Sabtu, 30 Jun 2018

Pencapaian 50 Hari PAS Terengganu Tunai JanjiDilaksana

1) Janji 1 : Mengembalikan Tanah Dirampas Kerajaan BN

2 ) Janji 2 : Lot Tapak Rumah/1 Unit Kediaman (Pasangan Berkahwin)

3 ) Janji 5 : Karnival Kahwin Percuma

4 ) Janji 8 : Air percuma 20 Meterpadu untuk golongan miskin

5 ) Janji 17 : Menghapuskan cukai pintu kediaman

Ke Arah Melaksana

6 ) Janji 4 : Pemberian RM300 untuk lesen motosikal yang layak

7 ) Janji 7 : Wujud semula IPT Islam negeri megantikan KUSZA

8 ) Janji12 : Kad sejahtera RM500 setahun

Ini 8 daripada 20 janji PAS Terengganu semasa PRU14 lepas.

#SejahteraBersamaIslam

Kredit : Move On Malaysia

Rabu, 27 Jun 2018

Menjawab Ucapan “Semua Agama Adalah Sama”

Tidak sedikit orang berkata “Semua agama sama”. Dewasa ini ucapan seperti ini kerap kali disebut dikalangan masyarakat samada dari kalangan bukan Islam atau di kalangan muslim sendiri.

Fahaman sebegini sebenarnya adalah fahaman yang baru dan ia tidak berlaku pada zaman dahulu. Ia muncul dari dua kelompok iaitu golongan apatisme dan juga golongan pluralis liberalisme.

Golongan apatisme adalah golongan yang tidak (atau malas?) berfikir tentang agama dan mereka hanya fokus kepada hal keduniaannya sahaja dan mereka bukanlah orang yang berlatar belakang memahami kerangka agama. Kebanyakkan dari kalangan mereka hanya bercakap berdasarkan andaian mereka sahaja. Jika ditanya kepada mereka adakah mereka sudah membaca kesemua kitab agama dan memahami semua agama sehingga mencapai konklusi bahawa semua agama adalah sama? Sudah tentu tidak, melainkan ia adalah ucapan dari andaian dan sikap yang malas berfikir tentang ketuhanan.

Manakala golongan pluralisme pula mereka membawa metod hak kebebasan melangkaui agama. Mereka meletakkan elemen simpati (hak kebebasan dan pembelaan kepada manusia) yang Tuhan tidak akan menghukum manusia di atas perbezaan itu. Bagi mereka terjadinya agama-agama di dunia ini juga merupakan kehendak Tuhan dan tidak salah untuk mereka beragama kerana kesemuanya akan menuju kepada Tuhan yang sama kerana semuanya adalah ciptaan Tuhan.

Ternyata fahaman ini tidak memahami realiti kronologi agama itu sendiri. Sememangnya Tuhan menurunkan agama tetapi hanya terdapat satu-satunya agama yang Tuhan redhai. Fahamkah kita bagaimana sikap orang mengubah-ubah ajaran agama Tuhan itu sehingga menjadi sebuah ajaran yang jauh menyimpang dari ajaran asal? Adakah bila terdapat seorang penipu yang terkenal mendakwa dirinya adalah seorang rasul dan dia membawa agama. Tergamakkah ingin mengatakan bahawa agama yang dia bawa itu juga diredhai oleh Tuhan walau sudah jelas dia adalah menipu? Sudah tentu tidak.

Islam Satu-Satunya Agama Dijamin Tuhan

Al Quran adalah kitab wahyu dari Tuhan yang bebas dari penyelewengan. Seluruh dunia membaca versi al Quran yang sama. Ia adalah wahyu yang terakhir membimbing manusia akhir zaman. Tidak ada satu pun kitab agama sebelum al Quran yang memiliki ayat jaminan bahawa ia adalah satu-satunya agama diredhai oleh Tuhan kecuali di dalam al Quran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali Imran: 19)

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran: 85)

Adalah pelik jika seorang muslim boleh mengunkap kata-kata bahawa semua agama adalah sama. Malah jika diperhatikan di dalam al Quran, Allah menceritakan keadaan ahli kitab dikalangan Yahudi dan Kristian serta orang-orang yang menyembah berhala, setelah dibentangkan bukti dan kebenaran dihadapan mereka dan jika mereka menolak, mereka akan dibalas dimasukkan ke dalam neraka:

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.” (Surah al Bayyinah: 6)

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

“Demi zat yang jiwa Muhammad ditangan-Nya. Tiada seorang-pun dari umat ini yang mendengar seruanku, baik Yahudi mahupun Nasrani, tetapi ia tidak beriman kepada seruan yang aku sampaikan, kemudian ia mati, pasti ia termasuk penghuni neraka”. (Hadits Riwayat Muslim no.153 dalam kitabul Iman)

Lebih Teruk Dari Arab Jahiliyyah

Jika dilihat di dalam sejarah, ungkapan “semua agama adalah sama” ini tidak pernah diungkap oleh orang-orang terdahulu. Jika mahu dibandingkan dengan sikap orang arab Jahiliyyah pun tidak mengungkap perkataan itu kerana mereka tahu terdapat perbezaan diantara agama mereka dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad.

Jika tidak mereka tidak akan menentang dakwah nabi Muhammad. Malah antara tawaran yang mereka berikan kepada Nabi Muhammad dengan harapan untuk ‘meredakan’ usaha dakwah nabi adalah dengan dibahagikan selang sehari bertukar-tukar tuhan untuk disembah. Contoh pada hari ini, mereka menyuruh nabi Muhammad bersama mereka untuk menyembah tuhan mereka manakala keesokan hari pula mereka semua akan menyembah Allah dan begitu bergilir kepada hari berikutnya.

Hasil dari itu turunlah surah al Kafiruun yang menerangkan bahawa masing-masing tidak menyembah tuhan yang sama dan masing-masing tidak beribadat dengan cara yang sama, agamamu untukmu dan agamaku untukku.

Ini menunjukkan sejahil orang arab jahiliyyah juga memahami bahawa terdapat perbezaan diantara agama yang mereka anut dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad. Akan tetapi pada hari ini begitu boros sekali ungkapan ini kerap disebut oleh orang muslim yang sudah jelas kepada mereka tentang ajaran al Quran yang memisahkan diantara kebenaran dan kebatilan.

Kesimpulan

Perkataan “semua agama sama” adalah kalimah yang tidak patut menjadi ucapan dikalangan masyarakat yang beragama. Kerana jika diambil sikap sebegitu hakikatnya ia adalah sikap seorang tidak beragama langsung.  

Ada beza diantara perkataan “Semua agama menganjurkan berbuat baik” dengan “Semua agama membawa ke syurga”. Jika perkataan pertama itu ia boleh dibincangkan lagi akan tetapi jika perkataan “Semua agama menyembah Tuhan yang sama, atau semua agama menuju ke syurga” itu adalah ucapan seseorang yang tidak memahami agama langsung. Jika seseorang itu beragama dan percaya kepada keimanan ajarannya pasti tidak akan terkeluar perkataan ini kerana realitinya tidak sebegitu.

Malah hal ini juga pasti diakui oleh penganut agama lain mengikut kepercayaan mereka bahawa agama mereka juga tidak sama dengan agama lain. Malah dengan wujudnya perbezaan itu tidak semestinya tidak boleh bertoleransi. Ia adalah soal keimanan yang masing-masing memiliki keyakinan dan hujah. Maka persembahkanlah hujah itu jika kita berada di pihak yang benar seperti dianjurkan oleh al Quran:

Katakanlah “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Surah al Baqarah: 111)

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Jumaat, 15 Jun 2018

“LEBIH BAIK BUKAN ISLAM YANG BERAMANAH DARIPADA MUSLIM YANG KORUP" - Pernyataan yang perlu diluruskan

Pada pemerhatian saya, sejak pasca PRU14 pernyataan “lebih baik bukan islam yang beramanah daripada muslim yang korup” sering digunakan dalam kalangan netizen pro Pakatan Harapan (PH) di media sosial bagi mengabsahkan beberapa tindakan kerajaan melantik orang bukan Islam ke jawatan “sensitif” dalam kabinet dan terkini ialah jawatan Peguam Negara (AG).

Sebelum mereka perlu lebih jauh, saya ingin membuat sedikit muhasabah bahawa pernyataan demikian walaupun ada asas kebenarannya daripada segi prinsip keadilan Islam tetapi ia bukanlah suatu kaedah syarak, prinsip usul fiqh atau kaedah fiqh yang standard boleh digunakan secara meluas dalam menetapkan hukum.

Berdasarkan telaah saya, pernyataan itu mula menjadi popular dengan sedikit pindaan, sebenarnya berasal daripada penegasan Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (661-728 H) dalam kitab al-Hisbah. Beliau membicarakan tentang keadilan pegawai kerajaan seperti dalam nukilan berikut :

الجزاء في الدنيا متفق عليه أهل الأرض، فإن الناس لم يتنازعوا في أن عاقبة الظلم وخيمة، وعاقبة العدل كريمة، ولهذا يروى: "الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة"

“Balasan di dunia memang disepakati oleh semua manusia. Mereka tidak pernah berbalah betapa akibat kezaliman (yang dirasai) adalah teruk manakala akibat keadilan (yang diperolehi) adalah kemuliaan. Justeru itu, terdapat riwayat menyebut “Allah akan menolong negara yang adil walaupun kafir dan tidak akan membantu negara yang zalim walaupun mukmin (Islam)”

Kata-kata Ibn Taimiyyah itu betul dalam konteks kesejahteraan hidup rakyat di DUNIA berjaya dikecapi dalam negara bukan Islam jika menepati ciri-cirinya. Orang kafir yang baik juga berhak mendapat kesenangan dan keamanan di dunia ini jika mentadbir dengan baik. Hal ini turut dinyatakan dalam sebuah riwayat Muslim, Rasulullah SAW pernah bersabda :

إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة، يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر فيطعم بحسنات ما عمل بها لله في الدنيا، حتى إذا أفضى إلى الآخرة لم تكن له حسنة يجزى بها. رواه مسلم

“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin walaupun untuk satu kebaikan. Dia akan memberikannya di dunia dan mengganjari kebaikan itu di akhirat. Manakala orang kafir, diberikan (kenikmatan) dengan pelbagai kebaikan yang dia buat di dunia ini demi Allah sehingga sampai ke akhirat kelak, tiadalah baginya ganjaran balasan nanti”.

Natijah daripada amalan keadilan, kebaikan dan perancangan kemas yang dilakukan oleh pemimpin kafir akan mendatangkan hasil positif kepada rakyat jelatanya kerana sunnatulLah terhadap alam adalah seperti itu. Manusia yang baik sentiasa disukai manusia tanpa mengira agama. Amru bin al-As, yang menjadi gabenor Mesir zaman Umar al-Khattab juga memahami hal yang sama.

ولما سمع عمرو بن العاص المستوردَ بن شدادَ يحدث عن النبي صلى الله عليه وسلم بقوله: تقوم الساعة والروم أكثر الناس. قال له عمرو: أبصر ما تقول؟ فقال المستورد: أقول ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم. فقال عمرو: لئن قلت ذلك؛ إن فيهم لخصالا أربعا: إنهم لأحلم الناس عند فتنة، وأسرعهم إفاقة بعد مصيبة، وأوشكهم كرة بعد فرة، وخيرهم لمسكين ويتيم وضعيف، وخامسة حسنة جميلة وأمنعهم من ظلم الملوك. رواه مسلم.

Apabila beliau mendengar sebuah hadis daripada al-Mustawrid bin Syidad, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Akan berlaku kiamat semasa rakyat Rom ramai”. Amru memohon penjelasan daripada kata-kata al-Mustawrid. Beliau menjawab itu hadis yang didengar daripada Rasulullah SAW. Kata Amru, jika kamu berkata demikian, (benarlah) kerana mereka (orang Rom) mengamalkan empat ciri iaitu golongan paling tenang ketika kekacauan, paling bingkas bangkit selepas bencana, paling pantas tegak selepas kekalahan, berbuat baik kepada orang miskin, anak yatim dan orang lemah. Ciri kelima yang baik cantik dan paling tegar menentang kezaliman raja”.

Amru mendedahkan beberapa faktor kekuatan kerajaan pimpinan Hercules, maharaja Rom sebagai motivasi kepada tentera Islam agar melakukan hal sama apatah lagi kemuliaan Islam dan janji Allah bakal menjadi ciri keenam yang melebihkan mereka daripada tentera Rom.

Kembali kepada kata-kata Ibn Taimiyyah itu, ia tidak lain kecuali suatu kritikan “keras” terhadap pemimpin kerajaan Mamlukiyyah yang lemah, zalim dan korup sehingga mudah dikalahkan tentera Tatar. Jatuh bangun ummah terletak pada tangan mereka. Apatah lagi zaman itu, negara-negara Islam menghadapi serangan tentera Salibiyyah (Perancis). Kejatuhan umat Islam adalah berpunca daripada kefasadan pemerintah Islam, yang menyebabkan kesengsaraan pada rakyat Damsyik.

Mentashihkan salahfaham!..

Di sini, saya menegaskan bahawa objektif pernyataan “Allah akan menolong negara yang adil walaupun kafir dan tidak akan membantu negara yang zalim walaupun mukmin (Islam)” merupakan satu muhasabah kepada umat Islam agar cakna tentang politik yang adil dan mempastikan pemerintah mereka dalam kalangan muslim yang tidak korup. Ia bukanlah sejauh seperti yang difahami oleh netizen hari ini dalam kata-kata mereka “bukan Islam yang amanah lebih baik daripada muslim yang korup)” sehingga membelakangkan calon muslim lain yang adil dan cekap.  Jika benar kepercayaan mereka, sudah tentu Ibn Taimiyyah akan mewar-warkan pernyataannya sebagai hujah untuk melakukan reformasi politik zaman beliau. Sedangkan realitinya kerajaan Mamlukiyyah terus diterajui oleh sultan dan pemempin beragama Islam.

Dengan rendah hati, saya ingin menegur para netizen agar berhati-hati.Pernyataan tersebut TIDAK SEWAJARNYA digroomed secara meluas dan “terbuka” kerana beberapa faktor :

i. Skop perbincangan kelayakan memimpin dalam hukum fiqh adalah dalam konteks pemimpin Islam, bukannya bukan Islam. Hal ini mencakupi hujah ayat 28 surah al-Qasas tentang sifat al-qawiyy al-amiin yang masih mengutamakan nilai iman dan taqwa.

ii. Percanggahannya dengan petunjuk (dalalah)  nas syarak yang lebih muhkam, qat’iy dan jelas yang mana menyeru umat Islam saling mendokong kepimpinan mereka antara satu sama lain.(Al-Anfal : 72 ; Al-Taubah : 71).

iii. Tidak sejajar dengan penglibatan bukan Islam pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin. Amalan itu berlaku dalam konteks kepakaran yang diperlukan dalam hal-hal baharu diterokai oleh kerajaan. Bukan Islam tidak diletakkan dalam kondisi sebagai ‘policy maker’ bersama pemimpin Islam lain.

iv. Perbezaan dalam sistem politik semasa. Memang orang bukan Islam diangkat ke jawatan besar pada zaman Umayyah dan Abbasiyyah. Namun dominasi khalifah dalam kerajaan bersifat mutlak dan perlantikan atau perlucutan jawatan mereka tertakluk sepenuhnya kepada beliau. Keadaan masa kini berbeza dengan sistem politik di zaman Umayyah dan Abbasiyyah berbentuk monarki, khalifah menjadi khalifah secara warisan dan jemaah menteri bukan dilantik oleh rakyat dalam PRU.

v. Nas-nas yang mengecam kezaliman perlu difahami dalam konteks yang betul. Iaitu arahan agar semua pemimpin dan umat Islam mengikut kapasiti tanggungjawab masing-masing bagi mempastikan pelbagai kemaslahatan rakyat terbela. Sekiranya mampu, rakyat wajib menggantikan pemimpin yang jahat, zalim dan fasiq dengan pemimpin lain yang baik, adil dan warak. Kemampuan tersebut perlu selari dengan ruang yang disediakan oleh sistem politik zaman sestiap zaman.

Akhirul kalam…

Kerajaan yang adil semestinya meletakkan semua manusia pada satu taraf sosial yang sama dalam bermuamalah (menguruskan kehidupan sosial), menyerahkan tugas dan jawatan kepada calon yang berkelayakan di samping tidak mengamalkan diskriminasi terhadap bangsa, keturunan, bahasa dan budaya tanpa pertimbangan sepatutnya. Perlantikan bukan Islam sebagai menteri kewangan dan peguam negara lebih tepat diletakkan dalam bidang kuasa SIASAH SYAR'IYYAH* Perdana Menteri. Wallahu a’lam.

Ruang lingkup keadilan sangat luas meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Kerajaan mesti bertindak dengan adil sama ada terhadap penyokong kerajaan dan juga pembangkang. Dalam menghadapi pembangkang, kerajaan tidak boleh menganiaya atau menafikan hak mereka, walaupun wujudnya permusuhan. Perbezaan pandangan itu tidak menjadi faktor kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka. Kerajaan juga perlu menjamin keadilan dalam negara. Sebarang anasir berbentuk pemikiran, idea, tindakan dan kegiatan yang menyalahi prinsip keadilan seperti semangat perkauman, anti sesuatu bahasa dan membenci minoriti Islam tidak boleh diterima dan mesti dihapuskan.

Muhasabah INI TIDAK SAMA SEKALI bertujuan menentang setiap keputusan kerajaan. Ia tidak lebih daripada nasihat yang baik daripada rakyat marhaen. Mohon maaf jika berlaku khilaf kefahaman.

Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin

*Isu perlantikan bukan Islam dlm kerajaan telah saya bahaskan sebelum ini.

Rabu, 16 Mei 2018

FAKTA SEJARAH DAN KESINAMBUNGANNYA

1) Lepas PRU14 kita lihat ramai ADUN UMNO melompat parti dan menyertai PPBM, contohnya seperti yang terjadi di Kedah, Perak, Johor dan mungkin ada lagi yang akan menyusul.

2) Ramai orang tidak dapat membaca cara Tun M berpolitik. Ye la, politik matlamat menghalalkan cara. Matlamat Tun M sebenarnya hanyalah untuk jatuhkan Najib (by hook or by crook), sebab Tun M masih sayangkan UMNO. Macam mana tak sayang, sebab dia yang tubuhkan UMNO

3) UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946  oleh Tun Onn Jaafar telah diistiharkan sebagai pertubuhan haram oleh mahkamah pada 4 Februari 1988.

4) Pada 9 September 1969 Tun telah dipecat dari UMNO lalu masuk semula pada 7 Mac 1972 yakni pada zaman Tun Razak. (sebab tu Najib jadi PM sebagai membalas budi Tun Razak yang menerima Tun M semula dalam UMNO)

4) Tun M yang menjadi Perdana Menteri Sejak 16 Julai 1981 telah diistiharkan partinya yakni UMNO sebagai pertubuhan Haram oleh Mahkamah pada 4 Februari 1988 .

5) Akbikat pengharaman UMNO, kemudian pada 13 Februari 1988 Tun M sendiri telah menubuhkan UMNO (BARU), dengan mengekalkan lambang, cogan kata, lagu dan perlembagaan yang sama. Mungkin ini tektik Tun M untuk menyekat kemaraan Tengku Razaleigh yang semakin menonjol menyainginya untuk jawatan Presiden UMNO.

6) Maka terpelantinglah Tengku Razaleigh, lalu menubuhkan Parti Semangat 46, kemudian menyertai UMNO semula. Tun M yang jadi Perdana Menteri sejak 16 Julai 1981 kemudianya meletak jawatan pada 31 Oktober 2003.

7) Pada 19 Mei 2008 Tun M sekali lagi keluar UMNO apabila Pak Lah enggan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Akibat tekanan, Pak Lah kemudian melepaskan jawatannya,dan menyebabkan Tun M masuk semula UMNO pada 4 April 2009.

8 ) Tempat Pak Lah telah diisi oleh Najib pada 3 April 2009. Tetapi Najib mengalami nasib yang sama, menerima tekanan dari Tun M supaya berundur kerana terpalit dengan penyelewengan dan salah guna kuasa. Bacaan Tun M, jika Najib engan berundur UMNO/BN akan tumbang dalam PRU.

9) Akibat Najib tidak endah, lalu Tun M buat kali ke-3 keluar UMNO pada 29 Februari 2016.

10) Kini Tun M tubuh pula parti baru iaitu PPBM pada 8 September 2016 yang matlamatnya untuk menjatuhkan Najib.

11) PPBM bersama dalam DAP, PKR dan PAN bekerjasama menubuhkan Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menawan kerajaan Malaysia dalam PRU14.

12) PPBM memenangi (12) kerusi Parlimen, manakala DAP(42), PKR(49) dan PAN(10).

13) PPBM menjadi Parti kedua paling sedikit kerusi Parlimen berbanding semasa dalam UMNO dahulu yang menjadi parti Melayu Nominan dalam BN.

14) Kini, ramai ADUN UMNO mula melompat parti bersama kerusi mereka untuk menyertai PPBM. Seperti yang berlaku di Kedah, Johor,Perak dan ada lagi yang akan melompat menurut Pengerusi PPBM Perak.

15) Persoalanya, apakah akan berlaku lebih ramai penghijrahan wakil-wakil UMNO kedalam PPBM, lalu menjadikan PPBM sebagai parti yang mempunyai wakil rakyat Melayu yang dominan.?

16) Apakah 65 kerusi Parlimen UMNO akan berhijrah ke PPBM menjadikan penguasaan kerusi Melayu meningkat 77 dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia ?

17) Apakah Kerajaan UMNO Perlis yang bergantung harap dana dari pusat sebelum ini akibat hasil mahsurnya yang tidak mencukupi menyebabkan wakil-wakilnya turut akan menyeberang ke PPBM.?

18) Apakah krisis UMNO dengan ROS yang mungkin akan dibubarkan menyebabkan PPBM menjadi parti “UMNO" baru yang akan menguasai kerajaan semula, seperti kes penubuhan UMNO (Baru) pada 13 Februari 1988 dahulu.?

19) Apakah ini strategi Politik Tun M dalam menyelamatkan parti yang diasaskanya sendiri dahulu ?

20) Jika ini berlaku, bererti Kerajan Malaysia ini akan diketuai oleh UMNO BARU (PPBM), PKR, DAP, Warisan dan beberapa parti lagi dari Sabah dan Sarawak.

21) Apakah Kerajaan Malaysia sekarang ini akan menyamai kerajaan Barisan Nasional yang dahulu cuma dengan hanya penyertaan DAP, PKR dan PAN sahaja.?

23) Apakah impian dan matlamat Tun M sudah berjaya ?

22) Sama-sama kita saksikan Strategi Politik Tun M yang sangat licik ini.

- Mat Nyebar, AJK Copy Paste

Aku, PAS dan Malaysia 1

"Assalamualaikum Ustz, saya nak tanya tentang orang PAS yang claim mereka bawa Islam. Apa maksudnya Ustaz? Sebab PH pun orang Islam, BN pun orang Islam." Malam tadi saya ditanya oleh rakan muka buku melalui messanger.

Biasanya bila saya dapat soalan, saya takkan terus jawab.  Yang tak tahu saya cakap tak tahu, yang kesamaran saya minta tangguh. Tapi soalan ni agak menarik untuk dihuraikan secara lebih detail.

Saya jawab, "zaman Rasulullah dan zaman dulu, orang Islam membawa Islam dan dan ditentang oleh musyrikin mekah asalnya." Begitulah sifat perjuangan zaman tu. Mereka tidak pernah mendengar dan memahami apa itu Islam. Mereka telah menghadam dan bulat2 mempercayai agama mereka. Hati yang telah mempercayai sesuatu amat sukar untuk menidakkannya. Jadi apabila Islam datang, sangat susah bagi mereka untuk menerima.

"Sekarang orang Islam bawa Islam, tetapi secara tidak sedar ditolak oleh umat Islam sendiri." Saya cuba menarik perhatiannya bagi memahami situasi semasa.

"Eh, mana boleh cakap macam tu ustaz. Kat negara kita ada masjid, dibenarkan kuliah, kebebasan untuk beramal. Tu kan tanda mereka juga menegakkan Islam." Disinilah point utama untuk saya memberikan kefahaman mudah kepada saudara yang bertanya ni.

"Agenda Islam bukan hanya surau masjid, jalan raya, boleh berkuliah dan amalan2 individu. Bahkan ia lebih luas." Islam adalah sistem. Sistem pemerintahan, sistem kehakiman, sistem ekonomi, dan segala macam sistem yang melibatkan cara hidup manusia.

Kita berhadapan dengan orang Islam yang tidak bersedia kembali kepada sistem Islam secara menyeluruh. Sedangkan kita meyakini acuan Allah adalah acuan terbaik. Apa yang kita yakini tidak sama dengan apa yang kita buat.

"PH takkan mampu menerapkan sistem Islam yang merupakan jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku di malaysia." Saya tambah lagi. Sebab lihat sahaja watak2 penting dalam parti tu, tepuk dada tanya iman.

"Adakah masalah negara boleh selesai jika meruntuhkan 1 jahiliyah tetapi menaikkan satu lagi jahiliyah?" Saya melontarkan soalan kepadanya. Menduga mengharapkan dia faham.

"Maknanya ustaz, dulu kita menentang orang bukan Islam. Sekarang kita menentang orang Islam yang membawa sistem bukan Islam. Macam tu ke?" Orang cerdik, mudah memahami. Itulah keistimewaan manusia. Kerana itu pentingnya perbincangan.

"Ya, keadaan jadi amat sukar sebab kita terpaksa berhadapan dengan orang Islam tetapi membawa sistem yang bukan datang daripada Islam." Itulah hakikatnya. Kesukaran yang perlu dilalui oleh pejuang Islam.

Islam bukan sekadar manusia, tetapi ia merupakan satu sistem lengkap yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Naiklah seribu orang Islam sebagai pemerintah pun, jika mereka terus menerus tidak kembali kepada sistem Islam, pi mai pi mai tang tu.

Islam adalah sistem yang memberi jaminan kebaikan kepada semua manusia. Kita telah melihat kegagalan segala ism. Sosialis, metarialis, komunis, dan sebagainya. Tetapi kita tetap cuba untuk menambah baik dan terus beramal dengan sistem itu. Sedangkan Islam menawarkan penyelesaian jauh lebih baik dari semua jenis ism yang telah diamalkan termasuk dinegara2 umat Islam. Penyelesaian yang bakal memberi faedah. Berilah Islam itu peluang, sebagaimana kita telah memberi peluang 14 kali dalm pru kepada ism yang memang telah seringkali gagal.

"Tapi tanpa sokongan non muslim, boleh ke kita menang?" Tanya dia lagi.

Saya jawab, "kemenangan datang daripada Allah. Bekerjalah untuk kemenangan, Allah akan menunaikan janjinya." Bukan sesukar mana untuk difahami. Tetapi kebenaran sentiasa tenggelam dek kerana fitnah yang tak berkesudahan.

مُّذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذَٰلِكَ لَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ وَلَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (yang membawa sistem kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang membawa sistem orang yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya

Ustaz Aireroshairi bin Roslan - N28 Kerdau
Kp DPPK kuala krau.
13 mei 2018.
0800 hrs.

#UAR
#BUKANSEKADARGAMBARHIASAN

Isnin, 14 Mei 2018

Pesanan Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS

Askm w.b.t, 

Saudaraku,
Keputusan telah keluar. Kini Malaysia akan dipimpin oleh kerajaan baru. Semoga kita semua kuat dengan ujian ini. Tghh telah berpesan agar kita, menerima segala keputusan kerana ianya adalah sebahagian daripada rukun iman yg mewajibkan kita mempercayakan baik dan buruk sesuatu peristiwa.

Saudaraku,
Jangan kesal dengan tindakan kita memangkah PAS tadi. Kita berjuang bukan hanya untuk dunia, tapi demi akhirat kita.

Saudaraku,
Kita berbanggalah dengan perjuangan PAS. Sekurangnya lepas dah kita dari soalan di akhirat sana nanti.

Saudaraku,

Mudahan apa yg berlaku pada hari ni menyebabkan terbukanya mata umat Islam untuk bersatu demi  menjaga, kedaulatan Islam.

Saudaraku,

Ramai org Islam yg bergembira dgn menangnya PH , tapi percayalah jauh disanubari mereka lega bila pas memerintah Kelantan dan trg dan jauh jauh disanubari mereka ialah kebimbangan terhadap masa depan Islam.

Saudaraku, 

Kebimbangan itulah tandanya Islam bangkit selepas ini InshaAllah.

Saudaraku,
Tidak mengapa jika kita menitiskan air mata hari ini. Tapi hari ini bangkitlah dengan semangat baru. Jihad kita takkan pernah berakhir, selagi masih bernyawa....     Allahuakbar!!!!

"Kalau kita bekerja hanya utk pilihanraya, kita tentu KECEWA. Namun jika kita kerja untuk ISLAM, maka Allah tidak akan mengecewakan kita."

Salam perjuangan buat semua petugas.

Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

Ahad, 13 Mei 2018

PAK LEBAI DAH PESAN BERKALI-KALI

Pak Lebai Tuan Guru Haji Hadi dah pesan dalam setiap siri jelajahnya ketika berkempen dalam PRU-14 lalu, mengapa PAS tidak boleh bersama dengan PH dan BN. Kerana matlamat mereka adalah sama, mahukan kuasa.

Bila kuasa dan pangkat menjadi matlamat, maka berlakulah apa yang berlaku hari ini. Drama lompat melompat, beli membeli, tawar menawar semata-mata untuk kekal berkuasa.

Rakyatlah yang menjadi mangsa. Pentadbiran tidak boleh dibentuk dan kebajikan rakyat diperjudikan.

Ramai orang kata Pak Lebai gila, macamana nak menang kalau hanya duduk bersendirian?

Tidak perlu pergi jauh, Terengganu dan Kelantan menjadi bukti dan hujah, bahawa kata-kata dan kajian yang dibuat sesetengah badan bahawa PAS akan kalah teruk dalam PRU-14 telah terjawab dengan sendirinya.

PAS berjaya mengekalkan Kelantan dan menawan kembali Terengganu, serta hampir menawan kembali Kedah. Malah berjaya mendapat 8 kerusi di Negeri Pahang.

InsyaAllah, kami ahli PAS redha dan sabar atas ketentuan Allah ini. Biarlah mereka berbalah sesama sendiri. PAS terselamat dan terhindar pergelutan ini.

Saya mengajak sahabat-sahabat Ahli dan Penyokong PAS. Jadikan tempoh pasca PRU ini untuk kita muhasabah dan bertenang. Tonjolkan akhlak dan peribadi kita selaku abnaul harakah (anak-anak gerakan Islam).

Jangan cepat melatah, biarkan ketetapan Allah ini berjalan seperti yang Allah kehendaki. Tugas kita terus bekerja untuk memenangkan Islam. Kemenangan tidak datang dengan akhlak yang buruk. Kitalah duta Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

Jangan kita pula yang menjadi asbab melambatkan kemenangan tersebut.

InsyaAllah, tunggu dan lihat hikmah disebalik kemenangan yang tertangguh ini. Sejahtera bersama Islam. Istiqamah.

Mohd Aizat

Rabu, 2 Mei 2018

IBRAH AL-KAHFI: JANGAN PILIH PENGIKUT SYAITAN SEBAGAI PEMIMPIN.

Allah telah berfirman:

أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
"Apakah patut kamu mengambil dia (Iblis) dan keturunannya sebagai pemimpin selain dariKu? Sedangkan mereka adalah musuhmu. Sangat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim" - al-Kahfi 50.

⚫ Karektor pengikut Iblis.

Di dalam al-Quran, sarat menceritakan ciri-ciri pengikut syaitan yang wajib dijauhi. Sekaligus sebagai peringatan agar tidak menjadikan mereka sebagai pemimpin.

Antara ciri pengikut syaitan berdasarkan ayat 208 surah al-Baqarah adalah, aspirasi mereka sering bercanggah dengan konsep kesempurnaan Islam.

Bahkan di dalam surah al-Nisa' ayat 60 hingga 61, Allah telah mengingatkan betapa perangkap syaitan mahu mensekularkan umat Islam. Mereka tekun menghasut agar umat Islam berpegang dengan ideologi-ideologi ciptaan manusia.

Golongan seperti ini cukup menganut machiavellisme, menyebabkan mereka tidak sensitif dengan halal & haram. Bahkan di dalam surah al-Baqarah ayat 169, Allah menceritakan bahawa mereka gemar mengagendakan keburukan ke atas Islam serta merosakkan nilai hidup manusia. Kejahilan mereka pasti merosakkan semua.

⚫ Fitnah Akhir Zaman.

Sememangnya acap kali Nabi telah menggambarkan senario kepincangan masyarakat yang jahil, sanggup melantik makhluk perosak sebagai pemimpin mereka. Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi:

يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيُّ شَيْءٍ أَخْوَفُ عَلَى أُمَّتِكَ مِنَ الدَّجَّالِ ؟ قَالَ  الْأَئِمَّةَ الْمُضِلِّينَ
"Wahai Rasulullah, apakah yang lebih anda takutkan berbanding Dajjal?" Rasulullah menjawab "Mereka adalah pemimpin yang menyesatkan" - hr Ahmad.

⚫ Munculnya Pemimpin Berhati Syaitan.

Nabi bersabda:

يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ ، وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي ، وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ
"Selepasku akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku dan tidak menuruti sunnahku. Di antara mereka ada yang berhati syaitan namun berjasad manusia" - hr Muslim.

Di sini jelas, Nabi telah mengingatkan ciri pemimpin yang berhati syaitan adalah di kalangan mereka yang tidak berpegang dengan Islam secara serius.

⚫ Masyarakat Mesra Syaitan.

Akibat dari kejahilan yang telah lama berakar, masyarakat kita hari ini keliru membezakan antara mana yang baik dan mana yang buruk.

Bahkan kepincangan paradigma masyarakat hari ini menyebabkan mereka melihat orang yang jujur sebagai bodoh. Sementara orang yang licik menipu sebagai bijak bestari dan layak diangkat sebagai pemimpin. Maka tidak hairanlah jika syaitan sering diberi kedudukan dan kepercayaan.

Abdul Mu'izz Muhammad
27 April 2018.

Isnin, 30 April 2018

BUAT TABLIGH, ARQAM, HIZBU TAHRIR, TAREKAT DAN SEBAGAINYA; DAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI

Saya ingin ajak kepada semua muslim, warganegara Malaysia khususnya dari apa jua latarbelakang anda untuk berdaftar sebagai pengundi. Ia bukan sahaja  tanggungjawab setiap rakyat, tapi juga kewajipan setiap muslim.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi dalam menentukan pemimpin negara. Di tangan pemimpin terletaknya keputusan untuk melakukan apa sahaja terhadap negara ini samada yang halal atau yang haram. Demokrasi memberi hak kepada setiap rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu. Caranya ialah mengundi pada pilihanraya.

Benar. Demokrasi adalah ciptaan barat (walaupun ideanya diambil dari tamadun Islam). Kita tidak sekali-kali beriman bahawa demokrasi adalah sistem Islam. Namun sekiranya kita umat Islam mengambil langkah boikot demokrasi dan boikot pilihanraya, ia akan didominasi oleh pihak lain dalam negara ini.

Sedarlah negara kita hanya memiliki sekitar 60 peratus muslim. Bermakna non muslim 40%. Jika kita boikot, mungkin peratus muslim akan berkurang hingga ke 30-20%. Sedangkan penganut agama lain komited berdaftar sebagai pengundi. Tidak mustahil dengan kelekaan mengundi ini menyebabkan pemimpin negara akan datang adalah pilihan orang bukan Islam.

Justeru saya mohon mana-mana jemaah Islam yang menolak demokrasi dan memboikot pilihanraya supaya berfikir dua kali. Kalaupun berpendapat demokrasi ini haram dan tidak syar'ie, fikirkan semula ia sebagai darurat yang diharuskan kerana menolak mafsadah yang sangat besar; bimbang negara jatuh ke tangan musuh Islam.

Walaupun ada pengalaman lepas menunjukkan demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada Islam, tetapi sekurangnya kita berusaha. Jadikan faktor-faktor penggulingan FIS di Algeria dan IM di Mesir sebagai panduan untuk kita berjaga-jaga.

Kepada jemaah-jemaah Islam lain. Jalankanlah operasi jemaah anda seperti biasa. Kami tidak menghalang. Bahkan dalam perkara yang baik dan tidak bercanggah, pasti kami sokong. Cuma minta sedikit kompromi, benarkanlah ahli anda mengundi. Mintalah mereka berdaftar.

Urusan melantik pemimpin bukan sekadar urusan dunia. Ia bakal dipersoal di hari akhirat kelak.. Jika ditakdirkan dengan sebab kita tidak mengundi maka kemenangan berpihak kepada musuh Islam, lalu dasar-dasar negara yang menjamin urusan agama ini dihapuskan olehnya, maka menjawablah kita di hadapan Allah nanti. Sesungguhnya tiada satu pun perkara yang akan terlepas dari hisab Allah walau sebesar zarah.

Allah berfirman kepada semua orang beriman:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya).
[An-Nisa:58]

Wajib menjalankan perintah tuhan melantik pemimpin yang akan menggalas amanah kepada yang benar-benar layak. Jika wajib, maka apa hukum meninggalkannya? Apakah amanah terbesar selain dari kuasa pemerintahan.

Yang mahu meneruskan agenda dakwah fardi, teruskan. Ia amat baik sekali. Yang berjuang menegakkan khilafah, teruskan. Kami juga berkongsi cita-cita yang sama. Yang mengambil pendekatan zikir dan pembersihan jiwa, tafaddol. Anda memiliki peranan tersendiri. Namun tolonglah hanya untuk sekali seumur hidup berdaftar sebagai pengundi dan sekali untuk setiap 4-5 tahun untuk keluar mengundi. Kerja-kerja politik selain itu serahkan sahaja pada kami.

Menolak politik dan pemerintahan bakal menyebabkan agama kita makin lemah. Sabda Rasulullah SAW:

لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضاً الحكم، وآخرهن الصلاة

Akan terurai sedikit demi sedikit ikatan Islam. Setiapkali terungkai, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Maka perkara pertama yang akan terurai adalah pemerintahan, dan yang terakhir adalah sembahyang.
(HR Ahmad)

Saya merayu.

28 September 2016

#Alang_Ibn_Shukrimun

Rabu, 18 April 2018

Ungkapan kata-kata manis yang meracunkan

SAYA menarik perhatian terhadap bantahan yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh ilmuan dan masyarakat terhadap kenyataan yang terkandung di dalam hebahan rasmi Rt. Rev. Bernard Paul yang berbunyi seperti berikut:

“Dahulu kita telah membebaskan diri kita dari pemerintahan penjajah; sekarang kita sedang bertungkus-lumus untuk membebaskan diri kita dari “kayu-kayu mati” yang menindas, melemahkan semangat, yang berbohong dengan diri mereka, bahawa mereka ‘mendahulukan rakyat’.”

“Tidak ada kerajaan dan pemerintahan yang bersih; tidak ada pilihan raya yang bersih; tidak ada institusi yang bersih; tidak ada penguatkuasa undang-undang yang bersih; tidak ada pengurusan kewangan dan sumber yang bersih; tidak ada pemimpin bersih yang boleh dipercayai.”

“Perhatikan peningkatan rasuah dan skandal; Institusi-institusi yang gagal seperti kehakiman, SPRM, sistem pendidikan; pertambahan hutang-hutang asing; ahli-ahli politik pemecah-belah; dan lain-lain.”

Hebahan rasmi Rt. Rev. Bernard Paul ini dan satu lagi hebahan rasmi, iaitu Bishop’s Circular No: BP/2018/014 yang mengarahkan semua “Parishes and religious houses” untuk berdoa supaya Tuhan campur tangan dan berlaku perubahan dalam PRU-14, adalah bagi menggesa penganut agama Kristian supaya menukar kerajaan dalam PRU-14.

Imam Ali bin Abi Talib R.A pernah menegaskan:

كلمة حق أريد بها باطل

“Ucapan pada zahirnya satu kebenaran, padahal tujuannya kebatilan dan kejahatan.”

Mereka sebenarnya termasuk bala tentera penjajah yang dilatih bagi mengekalkan teori atau ideologi sekularisma yang dianut oleh penjajah itu mengikut kitab Bible yang menjadi rujukan dan pegangan mereka.

Give to Caesar that belongs to Caesar; and to God the things that are God’s” (Matthew 22:21)

Then Jesus said to them, "Give back to Caesar what is Caesar's and to God what is God's." And they were amazed at him. (Mark 12:17)

Kesimpulan maksudnya: “Berikanlah kepada Kaisar apa yang milik Kaisar dan kepada Allah apa yang milik Allah”.

Al-Quran yang mewajibkan umatnya beriman kepada Nabi Isa A.S, Rasul Allah dan Hamba-Nya serta beriman kepada kitab Injil yang asal menegaskan firman Allah:

وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ (48) وَرَسُولًا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنِّي قَدْ جِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ أَنِّي أَخْلُقُ لَكُمْ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنْفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَأُحْيِ الْمَوْتَى بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (49) وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَلِأُحِلَّ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ وَجِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (50) إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (51)} [آل عمران: 48 – 51[

“Kami kurniakan ilmu kepadanya (Isa A.S) berkenaan kitab, kebijaksanaan, Kitab Taurat dan Injil (48). Dan kami lantik Dia menjadi Rasul (messenger) kepada Bani Israel. Sesungguhnya Aku (Isa A.S) berkata; Aku tunjukkan untuk kamu (mukjizat) patung burung daripada tanah, aku tiupkan padanya, menjadi burung yang sebenar (berterbang) dengan izin Allah, Aku juga menyembuhkan orang yang berpenyakit kronik buta, dan sopak dan hidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah, aku beritahu apa yang kamu makan dan yang kamu simpan sembunyi di rumah kamu. Itu menjadi tanda (mukjizat) untuk kamu supaya kamu beriman. (49) Supaya kamu juga percaya kepada Kitab Taurat (perjanjian lama) dan supaya aku halalkan kepada kamu sebahagian daripada yang pernah diharamkan terhadap kamu. Aku bawakan kepada kamu ayat (tanda bukti) daripada Tuhan Kamu. Maka bertaqwalah kepada Allah dan taatilah kepadanya. (50) Sesungguhnya Allah sahaja Tuhan kamu, Beribadat kepadanya sahaja. Inilah jalan yang betul (51).” (Surah Ali-Imran: 48-51)

Parti-parti sekular dilindungi oleh gereja yang meneruskan warisan penjajah itu. Menterjemahkan Islam daripada perkataan ‘religion’ bukannya ‘Al-Din’ mengikut bahasa Al-Quran. Malangnya ada kalangan mereka menjadi ahli Zionis (Pertubuhan Yahudi) yang mereka percaya membunuh dan mensalibkan Nabi Isa A.S. Adapun kami umat Islam percaya Nabi Isa tidak disalib, bahkan Isa akan kembali di akhir zaman menyatukan umat Kristian kembali bersama umat Islam.

Saya tercium betapa DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran. Mereka bergabung dengan golongan anti hadis dan liberal. Kalangan ahli politik yang mencari jalan pintas bergayut bersama, sama ada kalangan umat Islam yang bebal sepak terajang politik atau yang buta politik, dan juga kalangan bukan Islam.

Islam meletakkan para paderi yang tidak bermusuh terhadap Islam. Al-Quran menunjukkan betapa kasih sayang terhadap para paderi yang dirakamkan dalam Firman Allah:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ [المائدة: 82[

“Kamu pasti mendapati kalangan paling bermusuh terhadap orang-orang yang beriman itu ialah orang Yahudi dan Musyrikin. Dan kamu dapati yang paling dekat dan mengasihi orang-orang yang beriman itu daripada kalangan yang berkata kami adalah orang-orang Nasora (Kristian). Mereka itu terdiri daripada kalangan para paderi dan pendita dan mereka tidak takabur (sombong).” (Surah Al-Maidah: 82)

Islam yang sebenar berjaya membuktikan kerajaan yang bersih, adil dan rahmat. Apa yang berlaku kini bukannya model Islam yang sebenar. Walaupun sudah ada undang-undang menentang rasuah dan salah laku tetapi dihilangkan roh Islamnya kerana pemisahan politik daripada agama.

Mereka terus mempertahankan prinsip dan konsep ideologi penjajah itu, contohnya direalisasikan penentangannya terhadap RUU 355 kerana tujuannya memperkenalkan sedikit hukum Islam yang berbeza dengan undang-undang warisan penjajah dalam hanya hukuman sebatan yang sama sebutannya, tetapi berbeza konsep dan caranya. Walaupun dalam perkara yang berkait umat Islam tanpa menyentuh penganut bukan Islam, tetapi mereka menentang juga dengan berbagai helah dan mempengaruhi penganut Islam dan mengugut kalangan bukan Islam yang terus menghormati hubungan masyarakat majmuk.

Kami dapat membaca yang tersirat daripada kenyataannya bagi meminggirkan Islam daripada Perlembagaan dan memperkecilkan Raja-raja yang menjadi Ketua Agama yang dibandingkan seperti kayu-kayu mati. Padahal mereka yang mengerat akarnya supaya mati, bukannya ditukar bajanya daripada baja ciptaan penjajah kepada baja Islam.

Kalau para ulama PAS yang berjubah dan berserban turun ke medan bertanding pilihan raya menjadi calon, maka saya juga mencabar supaya mereka itu terjun ke medan politik bersama parti yang dipilihnya tanpa mencabut jubah paderi yang dipakai itu.

Cukuplah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen yang terdekat menegaskan, bahawa hanya pemimpin PAS yang tidak disoal siasat oleh SPRM. Bukan PAS mahu mengangkat diri sendiri kerana dilarang oleh Islam, tetapi pihak lain yang memberi jawapan. Rahsianya kerana Islam menjadi akidah perjuangan yang meletakkan politik menjadi sebahagian daripada agama.

Kisah benar dalam sejarah Islam, apabila seorang wanita penjual susu di zaman Khalifah Umar R.A meletakkan air ke dalam susu di waktu malam untuk dijual di pasar besoknya. Tiba-tiba anak gadisnya menegur: “Ibu jangan menipu!”. Ibunya menjawab: “Khalifah Umar tidak tahu!”. Maksudnya ketua negara yang menguatkuasakan undang-undang tidak tahu kerana dilakukan waktu malam, penguatkuasa sedang tidur. Si anak gadis menjawab: “Walaupun Umar tidak tahu, tetapi Tuhan Umar Maha Mengetahui”.

Khalifah Umar yang mengintip terus menandakan rumah itu. Tiba-tiba gadis yang beriman dan budiman itu dipinangkan untuk puteranya. Ya! anak ketua negara berkahwin anak penjual susu yang miskin. Keberkatannya melahirkan zuriat seorang bernama Umar bin Abdul Aziz yang pernah menjadi idola Ketua Menteri Pulau Pinang dahulunya.

Rahsianya apabila Islam meletakkan semua urusan manusia termasuk memerintah negara dan politik berwawasan Akhirat mengikut perhitungan dosa dan pahala atau syurga dan neraka.

Maka usaha meminggirkan Islam daripada Perlembagaan Persekutuan, melemahkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, melumpuhkan atau membatalkan institusi yang berkaitan dengan Islam hendaklah ditentang habis-habisan. Tegasnya wajib menolak parti-parti yang berhasrat demikian, kalangan bukan Islam berbagai agama juga wajib menolak langkah yang mahu mengekalkan agenda penjajah yang telah kita sama-sama menghalaunya.

Semua kaum dan penganut berbagai agama dalam masyarakat majmuk memilih demokrasi sama ada parti-parti dalam Perikatan dahulu (Umno, MCA, MIC, USNO, PBB dan lain lain) termasuk PAS yang terus rela menjadi pembangkang menerima Perlembagaan Persekutuan yang ada berteraskan Islam Agama Persekutuan dan hak kebebasan kepada agama-agama lain, serta Raja Berperlembagaan bersama sistem demokrasi yang damai. Semuanya mengetahui masih banyak kelemahannya yang wajib diubah secara merdeka daripada saki baki pemikiran penjajah dan pengaruhnya.

PAS berjuang secara damai memilih pendekatan demokratik melakukan perubahan yang sangat menghormati hubungan masyarakat majmuk walaupun sekadar berkuasa khususnya di peringkat negeri Kelantan, paling lama penuh sabar menghadapi tekanan dan kepungan dengan mengutamakan hubungan dalam konsep federalisma yang lebih diutamakan daripada kepentingan negeri dan satu kaum dan satu agama sahaja tanpa paksaan terhadap bukan Islam.

Maka PAS menentang sekeras-kerasnya terhadap kalangan yang merungkai Perlembagaan yang merosakkan, bukan penambahbaikan. Lebih membahayakan lagi kalangan yang menjadi jentera penjajah yang menjadikan Islam sebagai musuh sehingga boleh mengancam kedaulatan negara.

PAS tetap beristiqamah di atas dasar dan konsep tersebut walaupun menang atau kalah sehingga laksana burung yang bertongkat paruh sehingga akhir hayat.

Firman Allah:

وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ ۖ وَقُولُوا آمَنَّا بِالَّذِي أُنزِلَ إِلَيْنَا وَأُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمْ وَاحِدٌ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (46(

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri". (Surah Al-Ankabut: 46)

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Rejab 1439 / 16 April 2018 - HARAKAHDAILY 16/4/2018

_AC_

Isnin, 16 April 2018

12 JAWAPAN KEPADA 12 FITNAH KE ATAS PAS

*Fitnah 1* : PAS bergabung dengan Umno dimainkan sejak 2008.

Jawapan : Fitnah ini diulang-ulang bagi menghilangkan kepercayaan ahli dan penyokong PAS kepada pimpinan. Namun hingga ke hari ini sudah 10 tahun fitnah dimainkan, PAS dan Umno masih tidak bergabung.

*Fitnah 2* : PAS Tongkat Umno dimainkan sejak 2017.

Jawapan : Menjelang PRU14, PAS umumkan akan berlawan dengan Umno di 130 kerusi Parlimen. PAS telah berlawan dengan Umno sebelum sebelum DAP ditubuhkan pada  1966, sebelum PKR ditubuhkan pada 1999, PAN 2015 dan PPBM 2016. Jadi adalah normal jika PAS bertanding melawan Umno walaupun sudah tidak bersama Pakatan kerana itu memang tradisi PAS. Isu PAS tongkat Umno hanya propaganda politik Pakatan selepas PAS menolak untuk bersama mereka.

*Fitnah 3* : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Sarawak Report 2016)

Jawapan : Fitnah mula disebarkan oleh  editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown  pada 2016. Pas beri amaran untuk saman. Sebelum disaman, Claire memadam semua artikel fitnah dan membuat kenyataan bahawa semua artikel itu hanya berdasarkan andaian. Pada 2017, PAS mengheret Claire ke Mahkamah di London dimana lokasi sebenar akhbar itu beroperasi. Mahkamah London kemudian arah Claire membayar RM84,000 sebagai kos prosiding pendakwaan kerana gagal menyerahkan bukti. Pada 2018, Claire meminta Mahkamah membatalkan saman PAS kerana beliau gagal menyediakan bukti atas fitnah yang disebarkan.

*Fitnah 4* : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Husam 2017)

Jawapan : Sehingga ke hari ini Husam masih enggan membuat laporan SPRM dan Polis ke atas PAS. Husam juga masih gagal menamakan individu yang menerima wang tersebut. Husam yang sebelum ini mengatakan wang tersebut masuk dalam akaun Affin Bank individu tertentu masih gagal tunjukkan bukti transaksi. Selepas di desak, Husam cabar PAS tunjuk bukti  salinan akaun bank yang menyatakan transaksi berkenaan. Anehnya orang yang dituduh pula yang perlu tunjuk bukti untuk mengesahkan fitnah yang dia buat. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu.

*Fitnah 5* : PAS terima Dana 1MDB.

Jawapan : Pada 2017, Orang yang menyebarkan fitnah ini iaitu Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) akhirnya akui bahawa yang terima dana dari 1MDB bukannya PAS tetapi, Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang dipecat pada 2013.

*Fitnah 6* : Klip audio suara Nik Abduh berhubung PAS terima 90 juta dari Umno.

Jawapan : Husam pun tak pasti itu suara Nik Abduh atau tidak. April 2017, barulah Klip audio dihantar ke London untuk disemak oleh pakar selepas beberapa minggu ia disebarkan terlebih dahulu. Hingga kini tiada sebarang pengesahan dari mana-mana pakar audio bahawa klip video itu adalah suara Nik Abduh. Dan sangat lucu, sekali lagi Husam minta PAS sahkan yang suara itu adalah suara Nik Abduh. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu untuk sahkan yang suara itu milik Nik Abduh.

*Fitnah 7* : Anak Lelaki Sulung Almarhum TG Nik Aziz, Nik Omar sertai PAN dan bakal MB Kelantan.

Jawapan : 15 April 2018, Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan tidak menyertai PAN dan tidak akan bertanding dimana-mana kerusi. Wan Rahim akhirnya terdiam selepas bertahun memainkan fitnah yang Anak Lelaki Sulung TGNA itu bersama PAN.

*Fitnah 8* : Ahli PAS Putrajaya ambil Pil Kuda ketika kempen PRU13.

Jawapan : Tengku Adnan Mansor hanya membuat andaian selepas membaca berita Anak Husam Musa ditangkap kerana disyaki menjual pil kuda pada Disember 2017. Husam Bertanding atas tiket PAS di Putrajaya pada 2013. Walaubagaimana pun beliau di pecat PAS pada 2016. Isu Pil Kuda hanya muncul pada 2017 dan hanya melibatkan anak Husam, bukannya petugas PAS seperti di dakwa oleh Setiausaha Agung Umno itu. Laporan polis telah dibuat dibawah Akta Berita Palsu 2018.

*Fitnah 9* :  Presiden PAS Sokong GST.

Jawapan : Hanipa Maidin (PAN) menemplak Fitnah RTM dan TV3 yang memanipulasi Ucapan TG Abdul Hadi Awang di Parlimen sebagai menyokong GST. Beliau mengesahkan bahawa Presiden PAS tolak GST. Ini sekaligus mematikan fitnah Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM yang turut mendakwa Presiden PAS Sokong GST kerana beli
au juga salah tafsir kenyataan Presiden PAS. Dalam Manifesto PRU14 PAS jelas menetapkan akan menghapuskan GST dan SST jika diberi mandat oleh rakyat.

*Fitnah 10* : PAS tidak serius bentang pindaan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah).

Jawapan : Pindaan RUU355 adalah usul persendirian ahli parlimen bukannya dari Kerajaan BN. Jadual mesyuarat dan Pengerusi mesyuarat adalah dari BN. Merekalah yang tetapkan bila usul persendirian dari PAS ini boleh dibentang atau tidak kerana PAS adalah parti pembangkang. BN tidak memberikan laluan mudah, manakala ahli Parlimen PH pula memperlekeh Presiden PAS sebagai gagal. Sepatutnya jika mereka jujur BN Dan PH beri kerjasama menyokong dan memaksa Speaker Parlimen beri laluan usul ini dibentangkan.

*Fitnah 11* : Undang-undang Hudud menindas hak asasi bukan Islam.

Jawapan : Undang-undang Hudud adalah untuk orang Islam sahaja, bukan Islam bebas mengunakan undang-undang sivil sedia ada. Tindakan DAP menakut-nakutkan bukan Islam dengan menolak hudud secara terbuka adalah menghina hak demokrasi umat Islam. Hudud adalah undang-undang jenayah yang sepatutnya menjadi sebahagian dari senarai undang-undang Syariah.

*Fitnah 12* : PAS diresapi oleh kumpulan pengganas ISIS.

Jawapan : Dakwaan Mat Sabu ini dijawab oleh Ust Norazli Musa selepas gambar lawatan kemanusian beliau pada 2015 diviralkan dengan andaian kononnya PAS beri bantuan pada ISIS. Siasatan mengesahkan bahawa individu yang memegang senjata dalam gambar yang diviralkan adalah Pengawal Lapangan Terbang yang diarah mengawal keselamatan beliau sepanjang misi bantuan kemanusiaan ke Syria, bukannya pejuang ISIS.

Sesungguhnya musuh-musuh PAS tidak pernah berhenti menyebarkan fitnah bagi menghalang kebangkitan PAS sebagai parti yang terbaik dalam memperjuangkan hak rakyat berlandaskan Islam.

Kepada pemimpin kaki fitnah, bertaubatlah dan akuilah kesilapan kamu. Hidup ini hanya sementara, jangan tunggu sudah mati baru nak bertaubat.

Kepada kaki penyebar fitnah ingat, Allah telah berfirman dalam *Surah Al-Hujuraat ayat 6*:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

Kepada pemimpin dan ahli PAS yang difitnah bersabarlah dan semoga Allah bongkarkan segala fitnah yang dilemparkan dengan kebenaran dan rahmatNya.

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena kurniaan dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)." - *Surah An-Nisa' ayat 83*.

Herman Samsudeen
Mid Valley City
16 April 2018

Ahad, 15 April 2018

TAFSIRAN AYAT AL QURAN BERKENAAN PELANTIKAN NON MUSLIM SEBAGAI PEMIMPIN


1. Surah Ali Imran: 28

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ

Maksudnya: “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).”

Menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaily, ayat ini diturunkan berkenaan sekumpulan orang Islam yang yang menjadikan segolongan orang Yahudi yang mempunyai niat jahat terhadap Islam, dan mereka enggan untuk menjauhi mereka meskipun telah dinasihati dan diperingatkan berkali-kali tentang tipu-daya mereka.

Ayat ini ditafsirkan pula melalui ayat 118 surah yang sama apabila Allah SWT menyebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.”

Rujuk Al-Tafsir al-Munir (3/199)

2. Surah al-Nisaa’: 144

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.”

Menurut Ibn ‘Asyur, orang-orang kafir dalam ayat ini merujuk kepada Musyrikin Quraish dan ahli kitab di Madinah, dimana kecenderungan kebanyakan mereka adalah bermusuh terhadap sifat dan berpakat dengan kelompok munafiq untuk menghancurkan Islam

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (5/243).

3. Surah al-Ma’idah: 57-58

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾  وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. ”

Ibn ‘Asyur sewaktu mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa kalimah kuffar merujuk kepada Musyrikin yang tinggal di Madinah yang menzahirkan keislaman sedangkan sebenarnya tidak beriman atau dalam kata lain munafiq i’tiqadi. Terdapat sebahagian orang Islam yang tertipu dengan perlakuan dan penampilan zahir mereka. Diriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Sebahagian orang Yahudi dan Musyrikin ketawa sewaktu melihat kaum Muslimin sujud di dalam solat

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (6/241)

Beliau menambah lagi, wala’ atau kesetiaan kepada orang kafir yang dilarang ialah wala’ sepenuhnya dalam erti kata kesetiaan dari sudut agama. Maka kerana itu ayat ini ditafsirkan dengan ayat ke-51 surah yang sama, وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ yang bermaksud sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat, maka mereka termasuk dalam kalangan orang kafir tersebut (Al-Tahrir wa al-Tanwir: 6/242).

4. Surah Al-Mumtahanah : 1

يَا أَيُّهَا الَّذ

ِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu.”

Para ulama’ tafsir telah bersepakat bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbuatan Hathib bin Abi Balta’ah yang menulis surat kepada kafir Quraish mengenai persiapan Rasulullah s.a.w untuk menunaikan umrah pada tahun perjanjian Hudaibiyah. Pandangan lain menyebut ayat ini diturunkan sewaktu Nabi ingin membuka Kota Mekah (Fathu Makkah) namun ia tidak kuat

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/132)

5. Surah al-Mumtahanah: 8-9

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ . إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Melalui dua ayat ini, Allah SWT telah menegaskan bahawa ‘illah pengharaman menjadikan orang kafir sebagai teman rapat, pemimpin atau ikutan itu adalah kerana mereka menzahirkan permusuhan terhadap Islam dan menghalau kaum Muslimin daripada tanah air mereka. Adapun yang tidak bersifat dengan yang demikian, maka terkecuali daripada pengharaman ini. Al-Qistu dalam ayat ini bermaksud berlaku adil, manakala al Birru pula berbuat baik, termasuklah bergaul dengan baik dan memuliakan mereka

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/151-152).

KESIMPULAN

Hasil penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur’an di atas beserta penjelasan para mufassir dan melihat kepada asbab nuzul, kami dapat simpulkan bahawa kesemua ayat di atas adalah diturunkan dalam konteks hubungan yang tegang antara kaum Muslimin pada zaman Rasulullah saw dengan sebahagian Musyrikin Quraisy dan sebahagian orang Yahudi yang memusuhi agama Islam dengan permusuhan yang nyata. Maka celaan dan larangan daripada menjadikan orang kafir sebagai wali / teman rapat/ penolong terpakai kepada kalangan bukan Muslim yang menzahirkan permusuhan dan kebencian kepada Islam dan yang memerangi orang-orang Islam.

Sabtu, 14 April 2018

Fatwa Mufti WP 'memihak' calon DAP?

PENDAHULUAN

Sejurus setelah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, mengeluarkan fatwa berkenaan hukum asal mengundi calon bukan Islam di dalam pilihan raya adalah harus, cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR mula menudingkan jari dan menghalakan fatwa itu ditujukan kepada PAS.

PAS dilabelkan sebagai gagal memahami nas dalam kerangka Maqasid Syariah, berfikiran cetek, jumud dan tidak selari dengan fatwa mendalam yang dikeluarkan oleh SS Mufti Wilayah.

Semuanya kerana PAS telah memutuskan sebarang kerjasama dengan Parti DAP atau parti-parti yang ada hubungan kerjasama dengan DAP.

Sebenarnya fatwa itu bukan menyatakan wajib mengundi calon bukan Islam. Ia adalah harus dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Menghuraikan salah faham

Salah faham ini berlaku kerana cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR beranggapan bahawa semua non-Muslim di negara kita adalah penyokong DAP.

DAP adalah non-Muslim. Dan non-Muslim adalah DAP. Inilah titik tolak kepada segala salah faham ini.

Sebenarnya, masyarakat bukan Islam di negara kita memilih pelbagai wadah politik bagi menyuarakan hak dan kehendak mereka. Bukan memilih DAP sahaja. Dan ada juga yang masuk PKR. Ramai juga yang lebih senang bergiat dalam NGO berbanding terlibat langsung dalam parti-parti politik. Ada juga yang bersikap tidak memihak.

Jika kita dapat memahami hakikat ini, mudahlah untuk kita faham bahawa PAS hanya memutuskan hubungannya dengan DAP. Bukan dengan keseluruhan masyarakat non-Muslim.

PAS menyatakan ia sedia bekerjasama dengan parti politik, NGO atau tokoh non-Muslim yang tidak bersama DAP dan tidak memusuhi agenda PAS memartabatkan perundangan syariat di negara kita.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

Lebih daripada itu, PAS mempunyai sayap bukan Islamnya sendiri iaitu DHPP. Ahli-ahli Dewan ini adalah bukan Islam daripada pelbagai agama dan anutan. Tetapi mereka melihat penyelesaian secara Islam yang diterajui oleh PAS adalah amat tepat, bersesuaian dengan masyarakat majmuk dan sangat terbuka. Justeru memberi faedah dan manfaat kepada semua warganegara, sama ada Islam atau bukan Islam.

DHPP memberi penerangan kepada bukan Islam bahawa PAS tidak seperti Umno yang berteraskan ideologi berteraskan bangsa semata-mata, bahkan teras PAS adalah Islam. Islam pula adalah bersifat universal, tidak menzalimi dan adil untuk semua.

DHPP menerangkan aspek kebaikan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu. Betapa Hukum Hudud hanya terhad untuk orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam pula tidak terlibat dengan perlaksanaan Hukum Hudud itu. Mereka bebas mengikut Undang-undang Jenayah sedia ada.

Dengan itu, bolehlah dikatakan bahawa anggota DHPP memenuhi semua syarat yang digariskan oleh SS Mufti Wilayah bagi mengharuskan mereka diundi di dalam sesebuah pilihan raya.

Oleh kerana itulah, Presiden PAS telah membayangkan kemungkinan meletakkan calon DHPP mewakili PAS di kawasan-kawasan yang sesuai.

Kenapa dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP?

Ya, dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP. Sebabnya PAS dan DAP sama-sama bersetuju menjatuhkan kerajaan BN yang penuh dengan skandal, penyelewengan dan salah guna kuasa. PAS dan DAP juga bersolidariti dengan DS Anwar Ibrahim yang dizalimi dan diaibkan dengan dahsyatnya oleh rejim Tun Mahathir.

Bahkan DAP juga bersetuju agar Hudud dilaksanakan di Kelantan dengan syarat ia tidak melibatkan bukan Islam. Dasar DAP ketika itu sehingga memberi peluang kepada pimpinan PAS untuk berdialog dengan golongan bukan Islam di dalam majlis-majlis anjuran mereka mengenai Qisas, Hudud dan Takzir.

Hubungan baik itu sehingga ada pimpinan DAP memetik ayat al-Quran dalam ceramah-ceramah umum mereka dan juga dalam ucapan mereka di Parlimen.

Apa masalah dengan DAP sekarang?

DAP pada hari ini sudah berubah. Mereka memusuhi PAS daripada segenap segi. Bahkan mereka memusuhi hak umat Islam untuk beramal dengan Syariat Islam sepenuhnya.

DAP beberapa kali memutuskan hubungan dengan PAS gara-gara dasar mereka yang berubah tentang Hukum Hudud. DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak. Walaupun ketika itu PAS dan DAP masih sebagai komponen Pakatan Rakyat.

Ini disebabkan oleh kerana DAP bimbang kerjasama dengan PAS menyebabkan DAP bakal kehilangan undi di dalam pilihan raya itu, kerana musuh politiknya di Sarawak akan mengaitkan DAP dengan menyokong Hudud.

Agenda hukuman jenayah berkaitan Hudud, Qisas dan Takzir ditolak dengan bersungguh-sungguh oleh DAP. Sekejap kerana kerana mahu mengekalkan Malaysia yang 'Sekular' mengikut kefahaman mereka. Sekejap kerana 'kononnya' memperjuangkan hak golongan bukan Islam.

DAP juga bermati-matian tidak bersetuju dengan agenda PAS untuk memperkasakan Undang-undang dan Mahkamah Syariah melalui usul persendirian RUU355. Usul yang turut disokong oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan.

Beberapa perubahan dasar DAP yang lain terhadap PAS

Selain Hudud, YAB Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP secara terang-terang dalam ucapannya menunjukkan sokongan terbuka kepada pimpinan PAS tertentu yang sanggup berkompromi dengan dasar baru DAP itu. Dia juga sehingga mengisytiharkan putus hubungan dengan Presiden PAS, tetapi tidak putus hubungan dengan PAS. Ini sangat melampau dan tidak beretika.

DAP juga pernah cuba menguasai Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu dan kini sedang menguasai PH. DAP tegas untuk memandulkan sebarang usaha membina semula negara dengan mengikut acuan Islam yang syumul. Usaha DAP ini turut disokong kuat oleh beberapa pimpinan PKR, PAN, Umno, MCA dan Gerakan.

DAP akhir-akhir ini seperti Umno juga, menyerang Kerajaan Kelantan bertubi-tubi dengan pelbagai fitnah dan persepsi yang sangat buruk dan negatif. Walhal Kerajaan Kelantan adalah sifar rasuah dan mendapat pelbagai anugerah 'Good governance' oleh pelbagai badan profesional yang diiktiraf. Dengan itu dasar PAS terhadap DAP pun berubah. Tidak susah untuk memahaminya.

Penutup

PAS mengalu-alukan fatwa seperti fatwa SS Mufti Wilayah yang cermat, mendalam, mudah difahami dan diselitkan dengan perbahasan dalil secara ringkas dan tuntas.

Menariknya, PAS sudah lama mengamalkan sikap yang bertepatan dengan hukum yang disuarakan oleh Sahibus Samahah dalam fatwa terbarunya ini Bayan Lin Nas Siri ke-129.

Sepatutnya semua parti politik menjadikan fatwa itu sebagai panduan dalam berurusan dengan golongan bukan Islam dalam politik negara kita. Golongan bukan Islam pula wajar sekali memerhatikan fatwa itu sebagai panduan berurusan dengan masyarakat Islam secara harmoni di negara kita.

Sedikit tambahan, PAS turut juga mengambil kira faktor majoriti penduduk kawasan yang ditandingi, sama ada Muslim atau non-Muslim lebih ramai. Turut diambil kira ialah faktor tradisi pertandingan melibatkan Muslim atau bukan Muslim di kawasan 50-50. Dan beberapa pertimbangan terhadap faktor-faktor lain.

ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
13 April 2018 - HARAKAHDAILY 13/4/2018

Jumaat, 13 April 2018

Mengenali Islam liberal dan bahaya seruan liberalisme.

MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.

Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.

Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang wacana Mustapha Akyol, seorang sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran wacana Mustapha Akyol.

Bentuk-Bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

1. Mereka menganut fahaman pluralisme

Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:

a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam liberal menolak pandangan mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan

b. Kerana terpengaruh dengan fahaman pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh SUHAKAM pada 9 September.

Bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang sahih iaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya”. (Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).

3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak hadis Nabi yang bermaksud, “Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka” dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

4. Mempertikai syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum syariat Islam adalah ciptaan ulama dan fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam syariat yang qatie. Antara hukum-hakam syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:

a. Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;

b. Keharusan poligami bagi lelaki;

c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;

d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad;

e. Hukum jenayah hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;

f. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;

g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;

h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan

i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.

Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.

Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

Dr Riduan Mohd Nor
Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI

Artikel ini pertikan   dari  Ismaweb