PAUTAN TAMBAHAN

Ahad, 22 Mac 2015

KEPUTUSAN RASMI PENGIRAAN UNDI PRK N.06 CHEMPAKA





"HUDUD - Saya Serah Pada Pimpinan" Video sekitar calon keluar mengundi selaku pengundi pertama dan respon calon terhadap soalan wartawan berkenaan isu Hudud.





Kemenangan PAS sudah dijangka berdasarkan kecenderungan pengundi di dun seluas 29.75 kilometer persegi dengan 10 UPU ini. Namun bilangan majoriti undinya menjadi teka teki yang mendebarkan.

Pengarah Pilihanraya PAS bagi Dun Chempaka, Dato' Takiuddin Hassan bersyukur dengan kemenangan besar dengan majoriti 10,899 undi kali ini yang dianggap begitu cemerlang.

Bagi beliau, kemenangan ini merupakan suatu pencapaian yang amat memberansangkan dan beliau optimis dengan calon (kini bergelar YB). "Ustaz Fathan adalah calon yang masih muda, baru berusia 42 tahun, jadi kita mengharapkan beliau boleh bertahan lama di dun ini.Kalau dahulu Almarhum Tuan Guru memegang Chempaka selama tujuh penggal, YB Ust Fathan, saya jangka mampu mengekalkan kedudukan secara mudah untuk beberapa penggal, insyaAllah."

"Sebagai calon yang memiliki latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan pemegang ijazah sarjana, beliau mungkin bakal diberi amanah yang besar di peringkat kepimpinan negeri." "Beliau ada masa depan yang cerah di dalam parti dan saya optimis dengan beliau. Ustaz Fathan bintang parti.