PAUTAN TAMBAHAN

Rabu, 27 Ogos 2014

Kemenangan Hamas di Gaza ... Allahuakhbar !!!


Wajah riang rakyat Palestin meraikan kejayaan berikutan berita terbaru mengenai Hamas dan Israel yang sudah bersetuju untuk menamatkan peperangan tujuh minggu, bermula 12 tengah malam waktu Malaysia. FOTO Reuters

Mengikut kata pegawai kanan Islamic Jihad, Ziad Nakahla, Israel bersetuju membuka sekatan untuk membawa masuk bekalan dan bahan binaan.


Serentak dengan kemenangan ini, insya Allah sempadan Rafah akan dibuka bagi memudahkan banyak bantuan untuk masuk.

Nelayan Gaza juga akan dibenarkan memancing sejauh 6 batu nautika.


Kemenangan juga diraikan di bandar-bandar utama di Tebing Barat semalam!

Kemenangan HAMAS di Gaza adalah Kemenangan Seluruh Umat Islam

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." [Surah Al-Ahzab: 33]

Alhamdulillah berakhirnya bulan Syawwal dan masuknya bulan Zulkaedah diserikan dengan kemenangan dengan tercapainya perjanjian damai antara HAMAS dan Regim Zionis Israel yang memaksanya tunduk dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh HAMAS. Perang Gaza yang terbaru ini adalah perang yang paling lama disertai oleh Zionis Israel yang berlalu selama 52 hari. Dalam perang-perang sebelum ini menentang negara-negara Arab; Zionis Israel telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, Bukit Golan, Sinai dan lain-lain lagi. Akan tetapi dalam perang menentang HAMAS di Gaza tentera Zionis Israel tidak berjaya menawan walaupun seinci bumi Gaza.

Kemenangan ini bukan sahaja kemenangan bersejarah HAMAS ke atas tentera Zionis Israel tetapi ianya juga adalah kemenangan kepada seluruh umat Islam.

Kemenangan ini InsyaAllah akan membuka satu lembaran baru ke arah pembebasan bumi Palestin secara keseluruhannya.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi PACS,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia