PAUTAN TAMBAHAN

Khamis, 28 November 2013

PAKISTAN : Pembunuhan beramai-ramai wanita Islam dan kanak-kanak pada hari Sabat - Ashura



PAKISTAN : Pembunuhan beramai-ramai wanita Islam dan kanak-kanak pada hari Sabat - Ashura

Dilaporkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang mengerikan, termasuk wanita dan kanak-kanak oleh Syiah sepanjang sambutan perayaan Ashura di Rawalphindi , dekat ibu negara Pakistan Islamabad.

Pelampau-pelampau Syiah ini tidak berhenti begitu saja setelah membunuh orang Islam yang tidak bersenjata. Mereka membakar sebuah masjid dan kedai-kedai. Selepas serangan , bandar ini telah diletakkan di bawah perintah berkurung , tetapi keadaan masih sangat tegang.

Pasukan keselamatan boneka menyekat jalan-jalan menuju ke bandar dan komunikasi mudah alih. Bekalan elektrik ke bandar juga terganggu, yang mana secara tidak langsung kerja-kerja media tempatan terhenti.

Menurut pemberita, pelampau Syiah ini memotong leher kanak-kanak Islam dalam upacara besar. Sebahagian gambar beberapa jasad Muslim yang dibunuh tidak disiarkan kerana telah teruk dirosakkan oleh puak pelampau . Keadaan tegang merebak ke bandar-bandar Pakistan lain.

Di Pakistan, Syiah membentuk kira-kira 20% daripada penduduk, sebahagian daripada mereka adalah Imamiah dan Ismailiah.

Disunting dari laporan Jabatan Pemantau Mujahidin
- 23 November 2013


Menyayangi haiwan dari manusia (Sunni)

Ulama Syi'ah dan Pengikutnya Berdoa Untuk Tentara Amerika yang Tewas di Afganistan