Sabtu, 3 Februari 2018

Tiada Siapa Khianat Siapa Di Selangor

SUBKY LATIF  01 FEBRUARY 2018

SEPATUTNYA kenyataan AMK Selangor yang mengira ulang hasrat PAS mengambil Selangor dalam PRU14 nanti sebagai pengkhianat kepada kerajaan sekarang tidak perlu dilayan.

Kenyataannya itu bukan satu kejutan politik yang menggemparkan. Belum tentu ia pandangan rasmi kerajan negeri dan ia juga pandangan rasmi PKR.

Justeru ia satu kenyataan politik, seremeh mana sekalipun elok juga diulas supaya orang-orang yang baru hendak mengenali politik dapat memahami persoalan yang dihadapi.

Yang kata PAS hendak tawan ngeri itu bukan suatu pengkhianatan, dan yang kata beberapa kejadian di Selangor yang mengejutkan PAS sepanjang kerajaan bersama itu bukan juga pengkhianatan.

Lidah dan gigi bergigitan dalam kerajaan oleh lebih dari satu parti politik adalah biasa dalam apa sistem politik sekalipun. Jika ia kecil dan sekali sekala, kerajaan iu dapat dipertahankan. Jika sebuah rumahtangga idak dapat dikawal lagi, Islam membenarkan perceraian sekalipun ia tidak salah dan dibenci Allah.

Keluar dari rumah yang runtuh adalah lebih baik dari hidup dalam rumah dalam rumah yang runtuh.

Sekalipun PAS dan PKR ada msalah di Selangor tetapi kedua-dua parti berjaya mengatasi masalahnya sehingga menjelang PRU baru mereka masih kekal. Ia satu toleransi atau tolak ansur baik yang patut disyukuri dan patut dipuji.

Kedua-duanya berseetuju untuk kekal lagi tetapi kalau idak boleh kekal juga, kedua-duanya setuju unuk tidak kekal lagi.

Masalah kdua-dua tidak boleh meneruskan tahaluf ialah PAS tidak lagi boleh bersama dengan DAP dan DAP juga tidak boleh bersama PAS lagi manakala PKR tidak boleh idak bersama DAP.

PAS sayang pada kerajaan Selangor dan DAP juga sayang pada Kerajaan Selangor. PKR tentu tidak kurang sayangnya dari kedua-dua parti itu. Sekalipun PAS dan DAP sudah bercerai, mereka ada idah duduk serumah lagi hingga idah itu tamat apabila Parlimen dibubarkan.

PAS mahu bersama PKR lagi tetapi PKR tidak boleh berenggang dengan DAP. Kerana PKR tidak sedia tinggalkan DAP, maka tiada jalan lagi untuk bersama.

Bila kedua-duanya tidak dapat brsama lagi, apa yang patut mereka buat? Dari mula PAS sudah bai tahu, ia idak dapat bersama dalam pilihan raya bagi menyambung kerajaan yang 12 tahun itu. PKR mahu kekalkan PAS bersamanya tetapi mesti sedia bermadu dengan DAP. Cerai PAS dengan DAP itu talak tiga. Untuk kahwin semula mesti yang jadi isteri kena cina buta dulu.

Bukan untuk PRU14 saja PAS tidak akan bersama lagi dengan PKR selagi ia bersama DAP, malah dalam PRK Parlimen Sungai Besar lebih dua tahun PAS tidak dapat bersama PKR tidak menyokongnya lagi sebaliknya dalam Pakatan yang sudah ditransformasi.

Notis PAS tidak bersama lagi dalam pakatan pembangkang sudah dibuat lama. Harapan sudah tahu hakikat itu. Kalau hendak dikatakan pengkhianatan juga, ia adalah pengkhianatan bernotis.

Demokrasi yang kita setujui ialah tidak boleh larang sesiapa hendak bersatu dan tidak boleh larang siapa tidak mahu bersekutu. Tidak boleh siapa hendak bertanding dan tidak boleh paksa sesiapa hendak bertanding. PAS tidak halang sesiapa menentang PAS dalam pilihan raya dan PKR tidak boleh halang PAS bertanding dengannya.

PAS ikut perlembagaan dan PKR pun ikut perlembagaan. PKR menyediakan calon untuk bertanding denan PAS, bukan pengkhianatan. Bila PAS suarakan untuk tubuh Kerajaan Selangor juga bukan pengkhianatan. - HARAKAHDAILY 1/2/2018

_AC_