Jumaat, 9 Februari 2018

KISAH BENAR BUAT TAULADAN SEMUA!!!

Aku selalu dengar orang cakap "budak2 x payah ambik tahu fasal politik"

Aku pun selalu jugak dapat ayat tu.. Sebab sibuk sangat pergi program PAS.. Selalu kalau pergi program macam ni, memang aku berkonvoi dengan kawan2 yang sama macam aku..

Kami baru je kenal PAS dua tiga tahun lepas.. Tapi, kami kenal PAS bukan dari mulut orang yang berkata-kata..

Kami selalu dengar orang cakap macam2 fasal PAS.. Antaranya,

* TGNA pemecah belah ulama',
*  PAS, parti ajaran sesat
*  PAS parti syiah
*  PAS penunggang agama..

Yang kami dengar semua buruk2 je fasal PAS. Yelah, kami tinggal dalam kelompok pro kerajaan.. Huhu

Satu hari, kami berbincang fasal politik. Lagipun waktu tu nak PRU13, tahun 2013.. Waktu tu tingkatan 3.. Aku ajak kawan2 aku pergi markas PAS.. Melepak.. X buat kerja pun..

Di satu sudut, ade sekelompok pemuda yang bagi aku mereka semua berpangkat abang, tengah buat replika rocket.. Aku pergilah.. Tanya, kenapa rocket tu x menghala ke markas sana sebab markas sana buat replika kereta kebal menghala ke markas PAS. Salah sorang abang tu jawab "Tak baik.. Diorang saudara seISLAM dengan kita. Rocket ni menghala ke bulan dengan harapan parti bulan akan menang tahun ni"

Sentap jugaklah.. Dalam usia 15 tahun waktu tu, aku dengan kawan2 aku cuba cari perbezaan antara PAS dengan parti2 lain..

Masuk form 5, ade orang invite aku dalam group istiqamah hingga kemenangan. Dalam group tu, aku terbaca tentang program ijmak ulamak. Aku ajak kawan2 aku berkonvoi.. Time tu ijmak kat kelantan, aku pun memang stay kelantan waktu tu.. So, kitorang skip kelas Fizik semata-mata nak dengar isi2 perbincangan dalam ijmak ulamak yang pada fikiran aku ada dua tiga orang ulamak PAS. Aku bawak kitab hadis, pinjam dari cikgu disiplin :3 (korang adik2, jangan skip2 kelas.. Apa yang baik dari posting ni, ambiklah dan jadikan contoh.. Kalau yang x baik, jangan ambik.. Abaikan)

Dari perbincangan2 ulamak2 tu, aku cari dalam hadis.. Jelas, tiada sebarang pertentangan. Maksudnya, hasil ijmak tu semuanya berpandukan hadis. Jadi, kat mana PAS tu sesat?

Program ke dua, lepas SPM.. Ada fastaqim. Aku sekali lagi berkonvoi dengan kawan2 aku pergi fastaqim. Tujuannya sama je.. Nak cari keburukan PAS.. Nak tengok, betul ke PAS ni sesat, ajaran syiah dan sebagainya.. Tapi, kami x jumpa pun keburukan2 tu sebab segala isi yang disampaikan oleh president PAS waktu tu tak bertentangan langsung dengan hadis Rasulullah..

Last program aku pergi, HRUU355. Tahun lepas.. Sebelum aku sambung belajar.. Time tu pun berkonvoi jugak.. Biasalah, muda2 lagi.. X kan nak naik kereta.. X feel langsung sebagai pejuang.. Qaf qaf qaf .. Gurau boh

Time tu, kawan2 aku semua yakin dengan perjuangan PAS, kecuali aku.. Aku masih tercari-cari keburukan PAS seperti yang aku dengar.. Tapi, takda... Demi Allah, aku x jumpa walau sebaris ucapan keluar dari president berkaitan dengan ciri2 kesesatan seorang pemimpin..

Waktu Zohor masuk.. Aku berpeluang jumpa TGHH.. Aku sapa TGHH.. Bagi salam.. TGHH jawab salam.. Aku hulur tangan, nak bersalam.. TGHH salam aku, sambil peluk aku.. Dia cium dahi aku.. Ulamak cium dahi aku... Sebak rasa..

Aku tanya TGHH, kenapa dia masih berpolitik sedangkan usianya dah semakin lanjut.. Tau dia jawab apa?

Dia senyum..

Lepas tu, dia cakap camni "syarat berhenti berdakwah dan berjuang adalah mati, bukannya diukur dengan usia.. Nanti kamu pulak jadi pejuang, penerus dakwah Rasulullah.. Ganti tempat kami"

Menangis aku kat situ... Aku gagal jumpa sebarang keburukan dalam diri president.. Maka, tak hairan bila aku tengok harini ramai golongan muda bersama beliau.. Bahkan bersama jemaah PAS..

Betul arwah ustaz aku cakap dulu.. Kalau nak tahu tentang sesuatu, maka dekatilah ia.. Kalau nak tahu fasal PAS, pergilah ikut program PAS.. Dekati pemimpinnya.. Jangan hanya memandang PAS dari ucapan yang dilontarkan oleh golongan fasiq...

Tulah, kenangan dengan tok guru yang aku x pernah lupa.. Beliau sangat menyantuni anak muda..

Aku sayang ulama'
Selalu bersama ulama', in shaa Allah.

Kalau aku salah, maka tegurlah aku.. Jangan biar aku terus sesat dan menjadi fitnah kepada perjuangan Islam...

Credit *Muhammad Raqib*

Tok Batin Menyumpit

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=322342848272719&id=100014910190129