Isnin, 24 Disember 2012

Kezaliman Umno - Ust. Sharil Long




LARANGAN MENYOKONG PUAK YANG MUNGKAR

Firman Allah dalam Surah al-'An'am,ayat 68:
Maksudnya:
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami,maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal lain;dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka),maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu,sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Kata al-Qadi Abu Bakr Ibn al-'Arabi:"Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan duduk bersama ahli mungkar"[2]

Duduk bersama golongan mungkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong,membantu dan menolongnya.

Firman Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 140:

Maksudnya:

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu(perintahNya) didalam kitab (Al-Quran),iaitu:apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik),maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain;kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian),tentulah kamu sama seperti mereka.

Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: " Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka.Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka."

Katanya lagi:"Firman Allah - (kalau demikian,kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat(menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka.Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat.Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini.[3]

Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah,maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut.Mungkin dia berkata,saya tidak menzalimi orang lain,atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja,sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67:

Maksudnya:
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka,mereka berkata(dengan sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu(semasa didunia)taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.Dan mereka berkata lagi:"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami,lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya.Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan kedalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:

Maksudnya:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian),api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.



MENYOKONG YANG ZALIM ADALAH ASOBIYYAH

Adalah sangat pelik,apabila kezaliman yang begitu jelas dan nyata sehingga golongan bukan Islam pun menyatakannya zalim tetapi maseh ada yang mengaku muslim teru menyokongnya.Kononnya kerana mempertahankan keutuhan parti,warisan dan seumpamanya.Ini adalah bisikan syaitan dan bicara seorang yang tiada pegangan aqidah serta keyakinan terhadap petunjuk agama.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

Sesiapa yang berperang dibawah"bendera buta" dan menyeru kepada 'asbiyyah atau marah kerana asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah.

(Riwayat Muslim,Ibn Majah,an-Nasai)

Kata as-Sindi dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: "Lafaz (bendera buta) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil."[4]

Sekiranya berjuang dalam keadaan yang tidak tahu benar atau salah dianggap mati dalam jahiliyyah,apatah golongan dan individu yang mempertahankan pemimpin yang terang-terang zalim dan jahat.

Ini adalah sikap yang lebih jahiliyyah.Golongan jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi s.a.w. terkenal dengansikap mempertahankan puak sekalipun bersalah.Jahiliyyah moden juga demikian.Mereka terus mempertahankan seseorang pemimpin yang zalim sekalipun mereka sedar dia zalim semata-mata kerana parti yang didokong.Maka golongan ini mati jahilliyyah,seperti matinya pendokong-pendokong jahiliyyah yang lalu.

Dalam menjelaskan maksud 'asabiyyah,Rasulullah s.a w pernah bersabda:
 Maksudnya:
 'Asobiyyah itu kamu menolong kaummu atas kezaliman

(Hadith ini riwayat Abu Daud.Kata Ibn Muflih... dalam al-Adab as-Syar'iyyah,hadith ini hasan.Ini disokong oleh Syu'ib al-Arnaud dalam tahqiqnya kepada kitab tersebut)[5]

Golongan asabiyyah membukti dan mengamalkan 'asabiyyah apabila mereka terus menyokong seseorang sekalipun zalim dan menindas.Golongan ini mati seperti mati seorang yang tidak berpegang kepada Islam sebaliknya berpegang kepada dasar jahiliyyah.Semoga Allah jauhkan kita dari termasuk dalam golongan ini.

SEMUA WAJIB MENCEGAH MUNGKAR

Kezaliman adalah kemungkaran.Wajib bagi setiap individu muslim mencegahnya.Sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya muslim maka kewajipan ini mesti dilakukannya.Ini bagi menyahut sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya,sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya,sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya.Itu adalah selemah-lemah iman.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith di atas membuat contoh seperti berikut:"Apabila seseorang melihat insan lain membeli barangan yang rosak atau seumpamanya lalu dia tidak membantah dan memberitahu pembeli maka ini adalah kesalahan yang jelas.Pada ulama telah menetapkan bahawa wajib sesiapa yang mengetahui perkara seperti ini membantah penjual dan memberitahu pembeli'[6]

Sekiranya dengan hanya melihat seseorang membeli sesuatu barang yang rosak,wajib diberitahu kepadanya dan dibantahi penjualnya,apatah lagi jika kita melihat seseorang yang ingin memberikan undi atau sokongan kepada golongan yang rosak,jahat dan zalim.Sudah pasti kewajipan mengingatkan para pengundi lebih besar dari mengingatkan seorang pembeli.Ini kerana mengingatkan pembeli untuk menyelamatkan individu dari ditipu sedangkan mengingatkan pengundi adalah demi menyelamatkan umat dari binasa.