Dulu.. orang kata PAS tak boleh memerentah kerana tak ada pengalaman. Tok tok Lebai dengan serban dan kain pelekat.. dengan ilmu tinggi agama saja, tapi ilmu ekonomi tak tau.. mana pandai tadbir negeri?.
Sekarang.. Tok Lebai PAS telah buktikan sudah suku abad lebih pegang negeri miskin, hasil mahsul terhad, dibuli lagi kerajaan pusat dengan royaliti minyak dilarikan.. elok saja PAS tadbir.
Bukan main ego Umno/Bn kata Kelantan akan bankrap dalam masa tiga bulan. Sekarang apa jadi?.. bahkan berjaya bayar hutang lagi. Audit Negara pun amat puas hati, tak ada sorang pun Tuan Tuan Guru yang pernah jadi MB diheret ke mahkamah!.
Bandingkan dengan umno yang dipuja melangit tu.. berapa orang dah MB yang terpalit rasuah?. cuba baca sejarah Dato Harun Idris, Mat Taib, Isa Samad, Khir Toyo, Montoya.. dll. Berapa banyak pulak kes yb yb serta menteri yang sebenarnya diintip sprm?. Hanya kerana kuasa mereka masih bertahan.
Rekod apa lagi yang perlu PAS kemukakan sebagai bukti bahawa PAS mampu?. Jauh lebih mampu dari kerajaan yang baru setahun jagung itu. Baru kena banjir sikit dah menangis..
Berapa banyak idea idea PAS yang umno/bn ambil?.. tapi ada PAS kesah?. Asal untuk kebaikan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Ambil contoh mudah saja.. pacak papan tanda menunjukan arah masjid tu pun ameno tak tefikir.
.. PAS masih ada terlalu banyak idea sebenarnya kalau berkuasa. Sebabnya kerana PAS menimba dari sumber galian yang tak habis habis; al Quran dan as Sunnah. Parti lain dah semakin kehabisan minyak. Hanya menanti masa akan rebah.
Sudah sudahlah percayakan parti keramat kononnya. Mengapa masih marahkan PAS?. PAS telah buktikan, .. cuma entah di mana silapnya, masih tak terima bukti nyata. Ataukah bukti itu masih tak sampai ke tangan ke? Atau.. belum pandai menilai kesahihan bukti?.
Agaknya ada betulnya juga dakwaan orang.. bahawa yang kurang bukan bukti atau bakti, tetapi soal hati. Kalau hati dah benci, permata tetap dikata kaca. Rela hidup derita.. Asal ISLAM tidak dijadikan dasar pemerentahan.
Ustaz Abdul Karim