Selasa, 13 Disember 2011

Fitnah dan Zalim menguasai dunia

Selepas membaca artikel  yang menarik perhatian saya iaitu fitnah merupakan senjata tertua dunia yang mampu membunuh seluruh manusia di dunia secara halus.Kita sendiri pasti sudah lali apabila berbicara tentang fitnah dimana ia sudah pun menjadi adat orang melayu sendiri saling menfitnah antara satu sama lain demi kepentingan diri.

Ambil saja  apa yang sedang berlaku di arena politik negara.Malaysia sendiri tidak lari dari fitnah seperti yang kita ketahui video lucah Dato'Anwar Ibrahim.Saya bukanlah pakar dalam bidang politik untuk mengulas dengan sempurna tentang kesahihan berita ini tetapi cukup kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang mampu berfikir secara logik menggunakan akal untuk berfikir dan mata hati untuk menilai.

Cukup seringkas itu saya ringkaskan contoh fitnah yang berlaku sendiri di negara kita,mari kita ambil contoh yang tertulis di dalam Al-Quran iaitu pembunuhan pertama di muka bumi ini yang berlaku antara   Qabil dan Habil yang bersengketa disebabkan api fitnah demi merebut seorang perempuan sehingga sanggup membunuh.

Sesungguhnya fitnah itu senjata tertajam sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 27:…fitnah itu adalah sesuatu yang sangat besar dosa dan akibatnya dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.

Mari kita lihat contoh yang lebih jelas iaitu pada ketika Nabi Yusuf as difitnah bermukah dengan Zulaikha .Fitnah ini dirancang dengan sempurna oleh orang istana yang bermula dengan api fitnah Zulaikha yang akhirnya Yusuf as diheret ke penjara.Namun Yusuf lebih memilih ke penjara demi maruah dan kesucian dirinya.

Firman Allah swt dalam surah Yusuf as ayat 21-36,:...Tuhanku,penjara lebih aku suka berbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya.

Kembali pada zaman moden ini dapat disaksikan bagaimana manusia menggunakan senjata moden,jet pejuang,nuklear,peluru berpandu mahupun 1001 senjata moden namun fitnah memainkan peranan penting dalam menyerang negara musuh ataupun manusia secara halus melalui propaganda -propaganda yang menyebabkan hura-hara rakyat serta untuk menjatuh musuh mereka dari segi politik dan persaingan ekonomi serta agama.

Kuasa besar seperti Amerika walaupun lengkap dengan alatan peperangan namun masih menggunakan fitnah sebagai propaganda dengan menunjukkan bahawa merekalah hero yang kononya sebagai penyelamat dan pendamai demi kepentingan mereka sendiri.

Mari kita renungkan kembali apa yang terjadi di Iraq serta Afghanistan yang sehingga kini tidak pasti arah tuju pemerintahan negara mereka.Peperangan yang bermula dari api fitnah barat terhadap negara Islam yang sehingga kini telah mengorbankan berjuta-juta jiwa yang tidak bersalah sehingga kini masih tidak aman.Dimana nuklear yang dikata terdapat di Iraq seperti yang didakwa Barat?sehingga kini tidak dapat dicari jawapannya sedangkan nyawa manusia sudahpun terkorban.

Tidak cukup Iraq dan Afghanistan,kini dunia digegarkan kembali dengan sengketa yang sedang bergolak di negara timur tengah iaitu negara-negara islam yang kaya dengan hasil minyak.Tutup tentang fitnah,saya membuka satu lagi lembaran cerita dengan penentangan terhadap kuasa autokratik yang zalim.Pemimpin diktaktor  memerintah,menguasai negara secara zalim dimana mengumpul kekayaan namun masih ramai rakyat yang miskin kelaparan.Kekayaan yang dikurniakan tidak diagihkan secara adil.Memerintah selama berdekad-dekad tanpa megenal erti mengalah.Tamak menguasai diri walaupun mereka adalah antara khalifah yang dipilih Allah untuk memimpin umat islam.

Kerajaan Tunisia di bawah Ben Ali,Mesir dibawah Hosni Mubarak sudahpun jatuh.Manakala yang masih menanti hari iaitu Libya,Bahrain,Arab Saudi,Yemen,Jordan,dan Djibouti dalam fasa penentangan rakyat yang berterusan sehingga kini.

Rakyat bangun menentang pemimpin mereka kerana mereka inginkan perubahan setelah sekian lama hidup di bawah kepompong pemerintah yang sama,autokratik,zalim serta tidak adil dimana hanya segelintir  daripada rakyat negara mereka sahaja yang mampu hidup kaya raya sedangkan masih ramai di antara mereka yang hidup miskin serta kelaparan.Jika dikaji serta di lihat dari mata kasar ekonomi negara -negara Arab yang kaya dengan minyak mampu memberi kesenangan kepada seluruh rakyat mereka.Pemimpin kaya raya mengumpul harta yang tidak mungkin dibawa mati.

Setelah berdekad lamanya kini rakyat bangun menetang,mengadakan demostrasi sana sini ,menggulingkan pemerintah mereka dengan kejam,mereka hidup dibawah pemerintah diktaktor yang kejam,menggulingkan pemerintah diktaktor itu juga dengan kejam tetapi adakah dengan menggulingkan pemerintah zalim ini akan berakhirnya kezaliman di dunia ini mahupun negara mereka walaupun sudah banyak nyawa-nyawa tidak bersalah terkorban?tinggal tanda tanya di situ,tiada jawapan yang jelas dimana kezaliman itu sentiasa wujud walaupun di penhujung dunia.

Tidak sedarkah mereka-mereka yang menggulingkan pemerintah mereka dengan kejam itu telah menzalimi diri mereka sendiri?anak-anak terkorban,kehilangan keluarga,kerosakan bangunan-bangunan penting serta kehancuran bandar-bandar tempat mencari rezeki yang mungkin telah dimajukan oleh pemerintah zalim mereka itu?

Untuk memulihkan semua kemudahan itu mungkin memakan masa yang sangat lama .Keadaan ini mungkin akan menjatuhkan kegiatana ekonomi mereka bertahun lamanya.Usah dicakap tentang nyawa yang terkorban,tidak mungkin dapat dikembalikan.Wahai manusia,tidak sedar kau bahawa kau sedang menzalimi diri kau sendiri.

Kadang-kadang kita hanya melihat tentang kezaliman manusia lain tetapi kita terkabur oleh kezaliman diri sendiri.Renung-renungkanlah...

Semoga dunia kembali aman,atau ini mungkin petanda usia bumi sudah terlalu tua dan akhirat menanti untuk datang..Ya Allah ampunkan dosa seluruh umatMu.