Khamis, 13 November 2014

YAHUDI MEMBAKAR MASJID DI RAMALLAH

Bangkitlah wahai umat !

Setelah mereka gagal untuk menghapuskan Hamas dan al-Qassam dalam serangan ketenteraan ke atas Gaza, rejim Zionis kini menggilirkan fokus mereka dengan mencabuli kesucian Masjid al-Aqsa sejak beberapa minggu yang lalu.

Di saat umat Islam masih mencari asas-asas kekuatan bagi mendepani rejim penjajah Zionis ini, mereka terus menyerang umat ini dengan penuh sombong.

Semalam, mereka bertindak membakar sebuah masjid di Ramallah, Tebing Barat yang bukan sahaja merosakkan infrastrukturnya, bahkan ia telah bertindak membakar hati dan perasaan umat Islam yang prihatin.

Bangunlah wahai umat ! Jangan biarkan saudara kita diganyang dan kesucian rumah-rumah Allah terus ternoda tanpa kedengaran suara umat sejagat.

Dr Zainur Rashid Zainuddin

>



Sebuah masjid berhampiran Ramallah di Tebing Barat dibakar penduduk Israel, semalam, menurut pegawai keselamatan Palestin. "Mereka membakar keseluruhan tingkat satu masjid berkenaan yang terletak di perkampungan al-Mughayir tidak jauh dari penempatan Israel di Shilo,"katanya dipetik Press TV Make Money at : http://bit.ly/best_tips