Rabu, 16 Disember 2015

KHUTBAH JUMAAT 22 SAFAR 1437 / 04 DISEMBER 2015



Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Perjanjian Kerjasama Trans- Pasifik (TPPA), cuba bertanyakan kepada mereka siapakah yang akan mengalami nasib yang paling buruk jika TPPA terlaksana?

Jawapan yang diberikan baik oleh kumpulan yang menentang TPPA atau yang menyokong kehadiran Malaysia di dalam perjanjian itu, adalah golongan bumiputera terutamanya Melayu.

Antara alasan yang digunakan ialah pendapatan golongan bumiputera yang rata-ratanya rendah, penguasaan ekonomi yang kecil, dan bergantung harap kepada dasar perlindungan kerajaan.

Kandungan TPPA yang paling mendatangkan rasa risau adalah pembukaan kontrak kerajaan kepada syarikat antarabangsa, lanjutan tempoh perlindungan hak cipta produk kesihatan, pembatalan dasar perlindungan dan tindakan mahkamah yang boleh diambil oleh pelabur ke atas kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Nizam Mahshar berpandangan golongan bumiputera bakal merasai kesan paling buruk memandangkan kelebihan yang mereka peroleh selama ini bakal tergugat.

"Rundingan di dalam TPPA dipercayai turut membincangkan keterbukaan kontrak kerajaan bernilai kecil yang selama ini menjadi 'rezeki' kontraktor bumiputera kelas rendah.

"Apalah nasib kontraktor tempatan jika kontrak untuk membina sekolah bernilai kurang daripada RM30 juta, bakal disaingi syarikat asing," katanya.

Sebaliknya, kebanyakan ahli TPPA mempunyai nilai mata wang lebih mahal berbanding Ringgi,t justeru menjadikan kontrak terbuka di negara asing misalnya di Amerika Syarikat (AS) lebih mahal.

Selain Petronas, sukar untuk menamakan mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai reputasi tinggi atau kesediaan untuk menembusi pasaran asing berbanding syarikat multinasional dari Jepun, Amerika Syarikat (AS) atau Australia.

Adakalanya, mereka sendiri menagih projek-projek bernilai tinggi kerajaan bagi menstabilkan nilai sahamnya.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah memberi keyakinan bahawa kerajaan hanya akan menandatangani persetujuan menyertai TPPA jika kepentingan bumiputera dapat dilindungi.

Sekalipun TPPA menyediakan platform yang baik kepada kelompok perniagaan, namun perbincangan mengenainya lebih berkisar kepada kepentingan korporat padahal aspek kepenggunaan seperti diabaikan. Diketahui bumiputera lebih selesa berperanan sebagai pengguna akhir berbanding berniaga.

Perjanjian itu untuk jangka panjang sememangnya membawa kebaikan kepada negara termasuk bumiputera, namun berdasarkan kedudukan sosial dan ekonomi domestik ketika ini, penyertaan Malaysia boleh membawa satu cabaran yang hebat.

Hampir keseluruhan negara di dalam TPPA sudahpun mengadakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia, tidak termasuk AS.

FTA Malaysia-AS tidak berjaya dilaksanakan disebabkan pertikaian beberapa syarat-syarat yang kali juga merupakan isi kandungan TPPA.

Penarikan diri daripada TPPA memerlukan semangat politik yang kuat. Perlu dipercayai bahawa kepentingan bumiputera adalah kunci keamanan negara ini.