Khamis, 6 November 2014

BANJIR DI CAMERON HIGHLAND

CAMERON HIGHLANDS: Polis mengesahkan dua maut manakala seorang lagi dikhuatiri lemas dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Ringlet dan Kampung Raja di sini.

Polis turut mengesahkan beberapa lagi turut cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah lelaki warga Nepal dikenali sebagai Mohd Yusuf, 66, yang tinggal di Hulu Merah, Ringlet.

Wan Zahari berkata, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di Lembah Bertam, Ringlet, pada jam 8.30 malam tadi yang menyebabkan kematian seorang warga Indonesia dikenali sebagai Apian, 48.

Beliau berkata, tanah runtuh menimbus rumah kongsi didiami mangsa bersama isterinya dikenali sebagai Sunami, 41.

"Apian meninggal dunia akibat tertimbus tanah runtuh tetapi mayatnya tidak dapat dikeluarkan malam tadi. Kita hanya akan berbuat demikian pagi ini.

"Bagaimanapun isterinya dapat menyelamatkan diri," katanya.




awa