Selasa, 28 Ogos 2018

Kenapa PAS sokong MCA?

Oleh:
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

SANGAT menarik untuk difahami gesaan Presiden PAS agar ahli PAS memberikan sokongan kepada MCA dalam PRK Balakong. Gesaan beliau sudah tentu mendapat respon negatif daripada penyokong PH. Hal ini kerana mereka sudah mula boleh mencium bala yang akan menimpa politik PH sekiranya PAS mampu bekerjasama dengan MCA dalam PRK atau PRU akan datang.

Seorang Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat pada minggu lepas pernah menjerit-jerit tanpa menggunakan pembesar suara "kenapa PAS sokong MCA yang tolak Hudud?". Ia satu gambaran betapa mereka tidak memahami prinsip PAS apabila bersama dan menyokong DAP dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Malah, saya sendiri berucap menjelaskan kewajipan mengundi calon DAP dalam satu program besar PAS di Kuala Selangor sebelum PRU13 dengan hujah dan dalil syarie sebagaimana sekarang saya berhujah untuk jangan mengundi DAP juga dengan hujah dan dalil syarie.

Jawapannya adalah ia semata-mata kerana prinsip dan dasar. Prinsip dan dasar itu mewajarkan PAS sama ada menyokong atau tidak menyokong DAP atau MCA atau PKR atau mana-mana parti politik dalam konteks pilihanraya sebagai satu strategi.

Prinsip dan dasar itu ialah:

PERTAMA: Kerjasama untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. Inilah titik kebersamaan yang mewajarkan hubungan kerjasama antara parti politik.

KEDUA: Menerima bahawa dasar perjuangan politik PAS ialah Islam dan tidak mempertikaikannya. Selagi sesebuah parti tidak mempertikaikan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS serta menerimanya sebagai hak demokrasi PAS maka PAS boleh sahaja bekerjasama dengan mereka.

KETIGA: Menerima pakai prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju" sebagai prinsip bersama dalam menyelesaikan perbezaan dasar dan pandangan parti masing-masing.

DAP tentunya tidak bersetuju dengan perjuangan menegakkan undang-undang jenayah Islam atau dipanggil dengan bahasa mudah oleh orang awam sebagai "hudud".

Tetapi dulunya mereka menerima ia sebagai perjuangan PAS dan menerima bahawa PAS telah mengkanunkannya sebagai undang-undang di Terengganu dan Kelantan. PAS dan DAP saling bersetuju bahawa itu antara perkara yang tidak dipersetujukan bersama. Ini adalah prinsip penting dalam membina kebersamaan.

Maka atas dasar persetujuan itulah PAS bersama dengan DAP, dan oleh kerana mereka melanggar persetujuan itu juga maka PAS tidak lagi bersama DAP.

KEEMPAT: Prinsip menilai mudarat yang ringan dan berat. Ia adalah prinsip Islam yang dipegang oleh PAS. Apabila bertembung antara dua kemudaratan yang akan timbul dari sokongan terhadap mana-mana pihak dalam pilihanraya maka sokongan diberikan kepada pihak yang lebih ringan kemudaratannya agar kemudaratan yang lebih besar boleh tertolak. Prinsip sebegini tidak mungkin dapat difahami oleh ahli dan parti politik yang tidak berprinsip.

Dalam PRK Balakong, penilaian PAS ialah menyokong DAP yang telah menjadi kerajaan dengan pelbagai desakan mereka yang mengancam Islam dan Melayu adalah lebih mudarat berbanding menyokong MCA yang berstatus pembangkang meskipun dasar dan perjuangan MCA mungkin tidak berbeza banyak dengan DAP.

Dalam PRK Sg Kandis, PAS memberikan sokongan kepada calon UMNO atas dasar kepentingan bersama menolak ancaman PH sebagai sebuah kerajaan meskipun PAS dan UMNO mempunyai dasar dan prinsip berbeza dalam beberapa perkara. Justeru, kali ini hasilan daripada itu, PAS pula mendapat dokongan UMNO untuk PRK Seri Setia.

Inilah prinsip-prinsip umum yang melatari pendirian PAS dalam bekerjasama atau tidak dan menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak. Prinsip ini tentunya gagal dihayati oleh parti dan orang politik yang tidak berprinsip.

Atas dasar ini semua, PAS akan terus melayari bahtera politik di negara ini sebagai sebuah parti berprinsip yang terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk DAP sekalipun.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Isnin, 20 Ogos 2018 | 08 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 20/8/2018

Rabu, 22 Ogos 2018

Melaksanakan syari’at Islam dalam setiap aspek kehidupan (kâffah).

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Para sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah..

Allâh SWT mewajibkan kita melaksanakan syari’at Islam dalam setiap aspek kehidupan (kâffah).
Allâh Swt berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS. al-Baqarah [2]: 208)

Imam al-Raziy dalam tafsir-nya menjelaskan kata “udkhuluu fii al-silmi kaaffah” yakni:

أي في شرائع الإسلام كافة، ولا يتمسكوا بشيء من أحكام التوراة اعتقادا له وعملا به، لأنها صارت منسوخة

“Yakni masuklah kedalam aturan-aturan syari’at Islam secara menyeluruh, dan jangan berpedoman terhadap sesuatu pun dari hukum-hukum taurat secara akidah mahupun amal., kerana syari’atnya sudah dihapus (diganti oleh syari’at Islam-pen.).”

Imam al-Raziy pun menegaskan:

ادخلوا في جميع شرائع الإسلام اعتقادا وعملا

“Masuklah ke dalam seluruh aturan-aturan Islam (al-syarii’ah al-islaamiyyah) secara akidah mahupun amal.”

Di sisi lain, frase “khuthuwaat al-syaithaan” dijelaskan para ahli tafsir, di antaranya Imam al-Qurthubi yang berkata:

(خطوات الشيطان) وقال مقاتل: استأذن عبدالله بن سلام وأصحابه بأن يقرؤوا التوراة في الصلاة، وأن يعملوا ببعض ما في التوراة، فنزلت. “ولا تتبعوا خطوات الشيطان” فإن اتباع السنة أولى بعد ما بعث محمد صلى الله عليه وسلم من خطوات الشيطان. وقيل: لا تسلكوا الطريق الذي يدعوكم إليه الشيطان. “إنه لكم عدو مبين” ظاهر العداوة

“(Langkah-langkah syaitan): Muqatil berkata: ‘Abdullah bin ‘Abdissalam dan sahabat-sahabatnya meminta izin (kepada Rasûlullâh ) untuk membaca taurat dalam solat dan mengamalkan sebahagian isi taurat, maka turunlah ayat: “dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan”. Maka sesungguhnya mengikuti sunnah yang layak (wajib-pen.) diikuti setelah diutusnya Muhammad daripada mengikuti langkah-langkah syaitan. Dan dikatakan: “Janganlah kalian menempuh jalan yang diserukan syaitan kepada kalian.” (Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu) yakni yang menampakkan permusuhan.”

Dalam banyak kitab tafsir, para ulama ahli tafsir menjelaskan bahwa al-Baqarah ayat 208 turun kepada segolongan ahli kitab (yahudi) yang masuk islam, namun mereka hendak mengagungkan sebahagian syi’ar dan syari’at taurat. Maka turun lah ayat yang melarang mengikuti langkah-langkah syaitan dengan mengambil sebahagian syari’at taurat yang sudah di nasakh (dihapus oleh syari’at islam) yang bererti meninggalkan sebahagian syari’at islam. Di sisi lain taurat adalah kitab samawi yang Allah turunkan kepada Nabi Musa ‘alayhissalam.

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairy ketika menjelaskan ayat tersebut berkata, “Atas dasar itu, dapatkah Islam menerima orang-orang yang mengaku muslim tetapi berkata,……. ‘Saya menerima Islam, tetapi Saya tidak setuju dengan syari’at Islam yang menetapkan bahwa hak wanita dalam warisan adalah setengah dari bagian laki-laki.’ Atau ‘Saya mengakui kebenaran Islam, namun saya menolak hukum potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi pezina.’? Jawabannya adalah tidak. Islam selamanya tidak akan menerima orang-orang seperti itu.

Jumaat, 10 Ogos 2018

STRATEGI PELOBI POLITIK

Akhir-akhir ini semakin meningkat kesedaran dalam kalangan masyarakat akan wujudnya hubungan parti-parti politik tempatan dengan badan-badan pelobi dari pihak asing. Inilah realiti politik yang perlu disedari, bahawa parti-parti politik sememangnya terdedah dengan unsur-unsur tersebut.

⚫ Intelijen Yang Lunak.

Kita jangan menganggap, kononnya operasi intelijen ke dalam parti-parti politik hanyalah seperti karektor mata-mata yang sentiasa mengintip dan melakukan tindakan subversif. Sebaliknya hari ini ia dilakukan dengan penuh profesional. Isu yang hangat baru-baru ini berkenaan penglibatan NED dengan parti-parti politik, menjelaskan kepada kita bahawa agenda tersebut adalah sebahagian dari operasi intelijen. NED sendiri muncul hasil dari cadangan CIA untuk menjayakan operasi intelijen secara terbuka dan berhubungan secara profesional.

Sudah pasti pihak intelijen telah mengkaji kecenderungan-kecenderungan psikologi politikus yang telah dijadikan sasaran, supaya dapat ditundukkan lalu mengikut apa yang telah diplotkan.

⚫ Kaedah Yang Digunakan.

Strategi yang digunakan adalah, mendekati pimpinan-pimpinan parti politik dengan pelbagai cara. Antaranya dengan tawaran dana, sokongan strategik dan latihan. Demikian merupakan daya tarikan yang efektif boleh mendekatkan diri mereka dengan politikus yang disasarkan. Apatah lagi jika latihan-latihan yang ditawarkan dibuat di luar negara secara percuma, sudah cukup menarik minat politikus yang gelojoh.

Badan-badan intelijen yang berselindung di sebalik imej badan-badan perunding politik menyalurkan maklumat-maklumat & diskusi strategi yang dilihat komited dan tulus mahu membantu parti politik yang ingin dipengaruhi. Itu semua demi mendapatkan kepercayaan politikus-politikus bodoh. Sememangnya mereka akan berkongsi maklumat-maklumat yang kelihatan berharga untuk memancing politikus agar memuntahkan maklumat lain yang lebih sulit.

Perlu diingat, bukan semua maklumat mereka kongsikan. Namun seringkali keterujaan menyebabkan seseorang politikus hilang pertimbangan rasional. Selepas mereka berhasil mendapat kepercayaan politikus yang disasarkan, maka idea-idea dan dorongan langkah strategi disuap dengan halus. Secara tidak langsung, parti yang sedang mereka kuasai mula mengikuti pemetaan plot yang telah ditentukan.

Kadang-kadang mereka diberi tempat untuk mengeluarkan idea secara terbuka oleh forum-forum anjuran parti politik. Dari itu, mereka memperolehi pentas untuk mengemukakan idea-idea halus mereka secara lebih terbuka. Anggota-anggota parti politik secara bulat-bulat menerima pandangan mereka. Inilah hasil dari kejayaan menjinakkan pemimpin-pemimpin parti politik lalu mereka meraih kepercayaan anggota-anggota yang lainnya.

⚫ Kesan Negatif.

Apabila hubungan antara pelobi politik dan politikus semakin intim, pandangan dari pelobi lebih diutamakan berbanding padangan dari pengikut-pengikut mereka sendiri. Di samping ketagih menikmati sogokan, keghairahan politikus-politikus terhasil kerana badan-badan pelobi tersebut menjanjikan harapan jika buat seperti yang dicadangkan, pasti berjaya dan mesti menang.

Lama kelamaan, pelobi-pelobi tersebut berjaya merombak pendekatan bahkan mengubah dasar yang selama ini dipertahankan oleh sesebuah parti politik. Itu semua dilangsungkan dengan kaedah yang cukup lunak. Maka jadilah parti-parti politik yang berada di bawah pengaruh pelobi-pelobi asing sebagai bidak catur. Mereka dikawal tanpa jatidiri, dijajah secara halus.

⚫ Politikus Yang Berpotensi Dikeldaikan.

Dalam buku 'Rethinking Political Islam', Peter Mandaville telah memperakui akan kejayaan Amerika dengan mempengaruhi kumpulan-kumpulan Islam dalam rangka menghasilkan fatamorgana Arab Spring. Badan-badan seperti US Agency for International Development (USAID), National Endowment for Democracy (NED), Carnegie Endowment for International Peace, Project on Middle East Democracy (POMED) dan Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) berperanan penuh mempengaruhi senario ketika itu. Sebagai contoh segelintir pucuk pimpinan parti Ennahda Tunisia kerap berkunjung dan bermesyuarat dengan jabatan kerajaan Amerika di Washington sebelum tercetusnya Arab Spring.

Jika dilihat, permainan ini senang memerangkap politikus yang kebulur duit dan bersikap pragmatis dalam mencapai cita-cita politik mereka. Yang lebih malang, politikus seperti ini menganggap kononnya mereka bijak menggunakan badan-badan intelijen demi kepentingan mereka. Sedangkan hakikatnya mereka yang menjadi keldai.

⚫ Belajarlah Dari Sejarah.

Allah memulakan kisah sejarah manusia, dengan penceritaan terpedayanya Nabi Adam mendengar bisikan dari syaitan. Syaitan kelihatan cukup tulus membentangkan cadangan agar Nabi Adam memakan buah larangan. Hasutan syaitan diungkapkan dengan gaya bahasa yang kedengaran cukup jujur tanpa ada apa-apa kepentingan. Kononnya buah larangan tersebut boleh membuatkan Nabi Adam kekal dominan dan tidak mati. Allah berfirman:

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ • فَدَلَّاهُمَا بِغُرُور

"Dan (syaitan) bersumpah kepada mereka berdua (Adam & Hawwa), sesungguhnya aku bagi kalian adalah penasihat. Maka syaitan mendorong keduanya dengan tipu daya" - al-A'raf 21-22.

Kisah ini cukup penting untuk menyedarkan kita bahawa musuh mahir menggunakan dorongan-dorongan yang lunak untuk mencapai tujuan jahat mereka. Mereka tidak menggunakan kaedah konfrontasi. Terlalu banyak sejarah kejatuhan-kejatuhan empayar terdahulu yang ranap kerana serangan-serangan halus yang menyelinap masuk ke dalam organ ketumbukan tentera yang zahirnya kelihatan kuat.

⚫ Rasional.

Parti-parti politik perlu berfikir secara rasional, mengapa pihak asing kelihatan bersungguh-sungguh menjalinkan hubungan dan menawarkan janji bulan bintang yang mengujakan. Mengapa mereka begitu bersungguh? Apa manfaatnya mereka menyibuk hal kita. Mustahil mereka buat semua itu secara percuma tanpa motif tertentu. Ya gaya mereka sangat lunak. Tetapi percayalah, pihak yang sama juga telah meranapkan negara-negara umat Islam. Pihak yang sama juga menyusun plot jahat untuk menceroboh ke dalam politik negara-negara yang mereka sasarkan untuk menjadi mangsa. Jangan mudah terpesona dengan kelunakan mereka.

Abdul Mu'izz Muhammad
10 Ogos 2018.

Selasa, 7 Ogos 2018

INILAH KAUM CINA

Ambo copy.. Jika rasa nak baca..

Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

1. Pengiktirafan orang cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. 

Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

2. Keangkuhan orang cina:

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. 

Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3. Perkauman orang cina:

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. 

Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4. Penghinaan orang cina:

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. 

Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5. Sikap negatif orang cina:

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. 

Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6. Isu Tuan Rumah:

"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. 

Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:

"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. 

Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. 

Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

Sabtu, 4 Ogos 2018

ISLAM: DI ANTARA MENJAGA AGAMA DAN KEBEBASAN BERAGAMA

Minda Presiden PAS

Islam meletakkan kepentingan beragama hendaklah diutamakan dalam kehidupan manusia, kerana agama adalah punca kebaikan dunia dan akhirat bagi penganut Islam. Maka agama yang dimaksudkan ialah daripada perkataan Al-Din yang berbeza dengan takrif agama dalam bahasa yang lain.

Adapun kebebasan beragama pula adalah hak yang diberi dan dijamin oleh Islam kepada penganut pelbagai agama mengikut konsep hubungan antara agama, kaum dan negara iaitu tiada paksaan dalam beragama dan Islam itu wajib dianut dengan rela hati tanpa paksaan.

Menjaga agama Islam adalah kewajipan terpenting bagi penganut Islam, kerana keyakinannya kepada penentuan Allah yang berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)[سورة آل عمران: 19]

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai Agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya)”. (Surah Ali Imran: 19)

Firman Allah:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (85) [سورة آل عمران: 85]

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi”. (Surah Aali Imran: 85)

Kewajipan menjaga agama Islam bagi penganut Islam adalah perkara pertama dalam Maqasid As-Syariah mengikut sepakat (ijma’) para ulama’ Islam yang ditegaskan oleh nas Al-Quran yang tersebut di atas, hadis Rasulullah S.A.W dan ijma’ para sahabat terhadap peristiwa riddah yang berlaku selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.

Menjaga agama Islam adalah turutan pertama dalam tertib Maqasid As-Syariah, mendahului kewajipan menjaga nyawa, akal, keturunan (zuriat), maruah dan harta. Membezakan Islam dengan ajaran yang lain, sama ada agama atau teori.

Imam Al-Syatibi yang menulis berkenaan pembaharuan dalam ilmu Maqasid As-Syariah membahagikan dua aspek dalam konsep menjaga agama Islam:

1. Mempertahankan kewujudannya (dalam aspek positif). Menjaga rukun Islam dan meneguhkan asas amalannya.

2. Menolak sebarang langkah menentang Islam dan usaha menghapuskan atau melemahkannya. Sama ada menghadapi perkara yang telah dilakukan oleh musuhnya atau menolak perkara negatif yang bakal dilakukan terhadap Islam.

Menjaga agama itu dengan melaksanakan ilmu, amalan, dakwah, hukum dan jihad. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu Fardhu Ain yang wajib bagi setiap penganut Islam lelaki dan wanita mempelajarinya dalam perkara Iman, Islam dan Ihsan atau Aqidah, Syariat dan Akhlak (Tasawuf). Manakala ilmu Fardhu Kifayah adalah mendalami ilmu agama (Islam) dan ilmu duniawi bagi menunaikan kewajipan khilafah bersama Islam (memakmurkan bumi dalam urusan kehidupan) seperti dalam aspek kemasyarakatan, politik, ekonomi, sains teknologi dan lain-lain.  
  
Adapun melaksanakan amalan itu adalah melibatkan amalan baik dalam hubungan dengan Allah, diri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling, melaksanakan perkara wajib, sunat dan harus, meninggalkan yang haram, dan sebolehnya meninggalkan yang makruh serta menyediakan kemudahan bagi semua amalan-amalan tersebut.

Dakwah pula ialah mengajak pihak lain menerima Islam dan menganutnya secara rela hati tanpa paksaan, dengan hujah ilmu dan amalan yang menjadi dalil kebenaran Islam. Disertakan tindakan menolak yang lain daripadanya dengan hujah ilmu, akal dan amalan secara hikmah.

Pelaksanaan hukum Islam yang adil dengan sempurna dan menyeluruh akan membawa rahmat yang wajib diusahakan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu secara faham (tafaqquh) dan prosesnya yang betul. Termasuk dalam kewajipan menjaga kemurnian dan kebenaran agama Islam yang mengatasi agama yang lain.

Jihad bermaksud kesungguhan dalam menegakkan Islam dan mempertahankannya daripada musuh dengan mengorbankan segala nikmat diri, harta dan jiwa raga, mengikut tertib cabaran yang dihadapi daripada musuh, bermula dengan pendekatan perdamaian dan hujah yang lebih diutamakan dan didahulukan. Sehinggalah peperangan bersenjata apabila dipaksakan dengan sempadan dan adabnya supaya tidak melampau, walaupun terhadap musuh yang melampaui batas.

Menjaga agama Islam juga ialah menjaga dan mempertahankan penganut dan tanah airnya yang menjadi wadah kepada Islam bagi melaksanakan perkara-perkara yang tersebut di atas.

Langkah yang diambil oleh generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan dengan meletakkan Islam menjadi Agama Persekutuan dan hak istimewa majoriti penganutnya secara bersepakat, walaupun berbeza kefahaman politik dan cara pendekatannya adalah asas kukuh yang wajib dipertahankan.

Kewajipan umat Islam menjaga agama mereka adalah kewajipan yang tidak boleh dipertikaikan. Maka kewajipan menjaga agama yang lain, terserah kepada penganut masing-masing, yang menjadi hak asasi manusia mengikut sempadan konsep kebebasan beragama yang sangat dipelihara oleh agama Islam yang mewajibkan umat Islam yang memerintah negara dan rakyatnya yang menganut Islam.

Walaupun setiap penganut Islam itu tegas menyatakan hanya Islam sahaja yang benar, sehingga kebebasan beragama itu dikira terbabas ke dalam kemusnahan yang menjadi penentuan Allah. Namun dalam bermuamalah terhadap pihak lain dianggap menjadi hak mereka yang diberikan oleh Islam supaya menjadi ruang untuk berfikir dengan bebas.

Konsep kebebasan agama berasaskan tidak boleh dipaksa terhadap penganut agama lain dan tidak diganggu kebebasan menganut dan beramal dengan agama mereka mengikut sempadan menjaga keamanan dan keselamatan bersama serta menjaga kehidupan masyarakat madani (taaruf).

Konsep ini adalah arahan atau perintah Allah di dalam Al-Quran yang diamalkan secara istiqamah oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang memerintah negara, serta dihayati oleh umat Islam sehingga kini, walaupun ditempat tidak berkuasa memerintah negara. Antaranya firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ [سورة البقرة: 256]

“Tidak ada paksaan dalam agama”.   (Surah Al-Baqarah: 256)

Firman Allah:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (99) [سورة يونس: 99]

“Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak mengkehendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”. (Surah Yunus: 99)

Firman Allah:

فَإِنْ أَعْرَضُوا فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلَاغُ  [سورة الشورى: 48]

“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”. (Surah As-Syura: 48)

Walaupun Allah menyatakan dengan benar bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh masuk syurga di akhirat nanti dan yang kufur tidak beriman dimasukkan ke neraka. Namun Allah berfirman:

وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاءَ فَلْيَكْفُرْ [سورة الكهف: 29]

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur )ingkar(, biarlah dia mengingkarinya". (Surah Al-Kahfi: 29)

Konsep tiada paksaan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W apabila berjaya mencapai kemenangan membebaskan Makkah, walaupun berada di puncak kuasa dan kekuatan, Baginda Nabi S.A.W berucap kepada penduduknya yang menyerah diri dengan bersabda:

اذهبوا فأنتم الطلقاء
 
“Pergilah! Kamu semua dibebaskan”.

Khalifah Umar bin Al Khattab R.A memberi kebenaran kepada penganut Kristian menganut agama dan menjaga serta beramal di gereja mereka apabila berjaya membebaskannya daripada penaklukan Rom.

Kini dapat disaksikan bagaimana kedudukan yang baik bagi golongan minoriti bukan Islam di tengah masyarakat Islam yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam.   Islam mewajibkan adil terhadap seluruh manusia adalah amanah terbesar. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) [سورة النساء: 58]

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Surah An-Nisa’: 48)

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Zulkaedah 1439 / 2 Ogos 2018