- Mempunyai atau memberikan nama atau gelaran yang baik kerana nama/gelaran itu adalah doa (katakanlah nama kita maksudnya kurang baik, maka letakkanlah gelaran yang baik sebagai gantinya).
- Melaksanakan dan menjaga hukum agama dengan penuh keazaman dan istiqamah.
- Sentiasa berdamping dengan ulama supaya tidak menyimpang dari ajaran agama.
- Menjaga dan menghormati ulama.
- Menjaga aqidah, syariah serta tinggi budipekerti dan akhlak.
- Berfikiran luas.
- Bersifat adil dalam menjalankan hukuman atau membuat sesuatu keputusan.
- Apabila menyudahkan setiap kerja yang dilakukan, lihatlah hasilnya dan meningkatkan lagi mutunya di mana perlu, (tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dilakukan).
- Sifat simpati kepada orang yang susah.
- Menegur atau memarahi atau menghukum (atas kebenaran) hanya setelah pasti perbuatan yang dilihat adalah salah dan terbukti.
- Berusaha/berazam menjauhi kemungkaran dan sentiasa menggunakan akal bagi membungkam nafsu-nafsi yang merosakkan.
- Lidah yang fasih dalam berkata-kata supaya terang dan jelas maksud kata-katanya.
- Tegas dalam mengingatkan sesuatu yang baik kepada seseorang.
- Tidak terlibat dalam perkara/majlis yang tidak berfaedah.
- Memastikan majlis berfaedah yang dihadirinya atau dibuat olehnya dipastikan ada orang-orang yang mendoakan agar diberkati majlis berkenaan.
- Tidak menzalimi manusia lain.
- Mempastikan kesejahteraan, kemakmuran, keamanan dan kemajuan persekitarannya terutamanya ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, anak-anak buah (termasuk kakitangan/pekerja kita) dan lain-lain.
- Tidak merampas harta dan hakmilik orang lain.
- Tidak terlalu mengikut suruhan nafsu termasuk makan-minum, tidur dan lain-lain.
- Menjaga pandangannya.
- Ketawa tidaklah keterlaluan – sekadar lebih banyak senyum.
- Sentiasa bermuhasabah diri.
- Sentiasa berzakat, bersedekah dan menderma (bersifat pemurah) – jika atau sekadar mampu.
- Apabila bersedekah atau memberikan hadiah atau menghulurkan bantuan, jagalah maruah si penerima supaya dia tidak aib di hadapan orang lain kerana terpaksa memohon bantuan.
- Bertabiatlah dengan suka menyembunyikan bantuan supaya hanya diketahui oleh Allah SWT.
- Jika berjanji, tunaikanlah, jangan tangguh-tangguhkan kerana orang yang kita berjanji, menanti-nanti akan janji kita, jika kita takut putus janji, sebutlah InsyaAllah di penghujung perkataan, “Saya akan cuba sedaya upaya” . Jika orang yang kita berjanji masih menanti dan janji kita masih tidak dapat penuhi, hubungilah dia.
- Tidak menakutkan kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, anak-anak buah dll dengan ugutan dan ancaman.
- Tidak meletakkan hukuman atau balasan ke atas perbuatan yang salah secara berlebih-lebihan.
- Syaitan dan seumpamanya adalah musuh yang nyata pada diri.
- Memastikan dijaga maruah diri, kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, anak-anak buah dan lain-lain.
- Tidak mengeluh atau bersedih dalam tempoh yang panjang jika kehilangan apa-apa yang disayangi sebaliknya redha dan bertaubat.
- Menggalakkan kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, anak-anak buah dll supaya menuntut ilmu dan sekiranya ilmu yang dituntut sudah tiba masanya untuk disebarkan – menyuruh ianya disebarkan supaya orang lain dapat memanfaatkannya.
- Apabila membeli apa-apa harta, jangan tunjuk-tunjukkan terutamanya di kalangan kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, anak-anak buah dll, yang mungkin terasa hina kerana ketiadaan dan kedhaifan.
- Sebelum membuat keputusan yang penting, merujuklah dahulu kepada pakar atau ahli dalam bab berkenaan tidak kira hal-hal dunia atau akhirat.
- Apabila berurusan, kenali manusia-manusia persekitarannya yang mungkin mempunyai kepentingan diri yang melebihi kepentingan orang lain supaya tidak berlaku apa-apa pengkhianatan, berilah pesan dan kata-kata nasihat.
- Semasa dhaif – kita berdoa agar dianugerahkan rezeki atau pangkat oleh Allah SWT - semasa mewah atau berpangkat, janganlah lupa diri kita dan sentiasalah mengenang semasa kita susah dahulu, ingatlah hanya manusia yang biasa susah, akan mengenali orang yang susah. Tegasnya, “orang yang susah ni, dia tidak akan berani menyatakan kepada kita dia lapar, kitalah yang kena memahaminya”.
- Jika memberi hadiah atau berbuat jasa, kawallah diri supaya tidak mengungkit-ungkit pemberian atau jasa yang dilakukan itu.
- Berhutang hanya ketika perlu, lunaskan hutang dan jangan lari dari hutang, maklumkanlah kepada pemiutang jika kita belum mampu membayarnya.
- Memaafkan dan redha atas kesilapan dan kesalahan orang lain lebih baik dari tidak memaafkan atau tidak redha kerana sifat memaaf dan redha adalah sifat Nabi.
Jumaat, 11 November 2011
Nasihat Dari Guruku Untuk Amalan Sepanjang Hayat
Pesanan Dari Guruku.........