Sabtu, 12 November 2011

Orang Islam Murtad Atau Umno Murtad?

-oleh Bro Ery.


Seperti yang kita tahu Melayu belum tentu lagi Islamnya. Islam itu bukan terletak pada bangsa bukan juga terletak pada negara. Islam bukan sekadar sebuah agama tetapi sebuah atur cara kehidupan manusia(Ad-Din).

Di dalam kitab al-Quran terkandung segala bentuk cara bagaimana untuk manusia meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini.

Malaysia ini bumi Allah, bukan bumi UMNO bukan juga bumi PAS, PKR, MCA, MIC mahu pun DAP. Semoga anda jelas dengan perkara ini.



Orang Melayu cukup sensitif sekiranya bangsa mereka dikeji tetapi kurang sedikit sensitifnya apabila agama mereka dikeji.

Ya, ini benar. Agama kita sudah terang-terang dihina sejak dulu, kini dan selamanya. Mengaku Melayu beragama Islam tetapi menolak hukum Allah.

Jadi dimana letaknya Islam mereka itu? Adakah pada IC semata-mata?

Kenapa ada orang yang menolak hukum hudud yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu tidak pernah dikeluarkan flyer-flyer dan diedarkan dimasjid-masjid untuk ditentang?

Mereka juga menafikan hukum Allah seperti agama Kristian yang menafikan kesucian Islam.

Mungkin kerana orang itu berbangsa Melayu yang berpangkat. Jadi semua Melayu-melayu yang kononnya hebat duduk taat pada ketuanya(Feudal).

Biar digelar derhaka kepada agama Islam jangan digelar derhaka pada bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Siapa yang menjadikan 1 Malaysia? Oh, common laaa. Kata 1 Malaysia. Jadi kena adil laa kan. Kalau kita boleh menyebarkan agama kita pada mereka, mereka juga boleh menyebarkan agama mereka pada kita. Hahaha.


Sekarang rasakan laa sendiri natijahnya. Sendiri yang jahil tidak tahu apa maksud adil yang sebenar-benarnya.

Adil yang diterangkan didalam al-Quran membawa maksud "Meletakkan sesuatu pada tempatnya".

Islam dah menerangkan berkenaan hukum yang telah diwajibkan bagi umatNya tetapi ada individu yang mempertikaikannya semata-mata nak adil. Itu bukan adil tetapi zalim.

Lihatlah sendiri berapa ramai bangsa Melayu yang melahirkan anak luar nikah? Asal berita keluar pasal anak luar nikah je tak ada bangsa lain semua bangsa Melayu rata-rata.

Kenapa?
Sebab bangsa Melayu yang beragama Islam ini zalim kerana tidak mengikut perintah Allah.

Allah sudah memberi jalan penyelesaian tetapi kita menidakkannya dengan mengikut undang-undang cara manusia.

Kenapa terlalu panas hati terhadap Kristian yang cuba menarik orang Melayu bergama Islam di negara ini untuk masuk agama mereka?

Pemimpin kita yang beragama Islam juga terang-terang menolak hukum Islam. Kenapa kita tak panas hati terhadap pemimpin kita?

Pemimpin kita menyediakan pusat-pusat hiburan seperti pub, disko, kelab dangdut dan sebagainya. Pemimpin kita menyediakan rumah-rumah judi. Pemimpin kita menyediakan arak.

"Nelly Konsert SuaraKami"
Pemimpin kita membunuh para ulamak (Memali). Pemimpin kita menyekat dakwah Islam (Bob Lokman) dan mengagung-agungkan para artis sehinggakan baju pengantin artis yang kena tangkap basah pun nak diletakkan dekat muzium negara.

Pemimpin kita menjemput artis-artis barat Yahudi datang untuk menghiburkan dan melalaikan bangsa Melayu yang beragama Islam.

Bukankah segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kita membantu bangsa Melayu agar lebih jauh dari Islam dan lebih cepat untuk murtad. Hahaha.

Kes Lina Joy murtad. Ambiga menjadi peguam kepada Lina Joy. Semua menyalahkan Ambiga memurtadkan Lina Joy.

Tetapi persoalannya yang sebenar-benarnya adalah siapa yang meluluskan agar Lina Joy murtad? Adakah Ambiga?

Nope, Ambiga hanya seorang peguam dia tiada kuasa meluluskan. Jawapannya adalah orang kita yang sebangsa dan seagama dengan kita.

Kita caci mereka begitu juga mereka mencaci kita. Tiada penghujungnya kerana bagi mereka agama mereka benar dan bagi kita agama Islam itu benar.

Tetapi persoalannya kita cakap agama Islam kita benar tapi undang-undang tak ikut agama Islam tapi ikut undang-undang Yahudi. Bukankah kita telah menampakkan kebodohan dimata mereka.

Umpama kita cakap yang babi tu haram tapi kita makan juga babi tu. Kita cakap arak tu haram tapi kita togak jugak arak tu.

Hakikat sebenarnya pemimpin dan kerajaan kita tidak pernah ada niat untuk mengagung-agungkan agama Islam. Mereka hanya sibuk untuk mengagungkan bangsa Melayu sahaja.


Islam itu hanya agama rasmi sahaja dekat negara ini. Membawa maksud negara kita bukan negara Islam 100%.

Kalau mereka mengatakan mereka melindungi agama Islam dimana buktinya kalau terang-terang mereka menolak hukum Allah.

Bukan masanya kita nak salahkan agama lain. Mereka hanya menjalankan kewajipan mereka terhadap agama yang dianuti mereka.

Sebaliknya kita yang patut menyalahkan diri sendiri kenapa tidak mengikut apa yang agama kita kehendaki.



Ingat, fatwa kerajaan simple je.

Mengerjakan haji itu wajib bagi yang berkemampuan tetapi hukum hudud itu tidak wajib walaupun kita berkemampuan untuk melaksanakannya.

Fatwa bodoh yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara yang meluluskan cerita 3gp dan Hantu Bonceng sebab filem itu karya bangsa Melayu.

Lol~

--
Bro Er