Khamis, 26 Januari 2012

BERIMAN KEPADA MALAIKAT



Mestika J1; 12 Beriman Kepada Malaikat 3 Tugas Tugas malaikat



UST AZHAR - MALAS KE SURAU

Rabu, 25 Januari 2012

Manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah yang dianugerahkan pada mereka


 Adalah termaklum dalam sejarah bahawa, manusia itu yang sengaja menempah bahana dan sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah yang dianugerahkan pada mereka. Sebagai manusia yang lemah dan dhoif, kita perlu ingat bahawa setiap yang apa kita lakukan untuk kepuasan hidup ini hanyalah nikmat sementara sahaja. kalau kita mahu sombong dan angkuh pada Allah, ia tidak sedikit pun menjejaskan kestabilan politik dan martabat Allah bahkan menjadi bahana dan kemudaratan yang besar pada kita.
 Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat: 42,
 Maksudnya: ”Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mara (mereka) terbeliak”.

Oleh kerana manusia itu tidak sedar dan berlagak dengan title ’manusia’ yang diberikan kepada mereka. Mereka menjadikan kehidupan dan dunia ini sebagai tempat untuk melakukan segala kerosakan dan kefadatan serta menjadikan bumi yang subur ini sebagai kem untuk merancang dan melakar strategi untuk melawan dan menentang perintah dan hukum Tuhan. Mereka juga merasakan bahawa merekalah yang paling hebat dan berhak menguasai bumi dan dunia ini. Dan menundukkan manusia secara zalim pada kehendak dan menurut hawa nafsu mereka dalam melakukan kerosakan di muka bumi ini.
 Kita melihat perjalanan kehidupan manusia sejak berabad lagi, telah melakarkan dalam sejarah dan ketamadunan manusia bahawa merekalah makhluk yang paling bengis dan zalim kepada semua makhluk yang mendiami dunia ini khususnya kepada manusia itu sendiri. Bahkan boleh kita katakan bahawa manusia itu lebih bersifat kebinatangan dari jenis binatang biasa kerana mereka sudah dikurniakan oleh Allah dengan 1001 nikmat dan kurniaan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ia telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam Al-Quran surah Al-Araf, ayat:179:
 Maksudnya: ”…Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat (terpesong) lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah”.
 Manusia sanggup membunuh dan meletupkan manusia lain demi untuk memuaskan hawa nafsu binatang mereka. Seperti apa yang berlaku kepada beberapa peristiwa dalam sejarah umat manusia khususnya umat Islam. Peristiwa berdarah yang dilakukan oleh Soviet Union pada tahun 1917-1918  ke atas umat Islam di Wilayah Khukand  telah menyebabkan kematian 1juta nyawa, harta benda mereka dirampas, tempat kediaman dan tanaman mereka dimusnah dan dibakar, berlakulah selepas itu, kebuluran dan wabak penyakit yang berlarutan hingga bertahun lamanya yang meningkatkan kadar kematian hampir 20 juta.
 Letupan bom atom (Amerika) pada tahun 1945 di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun atau ia lebih dikenali gelaran dengan Pearl Harbour. Jutaan nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan ini dan kemusnahan harta benda serta kawasan yang masih dapat terasa kehangatannya sehingga hari ini. Dan peristiwa berdarah yang berlaku kepada umat Islam di perkhemahan Sabra dan Syatila. Dilakukan oleh tangan-tangan Zionis pimpinan Areal Sharon pada tahun 1982 yang meragut nyawa hampir puluhan ribu manusia, ia termasuk orang tua, wanita, dan kanak-kanak.
 Pembuhuhan Tentera Nazi pimpinan Adolf Hitler penakluk, peneraju kuasa paksi dalam Perang Dunia Kedua, ke atas umat manusia di Jerman dan negara sekitarnya terutama bangsa yahudi, malapetaka buatan manusia ini telah mengorbankan 130 ribu nyawa dan yang terbaru, penjajahan dan penaklukan tentera Amerika keatas negara umat Islam di Afghanistan, Iraq, dan lubnan. Pada tahun 1999 sehingga 2006 yang mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa. Semua peristiwa ini telah meninggalkan episod ngeri yang mendalam dalam lipatan sejarah tamadun kemanusian.

 Firman Alla Taala dalam surah Ar-Rum, ayat: 41:
 Maksudnya: ”Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut kerana disebabkan kerana tangan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ( ke jalan yang benar)”.
 Akibat dari perbuatan ini, ia adalah punca kepada kehinaan dan hilangnya kemuliaan pada manusia. Ditambah lagi dengan kerosakkan yang dilakukan oleh manusia kepada makhluk-makhluk lain dan penciptaan ediologi-ediologi  yang memusnahkan keadaan   sekeliling. Melenyapkan terus kedudukan dan martabat manusia yang berakal itu dari title mereka sebagai manusia dan mereka yang memerintah alam ini.
Maka kesudahannya, segala perkara yang berlaku di atas muka bumi ini dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesarnya yang menimpa manusia adalah balasan Allah pada mereka. keadaan yang berlaku sekarang sudah tidak dapat dibendung lagi bahkan, bahkan manusia itu sendiri tidak menjumpai keadah atau cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dan cara bagaimana untuk mengatasinya. Gejala sosial yang melanda seluruh umat manusia, virus yang melanda seperti HIV, JE, Selsema Burung, Jerebu, masalah pemerintahan kemiskinan, kebuluran dan banyak lagi adalah balasan Allah Taala pada manusia yang tidak berpegang dengan ajaran dan arahanNya. Ia jelas diterangkan di dalam Al-Quran.
 Firman Alla Taala dalam surah Ali Imran ayat:112:
 Maksudnya: “Mereka diliputi dengan kehinaan d imana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang dengan tali (agama)  Allah dan (tali perjanjian dengan manusia), dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu, kerana mereka kafir ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas”.
 Sesungguhnya, mengejar kehidupan dunia ini adalah satu tuntutan kepada kita khususnya mereka yang bergelar manusia. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang diberikan kepada manusia sebagai penghulu untuk mentadbir muka bumi ini. Tetapi sudah diingatkan oleh Allah dalam Al-Quran dan SunnahNya supaya kita tidak  melampaui batas kemanusiaan dan mezalimi diri sendiri serta makhluk lain khususnya sesama manusia. Kerana Kehidupan kita sebagai manusia ini adalah sementara untuk kembali kealam yang kekal abadi. Dunia ini juga boleh diumpamakan sebagai syurga bagi orang-orang kafir dan penjara bagi orang-orang yang beriman.
 Jikalau kita melihat kebinasaan yang banyak berlaku ini adalah berpunca dari mereka yang tidak beriman pada Allah Taala, maka oleh yang demikian, merekalah manusia yang paling banyak melakukan kezaliman dan penindasan kepada manusia dan melakukan kemurkaan dan keingkaran kepada Maha Pencipta. Merekalah manusia yang bertopengkan binatang, ia ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran surah Al-Anfal, ayat: 55 yang berbunyi:
 Maksudnya: “Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka itu tidak beriman (menderhakai Allah)”.
 Jelaslah kepada kita, bahawa manusia ini mampu melakukan lebih dari apa yang mereka hajati. Dan untuk memanusiakan manusia bukanlah susah seperti mana yang kita sangkakan. Tetapi ia perlu kepada satu tindakan yang hikmah dan perancangan yang ilmiah untuk mengembalikan manusia itu kepada manusia dan mereka yang bersifat berperikemanusiaan. Kaedah-kaedah untuk mengembalikan manusia kepada manusia yang sebenar seperti mana yang dijelaskan oleh Allah dan As-sunnah adalah:

 1. Mengembalikan manusia kepada landasan kehidupan yang sebenar yang berpaksi kepada Al-Quran dan As-Sunnah dari pelbagai aspek kehidupan ini.

 2. Mengenalkan manusia tentang kehidupan dan urusan-urusan alam semulajadi ini. Urusan-urusan keduniaan seperti pertanian, perniagaan, perubatan, perindustrian dan sebagainya tidak boleh dipisahkan dengan urusan agama.

 Kesimpulannya, manusia itu perlu kembali kepada hadaf dan matlamat akan kewujudan mereka dimuka bumi ini. Melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah Taala dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Dan mereka perlulah berpegang teguh dengan tali Allah (agama) dalam setiap gerak-geri mereka dan segala urusan kehidupan mereka. Kerana dengan beragama itu adalah satu-satunya jalan untuk manusia menjadi sejenis makhluk yang paling mulia dan tinggi darjatnya disisi Allah S.W.T amnya dan disisi makhluk lain amnya. Apatah lagi mereka yang betul-betul bertakwa kepadaNya, maka akan diangkat lebih tinggi lagi darjatnya disisi penduduk dunia dan seisinya.
 Firman Allah Taal dalam suruh Al-Hujurat, ayat: 13 yang berbunyi:
 Maksudnya: ”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”.

Selasa, 24 Januari 2012

Segeralah Bertaubat Kepada Allah SWT

Segeralah Bertaubat Kepada Allah SWT Supaya Terhindar Daripada Azab dan Seksaan-Nya

oleh Makmum Sundari pada pada 24hb Januari 2012 pukul 9.13 pagi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap hari di akhbar arus perdana kita akan bertemu berita pembuangan bayi yang baru dilahirkan . Di jumpai oleh orang ramai samaada di pintu masjid, di depan hospital atau di tepi-tepi jalan . Kita masih rasa bersyukur kerana bayi-bayi yang tidak berdosa ini yang dijumpai masih hidup dan boleh diselamatkan nyawanya dan dibesarkan sebagai insan biasa. Tetapi amat malang dan dukacita kita bertemu juga dengan berita-berita mayat bayi yang dibuang ditepi-tepi longkang dan ditempat pembuangan sampah yang dibunuh oleh 'ibu' yang berhati syaitan dan tidak berperi kemanusiaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Sahabat yang dimuliakan,
Kenapakan gejala sosial seperti pembuangan bayi yang berlaku dikalangan orang melayu/ Islam meningkat setiap hari? Kenapakan gejala sosial ini amat sukar dikurangkan atau pun dihapuskan terus daripada berlaku?

Faktor yang paling besar adalah kerana hukum-hukum Allah SWT tidak dilaksanakan dinegara kita. Hukum hudud dipingkirkan dan aktiviti-aktivit hiburan dan maksiat digalakkan dan tidak ada inisiatif daripada pemerentah untuk mengambil tindakkan pro-aktif kepada dakwah dan tarbiah untuk menyedarkan  masyarakat seluruhnya. Akibatnya rakyat hanyut di bawa arus jahiliah , dibuai dengan keseronokkan dunia dan hawa nafsu dan tidak ada sedikit pun merasai takut kepada azab Allah SWT.

Perlu diingat pemerentah yang membiarkan rakyat bergelumangan dengan maksiat dan  dosa-dosa besar seperti zina akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat nanti. Rakyat yang memilih mereka tidak akan terlepas mendapat saham yang sama.

Adakah dosa berzina (bersetubuh sebelum berkahwin) diampunkan Allah?

Zina adalah antara maksiat yang paling keji sekali. Ia disenaraikan di antara dosa-dosa yang paling besar. Jika penzina itu mati sebelum dosanya diampunkan Allah, maka tunggulah pelbagai azab seksa yang menantinya di akhirat.

Selain dari ancaman seksa Allah di akhirat, ancaman di dunia ini sahaja dapat menyebabkan ramai manusia terseksa dan merana. Samada secara langsung ataupun tidak. Banyak kesan negatif yang muncul dari perlakuan zina ini, antaranya ialah mencemar benih keturunan, pengabaian tanggungjawab terhadap nasab, percampuran dan memberi kesamaran terhadap benih dan nasab, menyiat-nyiat kehormatan diri, menyebarluaskan gejala kurang sihat di kalangan masyarakat, membiakkan penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya dan seribu satu macam lagi.

Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan). (Surah al-Isra' ayat 32)

Penzina wajib dikenakan hudud. Apa hududnya?

Bagi yang masih bujang/belum kahwin samada lelaki dan perempuan hukumannya ialah 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Manakala yang telah berkahwin hukumannya ialah direjam sampai mati. Untuk keterangan lebih mendetail, sila buka kitab-kitab Fikah bab Hudud.

Siapakah yang perlu menjalankan hudud ini? Kerajaan yang memerintah wajib melaksanakan hudud ini terhadap penzina-penzina. Rakyat jelata tidak boleh samasekali memandai-mandai mengambil alih kuasa pelaksana itu dari perintah. Oleh itu, tidaklah boleh kita sebagai rakyat, apabila berlaku zina oleh orang yang dah kahwin dengan segala syarat-syaratnya.. Kita tangkap, kemudian kita pakat-pakat merejamnya dengan batu sampai mati.

Dalam Islam untuk menjalankan hukum hudud bukanlah semudah apa yang disangkakan kerana untuk mensabitkan kesalahan hudud perlulah 4 orang saksi lelaki Islam yang adil. Jika terdapat sedikit kesamaran maka hukuman itu di tolak tidak boleh dijalankan. Kecuali seseorang itu membuat pengakuan secara sukarela maka hukuman boleh dijalankan tanpa saksi. Hukum hudud sebenarnya untuk mendidik manusia supaya merasai takut kepada Allah SWT akan seksaan hukuman-Nya di dunia dan lebih-lebih lagi seksaan dihari akhirat.

Bagi sesiapa yang telah melakukan zina , apakah yang harus mereka lakukan? Jalan terbaik adalah bertaubatlah dengan taubat nasuhah kepada Allah SWT, mudah-mudahan Dia mengampuni dosanya itu. Dan bertaubat bermakna menyesal sesesal-sesalnya serta sekali-kali tidak akan mengulanginya lagi perbuatan terkutut tersebut.

Sabda Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang mengerjakan perkara yang berdosa, maka hendaklah dia menutupi dengan tutupan Allah, maka barangsiapa menampakkannya bagi kami dosanya itu, kami akan menjalankan hukum hudud ke atasnya." (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Bagaimanakah cara bertaubat? Secara terperinci, bukalah buku-buku dalam bidang akhlak dan tasauf. Dan secara ringkasnya syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

1. Meninggalkan kemaksiatan itu

2. Menyesal atas perbuatan maksiat berkenaan

3. Berazam tidak akan kembali melakukan perbuatan itu lagi

4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi. Kalau dosa itu dosa sesama makhluk seperti merampas harta seseorang, hendak mengembalikannya. Kalau dosa, mengumpat hendaklah meminta maaf darinya. Jika dosa berzina terus bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah SWT.

5. Mengerjakan fardu-fardu yang telah luput (qada), seperti berdosa kerana tidak berpuasa bulan Ramadan, meninggalkan solat dan tidak membayar zakat.

Setiap taubat yang mengikut syarat tersebut, insyaallah akan diterima Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya "Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai sekelian mukmin, supaya kamu berbahagia." (Surah al-Nur ayat 31)

FirmanNya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai juga orang-orang yang bersuci." (Surah al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesorang yang bertaubat dari dosanya itu adalah umpama orang yang tidak mempunyai dosa lagi." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa-dosa kepada Allah SWT. dan nasihatilah isteri dan anak-anak kita, ahli keluarga, jiran tetangga , para remaja dan sahabat handai supaya jangan menghampiri zina dan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Istiqamahlah dengan Islam dan tetaplah berada di atas landasan yang hak kerana sesungguhnya sesiapa yang didorong oleh Allah SWT untuk melakukan kebaikan di dunia ini maka itu adalah petanda mereka akan terselamat di hari akhirat nanti daripada seksaan apa neraka, sedangkan mereka yang berseronok dengan maksiat di dunia ini itu adalah petanda azab Allah SWT sedang menantinya di alam barzakh dan hari akhirat, nauzubillahiminzalik.

Teori R.A.H.M.A.N adalah teori Penamat Umno

Written by Harakahdaily
PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik.

"Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata ahli politik veteran PAS yang juga Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar).

Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini.

Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

"Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang.

"Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah.

"Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata Mustafa dalam ucapannya itu.

Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

"Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya.

Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir.

Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib.

Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli PAS memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya kali ini khasnya di Terengganu.

Bagi beliau, Umno Terengganu sudah terlalu kekeringan idea dalam menghadapi PAS sehingga terpaksa menimbulkan kembali isu yang sudah berlangsung puluhan tahun lalu iaitu isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman.

Ia dibangkitkan dalam satu titah Tuanku Sultan Terengganu di sebuah masjid baru-baru ini yang antara lain kesal kerana masih ada pihak yang tidak bersembahyang di masjid kawasan masing-masing.

Namun isu ini dijawab dengan mudah oleh penduduk kariah masjid Pengadang Baru dekat sini.

Masjid Pengadang Baru adalah masjid kerajaan negeri tetapi jawatankuasa dan imannya di kuasai oleh pemimpin PAS tempatan.

Ekoran itu, ramai pemimpin Umno tempatan tidak sembahyang termasuk sembahyang Jumaat di masjid itu.

Antaranya adalah Pengerusi JKKK Pengadang Baru yang sembahyang di masjid lain iaitu Masjid Kubang Durian.
(Dua orang kanak-kanak remaja menyampaikan sumbangan derma untuk dana pilihan raya kepada Datuk Mustafa Ali sambil diperhatikan Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dalam majlis makan malam mengumpul dana Dun Ladang).

Ekoran itu, Mustafa merumuskan Umno sudah kekeringan idea untuk melawan PAS.

Oleh itu, pilihan raya ini disifatkan beliau sebagai masa terbaik untuk PAS merampas kembali Terengganu.
Dalam pada itu juga, Mustafa Ali mengingatkan jentera parti agar tidak mengharapkan masalah ‘dalaman’ Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya.

Justeru itu, kata beliau PAS perlu mempunyai kekuatan sendiri bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat seluruhnya.

Menurutnya, meski pun Umno-BN menghadapi banyak masalah termasuk isu perbalahan dalaman parti itu tetapi bukan jaminan kepada PAS pada pilihan raya akan datang.

“Kita (PAS) tidak boleh bergantung dengan isu Umno dan Barisan Nasional ‘berbalah’ (krisis) tetapi kena ada kekuatan kita sendiri,” tegasnya.

Mustafa mahu jentera PAS di semua peringkat bekerja kuat bagi menambah serta memperkukuhkan daftar pemilihnya.

Menurutnya, senario politik hari ini menunjukkan gelombang bukan Melayu Islam agak kuat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Sabtu, 21 Januari 2012

Maruah Islam yg tidak dibela

Masanya sudah tiba untuk kita bangun drpd tidur yg panjang! Cukuplah kezaliman dan penghinaan yang dilakukan ke atas umat  Islam.Cukuplah maruah dan harga diri kita diragut secara rakus oleh musuh-musuh Islam. Saban hari,darah saudara-saudara kita tumpah ke bumi baik lelaki ,wanita,dan kanak-kanak . Nyawa mereka menjadi terlalu murah. Mereka mati dlm keadaan yang perit,pedih dan tersiksa kerana pembelaan yang diharapkan tidak kunjung tiba.
            Lihatlah penderitaan dan perjuangan saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan ,Chechnya, Kasymir dan di lain-lain tempat.Musuh-musuh Islam menyerang dan membunuh mereka dari segenap penjuru.Tetapi lihatlah semangat dan keberanian mereka.Walaupun tanpa kelengkapan dan persenjataan yang sempurna,mereka tetap bangun melawan,diri mereka dijadikan perisai demi mempertahankan Islam dan maruah diri.
            Peristiwa yang mengerikan ini bukanlah suatu cacatan sejarah silam atau
cerita novel.Ia berlaku di zaman kita,di depan mata kita,ketika kita masih hidup lagi! Tetapi,kita hanya melihat dan berpeluk tubuh! Alangkah besarnya dosa kita kerana kita membiarkan saudara kita dianiaya dan diperlakukan sedemikian rupa.Malah kita bersenang-lenang,sibuk dengan dunia sendiri dan sibuk memuaskan keinginan nafsu dan isi perut.Sedangkan kita seharusnya turut merasai penderitan mereka dan melakukan apa saja dan terdaya untuk membela maruah umat Islam.
Sabda Rasulullah saw:
Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dalam saling kasih sayang,cinta-mencintai dan kasih-mengasihi ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit,maka bahagian anggota lain juga merasa sakit dan tidak dapat tidur malam (kerana sama-sama menanggung kesakitan).”                                                      (Bukhari dan Muslim)
            Malang sekali, dikebanyakkan negara umat Islam, yg kaya raya dan mewah, yg pemerintahannya terdiri drpd kalangan yg mengaku beragama Islam, mereka tidak melakukan apa-apa dan lebih malang lagi menyokong dan bersekongkol dengan mereka yg memerangi umat Islam. Ini berlaku kerana mereka sendiri adalah manusia yg tidak ada maruah dan nilai Islam dalam diri. Apalah yg boleh diharapkan daripada orang-orang yg mabuk dengan dunia, menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya, menjadikan negara Kafir sebagai kiblat dan tempat punca rezeki negara dan langsung tidak ada kesedaran untuk menegakkan, meninggikan dan mempertahankan kesucian agama Allah. Malah, mereka menjadi alat kepada pihak kuffar untuk menjayakan agenda mereka, untuk menjahanamkan dan menghancurkan Islam dan uma
Mereka ini adalah dikategorikan oleh Allah sebagai orang fasiq, zalim dan munafik.
            Lihatlah dunia disekeliling kita hari ini. Kemungkaran dan kezaliman semakin berleluasa. Kemungkaran paling besar ialah tidak melaksanakan syariat Allah dan menyembah berhala-berhala moden seperti kebendaan,menguna pakai undang-undang ciptaan manusia, pangkat, kemasyhuran, kehendak nafsu dan syaitan.Ini adalah syirik yg perlu diperangi dan ditentang habis-habisan kerana ia akan meragut dan membahayakan iman umat Islam.
            Dalam masa yg sama, manusia-manusia yg sombong dan angkuh ini, tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada peringatan dan ancaman Allah. Walau pun gempa bumi menggegar dan menelan beribu-ribu malah berbelas-belas ribu manusia, dan ribut taufan memusnahkan segala apa yg dibina,penyakit yg pelik-pelik timbul sejak akhir-akhir ini, tetapi mereka masih engkar dan takabur. Bahkan, mereka masih berani melanggar hukum Allah secara terang dan nyata, menghinanya, menghina sunnah Rasulullah saw, para ulama’ yg soleh dan para da’ie yg mengajak manusia kembali kpd Allah. Malah merekalah yg bersungguh-sungguh mengadakan program-program mungkar, mempertahan dan membela para pendokong kemungkaran.
            Lihatlah kesannya kpd masyarakat. Gejala kerosakan akhlak, hedonisme(keseronokan dan hiburan), krisis aqidah, Black Metal dan sebagainya turut berlaku. Kononnya  mereka menyeru kepada kemajuan, kemodenan dan kecemerlangan hidup, sebaliknya apa yang berlaku adalah amat menyedihkan.
            Apa erti kemajuan jika dimurkai Allah? Disebabkan sikap hipokrit dan kejahilan
mereka itulah, orang–orang  bukan Islam semakin berani untuk menghina Islam. “Jika mengamalkan Islam dalam negara, bermakna memusing jarum jam kebelakang. Islam bukan agama kemajuan.” Jangan hairan perkataan biadap ini telah dikeluarkan oleh orang bukan Islam secara terang dan nyata dihadapan umat Islam. Di mana maruah dan harga diri umat Islam? Di mana kekuatan mereka? Mengapa Allah membiarkan mereka dilanyak dan dihina musuh?
            Sedarlah wahai umat Islam! Jangan biarkan musuh-musuh Islam terus meratah dan membakar tubuh saudara Islam kita hidup-hidup. Jangan biarkan mereka terus menghina dan memijak-mijak kemuliaan dan ketinggian Islam. “ Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” Sesungguhnya hanya amal jihad yg dapat membebaskan ummah dari segala kemelut ini.
            Firman Allah swt yg bermaksud;
Orang-orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan
mereka dengan memberikan rahmat daripadaNya, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi di dalamnya kesenangan yg kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yg besar.” (at-Taubah :20-22)
            Jika kita takutkan Allah dan beriman dengan hari akhirat, kita harus menggembelingkan seluruh kekuatan, pemikiran, tenaga, harta bahkan titisan darah untuk membela agama Allah. Jangan kita takut dan gentar kepada apapun di dunia ini kerana kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dan bahagia yg hakiki lagi abadi. Apakah kita takut ancaman manusia lebih dari ancaman Allah? Apakah akibatnya nanti jika kita meninggalkan amal jihad, mendiamkan diri apabila agama Allah dan nabi dipermainkan? Bagaimana kita mahu mengaku umat Nabi saw jika kita tidak bangun mempertahankannya? Sedangkan para sahabat sanggup menjadikan belakang mereka
sebagai perisai untuk mempertahankan Nabi saw daripada anak panah musuh terus
menusuk ke tubuhnya.Kita mempunyai cita-cita besar(masuk syurga) tetapi tidak diikuti dengan usaha sedaya-upaya untuk mencapainya adalah tanda-tanda orang yg tidak mahu mencapai ketinggian.
Firman Allah swt yg bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada lagi fitnah dan ( sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka.” (al-Baqarah: 193)
 Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam dalam wasiatnya pernah berkata :
“Wahai kamu umat Islam! Kamu telah tidur begitu lama, cukup lama untuk pemerintah zalim menguasai kamu. Kamu rela hidup sebagai hamba dan menundukkan diri kpd mereka. Kini, masanya telah tiba untuk bangkit dan menghancurkan rantai-rantai perhambaan. Jihad itulah hidupmu, maruahmu dan kewujudanmu bergantung padanya (dengan kuasa Allah).”
“Wahai kamu, pendakwah Islam! Kamu tiada nilai dibawah mentari melainkan kamu berjihad dan menghancurkan pemimpin zalim, kuasa kuffar dan mereka yg bersalah. Carilah kematian dan kamu akan diberi ganjaran kehidupan.Jangan sekali-kali tertipu dengan syaitan atau dengan impian palsu. Jangan sesekali menipu dirimu dengan kitab-kitab yang kamu baca atau amalan-amalan tambahan yang kamu lakukan. Jangan sekali-kali menyibukkan dirimu dengan tugas-tugas mudah dan meninggalkan penyelesaian yg susah (jihad).”
Akhirnya renungilah pesanan Saidina Umar al-Khattab ra kepada Panglima Saad bin Waqaas:
“Adapun sesudah itu, maka aku wasiatkan kepadamu dan kepada
orang-orang yg bersamamu dari para tentera(pejuang), agar bertaqwa kpd Allah swt kerana bertaqwa kpd Allah itu persiapan yg utama untuk menghadapi musuh Allah dan ‘strategi terkuat’ dalam peperangan. Dan aku perintahkan kepadamu dan pejuang yg bersamamu agar lebih menjaga diri dari maksiat daripada musuh kamu, kerana dosa pejuang itu lebih menakutkan daripada musuh kamu. Dan sesungguhnya kaum muslimin itu menang kerana kemaksiatan musuh mereka terhadap Allah. Seandainya bukan kerana itu maka kita; tidak mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka seperti jumlah dan kelengkapan mereka. Apabila kita sama dengan
mereka dalam maksiat maka mereka mempunyai kelebihan atas kita dalam hal kekuatan. Maka bila kita tidak dapat memenangi mereka dengan keutamaan kita, maka kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.”
            Hidupkanlah jiwa dengan perasaan cinta untuk mencapai kemuliaan hidup atau mati syahid. Kuatkan iman dan amal, buangkan perasaan cinta kpd dunia, maralah ke hadapan dengan keberanian dan tawakkal kpd Allah. Janji Allah pasti benar. Jangan ragu!

Regards,
Mohd Hisham Ghazali (Ikhwan KIDI)

Jumaat, 20 Januari 2012

Ceramah Terbaru!!! DSAI Gemas N.9 (video) 17012012

Siri 1 : Ceramah Terbaru!!! DSAI Gemas N.9 (video)

Siri 2 : Ceramah Terbaru!!! DSAI Gemas N.9 (video)

Siri 3 : Ceramah Terbaru!!! DSAI Gemas N.9 (video)




Selasa, 17 Januari 2012

Fahaman Wahabi Sesat dan Konspirasi Yahudi

Fahaman Wahabi Sesat dan Konspirasi Yahudi 1

Fahaman Wahabi Sesat dan Konspirasi Yahudi 2



Fahaman Wahabi Sesat dan Konspirasi Yahudi 3



Fahaman Wahabi Sesat dan Konspirasi Yahudi 4



Fahaman Wahabi Sesat dan Konspirasi Yahudi 5

Isnin, 16 Januari 2012

KE ARAH PENGHAYATAN ISLAM YANG SYUMUL





Tarbiyah Pewaris: KE ARAH PENGHAYATAN ISLAM YANG SYUMUL: Fikrah kita ialah fikrah Islam atau Din Islam. Din Islam ialah Din terawal dan kekal abadi. Din Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, para sahabat RA dan pengikut-pengikut mereka hinggalah ke Hari Akhirat kelak. Din Islam ialah satu peraturan hidup yang luas, lengkap dan merangkumi semua ruang hidup....

Penjelasan Empat Mahasiswa di bandar Dungun!

Safwan digelar sebagai siswa yang diterajang oleh polis, Adam digelar sebagai penurun bendera Najib serta dua rakannya, sedang mengadakan jelajah ke seluruh Negara. Adam yang telah digantung dari pengajiannya selama tiga semester pada 9 Janurai lalu memberi amaran, bahawa mahasiswa akan bangkit bersama Solidariti Mahsiswa Malaysia meneruskan kebebasan akademik.Katanya, jika seorang mahasiswa tumbang, seratus yang lain akan bangkit, meneruskan perjuangan!


Safwan Anang

Adam Adli

Ehsan Bukhari
Khairul Naim


Ahad, 15 Januari 2012

Anwar Ibrahim Rapat Rakyat Alor Setar 14 Januari 2012

Anwar Ibrahim Rapat Rakyat Alor Setar (Pt 1)


Anwar Ibrahim Rapat Rakyat Alor Setar (Pt 2)

KEMERDEKAAN YANG SEBENAR ...




Oleh Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
KEMERDEKAAN yang sebenar adalah apabila insan dapat membebaskan diri dari menjadi hamba sesama makhluk kepada penghambaan diri hanya kepada Tuhan segala makhluk.
Tidak ada kemerdekaan mutlak dalam kehidupan insan. Jika insan berjiwa hamba atau menghina diri sesama mereka, maka dia tidak akan lagi menjadi hamba yang sebenar kepada Allah, Tuhan segala ciptaan yang wujud. Jika insan benar-benar menjadi hamba yang penuh ikhlas akidahnya kepada Allah, maka dia akan berjaya membebaskan diri dari cengkaman perhambaan sesama makhluk. Dalam erti kata lain, jika insan benar-benar tulus akidahnya, maka merdekalah dirinya dari kerendahan perasaan dan penghinaan jiwa terhadap selain Allah. Begitulah sebaliknya. Tiada insan yang merdeka mutlak dalam hidupnya. Hingga mereka yang mendakwa tidak mempercayai Tuhan dan bebas dari sebarang peraturan manusia pun, mereka tetap menjadi hamba nafsu dan pemikiran sesat yang akhirnya merobohkan nilai keinsanan mereka yang sebenar.

Lihatlah apa yang berlaku kepada penganut ajaran dan blok komunis. Akhirnya Lenin dan Karl Mark menjadi tuhan baru dalam kehidupan mereka. Firman Allah dalam surah al- Jathiyyah ayat 23 (maksudnya): Maka tidakkah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan ditutupi pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak insaf?
Sebab itulah, apabila tentera Islam memasuki sesebuah negara maka itu tidak dinamakan dengan penaklukan atau penjajahan. Sebaliknya dipanggil al-Fath iaitu pembukaan seperti Fath al-Makkah yang bermaksud Pembukaan Mekah. Maka gerakan umat Islam pada zaman kegemilangannya apabila memasuki sesebuah wilayah dinamakan al-Futuhat al-Islamiyyah iaitu pembukaan-pembukaan Islami. Ini bermaksud kedatangan umat Islam kepada sesuatu wilayah atau negara bertujuan memberikan kemerdekaan jiwa dari penindasan, kehinaan, kekejaman kepada satu sistem yang adil, yang berteraskan akidah yang benar. Jika hal itu tidak berlaku, maka bererti penaklukan atau penjajahan telah dilakukan. Ini menafikan tabiat Islam yang tulen, kerana Islam bukan agama yang diutuskan untuk menjajah orang lain, sebaliknya peranan umat ini adalah membebaskan kehidupan manusia keseluruhannya dari perhambaan sesama mereka, kepada mendaulatkan sistem Allah yang adil untuk semua. Inilah yang ditegaskan oleh Rib’i bin ‘Amir di hadapan angkatan tentera Parsi: “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat.” (lihat: Ibn al-Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, 1/413).
Misi inilah yang cuba dilaksanakan oleh umat Islam pada zaman kegemilangannya. Maka apabila umat Islam menguasai dunia pada zaman tersebut mereka membina jiwa yang merdeka dan pembangunan tamadun untuk dikongsi oleh semua. Di bawah panji-panji Islam kaum Muslimin Arab telah berjaya membawa obor gemilang kepada manusia sejagat. Empayar Islam berkembang, bernaung di bawahnya manusia tanpa mengira bangsa dan agama, keadilan untuk semua. Tanyalah orang-orang Yahudi, bilakah penulisan ilmu mereka berkembang? Tidak lain hanyalah pada zaman mereka hidup di bawah kerajaan Islam di Baghdad. Padahal sebelum itu mereka sentiasa ditindas oleh berbagai-bagai puak dan agama. Namun mereka bangsa yang melupai jasa. Tanyalah kepada agama-agama lain, pernahkah mereka diburu dan dibunuh secara kejam di bawah pentadbiran yang menjadikan Islam sebagai terasnya? Malangnya, umat Islam sentiasa mempunyai pengalaman diburu dan dibunuh secara rakus di bawah sistem kuasa yang mengambil agama selain Islam sebagai pegangan.

Adapun umat Islam sesama mereka, tanpa mengira bangsa yang penting al-ukhuwah al-Islamiyyah iaitu persaudaraan Islam, mereka berkongsi ketamadunan yang agung. Sehinggakan lahirnya tokoh-tokoh besar yang bukan Arab ketika pemerintahan umat Islam berada di tangan yang berbangsa Arab. Di dalam bidang hadis yang merupakan sumber agung Islam umpamanya; al-Imam al-Bukhari iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail (wafat 256H), pengarang Sahih al-Bukhari bukan seorang Arab. Beliau berasal dari Bukhara, Ukzbek. Al-Imam Abu Isa, Muhammad bin Saurah al-Tirmizi (wafat 297H), pengarang Sunan al-Tirmizi juga bukan seorang Arab. Beliau berasal dari Tirmiz. Pengarang Sunan Abi Daud, Sulaiman bin al-Asy‘ath al- Sajistan (wafat 275H) juga bukan seorang Arab. Berasal dari Sajastan. Demikian pengarang Sunan al-Nasai Ahmad bin ‘Ali bin Syu‘aib al-Nasai (wafat 303H) juga bukan Arab. Berasal dari Nasa, salah satu negeri di Khurasan. Begitu juga pengarang Sunan Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (wafat 279H), bukan Arab, berasal dari Qazwain. Adapun al-Imam Muslim bin al-Hajjaj (wafat 261H), pengarang Sahih Muslim, para pengkaji berbeza pendapat sama ada beliau seorang Arab atau tidak. Ramai yang menyatakan beliau juga bukan seorang Arab. Walaupun mereka semua bukan Arab tetapi Islam menjadikan mereka tokoh-tokoh hadis umat, kedudukan yang begitu tinggi yang diiktiraf oleh Arab dan bukan Arab. Dalam politik, Salahuddin al-Ayubi (wafat 589H) juga bukan seorang Arab. Dia berbangsa Kurdi. Namun dia berjaya menjadi sultan yang disayangi Arab dan bukan Arab. Dia berjaya mentadbir kerajaan Islam pada zamannya sehingga berjaya mengembalikan al-Masjid al-Aqsa.

Namun apabila umat Islam gagal menunaikan misi ini, mereka menjadi umat yang amat hina. Bayangkan, bagaimana mungkin Belanda yang kecil boleh menyeberangi lautan yang luas lalu menjajah Indonesia yang besar? Begitu juga Portugis yang datang begitu jauh dengan beberapa kapal mampu menjajah Melaka. Demikian tentu lebih dahsyat halnya di negara-negara Arab. Satu umat yang pernah membina tamadun gemilang akhirnya bertukar menjadi bangsa yang dijajah dan melutut hina di hadapan penjajahan. Aduhai, benarlah dikau Wahai Amirul Mukminin Umar ibn al-Khattab, ungkapan keramatmu ketika pembukaan Masjid al-Aqsa: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah.” (Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi, lihat: Al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Namun dengan kurniaan Allah, penjajah kebanyakannya telah keluar dari bumi umat Islam. Itu pun setelah mereka merampas hasilnya dan memerah keringat dan darah umat ini. Mungkin kesan ajaran Islam, menyebabkan umat ini tidak dapat menerima kelangsungan penjajahan. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat: 75 (maksudnya): Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak- kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh. Kata al-Qurtubiy (wafat 671H): “Allah menggesa untuk berjihad bertujuan menyelamatkan golongan yang ditindas (Muslimin) oleh kuffar musyrikin yang menyeksa mereka dengan seburuk-buruk seksaan dan memfitnah agama mereka. Maka Allah Taala mewajibkan jihad untuk menegakkan kalimah-Nya, memenangkan agama-Nya dan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang lemah.” (al- Qurtubiy, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/279, Beirut: Dar al-Fikr).

Sama ada disebabkan kesedaran agama atau politik, kebangkitan menentang penjajahan berlaku hampir seluruh negara-negara yang dijajah. Namun, keluarnya penjajah dari sesebuah wilayah tidaklah bererti berakhirnya penjajahan dalam segenap aspek. Bangsa yang dijajah, jika gagal menegakkan identiti murni sendiri, mereka akan sangat terkesan dengan bangsa yang pernah menjajah mereka. Penjajah keluar meninggalkan tanah air, namun bangsa yang lemah selalu memandang tinggi dan ingin bersama bangsa yang lebih gagah dan hebat. Atau, manusia apabila tertindas, ada yang hanya memikirkan kepentingan diri, bukan umatnya. Maka tidak hairan jika kita melihat ramai yang sanggup menjadi talibarut bagi setiap penjajah. Merekalah yang membawa misi dan polisi penjajahan. Sebab itu jika kita berjaya mempertahan identiti diri, kita akan merdeka sekalipun bumi terjajah. Dalam sejarah Islam, bangsa Mongol yang menjajah umat Islam bertukar menjadi Muslim. Walaupun ada kekurangannya, namun ia adalah lambang tidak tumpasnya umat yang dijajah sekalipun kekuatan ketenteraan gugur dan hancur.
Bercakap soal kerendahan harga diri, umpamanya kita temui sesetengah orang Melayu yang hanya beberapa tahun berada di negeri ‘orang putih’ mendakwa kononnya dia sudah kurang mampu bercakap Melayu. Bahkan saya pernah menemui pensyarah di universiti saya bertugas yang menyatakan beliau sukar bercakap Melayu kerana setahun setengah berada di England dan bapa angkatnya ‘orang putih’. Dia kononnya lupa bahasa yang dia hidup lebih 20 tahun dengannya dan bahasa bapa sebenarnya yang menjaganya sejak kecil. Namun demikianlah contoh kehinaan jiwa. Isu sebenarnya, bangsa yang lemah berasa bangga jika mereka berjaya menjadi sebahagian dari bangsa yang kuat. Jika ‘mamat Bangla’ yang datang beberapa bulan boleh bercakap Melayu, adakah kerana beberapa potongan keju lidah Melayu menjadi kaku?

Jelas, bukan soal bahasa sebenarnya, tapi soal kerendahan jiwa dan kegagalan memerdekakan perasaan. Justeru dalam dunia tanpa sempadan, penjajahan tidak semestinya memerlukan tentera dan peralatan perang, sebaliknya kekuatan identiti dan propaganda. Demikian pemikiran Hollywood berjaya menjajah anak-anak muda kita. Dunia ini sebenarnya dalam banyak hal terus dijajah oleh propaganda Barat melalui media, kuasa ekonomi dan ketidak- merdekaan jiwa bangsa-bangsa lain.
Justeru bagi umat Islam, membina identiti Muslim dan jiwa yang merdeka adalah amat mustahak sebagai lambang kemerdekaan. Bukan kita tidak boleh mengambil manfaat dari Barat, namun identiti Islam mesti dipelihara. Saya amat bergembira apabila Tun Ahmad Fairuz mencadangkan supaya undang-undang Inggeris Common Law diganti dengan undang-undang yang berasal dari tanah air di sini serta yang sesuai dengan syariah. Hal ini disokong pula oleh Peguam Negara dan pimpinan kerajaan. Ini adalah perlambangan jiwa yang merdeka dan kembali kepada identiti asal. Namun hasrat itu mesti terus berkobar, bukan sekadar berita akhbar sahaja.

Makna kemerdekaan yang seperti ini perlulah sentiasa diterapkan. Sambutan kemerdekaan memang baik. Namun ciri-ciri sambutan itu bagi seorang Muslim hendaklah beridentitikan Islam. Sebab itu saya amat tidak bergembira dengan sebuah iklan televisyen yang menampilkan tabik hormat kepada Tugu Negara. Walaupun itu bukan satu penyembahan, namun ajaran Islam amat sensitif kepada sebarang unsur seumpama itu dan budaya berkenaan pun bukan dari kita, bahkan warisan penjajahan.
Bergembira menyambut kemerdekaan agar kita tahu bersyukur, tidaklah salah. Demikian juga kita boleh berhibur dengan aturan yang diizinkan syarak. Namun sambutan kemerdekaan hendaklah tidak menenggelamkan makna kemerdekaan. Janganlah anak-anak muda berkumpul dan melaung kemerdekaan bukan kerana jiwa yang merdeka, tetapi sekadar acara tanpa menghayati makna. Gaya dan cara mereka hendaklah melambangkan jiwa yang merdeka dari cengkaman penjajahan manusia kepada tauhid yang luhur. Kita amat tidak dapat menerima pelaksanaan perkara-perkara agama tanpa memahami dalil dan maknanya. Tentu sekali kita juga tidak dapat menerima mereka yang menyambut kemerdekaan tapi kontang dari penghayatan sebagai umat yang merdeka. Perhimpunan anak muda semperna kemerdekaan jika hanya untuk melihat hiburan di atas pentas semata, tentu tidak mencapai matlamatnya. Sebaliknya, mereka hendaklah berhimpun bagi menggambar kecintaan yang jujur kepada negara yang telah memberikan perlindungan kepada rakyat, agama dan kehormatan diri. Bukan sekadar acara tahunan. Setelah memahami hakikat ini, maka laungkanlah Merdeka! Merdeka! Merdeka!

* Dipetik daripada portal DrMaza.com

Sabtu, 14 Januari 2012

Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3

Kelantan exco member Husam Musa today announced that the Kelantan government will absorb all student loans (PTPTN) undertaken since 2005 once Pakatan Rakyat takes federal power.














Para pemimpin Pakatan Rakyat berpuas hati dengan perjalanan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 dengan menyifatkannya sebagai konvensyen yang menepati matlamat diadakan. matlamat utama konvensyen itu diadakan antara lain untuk mendengar rintihan rakyat dan matlamat tersebut berjaya dicapai setelah acara mengenainya berlangsung dengan jayanya. "Daripada maklumat yang diperolehi itu, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu rakyat sehingga membolehkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," "Kita berharap agar titik mula kebebasan kehakiman itu akan disusuli dengan kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk bersuara bagi membolehkan rakyat memperolehi haknya untuk bersuara," "Jadi tema konvensyen kali ini 'Bersihkan Malaysia' amat bertepatan kerana ia selaras dengan keinginan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya bagi membolehkan negara ini bebas dari amalan politik kotor BN selama ini,"


King Of Goblok: Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin...

Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin... :

Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun. Saya perkenalkan diri...  

 

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!