Jumaat, 23 November 2012

Harga kamera perangkap laju 10 kali ganda...


MK- Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa Kementerian Dalam Negeri mungkin membayar lebih 10 kali ganda untuk perolehan kamera perangkap had laju bagi kegunaan polis yang berjumlah RM23.5 juta. 
Dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Mahfuz (PAS-Pokok Sena) mendakwa demikian berdasarkan dokumen didakwa sebut harga untuk pembekal kepada kerajaan di tiga negeri di Amerika Syarikat di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. 
Mahfuz mempersoalkan sama ada proses perolehan itu dibuat secara tender terbuka dan meminta kerajaan menjelaskan syarikat yang dipilih untuk membekalkan kamera berkenaan. 
Dokumen berkenaan, yang disaksikan Malaysiakini, menunjukkan kerajaan negeri Montana menawarkan AS$4,995 (RM15,292.59) dan Idaho sebanyak AS$5,057.44 (RM15,483.84) untuk setiap unit kamera jenis Laser Trucam. Menurut dokumen itu lagi, negeri Delaware menawarkan AS$6,378 (RM19,526.88) untuk setiap unit kamera Laser Digicam. 

Dalam satu jawapan bertulis kepada MP Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kamera Laser Digicam itu diperolehi dengan harga RM173,925 seunit dan RM223,500 seunit untuk model Laser Truecam. 
Ia turut menjelaskan, kerajaan membekalkan kamera berkenaan secara berperingkat-peringkat kepada pasukan polis sejak 1995 – yang keseluruhannya berjumlah 85 unit bagi model Digicam dan 39 bagi Truecam. 
Berucap ketika perbahasan peringkat jawatankuasa untuk belanjawan kepada kementerian tersebut, Mahfuz berkata menteri perlu memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.sumber

al-Husseyn: Mahfuz : Harga kamera perangkap laju 10 kali ganda...