PAUTAN TAMBAHAN

Rabu, 8 Oktober 2014

Israel halang bahan pembinaan masuk ke Gaza


7 Okt, Gaza - Pihak zionis Israel menghalang kemasukan 60 buah trak yang penuh dengan bahan-bahan pembinaan daripada masuk ke Gaza.

Semasa 51 hari Gaza 'disembelih', Israel memusnahkan 15,671 unit rumah di sepanjang Gaza, termasuk 2,276 yang musnah teruk.

Lebih 2,150 orang penduduk Gaza, kebanyakannya penduduk awam terbunuh, dan 11,000 orang cedera semasa serangan membabi-buta tersebut.