Ahad, 21 Oktober 2018

Dosa Peribadi Dan Tuntutan Mencegah Kemungkaran

Isu serbuan khalwat menarik perhatian umum setelah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya berhubung isu serbuan khalwat yang dilihatnya sebagai menceroboh kehidupan peribadi demi mencari kesalahan. Menurutnya, tindakan seperti ini tidak diajar dalam Islam [Utusan Malaysia, 6/10/2018]. Respons tersebut dibuat rentetan kenyataan terdahulu yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dalam sebuah temuramah bersama akhbar tempatan. Justeru timbul persoalan, adakah Negara tidak berhak campur tangan terhadap kesalahan yang dilakukan dalam ruang peribadi? SN kali ini bertujuan menjawab polemik berkaitan isu ini.

Mencegah Kemungkaran Adalah Tuntutan Syarak

Apa sahaja bentuk kemungkaran terhadap perintah dan larangan Allah adalah termasuk dalam kategori dosa. Manakala mencegah kemungkaran merupakan sebahagian daripada tuntutan syariat sehingga menjadi sebuah kewajipan bagi umat Islam seperti mana yang dijelaskan melalui sebuah hadis yang bermaksud:

“Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman” [HR Muslim].

Tuntutan mencegah maksiat tidak terhad hanya kepada kemungkaran yang dilakukan secara terbuka atau terang-terangan seperti mengambil riba, merompak, meminum arak dan berjudi secara terbuka. Kemungkaran yang dilakukan secara tertutup juga merupakan aspek yang wajib dicegah sekiranya memenuhi tatacara yang menepati syarak. Adapun begitu, hal ini sering menjadi polemik dan senjata di kalangan kelompok yang membawa agenda liberal dengan menggunakan hujah atas keharaman tajassus (mengintip) di sisi Islam sepertimana yang dijelaskan dalam hadis berikut:

Abdul Rahman bin Auf berkata, pernah satu malam aku bersama Umar bin al Khattab membuat rondaan di kota Madinah kemudian kami mendapati sebuah rumah adanya pelita yang dipasang dan terdengar suara yang kuat dari dalamnya. Maka Umar berkata; “Ini adalah rumah Rabiah bin Umayyah bin Khalaf, mereka sekarang sedang minum arak, apa pendapatmu,” Aku menjawab, aku berpendapat kita sebenarnya telah datang apa yang Allah larang daripadanya iaitu jangan mengintip sedangkan kita mengintip, lantas Umar berpaling dan pergi meninggalkan rumah itu” [HR al Tabarani, al Hakim dan al Baihaqi].

Di samping itu, Allah SWT juga telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus)..” [TMQ al-Hujurat (49): 12].

Secara umumnya tajassus adalah perbuatan yang dilarang dalam sebuah Negara Islam (Khilafah) khususnya terhadap warganegara di kalangan Muslim mahupun Kafir Zimmi. Namun larangan tajassus bukan bersifat mutlak sebaliknya bergantung kepada konteks. Hal ini seperti mana yang telah dijelaskan oleh Sheikh Taqiyuddin An-Nabhani di dalam kitabnya Ajhizah Daulah Al-Khilafah bahawa dibolehankan tajassus terhadap kafir harbi – pihak kafir yang menentang umat Islam secara de facto (muhâriban fi’lan) mahupun secara de jure (muhâriban hukman) – menjadi kewajipan bagi khalifah. Tajassus juga diperbolehkan terhadap ahlul ar-riyab – mereka yang dikhawatirkan dapat menimbulkan kemudaratan (dharar) dan bahaya terhadap institusi negara, jamaah atau bahkan individu sekalipun – jika wujud ghalabatu az-zhan (berat sangkaannya) terhadapnya.

Di samping itu, sebahagian besar ulama terdahulu telahpun membahaskan keharusan tajassus terhadap perbuatan maksiat yang dilakukan di sebalik pintu (private sphere) jika didasari ghalabatu az-zhan bahawa berlaku maksiat dengan qarinah (bukti) yang jelas seperti perkhabaran dari seorang lelaki yang terpercaya. Hal ini telah dijelaskan antaranya oleh al-Imam Ibn Hajar (Fath al-Bari, 10/482) dan al-Imam Nawawi (Syarh al-Nawawi, 2/26). Bahkan menurut Al-Imam al-Ramli, menjadi wajib untuk melakukan tajassus sekiranya seseorang Muslim khuatir perkara tersebut terlepas dari pemerhatiannya seperti berlakunya pembunuhan dan perbuatan zina [Nihayah al-Muhtaj (4/47-49)]. Al-Imam Mawardi juga menukilkan dalam karyanya, bahawa seorang muhtasib (penguatkuasa hisbah) tatkala menerima sesuatu aduan daripada orang yang dipercayai (thiqah) dan membawa kepada petunjuk ghalabatu az-zhan, maka ia adalah sesuatu yang diharuskan bagi mencegah kemungkaran. Beliau memetik sebuah kisah di zaman Khalifah Umar RA:

“Dikisahkan, bahawa ketika di Basrah, Mughirah bin Syu’bah seringkali dikunjungi seorang wanita dari Bani Hilal bernama Ummu Jamil binti Mahjam bin Al-Afqam yang bersuamikan seorang dari Bani Tsaqif bernama Al- Hajjaj bin Ubaid. Hal ini diketahui oleh Abu Bakrah bin Masruh, Sahl bin Ma’bad, Nafi’ bin Al-Harits, dan Zayyad bin Ubaid, kemudian mereka mengintip al-Muqhirah bin Syu’bah. Ketika Ummu Jamil masuk ke rumah Al-Mughirah, mereka serentak menangkap kedua-duanya. Kemudian mereka memberi kesaksian kepada Umar RA. Umar RA tidak melarang penangkapan tersebut, meskipun dia berhak menjatuhkan hudud kepada mereka jika kesaksian mereka tidak memenuhi syarat” [Al-Ahkam As-Sulthaniyyah].

Tindakan mencegah kemungkaran hendaklah menepati garis panduan syarak, yang bermula dengan siasatan berasaskan ghalabatu az-zhan yang disandarkan kepada petunjuk-petunjuk atau laporan daripada individu yang dipercayai. Dalam masa yang sama, penguatkuasa seharusnya memelihara aib dan kehormatan di sepanjang aktiviti pencegahan dijalankan. Manakala aktiviti pencegahan yang berdasarkan tajassus secara rambang pula tidak dibenarkan syarak, selari dengan dalil-dalil yang telah dibentangkan. Yang jelas adalah bahawa dalil-dalil tersebut bukanlah sandaran untuk menolak sepenuhnya tindakan pencegahan maksiat seperti yang dicanangkan oleh sebahagian pihak.

Dosa Peribadi Dan Agenda Liberalisme

Konsep ‘dosa peribadi’ tidak pernah dikenali dalam khazanah pemikiran Islam. Menurut perspektif Islam, tatkala seseorang Muslim meninggalkan fardhu ain maka dosa tersebut adalah untuk dirinya sahaja, manakala ketika sejumlah umat Islam meninggalkan fardhu kifayah maka mereka semuanya bertanggungjawab atas dosa tersebut. Begitu juga halnya balasan dosa kepada mereka yang melakukan kemungkaran disisi Allah SWT.

Konsep dosa peribadi ini tidak lain bertujuan untuk dijadikan justifikasi terhadap ‘hak’ para pesalah atas nama kebebasan peribadi dalam bertingkah laku yang dilaungkan di dunia Barat pasca revolusi Eropah (Renaissance). Ia adalah buah fahaman liberalisme yang terus subur melebarkan agenda mereka dengan doktrin-doktrin yang mengelirukan umat Islam. Gerakan ini juga menentang sebarang bentuk ‘moral policing’ kerana menganggap ia bertentangan dengan idea kebebasan yang dijunjung. Mereka turut menuntut perubahan yang lebih drastik terhadap dasar-dasar kerajaan dalam era Malaysia baharu demi memperkukuh agenda sekularisme di negara ini. Gerakan-gerakan liberal di Malaysia sudah semestinya menentang perlaksanaan Islam sebagai sebuah mabda’ (cara hidup). Mereka menolak konsep amal makruf nahi mungkar yang dituntut dalam syariat Islam khususnya yang melibatkan dosa-dosa yang dilakukan dalam ‘private sphere’ sekalipun Islam telah menetapkan kriteria tertentu seperti operasi hanya boleh dilakukan apabila wujud ghalabatu az-zhan, kewajipan untuk memelihara kehormatan dan memelihara aib pesalah serta hukuman ke atas pesalah adalah bergantung pada bukti yang jelas dan menepati syarak.

Dalam Islam, kebebasan individu itu tidak mutlak. Sebagai hamba Allah, kita wajib mentaati perintah dan larangan Allah SWT. Bahkan Rasulullah SAW mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan ia mampu, maka dibimbangi Allah akan menimpakan azab ke atas semua, bukan hanya kepada pesalah. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” [HR Abu Daud]. Ketika banyak perkara maksiat – judi, arak, pusat hiburan, dll.— banyak dihalalkan atas nama lesen, adalah suatu yang menghairankan apabila pihak kerajaan lebih berminat untuk memfokuskan kepada isu serbuan khalwat. Sebagai pemerintah yang mempunyai kuasa, kerajaan seharusnya mendidik rakyatnya agar sentiasa terikat dengan hukum Islam dan membenci setiap perkara maksiat. Malangnya, perkara maksiat terus subur di bumi Malaysia ini. Sesungguhnya, umat hari ini dahagakan para ulama dan pendakwah yang mukhlis memimpin masyarakat melakukanmakruf nahi mungkar dan menyeru pemerintah untuk menerapkan Islam ketika kita terus diasak dengan pelbagai agenda liberalisme yang menyesatkan.

Sumber: Hizbut Tahrir Malaysia

Khamis, 18 Oktober 2018

APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

(Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah;

‎وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ
‎وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ  ﴿٨٩﴾؅

89. Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara dan memberi petunjuk rahmat dan berita gembira bagi org Islam .
(Surah an-Nahl,  ayat 89).

Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut.

(Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan.

(Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, Baginda saw tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti Baginda saw sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK LAIN, AGAMA LAIN”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular.

ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?

politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak ,maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah.

Menurut jumhur ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat;

(pertama) dilakukan kerana Allah,

(kedua) mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah).

Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik ), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.

BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?

1. tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan arahan al-Quran dan as-Sunnah.

2.hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

3.pemimpin wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

4.Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

5.Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Iaitu untuk menegakkan Syari’at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari’at tersebut.

Yakni menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari’at Islam.

Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;

‎يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ  ﴿٢٦﴾؅

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari’at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah”.
(Shad; 26)

MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?

Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa yakni mematuhi perintah Allah (yakni Syari’atNya) dan menjauhi maksiat serta mungkar. Firman Allah;

‎وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ  ﴿٩٦﴾؅

”Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
(al-A’raf; 96)

Pengabaian Syari’at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;

‎أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ  ﴿٦﴾؅

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”.
(al-An’am; 6)

Kebinasaan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan.

Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

Lihat apa yg berlaku kpd beberapa tempat mutakhir ini , kita dengar ada pesta dipantai diperkuburan Syah Kuala Acheh dan pesta minum2 dan sex sebelum terjadinya Gempa dan Tsunami 26 Disember 2004! Lebih 200k nyawa terkorban . 16 Negara terlibat kesan Tsunami termasuk negara kita di Kuala Muda.

Begitu juga kita dengar ada Pesta Pantai yg mencabar aqidah di Kota Palu Sumatera sebelum Kejadian gempa dan Tsunami  pada hari Jumaat 28/9/2018, yg juga terkenal dengan kota yg hebat dengan aktiviti LGBT.

152K mangsa masih tertimbus.
65733 kediaman musnah .
Ritual Nomoni, sembelih kerbau dicampak kelaut dan tarian khusus utk pantai. Setengah jam sebelum ritual ini, datang tsunami.

Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut khusus di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

13 Oktober 2018 Wine Fiesta akan diadakan di Bangsar , KL. Apakah mereka ini nak mengundang bala Allah.  Dulu terkenal dengan Oktober fest.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik.

Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan mungkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir, tapi bila kuasa ditangan, kes selesai.

Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

‎وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا  ﴿٨٠﴾؅

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”.
(al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, had hadNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

Selasa, 9 Oktober 2018

BALA ALLAH TERTAHAN KERANA DAKWAH

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

Sabda Rasulullah SAW

يكون في آخر هذه الأمة خسف ومسخ وقذف، قالت: قلت: يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: نعم إذا ظهر الخبث

Akan terjadi pada akhir umat ini ditelan bumi, dihapuskan begitu sahaja atau ditimpa gempa bumi.

Siti Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, adakah kita semua akan binasa walaupun terdapat orang soleh?"

Jawab baginda:

"Ya, apabila kerosakan telah zahir"
[HR Tirmizi]

Akan berlaku di akhir zaman bala daripada Allah yang menelan umat manusia. Bumi merekah dan manusia jatuh ke dalamnya. Ia juga boleh berlaku dengan penghapusan begitu sahaja, samada dibawa lari oleh banjir, atau datang ribut taufan, atau apa sahaja. Gempa bumi juga boleh berlaku.

Ini semua akibat daripada kerosakan yang terlalu banyak. Suara-suara orang yang mencegah kemungkaran itu pula tidak lagi kedengaran.

Kerana itu Nabi SAW bersabda:

"   لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده  "

Samada kamu menyuruh kepada kebaikan dan  mencegah kemungkaran, ataupun Allah akan utuskan kepada kamu azab daripadanya.
[HR Tirmizi]

Di sinilah hikmahnya kita terus berjuang menegakkan kebenaran. Jangan peduli walau kalah sekalipun. Sekurang-kurangnya kita menahan bala Allah daripada menimpa semua.

Masjid Rusila

Isnin, 8 Oktober 2018

POLITIK ALA KEBINATANGAN (POLITICAL ANIMAL)

Minda Presiden PAS

Inilah hasil falsafah politik Niccolò Machiavelli (1469-1527), seorang tokoh ilmuan Itali yang membawa teori yang terkenal di Barat dengan ungkapannya: “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) yang disebut oleh para ulama’ Islam (الغاية تبرر الوسيلة).

Kita sedang menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan kerana mahu mencalonkan seorang yang dikatakan untuk menjadi Perdana Menteri dan telah mendapat pengampunan mengikut proses undang-undang yang menjadi pertikaian dan perbincangan hangat hari ini.

Saya terpaksa menulis dengan bahasa-bahasa sebegini kerana ingin menjaga maruah negara tercinta, kerana sangat menyentuh maruah Institusi Raja-raja, Badan Kehakiman dan sistem demokrasi yang wajib dimurnikan secara bermoral dan bermaruah.

Pertama: Konsep pengampunan. Seseorang yang membuat permohonan maaf, adatnya dia mengaku bersalah atas dosa dirinya. Kalau adab bertaubat kepada Allah Yang Maha Besar sekalipun, mestilah bersyarat mengaku berdosa, menyesal dan berazam tidak mengulangi dosanya.

Kedua: Kalau Badan Kehakiman yang salah, maka sepatutnya Badan Kehakiman yang wajib memohon pengampunan, termasuk segala cabangnya iaitu para hakim, Peguam Negara, pendakwa dan polis yang menyiasat.

Persoalannya, kita tidak tahu siapa yang dihinakan dalam kemalangan ini?

Selain itu, sistem demokrasi sangat sinonim dengan dasar dan konsep politik Islam, sekiranya dijaga adab dan akhlaknya. Barat juga ada akhlak dalam demokrasinya sehingga seburuk-buruk akhlak. Mereka juga mahukan orang yang bermoral tinggi atau lulus integritinya.

Saya melihat amalan demokrasi di Port Dickson menunjukkan beberapa kepincangan berlaku;

Pertama: Rakyat diberi hak memilih wakil mengikut parlimen dan dun masing-masing. Adapun Perdana Menteri dipilih untuk menjadi Ketua Kerajaan kepada semua rakyat di seluruh negara, bukan untuk satu kawasan parlimen sahaja.

Maka, sepatutnya pemilihan PM melalui proses yang sama secara serentak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan dan diberikan kepercayaan melalui cara dia memimpin parti atau gabungannya itu dalam PRU. Bahkan, ada negara yang mengadakan pilihan raya seluruh negara untuk memilih seorang pemimpin terbesar bagi negaranya.

Kedua: PRK tidak wajar diadakan kecuali ada sebab yang munasabah berlaku selepas PRU, kerana keuzuran yang syar'ie yang memestikannya dilantik menjadi PM baru daripada kalangan yang telah dipilih dalam PRU, bukannya dengan cara memotong di tengah jalan atau dicantas di tengah dahan.

Apakah jenis demokrasi kita ini? Barat pun tidak, Timur pun tidak.

Tidakkah memalukan? Kerana catatan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Negara.

Islam meletakkan kewajipan memimpin negara adalah satu amanah yang sangat besar daripada perkara amanah yang sangat banyak bahagian dan cabangnya, sehingga disebut secara khusus melalui firman Allah:

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) ]سورة النساء: 58-59[

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.  (58); Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (para ulama’ yang memahami Islam dan para pemimpin yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah kebijaksanaan) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. (59) (Surah An-Nisa': 58-59)

Dalam ayat ini, dinyatakan secara khusus berkenaan urusan memerintah dan melaksanakan hukum adalah amanah terbesar supaya berlaku adil terhadap semua manusia. Ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul, ketaatan bersyarat terhadap para ulama’ dan pemimpin. Dikaitkan pula dengan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang membezakan Islam dengan demokrasi barat dan teokrasi.

Demokrasi barat menjadikan suara rakyat suara keramat seperti firman Tuhan, walaupun rakyat telah ditipu atau jahil dan miskin terdesak. Adapun teokrasi pula memberi kuasa mutlak kepada agamawan, walaupun ada yang menyalahgunakan agama.

Dalam hal ini, Islam menerima demokrasi kerana rakyat juga ada hak, tetapi hendaklah dipelihara dengan adab dan akhlak, serta roh agama yang ada perhitungan dosa dan pahala. Begitu juga kalangan agamawan juga wajib beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Maka langkah murni demokrasi itu akan berlaku sekiranya berpandukan Islam, bukan berpandukan teori pemisahan politik daripada agama (sekularisme) atau teori matlamat menghalalkan apa sahaja caranya.

Apabila perkara memimpin negara adalah amanah yang terbesar. Maka, Rasulullah S.A.W. mentafsirkannya kepada umat Islam bahawa jangan memilih pemimpin yang gelojoh dan mahukan jawatan atau yang fasiq seperti berbohong dan lain-lain.

Allah berfirman:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74) [سورة الفرقان: 74]

“Dan juga mereka (yang diredhai dan dirahmati Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)

Rasulullah S.A.W. juga menolak orang yang gelojoh mahu menjadi pemimpin. Sabdanya:

إنا والله لا نولي على هذا العمل أحدا سأله ولا أحدا حرص عليه (متفق عليه)

“Demi Allah aku tidak melantik tugas ini kepada seorang yang meminta atau seorang yang terlalu rakus mahukan jawatan ini”. (Muttafaq ‘Alaih)

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabatnya Abdul Rahman bin Samurah R.A.:

يا عبدَ الرحمن بنَ سمرة، لا تسأل الإمارة؛ فإنكَ إنْ أُوتِيتَهَا عن مسألة وُكِلْتَ إليها، وإنْ أوتيتَها من غير مسألة أُعِنْتَ عليها. (متفق عليه)

“Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah meminta jawatan untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kamu dilantik dengan sebab memintanya, nescaya dibebankan kepadamu (tanpa pertolongan Allah). Jika dilantik bukan dengan sebab kamu memintanya, nescaya diberi pertolongan (Allah) kepada kamu”. (Muttafaq ‘Alaih)

Terdapat banyak nas secara berulang kali yang melarang kita mengikuti atau memilih pemimpin yang fasiq. Di antara tanda fasiq itu ialah perangai berbohong dan perkara-perkara lain yang menunjukkan tiada maruah atau jati diri. Dimanakah kita dalam meletakkan pesanan Rasulullah S.A.W.?

Seluruh dunia kini sedang menyaksikan kesilapan rakyat Amerika yang dianggap paling maju demokrasinya, menyebabkan mereka terpaksa merasa malu terhadap seluruh dunia. Sehingga sudah ramai pula yang meletak jawatan.

Buah salak buah kedondong,
Dipungut diletak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi salah memangkah undi.

Janganlah kita menjadi sebab berlakunya Hari Kiamat kerana salah memilih pemimpin.

Saksikan Ya Allah! Bahawa saya telah menyampaikan. 

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS  

Bertarikh: 8 Oktober 2018 / 28 Muharam 1440

Selasa, 2 Oktober 2018

KALAM BUKAN SEBARANG KALAM, KALAM ULAMAK BERPANDU HIKMAH

Sekalian juak PH seakan-akan dirasuk jin, terutama pentaksub Anwar Ibrahim.....melenting tak ketahuan, serata media sosial meratib wirid menghina TGHH apabila TGHH dengan tegas menyatakan pendiriannya tentang kedudukan Tun M sebagai Perdana Menteri ketika ini.

TGHH berpandangan sebarang usaha termasuk tindakan DSAi selaku Ketua Umum PKR mahu mengambil alih kerusi Perdana Menteri daripada Tun M tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar moral politik. Sewajarnya semua pihak harus menghormati suara rakyat yang telah diputuskan melalui PRU-14 yang lalu dan mengekalkan kepimpinan sedia ada sehingga habis penggal. Tambahan pula, Tun M sendiri pernah menyatakan bahawa beliau ingin kembali menjadi PM kerana ingin memperbetulkan semula kesilapan yang telah beliau lakukan dahulu. Analisis data dan statistik PRU-14 juga telah menunjukkan bahawa peratus undi popular kepada BN pada PRU-13 menurun sebanyak 12% dalam PRU-14 dan ini juga merupakan satu signal yang jelas bahawa peningkatan sokongan kepada pihak PH sebanyak lebih daripada 12% dalam PRU-14 yang lalu adalah kerana faktor sokongan rakyat terhadap Tun M untuk kembali menjadi PM. Maka, pandangan yang disuarakan oleh TGHH adalah sebenarnya selari dengan kehendak majoriti rakyat.

Barangkali juak-juak PKR dan PH pro anwar yang tidak senang dengan pandangan TGHH kerana masih dihantui igauan ngeri akan firasat daripada seorang alim. mereka mungkin gusar pandangan TGHH itu akan membawa kepada keruntuhan Pakatan harapan yang memang telah sedia berantakan sekian lama dari dalam, retak hanya menunggu belah.

Ini adalah bersandarkan kepada tindakan TGHH menolak pelawaan Tun M untuk bekerjasama menjatuhkan DSN pada tahun 2016 yang lalu (Rujuk : https://m.malaysiakini.com/news/345023 ). Dek kerana ketegasan TGHH inilah akhirnya UMNO berpecah dan melahirkan Bersatu, seterusnya mencetuskan gelombang penolakan rakyat terhadap BN dan ahli UMNO sendiri menolak DSN. Sehingga sekarang ini juga, kemelut dalaman UMNO belum pulih sepenuhnya, sementara sebahagian besar pimpinan UMNO yang ada palitan isu korupsi dan salah guna kuasa sedang menyucikan diri mereka dengan keluar dari UMNO untuk bersama PH.

Maka, apabila TGHH mengeluarkan kata-kata "Kekalkan Tun M sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal", juak-juak PH dan pentaksub anwar menjadi tidak keruan kerana bimbang sejarah kejatuhan UMNOBN akan berlaku kepada mereka pula. Mungkin benar kata orang-orang lama, firasat dan gerak hati orang alim ini bukan sebarangan. 

Firman ALLAH:

إن في ذلك لآيات للمتوسمين

“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).

Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.

Sebagaimana firman ALLAH:

ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم
“Sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad: 30).

Dalam bidang keilmuan, keimanan seseorang mempunyai peranan yang sangat penting. Masalah keilmuan ini ada kaitannya dengan masalah firasat, yang merupakan renungan kita kali ini. ALLAH berfirman :

واتقوا الله ويعلمكم الله
“ Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan ALLAH memberi tunjuk ajar kepadamu“
(Surah Al Baqarah: 282).

Ayat di atas menunjukan bahawa barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengajarinya (memberikan ilmu kepadanya ). Kalau orang – orang awam sekarang, mereka menyebutnya dengan nama “ Ilmu Laduni “, iaitu ilmu yang diberikan ALLAH kepada seseorang tanpa melalui proses belajar, yang wajar dilakukan kebiasaan orang.

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w dikisahkan pernah berkata :

“ Seorang yang alim melihat fitnah (kerosakan, huru-hara dll) sebelum datang, sedang orang yang jahil melihat fitnah setelah terjadi “ .

Maksudnya, bahawa orang yang alim (disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH) mempunyai firasat atau pengetahuan akan sesuatu yang akan terjadi, sedang orang yang bodoh dan tidak bertaqwa kepada ALLAH, tidak mengetahuinya kecuali setelah peristiwa tersebut terjadi.

Wallahua'lam

Tinta Marhaen
Seremban, NSDK
2 Oktober 2018
#SejahteraBersamaIslam
#MAMPUCentre

Isnin, 1 Oktober 2018

KEPUTUSAN PAS TANDING PRK-PD MENGEJUTKAN DAN BERANI

Keputusan PAS meletakkan calon di Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson mengejutkan ramai pihak sama ada ahli PAS mahupun masyarakat yang menyokong PAS. Sekiranya merujuk kepada keputusan PRU14 dan beberapa PRU sebelum PRU14, Port Dickson bukanlah tempat mudah menang bagi PAS. Malah komposisi kaum pengundinya pun lebih memihak kepada pengundi bukan Melayu dan Islam iaitu 57% berbanding dengan pengundi Melayu iaitu sebanyak 43%.

Hal ini disebabkan trend pengundi bukan Melayu setakat ini secara jelas tidak memihak kepada PAS, malah daripada PRU14 yang lepas ada peti undi solid pengundi bukan Islam menyokong PKR atau PH kerana PAS dianggap parti radikalisme Islam dan parti menongkat BN yang hampir lemas.

Tambahan pula, Anwar adalah calon boleh menang apabila melihat kepada peratusan yang menyokong Anwar tidak kira di PRK Permatang Pauh atau di tempat yang lain. Anwar mempunyai karismatiknya tersendiri. Pidatonya mampu mempengaruhi ramai orang. Untuk mencari calon yang layak bertanding sesuai dengan karismatik Anwar sangat sukar. Maka, PAS dianggap parti underdog dalam PRK-PD kali ini.

Ia memang keputusan agak mengejut kerana pada awalnya PAS membuat keputusan tidak masuk bertanding melalui keputusan mesyuarat yang dikeluarkan secara rasmi melalui surat dari Pejabat Agung PAS oleh Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan pada 13 September 2018.

Dalam pada itu, masih ada kira-kira lagi keputusan mesyuarat tersebut kerana ada jawapan in-advance oleh Tuan Guru Presiden PAS sebelum berlakunya mesyuarat PAS semalam iaitu pada 26 September 2018 telah memberi gambaran bahawa PAS akan masuk bertanding jika UMNO tidak letak calon. Hal ini dilihat berasaskan semangat demokrasi iaitu tidak membiarkan kerusi tanpa pertandingan. PAS berpegang kepada tiga asas pergerakan parti iaitu damai, demokratik dan berperundangan seperti yang disebut ketika ucapan Dato’ Takiyudin Hassan dalam muktamar PAS ke-64.

Kemungkinan lain kenapa PAS meletakkan calon ialah kerana ingin menegaskan bahawa PAS sebuah parti yang boleh membuat keputusan tanpa berbataskan pengaruh mana-mana pihak. Bila UMNO boikot PRK-PD, ini tidak bermakna PAS juga akan boikot. Maka jelas tiada sebarang kerjasama dengan UMNO dalam PRK ini.

Dari sudut yang lain, PAS memandang dengan adanya pertandingan dalam PRK ini membolehkan penduduk PD mendapat peluang untuk dianugerahkan pelbagai peruntukan dari kerajaan pusat seperti memperbaiki infrastruktur di tempat-tempat yang agak dho’if dan sebagainya. Manfaatnya akan dapat kepada pengundi PD.

Bagi saya, apa pun keputusan PAS, sebenarnya yang paling utama ialah PAS sebagai sebuah parti politik dakwah sepatutnya tidak berlepas tangan dari kebergantungan kepada Allah SWT. Ahlinya juga bila faham prinsip ini, mereka tidak akan terlalu terkejut kerana keputusan yang dibuat ini bukan dibuat secara individu tetapi ia dibuat secara kolektif dalam mesyuarat (syura). Setiap keputusan mesyuarat adalah ketetapan Allah SWT melalui saluran mulut pimpinan PAS.

Jika benar prinsip yang dipegang ini, maka secara betulnya PAS masuk bertanding ini bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi (tidak mahu rakyat tiada peluang memilih) atau pun kerana untuk melihat kelicikan dan kesetiaan UMNO kepada PAS atau ingin melihat ahli melakukan kerja, tetapi yang sebenarnya dan yang sepatutnya ialah semua gerak kerja PRK ini adalah kerana untuk memenuhi tuntutan dakwah Islam.

Apabila PAS masuk PRK kalah menang bukan ketentuan manusia, tetapi ketentuan Allah SWT. Yang penting ialah masuk PRK membuatkan dakwah Islam makin tersebar luas. Dalam setiap ruang penjuru dan pelusuk PD boleh diterokai oleh PAS untuk sebarkan Islam. Dengan ini, masyarakat makin faham dan lebih jelas kehendak PAS untuk memperjuangkan Islam. Apabila jelas prinsip ini, maka makin jelas kemenangan buat PAS.

Wassalam,
Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi
Pensyarah Kanan Ekonomi Politik Islam,
ISDEV, USM.

#PRKPD
#PortDickson
#PrinsipPolitikDakwah

Ahad, 30 September 2018

PAS terbuka muafakat dengan Umno bentuk k'jaan perpaduan

PAS mempertimbangkan kemungkinan membentuk muafakat dengan Umno dan parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi menubuhkan kerajaan perpaduan, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Ya, (PAS akan) tengok keadaan. UG (kerajaan perpaduan) ialah satu konsep menggabungkan semua (parti-parti politik)," katanya memberitahu sidang media selepas hadir Perhimpunan Agung Umno 2018 di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau ditanya jika PAS berharap dapat membentuk kerajaan perpaduan antara ketiga-tiga parti itu selepas Presiden Umno dilaporkan berkata akan menjalin kerjasama dengan parti-parti HARAPAN.

"Saya tengok beliau fokus kepada dua benda besar, yang pertama sekali pemulihan Umno, kedua muafakat politik dalam blok pembangkang yang ada.

"Jadi ia sentiasa terbuka, konsepnya hampir sama dengan PAS, kita pun sentiasa terbuka kepada apa yang baik untuk negara dan masa depan kita bersama," kata Tuan Ibrahim.

Namun, Tuan Ibrahim berkata PAS belum mendengar apa-apa mengenai kerajaan perpaduan dengan parti pemerintah Pakatan Harapan.

Menurut anggota parlimen Kubang Kerian itu lagi PAS lebih memfokuskan kepada muafakat pembangkang dan belum sampai ke tahap menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Yang kita (PAS) fokus ialah dalam konteks muafakat parti pembangkang di Malaysia... bukan dalam konteks wujud gabungan parti dengan parti.

"Saya fikir dalam PRU yang lalu pun Umno bantu Pas, dan kita bantu dalam konteks muafakat memperkasa blok pembangkang. "Tapi situasi buat masa ini rasa belum dengar daripada parti pemerintah," katanya.

MR : Terlalu awal nak ulas, tapi kalau orang yang berfikiran kehadapan memahami apa yang diperkatakan oleh PAS tentang masa depan PH dan Anwar yang melibatkan UMNO dan Mahathir. Tunggu analisis daripada kami...

............oo000oo...........
      MINDARAKYAT

BUAT TABLIGH, KUMPULAN IKHWAN, HIZBU TAHRIR  DAN SEBAGAINYA; DAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI

Saya ingin ajak kepada semua muslim, warganegara Malaysia khususnya dari apa jua latarbelakang anda untuk berdaftar sebagai pengundi. Ia bukan sahaja  tanggungjawab setiap rakyat, tapi juga kewajipan setiap muslim.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi dalam menentukan pemimpin negara. Di tangan pemimpin terletaknya keputusan untuk melakukan apa sahaja terhadap negara ini samada yang halal atau yang haram. Demokrasi memberi hak kepada setiap rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu. Caranya ialah mengundi pada pilihanraya.

Benar. Demokrasi adalah ciptaan barat (walaupun ideanya diambil dari tamadun Islam). Kita tidak sekali-kali beriman bahawa demokrasi adalah sistem Islam. Namun sekiranya kita umat Islam mengambil langkah boikot demokrasi dan boikot pilihanraya, ia akan didominasi oleh pihak lain dalam negara ini.

Sedarlah negara kita hanya memiliki sekitar 60 peratus muslim. Bermakna non muslim 40%. Jika kita boikot, mungkin peratus muslim akan berkurang hingga ke 30-20%. Sedangkan penganut agama lain komited berdaftar sebagai pengundi. Tidak mustahil dengan kelekaan mengundi ini menyebabkan pemimpin negara akan datang adalah pilihan orang bukan Islam.

Justeru saya mohon mana-mana jemaah Islam yang menolak demokrasi dan memboikot pilihanraya supaya berfikir dua kali. Kalaupun berpendapat demokrasi ini haram dan tidak syar'ie, fikirkan semula ia sebagai darurat yang diharuskan kerana menolak mafsadah yang sangat besar; bimbang negara jatuh ke tangan musuh Islam.

Walaupun ada pengalaman lepas menunjukkan demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada Islam, tetapi sekurangnya kita berusaha. Jadikan faktor-faktor penggulingan FIS di Algeria dan IM di Mesir sebagai panduan untuk kita berjaga-jaga.

Kepada jemaah-jemaah Islam lain. Jalankanlah operasi jemaah anda seperti biasa. Kami tidak menghalang. Bahkan dalam perkara yang baik dan tidak bercanggah, pasti kami sokong. Cuma minta sedikit kompromi, benarkanlah ahli anda mengundi. Mintalah mereka berdaftar.

Urusan melantik pemimpin bukan sekadar urusan dunia. Ia bakal dipersoal di hari akhirat kelak.. Jika ditakdirkan dengan sebab kita tidak mengundi maka kemenangan berpihak kepada musuh Islam, lalu dasar-dasar negara yang menjamin urusan agama ini dihapuskan olehnya, maka menjawablah kita di hadapan Allah nanti. Sesungguhnya tiada satu pun perkara yang akan terlepas dari hisab Allah walau sebesar zarah.

Allah berfirman kepada semua orang beriman:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya).
[An-Nisa:58]

Wajib menjalankan perintah tuhan melantik pemimpin yang akan menggalas amanah kepada yang benar-benar layak. Jika wajib, maka apa hukum meninggalkannya? Apakah amanah terbesar selain dari kuasa pemerintahan.

Yang mahu meneruskan agenda dakwah fardi, teruskan. Ia amat baik sekali. Yang berjuang menegakkan khilafah, teruskan. Kami juga berkongsi cita-cita yang sama. Yang mengambil pendekatan zikir dan pembersihan jiwa, tafaddol. Anda memiliki peranan tersendiri. Namun tolonglah hanya untuk sekali seumur hidup berdaftar sebagai pengundi dan sekali untuk setiap 4-5 tahun untuk keluar mengundi. Kerja-kerja politik selain itu serahkan sahaja pada kami.

Menolak politik dan pemerintahan bakal menyebabkan agama kita makin lemah. Sabda Rasulullah SAW:
لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضاً الحكم، وآخرهن الصلاة
Akan terurai sedikit demi sedikit ikatan Islam. Setiapkali terungkai, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Maka perkara pertama yang akan terurai adalah pemerintahan, dan yang terakhir adalah sembahyang.
(HR Ahmad)

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum suku ketiga daftar pemilih ditutup. Jika ditakdir bulan Mac berlaku pilihanraya, maka mereka yang tidak mendaftar sebelum 1 Oktober tidak boleh mengundi.

Dengan bacaan politik hari ini, sangat besar kemungkinan untuk pilihanraya berlaku pada bulan tersebut. Ini kerana situasi kini adalah paling selesa buat pemerintah.

Usah bercakap soal kos sara hidup, soal ketelusan undang-undang, pendidikan, keamanan, ekonomi dan sebagainya tapi diri tidak berdaftar. Buat malu sahaja.

Saya merayu.

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Rabu, 19 September 2018

BACA FAKTA KENAPA PH TAKUT PAS GABONG AMNO

Di sebalik kecaman kerana PAS kononnya bekerjasama dengan BN untuk memenangkan BN dalam PRU 14 lalu, dan di sebalik sindiran supaya kerjasama PAS-BN ini dirasmikan melalui “ijab kabul” yang sah, PH sebenarnya terhutang budi dengan PAS kerana jika PAS-BN betul-betul bergabung maka PH tidak akan menang dalam PRU 14 lalu.

Ini kerana kemenangan PH di 113 kerusi Parlimen akan bertukar menjadi hanya kemenangan di 84 kerusi Parlimen sahaja manakala kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen pula akan bertukar menjadi kemenangan gabungan BN-PAS di 126 kerusi Parlimen jika PAS-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU 14 lalu.
   
Perubahan ini berlaku melalui kekalahan PH dan kemenangan gabungan BN-PAS di 29 kerusi Parlimen berikut:

1. Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.
1
2. Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.

3. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.

4. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.

5. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.

6. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.

7. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.

8. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.

9. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.

10. Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.

11. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.

12. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.

13. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.

14. Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.

15. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.

16. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.

17. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.

18. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.

19. Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.

20. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.

21. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.

22. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.

23. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.

24. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.

25. Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.

26. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.

27. Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.

28. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.

29. Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

Perubahan ini juga berlaku melalui kemasukan 18 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS ke dalam gabungan BN-PAS membabitkan kerusi-kerusi P011 Pendang, P012 Jerai, P013 Sik, P019 Tumpat, P020 Pengkalan Chepa, P021 Kota Bharu, P022 Pasir Mas, P023 Rantau Panjang, P024 Kubang Kerian, P025 Bachok, P028 Pasir Puteh, P031 Kuala Krai, P034 Setiu, P035 Kuala Nerus, P036 Kuala Terengganu, P037 Marang, P039 Dungun dan P040 Kemaman.

PH patut bersyukur dan berterima kasih kepada PAS kerana tidak bergabung dengan BN dalam PRU 14 lalu kerana jika tidak maka pastilah PH masih kekal sebagai pembangkang. Sekiranya pas bgabung dgn BN PRU 15 tumbang lah PH..

Analisa politik
CnP

Selasa, 18 September 2018

Rakyat mahu kerjasama Pas-Umno

Kerjasama Pas dan Umno merupakan kehendak rakyat sejak dua ke tiga puluh tahun lalu.

Veteran Pas, Subky Latif berkata, parti itu menyambut baik dan menghormati permintaan rakyat tersebut kerana tidak mahu mereka marah.

"Rakyat dan umat Islam tuntut supaya Pas dan Umno ini mesti berdamai. Pas menghormati rakyat sebab kita tidak mahu mereka letakkan kesalahan ke atas Pas kerana tidak bersikap terbuka.

"Sekarang adalah masa terbaik untuk Umno rapat dengan Pas. Oleh kerana itu, kita menerima gencatan senjata selepas 60 tahun menjadi musuh politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Subky yang juga Pengerusi As-Sabiqun Pas secara peribadi berpandangan, masih terlalu awal untuk kedua-dua parti itu bersatu.

"Sekarang orang cakap pasal bersatu, itu satu perkara yang baik. Tetapi oleh kerana kita ada latar belakang dan pandangan politik yang berbeza, bersatu itu terlalu awal.

"Jadi yang paling baik pada masa lima enam tahun ini, kita bukan bercakap pasal bersatu. Pas dan Umno tak boleh bersatu tetapi boleh berdua," katanya.

Menurut beliau, dalam keadaan politik ketika ini, Pas tidak mengelak daripada berteman.

"Sekarang Pas dan Umno berdua, maknanya kita boleh berbincang dan berkawan. Islam kata kalau kita nak pergi mana-mana tak boleh seorang kena ada teman, sebab itu kita mesti berdua.

"Namun, Pas atas sikapnya pembangkang kita mahu beramai-ramai. Dengan pembangkang keseluruhannya kita beramai-ramai tetapi dengan Umno kita berdua," katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT

KERJASAMA PAS-UMNO: 100 FAKTA KUASA MELAYU-ISLAM

1. Kerjasama strategik PAS-UMNO bakal mengalahkan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan PAS dan UMNO untuk menguasai majoriti di Parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).

2. Undi UMNO dalam PRU-14 lalu ialah 2.5 juta.

3. Undi PAS dalam PRU-14 lalu ialah 2.04 juta.

4. Usaha Pakatan mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU-15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan UMNO-PAS berdasarkan pola undi popular dalam PRU-14 lalu.

5. Undi popular kedua-dua PAS dan UMNO jauh meninggalkan undi Parti Pribumi Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU-14 lalu.

6. Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi Syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk. 

7. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU-14 lalu.

8. Pengakuan terbuka Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bahawa UMNO sedang berusaha untuk kembali menjadi kerajaan dengan kaedah rundingan seolah-oleh membenarkan desas-desus kerjasama UMNO-PKR (Anwar) di balik tabir.

9. Tindakan Zahid Hamidi ‘merestui’ niat Nazri Aziz dan Shahidan Kassim untuk berkempen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson menjadi petunjuk tambahan.

10. Sekiranya terbukti benar, maka Zahid Hamidi kini sedang dalam langkah membentuk kerjasama bukan sahaja UMNO-PAS, tetapi juga UMNO-PKR (Anwar).

11. Ditambah pula dengan kunjungan hormat Anwar Ibrahim bertemu Tan Sri Taib Mahmud, tokoh Parti PBB yang paling berpengaruh di Sarawak memberi satu bayangan: 13 kerusi parlimen diterajui PBB yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terlibat dengan percaturan penting.

12. Malah, jika Tun Mahathir bertindak mengharamkan UMNO susulan isu 1MDB, ahli UMNO boleh segera menyertai PAS – atas dasar kerjasama pemimpin UMNO-PAS ketika ini – sebagai reaksi balas untuk mewujudkan blok lawan yang kuat menghadapi Pakatan dalam PRU-15.

13. Demikian juga jika PKR berpecah susulan pemilihan 2018, kem PKR yang mesra dengan rundingan Zahid Hamidi boleh bekerjasama secara tidak langsung dengan PAS dalam menghadapi lawan PKR yang pastinya cenderung kepada Azmin Ali dan Tun Mahathir.

14. Penguasaan PAS di Kelantan dan Terengganu serta UMNO di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman PAS-UMNO menjelang PRU-15.

15. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim Pakatan yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan PAS dan Biro Kebajikan UMNO.

16. Melalui kerjasama strategik PAS-UMNO, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.

17. Malah penguasaan Pakatan yang diterajui Parti Pribumi di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan Pakatan sendiri.

18. Kerajaan Pakatan di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama UMNO-PAS. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker DUN dan tuntutan tanah 999 tahun.

19. Pergolakan dalaman PKR antara kem Anwar-Rafizi-Abdullah Sani-Nurul Izzah-Saifuddin Nasution bertembung dengan Azmin-Zuraida Kamaruddin-Amirudin Shari-Tian Chua-Dr. Afif Bahardin-Latheefa Koya bakal memungkinkan cah keting berlaku sesama PKR pasca Pemilihan 2018 menuju PRU-15.

20. Isu peralihan kuasa antara Tun Mahathir kepada Datuk Seri Anwar bukan sahaja bakal memberi impak kepada politik dalaman PKR, bahkan juga perpecahan antara sesetengah pemimpin dan ahli parti Pakatan; terutama sekali antara PPBM dengan PKR, PKR dengan Amanah. Kemungkinan besar ‘cah keting’ antara PPBM dengan PKR (Kem Rafizi-Abdullah Sani-Anwar) dalam PRU-15 kelak j

uga sukar untuk dinafikan.

21. Kewujudan gabungan PAS-UMNO sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU-15 bakal menarik undi protes segmen PKR, PPBM, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Tun Mahathir-Anwar.

22. Pemberian royalti petroleum 5% kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri PAS tersebut untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam PAS-UMNO. Apatah lagi jika 20% diberi seperti mana Manifesto Pakatan.

23. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada Pakatan Harapan seperti mana yang dijanjikan Pakatan dalam PRU-14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20% royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.

24. Sebaliknya, kerajaan Pakatan khususnya Azmin Ali dan Dr. Radzi Jidin jelas cuba mengelak daripada memberikan 20% royalti kepada kesemua negeri pengeluar minyak dengan pelbagai alasan. Sepatutnya royalti petroleum juga dibayar kepada empat negeri pengeluar setidak-tidaknya Oktober 2018. Namun hingga kini keputusan akhir belum dibuat Pakatan.

25. Berbeza dengan pemahaman kebiasaan pemberian royalti yang melibatkan ‘hasil pengeluaran’, Pakatan sebaliknya cuba mencari jalan dengan mereka kaedah pengagihan baharu iaitu pemberian berdasarkan ‘hasil keuntungan’.

26. Cadangan pembayaran daripada hasil keuntungan ini ditolak keras Kerajaan PAS Terengganu, PAS Kelantan, dan GPS Sarawak kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Malah, ia juga mengurangkan hasil yang sepatutnya menjadi hak negeri-negeri pengeluar petroleum.

27. Negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana MP Pakatan menerima RM500k berbanding RM100k sahaja bagi MP pembangkang termasuklah UMNO dan PAS.

28. Malah, tindakan Pakatan cuba membatalkan projek ECRL sepenuhnya di Pantai Timur seolah-olah menghukum dan menafikan majoriti orang Melayu Pantai Timur dari mencapai pembangunan strategik jangka panjang – tanpa sebarang perancangan alternatif.

29. Berdasarkan pengumuman Tun Mahathir bahawa bajet 2019 bakal menyaksikan banyak pihak tidak berpuas hati, ia akan menjadi kesilapan besar jika royalti kepada Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak dikurangkan.

30. Kerjasama UMNO-PAS di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) UMNO Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak seandainya cara Pakatan menangani isu royalti berterusan tidak cermat.

31. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan sekitar 2 ke 3 tahun sahaja lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak tersebut untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka.

32. Senario ini membayangkan kemungkinan Pakatan terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan UMNO-PAS-PKR (Anwar) bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan Warisan Sabah dan GPS di Sarawak.

33. Tindakan Pakatan mengangkat individu yang mendedahkan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong sebagai Penasihat Perdana Menteri akan dikenang sebagai cabaran kepada institusi Beraja. Demikian juga tindakan Pakatan yang tidak mengambil tindakan ke atas pengarang Sarawak Report yang memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam kes Jho Low dan TIA bakal memberi mesej kelemahan memelihara maruah institusi Beraja.

34. Timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian Pakatan – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada PAS-UMNO (+PKR Anwar).

35. Tindakan Tun Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ – sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan – bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada PAS-UMNO.

36. Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga bakal mengalih s

okongan Pakatan kepada gabungan PAS-UMNO sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.

37. Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di Selangor dan Johor.

38. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di mana Pakatan hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU-14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi Pakatan di Sungai Kandis.

39. Tindakan Pakatan mengurangkan bantuan kepada segmen penerima BR1M – dengan cadangan jelas Tun Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang PAS-UMNO tanpa tiga penjuru.

40. Gandingan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO akan dapat disinergi di bawah pimpinan YB Muhammad Khalil Abdul Hadi lulusan Portsmouth University UK dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki lulusan Loughborough University, UK.

41. Saiz jentera penerangan dan media PAS dan UMNO bakal mengasak kerajaan Pakatan dengan lebih agresif hasil kerjasama PAS-UMNO. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara PAS dan UMNO juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas Pakatan seperti dalam sistem politik dwi-parti.

42. PAS Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah.  Setakat ini GBS menyatukan UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.

43. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama PAS-UMNO.

44. Lajnah Perpaduan Nasional PAS dan Biro Pendidikan Politik UMNO boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran Pakatan hari ini.

45. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan UMNO untuk memantau dan memberi input berguna kepada Kementerian Pakatan yang berkaitan.

46. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan UMNO dalam memantau dan menambahbaik garis panduan hiburan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

47. Dalam isu hal ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani UMNO di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar Pakatan di samping saling menambahbaik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perlis.

48. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama PAS-UMNO.  Selain daripada PRK DUN Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU-14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:

49. Di Perlis, iaitu di Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.

50. Di Kedah, iaitu di Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.

51. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.

52. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.

53. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.

54. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.

55. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.

56. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon

BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.

57. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.

58. Di Perak pula ialah di Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.

59. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.

60. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.

61. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.

62. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.

63. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.

64. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.

65. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.

66. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.

67. Di Selangor pula melibatkan Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.

68. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.

69. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.

70. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.

71. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.

72. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.

73. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.

74. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.

75. Di negeri Melaka pula melibatkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.

76. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.

77. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

78. Maka sekiranya Pakatan Harapan mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi UMNO dan 18 kerusi yang dimenangi PAS, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan UMNO-PAS.

79. Jumlah 101 kerusi ini (54 UMNO campur 18 PAS campur 29 PAS-UMNO) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada Pakatan Harapan untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

80. Kerjasama strategik PAS-UMNO juga menepati em

pat kaedah Feqah menurut neraca Siyasah Syariah (Politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bererti “membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”.  Keputusan bekerjasama dengan UMNO dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU-15 kelak bakal memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan.

81. Seterusnya dari perspektif Fiqh Waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai “perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”.  Demikianlah UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang dahulu – di mana UMNO hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh PAS. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal ehwal agama Islam.

82. Perspektif ketiga ialah Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermaksud “memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik…Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”. Kerjasama dengan UMNO mengundang maslahat politik Melayu-Islam di Malaysia yakni penguasaan ke atas kuasa eksekutif, manakala kerjasama dengan Pakatan berisiko seperti kes YB Raja Kamarul Bahrin (Amanah) yang menyokong pelaksanaan sebat ke atas pasangan lesbian Terengganu, tetapi kemudiannya ditolak hebat oleh Tun Mahathir yang jelas apologetik dan tiada ‘izzah memelihara dan mengangkat kemuliaan Islam secara bertahap-tahap.

83. Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang maksudnya ialah “memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus”. Contoh menarik yang disebut Presiden PAS berkenaan ialah cara Rasulullah S.A.W “merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah…Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah”.  Demikian juga kerjasama PAS-UMNO ini mungkin kurang disenangi sebahagian pendukung PAS yang sekian lama berhadapan dengan UMNO – Namun harus mereka ingat bahawa UMNO yang ditentang selama 22 tahun dahulu kini menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.  Bukannya UMNO hari ini yang dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

84. Ulama PAS dan Ulama UMNO bakal menjadi kuasa semak dan imbang yang bersepadu ke atas setiap langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa serta kelancangan anasir yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap apologetik Pakatan seperti Ambiga yang jelas ‘menampar’ YB Fuziah Salleh dengan pendirian keras dalam hak perjuangan promosi LGBT.

85. Dalam mendepani isu-isu hal ehwal antarabangsa juga, termasuklah isu dasar luar negara di bawah Pakatan Harapan, kerjasama PAS-UMNO melalui Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS dengan Biro Antarabangsa UMNO Misi bantuan kemanusiaan ke luar negara juga boleh diselaraskan antara PAS dan UMNO, tidak bersifat ‘ad hoc’ seperti Misi bantuan kepada Rohingya sebelum i

ni.

86. Kerjasama kewangan pendanaan politik untuk agenda Melayu-Islam juga akan dapat dirangka melalui kerjasama UMNO-PAS.

87. Suara untuk mempertahankan identiti Melayu Islam sebagai teras peradaban Malaysia bakal diperkasakan melalui persepakatan ini – cukup penting dalam menghadapi kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’.

88. Kepentingan Melayu-Islam dalam aspek pendidikan seperti pemerkasaan Bahasa Melayu akan dapat dipantau dengan lebih agresif melalui persepaduan Lajnah Pendidikan PAS dan Biro Pendidikan UMNO.

89. Institusi Pendidikan PAS seperti TASTI, PASTI, SRITI, KUIZM, KUDQI, KIDU, dan pelbagai sekolah serta kolej akan turut menerima sokongan dan dukungan dalam kalangan ahli UMNO.

90. Kerjasama PAS-UMNO juga akan dapat dilimpahkan ke kerjasama PAS-BN seperti mana kunjungan MIC kepada Presiden PAS baru-baru ini.  Begitu juga dengan PAS tidak meletakkan calon di PRK DUN Balakong memberi laluan sepenuhnya kepada MCA.

91. Dakwah PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh dilebarkan dengan kerjasama parti komponen BN seperti MIC dan MCA – dengan syarat agenda Islam tidak diganggu-gugat.

92. Cabaran dalaman UMNO seperti kewujudan suara sumbang yang menyeru ke arah me‘Liberal’kan UMNO dari dalam boleh diimbangi menerusi kerjasama dengan PAS.

93. Isu Pindaan Rang Undang-undang 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat diperjuangkan bersama PAS dan UMNO ke atas pihak Pakatan.

94. Kerjasama NGO dan parti politik – termasuklah NGO Melayu-Islam – dengan dua parti Melayu Islam terbesar negara UMNO dan PAS boleh diselaraskan untuk penambahbaikan tadbir urus negara.

95. Biro Agama UMNO dan Lajnah Dakwah PAS boleh bekerjasama – termasuklah dengan kerajaan Pakatan - dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

96. Muslimat PAS dan Wanita UMNO boleh menyelaraskan gerak kerja besar-besaran dalam mempertahankan nilai kekeluargaan Melayu-Islam yang terlalu dilihat ditolak ansur dalam Pakatan Harapan.

97. Pembangunan sahsiah dalam kalangan remaja wanita boleh diusahakan secara intensif melalui kerjasama Ameerah PAS dan Puteri UMNO agar tidak hanyut mengharungi keterbukaan di bawah Pakatan Harapan.

98. Dalam isu hak pekerja dan gaji minimum, Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan Biro Sumber Manusia UMNO dalam pelaksanaannya di Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis serta di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan menjelang PRU-15.

99. Golongan berpendapatan menengah dan rendah seperti B40 juga memperoleh suara pengimbang melalui kerjasama strategik dua Lajnah PAS dengan dua Biro UMNO iaitu Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Kebajikan Masyarakat UMNO. Apatah lagi dengan dasar Pakatan yang semakin hari semakin jelas memihak kapitalis kroni sahaja.

100. Kesimpulannya, kerjasama UMNO-PAS melalui kerangka Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqi’ (setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menjelang PRU-15 bakal membawa kuasa politik Melayu-Islam menerajui Malaysia – Islam memimpin – mengalahkan anasir-anasir Kapitalis Kroni, Apologis agama, Nepotisme keluarga, Liberal, dan Sekular yang jelas mengambil kesempatan ke atas kerapuhan ideologi Pakatan Harapan hari ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Selasa, 28 Ogos 2018

Kenapa PAS sokong MCA?

Oleh:
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

SANGAT menarik untuk difahami gesaan Presiden PAS agar ahli PAS memberikan sokongan kepada MCA dalam PRK Balakong. Gesaan beliau sudah tentu mendapat respon negatif daripada penyokong PH. Hal ini kerana mereka sudah mula boleh mencium bala yang akan menimpa politik PH sekiranya PAS mampu bekerjasama dengan MCA dalam PRK atau PRU akan datang.

Seorang Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat pada minggu lepas pernah menjerit-jerit tanpa menggunakan pembesar suara "kenapa PAS sokong MCA yang tolak Hudud?". Ia satu gambaran betapa mereka tidak memahami prinsip PAS apabila bersama dan menyokong DAP dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Malah, saya sendiri berucap menjelaskan kewajipan mengundi calon DAP dalam satu program besar PAS di Kuala Selangor sebelum PRU13 dengan hujah dan dalil syarie sebagaimana sekarang saya berhujah untuk jangan mengundi DAP juga dengan hujah dan dalil syarie.

Jawapannya adalah ia semata-mata kerana prinsip dan dasar. Prinsip dan dasar itu mewajarkan PAS sama ada menyokong atau tidak menyokong DAP atau MCA atau PKR atau mana-mana parti politik dalam konteks pilihanraya sebagai satu strategi.

Prinsip dan dasar itu ialah:

PERTAMA: Kerjasama untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. Inilah titik kebersamaan yang mewajarkan hubungan kerjasama antara parti politik.

KEDUA: Menerima bahawa dasar perjuangan politik PAS ialah Islam dan tidak mempertikaikannya. Selagi sesebuah parti tidak mempertikaikan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS serta menerimanya sebagai hak demokrasi PAS maka PAS boleh sahaja bekerjasama dengan mereka.

KETIGA: Menerima pakai prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju" sebagai prinsip bersama dalam menyelesaikan perbezaan dasar dan pandangan parti masing-masing.

DAP tentunya tidak bersetuju dengan perjuangan menegakkan undang-undang jenayah Islam atau dipanggil dengan bahasa mudah oleh orang awam sebagai "hudud".

Tetapi dulunya mereka menerima ia sebagai perjuangan PAS dan menerima bahawa PAS telah mengkanunkannya sebagai undang-undang di Terengganu dan Kelantan. PAS dan DAP saling bersetuju bahawa itu antara perkara yang tidak dipersetujukan bersama. Ini adalah prinsip penting dalam membina kebersamaan.

Maka atas dasar persetujuan itulah PAS bersama dengan DAP, dan oleh kerana mereka melanggar persetujuan itu juga maka PAS tidak lagi bersama DAP.

KEEMPAT: Prinsip menilai mudarat yang ringan dan berat. Ia adalah prinsip Islam yang dipegang oleh PAS. Apabila bertembung antara dua kemudaratan yang akan timbul dari sokongan terhadap mana-mana pihak dalam pilihanraya maka sokongan diberikan kepada pihak yang lebih ringan kemudaratannya agar kemudaratan yang lebih besar boleh tertolak. Prinsip sebegini tidak mungkin dapat difahami oleh ahli dan parti politik yang tidak berprinsip.

Dalam PRK Balakong, penilaian PAS ialah menyokong DAP yang telah menjadi kerajaan dengan pelbagai desakan mereka yang mengancam Islam dan Melayu adalah lebih mudarat berbanding menyokong MCA yang berstatus pembangkang meskipun dasar dan perjuangan MCA mungkin tidak berbeza banyak dengan DAP.

Dalam PRK Sg Kandis, PAS memberikan sokongan kepada calon UMNO atas dasar kepentingan bersama menolak ancaman PH sebagai sebuah kerajaan meskipun PAS dan UMNO mempunyai dasar dan prinsip berbeza dalam beberapa perkara. Justeru, kali ini hasilan daripada itu, PAS pula mendapat dokongan UMNO untuk PRK Seri Setia.

Inilah prinsip-prinsip umum yang melatari pendirian PAS dalam bekerjasama atau tidak dan menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak. Prinsip ini tentunya gagal dihayati oleh parti dan orang politik yang tidak berprinsip.

Atas dasar ini semua, PAS akan terus melayari bahtera politik di negara ini sebagai sebuah parti berprinsip yang terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk DAP sekalipun.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Isnin, 20 Ogos 2018 | 08 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 20/8/2018

Rabu, 22 Ogos 2018

Melaksanakan syari’at Islam dalam setiap aspek kehidupan (kâffah).

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Para sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah..

Allâh SWT mewajibkan kita melaksanakan syari’at Islam dalam setiap aspek kehidupan (kâffah).
Allâh Swt berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS. al-Baqarah [2]: 208)

Imam al-Raziy dalam tafsir-nya menjelaskan kata “udkhuluu fii al-silmi kaaffah” yakni:

أي في شرائع الإسلام كافة، ولا يتمسكوا بشيء من أحكام التوراة اعتقادا له وعملا به، لأنها صارت منسوخة

“Yakni masuklah kedalam aturan-aturan syari’at Islam secara menyeluruh, dan jangan berpedoman terhadap sesuatu pun dari hukum-hukum taurat secara akidah mahupun amal., kerana syari’atnya sudah dihapus (diganti oleh syari’at Islam-pen.).”

Imam al-Raziy pun menegaskan:

ادخلوا في جميع شرائع الإسلام اعتقادا وعملا

“Masuklah ke dalam seluruh aturan-aturan Islam (al-syarii’ah al-islaamiyyah) secara akidah mahupun amal.”

Di sisi lain, frase “khuthuwaat al-syaithaan” dijelaskan para ahli tafsir, di antaranya Imam al-Qurthubi yang berkata:

(خطوات الشيطان) وقال مقاتل: استأذن عبدالله بن سلام وأصحابه بأن يقرؤوا التوراة في الصلاة، وأن يعملوا ببعض ما في التوراة، فنزلت. “ولا تتبعوا خطوات الشيطان” فإن اتباع السنة أولى بعد ما بعث محمد صلى الله عليه وسلم من خطوات الشيطان. وقيل: لا تسلكوا الطريق الذي يدعوكم إليه الشيطان. “إنه لكم عدو مبين” ظاهر العداوة

“(Langkah-langkah syaitan): Muqatil berkata: ‘Abdullah bin ‘Abdissalam dan sahabat-sahabatnya meminta izin (kepada Rasûlullâh ) untuk membaca taurat dalam solat dan mengamalkan sebahagian isi taurat, maka turunlah ayat: “dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan”. Maka sesungguhnya mengikuti sunnah yang layak (wajib-pen.) diikuti setelah diutusnya Muhammad daripada mengikuti langkah-langkah syaitan. Dan dikatakan: “Janganlah kalian menempuh jalan yang diserukan syaitan kepada kalian.” (Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu) yakni yang menampakkan permusuhan.”

Dalam banyak kitab tafsir, para ulama ahli tafsir menjelaskan bahwa al-Baqarah ayat 208 turun kepada segolongan ahli kitab (yahudi) yang masuk islam, namun mereka hendak mengagungkan sebahagian syi’ar dan syari’at taurat. Maka turun lah ayat yang melarang mengikuti langkah-langkah syaitan dengan mengambil sebahagian syari’at taurat yang sudah di nasakh (dihapus oleh syari’at islam) yang bererti meninggalkan sebahagian syari’at islam. Di sisi lain taurat adalah kitab samawi yang Allah turunkan kepada Nabi Musa ‘alayhissalam.

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairy ketika menjelaskan ayat tersebut berkata, “Atas dasar itu, dapatkah Islam menerima orang-orang yang mengaku muslim tetapi berkata,……. ‘Saya menerima Islam, tetapi Saya tidak setuju dengan syari’at Islam yang menetapkan bahwa hak wanita dalam warisan adalah setengah dari bagian laki-laki.’ Atau ‘Saya mengakui kebenaran Islam, namun saya menolak hukum potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi pezina.’? Jawabannya adalah tidak. Islam selamanya tidak akan menerima orang-orang seperti itu.