Selasa, 14 Oktober 2014

Ribut Puting Beliung Di Kampung Alor Besar, Pendang Kedah

Kejadian ribut puting beliung berlaku jam 5.30 petang tadi di Kampung Alor Besar, Pendang, Kedah. Bangunan sekolah dan beberapa rumah mengalami kerosakan yang teruk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.




Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.






Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Turut mengalami kerosakan, tiga rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.