Rabu, 14 November 2018

PERBAHASAN BAJET 2019: BERSIKAP ADIL UNTUK SEMUA

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
AHLI PARLIMEN MARANG
13 NOVEMBER 2018
DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA

Firman Allah:

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا (30)

“Sesungguhnya Tuhanmu itulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam PengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya”. (Al-Isra’: 30)

Allah yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, sebenarnya mengurniakan rezeki yang cukup bagi hambanya, sama ada dari aspek sumber atau kemahiran mentadbir dan mengurus. Semua mereka diuji di alam dunia ini, sama ada menunaikan amanah dengan jujur dan ikhlas atau melakukan khianat terhadap amanah yang dibebankan kepadanya.

Firman Allah :

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (72)

“Sesungguhnya Kami telah membentangkan perkara yang dinamakan amanah kepada segala lapisan langit dan bumi, termasuk juga bukit-bukau dan gunung-ganang, tiba-tiba mereka semuanya enggan memikul (melaksanakannya), dan merasa takut kerana besar tanggungjawabnya. Namun makhluk manusia  menerima untuk menunaikannya. Sesungguhnya dari kalangan mereka itu ada yang sangat zalim lagi jahil”. (Surah Al-Ahzaab: 72)

Bajet Terbesar

Kini kita menyaksikan Bajet 2019 yang julung kali dibentangkan oleh Pakatan Harapan merupakan bajet terbesar dalam sejarah, jauh melebihi ‘bajet pilihan raya’ oleh Barisan Nasional bagi tahun 2018.

Sejumlah RM314 bilion diperuntukkan untuk kerajaan berbelanja pada tahun hadapan, meningkat 12% berbanding anggaran RM280 bilion bagi tahun 2018.

Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil berjumlah RM261 bilion pada tahun 2018, disumbangkan oleh pungutan cukai langsung dan tidak langsung, serta dividen khas Petronas berjumlah RM30 bilion yang akan digunakan untuk melunaskan tunggakan bayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan berjumlah RM37 bilion.

Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit mencecah RM52 bilion pada tahun 2019, atau 3.4% kepada KDNK.

Firman Allah:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ (27)

“Dan kalaulah Allah memberikan kemewahan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata”. (Surah As-Syura: 27)

Sebenarnya Allah memberi rezeki dengan kadar yang mencukupi kepada hambaNya, kalau diberikan berlebihan boleh menjadi melampau.

Sejauh mana Bajet 2019 ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi, menurunkan kadar inflasi dan mengurangkan kadar pengangguran, masih terlalu samar untuk dinilai kesudahannya.

Adakah kebijaksanaan boleh diambil kira dengan menambahkan hutang negara, tanpa mengamalkan konsep jimat cermat dan meninggalkan amalan boros serta rasuah, tanpa mengutamakan kepentingan rakyat. Tetapi kepentingan kroni yang sangat banyak mengambil kesempatan di sebalik pembangunan. Sering kali tidak mengikut jumlah yang sebenar di peringkat permulaan, selepasnya pula akan berlaku bajet tambahan kerana sering kali katanya tidak mencukupi di pertengahan jalan.

Komitmen Tadbir Urus

Komitmen yang diberikan oleh kerajaan dalam membasmi rasuah dan meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran adalah perkara asasi yang perlu dibudayakan, bermula daripada kehendak politik (political will) yang ditunjukkan oleh pemimpin atasan.

Inilah rahsia kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 hingga sekarang, yang ditunjukkan dengan ketinggian integriti oleh Menteri Besar, barisan EXCO dan ADUN, serta jentera pentadbiran di peringkat pertengahan, walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran, dinafikan royalti, tidak menghormati konsep federalisma.

Kami tidak mahu lagi mendengar jawapan sekadar menuding jari ke arah kerajaan yang lalu yang telah memerintah selama lebih enam puluh tahun. Apa yang penting dijawab dengan tindakan penyelesaian. Jangan sekadar mudah berjanji dapat menurunkan harga minyak dalam tempoh dua puluh empat jam, dapat menghapuskan tol dengan segera, dan banyak lagi janji yang diberikan. Sekarang sudah berlalu enam bulan. Hanya sekadar menukar GST kepada SST yang pernah diamalkan pada zaman dahulu kala dan pernah mengalami masalahnya maka ditukar kepada GST. Sudah tentu cara menukar kembali kepada SST hanya akan mengulangi pelbagai masalah yang pernah dialami dahulu.

Usaha membasmi rasuah dan meningkatkan integriti ini memerlukan komitmen dan kejujuran semua pihak. Ianya tidak cukup dengan ungkapan retorik dan nada sinis ketika pembentangan bajet di Parlimen, tetapi perlu diterjemahkan dalam aspek ketelusan oleh mereka yang kini berkuasa untuk meluluskan dan mengagihkan tender besar kerajaan.

Sejauh mana menteri baharu tidak akan mengulangi budaya menteri lama, hanya waktu yang akan menentukan.

Tanda-tanda awal yang menunjukkan tindakan yang mengulangi kesilapan dahulu, iaitu dengan hanya lawan dan musuh politik sahaja disapu. Adapun dalam kalangan diri sendiri dibatalkan di pertengahan perjalanan siasatan SPRM dengan alasan yang diada-adakan sahaja. Menunjukkan konsep pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman tidak dilaksanakan.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

وأيم الله لوكانت فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها.

“Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad (puteri kesayanganku sendiri) mencuri nescaya aku potong tangannya”.

Kita sangat meragui langkah Peguam Negara (AG) memberhentikan tindakan perundangan yang sedang berjalan terhadap pemimpin Pakatan Harapan sewaktu proses kehakiman sedang berjalan sehingga dihentikan terus. Adapun terhadap pihak lawan politik dilakukan dengan rakus begitu rupa, sehingga dengan apa sahaja alasannya.

Walaupun PAS tiada dalam kalangan kami yang dicekup, dan sentiasa membuka pintu kalau ada salah laku, namun kami ingin bertanya:  Adakah melalui tangan-tangan ghaib yang merempuh batas pemisahan kuasa  di antara legislatif, eksekutif dan kehakiman yang menjadi konsep demokrasi yang sebenar.

Beginilah apabila sistem sekularisme yang tiada roh keimanan dan kepercayaan mengenai adanya konsep dosa dan pahala, dalam sistem pemerintahan dan pelaksanaan undang-undang. Bermula dari sinilah mengapa kami ingin memperkenalkan perbezaan di antara syariat dan undang-undang ciptaan manusia melalui RUU 355 yang tergantung, kerana sikap prejudis dalam kalangan bukan Islam dan yang Islam pula ada yang bersekongkol bersamanya.

Kini ada pula dari kalangan yang menunjukkan sikap lebih bersimpati kepada penjenayah daripada yang sepatutnya bersimpati dan bersikap kasihan belas terhadap mangsa jenayah. Ini kerana terpengaruh dengan negara Barat yang membatalkan hukuman mati secara mutlak, demi menyokong kalangan mafia dan gangster yang mendukung parti yang memerintah dari belakang. Sehingga hilangnya nilai kemanusiaan, di mana Islam meletakkan betapa tingginya nyawa manusia, sehingga agama samawi sebelum Islam meletakkan kesalahan atau dosa membunuh satu nyawa sahaja.

Firman Allah:

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ (32)

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya. Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang. Kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, benar-benar menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi”. (Surah Al-Maa’idah: 32)

Hal ini menunjukkan semua agama Kitabi, Yahudi dan juga Kristian menetapkan hukuman mati terhadap kesalahan jenayah membunuh secara mandatori, dengan memberi hak pengampunan kepada mangsa jenayah, bukannya lembaga pengampun yang tiada kaitan dengan mangsa jenayah.

Islam juga menetapkan hukuman bunuh tidak mandatori terhadap beberapa kesalahan yang termasuk dalam kesalahan hudud dan takzir. Contohnya terhadap jenayah rompakan atau lanun yang tidak sama keadaannya. Firman Allah:

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (33) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (34)

“Sesungguhnya balasan (hukuman) terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta berusaha melakukan kejahatan di atas muka bumi (seperti merompak atau melanun) hendaklah dibunuh dan disalib, atau dipotong tangan dan kakinya, atau dibuang (negeri atau daerah). Itulah kecelakaan (kehinaan) untuk mereka di dunia dan di hari Akhirat untuk mereka azab yang sangat besar. Melainkan mereka yang bertaubat sebelum mereka dikuasai. Ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Maa’idah: 33-34)

Sepatutnya dikaji perbezaan cara hukuman Islam yang beradab dengan cara hukuman ciptaan manusia yang tidak beradab seperti hukuman mati digantung dan hukuman sebatan yang kejam.

Petani dan Nelayan

Rakyat luar bandar khususnya daripada kalangan petani dan nelayan, sepatutnya menjadi asas ke arah strategi makanan yang mencukupi bagi keselamatan negara yang boleh menghadapi sebarang kemungkinan. Dahulunya subsidi memberi wang hanyalah menjadi amalan politik wang terhadap petani dan nelayan, bukannya boleh menjayakan kehidupan mereka demi kepentingan negara.

Sepatutnya diperuntukkan bagi kemudahan mereka secara menyeluruh  seperti dilakukan oleh negara maju yang menjadikan peruntukkan khusus bagi menggalakkan pertanian, sehingga negara Jepun memperuntukkan 99% subsidi kepada petani dengan diambil daripada hasil kemajuan indusri mereka yang pesat.

ICERD

PAS menentang sekeras-kerasnya apa yang dinamakan  ICERD,  ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu dari negara yang tidak menerimanya. Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sudah mencukupi untuk memberi hak keadilan dan hak asasi manusia kepada semua kaum.

Keadaan yang tiada pencapaian yang sewajarnya kepada rakyat Bumiputera dalam bidang ekonomi dan pendidikan walaupun jumlah mereka paling besar tetapi masih ketinggalan. Begitu juga hak Islam yang masih banyak belum ditunaikan walaupun sudah ada dalam Perlembagaan. Namun hendak dihapuskan, kononnya hak asasi yang adil dan persamaan. Ketahuilah bahawa yang adil itu maknanya meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sewajar. Bukan persamaan yang sewajarnya mengikut kemampuan, kerana kemampuan yang berbeza mestilah diambil kira.

Ketahuilah bahawa perjuangan menentang penjajah dahulu, dimulakan oleh umat Islam dan  Bumiputera, seawal kedatangan penjajah Portugis 1511 sehinggalah 31 Ogos 1957 sekaligus mencapai kemerdekaan dalam keadaan penjajah sengaja meletakkan Bumiputera dan umat Islam dalam ketinggalan. Maka jangan dipermainkan isu ICERD kerana kemenangan PH dalam Pilihan Raya, tanpa peduli keadaan demografi penduduk dan ketinggalannya yang masih gagal diusahakan.

Maka PAS memberi amaran yang sekeras-kerasnya, jangan menyalahgunakan Parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan. Ketahuilah bahawa mudah sahaja bagi PAS untuk mengerahkan  berjuta rakyat di jalan raya, sekiranya Parlimen ini disalahgunakan untuk mengiktiraf  agenda ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan rakyat Bumiputera.

Sepatutnya ICERD dihadapkan ke arah Israel dan Myanmar yang melaksanakan kekejaman terhadap rakyat yang berbeza agama dan bangsa di negara mereka. Bukan diterima di negara Malaysia yang telah wujudnya penerimaan masyarakat majmuk. Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas yang ada terkini. Jangan dilanggar lampu merah yang sedang bernyala. Jangan bersikap laksana diberi betis mahukan peha.

Hubungan Antarabangsa

Dalam konteks hubungan antarabangsa yang berperang ekonomi yang boleh mencetuskan peperangan bersenjata yang ditunggu oleh pelobi perniagaan senjata. Kerajaan Malaysia kita ini mestilah berhati-hati dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak dengan sikap berkecuali dan mengadakan hubungan dengan semua pihak, hendaklah mengutamakan hubungan dengan negara sahabat, khususnya Negara Islam yang berkonsep persaudaraan seagama dan aqidah, begitu juga dengan negara jiran dan negara sahabat yang terpilih.

Gabungan Lapan Negara (D8) yang pernah diusahakan oleh Almarhum Prof. Najmudin Erbakan, mantan PM Turki yang didukung bersama oleh YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad perlu dihidupkan dan diperkuatkan. Kita mempunyai hasil kekayaan perut bumi yang lebih daripada mencukupi. Ada negara yang mempunyai modal yang melimpah ruah tetapi dilaburkan di negara Barat yang hanya mencari keuntungan sebelah pihaknya sahaja. Ada tenaga pakar yang berkhidmat di negara asing dan ada pula pelarian ke Eropah dan US yang sepatutnya boleh menjadi tenaga kerja dimanfaatkan di negara kita.

Zaman negara penjajah yang memperhambakan kita dan mengaut hasil kekayaan kita sudah berlalu, kerana kita dikatakan sudah merdeka, maka mestilah merdeka sebenarnnya. Malangnya masih dalam negara yang dinamakan sedang membangun.

Bahasa Jiwa Bangsa

Kita menyaksikan negara Jepun dan Jerman yang kalah dalam Perang Dunia, boleh bangkit menjadi negara besar kerana tegak dengan jatidirinya sendiri. Bahasanya menjadi jiwa bangsanya, mengambil manfaat dari kepandaian sendiri dan pihak luar dari mana sahaja dengan menjadikan bahasanya adalah bahasa ilmu.

Kegagalan menjadikan Bahasa Kebangsaan perkasa, digunakan secara rasmi menjadi bahasa ilmu, pendidikan dan pentadbiran, menyebabkan bangsanya tidak berjiwa dan hilangnya integriti (syakhsiah) dalam arena politik, ekonomi dan sosial.

Sejarah tamadun Islam yang menjadi rujukan tamadun Barat pada hari ini sepatutnya menjadi iktibar. Barat hanya mengambil tamadun kebendaan tanpa ruh Islam yang mempertahankan jati diri atau syakhsiah manusia. Kini tamadun Barat yang tidak sempurna itu menunjukkan tanda-tanda kemusnahannya, kerana mencetuskan peperangan demi kepentingan politik dan ekonomi mereka sahaja. Dalam masa yang sama mengorbankan negara lemah yang menjadi pengkalan huruhara yang telah diatur sebegitu rupa.

Merekalah yang membekalkan senjata kecil dan besar kepada ISIS dan lain-lain. Anak-anak muda yang jahil agama dan bersemangat agama tanpa pengetahuan dijadikan tawanan yang dipergunakan. Kita pula yang dijadikan mangsa medianya bagi mencetuskan isu Islamophibia terhadap umat Islam, sehingga memaksa dalam keadaan defensif untuk menjawab fitnah yang sengaja dilemparkan.

Namun Islam tetap dipelihara dengan jaminan Allah:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (8) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (9)

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian); (8) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad S.A.W) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (9) (Surah As-Soff: 8-9)

Islam Adil Untuk Semua

Hanya teori dua pihak dalam politik dan ekonomi yang dikenali. Demokrasi Barat dan dictatorship dalam politik, sama ada di atas nama individu atau kumpulan, termasuklah menggunakan agama yang dinamakan teokrasi. Adapun ekonominya sama liberal kapitalisme atau sosialisme. Kedua-dua pihak sedang mengalami kelemahan yang nyata, kerana tidak saksama dalam menentukan hak kemanusiaan sejagat, serta meninggalkan aspek rohani yang menjadi sebahagian daripada kejadian manusia.

Islam adalah sinonim terhadap konsep demokrasi yang memberi hak kepada rakyat, tetapi mengawal daripada tindakan membodohkan rakyat dengan politik wang dan media yang menyebarkan pembohongan bertujuan membeli rakyat dan menipunya. Sehingga tidak mampu menggunakan haknya yang sewajar menjadi hakim terhadap kerajaan. Kehakiman rakyat diganggu kalau mereka dirasuah oleh politik wang dan ditipu oleh media yang tidak beriman dan budiman.

Agenda pembangunan insan yang berilmu, bermoral dan berjatidiri yang murni adalah asas terpenting kepada membangun negara. Bukan sekadar mencipta ilmuan yang miskin jatidirinya, di mana ilmu dan kecerdikannya tidak boleh ditumpang oleh negara dan rakyat.

Islam mencipta sejarahnya yang bertamadun, walaupun bermula dari bumi yang kering hasilnya dan paling jahiliyah manusianya. Al-Quran yang menjadi mukjizat ilmu itu telah berjaya membina manusia yang paling tinggi integritinya dengan aqidah, ilmu dan akhlak berjaya memimpin dunia lebih sepuluh abad. Kejatuhan umatnya kerana meninggalkan Islam.

Adapun tamadun Barat yang menciplak tamadun Islam sedang merudum, walaupun mencapai kemuncak kejayaan sehingga meneroka ke angkasa lepas, tetapi memusnahkan kemanusiaan dan alam bumi dengan ciptaannya yang melampau.

Islam adalah ajarannya yang sempurna, bukannya Arab yang kembali ke zaman paling jahiliyah dengan pembunuhan wartawan tersohor, Almarhum Jamal Khasoggi. Pembunuhan cara yang paling haram mengikut Islam dan mencabuli undang-undang manusia di peringkat negara dan antarabangsa. Walaupun terhadap musuh dalam peperangan yang diizinkan.

Penutup: Bajet Wasatiyyah

Allah juga memerintahkan supaya bersikap wasatiyyah dalam perbelanjaan. FirmanNya:
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا (29)

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering (kosong) keputusan”. (Surah Al-Isra’: 29)

Dalam mengurus bajet pihak kerajaan hendaklah berkonsepkan wasotiyyah, jangan bakhil (kedekut). Malangnya bakhil terhadap lawan politik, kerana sepatutnya demam pilihanraya sudah tiada lagi. Kerajaan jangan juga boros, khususnya diadakan pula projek untuk memenuhkan poket kroni.

Lebih parah sekiranya berlaku lagi mubazir apabila berbelanja dalam perkara yang tidak berguna kepada rakyat dan kerajaan.

Firman Allah:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27)

“Sesungguhnya orang-orang yang mubazir (boros) itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah Al-Isra’: 27)

Jumaat, 9 November 2018

Sikap Rasulullah Terhadap Bible

1. Suatu hari Saidina Umar membawa helaian kitab terdahulu (dari Taurat atau Bible) yang beliau terimanya dari ahli kitab (Yahudi atau Nasrani). Lalu Umar membacanya di hadapan Rasulullah. Tindakan Umar itu mengusik sensitiviti Rasulullah sehingga menyebabkan Baginda marah lalu menegur Umar:

"أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ،"... "وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ مُوسَى كَانَ حَيًّا ، مَا وَسِعَهُ إِلَّا أَنْ يَتْبَعَنِي‏"

“Apakah engkau terpesona dengannya wahai (Umar) Ibn al-Khattab?... Demi jiwaku yang berada ditanganNya, sesungguhnya sekiranya Musa masih hidup, maka dia akan mengikuti aku.” (HR Ahmad, al-Nasa’i).

2. Perasan tak dalam hadith ini yang ditegur adalah Saidina Umar? Apakah iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang oleh Rasulullah? Sudah tentu tidak! Tetapi kerana Baginda bersikap tegas dalam perkara ini supaya Muslim menumpukan fokus mereka kepada al-Quran. Sebarang tindakan yang melarikan tumpuan Muslim, bahkan meragukan Muslim dari al-Quran mestilah dijauhi.

3. Kebimbangan Rasulullah ini menjadi asas kepada sarjana Muslim dalam menentukan pendirian seseorang yang ingin membaca kitab terdahulu. Bagi al-Imam Ibn Hajar, orang awam yang tidak mahir dalam bidang ini haruslah menjauhkan diri dari membacanya. Kata beliau:

وَالْأَوْلَى فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ التَّفْرِقَةُ بَيْنَ مَنْ لَمْ يَتَمَكَّنْ وَيَصِرْ مِنَ الرَّاسِخِينَ فِي الْإِيمَانِ فَلَا يَجُوزُ لَهُ النَّظَرُ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ

“Dan (pendekatan) yang terbaik dalam perkara ini adalah dibezakan antara mereka yang tidak mahir dalam perkara ini, (iaitu) yang bukan dikalangan mereka yang tinggi dalam urusan keimanan, maka tidak harus bagi mereka melihat (membaca) sesuatu daripadanya (Taurat dan Bible).” (Fath al-Bari, 13/525)

4. Al-Imam al-Nawawi pula memberikan alasan yang berbeza. Menurut beliau, penyelewengan maklumat serta perubahan kandungan kitab- kitab terdahulu ini menjadi punca mengapa Muslim seharusnya mengelakkan diri dari membacanya. Kata beliau:

وكتب التّوراة والإِنجيل : ممّا يحرم الانتفاع به ، لأنّهم بدّلوا وغيّروا

“Dan kitab-kitab Taurat dan Injil, adalah sesuatu yang tidak boleh seseorang itu mendapat manfaat daripadanya kerana kandungannya telah diubah dan diseleweng” (Raudah al-Talibin, 10/259).

5. Di Malaysia pula, Perkara 11 (4) dalam perlembagaan Malaysia memberi peruntukan bahawa Undang-undang Negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

6. Dengan itu adalah wajar bagi pihak berkuasa untuk meneliti, menyiasat serta bertindak sekiranya tindakan ini jelas melanggar perlembagaan negara. Bagi Muslim, panduan yang diberikan oleh Rasulullah adalah sebaik-baik pedoman.

Moga Allah memelihara Islam dan kaum Muslim.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Selasa, 6 November 2018

Memahami Isu ICERD Dalam 3 Minit

Sebagai seorang pensyarah undang-undang antarabangsa yang tiada apa-apa kepentingan politik peribadi, saya, Dr.Yazid terpanggil nak jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah:

• Baru-baru ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan.

• Pertama sekali, treati atau konvensyen ni apa? Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa. Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh dipaksa untuk mengikut telunjuk negara asing.. kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati.

• Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor. Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua ‘nasihat’ dan arahan Barat.

• Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura. Pasal lebih 50 tahun dulu sign dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen, kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa. Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen.

• Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak-hak asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu. Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union.

• Sejak Merdeka, Malaysia tidak tandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas. Treati ni pada teorinya menolak ‘diskriminasi kaum’ tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati-treati ini. Contohnya, Malaysia satu-satunya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu didefinasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.

• Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya. Ini bercanggah dengan semangat ICERD.

• ISU RATIFIKASI. Ramai yang tidak faham isu ratifikasi. Kita kena faham beberapa benda. Pertama, kita tak wajib sign atau terima apa-apa treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur. Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

• Bahasa mudah, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan. Sebelum undang-undang antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu. Apa ratifikasi ni? Ianya satu proses di mana undang-undang ni dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diadjust agar selari antara keduanya. Kita kadang-kadang boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut. Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan. Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum. Sikap terburu-buru hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan.

• Sepatutnya Pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu, dan kebenaran dan izin Majlis Raja-Raja diperlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam.

• Turut tidak diceritakan ialah reservation tidak semestinya diterima. Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang dibuat, reservation akan terbatal. Reservation juga tidak boleh dibuat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati.

• Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat. Satu-satunya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka.

• Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar. Golongan minoriti mesti didekati, masalah mereka mesti dikenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti dibuat secara komprehensif, tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara.

"Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja."

Wassalam.
Dari Fb Dr Yazid Zul.

KESAN-KESAN ICERD

- Raja2 bukan lagi ketua Negara

- Perdana Menteri Boleh disandang oleh semua Kaum

- Agama Islam bukan lagi Agama Rasmi

- Tak ada lagi diskaun 10% beli rumah

- tanah adat dimansuhkan termasuk sabah sarawak.

- Askar Melayu Diraja ,mara,Uitm, Mrsm, ASB dimansuhkan dan dijenamakan Baru utk buka pada semua kaum dan tidak menampakan diskriminasi

- Lot2 Bumiputra dan Malay rezab dihapuskan.

- dan banyak lagi berkaitan Bumiputra dan Melayu dimansuh dan dijenamakan baru

-secara automatik perkara 153 Perlembagaan tidak terguna pakai dan dipinda.

-program memperkasakan ekonomi bumiputra akan terbatas ia akan lebih beranggapan satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain2...yg hakikatnya kaum Bumiputra jauh ketinggalan dalam ekonomi

- semua isu akan dikaikan dengan ICERD oleh pihak tertentu yg berkepentingan.

- ICERD adalah Malaya Union versi alaf baru yg ditentang oleh orang2 terdahulu cuma namanya diubah

Yang tinggal sejarah perjuangan Nenek moyang, mengalir darah keringat dan air mata cucu cicit merosakan perjuangan mereka.

............oo000oo...........
      MINDARAKYAT

Sabtu, 3 November 2018

Bajet Baharu, Terbesar Dalam Sejarah – Syahir Sulaiman



Bajet Baharu, Terbesar Dalam Sejarah – Syahir Sulaiman

“Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.” (Al-Isra’: 30)

Bajet Terbesar.

Bajet 2019 yang julung kali dibentangkan oleh Pakatan Harapan merupakan bajet terbesar dalam sejarah, jauh melebihi ‘bajet pilihanraya’ oleh Barisan Nasional bagi tahun 2018.

Sejumlah RM314 bilion diperuntukkan untuk kerajaan berbelanja pada tahun hadapan, meningkat 12% berbanding anggaran RM280 bilion bagi tahun 2018.

Daripada jumlah tersebut, RM259 bilion akan dibelanjakan untuk tujuan mengurus, iaitu bagi membayar gaji dan pencen, bayaran khidmat hutang, perbekalan dan subsidi kepada rakyat.

Manakala untuk tujuan pembangunan, sejumlah RM55 bilion akan dibelanjakan ke dalam sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran, bagi membawa limpahan ekonomi yang lebih besar kepada negara.

Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil berjumlah RM261 bilion pada tahun 2018, disumbangkan oleh pungutan cukai langsung dan tidak langsung, serta dividen khas PETRONAS berjumlah RM30 bilion yang akan digunakan untuk melunaskan tunggakan bayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan berjumlah RM37 bilion.

Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit mencecah RM52 bilion pada tahun 2019, atau 3.4% kepada KDNK.

Penilaian Makro.

Di sebalik angka besar yang dimuatkan di dalam Bajet 2019, terdapat beberapa aspek makro ekonomi yang perlu diberikan perhatian.

Pertama, bajet RM314 bilion ini merupakan rekod tertinggi perbelanjaan kerajaan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, malah melebihi peruntukan ‘bajet pilihanraya’ oleh Barisan Nasional yang digelar sebagai ‘ibu segala bajet’.

Kedua, kerajaan Pakatan Harapan masih meneruskan tren perbelanjaan mengurus yang besar iaitu 82% daripada keseluruhan bajet. Manakala perbelanjaan pembangunan mencatatkan nisbah 17% daripada keseluruhan bajet, suatu nisbah yang sama seperti Bajet 2018.

Ketiga, jumlah perbelanjaan mengurus sudah menghampiri jumlah hasil kerajaan pada paras 99%. Ini bermakna, setiap hasil yang dipungut kerajaan hanya cukup untuk menampung kos pengurusan kerajaan, dan situasi ini adalah berisiko terhadap keupayaan fiskal sekiranya terdapat kenaikan kos di luar jangkaan atau kutipan cukai jauh lebih rendah daripada yang dianggarkan.

Sejauhmana Bajet 2019 ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi, menurunkan kadar inflasi dan mengurangkan kadar pengangguran, masih terlalu samar untuk dinilai kesudahannya.

Komitmen Tadbir Urus.

Bajet yang julung kali dibentangkan oleh Pakatan Harapan ini dilihat berada di garis permulaan yang baik, khususnya dalam aspek peningkatan tadbir urus yang selama ini menyumbang kepada deficit berkembar dalam negara iaitu, defisit bajet (fiscal deficit) dan defisit kepercayaan (trust deficit).

Komitmen yang diberikan oleh kerajaan dalam membasmi rasuah dan meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran adalah perkara asasi yang perlu dibudayakan, bermula daripada kehendak politik (political will) yang ditunjukkan oleh pemimpin atasan.

Inilah rahsia kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 hingga sekarang, yang ditunjukkan dengan ketinggian integriti oleh Menteri Besar, barisan EXCO dan ADUN, serta jentera pentadbiran di peringkat pertengahan, walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Usaha membasmi rasuah dan meningkatkan integriti ini memerlukan komitmen dan kejujuran semua pihak. Ianya tidak cukup dengan ungkapan retorik dan nada sinis ketika pembentangan bajet di Parlimen, tetapi perlu diterjemahkan dalam aspek ketelusan oleh mereka yang kini berkuasa untuk meluluskan dan mengagihkan tender besar kerajaan.

Sejauhmana Menteri baharu tidak akan mengulangi budaya Menteri lama, hanya waktu yang akan menentukan.

- Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
- 3 November 2018

Jumaat, 2 November 2018

Pemimpin DAP watak penjajah, bukan pemerintah

BALIK PULAU: Pemimpin DAP kini lebih mirip terserlah berpewatakan seperti penjajah, bukannya menjadi peneraju pemerintah, demikian bidas Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Menurutnya, setelah DAP menang banyak kerusi pilihan raya dan para pemimpinnya membarisi kerajaan, mereka akhirnya menunjukkan taring dan belang sebenar hingga ramai mulai kenal serta menilai watak disembunyikan selama ini.

"Tapi kami kebanyakan pemimpin dan ahli PAS di Pulau Pinang khususnya telah lama kenal siapa Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin DAP lain. Kami telah lama berdepan langsung dengan sikap keras kepala dan angkuh mereka.

"Hari ini, saat mereka ada kuasa dan punya kedudukan dalam kerajaan, mereka menunjukkan sifat diri yang sebenar. Saling tak tumpah macam penjajah zaman dulu-dulu. Berwatak besar diri, elit dan merendah-rendahkan pihak lain.

"Sesuka hati saja mereka mahu ambil tindakan pada siapa. Mengata dan menuduh pada sesiapa. Hingga tahap melampau dan kurang ajar, mereka berani bertindak memperlekeh, menghina dan mencabar perkara-perkara sensitif.

"Raja-raja Melayu, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, hatta agama Islam boleh dipermain, digugat dan disinggung. Mereka tanpa rasa bersalah," kemukanya ketika ditemui di Pondok Upih, di sini semalam.

Jelas beliau, semua perlakuan sedang dibuat dan ditunjukkan para pemimpin DAP kini mengesahkan kecurigaan dan kewaspadaan PAS terhadap mereka selama ini yang semata-mata punya agenda politik dan kepentingan tersirat.

Tambah Ustaz Fauzi, dengan jawatan serta kedudukan kerajaan dan kuasa ketika ini juga DAP sebenarnya menyuntik dendam ke atas lawan politiknya, termasuk melakukan penindasan secara tidak langsung terhadap hak rakyat.

"Sebab itu mereka selayaknya dipanggil penjajah, bukan pemerintah. Lihat, sedikit demi sedikit misalnya projek pembangunan ke negeri-negeri majoriti Melayu Islam dibatalkan. Pembinaan masjid-masjid dibatalkan.

"Projek ECRL mahu dihentikan. Sepatutnya PTMP itu yang kena 'stop'! Jelas sudah insiden dari projek PTMP merosakkan muka bumi Pulau Pinang dan ada nyawa terbunuh. Ada bukti implikasi negatif.

"Tetapi kenapa ECRL mahu dibatalkan? Sebab akan beri manfaat ke negeri Pantai Timur yang ramai orang Melayu Islam. Tapi peruntukan untuk mereka, program-program mereka dibesarkan," kemuka beliau.

Ustaz Fauzi memberi contoh pesta arak Oktoberfest yang dianjurkan untuk menunjuk-nunjuk kejayaan penjajahan mereka serta mencabar umat Islam khususnya dengan dakyah kekejian dan kejahatan.

Tempelak beliau, mereka memuja-muja pesta dan acara yang tidak sewajarnya itu, sedangkan di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang kedai arak dan premis maksiat lainnya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

- HARAKAHDAILY 2/11/2018

KENYATAAN BALAS SULTAN BRUNEI TERHADAP MEDIA BARAT YANG MENGANCAMNYA


CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah.

Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:

"DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

"Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

"Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.

"Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk Gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.

"Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yang menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baru.

"Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini.

"Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

"Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman.

"Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira."

OLEH | Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Khamis, 1 November 2018

Melepaskan bai'ah atau keluar daripada Jemaah Islam

Sesungguhnya berkelompok atau berjama’ah tidaklah boleh dilepaskan dari kehidupan setiap orang dalam melasanakan segala aktiviti dan untuk memenuhi berbagai keperluannya. Karena itulah ada ungkapan bahwa berjama’ah adalah rahmat sedangkan perpecahan adalah azab.

Pada dasarnya seluruh kaum muslimin hanya diikat oleh satu jama’ah iaitu jama’atul muslimin dengan satu kepemimpinan iaitu khalifah. Jamaatul muslimin ini merupakan ikatan yang kuat didalam menjalankan hukum Allah dan syari’atNya ditengah-tengah kehidupan umat manusia sehingga menjadikan islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Inilah makna ungkapan Umar bin Al-Khatab,

"Wahai masyarakat Arab, tidak ada islam kecuali dengan jama’ah, tidak ada jama’ah kecuali dengan kepemimpinan, dan tidak ada kepemimpinan kecuali dengan ketaatan."(HR. Bukhari)

Dan ketika jamaatul muslimin atau jama’ah yang mengikat seluruh kaum muslimin di alam ini dengan satu kepimpinan khilafah telah terwujud, maka umat islam diharuskan untuk membaiatnya serta dilarang untuk melepaskan baiatnya dari keterikatannya dengan jama’atul muslimin. Sebagaimana di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Hudzaifah bin Al-Yaman berkata, bahawa orang-orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan dan aku pernah menanyakan kepadanya tentang keburukan, kerana aku khawatir menemui keburukan itu. Aku bertanya,”Apa yang engkau printahkan kepadaku jika aku menemui keadaan itu?’ Beliau saw bersabda,”Hendaklah engkau berkomitmen (iltizam) dengan jama’atul muslimin dan imam mereka.” (HR. Bukhari)

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah saw bersabda,"Kamu akan diperintah oleh para pemimpin yang kamu kenal(tidak baik) dan kamu mengingkarinya.” Mereka bertanya, "Apakah kami boleh memerangi mereka?” Beliau saw menjawab,”Jangan selama mereka masih solat.” (HR. Muslim dan Tirmidzi, beliau mengatakan hadith hasan shahih)

Demikianlah beberapa hadith diatas yang menunjukkan betapa tingginya kedudukan seorang imam jama’atul muslimin di dalam diri setiap rakyatnya. Di situ juga disebutkan betapa setiap muslim harus sentiasa mengedepankan kesabaran, tidak membangkang, tetap mentaatinya dengan segenap kemampuannya walaupun seorang imam melakukan kemaksiatan selama ia masih menegakkan solat. Hadith-hadith itu melarang setiap muslim untuk meninggalkan ketaatan kepadanya atau keluar darinya dan membentuk jama’ah sendiri atau tidak berjama’ah.

Adakah Jama’atul Muslimin ketika ini?

Kemudian yang menjadi pertanyaan adalah apakah jama’atul muslimin ada pada ketika ini? Bolehkah jama’ah-jama’ah pergerakan, parti-parti islam, NGO islam yang ada saat ini disebut dengan jama’atul muslimin?

Husein bin Muhammad bin Ali Jabir mengatakan bahwa sesuai dengan pengertian syar’inya maka jamaatul muslimin boleh dikatakan tidak ada lagi di dunia sekarang ini. Beberapa bukti yang menunjukkan hal itu adalah :

1. Diantara alasan-alasan yang digunakannya adalah hadith yang diriwayatkan dari Huzaifah bin Yaman yang berkata bahwa orang-orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan dan aku pernah menanyakan kepadanya tentang keburukan, karena aku khawatir menemui keburukan itu. Aku bertanya,”Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemui keadaan itu?’ Beliau saw bersabda,”Hendaklah engkau berkomitmen (iltizam) dengan jama’atul muslimin dan imam mereka.” (HR. Bukhari)

Hadith ini memberitahu akan datangnya suatu zaman kepada umat islam dimana jama’atul muslimin tidak muncul di tengah kehidupan umat islam. Seandainya ketidakmunculannya itu mustahil, niscaya dijelaskan oleh Rasulullah saw kepada Hudzaifah. Tetapi, Rasulullah saw justru mengakui terjadinya hal tersebut dan mengarahkan Hudzaifah agar menggigit akar pohon (islam) dalam menghadapi tidak adanya Jama’atul Muslimin dan imam mereka itu.

2. Bukti lainnya yang menunjukkan tidak adanya Jama’atul Muslimin ialah adanya beberapa pemerintahan yang memerintah umat islam. Sebab, islam tidak mengakui selain satu pemerintahan yang memerintah umat islam. Bahkan islam memerintakan umat islam agar membunuh penguasa kedua secara langsung, sebagaimana dijelaskan oleh nash-nash syariat.

Dari Abu Said al Khudriy bahwa Rasulullah saw bersabda,”Apabila ada baiat kepada dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” (HR. Ahmad)

Imam Nawawi dalam menghuraikan hadits ini berkata, "Erti hadith ini ialah apabila seorang khalifah yang dibaiat setelah ada seorang khalifah maka baiat pertama itulah yang sah dan wajib ditaati. Sedangkan bai’at kedua dinyatakan batil dan diharamkan untuk taat kepadanya.

3. Bukti lainnya adalah hadith yang diriwayatkan dari Abu Umamah al Bahiliy bahwa Rasulullah saw bersabda,”Ikatan-ikatan islam akan lepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan, akan diikuti oleh lepasnya ikatan berikutnya. Ikatan islam yang pertama kali lepas adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah shalat.” (HR. Ahmad)

Hadith ini jelas menyatakan akan datangnya suatu masa dimana pemerintahan dan khilafah tidak muncul. (Menuju Jama’atul Muslimin hal 42 – 46)

Sementara itu jama’ah-jama’ah pergerakan yang ada saat ini, seperti Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir, Jama’ah Tabligh, Salafi, PKS, PPP, NU, Muhammadiyah atau lainnya bukanlah jama’atul muslimin namun hanyalah jama’ah minal muslimin iaitu jama’ah yang terdiri dari sekelompok kaum muslimin yang berjuang untuk mewujudkan cita-cita islam berdasarkan manhaj atau metod gerakan masing-masing. Keberadaan jama’ah minal muslimin pada ketika ini atau ketika tidak adanya jama’atul muslimin sangatlah diperlukan sebagai ruh dan anak tangga dari kemunculan jama’atul muslimin sebagaimana disebutkan dalam suatu kaidah,  “Tidaklah suatu perkara wajib dapat sempurna kecuali dengan sesuatu yang lain maka sesuatu itu menjadi wajib pula.” Menegakkan khilafah atau jama’atul muslimin adalah kewajiban setiap muslim dan ia tidak akan terwujud kecuali dengan dakwah yang dilakukan secara berkelompok maka menegakkan dakwah dengan cara berjamaah (jama’ah minal muslimin) ini adalah wajib.

Sayyid Qutb mengatakan bahwa bagaimana proses kebangkitan islam dimulai sesungguhnya ia memerlukan kepada golongan perintis yang menegakkan kewajiban ini.” Ustaz Sayyid Hawwa mengatakan bahwa satu-satunya penyelesaian ialah harus menegakkan jama’ah. Ustadz Fathi Yakan mengatakan bahwa Rasulullah tidak pernah sama sekali mengandalkan kepada kerja individual (infirodiy) tetapi sejak awal beliau telah menganjurkan penegakkan jama’ah."

Melepaskan Ba’iat atau Keluar dari Jama’ah Minal Muslimin

Tentunya sebagai sebuah jamaah yang menggabungkan sekian banyak da’i atau orang-orang yang ingin berjuang untuk islam didalamnya maka diperlukan soliditi, komitmen dan ketaatan semua anggotanya kepada pemimpin dan aturan-aturan jamaah tersebut. Untuk meneguhkan itu semua maka jamaah perlu mengambil janji setia dari setiap anggotanya yang kemudian dikenal dengan istilah baiat, sebagaimana firman Allah swt.

“Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu Sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. tangan Allah di atas tangan mereka, Maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah Maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (QS. Al Fath : 10)

Tentulah kedudukan baiat kepada imam, amir, qiyadah jama’ah minal muslimin berbeza dengan baiat kepada imam dari jama’atul muslimin disebabkan imam jama’atul muslimin dipilih oleh ahlul halli wal aqdi dari seluruh umat islam sedangkan imam dari jama’ah minal muslimin dipilih oleh majlis atau dewan syuro sebagai perwakilan seluruh anggota di jama’ah itu.

Hadith-hadith yang melarang bahkan mengancam seseorang melepaskan baiatnya adalah terhadap imam atau khalifah dari jama’atul muslimin bukan terhadap imam dari jama’ah minal muslimin, seperti hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang melepaskan tangannya (baiat) dari suatu keaatan maka ia akan bertemu Allah pada hari kiamat tanpa adanya hujjah (alasan) baginya. Dan barangsiapa mati sementara tanpa ada baiat di lehernya maka ia mati seperti kematian jahiliyah.” (HR. Muslim)

Dan para pemimpin atau amir suatu jamaah minal muslimin tidaklah termasuk didalam hadith ini. Hadith ini tidak boleh diterapkan kepada para pemimpin di zaman ini atau pembesar parti (jamaah) karena setiap daripada mereka bukanlah imam (pemimpin) dari seluruh kaum muslimin.

Dengan demikian diperbolehkan bagi seseorang untuk melepaskan baiatnya dari imam atau pemimpin jama’ah minal muslimin atau keluar darinya setelah meyakini bahwa telah terjadi penyimpangan yang cukup significant dalam tubuh jama’ah tersebut baik penyimpangan dalam diri qiyadah, para pemimpin, garis perjuangannya atau prinsip-prinsip pergerakannya yang dapat memberikan pengaruh negatif kepada umat, sebagaiamana hadits Rasulullah saw,"Tidak ada ketaatan dalam suatu kemaksiatan akan tetapi ketaatan kepada hal yang ma’ruf.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Pada dasarnya baiat yang diberikan kepada pemimpin jamaah itu adalah baiat untuk beramal islam. Artinya baiat atau janji setia diantara orang yang berbaiat dengan orang yang dibaiat. Dalam hal ini, pemimpin sebagai representasi dari jama’ah itu boleh diteruskan selama mereka komitmen dengan amal-amal islam, seperti tidak melanggar rambu-rambu akidah, berpegang teguh dengan syariah, tidak mengerjakan yang diharamkan Allah dan lainnya.

Namun hendaklah pelepasan baiat atau keluar darinya dilakukan setelah berbagai upaya megingatkan atau memberikan nasehat baik secara langsung atau pun tidak langsung baik yang telah dilakukan olehnya maupun orang-orang selainnya yang menginginkan perbaikan didalam tubuh jama’ah tidaklah diterima sehingga mengakibatkan kesalahan-kesalahan itu terus berulang dan berulang karena agama ini tertegak diatas landasan nasihat sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Abu Ruqayyah bin Aus ad Dary ra menerangkan bahwa Nabi saw bersabda,"Agama itu nasihat.” Kami bertanya,”Bagi siapa?” Beliau saw menjawab,”Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin muslim dan bagi kaum muslimin pada umumnya.” (HR. Muslim)

Ketika dia memutuskan untuk melepaskan baiatnya maka hendaklah setelah itu dia mencari jama’ah minal muslimin lainnya yang diyakininya lebih baik darinya untuk boleh beramal islam secara berjama’ah meskipun hal ini bukan menjadi suatu kewajiban baginya pada masa-masa ketidakberadaan jama’atul muslimin. Akan tetapi hal ini merupakan sebagian dari keutamaan. Dan jika dirinya tidak melihat ada jama’ah minal muslimin lainnya yang lebih baik darinya maka diperbolehkan baginya untuk berdiam diri sejenak atau tidak bergabung dengan jama’ah manapun sampai dia menemukan jama’ah lainnya yang lebih baik darinya atau kembali kepada jama’ah yang ditinggalkannya itu ketika diyakini bahwa jama’ah tersebut telah kembali ke jalannya seperti sediakala.

Sumber: eramuslim.com 
Diringkaskan dan diedit: akhwat medic

Ahad, 21 Oktober 2018

Dosa Peribadi Dan Tuntutan Mencegah Kemungkaran

Isu serbuan khalwat menarik perhatian umum setelah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya berhubung isu serbuan khalwat yang dilihatnya sebagai menceroboh kehidupan peribadi demi mencari kesalahan. Menurutnya, tindakan seperti ini tidak diajar dalam Islam [Utusan Malaysia, 6/10/2018]. Respons tersebut dibuat rentetan kenyataan terdahulu yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dalam sebuah temuramah bersama akhbar tempatan. Justeru timbul persoalan, adakah Negara tidak berhak campur tangan terhadap kesalahan yang dilakukan dalam ruang peribadi? SN kali ini bertujuan menjawab polemik berkaitan isu ini.

Mencegah Kemungkaran Adalah Tuntutan Syarak

Apa sahaja bentuk kemungkaran terhadap perintah dan larangan Allah adalah termasuk dalam kategori dosa. Manakala mencegah kemungkaran merupakan sebahagian daripada tuntutan syariat sehingga menjadi sebuah kewajipan bagi umat Islam seperti mana yang dijelaskan melalui sebuah hadis yang bermaksud:

“Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman” [HR Muslim].

Tuntutan mencegah maksiat tidak terhad hanya kepada kemungkaran yang dilakukan secara terbuka atau terang-terangan seperti mengambil riba, merompak, meminum arak dan berjudi secara terbuka. Kemungkaran yang dilakukan secara tertutup juga merupakan aspek yang wajib dicegah sekiranya memenuhi tatacara yang menepati syarak. Adapun begitu, hal ini sering menjadi polemik dan senjata di kalangan kelompok yang membawa agenda liberal dengan menggunakan hujah atas keharaman tajassus (mengintip) di sisi Islam sepertimana yang dijelaskan dalam hadis berikut:

Abdul Rahman bin Auf berkata, pernah satu malam aku bersama Umar bin al Khattab membuat rondaan di kota Madinah kemudian kami mendapati sebuah rumah adanya pelita yang dipasang dan terdengar suara yang kuat dari dalamnya. Maka Umar berkata; “Ini adalah rumah Rabiah bin Umayyah bin Khalaf, mereka sekarang sedang minum arak, apa pendapatmu,” Aku menjawab, aku berpendapat kita sebenarnya telah datang apa yang Allah larang daripadanya iaitu jangan mengintip sedangkan kita mengintip, lantas Umar berpaling dan pergi meninggalkan rumah itu” [HR al Tabarani, al Hakim dan al Baihaqi].

Di samping itu, Allah SWT juga telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus)..” [TMQ al-Hujurat (49): 12].

Secara umumnya tajassus adalah perbuatan yang dilarang dalam sebuah Negara Islam (Khilafah) khususnya terhadap warganegara di kalangan Muslim mahupun Kafir Zimmi. Namun larangan tajassus bukan bersifat mutlak sebaliknya bergantung kepada konteks. Hal ini seperti mana yang telah dijelaskan oleh Sheikh Taqiyuddin An-Nabhani di dalam kitabnya Ajhizah Daulah Al-Khilafah bahawa dibolehankan tajassus terhadap kafir harbi – pihak kafir yang menentang umat Islam secara de facto (muhâriban fi’lan) mahupun secara de jure (muhâriban hukman) – menjadi kewajipan bagi khalifah. Tajassus juga diperbolehkan terhadap ahlul ar-riyab – mereka yang dikhawatirkan dapat menimbulkan kemudaratan (dharar) dan bahaya terhadap institusi negara, jamaah atau bahkan individu sekalipun – jika wujud ghalabatu az-zhan (berat sangkaannya) terhadapnya.

Di samping itu, sebahagian besar ulama terdahulu telahpun membahaskan keharusan tajassus terhadap perbuatan maksiat yang dilakukan di sebalik pintu (private sphere) jika didasari ghalabatu az-zhan bahawa berlaku maksiat dengan qarinah (bukti) yang jelas seperti perkhabaran dari seorang lelaki yang terpercaya. Hal ini telah dijelaskan antaranya oleh al-Imam Ibn Hajar (Fath al-Bari, 10/482) dan al-Imam Nawawi (Syarh al-Nawawi, 2/26). Bahkan menurut Al-Imam al-Ramli, menjadi wajib untuk melakukan tajassus sekiranya seseorang Muslim khuatir perkara tersebut terlepas dari pemerhatiannya seperti berlakunya pembunuhan dan perbuatan zina [Nihayah al-Muhtaj (4/47-49)]. Al-Imam Mawardi juga menukilkan dalam karyanya, bahawa seorang muhtasib (penguatkuasa hisbah) tatkala menerima sesuatu aduan daripada orang yang dipercayai (thiqah) dan membawa kepada petunjuk ghalabatu az-zhan, maka ia adalah sesuatu yang diharuskan bagi mencegah kemungkaran. Beliau memetik sebuah kisah di zaman Khalifah Umar RA:

“Dikisahkan, bahawa ketika di Basrah, Mughirah bin Syu’bah seringkali dikunjungi seorang wanita dari Bani Hilal bernama Ummu Jamil binti Mahjam bin Al-Afqam yang bersuamikan seorang dari Bani Tsaqif bernama Al- Hajjaj bin Ubaid. Hal ini diketahui oleh Abu Bakrah bin Masruh, Sahl bin Ma’bad, Nafi’ bin Al-Harits, dan Zayyad bin Ubaid, kemudian mereka mengintip al-Muqhirah bin Syu’bah. Ketika Ummu Jamil masuk ke rumah Al-Mughirah, mereka serentak menangkap kedua-duanya. Kemudian mereka memberi kesaksian kepada Umar RA. Umar RA tidak melarang penangkapan tersebut, meskipun dia berhak menjatuhkan hudud kepada mereka jika kesaksian mereka tidak memenuhi syarat” [Al-Ahkam As-Sulthaniyyah].

Tindakan mencegah kemungkaran hendaklah menepati garis panduan syarak, yang bermula dengan siasatan berasaskan ghalabatu az-zhan yang disandarkan kepada petunjuk-petunjuk atau laporan daripada individu yang dipercayai. Dalam masa yang sama, penguatkuasa seharusnya memelihara aib dan kehormatan di sepanjang aktiviti pencegahan dijalankan. Manakala aktiviti pencegahan yang berdasarkan tajassus secara rambang pula tidak dibenarkan syarak, selari dengan dalil-dalil yang telah dibentangkan. Yang jelas adalah bahawa dalil-dalil tersebut bukanlah sandaran untuk menolak sepenuhnya tindakan pencegahan maksiat seperti yang dicanangkan oleh sebahagian pihak.

Dosa Peribadi Dan Agenda Liberalisme

Konsep ‘dosa peribadi’ tidak pernah dikenali dalam khazanah pemikiran Islam. Menurut perspektif Islam, tatkala seseorang Muslim meninggalkan fardhu ain maka dosa tersebut adalah untuk dirinya sahaja, manakala ketika sejumlah umat Islam meninggalkan fardhu kifayah maka mereka semuanya bertanggungjawab atas dosa tersebut. Begitu juga halnya balasan dosa kepada mereka yang melakukan kemungkaran disisi Allah SWT.

Konsep dosa peribadi ini tidak lain bertujuan untuk dijadikan justifikasi terhadap ‘hak’ para pesalah atas nama kebebasan peribadi dalam bertingkah laku yang dilaungkan di dunia Barat pasca revolusi Eropah (Renaissance). Ia adalah buah fahaman liberalisme yang terus subur melebarkan agenda mereka dengan doktrin-doktrin yang mengelirukan umat Islam. Gerakan ini juga menentang sebarang bentuk ‘moral policing’ kerana menganggap ia bertentangan dengan idea kebebasan yang dijunjung. Mereka turut menuntut perubahan yang lebih drastik terhadap dasar-dasar kerajaan dalam era Malaysia baharu demi memperkukuh agenda sekularisme di negara ini. Gerakan-gerakan liberal di Malaysia sudah semestinya menentang perlaksanaan Islam sebagai sebuah mabda’ (cara hidup). Mereka menolak konsep amal makruf nahi mungkar yang dituntut dalam syariat Islam khususnya yang melibatkan dosa-dosa yang dilakukan dalam ‘private sphere’ sekalipun Islam telah menetapkan kriteria tertentu seperti operasi hanya boleh dilakukan apabila wujud ghalabatu az-zhan, kewajipan untuk memelihara kehormatan dan memelihara aib pesalah serta hukuman ke atas pesalah adalah bergantung pada bukti yang jelas dan menepati syarak.

Dalam Islam, kebebasan individu itu tidak mutlak. Sebagai hamba Allah, kita wajib mentaati perintah dan larangan Allah SWT. Bahkan Rasulullah SAW mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan ia mampu, maka dibimbangi Allah akan menimpakan azab ke atas semua, bukan hanya kepada pesalah. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” [HR Abu Daud]. Ketika banyak perkara maksiat – judi, arak, pusat hiburan, dll.— banyak dihalalkan atas nama lesen, adalah suatu yang menghairankan apabila pihak kerajaan lebih berminat untuk memfokuskan kepada isu serbuan khalwat. Sebagai pemerintah yang mempunyai kuasa, kerajaan seharusnya mendidik rakyatnya agar sentiasa terikat dengan hukum Islam dan membenci setiap perkara maksiat. Malangnya, perkara maksiat terus subur di bumi Malaysia ini. Sesungguhnya, umat hari ini dahagakan para ulama dan pendakwah yang mukhlis memimpin masyarakat melakukanmakruf nahi mungkar dan menyeru pemerintah untuk menerapkan Islam ketika kita terus diasak dengan pelbagai agenda liberalisme yang menyesatkan.

Sumber: Hizbut Tahrir Malaysia

Khamis, 18 Oktober 2018

APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

(Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah;

‎وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ
‎وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ  ﴿٨٩﴾؅

89. Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara dan memberi petunjuk rahmat dan berita gembira bagi org Islam .
(Surah an-Nahl,  ayat 89).

Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut.

(Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan.

(Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, Baginda saw tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti Baginda saw sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK LAIN, AGAMA LAIN”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular.

ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?

politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak ,maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah.

Menurut jumhur ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat;

(pertama) dilakukan kerana Allah,

(kedua) mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah).

Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik ), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.

BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?

1. tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan arahan al-Quran dan as-Sunnah.

2.hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

3.pemimpin wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

4.Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

5.Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Iaitu untuk menegakkan Syari’at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari’at tersebut.

Yakni menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari’at Islam.

Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;

‎يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ  ﴿٢٦﴾؅

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari’at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah”.
(Shad; 26)

MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?

Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa yakni mematuhi perintah Allah (yakni Syari’atNya) dan menjauhi maksiat serta mungkar. Firman Allah;

‎وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ  ﴿٩٦﴾؅

”Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
(al-A’raf; 96)

Pengabaian Syari’at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;

‎أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ  ﴿٦﴾؅

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”.
(al-An’am; 6)

Kebinasaan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan.

Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

Lihat apa yg berlaku kpd beberapa tempat mutakhir ini , kita dengar ada pesta dipantai diperkuburan Syah Kuala Acheh dan pesta minum2 dan sex sebelum terjadinya Gempa dan Tsunami 26 Disember 2004! Lebih 200k nyawa terkorban . 16 Negara terlibat kesan Tsunami termasuk negara kita di Kuala Muda.

Begitu juga kita dengar ada Pesta Pantai yg mencabar aqidah di Kota Palu Sumatera sebelum Kejadian gempa dan Tsunami  pada hari Jumaat 28/9/2018, yg juga terkenal dengan kota yg hebat dengan aktiviti LGBT.

152K mangsa masih tertimbus.
65733 kediaman musnah .
Ritual Nomoni, sembelih kerbau dicampak kelaut dan tarian khusus utk pantai. Setengah jam sebelum ritual ini, datang tsunami.

Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut khusus di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

13 Oktober 2018 Wine Fiesta akan diadakan di Bangsar , KL. Apakah mereka ini nak mengundang bala Allah.  Dulu terkenal dengan Oktober fest.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik.

Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan mungkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir, tapi bila kuasa ditangan, kes selesai.

Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

‎وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا  ﴿٨٠﴾؅

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”.
(al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, had hadNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

Selasa, 9 Oktober 2018

BALA ALLAH TERTAHAN KERANA DAKWAH

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

Sabda Rasulullah SAW

يكون في آخر هذه الأمة خسف ومسخ وقذف، قالت: قلت: يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: نعم إذا ظهر الخبث

Akan terjadi pada akhir umat ini ditelan bumi, dihapuskan begitu sahaja atau ditimpa gempa bumi.

Siti Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, adakah kita semua akan binasa walaupun terdapat orang soleh?"

Jawab baginda:

"Ya, apabila kerosakan telah zahir"
[HR Tirmizi]

Akan berlaku di akhir zaman bala daripada Allah yang menelan umat manusia. Bumi merekah dan manusia jatuh ke dalamnya. Ia juga boleh berlaku dengan penghapusan begitu sahaja, samada dibawa lari oleh banjir, atau datang ribut taufan, atau apa sahaja. Gempa bumi juga boleh berlaku.

Ini semua akibat daripada kerosakan yang terlalu banyak. Suara-suara orang yang mencegah kemungkaran itu pula tidak lagi kedengaran.

Kerana itu Nabi SAW bersabda:

"   لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده  "

Samada kamu menyuruh kepada kebaikan dan  mencegah kemungkaran, ataupun Allah akan utuskan kepada kamu azab daripadanya.
[HR Tirmizi]

Di sinilah hikmahnya kita terus berjuang menegakkan kebenaran. Jangan peduli walau kalah sekalipun. Sekurang-kurangnya kita menahan bala Allah daripada menimpa semua.

Masjid Rusila

Isnin, 8 Oktober 2018

POLITIK ALA KEBINATANGAN (POLITICAL ANIMAL)

Minda Presiden PAS

Inilah hasil falsafah politik Niccolò Machiavelli (1469-1527), seorang tokoh ilmuan Itali yang membawa teori yang terkenal di Barat dengan ungkapannya: “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) yang disebut oleh para ulama’ Islam (الغاية تبرر الوسيلة).

Kita sedang menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan kerana mahu mencalonkan seorang yang dikatakan untuk menjadi Perdana Menteri dan telah mendapat pengampunan mengikut proses undang-undang yang menjadi pertikaian dan perbincangan hangat hari ini.

Saya terpaksa menulis dengan bahasa-bahasa sebegini kerana ingin menjaga maruah negara tercinta, kerana sangat menyentuh maruah Institusi Raja-raja, Badan Kehakiman dan sistem demokrasi yang wajib dimurnikan secara bermoral dan bermaruah.

Pertama: Konsep pengampunan. Seseorang yang membuat permohonan maaf, adatnya dia mengaku bersalah atas dosa dirinya. Kalau adab bertaubat kepada Allah Yang Maha Besar sekalipun, mestilah bersyarat mengaku berdosa, menyesal dan berazam tidak mengulangi dosanya.

Kedua: Kalau Badan Kehakiman yang salah, maka sepatutnya Badan Kehakiman yang wajib memohon pengampunan, termasuk segala cabangnya iaitu para hakim, Peguam Negara, pendakwa dan polis yang menyiasat.

Persoalannya, kita tidak tahu siapa yang dihinakan dalam kemalangan ini?

Selain itu, sistem demokrasi sangat sinonim dengan dasar dan konsep politik Islam, sekiranya dijaga adab dan akhlaknya. Barat juga ada akhlak dalam demokrasinya sehingga seburuk-buruk akhlak. Mereka juga mahukan orang yang bermoral tinggi atau lulus integritinya.

Saya melihat amalan demokrasi di Port Dickson menunjukkan beberapa kepincangan berlaku;

Pertama: Rakyat diberi hak memilih wakil mengikut parlimen dan dun masing-masing. Adapun Perdana Menteri dipilih untuk menjadi Ketua Kerajaan kepada semua rakyat di seluruh negara, bukan untuk satu kawasan parlimen sahaja.

Maka, sepatutnya pemilihan PM melalui proses yang sama secara serentak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan dan diberikan kepercayaan melalui cara dia memimpin parti atau gabungannya itu dalam PRU. Bahkan, ada negara yang mengadakan pilihan raya seluruh negara untuk memilih seorang pemimpin terbesar bagi negaranya.

Kedua: PRK tidak wajar diadakan kecuali ada sebab yang munasabah berlaku selepas PRU, kerana keuzuran yang syar'ie yang memestikannya dilantik menjadi PM baru daripada kalangan yang telah dipilih dalam PRU, bukannya dengan cara memotong di tengah jalan atau dicantas di tengah dahan.

Apakah jenis demokrasi kita ini? Barat pun tidak, Timur pun tidak.

Tidakkah memalukan? Kerana catatan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Negara.

Islam meletakkan kewajipan memimpin negara adalah satu amanah yang sangat besar daripada perkara amanah yang sangat banyak bahagian dan cabangnya, sehingga disebut secara khusus melalui firman Allah:

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) ]سورة النساء: 58-59[

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.  (58); Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (para ulama’ yang memahami Islam dan para pemimpin yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah kebijaksanaan) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. (59) (Surah An-Nisa': 58-59)

Dalam ayat ini, dinyatakan secara khusus berkenaan urusan memerintah dan melaksanakan hukum adalah amanah terbesar supaya berlaku adil terhadap semua manusia. Ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul, ketaatan bersyarat terhadap para ulama’ dan pemimpin. Dikaitkan pula dengan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang membezakan Islam dengan demokrasi barat dan teokrasi.

Demokrasi barat menjadikan suara rakyat suara keramat seperti firman Tuhan, walaupun rakyat telah ditipu atau jahil dan miskin terdesak. Adapun teokrasi pula memberi kuasa mutlak kepada agamawan, walaupun ada yang menyalahgunakan agama.

Dalam hal ini, Islam menerima demokrasi kerana rakyat juga ada hak, tetapi hendaklah dipelihara dengan adab dan akhlak, serta roh agama yang ada perhitungan dosa dan pahala. Begitu juga kalangan agamawan juga wajib beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Maka langkah murni demokrasi itu akan berlaku sekiranya berpandukan Islam, bukan berpandukan teori pemisahan politik daripada agama (sekularisme) atau teori matlamat menghalalkan apa sahaja caranya.

Apabila perkara memimpin negara adalah amanah yang terbesar. Maka, Rasulullah S.A.W. mentafsirkannya kepada umat Islam bahawa jangan memilih pemimpin yang gelojoh dan mahukan jawatan atau yang fasiq seperti berbohong dan lain-lain.

Allah berfirman:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74) [سورة الفرقان: 74]

“Dan juga mereka (yang diredhai dan dirahmati Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)

Rasulullah S.A.W. juga menolak orang yang gelojoh mahu menjadi pemimpin. Sabdanya:

إنا والله لا نولي على هذا العمل أحدا سأله ولا أحدا حرص عليه (متفق عليه)

“Demi Allah aku tidak melantik tugas ini kepada seorang yang meminta atau seorang yang terlalu rakus mahukan jawatan ini”. (Muttafaq ‘Alaih)

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabatnya Abdul Rahman bin Samurah R.A.:

يا عبدَ الرحمن بنَ سمرة، لا تسأل الإمارة؛ فإنكَ إنْ أُوتِيتَهَا عن مسألة وُكِلْتَ إليها، وإنْ أوتيتَها من غير مسألة أُعِنْتَ عليها. (متفق عليه)

“Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah meminta jawatan untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kamu dilantik dengan sebab memintanya, nescaya dibebankan kepadamu (tanpa pertolongan Allah). Jika dilantik bukan dengan sebab kamu memintanya, nescaya diberi pertolongan (Allah) kepada kamu”. (Muttafaq ‘Alaih)

Terdapat banyak nas secara berulang kali yang melarang kita mengikuti atau memilih pemimpin yang fasiq. Di antara tanda fasiq itu ialah perangai berbohong dan perkara-perkara lain yang menunjukkan tiada maruah atau jati diri. Dimanakah kita dalam meletakkan pesanan Rasulullah S.A.W.?

Seluruh dunia kini sedang menyaksikan kesilapan rakyat Amerika yang dianggap paling maju demokrasinya, menyebabkan mereka terpaksa merasa malu terhadap seluruh dunia. Sehingga sudah ramai pula yang meletak jawatan.

Buah salak buah kedondong,
Dipungut diletak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi salah memangkah undi.

Janganlah kita menjadi sebab berlakunya Hari Kiamat kerana salah memilih pemimpin.

Saksikan Ya Allah! Bahawa saya telah menyampaikan. 

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS  

Bertarikh: 8 Oktober 2018 / 28 Muharam 1440

Selasa, 2 Oktober 2018

KALAM BUKAN SEBARANG KALAM, KALAM ULAMAK BERPANDU HIKMAH

Sekalian juak PH seakan-akan dirasuk jin, terutama pentaksub Anwar Ibrahim.....melenting tak ketahuan, serata media sosial meratib wirid menghina TGHH apabila TGHH dengan tegas menyatakan pendiriannya tentang kedudukan Tun M sebagai Perdana Menteri ketika ini.

TGHH berpandangan sebarang usaha termasuk tindakan DSAi selaku Ketua Umum PKR mahu mengambil alih kerusi Perdana Menteri daripada Tun M tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar moral politik. Sewajarnya semua pihak harus menghormati suara rakyat yang telah diputuskan melalui PRU-14 yang lalu dan mengekalkan kepimpinan sedia ada sehingga habis penggal. Tambahan pula, Tun M sendiri pernah menyatakan bahawa beliau ingin kembali menjadi PM kerana ingin memperbetulkan semula kesilapan yang telah beliau lakukan dahulu. Analisis data dan statistik PRU-14 juga telah menunjukkan bahawa peratus undi popular kepada BN pada PRU-13 menurun sebanyak 12% dalam PRU-14 dan ini juga merupakan satu signal yang jelas bahawa peningkatan sokongan kepada pihak PH sebanyak lebih daripada 12% dalam PRU-14 yang lalu adalah kerana faktor sokongan rakyat terhadap Tun M untuk kembali menjadi PM. Maka, pandangan yang disuarakan oleh TGHH adalah sebenarnya selari dengan kehendak majoriti rakyat.

Barangkali juak-juak PKR dan PH pro anwar yang tidak senang dengan pandangan TGHH kerana masih dihantui igauan ngeri akan firasat daripada seorang alim. mereka mungkin gusar pandangan TGHH itu akan membawa kepada keruntuhan Pakatan harapan yang memang telah sedia berantakan sekian lama dari dalam, retak hanya menunggu belah.

Ini adalah bersandarkan kepada tindakan TGHH menolak pelawaan Tun M untuk bekerjasama menjatuhkan DSN pada tahun 2016 yang lalu (Rujuk : https://m.malaysiakini.com/news/345023 ). Dek kerana ketegasan TGHH inilah akhirnya UMNO berpecah dan melahirkan Bersatu, seterusnya mencetuskan gelombang penolakan rakyat terhadap BN dan ahli UMNO sendiri menolak DSN. Sehingga sekarang ini juga, kemelut dalaman UMNO belum pulih sepenuhnya, sementara sebahagian besar pimpinan UMNO yang ada palitan isu korupsi dan salah guna kuasa sedang menyucikan diri mereka dengan keluar dari UMNO untuk bersama PH.

Maka, apabila TGHH mengeluarkan kata-kata "Kekalkan Tun M sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal", juak-juak PH dan pentaksub anwar menjadi tidak keruan kerana bimbang sejarah kejatuhan UMNOBN akan berlaku kepada mereka pula. Mungkin benar kata orang-orang lama, firasat dan gerak hati orang alim ini bukan sebarangan. 

Firman ALLAH:

إن في ذلك لآيات للمتوسمين

“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).

Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.

Sebagaimana firman ALLAH:

ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم
“Sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad: 30).

Dalam bidang keilmuan, keimanan seseorang mempunyai peranan yang sangat penting. Masalah keilmuan ini ada kaitannya dengan masalah firasat, yang merupakan renungan kita kali ini. ALLAH berfirman :

واتقوا الله ويعلمكم الله
“ Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan ALLAH memberi tunjuk ajar kepadamu“
(Surah Al Baqarah: 282).

Ayat di atas menunjukan bahawa barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengajarinya (memberikan ilmu kepadanya ). Kalau orang – orang awam sekarang, mereka menyebutnya dengan nama “ Ilmu Laduni “, iaitu ilmu yang diberikan ALLAH kepada seseorang tanpa melalui proses belajar, yang wajar dilakukan kebiasaan orang.

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w dikisahkan pernah berkata :

“ Seorang yang alim melihat fitnah (kerosakan, huru-hara dll) sebelum datang, sedang orang yang jahil melihat fitnah setelah terjadi “ .

Maksudnya, bahawa orang yang alim (disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH) mempunyai firasat atau pengetahuan akan sesuatu yang akan terjadi, sedang orang yang bodoh dan tidak bertaqwa kepada ALLAH, tidak mengetahuinya kecuali setelah peristiwa tersebut terjadi.

Wallahua'lam

Tinta Marhaen
Seremban, NSDK
2 Oktober 2018
#SejahteraBersamaIslam
#MAMPUCentre

Isnin, 1 Oktober 2018

KEPUTUSAN PAS TANDING PRK-PD MENGEJUTKAN DAN BERANI

Keputusan PAS meletakkan calon di Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson mengejutkan ramai pihak sama ada ahli PAS mahupun masyarakat yang menyokong PAS. Sekiranya merujuk kepada keputusan PRU14 dan beberapa PRU sebelum PRU14, Port Dickson bukanlah tempat mudah menang bagi PAS. Malah komposisi kaum pengundinya pun lebih memihak kepada pengundi bukan Melayu dan Islam iaitu 57% berbanding dengan pengundi Melayu iaitu sebanyak 43%.

Hal ini disebabkan trend pengundi bukan Melayu setakat ini secara jelas tidak memihak kepada PAS, malah daripada PRU14 yang lepas ada peti undi solid pengundi bukan Islam menyokong PKR atau PH kerana PAS dianggap parti radikalisme Islam dan parti menongkat BN yang hampir lemas.

Tambahan pula, Anwar adalah calon boleh menang apabila melihat kepada peratusan yang menyokong Anwar tidak kira di PRK Permatang Pauh atau di tempat yang lain. Anwar mempunyai karismatiknya tersendiri. Pidatonya mampu mempengaruhi ramai orang. Untuk mencari calon yang layak bertanding sesuai dengan karismatik Anwar sangat sukar. Maka, PAS dianggap parti underdog dalam PRK-PD kali ini.

Ia memang keputusan agak mengejut kerana pada awalnya PAS membuat keputusan tidak masuk bertanding melalui keputusan mesyuarat yang dikeluarkan secara rasmi melalui surat dari Pejabat Agung PAS oleh Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan pada 13 September 2018.

Dalam pada itu, masih ada kira-kira lagi keputusan mesyuarat tersebut kerana ada jawapan in-advance oleh Tuan Guru Presiden PAS sebelum berlakunya mesyuarat PAS semalam iaitu pada 26 September 2018 telah memberi gambaran bahawa PAS akan masuk bertanding jika UMNO tidak letak calon. Hal ini dilihat berasaskan semangat demokrasi iaitu tidak membiarkan kerusi tanpa pertandingan. PAS berpegang kepada tiga asas pergerakan parti iaitu damai, demokratik dan berperundangan seperti yang disebut ketika ucapan Dato’ Takiyudin Hassan dalam muktamar PAS ke-64.

Kemungkinan lain kenapa PAS meletakkan calon ialah kerana ingin menegaskan bahawa PAS sebuah parti yang boleh membuat keputusan tanpa berbataskan pengaruh mana-mana pihak. Bila UMNO boikot PRK-PD, ini tidak bermakna PAS juga akan boikot. Maka jelas tiada sebarang kerjasama dengan UMNO dalam PRK ini.

Dari sudut yang lain, PAS memandang dengan adanya pertandingan dalam PRK ini membolehkan penduduk PD mendapat peluang untuk dianugerahkan pelbagai peruntukan dari kerajaan pusat seperti memperbaiki infrastruktur di tempat-tempat yang agak dho’if dan sebagainya. Manfaatnya akan dapat kepada pengundi PD.

Bagi saya, apa pun keputusan PAS, sebenarnya yang paling utama ialah PAS sebagai sebuah parti politik dakwah sepatutnya tidak berlepas tangan dari kebergantungan kepada Allah SWT. Ahlinya juga bila faham prinsip ini, mereka tidak akan terlalu terkejut kerana keputusan yang dibuat ini bukan dibuat secara individu tetapi ia dibuat secara kolektif dalam mesyuarat (syura). Setiap keputusan mesyuarat adalah ketetapan Allah SWT melalui saluran mulut pimpinan PAS.

Jika benar prinsip yang dipegang ini, maka secara betulnya PAS masuk bertanding ini bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi (tidak mahu rakyat tiada peluang memilih) atau pun kerana untuk melihat kelicikan dan kesetiaan UMNO kepada PAS atau ingin melihat ahli melakukan kerja, tetapi yang sebenarnya dan yang sepatutnya ialah semua gerak kerja PRK ini adalah kerana untuk memenuhi tuntutan dakwah Islam.

Apabila PAS masuk PRK kalah menang bukan ketentuan manusia, tetapi ketentuan Allah SWT. Yang penting ialah masuk PRK membuatkan dakwah Islam makin tersebar luas. Dalam setiap ruang penjuru dan pelusuk PD boleh diterokai oleh PAS untuk sebarkan Islam. Dengan ini, masyarakat makin faham dan lebih jelas kehendak PAS untuk memperjuangkan Islam. Apabila jelas prinsip ini, maka makin jelas kemenangan buat PAS.

Wassalam,
Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi
Pensyarah Kanan Ekonomi Politik Islam,
ISDEV, USM.

#PRKPD
#PortDickson
#PrinsipPolitikDakwah