Apabila orang islam membunuh orang islam yang lain dan orang islam yang dibunuh itu merupakan Amir kepada orang islam, kemudian fitnah akan berlaku terhadap orang islam. Orang islam tidak boleh mempunyai Amir lebih dari satu untuk memimpin mereka.

Di Malaysia ketika ini sepatutnya hanya ada seorang Amir sahaja dan Amir itu ialah DYMM Tuanku. DYMM Tuanku adalah Amir sebenar bagi negara Malaysia. DYMM Tuanku mesti mengambil alih tugas memerintah Malaysia terutamanya ketika negara berada dalam keadaan huru hara. DYMM Tuanku mesti mengambil alih tugas tersebut lebih-lebih lagi bila orang yang DYMM Tuanku lantik untuk menjalankan tugas untuk melaksanakan undang-undang dan pemerintahan gagal untuk menjalankan tugas dengan baik. Ketika berlaku kekecohan dan huru hara, adalah menjadi tanggungjawab DYMM Tuanku untuk mengembalikan keadaan negara ini menjadi aman dan harmoni. Apabila pemimpin-pemimpin politik yang telah diberi kepercayaan oleh DYMM Tuanku gagal untuk mentadbir negara dengan baik, maka DYMM Tuanku sepatutnya mengambil alih kuasa tersebut dan baginda memerintah negara ini. Kerana berpolitik, orang melayu tidak lagi bersatu dan atas nama menegakkan keadilan di Malaysia banyak penipuan berlaku. Kebanyakan ahli politik tidak lagi jujur dalam menjadikan negara ini sebuah negara yang aman dan harmoni. Kebanyakan mereka menjadikan landasan politik sebagai alat untuk mereka mendapat kekayaan dan kekuasaan. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk mengkayakan mereka dan keluarga mereka sendiri. Terdapat sejumlah besar ahli politik sanggup menafikan hak orang melayu hanya kerana untuk meraih sokongan dari orang cina dan india. Apabila ahli politik bersungguh-sungguh menafikan hak orang melayu, ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya dalam usaha untuk menafikan hak Tuanku sebagai raja kepada negara ini dan hak Tuanku sebagai Ketua Agama Islam yang memartabatkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini. Sebenarnya DYMM Tuanku dan raja-raja melayu yang memberi kepercayaan dan kuasa kepada ahli politik untuk mengurus negara ini. Kuasa mutlak untuk mentadbir negara ini hakikatnya milik DYMM Tuanku dan semua raja-raja melayu dan bukanlah milik mutlak ahli politik.

Hakikatnya, kuasa dan kemuliaan adalah milik Allah dan tiada yang memiliki kuasa dan kemuliaan kecuali Allah. Mengikut ajaran islam, adalah menjadi perintah Allah dan sunnah nabi Muhammad saw ‘apabila ada tiga orang dikalangan kamu, salah seorangnya mesti menjadi Amir’. Amir diberi amanah dengan kuasa dan Amir mestilah menggunakan kuasa untuk menegakkan perintah-perintah Allah. Selagi seseorang itu yang dilantik menjadi Amir, semua arahannya yang tidak bertentangan dengan perintah Allah mestilah didengar, ditaati dan diikuti. Malaysia mestilah mempunyai Amir yang dirahmati oleh Allah SWT dan hak sebenar yang memegang status Amir negara ini ialah DYMM Tuanku. Mempunyai Amir yang buruk adalah lebih baik daripada langsung tidak memiliki Amir dan tidak sepatutnya wujud keadaan di Malaysia langsung tidak ada Amir. Jika kita tidak mempunyai Amir maka kita tidak mentaati perintah Allah dan hal ini menyebabkan Allah murka kepada kita orang islam. Hakikatnya kuasa untuk menggubal undang-undang dan menjalankan pemerintahan di Malaysia tertakluk kepada DYMM Tuanku dan raja-raja melayu, hal ini kerana DYMM Tuanku ketua negara ini. Apabila perdana menteri yang dilantik telah gagal untuk memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya maka DYMM Tuanku sepatutnya mengambil alih kuasa yang diserahkan kepada perdana menteri selama ini dan DYMM Tuanku memilih perdana menteri yang lain agar undang-undang dan pemerintahan kembali dapat dilaksanakan dengan baik. DYMM Tuanku tidak semestinya menggunakan sistem demokrasi untuk memilih perdana menteri. Dalam islam, apabila tiada lagi wahyu diturunkan untuk menyelesaikan masalah manusia maka Allah memerintahkan kita agar mengadakan mesyuarat dikalangan orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. DYMM Tuanku boleh menggunakan mesyuarat dikalangan ahli majlis mesyuarat untuk melantik perdana menteri. Ahli majlis mesyuarat sepatutnya dari kalangan Raja-Raja Melayu dan orang yang DYMM Tuanku fikir mempunyai kelayakan untuk menjadi ahli majlis mesyuarat tersebut. Oleh kerana DYMM Tuanku menjadi Amir atau Yang Dipertuan Agong setiap lima tahun sekali, maka perlantikan perdana menteri juga dibuat setiap lima tahun sekali. DYMM Tuanku dan Raja-Raja Melayu mesti mendepankan kesejahteraan negara, perlaksanaan undang-undang dan pemerintahan yang baik lebih utama daripada penggunaan sistem pemerintahan. Dalam sistem demokrasi, majoriti memerintah dan jika sekiranya majoriti dari kalangan orang buruk maka orang yang buruk jugalah akan dipilih menjadi perdana menteri. Sejak merdeka sehingga kini negara kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang merupakan sistem yang dilaksanakan di negara penjajah kita. Walaupun Tuanku dijadikan Yang DiPertuan Agong atau Amir di negara ini, namun dalam sistem Raja Berpelembagaan, Tuanku berfungsi sebagai penasihat dan tidak memiliki kuasa eksukutif mutlak. Dalam sistem Raja Berpelembagaan, peranan Tuanku selaku Amir menjadi kurang aktif dan berkuasa. Dalam sistem ini, Raja lebih kepada hanya menjadi simbol sahaja dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Dalam sejarah islam, dua sistem pemerintahan yang diamalkan ketika pemerintahan orang islam pada zaman kegemilangan sahabat Nabi Muhammad saw. Yang pertama ialan sistem pemerintahan khalifah dan yang kedua ialah sistem pemerintahan beraja.

Sejarah islam membuktikan bahawa empat orang sahabat Nabi Muhammad saw telah menjadi khalifah dan ia dikenali sebagai Pemerintahan Khulafak Rasyidin dan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi raja. Hadrat Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthma r.a dan Ali r.a adalah Khalifah Rasyidin dan Hadrat Miawiyah r.a adalah contoh pemerintahan beraja. Apabila orang islam terdiri daripada orang yang beriman maka sistem pemerintahan khalifah atau sistem beraja adalah sistem yang sesuai untuk dilaksanakan. Orang islam di Malaysia akan menjadi orang yang beriman kepada Allah apabila orang islam menjalankan kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan bersungguh-sungguh. Jika Malaysia ingin melaksanakan sistem pemerintahan islam, maka sistem pemerintahan beraja adalah sistem yang sesuai dilaksanakan di negara ini. Dalam sistem pemerintahan beraja ini, DYMM Tuanku selaku Yang DiPertuan Agong dan Amir kepada negara Malaysia bersama dengan ahli majlis mesyuarat yang menentukan perlantikan perdana menteri. Perdana menteri yang dilantik akan melantik menteri kabinet yang mendapat perkenan dari DYMM Tuanku. Menteri kabinet yang dilantik akan berfungsi untuk membantu perdana menteri menjalankan tugas-tugas perlaksanaan polisi dan arahan yang diputuskan oleh DYMM Tuanku. Sistem demokrasi bukan sistem pemerintahan islam dan tidak pernah digunapakai oleh Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat r.hum dan orang-orang islam terdahulu. Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang dicipta oleh orang-orang Rom kuno dan mereka merupakan orang bukan islam. Dalam sistem demokrasi, golongan majoriti akan diberi kuasa untuk memerintah dan apabila golongan majoriti dari kalangan orang buruk, maka tidak hairanlah orang yang buruk akan berada ditampuk kekuasaan. Oleh yang demikian, Allah tidak pernah menurunkan perintahNya yang membenarkan baginda Nabi saw supaya melaksanakan pemerintahan demokrasi dan ini adalah disebabkan sistem tersebut tidak diiktiraf oleh Allah sebagai sistem pemerintahan yang sesuai dan tidak banyak memberi manfaat kepada manusia. Sistem tersebut dicipta oleh manusia dan sememangnyalah terdapat banyak kelemahan dan keburukan. Dapat dilihat banyak negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan bertukar menjadi huru-hara menjelang pilihanraya. Sebagai orang islam kita mesti sentiasa berusaha untuk mentaati semua perintah Allah termasuk dalam hal perlaksanaan sistem pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw dan sahabat r.hum.

Kini, ada sebahagian negara di dunia ini tidak menggunakan sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan namum negara mereka masih diterima kewujudannya serta dihormati oleh negara lain di dunia. Negara China dan Saudi Arabia sebagai contoh negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi tetapi mereka masih diterima oleh UN. Apabila sistem pemerintahan demokrasi tidak lagi mampu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian Malaysia, DYMM Tuanku mempunyai kuasa penuh sebagai Amir negara Malaysia dan bersama dengan semua Raja-Raja Melayu mempunyai hak dan kuasa untuk buat pilihan untuk menggunakan sistem pemerintahan islam iaitu sistem pemerintahan beraja daripada terus mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diguna sekarang di negara ini. Sistem pemerintahan islam merupakan sistem pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw dan sistem ini diamalkan oleh sahabat-sahabat baginda saw dan orang islam setelah mereka. Sistem pemerintahan islam tidak memerlukan perlaksanaan pilihanraya umum. Tanpa pilihanraya umum, Malaysia mampu menyelamatkan banyak jumlah wang dan ianya dapat digunakan untuk membantu rakyat. Melalui sistem pemerintahan islam, Negara Malaysia juga dapat diselamatkan dari jatuh ke tangan orang-orang jahat yang mahu mentadbir negara ini. Apabila negara ini melaksanakan sistem pemerintahan islam maka negara ini akan dirahmati oleh Allah SWT dengan keamanan dan kekayaan. DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu akan dikenal disisi Allah sebagai hamba Allah yang taat kerana melaksanakan sistem pemerintahan islam di negara ini. DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai orang yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pemerintahan islam setelah melalui zaman gelap semasa pemerintahan demokrasi. Apabila kita mentaati perintah Allah dengan cara yang telah ditunjuki oleh Nabi Muhammad saw, maka kita akan berjaya dalam pandangan pencipta kita, Allah SWT. Semoga Allah merahmati dan memberi hidayah pentunjuk kepada DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu ke jalan yang benar yang telah dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk memperingatkan DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu serta semua pemimpin politik orang melayu di negara tercinta ini dengan maksud untuk mentaati perintah Allah dan niat saya untuk sukakan Allah dan mencari keredhaan Allah sehingga saya menjadi hamba yang dicintai Allah SWT. Dengan segala keupayaan yang Allah izinkan, saya telah berusaha dengan penuh sopan dan tatasusila untuk memperingatkan DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu serta semua pemimpin politik orang melayu. Sekiranya DYMM Tuanku tidak senang hati dengan apa yang saya kemukakan ini dan tidak menepati kehendak DYMM Tuanku, saya memohon keampunan dari Tuanku dan Allah SWT. Daulat Tuanku ! Ampun Tuanku. Apa yang patek persembahkan harap diampun. Patek mohon mengundur diri.

Prof Dr Nasoha Saabin

Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

Karya asal dalam Bahasa Inggeris:

Website: http://mthago.com/2011/01/06/dymm-yang-dipertuan-agong-dan-raja–raja-melayu/

Syeikh Yusof Al-Qardawi - Ulamak terkemuka dunia menggesa pengikut sunni untuk memerangi rejim basyar itu habis-habisan

Syeikh Yusof Al-Qardawi berkata:

Saya telah tersalah tafsir selama ini tentang saudara salafi dan wahabi di Saudi, mereka terlebih dahulu mengetahui Syiah dan Iran lebih dari saya dan selama ini saya memanggil mereka Iran Kuffar walhal hakikatnya mereka adalah MUSUH kita, MUSUH UMMAT ISLAM keseluruhannya. Mereka sebenarnya telah mengkhianati kita sejak sekian lama dan akhirnya, hari ini, semuanya telah jelas. Mereka di Syria dan sedang membunuh saudara seaqidah kita bersama Hisbullah. Jangan panggil mereka Hisbullah, mereka selayaknya digelar HisbulSyaiton dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

Saya menyeru seluruh ummah melawan Kuffar dan Syiah dalam Hisbullat. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi pembersihan etnik di Syria dengan tujuan untuk membina 'Negara Syiah Barat' di barat Syria. Dengan terhasilnya negara baru itu, ummah kita akan dibahagikan dan bertambah kecil.

Saya juga telah menyeru semasa khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam di seluruh Dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif untuk menentang Iran dan Hisbulsyaiton agar pergi sekarang ke Syria dan berjuang mempertahankan tanah Sham dan saya mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan baru yang mereka buat beberapa minit lalu bahawa Hisbullat adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahli hisbullat ditemui di negara-negara teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.

Hari ini, Hisbullat membuat kenyataan kononnya mereka mempertahankan Syria dan menuntut untuk membantu sunni di Syria daripada kuffar. Apa pula seterusnya? Mempertahankan Sunni di Arab dan membawa kebebasan untuk Mekah dengan cara yang sama yang mereka lakukan terhadap Al Qusair? Semoga Allah mengutuk Iran, KETUA segala kejahatan dan Semoga Allah mengutuk hisbulSyitan dan tulang belakannya di Iraq dan Semoga Allah memberi kemenangan yang cepat keatas Mujahideen di Syria dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Dan seterusnya, Bilad al sham yang dicintai akan datang kembali kepada kita, InsyaAllah "


Ulamak terkemuka dunia menggesa pengikut sunni untuk memerangi rejim basyar itu habis-habisan

Khamis, 30 Mei 2013

Keputusan drastik drpd Safwan Anang utk tidak diikat jamin walaupun ianya bernilai RM5000 sangat mengejutkn semua pihak termasuk kami.

Gambar: Apa guna kebebasan sekiranya prinsip tidak ditegakkan ..

Safwan Anang  membuat keputusan untuk tidak membayar ikat jamin sebanyak RM5000..

"Ia bukan soal duit sbyk rm5000,tapi ia soal prinsip.."

Penangkapan beliau bermotifkan politik semata2 dan beliau  mahukan Anak Muda bangkit melawan penindasan & kezaliman. 

Mesej utama yg beliau smpaikn ialah beliau mahu demokrasi di Malaysia dipulihkan. Sistem pilihanraya yg bobrok sangat mengecewakn ramai pihak.
Penangkapan beliau bermotifkan politik semata2 dan beliau mahukan Anak Muda bangkit melawan penindasan & kezaliman.Apa guna kebebasan sekiranya prinsip tidak ditegakkan ..

Safwan Anang membuat keputusan untuk tidak membayar ikat jamin sebanyak RM5000..

"Ia bukan soal duit sbyk rm5000,tapi ia soal prinsip.."

Penangkapan beliau bermotifkan politik semata2 dan beliau mahukan Anak Muda bangkit melawan penindasan & kezaliman. 

Mesej utama yg beliau smpaikn ialah beliau mahu demokrasi di Malaysia dipulihkan. Sistem pilihanraya yg bobrok sangat mengecewakn ramai pihak.



dengan sayu Puan Mastura, isteri sdr Safwan Anang, berkongsi rasa hati seorg isteri....









Bersama Nashita Md Noor di Penjara Sungai Buloh.









Bersama Adam Adli di Penjara Sungai Buloh.

Gambar: Buat Rakyat Malaysia...


Isnin, 27 Mei 2013

Fail petisyen penipuan 29 kerusi Parlimen minggu ini

KUALA LUMPUR 27 MEI: KEADILAN akan mula memfailkan petisyen minggu ini bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di 29 kerusi Parlimen berhubung kepincangan yang berlaku dalam proses pengundian.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, petisyen tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Beliau turut menempelak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya diperkudakan oleh Umno BN.

SPR_tipu

“Kalau rakyat beritahu ada penipuan, mereka (SPR) patut cakap: ‘baik rakyat, kami akan siasat seadil-adilnya’, susah sangat ke nak cakap macam itu?
“Kalau ketagih sangat nak jadi ahli politik, letak jawatan sekarang juga, jangan jadi Timbalan Pengerusi SPR,” bidas Rafizi, dipetik media.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian depan kira-kira 50,000 rakyat Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 di Padang Timur MBPJ Sabtu lalu.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga percaya kegagalan fungsi dakwat kekal sememangnya sudah diketahui SPR sebelum pilihan raya bermula.
“Sebab itulah SPR tidak mahu mengadakan demonstrasi dakwat kekal sebelum pilihan raya kerana dia sudah tahu dakwat tersebut tidak kekal,” ujar Ambiga.
Pakatan Rakyat mempercayai PRU-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu adalah yang terkotor di dalam sejarah negara.
Bagaimanapun, keputusan pilihan raya tersebut boleh dicabar dengan mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh SPR.
Petisyen tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.



Salah 1 siasatan dari pasukan rafizi di Parlimen Balik Pulau  Undi Melebihi Kertas Undi Dikeluarkan Di Dalam Peti Undi!


PAS Jangka Fail 20 Petisyen Pilihan Raya




Sabtu, 25 Mei 2013

Suasana di Padang Timur Amcorp Mall 25 MEI 2013 ......BLACKOUT 525 PJ - DS ANWAR IBRAHIM (Ucapan Penuh)






Tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:

1) menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
2) menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
3) menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.














BLACKOUT 525 PJ - DS ANWAR IBRAHIM (Ucapan Penuh)


Ucapan Penuh DS Anwar Ibrahim
>>>
http://www.youtube.com/watch?v=c7-Upbftb4A

Lagu Negaraku, Simbolik dengan iringan Cahaya Flash
>>> https://www.facebook.com/photo.php?v=625293377499207

Lagi video Himpunan Kemuncak Blackout 525 PJ Amcorp Mall akan diupdate @ http://www.youtube.com/user/banyusuam/videos?tag_id&view=0&sort=dd





Khamis, 23 Mei 2013

18 orang ditangkap. 14 lelaki dan 4 perempuan. Termasuk pembantu ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. [Twit dari Pengerusi Solidariti Mahaiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang]





Terkini dari Jinjang. Menurut maklumat tidak rasmi, 20 peserta himpunan aman ditahan.
Gambar: 18 orang ditangka. 14 lelaki dan 4 perempuan. Termasuk pembantu ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. [Twit dari Pengerusi Solidariti Mahaiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang]
18 orang ditangka. 14 lelaki dan 4 perempuan. Termasuk pembantu ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. [Twit dari Pengerusi Solidariti Mahaiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang]



Keadaan kecoh depan Lokap berpusat Jinjang. Polis mula tangkap orang ramai. 

Difahamkan 5 orang sudah ditangkap. #LawanTetapLawan!!

Adam Adli Bebas, Polis Terus Tangkap Pemimpin PR

Peguam Wanita Di teranjang Polis.

Selasa, 21 Mei 2013

Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah

Foto

Gambar: LIVE #505Blackout batu 9 komplek PAS kedah www.ustream.tv/channel/penangtv

Gambar: Khas Untuk Mukhriz!

Jam 9 Malam Himpunan Blackout Di Kompleks PAS Kedah Malam Ni..



KEDAH 21 MEI: Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu,

Ipoh 1

Ia disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar. Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.

Himpunan Solidariti Buat Adam Adli Di Balai Polis Jinjang





Himpunan Solidariti Buat Adam Adli Di Balai Polis Jinjang


Himpunan Solidariti Buat Adam Adli Di Balai Polis Jinjang

Gambar: TERKINI dihadapan IPD Jinjang. Bebaskan Adam Adli.

Himpunan Solidariti Buat Adam Adli Di Balai Polis Jinjang Malam

Gambar: Dihadapan balai polis Jinjang.... bebaskan Adam Adli.. Sila LIKE dan SHARE sebanyak mungkin untuk Adam Adli..

KEZALIMAN DISANJUNG, KEADILAN DIHINA DAN DICERCA
Dihadapan balai polis Jinjang.... bebaskan Adam Adli..




 Adam Adli ditangkap sebab nak kerajaan ADIL dan BERSIH

Rabu, 15 Mei 2013

Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi ...BONGKAR, TIPU PRU13 - Bukti Bergambar



KUALA LUMPUR: PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Maklumat tersebut berkaitan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa dikurung untuk memangkah kertas undi di Parlimen Besut.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut dipetik portal rasmi parti itu, KeadilanDaily. 

Portal itu memetik Saifuddin sebagai berkata, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas SPR di Besut.

Bukti tersebut berupa satu laporan polis yang mendakwa pada hari mengundi 5 mei lalu, beliau dan 23 lagi petugas SPR telah dikurung untuk memangkah kertas undi.

Salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli, lapor portal itu lagi.

“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.

Idris memperoleh 35,232 undi manakala Riduan mendapat 26,890 undi.

Isnin, 13 Mei 2013

Sebanyak 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13



Sebanyak 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenalpasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.

“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.

“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenaraipendek untuk siasatan lebih mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu dan Beaufort.

Selain itu ialah kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.

Tambah Rafizi, setakat ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kebanyakannya dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Enam jenis kesalahan pilihan raya dikenal pasti dan proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini. Kesalahan pilihan raya tersebut ialah:
20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 13

1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.

2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.

3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.

4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.

5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.

6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?

7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.

8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?

9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.

10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?

11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?

12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.

13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?

14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?

15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?

16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?

17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?

18- Van berlogo BN masuk...

19. Kertas undi yg telah dipangkah dijumpai di kawasan perumahan (Trengganu)

20. Ada pihak mendakwa telah mengundi sebanyak 2 kali...


21. Pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi.

22. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi.

23. Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal.

24. Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan Undang-undang.

25. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.

Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang memulakan siasatan minggu ini.

“Kita perlu seminggu lagi untuk membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari peguam dan akauntan.

“Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13, pasukan ini juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara.

“Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU ke-13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan,” kata Rafizi.
video - http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XOufETvU45w#!