PAUTAN TAMBAHAN

Sabtu, 22 Ogos 2015

Perancangan Musuh Islam Untuk Melemahkan Islam

Rancangan Yahudi Melemahkan Tasawwuf dan Tarekat lantas Membawa Kepada Kemusnahan Islam-

Pada perang salib dahulu, mereka musuh-musuh Islam memperoleh kekalahan yang cukup besar, dengan Kehebatan Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tenteranya yang menimbulkan rasa gerun pihak Musuh.

Oleh kerana kekalahan yang besar itu, Maka mereka orang-orang Yahudi pun berkumpul bermensyuarat untuk mengkaji apakah yang menyebabkan Ummat Islam ketika itu kuat. Setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan, kajian demi kajian dijalankan, Maka mereka sepakat untuk memisahkan 4 perkara daripada diri Ummat Islam supaya kelak Ummat Islam akan berada dibawah kaki mereka.

Yang pertamanya mereka memutuskan untuk memisahkan Dzikir daripada Ummat Islam supaya Ummat Islam hari ini berjuang tanpa dzikir dan sudah semestinya perkara yang tidak disertai dengan dzikir itu adalah perkara yang sia-sia.

Keduanya mereka memutuskan untuk memisahkan Ilmu Tassawuf/ Tarekat daripada diri Ummat Islam kerana mereka mendapati Raja dan tentera-tentera yang hebat-hebat daripada kalangan Ummat Islam dahulu semuanya adalah daripada golongan Sufi/Tarekat, antaranya Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengambil tarekat Naqshbandi daripada gurunya Shaykh Shamsuddin Al-Wali, Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi pahlawan-pahlawan Islam yang merupakan Ahli Sufi.

Ketiganya, mereka memutuskan untuk memisahkan Qasidah-qasidah/ Syair-syair yang memuji Allah dan Baginda Rasulullah saw daripada diri ummat Islam. Hal ini kerana tentera-tentera Islam dahulu sebelum pergi berperang mereka akan mendendangkan qasidah-qasidah serta syair-syair yang yang menaut hati mereka kepada Allah, menaut hati mereka kepada Rasulullah saw, dan membangkit semangat Juang didalam diri mereka yang menyebabkan mereka menjadi seperti Singa yang Gagah apabila dimedan perang.

Keempatnya pula mereka memutuskan untuk memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam, hal ini kerana kesemua pejuang-pejuang Islam dahulu itu berjuang kerana Rasulullah saw, bahkan tidak pernah walau sedetik sekalipun mereka berpisah daripada Rasulullah saw(melupakan Rasulullah saw). Dengan memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka mereka akan memperoleh kemenangan yang paling besar.

Umumnya diketahui bahawa Rasulullah saw itu merupakan Qudwatul Hasanah(Contoh yang agung lagi terbaik). Apabila terpisahnya Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka Ummat Islam akan menjadi terhuyung-hayang tanpa arah tuju, tanpa contoh atau ikutan. Hal ini telah terbukti dizaman ini, Ummat Islam hari ini lebih mencontohi tokoh-tokoh barat daripada Baginda Rasulullah saw, Ummat Islam lebih mencontohi artis-artis, pelakon-pelakon, dan penyanyi-penyanyi daripada mencontohi Baginda Rasulullah saw.

Maka sekarang telah berjayalah keempat-empat perancangan mereka ini untuk meletakkan Ummat Islam dibawah telapak kaki mereka, cuba lihat di Institusi pengajian seperti sekolah-sekolah atau universiti-universiti yang ada kini, Fakulti Pengajian Usuluddin ada, Fakulti Pengajian Syariah ada, tapi Fakulti Pengajian Tasawuf tiada. Kemanakah hilangnya? Sedangkan Iman, Islam dan Ihsan itu adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Kini telah terlaksana keempat-empat perkara ini, dan dan Ummat Islam hari ini tersangat-sangatlah lemah.

` TUAN GURU USTAZ MUSTADA KAMAL.. BATU BUROK TERENGGANU.