PAUTAN TAMBAHAN

Khamis, 13 Jun 2013

DAP di Pulau Pinang sebuah kerajaan negeri yang sangat jahat ini faktanya:


DAP di Pulau Pinang sebuah kerajaan negeri yang sangat jahat ini faktanya:

1- Pada tahun 2009, setahun selepas mentabir Pulau Pinang, kerajaan negeri secara biadap mencatat sejarah apabila melaksanakan program berbentuk kebajikan RM100 setiap tahun kepada
a) warga emas
b) OKU
c) Ibu tunggal

*Terbaru, suri rumah turut di senaraikan dlm program RM100

One-Off:
a) RM1,000 untuk urusan jenazah
b) RM1,000 untuk IPTA Emas
c) RM200 untuk Anak Emas
d) RM1,000 untuk pasangan belia yang kurang kemampuan nak berkahwin

2-Dan lebih kejam apabila kerajaan negeri yang ditadbir DAP & Cina telah beri jaminan bahawa semua keluarga mempunyai pendapatan RM770, jika didapati kurang, Cina LGE tambah bayaran sehingga cukup RM770 tiap-tiap bulan.

Lagi zalim apabila dengan sewenangnya Cina ini tak bagi orang Murtad bila mana, menubuhkan Jawatankuasa Anti-Murtad.

3-Fakta lagi, bahawa secara zalimnya DAP tak robohkan masjid, surau dan setiap masjid/surau mesti hidup dengan program-program dakwah.

4-Kerajaan negeri DAP, tak tambah-tambah hutang, sebaliknya kurangkan hutang daripada RM630,13 juta pada 2008 kepada RM29,66 juta sdgkan dalam Islam, wajib berhutang kerana nak buat bangunan banyak-banyak.

5-Fakta lagi mengapa aku kata kejam?? kerajaan negeri Pulau Pinang siap bg peruntukan utk hal Islam:
a) RM35,78 juta (2009)
b) RM37.85 juta (2010)
c) RM63,21 juta (2011)
d) RM64,03 juta (2012)

6-Fakta lagi, kerajaan DAP sangat-sangat jahat bila bg air percuma pada 2008. Dan lebih jahat, DAP nie bila tiada masjid/surau dirobohkan meski pun masjid/surau pembangkang (UMNO) yang jadi JKKK.

Nota: Corak pentadbiran Cina DAP berbeza sangat ketara berbanding di China dan Singapura. Di China parti komunis secara terbuka menindas masyarakat Tibet, di Pulau Pinang semua dapat hidup secara aman dan damai.

Perbezaan dapat dilihat berbanding dengan PAP, di Singapura PAP tak buat jawatankuasa Anti-Murtad, di Pulau Pinang, DAP buat meski pun kafir harbi.

Perbezaan ketara juga dapat dilihat jika nak bandingkan corak pemerintahan Melayu UMNO sejak 1957-2013 adalah sangat jelas bahawa DAP lebih mengkagumkan.

DAP tak menindas orang Islam apabila melihat pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Kelantan yang memimpin melalui tauladan, yang mana biar pun negeri Kelantan penuh dengan ciri-ciri Islam tapi kuil terbesar masih kekal di sana.Sikap kesederhanaan yang ditunjukkan Tuan Guru juga telah berjaya mengusik hati pemimpin dari PR yang bukan Islam utk berada dalam majlis-majlis Islam, Insya-Allah.. jika hidayah Allah yang punya.

Pentadbiran DAP juga di contohi oleh kerajaan negeri Selangor, antara program yang kerajaan negeri Selangor ambil dari DAP adalah Anak Emas, jika DAP bg berbentuk one-off, kerajaan negeri Selangor bagi berbentuk bon RM1,000.Anak tersebut bakal jutawan..Inilah yang UMNO-BN tak pernah terfikirkan utk rakyat lebih-lebih lagi masyarakat Islam sendiri.