Isnin, 9 Oktober 2017

AKIDAH AHLI SUNNAH YG BERTENTANGAN DGN ALIRAN WAHABI


1) Apakah pengertian golongan Wahabi?


Golongan Wahabi adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun yang ke 12H di Najd Jazirah Arabiyyah.

Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada tahun 30an, 40an dan 50an.

Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang dari Ulama' mazhab Hambali. Telah menjadi adat Kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa, datuk dan ke atas.

Seperti Mazhab Syafi'e adalah aliran Mazhab yang dinisbahkan kepada moyangnya, sedangkan nama pengasas yang sebenar adalah Muhammad bin Idris. Begitulah adat kaum Arab dalam menisbahkan sesuatu.

Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan Kaun Salaf atau kaum Ahli Sunnah.

Kenapa begitu? Ini kerana istilah Wahabi pada hari ini diketahui ramai  akan kesesatannya dalam Akidah dan cabang yang lain.

Oleh kerana itu harus berhati2 dengan kaum ini kerana mereka terkadang mempergunakan nama Ahli Sunnah, Salaf dan pelbagai yang baik-baik untuk mengaburi orang awam dari mencium kesesatan
pegangan golongan ini.

2) Apakah di antara ajaran Wahabi yang bertentangan dengan Akidah  Ahli Sunnah wal Jamaah?

Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bida'ah dalam masalah-masalah Furu'(cabang) semata-mata sedangkan sebenarnya golongan ini membawa sebesar-besar bida'ah dalam masalah Akidah.

Oleh kerana itu ramai dari kalangan mereka yang berwajib, para ulama', para pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani dengan sungguh2.

Di antara ajaran golongan ini yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah al Jamaah ialah menolak dan merendah-rendahkan pengajian sifat 20.

Sebaliknya mereka membawa kaedah Tauhid yang baru iaitu pembahagian Tauhid yang tiga.

Tauhid Rububiyyah

Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala. Kononnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sementara berhala merupakan pengantara2 hamba dan Tuhannya.

Tauhid Uluhiyyah

Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.

Tauhid Asma wa Sifat

Beriman dengan ayat-ayat mutasyabihat secara zahirnya. Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.

Bagaimana mungkin Tauhid itu terbahagi kepada tiga?

Sedangkan Tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeda2kan Tauhid seperti Tauhid yang tiga ini.

Dengan menerima konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah mengikut pentafsiran seperti ini, maka banyak amalan-amalan yang diperakui baik menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya. Seperti amalan Maulid Nabi, marhaban, berdiri sewaktu selawat, tabarruk (ambil berkat), tawassul (berwasilah) , ziarah makam Nabi-nabi, Rasul-rasul, Auliya' dan solihin.

Sementara tauhid asma' wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan (visual) dan mentasbihkan (menyamakan) zat Allah SWT dengan mahkluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan anggota (jarihah) -spt menyatakan Allah itu bersemayam di atas arasy.

Ini adalah akidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun yang ke 4H dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke 7H dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun ke 12H.


3) Adakah kita boleh mengikut sebahagian daripada ajaran / amalan wahabi atau kita diminta meninggalkan keseluruhan ajaran tersebut?

Pada saya (penulis) penjelasan tentang akidah dan amalan agama telah jelas dan nyata seperti matahari di siang hari. Para Ulama' telah meninggalkan penjelasan agama dengan sejelas-jelasnya dalam seluruh bidangnya di dalam kitab2 yang disampaikan kepada kita.

Kalau begitu tiada keperluan lagi merujuk kepada saranan dan amalan aliran Wahabi kerana telah dibuktikan dalam banyak hal di mana mereka telah menyelewengkan pengertian ayat2 al-Quran, Hadith dan pandangan para Alim Ulama' silam.

Bahkan telah dibuktikan mereka melakukan pemalsuan terhadap kitab2 ulama' silam dengan tujuan supaya dapat mengelirukan umat Islam dan mengikut telunjuk mereka.

Berkemungkinan terdapat juga amalan2 mereka yang betul, akan tetapi kalaulah kebenaran sudah bercampur baur dengan kebatilan, akan menjadi kesusahan pada orang awam untuk menentukan yang mana satu betul dan salah! Mungkin perkara benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar dan diamalkan sehingga ke akhir hayat. Maka ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah di dunia sehingga akhirat.

Oleh itu jauhilah ajaran ini dengan berpeganglah dengan amalan2 yang disepakati Ulama', insyaAllah selamat dunia akhirat.


4) Apakah akibat yang kita dan masyarakat akan hadapi jika mengamalkan ajaran2 Wahabi dari segi akidah, ibadah dan sosial?

Akibat dari sudut akidah, pastinya sangat bahaya kerana bila tergelincir seseorang muslim dalam akidah akan membawa kegelinciran dalam soal2 yang lain.

Selain itu konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah di sisi Kaum Wahabi
membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid Nabi, bacaan ber-zanji, berdiri ketika selawat Nabi, marhaban, memuji2 Nabi saw, menziarahi kubur Nabi saw, amalan tabarruk (ambil berkat) dan lain2 lagi.

Dari sudut ibadah pula banyak amalan2 baik yang tergolong di dalam bida'ah hasanah di anggap sebagai buruk dan seterusnya masyarakat mula meninggalkannya.

Contohnya amalan membaca Yasin di malam Jumaat adalah merupakan amalan yang baik. Sekurang2nya kita ada membaca al-Quran dalam seminggu.

Ini adalah implikasi dari penta'rifan bid'ah yang telah di salah ertikan oleh golongan Wahabi, di mana mereka mengatakan pengertian bid'ah itu segala amalan yang Nabi saw tidak lakukan sewaktu hayatnya.

Sedangkan kita jumhur ulama menta'rifkan dengan segala amalan yang baru yang hanya bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma' dan Qias sahaja dikatakan sebagai bid'ah yang dhahalah (sesat) dan dilarang untuk diamalkan.

Sementara amalan2 yang ada sandaran dari dalil2 sama ada dari nas2 yang bersifat khusus atau umum adalah dianjurkan untuk diamalkan selama mana tidak terdapat nas2 yang melarang amalan tersebut.

Dari sudut sosial pula dengan munculnya golongan ini akan menimbulkan
perpecahan, perbalahan di dalam masyarakat dan perpecahan itu sangat dilarang di dalam agama. Yang lebih membimbangkan fahaman golongan ini sudah menjadi kenyataan dan telah mendorong para pengikutnya kepada Islam militan.

Jauhilah golongan ini demi keselamat akidah, ibadat dan keharmonian dalam bermasyarakat.


5) Bagaimanakah kedudukan pengikut Wahabi dari segi pandangan Islam, samada mereka termasuk dalam golongan musyrik atau sebagainya?

Di dalam akidah Ahli Sunnah wal Jamaah kita diajarkan supaya bersikap tidak membudayakan sikap kafir mengkafir. Walaupun telah jelas para Alim Ulama menggolongkan mereka sebagai golongan yang sesat, namun tidak mengkafirkan mereka.

Ramai dari kalangan ulama yang menggolongkan mereka sebagai ahli bida'ah. Namun Rasullullah saw. menegaskan di dalam hadithnya betapa golongan sesat itu dijanjikan neraka untuknya.

Terkadang golongan ini mendabik dada mengaku sebagai Ahli Sunnah sedangkan hakikat yang sebenar adalah pembohongan yang nyata. Telah terbukti aliran ini bertentangan dengan pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kita menyarankan kepada para mengikut golongan ini agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Oleh: Al-Haqir Mahfuz Muhammad al-Khalil
terbitan: Majlis Agama Islam Negeri Johor.